Kamu baca tak MoU itu? Fahmi soal Nur Jazlan

 


Fahmi Fadzil berkata, MoU ditandatangani antara Perdana Menteri dan
 pemimpin Pakatan Harapan tahun lalu, masih berkuatkuasa sehingga
 Parlimen dibubarkan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR bertanya pada Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed sama ada beliau membaca memorandum persefahaman (MoU) politik apabila mendakwa 31 Julai adalah hari terakhir perjanjian itu.

“Bagaimana dia hendak menjadi seorang pemimpin sedangkan dia tidak memahami perkara asas?” kata Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan PKR.

“Adakah dia tidak membaca (MoU) sepenuhnya, atau adakah dia tidak memahaminya dengan sengaja atas sebab-sebab tertentu?”

Fahmi berkata, MoU ditandatangani antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan tahun lalu, masih berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

MoU itu juga menyatakan kerajaan bersetuju untuk tidak mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai, kata Fahmi.

Nur Jazlan dalam catatan Facebook hari ini berkata, 31 Julai adalah hari terakhir perjanjian itu.

Beliau berkata, MoU itu dilihat sebagai “gencatan senjata politik” antara kedua-dua pihak namun tidak menghalang PH daripada melakukan serangan terhadap kerajaan pimpinan Ismail.

Walau bagaimanapun, Fahmi berkata, MoU itu menyatakan bahawa, perjanjian itu tidak akan menjejaskan peranan pembangkang dalam menyediakan semak dan imbang terhadap kerajaan serta memastikan Putrajaya akan bertanggungjawab terhadap Parlimen dan rakyat.

Perjanjian itu ditandatangani pada 13 Sept tahun lalu. Parlimen masih belum dibubarkan walaupun Ismail telah dihujani dengan gesaan supaya dibubarkan oleh rakan daripada Umno, terutamanya mereka yang sealiran dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Empat hari lalu, Ismail dilaporkan berkata, MoU dengan PH kekal sehingga Parlimen dibubarkan.

RAKYAT SELANGOR KALAU TAK MAHU JADI MACAM NEGERI LAIN YANG DITADBIR PAS DAN UMNO JANGAN BUAT CUBAAN BAGI SEMULA KEPADA UMNO DAN PAS...

 


TERUK SEBAB DIA PERNAH GAGAL DALAM PROJEK UDANG....



Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor

Bernama
Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor
Noh menyeru ahli parti membuang segala tanggapan buruk dan dakwaan mengenai kewujudan sesetengah kluster dalam komponen itu supaya mereka dapat bersama-sama bekerja bagi memenangkan BN. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menawan semula kerajaan negeri itu selepas merasai keperitan menjadi pembangkang selama tiga penggal.
Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata keadaan bertambah sukar apabila gabungan politik itu gagal membentuk dan menjadi Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tiada peruntukan untuk membantu rakyat disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.
"Sebelum ini, walaupun kita pembangkang dalam kerajaan negeri, di Pusat kita berkuasa. ADUN kita tidak dapat peruntukan (di negeri), Pusat bagi peruntukan kepada ADUN kita. Jadi kita tidak berapa nak merasa jadi pembangkang.
"Tetapi apabila kita kalah di Pusat dan negeri, baru kita rasa betapa pahitnya menjadi pembangkang. Maka hari ini, kita datang konvensyen ini dengan harapan kita akan bangkit semula dan kita ada peluang cerah untuk memenangi semula Selangor dalam PRU15," katanya ketika berucap di Konvensyen BN Selangor 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata ahli parti komponen BN juga perlu ikhlas dalam meneruskan perjuangan kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh kemenangan.
"Kalau kita ikhlas dalam perjuangan, bersatu serta berpegang pada cogan kata iaitu kesepaduan dan kestabilan, insya-Allah kita akan terus bangkit dan akan ada peluang menang dalam PRU akan datang," katanya.
Noh turut menyeru ahli parti membuang segala tanggapan buruk dan dakwaan mengenai kewujudan sesetengah kluster dalam komponen itu supaya mereka dapat bersama-sama bekerja bagi memenangkan BN.
"Tolong jangan ada anggapan buruk. Matlamat kita satu, BN mesti menang dalam PRU15," katanya.
-- BERNAMA

VIDEO AMTUR : SERPIHAN ROKET CHINA LALU RUANG ANGKASA NEGARA


 

*Ultra KIRANA Sdn Bhd*, UKSB dapat kontrak mengeluarkan visa kpd rakyat asing China, India & Nepal...

