PRN Melaka: KEADILAN jangka menang 6 kerusi DUN

 


Meskipun terdapat pelbagai tinjauan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, terutama gabungan manakah yang akan membentuk kerajaan namun KEADILAN menjangkakan parti itu akan menang di 6 kerusi DUN pada 20 November nanti.



Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik, jangkaan tersebut berdasarkan faktor penolakan rakyat terhadap PRN yang dipaksakan ke atas mereka.



"Pada pihak KEADILAN kita berkeyakinan minima kita akan dapat antara 6 - 7 kerusi DUN



"Bila saya turun ke DUN Sungai Rambai misalnya (kubu Umno), penerimaan rakyat di situ faham (pergolakan politik). Rakyat tak mahu PRN tetapi pilihan raya ini dipaksa oleh sebab berlaku ketidak sefahaman antara wakil rakyat dalam kerajaan



"Di peringkat KEADILAN kita jangka 6 kerusi, di peringkat Pakatan Harapan (PH) kita sasarkan 18 kerusi, berlandaskan penerimaan rakyat walaupun kita dikongkong SOP yang ketat. Tetapi rakyat faham dan bijak memilih dalam PRN ini," katanya dalam sesi soal balas wartawan pada sidang media, tengah hari tadi.



Mengenai persoalan kemungkinan kemasukan Datuk Seri Idris Harun sebagai calon Pakatan Harapan akan menjejaskan undi dari penyokong setia, Halim berpendapat sebaliknya.



Katanya, beliau mendapati isu Idris tidak lagi dibangkitkan oleh penyokong PH, malah memberi kelebihan di kawasan kubu Umno.



"Kemasukan Idris jejaskan potensi PH untuk menang? Pada saya tidak benar. Apabila saya turun di bawah, kawasan DUN Asahan, sebenarnya sokongan rakyat itu ada kerana Idris ini mantan Ketua Menteri dan ada sumbangannya yang baik semasa dia menjawat Ketua Menteri.



"Pada saya Idris tidak menjadi isu, dia menjadi penarik kepada pengundi Umno untuk undi PH," katanya lagi.

"LAWAN RASUAH BERSAMA KAMI" .KATA SANG PERASUAH

 

May be an image of 4 people and text that says "Penyamun dan Perasuah pun Anti-Rasuah? Biar betul 1MDB Akal support Pasir SRC Budi BN them Bersama Kami Lawan RASUAH! UNDILAH BANDUAN NASIONAL DAHULUKAN RAKYAT"


HAMZAH RIE NA


Ini memang lawak. Perasuah dan penyamun meyeru rakyat lawan rasuah bersama mereka!

Dunia memang sudah mahu kiamat. Muka-muka ni muka-muka tok-tok imam masjid ker korang rasa? Tapi kakak tengok seiras betul macam penyamun 1 MDB ,penyamun pasir, penyamun duit yayasan.
Ishhhh betul laaaa orang tua-tua kata muka Kita ni ada 7 orang seiras dengan kita. Hastag Kakak percaya!

DUN Lendu perlukan Asri, anak muda tiada beban politik perkauman

 


DUN Lendu merupakan kubu Umno-BN sejak sekian lama. Namun kesedaran politik mula dirasakan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.



Bagi jentera dari KEADILAN Wilayah Persekutuan, khususnya Cabang Wangsa Maju, seminggu membantu calon DUN Lendu, Asri Ibrahim berkempen terasa akan wujud gelombang perubahan dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.



Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai berkata, masyarakat bukan Melayu kelihatannya memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Harapan (PH). Oleh kerana sokongan Melayu dijangka berpecah akibat pertembungan BN dan PN, katanya, undi bukan Melayu akan menjadi penentu kemenangan



Tambahan pula, imej Asri sebagai peguam muda dan anak jati kawasan berkenaan yang pastinya maklum masalah penduduk setempat.



"Melalui kempen beberapa hari ini, saya mendapat respon yang positif dari masyarakat India berkenaan dengan watak Asri yang profesional.



