MASA NAK MINTA DUIT...JUAL NAMA RAKYAT KELANTAN.....


Tak kira wang ihsan atau royalti, harap rakyat Kelantan dapat manfaat, kata Ahli Parlimen




Sebelum ini, media melaporkan Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Rakyat Kelantan perlu terus mendapat manfaat menerusi apa saja bentuk pembayaran sama ada wang ihsan atau tuntutan royalti hasil minyak daripada kerajaan persekutuan, kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, satu perbincangan tertutup diadakan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan berhubung perkara itu.

“Apa-apa pun keputusan perbincangan, kita mengharapkan rakyat Kelantan akan mendapat manfaat, tidak kira dipanggil wang ihsan atau royalti,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Hal itu disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan Kelantan.

Bagaimanapun, disebabkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

FUHHH....MALANGNYA...

 

MOHD MUKHLIS


Rakyat lega dan selesa kata hurukah. Mungkin berkat kepimpinan ulamak kerajaan Melayu Isle sertuan mopti serba tahu.

Demikianlah mopti..
May be an image of 4 people and text that says "Harakahdally Rakyat Lega Harakahdaily Rakyat Selesa Mangh 2020 LANGGAN Utusan Malaysia Harakah RAKYAT LEGA Setahun Kejatuhar Pentadbiran Harakah RAKYAT SELESA Perikatan Rakyat perlu sedia hadapi kenaikan harga barang 30-200% tahun depan Terokai Harakah dengan eHarakah menarik afase sejak selepas kerajaan dalamar nereka kebajikan Selanjutnya.. dapatkan Harakah sekarang! PROMOSI SIDEX Isnin 2628 pasaran Perikatan Nasional berjaya membentuk Umat terdiri daripada art-parti polnik dalam perubahan ini. akhbar 27 November 2021. 7:00 am erlibat PETALING JAYA: takyat negara perlu bersedia berdepan 30 Harakah RAKYAT spekulasi peniaga. Semua kenaikan, Harak aktiviti pada ma- dolar Amerika"


NAK ROYALTI KA NAK ISLE

 

MOHD MUKHLIS


Demo nok royalti ko, nok Isley?

😂
Lebai dah boleh start trade in Mercedes denge Biba, tak pun Unser hijau.
Istiqomah di tipu, walaun apa lagi, padang Merbuk kita semua.


No photo description available.

GAMBAR GAMBAR ; PENYERTAAN MAZLEE MALIK KE DALAM PKR

 

YB Dr Maszlee Malik telah umum kemasukan ke Keadilan bersama 500 orang lagi sebentar tadi. Selamat datang ke keluarga besar Keadilan! Moga

mantap
Keadilan Negeri Johor dan Malaysia.
Ramai yg kata tewas di Melaka, hancurlah Keadilan dan PH. Tapi, selagi ada pejuang reformasi, InsyaAllah, Keadilan tetap utuh dan bertambah penyokongnya.

W.FAUDZIN





May be an image of 11 people and people standingMay be an image of 2 people, people standing and text that says "LIVE Dr Maszlee Malik is live now. 22 m Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Simpang Renggam LIVE o 1.5K ΚΙ KEADILAN SIMPANGREG Selamat Da YANGBERHORMAT DATO'SER DATO ANWAR IBRA Par Simpang"May be an image of 5 people and people standingMay be an image of 6 people and people standing



Terkini! Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno saja, tanpa libatkan Bersatu

 Terkini! Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno saja, tanpa libatkan Bersatu



Pas tidak boleh terus terbelenggu dengan Muafakat Nasional (MN), sekiranya pakatan itu hanya melibatkan parti itu dan UMNO sahaja, tegas Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam satu catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas juga menolak sebarang fahaman yang cuba menafikan keperluan gagasan seperti Perikatan Nasional (PN) untuk menangani masyarakat majmuk di negara ini.

Katanya lagi, Pas konsisten berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit.

“Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN).

“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh,” tegasnya lagi.

Hala tuju Muafakat Nasional, yang ditubuhkan secara formal selepas PRU 2018, terus menjadi tanda tanya selepas Pas mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah bendera PN.