 *FAKTA:*


*Ultra KIRANA Sdn Bhd*, UKSB dapat kontrak mengeluarkan visa kpd rakyat asing China, India & Nepal...


Konon2 akan bekerja di Malaysia iaitu rakyat China, India, Myanmar, dan Nepal.


*LIHAT:*


Siapakah pemimpin-pemimpin Melayu yang terlibat mengambil duit rasuah dari UKSB yang dapat kontrak urus visa masuk ke Malaysia.

 

CEO UKSB adalah David Tan Siong Sun yang mengaku telah membayar rasuah kepada ahli politik berikut...


(mengikut rekod lejer Syarikat UKSB) :

1. Tun M

2. Mahyudin Yasin 

3. Zahid Hamidi (terima RM 43 million)

4. KJ

5. HISHAMUDDIN HUSSEIN a.k.a H2O a.k.a MENHAN 1.0 a.k.a MENHAN 2.0


*FIKIR:*


Berapa ribu orang warga asing kah yang sudah masuk ke Malaysia dengan mengunakan khidmat UKSB? 


Adakah nama mereka di rekod oleh Jabatan Imigresen Malaysia?


Berapa (puluh/ratus?) RIBU kah yang telah terlepas dan duduk di Malaysia secara haram dan tunggu dapat IC Malaysia?


*FIKIR-FIKIRKAN:*


SIAPAKAH sebenarnya yang KHIANAT MENJUAL MARUAH NEGARA?


INI KAH PEMIMPIN MALAYSIA yang patut KITA PILIH untuk memimpin dan menjaga keselamatan rakyat dan negara yang kita dicintai?


*TAK LAMA LAGI:*


LIMA (5) orang ini akan duduk satu meja dan buat keputusan supaya mereka berlima boleh bertanding PRU-15 untuk MENIPU ORANG MELAYU SEKALI LAGI?JANGAN MUDAH TERTIPU.


*BANGUNLAH MELAYU DARI TIDUR KAMU...*



RUMAH SAPA NI KALAU BUKAN PASIR SALAK


 

MANA DIA PARA WALAUN SEMUA


 

AHLI PAS HENTAM HADI AWANG


 

BN AKAN TERUS PENAT DI SELANGOR…

 

Berkatalah Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak bahawa gabungan itu sudah penat menjadi pembangkang di Selangor.

Katanya lagi, siri kekalahan BN di Selangor yang dialami sejak 2008 lalu boleh ditamatkan jika merekq sedia menggunakan pendekatan yang fleksibel.

Berucap pada Konvensyen BN Selangor yang berlangsung di Shah Alam hari ini, Najib berkata, beliau kecewa kerana negeri itu – yang diterajui UMNO sehingga 2008 – diperintah oleh pentadbiran parti lain.

Untuk itu, tegas beliau, UMNO dan BN dari akar umbi hinggalah kepada pucuk pimpinan, semua perlu bersedia dengan jentera untuk melawan parti lawan.

“Ada cara yang fleksibel supaya kita boleh menang di Selangor,” ujarnya.

Bekas Perdana Menteri yang sudah disabitkan bersalah dalam kes SRC International itu mendakwa, pertumbuhan ekonomi di Selangor sejak PH mengambil alih kerajaan negeri adalah lebih perlahan berbanding negeri lain.

Dalam pada itu, beberapa puak dalam UMNO dan PAS dikatakan mendesak agar BN dan PN bekerjasama di Selangor di sebalik hubungan tegang di antara kedua-dua gabungan tersebut di peringkat pusat dan negeri-negeri lain.

Bekerjasama dengan Pas dianggap langkah yang akan memudahkan untuk mengetepikan PH.

Dengan Najib mengatakan UMNO dan BN sudah penat jadi pembangkang, bermakna mereka mahu benar kepada kemenangan dalam PRU15 akan datang nanti.

Soalnya, mampukah mencapai impian itu?

Untuk makluman Najib dan semua pembesar UMNO, dalam soal untuk menawan semula Selangor ini, isu yang paling kritikal ialah siapakah pemimpin yang ditawarkan oleh UMNO dan BN untuk menerajui Selangor jika berjaya menjadi kerajaan?

Mampukah pemimpin yang ditampilkan itu menandingi Menteri Besar Selangor sedia ada, Amiruddin Shari dan barisan kepimpinan muda khususnya yang ada dalam PKR?

