Rafizi terlalu optimis peluang PKR di Sabah, kata penganalisis

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Rafizi Ramli berucap dalam sebuah himpunan yang diadakan untuk
 kempennya sebagai calon timbalan presiden PKR di Kota Kinabalu pada
 hujung minggu lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penganalisis menolak ramalan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa Sabah bakal dilanda “tsunami” PKR dalam pilihan raya umum ke-16 (PRU16) kelak.

Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata, Rafizi nampaknya terlalu optimis, manakala Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura “bingung” dengan keyakinan yang ditunjukkan itu berdasarkan prestasi hambar PKR dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Bagang mempersoalkan sama ada ramalan Rafizi itu bergantung kepada sokongan pengundi muda dalam dekad akan datang kerana tiada jaminan golongan itu akan menyokong PKR berbanding banyak parti lain yang aktif di negeri berkenaan.

“Jika kita lihat prestasi PKR dalam PRU14 dan PRN Sabah yang lalu, ia tidak menunjukkan prestasi baik,” katanya kepada FMT selain menambah bahawa parti pimpinan Anwar Ibrahim itu hanya mendapat sokongan akar umbi di beberapa kawasan di in Sabah.

Oh pula menyifatkan bahawa PKR secara tradisinya dianggap parti untuk kesenangan ahli politik bercita-cita tinggi menyertainya buat sementara apabila tiada tempat lain dituju sebelum melompat ke tempat lain yang lebih menguntungkan.

“Melainkan PKR mempunyai ‘sumber’ yang terbukti sangat diperlukan untuk menang di kawasan luar bandar selain jentera untuk mengagihkannya, tidak mungkin mereka mampu membuat tuntutan berkesan di kawasan luar bandar yang luas di Sabah,” kata Oh.

Katanya, PKR juga perlu bersaing dengan DAP dan Warisan untuk mendapatkan undi pembangkang di kawasan bandar serta pinggir bandar.

PKR kini hanya memegang dua daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah, selain dua daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu. Ia bertanding tujuh kerusi dalam PRN Sabah yang lalu.

Sementara itu, Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, sekiranya PKR mahu memberi impak di Sabah, parti itu perlu diketuai pemimpin baharu, progresif dan berkebolehan.

Katanya, parti itu perlu mendekati “ramai golongan muda” yang tertarik dengan “dasar progresif dan pendekatan pelbagai bangsanya”.

Beliau memberitahu FMT, PKR mendapat sokongan yang diperlukan, namun pemimpinnya perlu “turun padang dan meremajakan semula jenteranya”.


5 EKOQ DOKTOR PEMBULI NI KALAU HANGPA TAU APA HANGPA NAK BUAT ? JARUM ADA DITANGAN HANGPA.........HA,HA,HA

 

Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM

Bernama
Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM
DR NORLELA: Saya cuma nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan. - Gambar fail/Astro AWANI
GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin telah menyerahkan nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Saya telah menghantar nama lima doktor itu dan jabatan mereka bertugas, yang didakwa membuli di HPP untuk diperiksa oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan beliau telah menjawabnya (berhubung doktor-doktor tersebut)," katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Dr Norlela berkata bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
"Nama (yang dikemukakan) bukan mengenai kematian itu kerana kes masih dalam siasatan. Cuma saya nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan," katanya.
Pada 17 April lepas, doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran, di Jalan Datuk Keramat di sini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
Pada 6 Mei lepas, Khairy turut dilaporkan berkata KKM akan menubuhkan 'task force' bebas atau pasukan petugas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih itu.

LORRRR....TAK MALU KAH...BUKAN UMNO KATA TAK MAU DAH KA DENGAN PAS.PEMBOHONG DEMI KUASA DAN JAWATAN KOT

 

PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno, kata mursyidul am



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Hashim Jasin berkata, rugi sekiranya hubungan PAS dan Umno tidak dipertahankan kerana Muafakat Nasional merupakan formula terbaik untuk menghadapi PRU15. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, parti itu tidak bersedia memutuskan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional yang disifatkan sebagai formula terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, rugi sekiranya hubungan itu tidak dipertahankan, oleh itu beliau mengingatkan Umno supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.Beliau berkata, salah satu fasal dalam piagam itu menyebut, jika berlaku sebarang perselisihan atau salah faham antara kedua-kedua parti itu, kembalilah merujuk al-Quran sebagai rujukan bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

“Kita tidak pernah putus dengan Umno dan sentiasa menghormati perjanjian yang termeterai di dalam piagam MN. PAS tidak sedia untuk putus dengan Umno dan berharap sebarang perselisihan dapat diselesaikan.

