BUAT APA LAGI UMNO NAK TUKAR CALON PERDANA MENTERI?


 Selain berterusan menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan tarikh PRU15, UMNO juga difahami agak berbelah bagi untuk mengekalkan lagi beliau menerajui negara.

Jika UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi benar-benar mahu Ismail Sabri terus kekal sebagai Perdana Menteri lagi selepas PRU15, tiada sebab sebenarnya untuk mereka menekan dan mendesak Perdana Menteri mempercepatkan pilihan raya.

Kalau masih percaya dan mahu Ismail Sabri lagi sebagai Perdana Menteri, UMNO seharusnya menyerahkan sepenuhnya kepada beliau berkenaan tarikh pembubaran Parlimen itu.

Lagi pun, kuasa membubarkan Parlimen itu milik Agong setelah mendapat nasihat Perdana Menteri dan tiada kaitan langsung dengan kedudukan seseorang sebagai ketua parti.

Menekan dan mendesak beliau untuk menyegerakan PRU15 bermakna Zahid Hamidi yang disokong kuat oleh Najib Razak dan Mohamad Hasan ada percaturan lain siapa yang mahu diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.

Tetapi, di sebalik ditekan dan diasak itu, Ismail Sabri malam tadi mencipta sejarah dengan mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan juga blok utama pembangkang.

Ini adalah pertama kali seorang Perdana Menteri mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri secara bersama oleh pemimpin kerajaan dan juga pembangkang.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan pemimpin utama PH iaitu Mohamad Sabu dan Anthony Loke turut sama hadir dalam majlis yang diadakan di Seri Perdana itu.

Rakyat dilihat begitu teruja dengan apa yang dilakukan beliau kali ini.

Sebelum ini, apabila Perdana Menteri mengadakan majlis berbuka puasa, kecenderungannya ialah mereka hanya menjemput pemimpin kerajaan dan para penyokongnya sahaja.

Ismail Sabri telah memecahkan tradisi yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini.

Dengan itu, di sebalik ditekan dan diasak dan mungkin bukan pilihan utama UMNO untuk diletakkan sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, jalan damai dan harmoni yang dipilihnya itu tentu saja boleh diberikan penghargaan serta pujian.

Jika lebih masa diberikan kepadanya, tidak mustahil makin banyak jalan damai dan harmoni mampu dirintisnya, bukan saja untuk kebaikan UMNO, malah juga untuk negara.

Lalu, buat apa lagi UMNO mahu menukar calon Perdana Menteri bagi mewakili BN dalam menghadapi PRU15 akan datang?

Apakah calon lain yang mahu ditonjolkan itu mampu melakukan lebih baik daripadanya?

Ataukah UMNO lebih suka memilih calon yang suka berbalah, bermusuh dan tiada kecenderungan merintis ke arah jalan damai sebagai calon Perdana Menterinya?

Ahli-ahli UMNO sekalian, fikir-fikirkanlah hal ini sejenak di sebalik keghairahan mengejar kuasa yang belum pasti mampu dimiliki lagi dalam pilihanraya nanti. – ShahbudinHusin 11/04/2022.



Anwar akan pertahan jawatan Presiden PKR


Harits Asyraf Hasnan
Anwar akan pertahan jawatan Presiden PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan untuk bertanding kerusi Presiden PKR menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari ini. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti yang akan diadakan pada 13 Mei depan.
Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial beliau.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2024.
"Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari," memetik kenyataan tersebut.

Sehingga ke hari ini, masih belum ada mana-mana individu yang mengumumkan akan mencabar Anwar bagi merebut kerusi nombor satu parti itu.

RUU Antilompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan 'politik khianat' - Anwar

 

Ridauddin Daud
RUU Antilompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan 'politik khianat' - Anwar
Anwar berharap dengan keputusan memperincikan peruntukan dalam RUU tersebut, ia sedikit sebanyak memulihkan semangat dan kepercayaan rakyat kepada ahli politik. -Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Tidak semua ahli politik sanggup menggadai maruah dan diri semata-mata kerana kedudukan dan wang ringgit, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, berpegang kepada prinsip tersebut, beliau menggesa Rang Undang-Undang (RUU) terutamanya berkaitan isu lompat parti dibahaskan dan diluluskan Parlimen.
Tegasnya, beliau berharap dengan keputusan memperincikan peruntukan dalam RUU tersebut, ia sedikit sebanyak memulihkan semangat dan kepercayaan rakyat kepada ahli politik.
 
