Omicron: Tangguh PRN Johor atau benarkan kempen terbuka, PH beritahu kerajaan

 

Majlis Presiden PH menegaskan kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan sekiranya kerajaan enggan menangguhkan PRN Johor.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan supaya menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) Johor susulan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 melebihi 17,000 kes.

Majlis Presiden PH menerusi kenyataan membuat gesaan itu bagi memastikan tiada pihak menjadikan peningkatan kes Covid-19 sebagai alat untuk tujuan politik.

“Majlis Presiden memandang serius gelombang Covid-19 dengan varian Omicron yang sudah bermula dengan jumlah kes mencecah 17,000 semalam. Demi memastikan keadaan ini tidak diperalatkan untuk tujuan politik maka kerajaan harus pertimbang untuk menangguhkan PRN Johor,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sekiranya kerajaan enggan menangguhkan dan ingin memberi kelonggaran seperti negara Barat maka kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan.

“Yang pasti perintah kawalan pergerakan penuh (total lockdown) tidak boleh dikenakan kerana terbukti gagal sebelum ini,” katanya.

Menerusi kenyataan bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Upko, Wilfred Madius Tangau itu juga PH memberi amaran agar kerajaan tidak menyalahgunakan penguatkuasaan saman ke atas individu dan perniagaan, sebaliknya memberi fokus kepada pendidikan dan kesedaran untuk menangani gelombang varian Omicron yang rata-rata bergejala ringan.

“Janganlah kerana nak bunuh nyamuk, habis kelambu dibakar,” katanya.

Katanya, mesyuarat Majlis Presiden PH semalam turut memutuskan untuk menyediakan siri tawaran di bawah kempen “ Johor Bangkit:Maju, Bermaruah” merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pemantapan sosial, serta reformasi politik yang akan diumumkan sebelum bermulanya kempen pilihan raya.

PRN Johor akan diadakan pada 12 Mac depan dengan hari mengundi awal ditetapkan pada 8 Mac.

Dalam perkembangan lain, PH juga turut menggesa kerajaan supaya membentangkan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti seperti yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara gabungan itu dengan Putrajaya sebelum ini.

PEMERINTAHAN PH selama 22 bulan.

 


 PEMERINTAHAN PH selama 22 bulan.

Tapi sayang, masih ada yang buta hati dan buta  akal fikir walaupun mata celik


Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH

Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego kecuali yg melibatkan keselamatan / bencana & kepakaran khusus – PH

Yang bayar hutang 1mdb – PH

Yang hapuskan GST – PH

Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal – PH

Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH

Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH

Yang kurangkan judi zaman UMNO BN 22 kali ke 8 kali - PH

Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH

Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH

Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH

Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH

Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara – PH

Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH

Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH

Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim – PH

Yang kekalkan institusi raja-raja – PH

Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH

Yang beri kebebasan media tiada lagi tv3 suku – PH

Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim – PH

Yang kurangkan beban guru-guru – PH

Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan – PH

Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH

Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH

Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia – PH

Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH

Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH

Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH

Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH

Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu – PH

Yang naikkan elaun guru KAFA – PH

Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH

Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes – PH

Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH

Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang – PH

Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH

Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum – PH

Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH

Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku – PH

Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja – PH

Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH

Yang turunkan tarif elektrik – PH

Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH

Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH

Yang berjaya tangguhkan UEC – PH

Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH

Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH

Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH

Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH

Yang set harga minimum getah sekerap – PH

Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH


Inilah agenda PH yg mahu berkuasa di Malaysia. Selama mereka memerintah negara kita walaupun sekejap lihat lah kejayaan demi kejayaan yg telah berlaku. Sedarlah wahai seluruh bangsa tanah air ini.. 

Apa yg berlaku sebelum ini kita jadi kan pengajaran buat generasi baru.


 

Selepas AMANAH dan Dap, PKR pula tawar 3 kerusi untuk Muda


 


PKR memaklumkan, parti itu menawarkan tiga kerusi untuk ditandingi parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata hal itu dibuat selepas kedua-dua parti mengadakan tiga pertemuan dan rundingan sebelum ini, selaras dengan hasrat yang dinyatakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PH Johor.

Dalam siri rundingan tersebut, katanya, kedua-dua pihak telah memberikan pandangan mereka secara jujur dan terbuka.