Rata-rata pemerhati melihat keputusan itu memberi tamparan kepada UMNO yang konsisten menganggap Bersatu dan PN sebagai musuh politik mereka.

Pertembungan Pas dan UMNO, masing-masing di bawah PN dan BN dalam Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka baru-baru ini, menimbulkan lagi tanda tanya mengenai nasib MN.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Pas boleh bersama-sama membina negara dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja, dan Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.

“Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.

“Pas hanya menerima Muafakat Nasional (MN) yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik Perikatan Nasional (PN),” katanya lagi.

BUAT BUAT TERKEJUT BEROK- PEEEGEDAHHHH

 


Isu royalti minyak: Kenapa Kelantan terkejut, tanyalah 3 menteri Pas dalam kerajaan


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / November 27, 2021

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya bertanya kepada tiga menteri Pas yang berada di dalam kerajaan sekarang berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri berkenaan.

Ia susulan respon Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini yang menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang hanya akan memberi wang ihsan kepada Kelantan dan bukan wang royalti.

Justeru kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya Menteri Besar Kelantan pergi bertanya secara terus pada menteri Kabinet kerana dua menteri dalam kerajaan adalah dari Kelantan.

“Lah, buat apa terkejut royalti Kelantan tak diberi. Tanya Ahli Parlimen Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dia buat apa dalam Kabinet. Tiga menteri ada.

“Takkan hal bantuan Kelantan, tiga menteri, dua dari Kelantan tak boleh kata apa. Kalaulah mereka nak cakap tapi kerajaan tak setuju, keluarlah dari Kabinet.

“Sekarang ini Exco Kelantan tanya, mana royalti kami. Mu duduk dalam kerajaan kan, peliklah. Pergi jumpa menteri teruslah, tak perlu cakap dalam surat khabar.,” katanya semasa perasmian Konvensyen AMANAH Kelantan pagi ini.

Mat Sabu berkata, semasa pentadbiran Pakatan Harapan dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju memberi wang royalti sebanyak RM400 juta kepada Kelantan kerana keadaan ekonomi negeri itu yang agak jauh kebelakang.

Beliau juga membayangkan bahawa Kelantan kini mula merindui pentadbiran PH yang dahulu membayar wang royalti petroleum.

“Lah, buat apa terkejut royalti Kelantan tak diberi. Tanya 

NANTI KITA TAHU JUGA BERAPA DI KELANTAN KEDAH DAN TERENGGANU

 


Pulau Pinang peruntuk RM50 juta untuk i-Sejahtera dalam bajet 2022


Oleh MOHD ALI HASHIM / November 27, 2021


Sebanyak RM50 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi program kebajikan rakyat negeri ini melalui program i-Sejahtera sebagai salah satu cara keprihatinan kerajaan negeri teehadap golongan warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan sebagainya.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan dalam bentuk ‘one-off’ tersebut akan diteruskan dalam Bajet 2022.

“Selain itu kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan peruntukan sebanyak RM8. 2 juta bagi program. Bantuan Agenda Ekonomi Sejahtera dimana setiap ketua isi rumah yang layak akan dibayar antara RM100 hinggalah maksima sebanyak RM1, 300 sebulan.

“Sebanyak RM4. 97 juta telah dibelanjakan sehingga Ogos 2021 melalui bantuan bulanan kepada 1,573 ketua isi rumah bagi meringankan beban kos sara hidup ketika pandemik Covid-19.

“Manakala itu, sehingga Mac 2020 seramai 18,090 penerima barangan kering yang bernilai RM339, 993 telah turut menerima barangan mereka melalui; Unit Mutiara Foodbank,” ujar beliau ketika membentangkan bajet 2022 Pulau Pinang semasa sidang Dun Pulau Pinang yang ke-14 pada Jumaat semalam.