“Kita tidak boleh nafikan bahawa ada persepsi negatif terhadap orang-orang politik sekarang.
"Ada sebahagian rakyat, terutama elemen yang sedar, yang berasa mual dengan kegelojohan politik yang sanggup umpamanya mengkhianati amanah.“Mereka lakukan itu semata-mata kerana janji sogokan sama ada wang atau kedudukan.
"Persepsi ini menyeluruh dan ini menyentuh kepada semua sehingga orang tak terlibat turut terpalit.
“Antara persepsi negatif ini adalah kerana perilaku lompat parti itu menjadi perkara biasa sepanjang beberapa tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (no. 3) 2022 pada Isnin.
Tambah beliau, sekiranya RUU tersebut dilaksanakan, rakyat boleh menggunakan peruntukan dalam RUU itu untuk menetapkan calon yang mereka yakin tidak mungkin akan mengkhianati amanah diberikan.
“Saya percaya pindaan ini juga akan memulihkan keyakinan bukan saja kepada orang politik tapi kepada sistem demokrasi dalam negara,” ujarnya.

Nak tukar PM sekarang pun boleh, tapi PH tak nak, kata Mat Sabu


Ismail Sabri Yaakob masih mengikut MoU yang telah dimeterai dengan pembangkang, bagaimanapun ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, menurut Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) boleh menjatuhkan kerajaan masa ini jika gabungan parti itu mahu, menurut Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, beliau berkata PH tidak akan berbuat demikian berikutan telah mengikut Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dengan parti pembangkang.

“Kerajaan dibina melalui ‘Sheraton Move’ tak stabil. Tak lama perdana menteri berkuasa dan tukar PM baru (beberapa kali).

“Sekarang kalau kami mahu Perdana Menteri ini pun boleh ditukar. ‘If we want’. Kami tak mahu Kami dah buat perjanjian MoU. Jadi perdana menteri buat lah kebaikan untuk rakyat sehingga PRU akan datang,” katanya ketika membahaskan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali panggilan sebagai Mat Sabu berkata setakat ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengikut MoU yang telah dimertai dengan pembangkang.

Beliau berkata bagaimanapun MoU itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

“(Lihat) bagaimana sikap terbuka pihak kami. Kalau kami mahu dengan majoriti sedikit di sana kita boleh tawar apa-apa jawatan pada mereka (kerajaan) datang sebelah sini. (Jadi) menteri pula aku.

“Tetapi kita bukan jenis itu. Kalau dah tandatangan MOU, kita ikut. Perdana menteri setakat ini Alhamdulillah lihat ikut setiap dengan MoU ini,” katanya.


HEI....JANGAN LARI...JOM IKUT AKU


 www.zunar.my


HARI INI MESYUARAT KHAS

 Penuhi undangan majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri bersama Ahli-ahli Parlimen di Putrajaya hari ini. InshaAllah, esok kesemuanya akan menghadiri sesi mesyuarat khas di Parlimen.

Ahli Parlimen lompat parti harus letak jawatan, perlu dapatkan mandat baharu, kata pakar undang-undan


Penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Shad Saleem Faruqi, berkata kira-kira 41 daripada 193 negara yang mempunyai undang-undang antipembelotan antaranya India, Singapura serta Israel.

KUALA LUMPUR: Mana-mana Ahli Parlimen yang menukar parti hendaklah meletak jawatan dan kembali kepada rakyat dalam pilihan raya kecil untuk mendapatkan mandat baharu, kata pakar undang-undang, Shad Saleem Faruqi.

Penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya itu, berkata pada pandangan peribadinya, ia adalah cadangan yang akan diutarakan beliau jika Ahli Parlimen melompat ke parti lain.

“Mungkin beliau (MP) mempunyai bantahan dari segi moral dan ideologi yang jujur mengenai hala tuju partinya tetapi dalam kes itu, beliau perlu kembali kepada pengundinya dan mengucapkan “terima kasih kerana mengundi saya sebelum ini, kini saya memakai songkok baharu dan anda perlu percayakan saya sekali lagi mengenai sebab saya keluar parti dan saya minta anda berikan saya mandat baharu.”