Yang nyata, selagi UMNO dan BN Selangor memiliki pemimpin seperti Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain yang seangkatan dengannya, malah jika pemimpin pelapis yang cuba ditonjolkan pula adalah seperti Isham Jalil, jauh panggang daripada api untuk mereka berangan-angan dapat menjatuhkan PH.

Semua mereka itu hanya meletakkan UMNO dan BN terus penat sebagai pembangkang di Selangor.

Namun, dengan jadi pembangkang di Selangor, hanya pemimpin UMNO dan BN yang rasa penat, tetapi bagi rakyat secara umumnya, itulah nikmat. – ShahbudinHusin 31/07/2022..




KERAJAAN DAP BANTU KUKUHKAN AGAMA DI PENANG DAN BANTU MELAYU. KERAJAAN ISLE TAK MALU KAH...





 

PEKERJA SYARIKAT TELCO DISIASAT

 




ADAKAH CELCOM?? 

Beberapa orang staf telco sedang disiasat atas tuduhan menerima rasuah dari satu sindiket.

Sindiket tersebut membayar mereka untuk memberikan data peribadi pengguna.

Mereka telah mengaut keuntungan berjuta Ringgit setelah mengenakan caj yang tidak diketahui kepada pelanggan. Sasaran utama ialah kebanyakan pengguna prabayar kerana caj tersebut tidak dipapar pada bil.

Suspek disiasat kerana terlibat dengan tiga syarikat yang merupakan penyedia perkhidmatan kandungan SMS dengan menghantar SMS berbayar kepada pengguna telefon bimbit di seluruh negara.

Setiap kali SMS dihantar, pengguna akan dicaj antara 50 sen hingga RM4.

Bagaimanapun pengguna tidak sedar yang mereka dicaj untuk 'servis' tersebut.

Sindiket itu juga dipercayai membuat tuntutan kepada syarikat telekomunikasi sebagai bayaran perkhidmatan. Ini bererti mereka memperoleh keuntungan dari kedua-dua pihak, iaitu pengguna telefon dan syarikat telekomunikasi.

Update:

Sesiapa yg dah kena scam dgn pihak telco. Ini link utk korang buat repot on9. Repot jerr.. jgn bagi muka sangat. Description: 😠

1. https://aduan.skmm.gov.my/

2. https://www.mcmc.gov.my/ms/make-a-complaint/make-a-complaint

 

ISLAM SEMARAK DIBAWAH PANJI PAS DI KEDAH -MAHFUZ OMAR


Islam semarak mekar mewangi dibawah pimpinan kerajaan PAS Kedah lanie









INI KALAU ZAMAN PH DULU...PADANG MANA PULAK LA NAK P BERHIMPUN..ALMAKLUM ISLE TERANCAM. TAPI KINI APA YANG PH DIKUTUK DULU DAN RASANYA TAK ADA FESYEN FESYEN DIBUAT DI KEDAH WAKTU TU...WALAUN DIAM MEMBISU...ADAKAH RAKYAT TAK TAHU ATAU TAK FAHAM ? ATAU ADAKAH WALAUN TAK TERASA SEDIKIT PUN NAK TEGUR PIMPINAN MEREKA YANG KINI DAH ADA KUASA ?...

 

JOM BANTU MEREKA MENENTANG PENSYARAH YANG JELEK DEMI MENEGAK KEBENARAN.AKU RASA RAMAI KENAI PENSYARAH TU.

 

LIYANA MARZUKI



Hari ni melepak dengan Otai Mohd Mukhlis Mohd Sharif… Dia jadi influencer politik sejak PRU14. Masih kekal berpengaruh hingga sekarang. Kalau geng pembangkang nak tahu isu, kena singgah profile beliau.

He says things as is. Straight from his heart. Dalam sosmed atau jumpa berdepan. Sama saja. Kita tahu dia tak simpan dalam.

Banyak benda juga kami bertelagah dulu. Dia selalu ingat saya pentaksub Tun M dan penyokong kuat MUDA dan Warisan.

Dua tiga menjak ni dan setelah jumpa berdepan, dia dah tahu siapa saya sebenarnya. Saya whack semua orang. Dan puji mana yang patut dipuji. Loyalty to the party, saya tolak tepi. Kepentingan negara itu lebih penting.