“Hasil daripada rundingan itu, PKR menawarkan tiga kerusi kepada Muda dan sedang menunggu maklumbalas berhubung tawaran tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun ahli parlimen Ledang itu tidak menamakan kerusi yang dimaksudkannya.

Pengumuman berkenaan menyusul beberapa jam selepas dua lagi parti PH – Amanah dan DAP – mengumumkan hasil rundingan mereka dengan parti yang baru ditubuhkan itu petang tadi.

Secara keseluruhan Muda diberikan enam kerusi, masing-masing empat daripada Amanah dan bakinya DAP.

Kerusi yang dipersetujui ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai. Kesemua kerusi berkenaan ditandingi oleh Bersatu pada 2018.

Ketika itu Bersatu menjadi sebahagian daripada PH sebelum mereka berpaling tadah dengan bekerjasama dengan Umno dan Bersatu untuk menjatuhkan kerajaan PH di luar proses pilihan raya.

Jika tawaran itu diterima, secara keseluruhan PKR akan meletakkan calonnya di 17 kerusi, diikuti Amanah 16 kerusi, DAP 14 dan Muda sembilan.

‘Rundingan dengan PKR belum muktamad’

Sementara itu, Muda dalam satu kenyataan berkata rundingan antara parti itu dan PKR masih belum dimuktamadkan.

“Muda telah mencadangkan untuk bertanding di tiga kerusi. Ketiga-tiga kerusi ini bukan kerusi yang telah dimenangi atau ditandingi oleh PKR pada PRU yang lepas.

“Muda menghormati hak rakan-rakan PKR untuk mempertahankan kerusi sedia ada. Namun begitu, PKR belum lagi memberikan kata putus berkenaan tiga kerusi tersebut,” katanya.

Muda berkata, parti itu percaya bahawa atas semangat kebersamaan dan demi rakyat Johor, satu rundingan yang telus dan jujur perlu dibuat.

“Muda juga mencadangkan agar setiap intipati rundingan diselesaikan bersama secara sulit sebelum diumumkan ke pihak media atas semangat ketelusan bersama,” katanya.

TIK TOK- ANWAR.AKU ADA KUASA...


 

TIK TOK- PARTI GILA KUASA


 

Kita tak ada masa layan Bersatu, kata pemimpin Umno


Umno tidak sempat melayan ugutan Bersatu kerana gerak kerja jentera sudah dilancarkan di setiap kawasan dan bersedia untuk kemenangan di Johor, menurut Fathul Bari Mat Jahya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA : Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Fathul Bari Mat Jahya menggesa Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan untuk tidak campur tangan hal Umno susulan ugutan untuk mendedahkan kepincangan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno tidak mempunyai masa untuk melayan ugutan itu kerana pihaknya sedang memfokuskan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Soal mendedahkan kepincangan Umno, itu soal dalaman Umno… krisis dalaman kami biar kami yang uruskan.

“Khabarnya ada menteri (Bersatu) nak lompat dan sebagainya, sepatutnya Bersatu selesaikan hal mereka dan fokus kemenangan di Johor dulu.

“Kami tak sempat nak layan ugutan ini kerana kita dah lancar gerak kerja jentera kita di setiap kawasan kita dan kita bersedia kemenangan di Johor,” katanya kepada FMT.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kangar itu berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Wan Saiful untuk mendedahkan kepincangan dalam Umno dan BN semasa mentadbir negara dahulu dan tindakan pemimpin parti itu pada masa ini.

Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata kesabaran Perikatan Nasional (PN) ada hadnya dan turut mengingatkan “kawan-kawan” Umno agar tidak “menguji yang bukan-bukan”.

Sementara itu, Fathul Bari turut mengingatkan Wan Saiful tidak terlalu bersikap retorik dan terus bekerja bagi memastikan kemenangan Bersatu di Johor.

“(Sikap) itu cuma retorik. Takkanlah ‘level’ Wan Saiful, sahabat saya yang hebat ini nak melayan ‘cybertrooper’. Elok fokus kejayaan PRN,” katanya.