"Beliau boleh menjadi ADUN yang baik. Saya menyeru rakan-rakan di Melaka untuk memberi sokongan kepada Asri Ibrahim, calon nombor 2, N04 Lendu," katanya.




Asri bertanya khabar pengundi Lendu dalam kempen tidak langsung di majlis jamuan



Manakala seorang pengundi bukan Melayu, Jeeva, yang tinggal di Seri Lendu pula mengharapkan Asri menang kerana beliau tidak ada beban politik perkauman, dan akan membawa gaya pentadbiran baharu di DUN berkenaan.



"Anak muda yang berpotensi wajar diberi peluang. Sekurang-kurangnya, partinya mengamalkan semangat muhibbah dan pernah menunjuk prestasi baik dalam 22 bulan pentadbiran," katanya.



Selain daripada kempen dengan Prosedur Operasi Piawai yang ketat, Asri dan pasukan juga telah dijemput ke sebuah majlis rumah terbuka Deepavali penduduk di Seri Lendu pada 14 November lalu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Bagi Andre yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, pengundi Lendu perlu memberi peluang kepada politik baharu bertapak di Melaka.



Manakala beliau dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew akan sentiasa berulang alik ke DUN berkenaan untuk membantu kempen.


KEH..KEH...BERANI KAH MENTERI AGAMA LETAK JAWATAN ? KEH..KEH...SEMBANG LEBIH

 May be a Twitter screenshot of 5 people and text that says "BULETIN RMS @RajaMohdSh... ·11h 11h Abang besat Keluga Malesia... astro AWANI FOLLOW Malaysia Kabinet putuskan nama arak Timah dikekalkan- Wee Ka Siong"




Timah: Tidak setuju keputusan Kabinet Menteri Agama dicabar letak jawatan


Oleh NASUHA RAHMAN / November 15, 2021

Menteri Agama dari Pas yang tegas tidak bersetuju dengan keputusan kabinet dalam isu arak Timah dicabar untuk meletakan jawatan.

“Jika menteri agama daripada parti agama tidak bersetuju dengan keputusan kabinet dalam isu Timah, tunggu apa lagi, letak jawatanlah,” kata AJK AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin

Katanya, meletakkan jawatan adalah konsep kebertanggungjawaban bersama dalam bekerajaan atau berorganisasi kerana keputusan mesyuarat kabinet adalah keputusan semua anggotanya.

“Andai menteri agama naik lompat atas meja sekalipun ketika mesyuarat kabinet kerana tak bersetuju, apabila keputusan telah ada, lompatan itu tak diambil kira,” kata beliau.

Beliau berkata, menteri dikira tidak beretika apabila bercakap di media perkara yang bercanggah dengan keputusan kabinet.

“Takkan hal sebegini ada menteri yang tak faham. Menteri apa macam tu? Menteri cap ayam?

“Ini bukan isu aku setuju dengan keputusan kabinet, tapi ini isu etika. Jika menteri tak setuju dengan keputusan kabinet, letak jawatan.

“Usah melalut dalam media. Habis cerita. Ada bran?” soalnya.

Sebelum ini, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin turut meluahkan rasa kesal apabila kabinet kerajaan yang terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak dapat menghalang penganut Islam daripada terlibat dalam aktiviti berkaitan arak.

Menurut Asri, isu itu seolah-olah kurang dipedulikan sedangkan hal yang patut menjadi keutamaan tidak menjadi perhatian.

“Dukacita, kabinet yang majoriti muslim gagal membuat keputusan menghalang orang muslim terlibat dengan apa-apa aktiviti arak sama ada minum, angkat, juruwang dan seumpamanya.

“Membincangkan hal yang remeh, melupai hal yang besar,” ciapnya di Twitter.

Menteri Agama Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas menyatakan bantahan terhadap pengeluaran arak tempatan jenama Timah meskipun Kabinet membenarkan penggunaan nama itu di pasaran.

Pendirian parti itu adalah jelas dan konsisten berkaitan minuman keras walau apa jenama sekali pun.

Media semalam melaporkan, kerajaan membenarkan syarikat pengeluar arak, Winepak Corporation (M) Sdn. Bhd. terus menggunakan jenama Timah di pasaran.