KEH..KEH...LAMA NAU BERTAPA LAM GUA ATAU MEMANG TAK MEMBACA ATAU BUTA FAKTA

 



Nik Aziz tidak kenal Anwar: Hello kamu sebenarnya yang tidak kenal dia, kata bekas pegawai


Oleh BORHAN AHMAD / November 27, 2021



Tindakan sesetengah pihak mendakwa tindakan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hayatnya sebagai “tindakan kerana tidak mengenali betul-betul pribadi Anwar” sangat dikesali.

Bekas Setiausaha Akhbar Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan dahulu, Ustaz Dr Mohamad Fauzi Zakaria berkata, tindakan itu sebenarnya dilakukan kerana orang sebegitu yang tidak betul-betul kenal Anwar.

“Pagi ni terbaca satu komem Whatapps..di petik nya satu video Almarhum TGNA memuji-muji DSAI yang kental menghadapi Ujian…
Lalu di komen nya…;

“Masa tu TGNA belum mengenali betul Peribadi Anwar..”

“Hello, Come On…!!! Kamu sebenarnya yang tidak kenal betul Anwar…” tulis Fauzi menerusi facebook beliau yang menyesali komen sebegitu.

Bagi Fauzi, mereka yang berkata demikian sebenarnya hanya mengenal Anwar setelah Dr Mahathir memecat Anwar dari jawatannya, menangkap dia masuk penjara dengan tuduhan meliwat pada tahun 1998.

“Sedangkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden Abimdan Almarhum TGNA sebagai Ketua Dewan Ulama PAS telah berkenalan dan berhubungan baik sejak awal tahun 1970an lagi.

“Pimpinan Pas terutama tokoh-tokoh daripada Dewan Ulama adalah mereka yang sama-sama menaja penubuhan Abim seawal tahun 1974.

“Malahan sempena dengan Muktamar Abim Kelantan tahun 1981, pada sesi malamnya, kedua-duanya Anwar dan TGNA di jemput bersama-sama menyampaikan ucapan ceramah merasmikan sebuah masjid baru di Kota Bharu.

“Sekali lagi nak peringatkan…Kalau tak kenal barang, jangan cakap sembarangan,” kata beliau.

Ketika hayatnya, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa memuji kecekalan Anwar berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya.

 


RAKYAT SELANGOR UNTUNG

 Khas untuk rakyat Selangor yang layak... RM 300 sebulan...


RM300 sebulan bantu 30,000 keluarga depani pascawabak


selangorkini.my
RM300 sebulan bantu 30,000 keluarga depani pascawabak
SHAH ALAM, 26 NOV: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) diperkenal dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan Febru...

BAB SEMBANG DERAS SERAH PADA PAK LEBAI


 Sapa suruh tak undi pas jadi kerajaan...kan barang dah jadi mahal semua sekarang...

May be an image of 1 person, sitting and text that says "mk BERITA Lim Huey Teng malaysiakini.com Pilih PAS masalah kos sara hidup boleh selesai Diterbitkan: Mar 9, 2018 12:32 PM Dikemaskini: 1:44 PM"

ADA YANG TURUN ...AIR KENCING DAN KETOI TAIK...AIR HUJAN DAN NILAI RINGGIT

 

Semua naik, tentu ada yang turun







Harga atau caj perkhidmatan 5G kepada rakyat pada “masa depan” dijangka jauh lebih rendah berbanding kos penggunaan 4G sekarang, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Baguslah tu walaupun tidak pasti bila “masa depan” yang dimaksudkan dan secepat mana “masa depan” itu akan tiba. Tetapi ia tetap berita menggembirakan, mengambil kira betapa pentingnya keterhubungan dan ekonomi digital buat negara.

Pada hari yang sama Menteri Kewangan berkata demikian, harga produk Gardenia berasaskan roti naik mulai 1 Disember ini (namun ketika artikel ini ditulis Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendakwa belum dimaklumkan akan kenaikan harga itu).

Bukan mahu membuat perbandingan sama ada caj lebih rendah 5G lebih menggembirakan atau roti naik harga lebih menyedihkan. Sekadar menyatakan hakikat keadaan semasa.