APA CITA BOSSKU - SAYA TIADA WANG, ASET SEBANYAK RM2.6 BILION – NAJIB

 

1. Sudah musim PRN.

2. Firma guaman Messrs Rosli Dahlan Saravana iaitu firma milik peguam peribadi PM8 dilantik untuk menjadi guaman 1MDB pada tahun lalu.

1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik PM8.

3. 1MDB keluarkan saman sivil (bukan jenayah) terhadap saya tahun lepas untuk menuntut ganti rugi sebanyak US$681 juta.

4. US$681 juta ini adalah jumlah yang terkenal sebagai RM2.6b yang pernah masuk akaun atas nama saya.

5. Di dalam kes jenayah berhubung 1MDB, saya telah didakwa 9 tuduhan atas akta AMLA sebab RM2.6b ini pernah masuk akaun saya dan saya juga didakwa 6 tuduhan sebab RM2.6b ini telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.

6. Walaupun dana dikembalikan sepenuhnya, 1MDB masih mahu saman saya.

7. Saman sivil ini adalah berdasarkan afidavit seorang pegawai 1MDB sahaja dan sebab ianya saman sivil, ianya tidak melibatkan hukuman penjara tetapi tuntutan ganti rugi sahaja.

Saman sivil berdasarkan afidavit sahaja juga pernah digunakan atas saya oleh kerajaan dalam kes lucut hak dana dan harta di mana kerajaan kalah kedua-dua kes tersebut.

8. Entah kenapa 1MDB fikir saya ada RM2.6b untuk bayar pampasan. Saya tak ada wang untuk bayar tuntutan cukai RM1.7b LHDN, dia ingat saya ada wang untuk bayar RM2.6b?

Saya tiada aset berjumlah US$681 juta. Yang dimohon oleh saman 1MDB ialah saya tidak boleh memindahkan aset sehingga US$681 juta. Sebab itu, mereka nak hadkan pengeluaran dari akaun bank saya termasuk akaun pencen saya ke RM100k sebulan.

9. Amat jelas bahawa kes saman sivil 1MDB di bawah Menteri Kewangan (yang dilantik PM8) yang melantik firma guaman dimiliki peguam peribadi PM8 ialah untuk membina persepsi bahawa saya ada aset bernilai sehingga US681 juta untuk dibeku.

Ini palsu. Setelah bertahun-tahun menyiasat, kerajaan amat jelas berapa nilai aset yang saya ada.

10. Paling menarik ialah semasa 1MDB memohon mahkamah hadkan pengeluaran wang dari akaun saya, syarikat itu telah memberi jaminan (undertaking) kepada pesuruhjaya kehakiman bahawa mereka akan membayar sebarang ganti-rugi kepada saya sekiranya syarikat itu kalah saman sivil ini.

Ini adalah satu bentuk jaminan kerajaan. Adakah jaminan kerajaan ini telah diluluskan kabinet?

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.


SIASAT YANG SALAH LA NGOK...BUKAN YANG DEDAHKAN SURAT TU-

 

Siasat mereka yang bocorkan surat kepada Pengerusi MARA, SPRM diberitahu




Bekas Pengerusi MARA Corp berkata kebocoran dokumen syarikat adalah salah laku yang serius.

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi MARA Corp Sdn Bhd (MARA Corp) berkata, mereka yang terlibat dalam membocorkan surat yang mendakwa lima pegawai kanan MARA telah menyalahgunakan jawatan perlu disiasat.

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, yang merupakan Pengerusi MARA Corp dari 2019 hingga 2020, berkata kebocoran dokumen syarikat adalah salah laku yang serius.

“Individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu perlu disiasat dan dipecat,” katanya dalam forum anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam.

Beliau turut mempersoalkan peranan lembaga pengarah, dengan berkata, “Bagaimana mungkin mereka tidak tahu tentang perkara ini (dakwaan penyalahgunaan)? Adakah mereka tidak menjalankan tugas mereka?”

Dalam catatan Twitter baru-baru ini, Edisi Khas membocorkan surat yang didakwa dihantar oleh Pengarah Eksekutif MARA Corp Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusi MARA Azizah Mohd Dun, mendakwa lima pegawai kanan telah menyalahgunakan jawatan mereka.