 

 


MEMALUKAN : PEGAWAI BAWAHAN LEBIH BIJAK DARI PEGAWAI ATASAN.

 

Sebagai seorang pegawai tentera yang masih berkhidmat, sepatutnya tidak perlu tunjuk politik sempit dan berbaur perkauman jahat serta penuh fitnah. Jangan tunjuk kebodohan kamu di pandangan warga tentera bawahan. Jangan lupa, siapa yang selewengkan duit LTAT dan KWAP itu. Bukan kerja DAP ok. Fikir sendiri...

Syabas kpd jawapan bekas tentera bawahan, Sdr Jani yang nampak lebih bijak dari pegawai berkenaan.

w. faudzin




PRN MELAKA - UNDI AWAL 16 NOV, MENGAPA WARGA TENTERA PERLU PILIH PAKATAN HARAPAN?


May be an image of 3 people and text that says "PRN Melaka Undi Awal- Warga tentera pilih siapa? HARAPAN PAN"


PRN Melaka akan bermula seawal 16 Nov ini dengan pengundian awal/undi pos dan tarikh mengundi biasa adalah pada 20 Nov ini.
Undi awal/pos akan melibatkan banyak pihak, majoritinya adalah warga tentera yang berpengkalan di beberapa kem tentera di Melaka. Kem Sg Udang, Kem Terendak dan Asahan di antara kem yang terlibat di dalam undi awal atau undi pos selain dari warga PDRM yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Negeri atau balai-balai Polis seluruh Melaka.
Selaku bekas tentera, saya merasakan kewajaran buat warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk memilih calon Pakatan Harapan pada PRN kali ini. Di antara faktor utama warga tentera perlu tahu dan fikirkan adalah seperti berikut:
1. Anda harus tahu bahawa PRN Melaka ini terhasil adalah kerana ketamakan dan kerakusan pimpinan politik Umno/Bn yang telah merampas mandat rakyat pada PRU14 yang lalu tetapi mereka saling berebut projek pasir di Melaka sehingga kerajaan mereka sendiri tumbang. Apakah parti Umno/Bn harus anda berikan peluang lagi untuk menjadi kerajaan negeri?
2. Anda juga harus sedar, kerajaan di pusat yang diberi mandat oleh rakyat pada PRI14 lalu adalah kerajaan PH. Malangnya, angkara pengkhianatan Mahiadin dan Azmin serta kumpulannya menyebabkan kerajaan PH tumbang. Mahiaddin dan Azmin itu adalah pimpinan dari parti Perikatan Nasional yang di dalamnya juga ada Pas. Apakah warga tentera mahu menyokong parti Perikatan Nasional yang pemimpinnya sanggup khianat mandat rakyat? Saya tidak rasa warga tentera sanggup menyokong pengkhianatan.
3. Bagaimana dengan calon Bebas pula? Difahamkan ada calon Bebas yang menampilkan bekas pegawai tentera. Kita harus ingat, calon Bebas tidak akan mampu menjadi kerajaan negeri. Jika kita mahu sesuatu perkara yang kita tuntut itu dapat dilaksanakan, sudah pastinya calon kita itu berada dalam kerajaan yang memerintah. Calon Bebas tidak mampu membantu kita kerana mereka bukan dari mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan. Seseorang Wakil Rakyat tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya tidak berada dalam struktur kerajaan yang memerintah. Amat merugikan jika undi diberi kepada calon yang sudah pasti tidak boleh membentuk kerajaan.
4. Mengapa perlu undi calon Pakatan Harapan? Pakatan Harapan amat jelas hala tujunya. Pakatan Harapan sewaktu memerintah selama 22 bulan di Melaka sebelum dikhianati, tidak pernah kita dengar isu berebut projek pasir atau penyelewengan. KM YB Adli ketika itu banyak membangunkan Melaka dan membantu rakyat termasuk perumahan kepada warga Melaka yang memerlukan. Beliau juga amat berjimat dan tidak membazir wang rakyat. Tiada ubahsuai pejabat dilakukan ketika itu bahkan KM sendiri tidak mendiami kediaman resmi KM kerana ingin menjimatkan wang rakyat. Kehidupan KM yang sederhana amat menyenangkan rakyat Melaka.
5. Pakatan Harapan sewaktu memerintah di Putrajaya, di bawah Kementerian Pertahanan kita memperkenalkan 'one off" untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM). Bahkan PH bercadang untuk memberikan elaun PJM itu setiap bulan, namun tidak kesampaian kerana kerajaan PH telah ditumbangkan oleh pengkhianat. PH juga berjaya membongkar skandal pembelian 6 buah pesawat ringan yang mana wang telah dibayar tetapi pesawat-pesawat tersebut gagal diperolehi hingga kini. Pakatan Harapan juga telah melakukan pembersihan terhadap pengurusan LTAT iaitu tabung warga tentera untuk simpanan masa hadapan mereka. Pakatan Harapan berjaya menguruskan simpanan LTAT dengan pengurusan yang lebih berintegriti. Pakatan Harapan juga peka dengan masalah Rumah Keluarga warga tentera di mana Menteri Pertahanan, Muhamad Sabu ketika itu membuat lawatan mengejut ke Rumah Keluarga ATM.
6. Meskipun Pakatan Harapan menyokong langkah vaksinasi di dalam menangani pandemik Covid19, Pakatan Harapan juga telah membela nasib seorang warga tentera yang ditamatkan perkhidmatan hanya kerana enggan mengambil vaksin. Pakatan Harapan merasakan tindakan yang dikenakan terhadap warga tentera tersebut terlalu berat kerana beliau bukan melakukan jenayah berat. Kegagalan pihak kerajaan memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada banyak persoalan dari pihak yang meragui vaksinasi itu amat mendukacitakan. Warga tentera dan semua penjawat awam tidak wajar dihukum sedemikian rupa angkara kegagalan kerajaan di dalam menjawab banyak perkara berkaitan vaksinasi ini. Isu melibatkan warga tentera ini telah disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ini jelas membuktikan Pakatan Harapan amat peka dengan kebajikan warga tentera dan penjawat awam.
7. Seandainya kerajaan Pakatan Harapan itu tidak dikhianati, saya yakin banyak perancangan yang baik untuk warga tentera dan bekas tentera akan dapat dilakukan termasuk dalam isu kenaikan gaji dan elaun warga tentera dan pencen pesara tentera.
Sehubungan itu, warga tentera harus tampil dengan berani membela nasib rakyat agar mandat rakyat kepada Pakatan Harapan itu berjaya dikembalikan. Undi anda pada 16 Nov ini nanti adalah penentu kepada parti manakah yang akan menjadi kerajaan negeri Melaka. Buatlah pilihan dengan bijak.
WFAUZDIN NS


