KARTEL POLIS NI ADA ATAU TAK ADA?
YB JADI KAYA DUIT DARI MANA?
Anak Najib akhirnya mengaku Tim Leissner bantu dapatkan kerja pelatih di firma London

Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa Najib mengakui bahawa ada cuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs sebelum ini.
Malah, dia juga sempat bertemu dengan profesional perbankan kanan seperti Roger Ng dan Tim Leissner untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya dan sebagai sebahagian daripada usaha rangkaiannya untuk mendapatkan pekerjaan yang kompetitif.
Bagaimanapun, dia dimaklumkan ia mungkin menjadi konflik berkepentingan memandangkan bank pelaburan itu menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia.
“Ya, saya ada bertanya tentangnya dan diberitahu bahawa Goldman Sachs menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia dan ia boleh menjadi konflik kepentingan.
“Tim Leissner kemudiannya memperkenalkan saya kepada kumpulan pengumpulan dana di TPG iaitu sebuah firma ekuiti persendirian global. Mengumpul dana pelaburan daripada pelabur institusi strategik (terutamanya dana pencen dan dana kekayaan negara), yang mana ia bersesuaian dengan latar belakang saya. Saya kemudiannya ditemu duga untuk jawatan pelatih penganalisis di pejabat TPG London.
“Ya, saya seorang pelatih. Selain skop kerja teras saya juga bertanggungjawab untuk ‘spadework. Anda adalah gadis powerpoint, gadis fotostat, gadis kopi dan gadis penghantar,” katanya dalam coretan di Facebook pada Rabu.
Nooryana berkata, secara peribadi dia mempunyai minat yang mendalam dalam dasar kerajaan dan luar negara memandangkan memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Universiti Georgetown, Washington DC).
Disebabkan itu, dia ingin mendapatkan pekerjaan berkaitan dengan dasar kewangan dan kerajaan.
Malah katanya, standard emas pada masa itu adalah bekerja di institusi kewangan perdana yang merupakan laluan kerjaya impian ramai rakan sebayanya.
Bagaimanapun, dia menegaskan TPG mengamalkan proses pematuhan yang ketat dan melakukan ketetapan dalaman memandangkan kedudukan bapanya dalam kerajaan.
“Saya tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian atau bekerja dengan mana-mana akaun pelabur Malaysia.
“Selepas kira-kira 11 bulan sebagai pelatih, saya dinaikkan pangkat kepada penganalisis sepenuh masa berikutan semakan prestasi dalaman dan dipindahkan ke pejabat TPG Hong Kong di mana saya menghabiskan satu setengah tahun bekerja dalam usaha pengumpulan dana TPG Asia.
“Saya kemudiannya meninggalkan TPG pada Jun 2015 untuk menumpukan pada perniagaan saya dan permohonan sekolah siswazah,” ujarnya.
Pada Rabu, Najib menjelaskan tiada seorang pun daripada anaknya yang ditawarkan pekerjaan oleh Goldman Sachs, susulan kenyataan Leissner pada 22 Februari di Mahkamah Daerah Timur New York bahawa beliau diberitahu oleh Jho Low, Najib mahu tiga anaknya diberikan pekerjaan di Goldman Sachs.
Dia juga memaklumkan ada menerima CV Nooryana dan kemudian membantunya mendapatkan pekerjaan dengan TPG.
Leissner adalah saksi penting dalam perbicaraan terhadap pegawai bawahannya iaitu Roger Ng, yang dituduh melakukan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang berhubung dengan urusan 1MDB.
Muda mahu kawan atau lawan?
Tindakan Muda meletakkan calon di kerusi KEADILAN, DUN Larkin
menimbulkan tanda tanya mengenai kesetiaan parti itu terhadap prinsip
perjuangan bersama sebagai sekutu Pakatan Harapan (PH).
Bagi Pengerusi Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Syamil Luthfi, semangat yang diharapkan akan menumbangkan BN dan PN di Johor nampaknya sukar terjadi sebaliknya akan mengeruhkan keadaan menjelang Pilihan Raya Negeri Johor dengan tindakan Muda melanggar KEADILAN itu.

Syamil
Luthfi
"Saya meluahkan rasa kecewa rentetan pengumuman Parti Muda
yang meletakkan calon mereka bagi menentang calon KEADILAN di DUN Larkin pada
PRN kali ini.