Surat setebal 17 muka surat itu menamakan lima pegawai itu dan menyerlahkan dakwaan salah laku mereka. Ia dikatakan ditulis atas permintaan Azizah untuk siasatan integriti terhadap pegawai MARA yang telah “dipinjamkan” kepada MARA Corp dalam ‘program persenyawaan silang’.

Surat itu mengandungi senarai bayaran “undur tarikh” yang didakwa diterima oleh pegawai itu. Menurut surat itu, Suhaili berkata pembayaran undur tarikh itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau lembaga pengarah.

Pada forum semalam, Akhramsyah menggesa MARA Corp memperbaiki tadbir urusnya berikutan kontroversi yang menyelubungi organisasi itu.

“Siasatan jelas menunjukkan bahawa tadbir urus yang baik kurang dalam syarikat. Inilah yang berlaku apabila kita membenarkan orang yang tidak layak untuk mengisi jawatan tertinggi,” katanya.


Johor yang stabil, konon!


12 Mac. Kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Hakikatnya, kerajaan Johor pimpinan Umno dan dibarisi oleh Bersatu yang ada sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang boleh stabil jika mahu, meskipun hanya minoriti. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

PAS pernah memerintah Kelantan dengan kelebihan hanya, ya hanya satu kerusi antara 2005 sehingga 2008. Pada 2004, PAS memenangi 24 buah kerusi DUN Kelantan. Setahun selepasnya, seorang ADUN parti tersebut meninggal dunia dan berlakulah Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir di mana PAS tewas sehingga menyebabkan kedudukan DUN berada pada angka 23-22. Pun kerajaan PAS bertahan sehingga PRU 2008. Kerajaan PAS tatkala itu digelar ‘Kerajaan Dua Undi’ kerana salah satu DUN yang dimenangi mereka ketika itu (yakni di DUN Kemuning) hanya beroleh majoriti 2 undi. Tidak ada gangguan berlaku kepada pentadbiran kerana tiada pengkhianatan mana-mana Yang Berhormat, mahupun campur tangan istana. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan mandat rakyat tanpa menerima mana-mana katak politik, atau bekerja dengan pengkhianat. Justeru, konon Johor memerlukan mandat rakyatnya demi sebuah kerajaan yang stabil adalah mitos. Kerajaan Kelantan pernah bertahan sehingga Pilihan Raya Umum tanpa perlu membazir wang rakyat. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Negeri Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Kamu berderau darah memikirkan kos Pilihan Raya Johor adalah RM96 juta. Tidakkah itu satu pembaziran, dan pembaziran itu tidakkah sangat syaitani? Berapa banyakkah mulut si miskin dan si melarat dapat disuap dengan RM96 juta? Berapa banyak sekolah dapat dibaiki dengan RM96 juta? Berapa banyak hospital dapat dinaiktaraf dengan RM96 juta? Berapa banyak sungai dapat didalamkan agar tidak melimpah membanjir kampung dengan RM96 juta? Berapa banyak dapat dilakukan dengan RM96 juta? Tetapi kamu kini menjadi sebahagian dari pembaziran ini kerana kamu pengundi Johor dipermainkan oleh kuasawan. Melainkan, kamu tidak tunduk. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Apakah kerajaan stabil yang ingin kamu perolehi? Kamu malah tidak mampu memiliki sebuah rumah pun untuk didiami. Stabil apa? Kamu bahkan tidak berkemampuan memiliki kediaman. Ini kerana kemampuan kamu membeli sebuah rumah bukan sahaja tertumpu kepada pendapatan diri kamu, mahupun isi rumah. Kamu tahu ia lebih daripada itu, kamu tahu kamu tiada kebolehan untuk melakukan pinjaman rumah dan kebolehan untuk membayar pinjaman. