Najib pernah janji dah bulan bintang : Biasa la.....kena pembohong......Jangan guna isu Felda, beri janji manis untuk raih undi peneroka - Mannivanan




 Isu Felda menjadi bahan kempen wajib guna di musim pilihan raya untuk meraih undi generasi pertama, kedua dan ketiga.

Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Manivanan Gowin, tiba masanya pemimpin kerajaan bersikap jujur mengenai pembelaan sebenar yang perlu dilakukan kepada peneroka Felda, bukan beretorik yang tidak mendatangkan manfaat.

"Setiap kali pilihan raya, modal berkempen oleh Barisan Nasional adalah isu Felda bagi meraih undi.

"Saya tidak lihat permainan menuding jari antara satu sama lain mengenai masalah Felda di antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai sesuatu yang sihat.

"Saya percaya para pengundi terutamanya di 72 Tanah Rancangan Felda di Johor merangkumi 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah lali dan jemu dengan modal politik ini semenjak bertahun-tahun lalu di kala demam pilihan raya," katanya.

Menurut manivanan lagi, isu Felda yang diperdebatkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini tidak akan menyelesaikan masalah peneroka apabila pilihan raya itu berakhir

Sebaliknya, beliau menyarankan pengundi Johor mendesak kerajaan untuk menjelaskan beberapa fakta yang tidak pernah diungkapkan dalam kempen politik mereka.

"Sewajarnya kerajaan menjelaskan berapakah jumlah peneroka Felda di 72 Tanah Rancangan Felda di Johor?

"Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah peneroka Felda yang hidup selesa dan beroleh kejayaan sehingga ke hari ini termasuk generasi ke-2 dan ke-3?

"Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah peneroka yang masih lagi dibebani hutang dan hidup di bawah paras kemiskinan termasuk generasi ke-2 dan ke-3?

"Beranikah kerajaan menjawab?" tanyanya.

Menurut mantan Ahli Parlimen Kapar itu, fakta dan data perlu dijelaskan kepada para pengundi khususnya warga Felda untuk membuat keputusan yang terbaik pada hari mengundi.

"Pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional amat bijak mengulangi retorik lama tanpa menyentuh fakta atau data terkini untuk menjelaskan masalah yang dihadapi peneroka

"Seribu satu pelan atau program pemulihan Felda atau kertas putih tidak akan mengubah nasib dan masa depan mereka.

"Hanya kerajaan yang jujur, yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan dan akan mampu mengubah nasib peneroka Felda," katanya lagi.

Sehingga tiba detik itu, ujar Manivanan, pemimpin politik akan terus mempolitikkan isu Felda setiap kali pilihan raya demi kepentingan diri sendiri dan kuasa.


MAI RAMAI RAMAI DENGAR APA PAK LEBAI PAS NI JANJI. PEMBOHONG SAJA PARA LEBAI NI DARI DULU SAMPAI LA NI....


 

KEADILAN tawar aliansi ekonomi Johor - Singapura, tambah peluang kerja besar besaran


 

Peluang kerja yang kurang di Johor menyebabkan ratusan ribu penduduknya terpaksa berhijarah ke Singapura akan diatasi oleh KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) sekiranya diberi mandat pada 12 Mac ini.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, aliansi atau pakatan ekonomi antara Singapura - Johor - Indonesia akan segera dibina untuk mewujudkan lebih banyak peluang perkerjaan khususnya kepada anak muda bangsa Johor.

"Apa yang diperlukan sekarang bukannya perebutan kuasa tetapi perancangan dasar dan pelaksanaan program yang benar benar utamakan rakyat dan boleh mengeluarkan negeri Johor, negara serta rakyat daripada kemelut kesihatan, ekonomi dan politik.

"Mengapa jurang pembangunan antara daerah dan wilayah di Johor terus melebar dan seolah-olah tiada perancangan menyeluruh?

"Mengapa tiada usaha untuk menarik pelaburan industri strategik yang menawarkan pekerjaan berkualiti kepada para graduan kita sedangkan strategi perkongsian “Win-Win” dengan Singapura dan Indonesia di rantau “SIJORI Growth Triangle” (Singapura-Johor-Riau) boleh meningkatkan pelaburan langsung asing?" tanyanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama di Johor Bahru, pagi tadi.

Ahli Parlimen Ledang itu juga turut mengkritik perancangan Kerajaan Negeri yang diterajui BN sebelum ini yang tidak dirangka sebaik baiknya dalam mengelakkan jangkitan Covid 19 meluas dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan banyak yang kehilangan nyawa.

Beliau juga mengkritik ketidakberdayaan Kerajaan BN menyediakan pekerjaan di kawasan kawasan selain Johor Bahru dan Pengerang, malah di Tanjung Piai yang bersebelahan Sungapura pun, menyebabkan pengangguran tinggi manakala graduan tidak mendapat kerja yang sepadan.

"Kadar pengangguran pada tahun 2021 naik kepada 4.6 peratus berbanding 4.5 peratus pada tahun 2020 yang mana kadar pengangguran tertinggi sejak tahun 1993.