"Mungkin benar semangat ini mampu menyemarakkan demokrasi
oleh semua pihak dalam membawa perubahan di negeri Johor.
"Walau bagaimanapun, ini bukanlah semangat setiakawan yang
baik dan seharusnya Muda menitikberatkan usaha bersama menghadapi musuh yang
jelas lebih besar. Saya percaya tindakan Parti Muda akan merugikan pihak
pembangkang dan akan menguntungkan pihak lawan.
"Seharusnya, Muda sebagai sebuah parti yang mempunyai hasrat
yang sama seperti PH perlu selari dengan agenda yang digariskan, bukan
sebaliknya menentang KEADILAN," katanya.
Syamil mengingatkan, tindakan yang ditunjukkan oleh Parti Muda itu tidak selari dengan apa yang dicanangkan oleh pimpinan mereka iaitu untuk membawa politik yang matang dan bermaruah.
"Oleh itu, saya akan berbincang dengan pimpinan KEADILAN untuk menilai kewajaran meletakkan calon dari Mahasiswa KEADILAN di DUN Puteri Wangsa sebagai tindak balas.
"Matlamat kita adalah reformasi institusi serta sosioekonomi
negeri Johor khususnya dan Malaysia secara amnya untuk masa depan yang lebih
cerah, dan perkara ini hanya boleh dicapai melalui permuafakatan,"
katanya.
Muda perlu rasional, PH boleh batal kerjasama
Sikap Muda mahu melanggar DUN
Larkin yang ditandingi KEADILAN amat membingungkan dan memerlukan pertimbangan
semula terhadap kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan parti itu.
Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman, Muda seharusnya lebih profesional dalam membentuk pakatan pilihan raya yang tidak merugikan rakan sekutu.
"Tatkala Muda bersetuju menerima tawaran enam kerusi daripada PH bermaksud Muda telah bersedia untuk bekerjasama dengan PH sebagai sebuah blok kerana PH adalah sebuah blok gabungan parti-parti politik.
"KEADILAN juga telah menawarkan tiga kerusi kepada Muda namun Muda kelihatan tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut.
"Muda tidak wajar meletakkan calon di kerusi yang telah ditandingi rakan komponen PH kerana tindakan itu hanya akan memberikan kemenangan kepada pihak lawan," katanya.
Tambah Syed Badli, sekiranya Muda berkeras dengan keputusan mahu melanggar kerusi KEADILAN maka PH juga boleh menarik balik kerusi yang diberikan kepada parti tersebut.
"Sekiranya Muda kekal berhasrat untuk bertembung, maka jelaslah kehadiran Muda sebagai agen perpecahan dan wajarlah PH menarik semula kerusi yang telah diberikan.
"Justeru itu saya ingin menasihati Muda untuk lebih rasional dalam membuat pertimbangan politik kerana setiap langkah bagi mendepani pilihan raya akan mengundang padah di kemudian hari," katanya lagi.
Perak juga bakal bubar DUN jika BN menang di Johor, kata Taqiuddin

Pengundi Johor diingatkan supaya menjadikan Melaka sebagai iktibar kepada sikap rakus elit politik yang lebih berminat menyelamatkan kepentingan kuasa berbanding kebajikan rakyat.
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N29 Mahkota, Taqiuddin Cheman berkata, ketika negara dan rakyat dilanda kesukaran, BN-PN bertindak dengan menambah kesusahan tersebut.
“Anak muda baru bangkit dari perniagaan dan ingin mulakan kehidupan baharu selepas negara menghadapi pelbagai varian COVID-19.
“Tetapi PN-BN hanya tahu, itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) (di Melaka) kerana mereka yakin akan menang. Selepas ini mungkin mereka akan buat di negeri-negeri lain seperti Perak pula,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa pengundi Johor menjadikan PRN kali ini untuk mengajar BN-PN dengan memastikan blok politik tersebut ditewaskan.
“Rakyat kena ajar mereka supaya insaf. Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun mereka tiada majoriti mudah, kita tetap sokong sebab nak jaga air muka kerajaan.
“Tetapi apa kata (Datuk) Hasni (Mohammad)? Mereka tidak mahu ehsan pembangkang. Jadi kita kena pastikan Johor ini jadi kubur BN-PN,” ujarnya.
Taqiuddin berkata demikian semasa majlis pelancaran Bilik Operasi Utama DUN (BOUD) Mahkota, dekat sini, malam tadi.