“Sebaik-baiknya kembalilah kepada penyatuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini dan janganlah berpecah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilapor menyifatkan penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan PAS dan Umno sebagai formula terbaik.

Katanya, penyatuan itu tidak terhad kepada parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan atau individu yang mempunyai matlamat sama, iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

Namun, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu berkata, kerjasama parti itu dengan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang PRU15.

Ini kerana, katanya, parti itu sudah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN, namun ia tidak disepakati.

APAMACAM WALAUNCAI ? CINA MANA PULAK YANG MELINGKUPKAN TABUNG HAJI

 

Kameel Abuya

DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.

Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.

Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.

Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.

Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:

1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau

2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu

Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh.

Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:

1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;

2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;

3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.

Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN

AHLI PARLIMEN PANDAN

8 MEI 2015

 

HAHH...TABUNG HAJI BELUM SELESAI ?

 



Abu Samah Bin Hassan

Saya hanya tampal dan unjurkan:

Pengenalan:

Saya adalah antara jutaan “majoriti yang diam” (the silent majority). Kebiasaannya, berdasarkan berita yang saya baca, saya hanya geleng kepala, mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingkan rakyat apabila tiba masanya nanti. Bukannya mereka yang terlalu taksub dengan pemimpin. Pemimpin hanyalah manusia biasa, yang boleh dan wajar diganti dari semasa ke semasa.

Latarbelakang:

Tabung Haji (TH) adalah antara institusi kewangan yang penubuhannya tersangat unik di dunia. Tidak ada mana mana entiti kewangan yang sedemikian. Niat asalnya, terima wang dari rakyat jelata, simpan, labur uruskannya sebaik mungkin dengan mematuhi tuntutan syariah. Tahniah dan syabas kepada pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang sangat jauh dalam membantu merialisasikan impian warga kampung dan desa untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji.

Kenapa saya bersuara:

Tabung haji telah melakukan kesilapan dengan melantik seorang pengerusi yang tidak pengetahuan, tidak berkelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam bidang kewangan. Ramai lagi warga melayu asli yang lebih layak. Namun, saya sepertu yang lain, hanya mengeluh dan menggeleng kepala apatah lagi pengerusi yang baru merayu di berikan peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Pemilihan beliau terbukit silap berdasarkan kemelut pembelian tanah yang terbaru dari 1MDB.

Namun beliau tidak harus dipersalahkan bersendirian. Di mana ahli lembaga pengarah yang lain? Yang terpelajar, yang berpengalaman, di mana mereka? Yang, seperti yang di canangkan, sememangnya urusan pembelian ini “bersih” atas kertas. Tabung Haji boleh melabur dalam bidang hartanah seperti mana kebiasannya. Persoalanya, 1MDB beli pada harga yang teramat rendah. 1MDB, kini berdepan dengan masalah aliran tunai. Mana-mana ahli perniagaan yang mahir dan bijak akan cuba mendapatkan sesuatu pada harga yang terbaik. Harga yang dibayar untuk tanah yang dibeli bukanlah harga terbaik. 1MDB mempunyai terlalu banyak masalah dan terdapat kemungkinan untuk jatuh muflis. Tabung Haji sepatutnya tunggu sehingga 1MDB menjual asetnya pada harga lelong, lambat laun mereka terpaksa berbuat demikian, jika tidak dibantu oleh tangan-tangan ghaib. Kenapa tidak tunggu. Jika TH benar benar perlukan tanah tersebut kenapa tidak dibeli terus dari kerajaan. Tanah tersebut sedia wujud dan milik kerajaan sebelum ini. Bukankah TH wujud sebelum 1MDB lagi. Bukankah penaung TH Perdana menteri sendiri di mana terdapat wakil dari Jabatan Perdana Menteri selaku ahli lembaga pengarah?