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Sebagai pengundi kamu tahu yang hidup kamu tidak berubah kerana hidup kamu bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Kamu tahu terdapat bidang makroekonomi dan mikroekonomi dalam sesebuah negara. Anak bongsu kamu yang belajar akaun di sekolah dan anak sulung kamu yang mengambil subjek ekonomi di universiti sudah menjelaskan kepada kamu yang makroekonomi berfungsi untuk mengukur kadar inflasi negara, kadar pengangguran, nilai semua hasil perkhidmatan dan barangan yang dihasilkan, perkembangan ekonomi di peringkat negara serta kestabilan politik. Kestabilan hanya berlaku apabila sesebuah pentadbiran kerajaan tidak diganggu oleh kuasawan yang tidak perlu. Di Kelantan antara 2005 sehingga 2008 meskipun hanya memerintah dengan satu kerusi, Nik Abdul Aziz tidak perlu berdepan dengan Pilihan Raya Negeri, kerana tiada kelapak kuasa, tamak wang ringgit. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Kamu masih hidup susah. Harga barangan harian terus meningkat. Kos menyara anak di universiti di Lembah Kelang makin menekan. Anak kamu yang belajar ekonomi itu memberitahu betapa kesan inflasi dapat dilihat apabila harga barangan di pasaran meningkat secara berterusan. Maka itulah sebab kamu tidak lagi punya kuasa membeli. Inilah juga sebabnya kamu tidak mampu membeli sebuah rumah pun. Di Johor Bahru harga sebuah rumah adalah berpurata RM323,823 pada tahun 2017 yang lalu. Jadi kamu marah. Kamu masih ingat pada 2018 kamu tekad di hadapan peti undi untuk menukar enjin dan kapal sekaligus. Kerana kamu serik. Kamu jeran. Kamu meluat. Kamu geram. Kamu amuk. Kamu mahu sebuah kerajaan yang stabil. Tetapi malang ada pengkhianatan. Dan kini, tidak sempat-sempat mereka menunggu satu lagi Pilihan Raya Umum, sikap dan perasaan kamu pada 2018 itu digugat sekali lagi. Kamu berdepan dengan pembaziran Pilihan Raya Negeri sebanyak RM96 juta. Padahal berapa banyak rumah yang dapat dibina untuk didiami di Johor dengan RM96 juta? Berapa banyak wang boleh menampung anak-anak di universiti seperti anak kamu? Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Kamu memang perlu pulang ke Mersing untuk mengundi. Kamu bimbang akan ada anak-anak muda yang disogok RM20-RM30, mungkin lebih, oleh kuasawan. Supaya anak-anak ini yang dapat mengisi tangki minyak motosikal dan bot itu merendam jari dalam dakwat dan mengundi sekali lagi untuk penghinaan yang kamu alami. Penghinaan dek tidak punya kediaman. Penghinaan dek dipermainkan kuasawan. Penghinaan dek dilacurkan hak kamu. Penghinaan sehingga kamu tidak mampu membeli setin sardin atau sepapan telur. Penghinaan kerana kamu kini hanya terkulat melihat warga luar mengisi rumah-rumah yang dibina indah di negeri sendiri. Kamu ingin berubah, dan melakukan sesuatu. Tetapi kamu melihat ada ramai di keliling kamu sanggup menyerah undi menerima sogok rasuah yang merosak negara, demi membolehkan kuasawan terus tamak haloba dan berkuasa. Kamu pulang mengundi kerana khuatir kamu dihina. Kamu celik politik, tetapi ada anak-anak memilih untuk membaham duit mengisi dompet lantas memilih mereka yang akan terus menghinjak kamu. Kamu celik politik, tetapi ada wak dan tok dan di kampung yang senang ditipu dengan sekampit beras seikat sayur selama dua minggu tempoh berkempen. Kamu jijik. Kamu tidak sanggup lagi. Kamu tahu kamu tidak mahu diperkosa lagi. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini. Ini mitos berharga RM96 juta.

12 Mac, kamu inginkan kapal dan enjin yang munasabah, bukan kapal korek menghenyak pasir. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor 12 Mac itu kerana kamu berpengertian. Kamu benci permainan kuasawan. 12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu, mengajar kuasawan bahawa 12 Mac itu milik kamu.

 

KERUGIAN GHK BUKAN SEKADAR 2.6 BILLION. TETAPI MELIBATKAN DANA RAKYAT KWSP DAN PEMEGANG SAHAM CIMB,RHB DAN MAYBANK

 




Genting Hong Kong Rugi bukan hanya rm2.6 billion kepada pemberi pinjaman..apabila diselidiki lebih mendalam lebih besar kerugian yang dialami oleh pemegang saham didalam Genting Hong Kong yang muflis iaitu Dana Rakyat KWSP pemegang saham didalam Maybank RHB CIMB..