Walau apapun prinsip kami, satu saja yang saya tahu. Kami berdua nakkan Malaysia yang bermaruah, progresif dan berdaya maju. Kami tentang penunggang agama dan kaum. Tu pada kami musuh nombor satu negara, selain perompak dan penyamun.

*****************************************************

Tahun lepas, ada seorang pensyarah ni, keluar kenyataan merapu. Bermula dari kisah seorang YB bagi motor kepada seorang brader foodpanda. Dia kaitkan pulak isu kaum.

Maka kami berdua, keluarkan posting menentang pensyarah ini. Pada kami, bukan semua benda kena dilihat dari lensa politik.

Dah dia YB, bukan kah kerja dia nak berkhidmat untuk masyarakat? Takkan la dia tak boleh nak bantu kaum lain? Bukankah kita negara majmuk?

Posting kami dikongsikan beribu2 kali oleh warga net kerana kami percaya mereka juga mendokong prinsip yang sama.

Makanya, apa yang pensyarah ni buat? Dia saman kami berdua! Tuntut pampasan berjuta.

Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Kes ini akan kami lawan habis2an. Suara demokrasi rakyat majoriti yang cintakan perpaduan dan keamanan akan kami angkat.

Untuk itu, kami berdua telah memutuskan untuk melancarkan kempen GoFundMe untuk membiayai kos perundangan ini nanti.

Besar hasrat kami, agar tuan/ puan dapat mendokong kempen ini.

Mari kita kembalikan Malaysia yang harmoni!

#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah

 

SCAM ONLINE: RAKYAT RUGI RM2 BILION

 

NAJIB TIDAK PERNAH KECAM JHO LOW, KENAPA ZAID IBRAHIM BERUBAH?


PENJELASAN SULU SIRI 1- TOMMY THOMAS

 

PENJELASAN SULU SIRI 1

Nota ini untuk merekodkan pengalaman saya dalam menangani pertikaian tersebut selepas saya ditaklimatkan mengenainya pada Ogos/September 2019 semasa enam bulan terakhir saya sebagai peguam negara. Pada permulaannya, saya harus nyatakan bahawa saya tidak lagi mempunyai akses kepada dokumen, melainkan dokumen yang berada dalam domain awam. Saya berharap artikel ini akan mendorong mereka yang memiliki fakta yang penuh untuk turut menyertai perbincangan umum.

2. Perjanjian Pemberian 1878 merupakan asas tunggal dan eksklusif bagi tuntutan waris Sultan Sulu. Pemberian itu menyerahkan pemunyaan dan kedaulatan sebahagian daripada Sabah pada masa kini kepada Syarikat Borneo Utara British untuk selama-lamanya. Ia merupakan peninggalan sebuah empayar. Ia mirip pemberian Bombay oleh Portugis kepada British pada 1661 dan penyerahan New York (New Amsterdam) oleh Belanda kepada British pada 1664. Di tanah air, pemberian Pulau Pinang pada 1786 oleh Kesultanan Kedah dan Singapura pada 1819 oleh Kesultanan Johor; kedua-duanya kepada British dalam hal ini. Namun, tidak timbul dalam mana-mana pemberian tersebut suatu tuntutan yang serupa ini dalam abad ke-21 yang berbangkit daripada pemberian untuk selama-lamanya.

Oleh itu, tuntutan Sulu mesti dilihat dalam konteks empayar dan penjajahan. Pemberian tanah milik bangsa lain oleh sebuah empayar kepada empayar yang lain adalah lazim pada abad-abad yang lalu; tuntutan undang-undang melalui proses timbang tara (seperti yang berlaku kini) berabad-abad kemudian adalah suatu perkara baharu.

A) Persetujuan di bawah Perjanjian Pemberian 1878

Tiga bahagian penting dalam perjanjian tersebut berbunyi seperti berikut:

Grant by Sultan of Sulu of Territories and Lands on the Mainland of the Island of Borneo. Dated 22nd January, 1878.

“We…Sultan of Sulu…hereby grant and cede of our own free and sovereign will to Gustavus Baron de Overbeck of Hong Kong and Alfred Dent Esquire of London as representatives of a British Company…forever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands…

In consideration of this grant…to pay as compensation to the Sultan the sum of five thousand dollars per annum.

In case any dispute shall arise between His Highness the Sultan his heirs or successors and the said Gustavus Baron de Overbeck or his Company it is hereby agreed that the matter shall be submitted to Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo.”

