Bukan sahaja benteras rasuah, PH akan lakukan reformasi pendidikan jika menang PRU 15








 Keberanian rakyat untuk merobah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu telah menyaksikan Kementerian Pendidikan melaporkan kes korupsi yang melibatkan projek perbekalan elektrik solar kepada sekolah luar bandar di Sarawak yang sarat penyelewengan dan dibicarakan di mahkamah.


Kemuncaknya, apabila isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi kerana dakwaan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada projek elektrik solar berkenaan.


Sehubungan itu, Jawatankausa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) berterima kasih terhadap mandat yang diberikan pada 8 Mei 2018 lalu dan berharap rakyat akan memberi sekali lagi peluang kepada PH melakukan perubahan pada PRU akan datang.


"JKPPH menyatakan penghargaan dan ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah memberikan mandat kepada PH dalam PRU lalu.


"Dengan mandat yang diberikan kepada PH, PH berjaya mendedahkan skandal kewangan yang melibatkan infrastruktur pendidikan di Sarawak sehingga ke muka pengadilan.


"Akhirnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman," kata kenyataan JKPPH hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, PH waktu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020 sedang berusaha memperbetulkan keadaan di Kementerian Pendidikan.


Kata mereka, banyak lagi ketirisan dan penyelewengan yang sepatutnya ditangani. Begitu juga reformasi pendidikan menuju era digitalisasi akan dilakukan sekiranya menang PRU 15.


"JKPPH kesal dengan skandal yang berlaku itu dan menganggap ia sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara apabila pendidikan negara dimanipulasikan demi keuntungan peribadi.


"Oleh itu, JKPPH menyeru rakyat Malaysia untuk memberi peluang sekali lagi kepada PH memerintah negara bagi membolehkan proses mereformasikan sistem pendidikan dapat diteruskan," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan, Dr Maszlee Malik, Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP), Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP) dan Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN).

Umno cari jalan bebaskan Najib jika menang besar PRU 15?


 Pemenjaraan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dan keputusan bersalah terhadap isteri beliau, Rosmah Mansur di Mahkamah Tinggi baru baru ini membuktikan komitmen kerajaan Pakatan Harapan membanteras rasuah dalam tempoh 22 bulan telah berhasil.


Bagaimanapun, dakwa Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, situasi yang menimpa pasangan suami isteri itu membuat pemimpin Umno lainnya kepanasan dan mencari jalan untuk menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 agar kerajaan boleh mengulang 'perangai lama' dalam pemerintahan.


"Kedua-dua sabitan ini adalah bukti komitmen kerajaan PH memerangi gejala rasuah yang semakin membarah dalam masyarakat.


"Namun begitu, sabitan bersalah ke atas bekas perdana menteri dan isteri membimbangkan para pengkhianat rakyat terutama daripada parti Umno. Ini terbukti daripada serangan berterusan daripada laskar siber Umno yang terus menerus menyerang sistem kehakiman negara.


"Isyarat daripada pemimpin Umno yang menyatakan Barisan Nasional (BN) harus menang besar pada PRU 15 bagi membebaskan Datuk Seri Najib pula merupakan satu bukti Umno mungkin akan campur tangan dalam sistem kehakiman negara jika mereka mendapat mandat daripada rakyat pada PRU 15 nanti," kata Cabang Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, perkembangan tersebut begitu membimbangkan kerana sekiranya Umno BN menang maka sistem kehakiman negara berada dalam keadaan yang bahaya.


Oleh itu, KEADILAN Kemaman menyeru rakyat menolak Umno BN dalam PRU 15 agar perubahan baik yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini boleh diteruskan untuk selama lamanya.


"Rakyat harus sedar golongan pengkhianat negara akan melakukan apa sahaja untuk lepas daripada muka pengadilan, semua peringkat masyarakat harus bangkit mempertahankan negara daripada dikuasai oleh golongan ini.


"KEADILAN Kemaman menyeru segenap lapisan masyarakat supaya terus mempertahankan sistem kehakiman dan juga negara kita yang tercinta ini daripada dirosakkan oleh golongan korup dan rakus kuasa.