WARGA INDERA MAHKOTA PESAN AWAL AWAL SUPAYA JANGAN LUPA USUNG GAMBAR MENJELANG PRU 15 NANTI

 May be an image of 4 people and people standing

BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT PUN DAPAT TAN SRI


Fariz Musa


Bersekongkol dengan pengkhianat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pon boleh dapat TAN SRI ??!

Kredit:Suara Rakyat




 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : MUHYIDDIN TIBAI UMO DAN PAS...KEH..KEH..KEH


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : HADI CAKAP TAK SERUPA BIKIN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : MUHYIDDIN HENTAM PAS TAPI KINI BERBAIK-SAMA SAMA KAKI KARUTKOMEDIA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA- KES MUHYIDDIN DI HIDUPKAN KEMBALI OLEH PEMUDA UMNO


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : ANWAR BALUN PENYAMUN 1 MDB TAK LAIN TAK BUKAN NAJIB DIDALAM DEWAN-SIAPA KATA 1 MDB BUKAN WANG SAMUN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : MUHYIDDIN NI SEMUA ORANG SALAH- TAPI DIA GAGALIS SEWAKTU JADI PM


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : JANGAN UNDI PAS- BUKAN PAS DI ZAMAN KEGEMILANGANNYA


 

JANJI PELESU NO 2- YANG NI LAGI LA HEBAT...MENTANG MENTENG LA PRN MELAKA DAN DAN TU MELAKA DAPAT 5G.INGAT LAGI TAK ISU KAMPUNG BARU- DIA HENTAM KHALID SAMAD..DIA PUN TAK BUAT APA APA...PUNYA PEMBOHONG DIA NI.