(penekanan saya)

3. Tiada apa-apa dalam bahagian-bahagian penting tersebut yang tidak jelas. Ianya digubal menggunakan istilah dan implikasi undang-undang yang jelas, dan dengan itu, menunjukkan hasrat pihak-pihak. Ia bertujuan untuk mempunyai kuatkuasa undang-undang.

Perenggan pertama dalam Perjanjian 1878 dengan jelas, terang, dan nyata memberikan tanah-tanah yang diperihalkan dalam dokumen tersebut “untuk selama-lamanya dan berkekalan” (for ever and in perpetuity) kepada dua orang ejen dan wakil Syarikat Borneo Utara British. Dalam apa jua cara sekalipun, perenggan tersebut tidak dapat ditafsirkan selain sebagai sebuah pemberian yang dengan jelasnya mempunyai kesan undang-undang bagi memindahkan pemunyaan tanah tersebut daripada Sultan Sulu kepada syarikat British.

Ia bukannya pajakan, dan tidak pernah dihasratkan untuk suatu tempoh yang sementara. “Balasan” (consideration) untuk penyerahan itu ialah pampasan sejumlah 5,000 dolar setahun, yang secara tersirat juga adalah untuk selama-lamanya. Ianya suatu jumlah yang tetap, dan tidak tertakluk kepada sebarang kenaikan atau semakan.

4. Kesan undang-undang Perjanjian 1878 telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada 1939 dalam kes Dayang Dayang Haji Piandao Kiram (f) lwn Kerajaan Borneo Utara. Berikut kenyataan Ketua Hakim Macaskie dalam kes tersebut:

“The deed of Cession was a complete and irrevocable grant of territory and the right reserved was only the right to an annual payment, a right which is in the nature of movable property.”

B) Kesan Surat Ikatan Pengesahan 1903

5. Pada 22 April 1903, Sultan Sulu menandatangani surat ikatan pengesahan yang menyatakan bahawa beberapa pulau yang tidak dinamakan dalam Perjanjian Pemberian 1878 juga diserahkan kepada kerajaan Borneo Utara British. Selanjutnya, jumlah “wang serahan” (cession money) dinaikkan sebanyak 300 dolar setahun. Surat ikatan 1903 ini turut ditandatangani Gabenor Borneo Utara British, EW Birch. Sejak 1903, jumlah pampasan tahunan ditetapkan sebanyak 5,300 dolar.

C) Keberertian penghakiman Macaskie 1939

6. Kes yang dirujuk dalam perenggan 4 di atas difailkan di Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada 1939 oleh keturunan Sultan Sulu untuk menentukan siapa di antara mereka yang berhak untuk menerima pampasan tahunan sebanyak 5,300 dolar. Ia tidak melibatkan Borneo Utara British mahupun Kerajaan British, yang mana kedua-duanya tidak mempersoalkan kewajipan di sisi undang-undang untuk terus membayar pampasan sebanyak 5,300 dolar setiap tahun.

Dalam hal itu, pihak menuntut Sulu yang mempunyai pertikaian sesama mereka dan mereka telah memilih untuk memulakan tindakan undang-undang di mahkamah Borneo Utara. Pilihan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang di Borneo Utara (dan bukannya proses timbang tara ataupun di mana-mana forum lain) adalah sangat penting dari segi undang-undang, dan relevan dengan pertikaian sekarang. Ia satu lagi faktor yang menunjukkan bahawa Borneo Utara (atau sekarangnya Sabah) merupakan forum yang natural dan wajar (natural and proper forum) untuk penyelesaian pertikaian yang berkaitan atau timbul daripada Perjanjian 1878, dan dengan itu mengetepikan sebarang forum lain.

D) Kesan penubuhan Malaysia pada 1963

7. Kerajaan British menjadi pengganti dalam hak milik (successor in title) Syarikat Borneo Utara British pada 1946 apabila Borneo Utara menjadi tanah jajahan United Kingdom. Oleh itu kerajaan British lah yang membayar pampasan tahunan sebanyak 5300 dolar kepada pihak menuntut Sulu semasa 1946 hingga 1963.

8. Pembentukan Malaysia pada 1963 memberikan peluang untuk Malaysia menamatkan pembayaran tahunan kepada pihak menuntut Sulu. Bapa pengasas kita boleh secara mudahnya mempertikaikan bahawa Perjanjian Pemberian 1878 adalah peninggalan penjajah yang tidak mengikat persekutuan yang baharu ditubuhkan dan British hendaklah kekal melaksanakan kewajipan tahunan untuk membayar pampasan tersebut.