Beberapa hari terawal seorang kawan lama membuat hantaran di Facebook untuk memberitahu khalayak “perasan tak rata-rata harga barang terutama bahan makanan melonjak 200%” (kawan yang sama turut memberitahu bank ‘dah mula balik’ caj RM1 untuk transaksi di ATM).

Saya tidak pasti sama ada peratusan kenaikan 200% tetapi saya tahu harga makanan sudah mencanak. Media juga sudah melaporkan harga barangan makanan melambung. Sebelum ini, anak-anak saya turut mengadu dan merungut “semua dah mahal”.

Kata seorang lagi kawan, “mula-mula harga ikan naik, kemudian harga ayam naik, sekarang harga sayur naik”. Saya ada baca laporan akhbar yang memaparkan rungutan rakyat marhaen bahawa makan di kedai sekarang “membakar poket” kerana nasi lauk ikan kembung pun RM10.

Sedih kerana PKP yang mencengkam sekian lama ditamatkan bagi membolehkan kedai dibuka semula demi menjana ekonomi. Namun jika pelanggan tidak mampu apa makna kedai dibuka? Realitinya pekedai dan pengeluar bahan makanan terjejas teruk dengan kenaikan kos yang terpaksa ditanggung akibat penularan wabak Covid-19.

Kesimpulannya peniaga, pengeluar, dan pengguna sama-sama terkesan.

Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, baru-baru ini terpaksa “berpeluh-peluh” mengeluarkan penafian beliau menggesa rakyat makan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam. Malah kementeriannya kemudian buat laporan polis.

Alexander berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata sedemikian yang tidak sensitif dan mempersendakan rakyat yang dalam kesusahan. Saya percaya penafian beliau. Beliau tentunya tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang kemarahan rakyat yang pasti akan menghukumnya melalui kertas undi apabila PRU diadakan kelak.

Wartawan veteran, Zin Mahmud, memilih Facebook untuk menyatakan: “Harga ikan, ayam, sayur naik apa kamu buat? Umno, MCA, MIC adalah kerajaan. Bersatu dalam kerajaan, PAS dalam kerajaan, GPS dalam kerajaan, GRS dalam kerajaan. PKR dalam MoU, DAP dalam MoU, Amanah dalam MoU”.

MoU yang dimaksudkan kita tahu ialah Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik” yang dimeterai kerajaan dengan Pakatan Harapan September lalu. Ia antara lain memperinci transformasi Pemerkasaan Pelan Covid-19, Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman serta Perjanjian Malaysia 1963.

Saya kira bab makanan termasuk pengeluaran, penentuan, dan kawalan harga makanan termaktub dalam transformasi Pemerkasaan Pelan Covid-19. Logiknya begitu, bukan?

Kata Zin, harga sayur naik sebab bekalan kurang dan bukan kerana permintaan naik. “Bekalan kurang sebab pekerja kurang. Pekerja kurang sebab tiada pekerja asing. Pekerja asing tiada sebab mereka sudah pulang. Mereka pulang sebab Covid-19”.

Di Dewan Rakyat tempoh hari, beberapa Ahli Parlimen menimbulkan isu kenaikan harga sayur, baja, dan racun serangga dan mahu tahu apa langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Kata mereka, lonjakan harga baja dan racun begitu tinggi. Contoh racun yang harganya RM185 tahun lalu sekarang berharga RM330. Lalu mereka mahu kerajaan memantau harga pasaran dan membantu penanam dan peladang diringankan beban mereka.

Itu baharu bercakap mengenai sayur. Bagaimana pula dengan daging, ayam, telur, dan sebagainya? Jangan lupa cuaca tidak menentu yang kita alami sekarang akibat perubahan iklim yang mengancam seluruh dunia. Itu ada impak ke atas pengeluaran makanan negara. Sekali gus harga makanan.

Untuk menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa adalah tidak adil. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respon awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun.

Pun begitu, bekas Perdana Menteri Najib Razak pula “mengingatkan” semua, beliau sudah memberi amaran awal pada tahun ini bahawa dasar kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin akan menyebabkan inflasi tinggi pada bulan-bulan berikut.