 


Melaka diberi keutamaan rangkaian 5G, kata Annuar





Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, berkata Melaka memerlukan tambahan 35 menara telekomunikasi. (Gambar Bernama)

MELAKA: Melaka akan diberikan keutamaan bagi perkhidmatan 5G memandangkan negeri berkenaan adalah negeri pelancongan serta mempunyai banyak pelabur luar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Beliau berkata, sebelum perkhidmatan 5G dilancarkan, Melaka terlebih dahulu akan diperkasakan dan dilengkapkan dengan perkhidmatan 4G menerusi program ‘Point of Presence (PoP) Fiberisation’ yang diberikan keutamaan yang tinggi.

“Saya fikir Melaka harus menjadi kawasan keutamaan pertama dari segi melengkapkan 4G di Melaka, program ‘PoP Fiberisation’ mesti diberikan keutamaan yang tinggi dan pada masa ini di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) seluruh Melaka kena tambah 35 lagi menara.

“Sekiranya ada di kawasan tertentu yang memerlukan menara tambahan saya akan berikan keutamaan kerana Melaka adalah negeri pelancongan, negeri yang banyak pelabur luar yang melabur di kilang-kilang dan perusahaan.

“…di Melaka juga ada kemudahan prasarana termasuk pelabuhan dan juga lapangan terbang…ini bermakna Melaka memerlukan 5G,” katanya di sini hari ini.

Annuar berkata, bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, ‘PoP Fiberisation’ bagi sekolah dan industri serta lima kilometer di sekitarnya juga diharap dapat dipercepatkan pelaksanaan penukaran daripada sistem ‘copper’ kepada sistem fiber optik.

Bagi meningkatkan perkhidmatan capaian internet di Melaka ketika ini, beliau yang mengadakan lawatan secara rawak di beberapa tempat, sebelum ini telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (telco) untuk memasang ‘booster’ di banyak lokasi, susulan penggunaan semasa yang tinggi.

“Jadi kita perlu melihat kepada penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Untuk jangka pendek saya minta kerjasama SKMM dan telco untuk memasang ‘booster’ seberapa banyak di Melaka sebab calon-calon semua bergantung kepada kempen secara dalam talian.

“Dan untuk memudahkan itu, saya harap dapat kerjasama dari semua telco dan juga SKMM memasang ‘booster’ di seberapa banyak tempat supaya kualiti internet dapat ditingkatkan,” katanya.

JANJI PELESU 1- MASA INILAH NAK SELESAIKAN KES ADIB-

 


Jawatankuasa khas siasat kes Adib mampu capai pengakhiran muktamad, kata Idrus



Melalui jawatankuasa itu, pihaknya yakin siasatan akan dilakukan tanpa takut dan tanpa bermaksud memberikan keuntungan kepada pihak tertentu bagi mencari kebenaran sebenar, kata Peguam Negara Idrus Harun.

PETALING JAYA: Penubuhan jawatankuasa khas menyiasat kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, membabitkan pelantikan 10 individu mampu mencapai pengakhiran muktamad terhadap insiden itu, kata Peguam Negara Idrus Harun.

Beliau berkata, pengakhiran itu diyakini mampu dicapai dalam tempoh enam bulan seperti mana yang ditetapkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini.

“Ya kita sepatutnya berupaya untuk mencapai pengakhiran muktamad mengikut masa ditetapkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Adib cedera ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia pada 17 Dis 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.

Oktover lalu, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian Adib.

Jawatankuasa khas bagi menyiasat kes kematian Adib dianggotai sepuluh individu merangkumi menteri, pakar perundangan, perubatan dan panel siasatan polis.