Malangnya, persekutuan yang baharu sebaliknya memikul kewajipan undang-undang untuk membayar pampasan tahunan daripada penjajah British yang ketika itu berundur, tanpa keraguan atau bantahan. Malaysia membuat pembayaran tersebut setiap tahun dan tanpa gangguan sehingga 2013. Pembayaran berterusan oleh Malaysia selama 50 tahun adalah bukti kukuh ̶ yang tidak dapat dipertikaikan ̶ bahawa Malaysia telah mengambil alih kedudukan Kerajaan British sebagai pengganti dalam hak milik, dan terhalang dari segi undang-undang untuk mengambil kedudukan yang sebaliknya.

Demikianlah dalam setengah abad itu, kewajipan undang-undang Malaysia untuk membayar pampasan tahunan kepada pihak menuntut Sulu tidak pernah dipersoalkan oleh kerajaan Malaysia.

PENJELASAN SULU SIRI 2

 

PENJELASAN SULU SIRI 2

 

E) Mengapakah Malaysia menghentikan pembayaran pada 2013?

9. Sepanjang pengetahuan saya, kerajaan Malaysia tidak pernah membuat penjelasan secara umum pada 2013 berkenaan sebab-sebab mengapa pembayaran pampasan tahunan kepada pihak menuntut Sulu dihentikan. Ini berlaku semasa pentadbiran Najib Razak. Perdana menteri, menteri luar negeri atau pertahanan mahupun peguam negara seharusnya mengeluarkan suatu kenyataan awam untuk memperjelaskan keputusan mereka.

Malah, sehingga hari ini, sedekad kemudian, anggota pentadbiran tersebut masih berdiam diri, yang mana telah membawa kepada spekulasi dan kekeliruan yang tak perlu.

10. Penjelasan tidak rasmi yang sering diberikan adalah bahawa Malaysia menghentikan pembayaran kerana pencerobohan bersenjata pada 2013 ke atas Lahad Datu di Sabah. Bagaimanapun, tiada bukti jelas yang boleh mengaitkan pihak menuntut Sulu yang menerima pampasan tahunan daripada Malaysia dengan penceroboh bersenjata Lahad Datu.

Sekiranya kerajaan Malaysia mempunyai bukti sedemikian, langkah yang hemat seharusnya adalah untuk memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah di Kota Kinabalu terhadap pihak menuntut Sulu (yang mana kesemua identiti mereka diketahui oleh kedutaan kita di Filipina, di mana bayaran tahunan dibuat kepada mereka), bagi memohon suatu perintah dari mahkamah Sabah bahawa oleh kerana pihak menuntut Sulu terlibat secara peribadi dan secara langsung dalam pencerobohan Lahad Datu, mereka kehilangan hak mereka untuk menerima bayaran pada masa hadapan dan bahawa Perjanjian 1878 telah berhenti berkuatkuasa.

Sekiranya itu berlaku, tindakan kerajaan untuk menghentikan pembayaran akan menerima “judicial imprimatur” (kebenaran secara rasmi oleh mahkamah). Malangnya, opsyen ini tidak diambil oleh mereka yang bertanggungjawab pada 2013.

11. Tanpa memberikan sebarang sebab untuk menghentikan pembayaran selepas 50 tahun kepada pihak menuntut Sulu, dan tanpa pernah memohon kebenaran secara kehakiman untuk penamatan pembayaran, Malaysia telah memungkiri Perjanjian 1878. Akibatnya, pihak menuntut Sulu berhak kepada pelaksanaan spesifik (specific performance) kontrak, iaitu Perjanjian 1878, yang secara praktikalnya bermaksud bahawa Malaysia mesti memulihkan tunggakan pampasan tahunan sebanyak RM5,300 setahun dari 2013 hingga 2022, dan seterusnya berjanji untuk membayar jumlah tahunan tersebut.

12. Dari segi praktikal, pelaksanaan spesifik kontrak 1878 bermaksud pembayaran wang secara tahunan, yang mana jumlahnya telah ditetapkan pada 1878 dan 1903. Satu-satunya kerugian yang dialami pihak menuntut Sulu ialah kehilangan wang pampasan tahunan sebanyak RM5,300; tidak lebih dan tidak kurang.