Saya bersuara kali ini kerana berpendapat pengurusan TH telah berlaku tidak adil kepada pencarum. Duit yang disimpan oleh rakyat jelata yang 100% beragama Islam, yang dikumpul sen demi sen dengan menitiskan keringat dan darah, telah digunakan untuk tujuan yang mencurigakan.

Pengurusan Tabung Haji mesti dihukum.

Hukum Pengurusan Tabung Haji:

Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain.

Kesimpulan:

Jika anda beragama Islam, mempunyai kesedaran bahawa wang yang disimpan oleh rakyat jelata di TH adalah untuk menunaikan tuntutan Islam. Bertindaklah. Bertindaklah menghukum mereka sekarang sebelum berbilion ringgit hilang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Yang Benar,

Noor Mohamed. B Mohamed Haniba

BSc, MBA, ICSA (MAICSA:706746)

Bidor, Perak

Pls forward this. I take responsibility for what I write.

 

Wee Ka Siong Jangan Cakap Kosong


A.KEDIR JASIN

1. Untuk bacaan, peringatan dan cabaran Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang baru-baru mencanangkan kehebatan masa depan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
2. Saya telah menulis memberi amaran bahawa ECRL akan menjadi seperti projek-projek raksasa lain yang indah khabar daripada rupa kerana budaya penyelenggaraan yang hambar.
3. Manifestasi ketidakpedulian kepada "maintenance culture" ini adalah mutu perkhidmatan rangkaian pengangkutan awam di bawah kelolaan Prasarana Malaysia Berhad. Perkhidmatannya kerap tergendala, seperti dalam laporan di bawah, dan aset-asetnya tidak tahan lama.
4. Terlintas di fikirkan kemungkinan hal ini disengajakan untuk memaksa lebih banyak pembelian baru supaya dengan itu wujudlah peluang melakukan konspirasi bagi memperoleh imbuhan haram (kickback).
5. Kemerosatan mutu perkhidmatan ini mungkin telah menular ke dalam sektor swasta seperti yang dimanifestasikan oleh semakin banyak aduan mengenai kegagalan Air Asia menepati jadual penerbangannya.
6. Harap-harap Wee Ka Siong tidak tergolong dalam kumpulan "Menteri MGB" yang macam kata dialog filem Almarhum P Ramlee, masuk angin keluar asap. Mohon jangan bazirkan duit pembayar cukai.

Rakyat Malaysia di Sri Lanka dinasihatkan sentiasa berwaspada

 

Bernama
Rakyat Malaysia di Sri Lanka dinasihatkan sentiasa berwaspada
Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan Sri Lanka berkumpul di satu lokasi sehari selepas ia diserang kumpulan penyokong kerajaan di Colombo, Sri Lanka, 10 Mei 2022. (Foto AP)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka menasihatkan rakyat Malaysia di negara itu sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan susulan situasi keselamatan di Sri Lanka.
Dalam temu bual menerusi e-mel dengan Bernama, menurut suruhanjaya tinggi, dalam situasi sekarang rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah masing-masing.
"Bagi rakyat Malaysia yang merancang ke Sri Lanka, mereka harus mempertimbangkan menangguhkan perjalanan sehingga perintah berkurung ditarik balik. Ini bagi mengelakkan kesulitan semasa ketibaan di Sri Lanka," menurut suruhanjaya tinggi itu.
Setakat ini terdapat 85 rakyat Malaysia berdaftar dengan suruhanjaya tinggi di Colombo.
Kebanyakannya bekerja di Sri Lanka serta ahli keluarga mereka dan yang berkahwin dengan warga tempatan, sebahagian besar menetap di Colombo.
Pihak suruhanjaya tinggi turut menyediakan pelbagai platform seperti WhatsApp, Facebook dan Twitter untuk memudahkan komunikasi dengan rakyat Malaysia.
"Kami sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang dalam kesusahan," menurut suruhanjaya tinggi itu.
Suruhanjaya tinggi memaklumkan bahawa keadaan ekonomi Sri Lanka saat ini adalah kritikal kerana barangan keperluan seperti bahan api, gas memasak, ubat-ubatan dan barangan makanan tertentu tiada di pasaran.
Selain itu, menurut suruhanjaya tinggi, setakat ini syarikat Malaysia yang beroperasi di Sri Lanka tidak terjejas teruk.
Pelaburan Malaysia di Sri Lanka kebanyakannya dalam sektor seperti telekomunikasi, Teknologi Maklumat (IT), kewangan, pembuatan pelincir dan perdagangan am. Jumlah pelaburan Malaysia di Sri Lanka adalah sekitar AS$2.6 bilion.
Pada Isnin Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa mengumumkan peletakan jawatannya.
Sri Lanka yang didiami kira-kira 22 juta penduduk, kini bergelut dengan krisis eknomi yang disifatkan terburuk sejak memperoleh kemerdekaan pada 1948.
-- BERNAMA