"Ramai anak muda berpelajaran tinggi bekerja sebagai juruwang, pekerja sambilan dan ada yang menganggur. Pekerja tempatan pula dipotong gaji dan ramai yang dibuang kerja. 

"Ramai yang jatuh miskin menambah kepada peratusan miskin bandar terutama di bandaraya Johor Bahru dan sekitarnya," katanya.

Syed Ibrahim juga mencabar kerajaan BN membuka pintu sempadan Johor - Singapura sebelum hari mengundi agar rakyat yang berkerja di republik itu boleh pulang mengundi dengan mudah.

"Mengapakah pembukaan sempadan Malaysia – Singapura tidak dapat dilaksanakan lebih segera? PM umum akan dibuka pada 1 April.

"Menteri Besar kata SOP untuk rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk berulang alik akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Saya percaya sepatutnya masa terbaik untuk laksanakan hal ini ialah pada PRN Johor pada 12 Mac ini," katanya.

Justeru, Syed Ibrahim mahu generasi muda yang akan mewarisi Johor untuk puluhan tahun ke hadapan agar berfikir dengan lebih rasional dalam melantik kerajaan yang mampu memberi kemakmuran, bukannya mengulangi gaya pentadbiran lama yang statik dan membosankan.

"Pada tanggal 12 Mac ini, rakyat wajar memilih wakil-wakilnya yang faham akan situasi sekarang dan bersedia berkhidmat serta angkat suara rakyat Johor. Mengekalkan wakil BN dan PN bermakna mengangkat budaya rasuah, khianat serta percaturan sempit politik.

"Mudah-mudahan calon KEADILAN diberi keyakinan menjadi wakil rakyat. Calon-calon KEADILAN akan tetap berjuang demi rakyat dan masa depan yang bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya lagi.

 

PRN Johor paling menarik utk diulas



Norman Radzuan


PRN JOHOR ‘PENTAS MAKMAL’ PARTI POLITIK


Tahukan kalian PRN Johor adalah PRN paling menarik dinantikan oleh pengulas2 politik seperti saya. Saya anggap PRN Johor ini pentas Makmal parti politik dan tak sabar utk mengulasnya nanti.


Antara topik yg akn kita bualkan menjadi tanda tanya buat masa ini dan selepas PRN Johor?


1. Adakah UMNO/BN mampu memenangi semula hati bangsa Johor?

2. Adakah PN akn buat kejutan di Johor memandangkan mereka seperti berbelanja besar di PRN Johor?

3. Adakah PH (Dap & Amanah ) mampu cemerlang dgn logo PH?

4. Adakah pergunaan logo PKR akn mempengaruhi undi parti ini?

5. Adakah MUDA mampu menang 1 kerusi DUN?

6. Berapa banyak Warisan, Pejuang, PBM dan Putra hilang deposit?

7. Adakah Amanah dan PKR juga akn hilang deposit?

8. 700 ribu undi anak muda akn undi siapa?

9. Berapa peratus anak muda peduli utk mengundi?

10. Adakah isu 1MDB Najib Razak mempengaruhi org Melayu Johor menolak UMNO atau org Melayu tentang rasuah? 

11. Apakah Bersatu mempunyai pengaruh yg lebih besar di Johor berbanding PH/PKR?

12. Adakah calon popular/pilihan parti masing2 akn menang?

13. Adakah Warisan parti tempatan Sabah diterima oleh org Semenanjung atau Johor?

14. Adakah PH/PKR mampu bangkit selepas dirosakan oleh Tun dan Muhyiddin?


PRN Johor sebenarnya pentas makmal utk semua parti bertanding. Semua parti hendak menilai ke manakah 700 ribu undi anak muda. Warisan, Pejuang, PBN, Muda dan Putra sdg mencuba nasib atau melakukan ‘ujian makmal’ adakah parti mereka diterima oleh rakyat Johor.


Jumlah pengundi 2.59juta


Melayu 62% = +- 1,605,800  orang

Cina 30% = +-  777,000 orang

lndia dll 8% = +- 207,000 orang


Dari beberapa survey sepanjang tahun 2021 peratus pengundi atas pagar adalah 40% ia itu lebih kurang 1,036,000 juta orang.


Kata sumber (tidak pasti kebenarannya) 95% pengundi atas pagar adalah kaum Melayu seramai +- 984,200 orang, dan 5% bukan Melayu seramai +- 51,800 orang.

KAH..KAH...BODO LA KAU DERIS...Kenapa Anwar pulak? Dia mana ada dalam kabinet PH masa Tun Mahathir jadi PM?


 

UNDI KEADILAN DUN KEMPAS- CALON INI KUAT BEKERJA DAN MASIH BERTENAGA

 

KEMPAS SEJAHTERA...

Dari lewat petang membawa ke malam....

Rasa macam tak cukup masa jer sebelum sampai ke hari pengundian..

Kita dah cuba sehabis baik... dan sekarang mengharapakn bantuan daripada rakan2 untuk sama2 bantu hubungi kenalan atau saudara mara yang berada di Kempas untuk keluar mengundi pada 12 Mac nanti dan pilih KEADILAN...