Undang-undang asas bagi ganti rugi atau pampasan yang perlu dibayar untuk kerugian yang disebabkan oleh kemungkiran kontrak ialah, apabila sesebuah kontrak itu dimungkiri, pihak yang tidak bersalah berhak untuk menerima, daripada pihak yang memungkiri kontrak, pampasan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialaminya, yang timbul secara lazim kesan daripada kemungkiran tersebut.

Dalam erti kata lain, pihak yang dipersalahkan hendaklah, setakat yang mampu dilakukan dari segi kewangan, memulihkan kedudukan pihak yang tidak bersalah agar kembali kepada kedudukan yang sepatutnya jika kontrak itu tidak dimungkiri.

13. Melalui surat bertarikh 19 September 2019, saya menulis kepada peguam yang mewakili pihak menuntut Sulu, dengan tawaran untuk membayar tunggakan berjumlah RM37,100.00 dari 2013 hingga 2019, berserta faedah mudah 10% berjumlah RM11,130.00. Oleh itu tawaran yang dibuat kepada mereka adalah sejumlah RM48,230.00.

Dari segi undang-undang, ini merupakan kerugian yang mereka alami dalam tempoh 7 tahun. Selanjutnya, sekiranya tawaran sejumlah RM48,230.00 itu diterima, ia bermakna tiada lagi pertikaian antara pihak-pihak. Jaminan juga diberikan kepada mereka bahawa Malaysia akan terus membayar jumlah tahunan tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.

Surat saya dengan jelas menyatakan bahawa kes itu telah dibawa secara salah dalam bidang kuasa Sepanyol dan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf mahupun patuh kepada bidang kuasa Sepanyol, sama ada bidang kuasa yang dilaksanakan oleh mahkamahnya, tribunal timbang tara atau sebaliknya.

F) Apakah asas timbang tara pada 2018 oleh mahkamah Sepanyol dalam pelantikan penimbang tara tunggal?

14. Perlu diingati bahawa Perjanjian Pemberian 1878 mengandungi ayat ini:

“In case any dispute shall arise between His Highness the Sultan his heirs or successors and the said Gustavus Baron de Overbeck or his Company it is hereby agreed that the matter shall be submitted to Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo.”

15. Pembacaan yang nyata dan biasa bagi ayat ini menghasilkan kesimpulan berikut:

(i) perkataan “timbang tara” tidak disebut, walaupun semasa 1878 timbang tara telah berkembang matang, terutamanya di bawah undang-undang Inggeris;

(ii) tempat bagi tribunal timbang tara tidak disebut;

(iii) undang-undang kontrak yang sepatutnya diguna pakai oleh tribunal timbang tara tidak disebut;

(iv) pihak berkuasa untuk melantik penimbang tara tidak disebut;

(v) sama ada tribunal timbang tara harus terdiri daripada penimbang tara tunggal atau tiga orang penimbang tara tidak disebut; dan

(vi) Sepanyol tidak disebut; begitu juga dengan Perancis.

16. Oleh itu, ayat ini contoh klasik suatu percubaan yang “pathologically flawed” untuk merujuk kepada timbang tara. Ia tidak mungkin dapat dituruti, sebahagiannya kerana pejabat “Konsul Besar Baginda Queen Britain di Borneo” (Her Brittanic Majesty’s Consular General for Borneo) tidak lagi wujud dan sebahagiannya atas sebab enam kecacatan yang disenaraikan di atas. Itu mungkin menjelaskan sebab mengapa Kementerian Luar Negeri United Kingdom menolak permintaan, yang tampaknya dibuat pada 2017, untuk menggunakan UK sebagai forum yang sesuai.

Sekiranya kerajaan British telah dengan tepat memutuskan bahawa rujukan kepada pejabat “Her Brittanic Majesty’s Consular General for Borneo” yang tidak lagi wujud, tidak memberikan bidang kuasa kepada mahkamah di UK untuk melantik penimbang tara yang “bertempat di British”, adalah amat sukar untuk dipercayai bagaimanakah mahkamah Sepanyol dan Perancis boleh bertindak seperti yang telah mereka lakukan. Ianya langsung bertentangan dengan undang-undang dan amalan timbang tara antarabangsa.