"KEADILAN Kemaman juga berharap rakyat memilih PH sekali lagi dalam PRU 15 ini demi meneruskan perjuangan memerangi golongan perasuah dan kleptokrasi," kata kenyataan itu lagi.


TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA-KENAPA PILIH EMOSIONAL DALAM KES NAJIB DAN ROSMAH

 


NORMAN RADZUAN


TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA

Kenapa saya dilihat emosional dlm isu Najib Rosmah?

KES NAJIB ROSMAH IMPLIKASI KPD RAKYAT SGT BESAR

Masihkah anda ingat aksi gambar ini bila ramai wanita sanggup gadaikan emas mereka utk membela Najib? Ia berlaku 2018 tetapi apa agak perasaan mereka bila melihat gambar 2019 apabila PDRM merampas barangan emas di rumah Najib?




Saya dilihat agak keras isu membabitkan kes Najib dan Rosmah. Mengapa saya tidak memainkan isu skandal Azmin Ali kes semburit, kes skandal seks Chua Soi Lek, skandal Muhyiddin dgn isteri org dan lain2?

Bagi saya isu skandal seks hanya melibatkan diri pemimpin itu (personal matter). Ia tidak memberi kesan apa2 kpd rakyat. Yg Islam itu antara dosanya dgn Tuhan. Jika dia bertaubat akan diampunkan… Wallahuallam. Ia tidak ubah skandal2 seks rakyat marhaen yg lain.

Berbeza dgn kes Najib dan Rosmah ini melibatkan harta atau kepentingan rakyat. Wang berpuluh billion memberikan implikasi besar kpd ekonomi rakyat.

Skandal Najib kes 1MDB bukan kecil, ia melangkaui batasan undang2 antarabangsa dan juga melanggar undang2 negara tertentu daripada pelbagai sudut. Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia.

Wang 1MDB ini boleh membina berpuluh hospital, boleh membeli beratus ribu katil hospital, boleh membina bekalan elektrik di kawasan pendalaman, boleh membina jalan2 raya di kawasan pendalaman dan bermacam lagi yg boleh dinikmati rakyat.

Bayangkan rakyat Malaysia terpaksa membayar berpuluh billion hutang yg dibuat oleh Najib sehingga tahun 2039. Sdgkan rakyat Malaysia sendiri hidup penuh dgn hutang. Jika saya panjang umur mungkin sudah bercucu ketika itu baru selesai hutang 1MDB dibayar.

Bagaimanapun skandal ini bukan isu besar buat segelintir pentaksub Melayu dgn parti yg lebih cakna mengenai isu ‘bread and butter’. Hingga ramai wanita2 menggadaikan barang emas mereka utk menjamin Najib.

Sdgkan apalah sgt nilai emas tersebut berbanding nilai emas yg dirampas PDRM ketika serbuan ke rumah Najib. Kenapa mereka begitu yakin Najib perlu pertolongan mereka?

Barangkali mereka tidak memahami isu, tidak membaca, terlalu mudah terpedaya, terlalu taksub, ada kepentingan peribadi atau sertai politik ikut ikutan. Sb itu mereka ingat Najib memang tiada duit.

Begitu juga skandal wang solar… wang yg sepatut digunakan utk 369 sekolah pendalaman utk anak2 Sarawak belajar sanggup digunakan utk kepentingan peribadi.

Jika Rosmah tidak simpati langsung dgn nasib penduduk ribuan anak2 pribumi Sarawak itu adakah kita perlu simpati dgnnya? Sdgkan anak Rosmah sendiri mengatakan ia satu keputusan yg tepat ibu bapanya dihukum oleh mahkamah.

Semua inilah yg membuat saya agak emosional kes Najib dan Rosmah kerana dosa mereka kpd rakyat sgt besar. Ini kerana mereka pemimpin nombor 1 negara, bagaimana mereka boleh tergamak lakukan dgn merompak nilai wang yg begitu besar.

Malah Najib ketika itu pergunakan rakyat dgn sentimen bangsa dan agama utk melindungi kecurangan mereka. Nasib rakyat bangkit utk tumbangkan BN jika tidak sehingga hari ini ramai rakyat Malaysia tidak percaya kes 1MDB dan kes korupsi yg lain walaupun ia dibicarakan di luar negara.