FMT memetik beliau mendakwa kenaikan mendadak harga barang ketika ini berpunca daripada dasar fiskal, buruh, dan ekonomi kerajaan PN sejak tahun lalu serta “lockdown separuh masak” yang dilaksanakan begitu lama mengakibatkan kekurangan bekalan dan perubahan permintaan yang tidak konsisten.

Apa pun, yang mesti dititik beratkan sekarang ialah kaedah, cara dan langkah yang diambil kerajaan untuk menangani masalah ini. Zaman ini memerlukan cara zaman ini. Cara masa lalu walaupun mungkin pernah berkesan dahulu tidak lagi sesuai masakini. Cara pemikiran perlu berubah sesuai masalah zaman ini yang dihadapi. Pelan jangka panjang mesti ada bukan sekadar langkah “stop gap”.

Namun sementara kita tunggu apa yang akan dilaksanakan kerajaan dan keberkesanannya, harapan kita harga makanan tidak terus melonjak. Cukup-cukuplah harga tinggi masa kini.

Setakat ini nampaknya semuanya naik ? Termasuk darah kata kawan saya. “Darah dah lama naik” katanya .

Lantas apa yang turun? Nilai ringgit kata seorang kawan.

 

ANWAR IBRAHIM ; AGENDA DIZAMAN PENDEMIK

ANWAR IBRAHIM

Saya akan bersama Dato’ Seri Amirudin Shari dan saudara Anies Baswedan dalam acara pada jam 8.30 malam ini untuk membincangkan mengenai agenda kita untuk rakyat dan negara dalam era pandemik.


 May be an image of 7 people and text that says "WBS jirggpunia nannkan #ORANGEthoWORLD SPECIAL WBS PUBLIC FEAO AHNASLA. WANITAMENDIIN WEBINAR facebook OLIVE LIVE WBS SPF SASAKAWA FOUNDATION WOMEN WIN Asian RENAISSANCE IN THE AGE OF COVID-19 27 NOVEMBER 2021 (SATURDAY) 8.30 PM 10.00 PM (MALAYSIA TIME) 9.30 PM 11.00 PM (JAPAN TIME) 7.30 PM 9.00 PM (INDONESIA TIME) Pandat DATO' PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN ANWAR IBRAHIM THE HONORABLE ANIES RASYID BASWEDAN YAB SERI AMIRUDIN BIN SHARI GOVERNOR AKARTA, MENTERI BESAR SELANGOR INDONESIA Drangushur Maduntau DR MARIAH MAHMUD CHAIRMAN ANDING HEALTH, WOMEN DR ATSUSHI SUNAMI PEACE FOUNDATION JESSY CHAHAL COHORT 1/2020 www.wbselangor.com.my fcoeSeln HOTLINE SELamat 6419"

Keluarkan lebih banyak makanan, henti pengeluaran AP, kata aktivis



Malaysia mempunyai kawasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi meningkatkan pengeluaran makanan, menurut aktivis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Aktivis pengguna menggesa supaya pengeluaran makanan tempatan dapat dipertingkatkan manakala pengeluaran permit import (AP) barangan makanan pula perlu dihentikan.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Marimuthu Nadason memberitahu FMT bahawa beliau bimbang dengan kenaikan harga makanan import selain negara juga mempunyai kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap produk makanan dari negara lain.

“Ia begitu mustahil untuk kita mengawal harga produk makanan dari luar negara,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan keperluan untuk mengeluarkan AP untuk mengimport makanan sambil menjelaskan amalan itu tidak menyebelahi pengeluar makanan tempatan apabila terpaksa mengurangkan harga untuk bersaing dalam pasaran bebas.

Marimuthu Nadason.

AP dikeluarkan untuk makanan seperti mangga, kelapa, betik, beberapa jenis sayur, daging dan sembilan jenis makanan laut.

Marimuthu berkata Malaysia mempunyai kawasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi meningkatkan pengeluaran makanan, dengan menyatakan terdapat tanah seluas 103,563 di Semenanjung dan Labuan yang dikenal pasti sebagai tanah terbiar.