G) Keberertian keputusan Mahkamah Tinggi Sabah pada 2020

17. Selepas notis sewajarnya diberikan kepada penimbangtara tunggal, Stampa, dan peguam British yang bertindak bagi pihak menuntut Sulu, kerajaan Malaysia memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah pada Disember 2019, seperti mana yang dilakukan oleh pihak menuntut Sulu pada 1939. Oleh kerana tidak wujud klausa timbang tara dalam Perjanjian 1878, dan pejabat “Her Brittanic Majesty’s Consular General for Borneo” telah lama pupus, satu-satunya forum untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada Perjanjian 1878 tersebut adalah mahkamah Sabah.

Keputusan mana-mana forum lain yang kononnya mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini adalah tidak sah dan seharusnya tidak diendahkan langsung oleh kerajaan Malaysia.

18. Dalam penghakiman yang dilaporkan dalam kes Kerajaan Malaysia lwn Nurhima Kiram Fornan [2020] 6 CLJ 429 Hakim Mairin Idang memutuskan empat isu yang sangat relevan, iaitu:

(i) tiada perjanjian timbang tara yang sah atau mengikat;

(ii) tiada penepian kekebalan kedaulatan Malaysia yang boleh memberikan bidang kuasa bagi prosiding di hadapan mahkamah di Sepanyol yang melantik penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa;

(iii) Mahkamah Tinggi Sabah adalah forum semula jadi dan wajar untuk memutuskan semua pertikaian; dan

(iv) wujudnya “forum shopping” oleh pihak menuntut.

19. Walaupun penghakiman ini tidak mempunyai kesan luar wilayah, ia menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sabah merupakan forum untuk menyelesaikan pertikaian. Malangnya, penimbangtara tunggal, Stampa, tidak menghiraukan penghakiman itu.

H) Tingkah laku Stampa

20. Kewajipan utama sesiapa yang dipinta untuk menjadi penimbang tara bagi sesuatu pertikaian adalah untuk membaca perjanjian timbang tara dengan teliti. Penimbang tara yang mungkin dilantik hendaklah, sebelum menerima lantikan tersebut, yakin bahawa mereka mempunyai bidang kuasa untuk bersidang dan memutuskan pertikaian.

Lazimnya, perjanjian timbang tara dalam bentuk suatu klausa di dalam kontrak antara pihak-pihak yang bertikai. Ianya tidak sama seperti mahkamah domestik, yang mana kuasa dan bidang kuasa untuk menyelesaikan pertikaian sivil antara individu-individu (termasuk syarikat dan korporat) dalam had wilayahnya adalah diperuntukkan oleh undang-undang domestik; ini membawa maksud bahawa tidak akan wujudnya persoalan sama ada suatu pihak boleh menolak atau tidak bersetuju terhadap bidang kuasa mahkamah terhadap sesuatu pertikaian.

Sebaliknya, prosiding timbang tara memerlukan persetujuan. Secara definisinya, ia hendaklah secara kerelaan (kedua-dua pihak). Pihak-pihak hendaklah, dengan bebas dan sukarela, bersetuju secara bertulis dalam terma yang jelas untuk mengemukakan pertikaian mereka kepada timbang tara. Sekiranya tiada perjanjian timbang tara secara bertulis, maka proses untuk merujuk kepada timbang tara adalah tidak tersedia. Ia tidak boleh dikenakan secara paksa. Oleh itu, bagaimana Stampa boleh mentafsirkan ayat dalam Perjanjian 1878 (iaitu kontrak yang relevan dan berkuatkuasa dalam hal ini) sebagai sebuah klausa timbang tara adalah amat sukar untuk dipercayai.

21. Dalam artikel bertajuk “The Sultan of Sulu Award: Is it enforceable in the US under the New York Convention?” yang diterbitkan dalam ITA in Review [2022] Vol 4, Isu 1, pakar timbang tara Gary J Shaw dan Rafael T Boza membuat pemerhatian berikut:

“The Award against Malaysia is one of the largest awards ever issued against a state, surpassed only by the Yukos Award. It arises out of a 150-year-old contract with very ambiguous terms. It was issued in the context of a highly disputed ad hoc arbitration, in which neither the alleged arbitration clause, nor the conduct of the proceedings was accepted by the parties or the courts of the seat, Spain. The Arbitrator took actions which may be considered unreasonable, extreme, or even defiant, such as relocating the seat of arbitration, to ultimately issue a polarizing Award. Any enforcement effort, in any jurisdiction will likely be met with substantial resistance.”

(penekanan saya)