Terima kasih rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sahaja yg mampu menghukum dan mengubah nasib negara dan rakyat. Jika dibiarkan Malaysia boleh bankrap kerana mereka tidak pernah cukup dan puas merompak harta rakyat.

PRU15 semakin dkt. Ayuh Malaysia kita buktikan kuasa rakyat suara keramat. Ayuh kita pulihkan negara ini. Kita terus campakkan pemimpin dan pegawai2 kerajaan yg korup ini ke dalam penjara.

 

'Simpati Najib - Rosmah kena denda tinggi, Najib TPM ketika Akta SPRM diluluskan'

 



Rakyat atau penyokong Umno yang simpati berlebihan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah dikenakan denda amat tinggi selepas didapati bersalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya membuat sedikit semakan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Fahmi Fadzil, hakim tidak boleh dipersalahkan kerana denda yang dijatuhkan itu kerana Akta SPRM yang diluluskan di Parlimen menetapkan sedemikian.


"Kalau orang biasa kita tak kena denda tinggi. Ini untuk Najib RM210 juta, Rosmah RM970 juga. Angka yang sukar untuk kita faham.


"Tetapi adakah sebenarnya hakim itu, sama ada Nazlan dalam kes Najib dan semalam dalam kes Rosmah Mansur, adakah mereka ada apa apa ruang untuk memberikan denda yang kurang daripada itu?


"Oleh sebab itu saya buka balik buku lama dan sebenarnya mereka yang bertanggungajwab meletakkan angka 5 kali ganda itu termaktub dalam Akta SPRM yang diluluskan pada 16 Disember 2008. Siapa PM waktu itu Pak Lah, siapa Timbalan PM waktu itu? Najib.


"Siapa yang bawa akta SPRM pada 15 Disember 2008 (ke Dewan Rakyat), Nazri Aziz. Siapa mereka yang terlibat memastikan seksyen 24 yang dengan jelas menyatakan penerima suapan hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara dan didenda tidak kurang 5 kali suapan?


"Jadi kita perlu ucap terima kasih kepada Pak Lah dan Najib. Sebab Najib dan Pak Lah dan Nazri Aziz mereka meletak undang undang hari ini (pada tempatnya)," kata Fahmi dalam ceramah jelajah Pakatan Harapan (PH) di Selayang, malam tadi.


Menurut Pengarah Komunikasi PH itu lagi, Najib tidak perlu menyalahkan orang lain kecuali diri beliau di atas hukuman yang dijatuhkan. Begitu juga isterinya Rosmah.


"Kalau Rosmah nak marah, jangan marah kita, marah Najib. Sepatutnya 2008 itu Rosmah 'advise' Najib.


"Saya nak katakan apa yang berlaku dalam Parlimen sangat signifikan dan sangat memberi kesan (kepada undnag undang). Hari ini kita saksikan apa yang berlaku," katanya.


Sehubungan itu, Fahmi mahu rakyat meneruskan perubahan dengan keluar beramai ramai mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Katanya, beliau telah menemui beberapa pengundi di Selangor yang tidak mahu keluar mengundi kerana merasakan kawasan mereka selamat.


Sedangkan, kata Fahmi, pemimpin Umno sedang terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk menang pilihan raya.


"Masalahnya kalau dia tidak keluar itu satu hal, tetapi kalau kawan kawan bertanya dengan dia, dan kawan kawan kata dia tak keluar, aku pun tak nak. Maka dia tanamkan sikap seperti itu.


"Kita kena anggap PRU 15 bila Najib dah masuk, mereka (kluster mahkamah) amat terdesak, desperado. Malah Ahmad Maslan dah kata Umno BN mesti menang besar. Maksudnya tidak ada satu kerusi akan selamat kalau berpandangan kerusi itu selamat.


"Kita perlu menjadi penghasut untuk memastikan semua rakyat keluar mengundi pada PRU 15.


"Kalau kita bersikap sambil lewa, undi aku tidak bawa kesan maka akan berjangkit kepada kawan kawan," katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mahu rakyat membuka fikiran menolak hujah kononnya tidak ada apa apa berlaku sepanjang pemerintahan PH. Sedangkan, katanya PH baharu mahu bermula ketika dijatuhkan pada Februari 2022.