Kenyataan Media

 Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan
10 Mei 2022
Ulangtahun Ke-4 Kemenangan Rakyat
Hari ini merupakan ulang tahun ke-4 terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan selepas hari mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-14. Pada hari ini, empat tahun lalu, sebuah Kerajaan baharu berjaya dibentuk atas semangat rakyat Malaysia yang telah bersama-sama bangkit menolak UMNO-BN dengan memilih Pakatan Harapan, dan seterusnya menyebabkan perubahan Kerajaan Persekutuan yang pertama sejak Merdeka.
Pada ketika itu, tiada sesiapa yang mampu menjangka perubahan bersejarah tersebut boleh berlaku. Malah ada penganalisa yang berkata BN akan menang mudah dengan 2/3 kerusi Parlimen.
Namun yang jelas, semangat rakyat untuk melakukan perubahan pada saat itu telah memungkinkan perubahan yang amat bermakna dalam sejarah politik tanah air.
Kejayaan yang ditempuh pada PRU14 mampu berlaku bila Pakatan Harapan mengatur strategi terbaik, menjiwai hasrat dan denyut nadi rakyat, serta berusaha sepenuh daya meyakini para pengundi.
Pengalaman pahit pengkhianatan Langkah Sheraton harus mengajar kita erti sebenar perjuangan. Ia wajib menyedarkan kita bahawa kemenangan bermakna menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang. Kita juga perlu waspada terhadap kelompok dan puak yang tidak senang dengan kemenangan rakyat.
Majlis Presiden mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang kekal setia dengan prinsip perjuangan Pakatan Harapan.
Pada masa yang sama, kami mengulangi pendirian bahawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan Parlimen bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi di Malaysia.
Oleh itu, bagi mempersiap jentera Pakatan Harapan serta membangkitkan semangat rakyat terutama pengundi atas pagar menuju PRU15, Pakatan Harapan akan membentuk Jawatankuasa Pilihanraya, Jawatankuasa Manifesto, dan Jawatankuasa Jelajah Harapan.
Pakatan Harapan juga komited untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada persefahaman dan niat ikhlas di kalangan pemimpin-pemimpin pengasas kita terdahulu untuk melihat sebuah negara Malaysia yang kemakmuran dan kemajuannya dapat dirasai bersama oleh seluruh rakyatnya.
Segala peruntukkan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa kepada Sabah dan Sarawak perlu dilaksana seperti perkara 112C dan 112D yang mana tafsirannya perlu dibuat berdasarkan niat Perlembagaan dan bukannya dibuat untuk menidakkan hak Sabah dan Sarawak.
Akhir sekali, menang kalah dan jatuh bangun itu adalah resmi perjuangan. Pakatan Harapan akan melipat gandakan usaha, merangkul seluruh kekuatan pembangkang untuk memastikan PRU15 milik rakyat.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
May be an image of 4 people and text that says "MAJLISPRESIDEN PAKATAN HARAPAN MOHAMAD SABU ANWAR IBRAHIM ANTHONY LOKE WILFRED MADIUS TANGAU"