Turut hadir, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Hasnul Baharuddin; calon PH DUN N28 Mengkibol, Chew Chong Sin; serta pimpinan MUDA Johor.
Taqiuddin merupakan bekas ADUN Pulai Sebatang sebelum AMANAH mempertaruhkan beliau bertanding di DUN Mahkota.
Beliau merupakan salah seorang daripada tiga Pemuda AMANAH yang dicalonkan iaitu ‘Asim ‘Abdullah Ainullotfi (DUN N11 Serom) dan Mohammad Fakrulradzi Mahmud (DUN N32 Endau).
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan selepas pembubaran DUN pada 23 Januari 2022.
AMANAH yang bertanding di bawah logo PH meletakkan 16 calon termasuk daripada sayap wanita dan pemuda.
Tarikh penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.
Seramai 2.6 rakyat Johor layak mengundi pada PRN kali ke-15 ini.
Undian ini penting untuk menentukan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun lagi.
Para pengundi yang berada di luar Johor diharapkan pulang mengundi untuk memilih calon wakil rakyat di tempat masing-masing.
Sekiranya pengundi berdepan kesukaran untuk pulang mengundi, sila layari johorngundi.com untuk mendapatkan bantuan atau memberi sumbangan.
Jika Muda langgar Larkin, AMK bersedia - Fahmi Zainol
Pengumuman Muda untuk meletakkan calon di kerusi KEADILAN DUN
Larkin amat tidak wajar berlaku sekiranya parti itu benar benar mahu bersekutu
bersama Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Johor.
Menurut Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Fahmi Zainol, sayap pemuda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku pertembungan di mana mana kerusi menghadapi Muda menjelang hari penamaan calon.
"Baru sahaja beberapa hari lepas Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataannya berikrar tidak akan melanggar mana-mana kerusi koalisi blok pembangkang, namun lain pula jadinya apabila beliau bertindak meletakkan calon di DUN Larkin yang mana calon KEADILAN bertanding di sana.
"Pengumuman yang dilakukan Syed Saddiq itu jelas menimbulkan kemarahan akar umbi KEADILAN dan ada juga di antara mereka menuntut untuk KEADILAN meletakkan calon di kerusi DUN Puteri Wangsa dan kerusi lain yang ditandingi oleh Muda.
"Namun begitu sebagai ahli, kami akur dengan apa sahaja percaturan daripada pimpinan tertinggi parti. Selaku pemimpin muda saya menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap Syed Saddiq yang menggadaikan muafakat Pakatan Harapan demi cita-cita peribadi beliau," katanya.
Fahmi juga kesal dengan tindakan Muda yang beberapa kali membelakangkan PH seolah olah cuba mewujudkan ketegangan menjelang penamaan calon.
Oleh itu, katanya, AMK telah menjangkakan 'pelanggaran' kerusi berkenaan akan berlaku.
"Kami di AMK Malaysia bersedia dengan jentera pilihan raya di tahap masimum bagi menghadapi sesiapa sahaja walau dilanggar kawan dan lawan.
"Kami di KEADILAN sentiasa berdiri teguh dengan prinsip keadilan dan akan terus bersuara untuk rakyat demi kesejahteraan semua," katanya lagi.
DUA DUA BETUL- YANG KENA PEMBOHONG AUNCAI ..KAH...KAH
JAMZURI ARDANI
Presiden Umno kata
Presiden Bersatu pembohong.
Presiden Bersatu kata
Presiden Umno rasuah.
Dua-dua betul!
PULAK- DULU PUAS SEKARANG TIDAK ?
MOHD SHAH RIM
PAS menafikan puas
hati kes 1MDB..
Dulu memanglah kami
puas hati sebab masa tu kami pembangkang..
ANWAR DAH BAGI TAU AWAL SEJAK 2011
MUS MUHAMMAD II
1. Anwar Ibrahim dah bagi amaran ttg 1MDB sejak awal!
2. Dr. Mahathir bin Mohamad yang paksa Pak Lah lantik Najib jd
Timbalan PM.
3. Mahathir letak jawatan sebab nak halang DSAI daripada ambil
alih pemerintahan, maka angkat Abah Cow, Jemin Jalang & UMNO berkuasa.
4. #UMNOscam kini
kembali porak perandakan negara.
HUKUM KARMA!!!!!
HEBAT INDONESIA BAWANG KENTANG HASILKAN SENDIRI
Indonesia kentang bawang tanam sendiri..