“Bagaimanapun, cadangan ini memerlukan pemansuhan Perkara 48, Fasal 6 (Perlembagaan Persekutuan) kerana ia menyatakan bahawa jika mana-mana MP meletak jawatan, maka untuk tempoh lima tahun akan datang beliau hilang kelayakan bertanding mana-mana kerusi Parlimen. Jadi kita memerlukan pindaan Perlembagaan kepada Perkara 48, Fasal 6 serta Perkara 10,” katanya dalam program The Nation bertajuk Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disiarkan Bernama TV, hari ini.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyentuh mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Menurut Shad Saleem, isu lompat parti bukanlah perkara baharu di negara ini kerana perbuatan berpaling tadah telah menyebabkan kejatuhan kerajaan antaranya di Terengganu seawal tahun 1962, Sarawak (1966), Kelantan (1977) dan Kerajaan Persekutuan dua tahun lalu, sehingga menyebabkan ketidakstabilan kronik kepada negara.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 41 daripada 193 negara yang mempunyai undang-undang antipembelotan antaranya India, Singapura serta Israel dan di Malaysia, negeri Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang yang telah cuba bereksperimen dengan undang-undang itu.

“Saya telah membaca dengan agak bimbang satu cadangan yang amat ekstrem di Malaysia bahawa menukar kem setengah jalan perlu dijadikan kesalahan pilihan raya di bawah Perkara 48 dan kerusi perlu dikosongkan serta hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun. Saya tidak fikir kita perlu membawa undang-undang jenayah ke dalam isu ini,” katanya.

Alternatif kedua pula, ialah jika seorang MP keluar parti, mengundi menentang parti atau menentang parti dalam isu penting, maka parti boleh memaklumkan Speaker bahawa MP itu bukan lagi ahli parti tersebut.

Shad Saleem juga berkata, ini bermakna cadangan sedemikian adalah bertujuan mengukuhkan perpaduan parti yang kemudian menjadi hasrat Perlembagaan, namun kelemahannya ialah ia akan memberikan kepimpinan parti terlalu banyak kuasa yang menyebabkan mana-mana ahli parti tidak dapat bersuara atau mencabar pemimpin parti.

“Masalahnya, ialah jika parti tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap seorang MP, maka saya dimaklumkan oleh sesetengah pihak bahawa apa yang MP itu boleh lakukan ialah kekal bersama parti secara rasmi, namun teruskan mengundi menentangnya sehingga mungkin menyebabkan parti itu tewas atas undi percaya.

“Malangnya, tidak akan ada penyelesaian yang sempurna, seperti dalam kehidupan, jadi dalam isu undang-undang, kita perlu mengambil jalan tengah dan mencapai keputusan yang paling kurang merugikan,” katanya.

Satu sidang khas Parlimen untuk membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok yang membabitkan penggubalan punca kuasa mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan akta baharu bagi melarang MP menukar parti digubal.

AKAI TAK DAK..TAK MAU PELIHARA JANGAN BELA BINATANG...NATANGMUNG

 Video tular tarik anjing, polis rakam keterangan 2 beranak





Video tular memaparkan penumpang Myvi berwarna putih menarik
 seekor anjing menggunakan tali ketika kenderaan itu sedang bergerak.

PETALING JAYA: Polis merakam kenyataan seorang wanita warga emas dan anak lelakinya, semalam berhubung satu video tular memaparkan tindakan penumpang Perodua Myvi menarik seekor anjing ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Skudai di Johor Bahru, kira-kira 2 petang pada Jumaat lepas.“Hasil soal siasat mendapati anjing berkenaan adalah haiwan peliharaan mereka yang masing-masing berumur 61 dan 34 tahun. Anjing itu telah hilang dan dijumpai semula di kawasan perumahan mereka dalam keadaan kotor dan berkutu.

“Anaknya beranggapan tidak sesuai anjing itu dibawa masuk ke dalam kenderaan. Maka, ibunya menggunakan tali penarik anjing dan menarik anjing itu dari tingkap penumpang, manakala anaknya memandu secara perlahan memandangkan anjing itu dijumpai di kawasan berhampiran rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.

Rupiah berkata, kedua-dua individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953, manakala kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Semalam, tular satu video berdurasi sembilan saat di laman Twitter memaparkan penumpang Myvi berwarna putih menarik seekor anjing menggunakan tali ketika kenderaan itu sedang bergerak.

MIMPI RAKYAT YANG TAK KUNJUNG TIBA




 

Ukur baju ikut badanlah...

 Ukur baju ikut badanlah...

Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Republik Indonesia, Nadiem Makarim, tolak cadangan Malaysia jadikan Bahasa Melayu bahasa rasmi kedua Asean. Katanya, Bahasa Indonesia lebih layak kerana ia bahasa yang paling luas penggunaannya di Asia Tenggara. Masuk akal. Indonesia ada 279 juta penduduk. Malaysia 33 juta itu pun bukan semua berbahasa Melayu. - A.Kadir Jasin
7