👇
1.Pinjaman Tanpa cagaran RM2.6 billion..
2.Hutang bahan API tidak dijelaskan
sejak 2017 RM19.6 juta.
3.Kerugian sejak pendemik COVID-19 rm7.1 billion..
4.Hutang kepada syarikat pembuat kapal mewah di German yang muflis berapa billion RM?
Jumlah hutang di atas kertas Genting Hong Kong hampir Rm10k billion..!!!
Kerajaan pemimpin Ayah dapi,Azmin , zafrul berkata kedudukan Kewangan KWSP Maybank RHB CIMB tidak akan terjejas.?
Perniagaan adalah risiko jika mengalami kerugian.. persoalanya Wang perlaburan yang diambil Dari Dana Rakyat KWSP hangus... berapa dividen 2021 yang KWSP akan berikan kepada pencarum??
Lu fikirlah sendiri..😁😁😁
Crdits#SyedAzharsyedAhmad

TAK HABIS HABIS JUAL ASET

 

erm di era kerajaan BN PN nie,

tak habis² nak jual aset.. dah terdesak sangat kot..
Tapi isu yg lebih musykil Bangunan itu dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001, Namun kini sudah berpindah tangan kpd sykt ABS Sdn.. Telekom kini hanya sebagai penyewa..
Kelakar kan.. sendiri bina, .. kroni punya pasal,
kini sendiri jadi penyewa..
🤭 mula jual zaman Najib..
Pusing² ke kroni sendiri juga.. mengapa TM tak ngaku jual bangunan.. https://www.theedgemarkets.com/.../ram-downgrades-menara...
Aik apa terbabit nya pula Tabung Haji nie.. jom baca..
😌

LAMBATNYA UNTUK UPDATES BILA KES MENCANAK NAIK

 



LIYANA MARZUKI

Ramai yang tak sedar, semalam kes positif sudah capai lebih 17k kes.

Kalau dulu masa zaman Adham Baba, tiap hari dibahan kalau kes naik. Paling lambat pukul 6 kita dapat hebahan jumlah kes dan kematian. Semua ini dari FB KKM.
Sejak Menteri Kesihatan kita level Oxford ni, KKM buka website lain untuk kita cari maklumat. Kadar kematian pun kena tunggu sampai tengah malam.
Cunning! That’s all I can say…
Masalahnya kalau maklumat tak berapa transparent ni, takut rakyat syok tak ingat pandemik. Let down our guard dan kes akan makin meningkat. Ini yang satu boleh diambil perhatian…
Last but not least, Johor negeri ke-3 paling banyak kes positif. Masih lagi rasa boleh diadakan PRN?
Jangan sampai ia backfired kepada Kerajaan dan memudaratkan rakyat.
At the end, rakyat perlu didahulukan, nafsu politik tolong tolak kemudian.

APA RAHSIA KEJAYAAN TIK TOK ? FB RUGI BERATUS BILLION KERANANYA

 




NORMAN RADZUAN


PENURUNAN KETARA PENGGUNA FACEBOOK

Dalam beberapa tahun ini Facebook co founder Mark Zuckerberg personally lost nearly US 32 billion. Ia kerugian yang cukup besar berlaku dalam sejarah FB selepas menguasainya laman media sosial selama 10 tahun.

Kemunculan Tik Tok dan karenah Apple telah membuat Facebook semakin dipinggirkan. Malah anak-anak muda di seluruh dunia merasa malu mempunyai akaun FB kerana beranggapan ia adalah akaun laman sosial untuk orang-orang tua atau golongan kedua ibu bapa mereka.

Tik Tok pada awalnya dianggap media sosial untuk anak muda selepas Instagram. Lama kelamaan konsep video pendek Tik Tok mendapat sambutan. Masing-masing ingin menjadi pengarah, jurukamera dan pelakon terbitan sendirian punya. Apapun ramai  bakat-bakat terpendam lahir dengan idea yang cukup kreatif.