#PRNJohor








#kempassejahtera

 

KEH..KEH....


 

ADAKAH DERHAKA ?





Dalam politik demokrasi, tak wujud istilah derhaka. Rakyat bebas memilih pemimpin yang mereka suka dan soal sultan atau raja tak suka, tak sepatutnya timbul.

Dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diguna pakai di negara ini juga, sultan dan raja-raja mesti bebas daripada pengaruh politik.

Dan dalam konsep persekutuan yang diamalkan di Malaysia, siapa pun berhak untuk bertanding di mana-mana negeri yang dia mahu selagi menepati syarat yang ditetapkan oleh SPR. Guane boh?

Raja Gelap

 

PARODY- SILA KE LINK FB ROSLY YUSOF DIBAWAH

 Parody paling sempoi buat lebai Pas. Sayangnya walaun dah tak ramai dalam fren list FB aku..

0:00 / 1:32
Ustaz Sagon sebelum dan sesudah makan sagon...

TUUU DIAAA....JOM CLUBBING DI AIR ITAM ?


 

RAKYAT MALAYSIA JADI BAHAN UJIKAJI ?


 

SKANDAL HUBUNGAN SULIT WANITA DI 1MDB BERGEGAR DI MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT

Mentality Yang Menjahanamkan Negara


 


ZUNAR FANS CLUB

CALON DUN KEMPAS YANG PERNAH SELAMATKAN GELANDANGAN



Sebelum lena malam tadi dapat 1 mesej dari seorang sahabat yang ucapkan tahniah atas pencalonan saya sebagai Calon Kempas .

Sahabat saya ini adalah bekas gelandangan yang saya dan rakan2 selamatkan bersama bayinya yang baru dilahirkan.

Beliau Dijumpai bersama bayinya menjadi gelandangan setelah dihalau dari rumah sewa dan hidup sehelai sepinggang.

Ini kisah 2 tahun dulu... namun masih terasa pilunya..

Sedih yang tidak mampu diucap.. kami tak pikir panjang dan selamatkan beliau dan anaknya .. mereka kami letakkan di tempat yang baru dan berikan sedikit brg kelengkapan..

Siapa sangka.. selepas itu beliau perlahan2 membangunkan dirinya. . Menjual kuih secara kecil2 lan.. dan kini sudah boleh menangung diri dan anaknya.

Indahnya bila kita bantu orang susah yang lain apabila kita lihat mereka sudah mampu untuk menyara kehidupan mereka sendiri selepas itu.

Saya punya sahabat2 yang baik.. tidak kiralah dari mana mereka bermula.. kerana manusia itu lumrahnya mampu untuk menjadi lebih baik..

Allah bagi kita rezeki dan tenaga untuk kita bantu orang lain yang memerlukan..

Jika kita susah.. pasti ada yang lagi susah...

Impian saya untuk memastikan pendidikan dan kelangsungan hidup penduduk Kempas dibela dan diberi perhatian.

KEMPAS SEJAHTERA...

#kempassejahtera

#SuaraRakyatJohor


DULU BUKAN SAHAJA NAKHIJRAH KE KUALA LUMPUR- MALAH PLAT KERETA PUN NAK PAKAI PLAT KUALA LUMPUR- PLAT NEGERI SENDIRI TAK MAU PAKAI. SEKARANG ?

 Dulu, masa kita masih muda & tinggal di kampung, kita teringin sangat hendak berhijrah ke Kuala Lumpur. Kita dengar, KL itu kota serba mewah, tempat orang kaya-kaya, tempat untuk jadi jutawan, gadisnya cantik-cantik, kereta besar, rumah banglo, itu ini semua ada.

Lalu, kita pun berhijrahlah, bawa cerita dan angan-angan dulu.
Rupa-rupanya Kuala Lumpur bukanlah sepenuhnya seperti yang kita bayangkan. Betul, Kuala Lumpur banyak istimewanya. Tapi bila lama kita di sini, kita jumpa gelandangan, miskin bandar, ibu bapa hilang pekerjaan, kenalan yang menanggung hutang keliling pinggang, anak-anak jadi mangsa ibu bapa dan banjir kilat...
Balik kampung semula?
Ya, ramai yang sudah menyerah diri. Balik kampung, bawa kenangan dari KL & cerita pada kawan-kawan tentang betapa susahnya hidup di ibu kota, tingginya kos sara hidup, gagalnya impian jadi kaya dan banjir kilat yang menenggelamkan kereta. Yang indah cuma masa muda dulu sempatlah dapat gelfren 3 - 4 orang... itu pun bukan anak KL, tapi yang datang dari kampung juga macam kita. Hihihihii...
Didoakan semoga warga KL yang menjadi mangsa banjir kelak akan dimurahkan rezeki, dilimpahkan kembali pendapatan & terus kuat memburu cita-cita. Insha Allah, pasti ada jalan & ramai yang akan membantu.
Zulkarnain Zakaria
Mantan Pengarang majalah Mastika
May be an image of car