Tahun lalu, negara mengimport makanan bernilai RM55.4 bilion, yang meningkat daripada RM51.46 bilion pada 2019. Setakat ini, angka bagi 2021 ialah sebanyak RM36.09 bilion.

Semalam, Jabatan Perangkaan mengumumkan kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 2.9% dari tahun ke tahun kepada 123.7 pada Oktober 2021 berbanding 120.2 pada bulan sama tahun lalu.

Ia mengaitkannya dengan kenaikan bahan api dan pemberian diskaun bil elektrik yang telah dihentikan pada September 2021.

Manakala Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Jacob George, berkata harga pelbagai barangan adalah tinggi kerana syarikat di seluruh dunia tidak dapat memenuhi permintaan mendadak selepas penamatan perintah berkurung akibat Covid-19.

Beliau berkata kepada FMT bahawa harga barangan dijangka meningkat tahun depan dan penguatkuasaan untuk mengawal harga akan menjadi sia-sia sekiranya barangan itu dikeluarkan dari luar negara.

ACAH ACAH ORANG PUTIH

 

HAMZAH RIE NA


Ohhhh dia ni adik kepada minah yang acah-acah nak jadi french budu. I don't like kashangggg, use my beruks to plug kokonut at my villa.

Muka albudu, nak acah-acah orang putehhh. BI dah la out kelaut. Baik mu kecek klate lagi ore pahe ke mu.
Mengundang murka Allah betul l g b t ni. 😡😡😡


May be an image of 2 people and text that says "Buat Hal Lagi! Adik Ipar VVIP Kahwin Sejenis Dakwa Umat Islam Solat Sebab Terpaksa? Wanita itu akui selama ini tidak pernah solat mahupun berpuasa kerana berasa terkongkong BY ZAIDIN ALBERT JUNE 14, 2021 f LINE"

KENALI TOKOH PENGAT TAIK

 Kenali Tokoh Pas Kelantan 2

Yang Berhormat Ustaz Dato’ Panglima Perang, Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Kelantan bertanding di atas tiket PAS.
Merupakan panglima perang yang sedang mendaki tahta ke jawatan utama kerajaan Kelantan. Beliau sedang dalam tarbiah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU ke 15 nanti.
Satu-satunya calon yang berkaliber untuk dilantik sebagai tokoh ulama kelantan.
Beliau juga digelar sebagai Sudin Copong kerana kelantangan lidahnya bila mengkritik musuh politik terutamanya Husam Musa.
Bintang beliau terang kerana keikhlasan beliau memerintah Kelantan dengan penuh lantang.
May be an image of 1 person and standing

DITOLAK PAS, KEMENANGAN UMNO DI MELAKA SEBENARNYA TIADA MAKNA…

 

Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu untuk mengukuhkan semula Muafakat Nasional.

Pas kini, jika difahami kenyataan terbaru Presiden Pas, Hadi Awang, telah menolak terus untuk bekerjasama dengan UMNO selagi parti itu kekal dengan ketetapan menolak Bersatu.

Kata Hadi, Pas tidak mahu semata-mata terbelenggu dengan UMNO dalam MN yang tiada Bersatu di dalamnya.

Bagi beliau, kalau UMNO mahu bersama dengan Pas untuk sama-sama mengukuhkan penyatuan ummah, ia mesti melibatkan Bersatu sekali.

Untuk itu, tegas Hadi lagi, selagi pendirian UMNO tidak berubah, Pas akan terus bersama Bersatu melalui Perikatan Nasional yang telah disertainya secara rasmi.

Sesungguhnya permintaan Pas untuk membawa sekali Bersatu dalam agenda penyatuan ummah adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk UMNO penuhi, malah hampir mustahil kerana keputusan menolak Bersatu adalah ketetapan Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2020 yang lalu.

Untuk membatalkan ketetapan PAU, ia memerlukan PAU juga untuk memansuhkannya.