Pada awalnya ia sering digunakan oleh anak muda persembahkan tarian, nyanyian serta lifestyle mereka. Lama kelamaan golongan dewasa dan pelbagai peringkat umur juga menggunakannya untuk tujuan pemasaran perniagaan dan politik.

Rahsia kejayaan Tik Tok diakui Mark Zuckerberg hingga mengarahkan kakitangan Facebook menumpukan kepada 'video pendek' yang menjadi trend anak muda dan masyarakat hari ini.

Persoalannya adakah nasib Facebook akan terjadi sepertimana pernah mereka perlakukan kepada Myspace yang pernah menjadi media sosial nombor satu dunia. Atau juga Friendster yang pernah juga popular sebelum dirampas oleh Myspace.

Friendster ditinggal kerana Myspace membenarkan penggunanya menggunakan nama samaran. Facebook pula mengambil alih kerana ia membenarkan pengguna berbicara panjang lebar serta memboleh gambar dan video dimasukkan.

Facebook mengungguli carta pengguna media sosial Malaysia no 1 diikuti Whatsapp, Instagram dan Twitter. Instagram menguasai golongan remaja sebelum ini kerana konsep gambar tanpa artikel panjang lebar seperti di FB. Kemunculan Clubhouse kurang sambutan sepertimana Tik Tok.

Dalam tempoh setahun ini Tik Tok menguasai bukan sahaja pengguna laman sosial di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Akhirnya FB mengalami kerugian ratusan billion ringgit angkara Tik Tok apabila pengguna FB semakin berkurangan.

Apa yang kita pelajari... zaman sekarang anak-anak muda 'malas membaca'. Anak muda mahu sesuatu yang pantas dan itulah gaya hidup mereka. Secara keseluruhan semua media sosial termasuk Youtube telah membunuh dunia surat khabar dan majalah. Now everyone can be reporter.

Teknologi berjalan pantas dan saya baru 10 hari ini membuka akaun Tik Tok. Teknologi saling bertukar sepertimana virus. Nasib ada vaksin. Cuma dunia belum menghasilkan vaksin melawan virus malas kepada manusia.

 

PPIM DAN ARM TAMPIL BERSUARA ISU AKAUN BANK DlBEKUKAN, RIBUAN RAKYAT TER...

Tanya Mereka, Kenapa Dah 62 Tahun Merdeka Masih Ada Kawasan Yang Miskin?



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan mengapa setelah 62 tahun merdeka masih ada kawasan. rakyat yang miskin. Menurut Anwar, menyuarakan suara hati rakyat itu adalah perbezaan perjuangan parti KEADILAN dan parti parti politik lain di Malaysia. "Sebab itu bila kita nyatakan suara anak muda, itu bukan sahaja suara anak muda tetapi sebagai suara hati rakyat, ini meletakkan perbezaan AMK

RENTASAN 1067 | GEMPAR!!! KINI ZAHID 'KOYAK' KLUSTER MAHKAMAH 'DISERANG'...






MENARIK DALAM RENTASAN 1067
1. KERUNTUHAN AKHLAK - PANDEMIK YANG TERABAI 2. AMARAN YANG NAIK ENGGAN TURUN 3. DIA YANG PUKUL, DIA PULA YANG MENANGIS 4. SELAMAT TINGGAL UMNO




MALU APA BOSSKU

 

Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan Najib Razak tidak boleh mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga pada nilai AS$681 juta.

Berdasarkan dokumen perintah yang diperoleh media, bekas Perdana Menteri itu juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaun bank untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding Zoom selepas membenarkan permohonan injunksi mareva sebelah pihak yang dimohon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Perintah itu berkuatkuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Mengikut perintah itu, jika Najib memerlukan lebih daripada RM100,000 sebulan, beliau hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversifiedyang bertindak sebagai plaintif pertama dan kelima dalam kes saman sivil berkenaan.

Jika tiada kebenaran bertulis diberikan, Najib boleh memohon dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.

Perintah itu juga antara lain menyebut, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat aset dan maklumat itu hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada Peguam plaintif pertama dan kelima.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah AS$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$681 juta.

Perintah terbabit juga menyatakan mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Tuntutan saman AS$8 bilion itu adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan itu.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/02/920507/najib-tidak-boleh-usik-asetnya-sehingga-as681-juta