Sekurang-kurangnya selagi Zahid Hamidi menerajui UMNO yang disokong kuat oleh Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden dan selagi ada Najib Razak yang masih kukuh pengaruhnya dalam parti itu, tidak mungkin untuk UMNO membatalkan ketetapan PAU itu.

Apa lagi setelah kejayaan cemerlang di Melaka yang membuktikan keputusan bertanding solo telah berjaya membuahkan hasil yang membanggakan, lagilah mustahil untuk ketetapan PAU itu dibatalkan.

Kecuali jika kepimpinan UMNO berubah dengan Ismail Sabri Yaakob menjadi Presiden dan kelompok kluster kabinet seperti Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Annuar Musa, Shahidan Kassim dan lain-lain turut berada dalam senarai kepimpinan baru, barangkali barulah ada kemungkinan ketetapan PAU menolak Bersatu itu boleh berubah.

Jika tidak atau kalau PRU15 diadakan sebelum pemilihan UMNO, ketetapan tidak mahu bersama Bersatu itu pasti akan menjadi keputusan yang kekal.

Dengan demikian, selagi itu ketetapan UMNO, maka selagi itulah juga UMNO tidak dapat bersama dengan Pas.

Dalam pertimbangan logik, antara memenuhi syarat Pas dengan ketetapan PAU, sudah tentulah UMNO akan memilih ketetapan PAU.

Ini kerana ketetapan PAU adalah kehendak serta hasrat akar umbi UMNO yang bermakna jika UMNO menolaknya, ia samalah seperti menolak suara 3.4 juta ahlinya di seluruh negara.

Mahu tidak mahu, UMNO sekarang ini harus melupakan Pas dan bergerak sendirian atau solo dengan seadanya bersama panji-panji BN yang hanya tinggal 4 parti bersamanya.

Pas ternyata lebih cintakan Bersatu berbanding UMNO, walhal memilih bersama Bersatu dan menolak UMNO tidak juga bermakna matlamat penyatuan ummah telah tercapai.

Entah apa sebenarnya yang Pas mahu, hanya Hadi yang tahu, tetapi yang pasti, dengan tidak bersama UMNO, Pas kini lebih selesa untuk mengekalkan penguasaannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Oleh kerana Pas lebih dominan berbanding Bersatu ketiga-tiga negeri tersebut, ini dengan sendirinya akan meletakkan parti itu sebagai ketua dan “penerima terbesar agihan harta rampasan perang” sementara Bersatu sekadar penumpang dan dapat sipi-sipi saja.

Sudah tentu keadaannya berbeza jika Pas memilih bersama dengan UMNO kerana kedua-duanya sama kuat dan ini akan memaksa pembahagian kerusi dan jawatan dalam pelbagai posisi dituntut untuk diseimbangkan.

Melalui pendirian Pas yang diumumkan Hadi itu, bukan saja hubungan UMNO dan Pas kini sebenarnya sudah berakhir dan MN dengan sendirinya telah berkubur, lebih daripada itu, impian sesegengah pihak dalam UMNO yang meramalkan Pas akan mengukuhkan semula hubungannya dengan UMNO dan meninggalkan Bersatu setelah keputusan PRN Melaka, ternyata meleset sama sekali.

Dalam hal ini, eloklah kedua-dua parti mengumumkan “kematian rasmi” MN dan masing-masing dengan itu tidak perlu lagi menoleh ke belakang dalam mencapai cita-cita perjuangan.

Bukan saja Bersatu tidak mati setelah kejayaan cemerlang UMNO di Melaka, malah Pas tambah mengeratkan lagi pelukannya terhadap parti pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu.

Ertinya, kemenangan di Melaka tidak cukup bermakna buat UMNO dalam menghadapi PRU15 kerana persaingan di hadapan tetap sengit dan tidak menentu lagi.

Walaupun Pas sebelum ini kerap bertukar-tukar pasangan, sesekali parti itu ada juga kesetiaan yang boleh diberi pujian.

Setidak-tidaknya, selepas PRN Melaka, dengan pendirian Pas ini, kesombongan dan ego UMNO tidaklah terlalu melangit tingginya. – 


ShahbudinHusin 27/11/2021.