Selain Idrus, pasukan itu turut disertai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Kamardin Hashim, Pakar Perunding Patologi Forensik, RCSI dan University College of Dublin (UCD) Kampus Malaysia (RUMC) Dr Bhupinder Singh dan Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Looi Lai Meng.

Ia turut dianggotai bekas profesor madya di Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga pengamal undang-undang, P Sundramoorthy, Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik Azari Abd Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Mohammad Abd Hamid.

Sementara itu, Sundramoorthy berkata, matlamat utama penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi mencari kebenaran dengan hanya berdasarkan fakta tanpa mengira warna kulit melalui siasatan yang bersifat menyeluruh serta komprehensif.

Beliau berkata, melalui jawatankuasa ini, pihaknya yakin siasatan akan dilakukan tanpa takut dan tanpa bermaksud memberikan keuntungan kepada pihak tertentu bagi mencari kebenaran sebenar.

Katanya, ini kerana kejayaan mencari kebenaran melalui jawatankuasa ini adalah penting untuk membawa kebaikan kepada masyarakat, sekali gus menutup mulut mereka daripada mitos yang diperkatakan sebelum ini.

“Kita hendak cari semua fakta yang terdiri daripada kebenaran berkaitan kematian Adib dan ini adalah cabaran berat untuk pasukan kami.

“Namun, kami yakin dapat memenuhi semua tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa ini memainkan peranan penting untuk menyiasat kes terbabit bagi mendapatkan gambaran sepenuhnya daripada waktu bermulanya insiden sehingga pelaksanaan inkues sebelum ini.

“Kita menyambut baik usaha kerajaan yang mahu menyelesaikan isu ini melalui penubuhan jawatankuasa terbabit kerana ia boleh merungkaikan segala mitos dalam masyarakat,” katanya.

CALON PAS NI NAK IKUT LEBAI LEBAI SENIOR YANG SUKA MEMBOHONG- SAYANGNYA KAU MUDA TAPI KAU TAK CUKUP ILMU. INI BUKAN JENIS CALON YANG KITA CARI.



Ada muslimat dari PAS keluar video kempen pilihanraya dengan fakta diseleweng dan tanpa semakan menyeluruh.
Kalau ini cara politik nak menangkan undi, memang susahlah kita nak menuju “politik kenegaraan”. Yang diguna “politik kepartian” yang jelik.
Negative campaign, instead of positive campaign. Classic and typical of PAS way of politicking.
Kalau saya pengundi, saya tak pangkah di peti undi. Saya siap pangkah di minda dan hati.
Ini bukan jenis calon yang kita cari.

 

LIYANA MARZUKI

GOLONGAN MUDA TAPI KALAU NAK JADI CALON PAS PN BELAJAR MENIPU FAKTA MEMANG TAK AKAN MENANG .....SAYANG MUDA MUDA DAH BODO MAKLUMAT


 

DENGAR APA KATA ZAID IBRAHIM TENTANG PELUANG PH DI MELAKA


 

PRN MELAKA- KARPAL SINGH PERNAH HAMBAT KELUARGA SAYA- ANWAR IBRAHIM

(PRN Melaka) Tamu Anwar Ibrahim: Calon Muda Pakatan Harapan

INIKAH YANG DINAMAKAN KERJAAN MELAYU ISLAM.

 

SHAHBUDIN


Akhirnya yang setuju nama Timah tidak perlu diubah ialah kabinet.

Inikah yang dinamakan kerajaan Melayu/Islam?
Tan Sri Hadi Awang, sila komen sikit?


May be an image of 2 people, beard, drink and text that says "Nama wiski Timah kekal, kata Wee Ravin Palanisamy Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Nov 2021 2:43PM. 0 Komen WHISKEI HIsKE endorse TIMAH The Legend DOUBLE Speedy of Captain 1871 ENDED PEATED WHISKEY ALOVOL"

NASIB KAU BAIK TIMAH- WALAUNCAI SEDANG LENA DAN BUAT BODO

 

Hamzah Rie Na


Nasib kau baik timah. Kalau kau di lancarkan di zaman ph, bergegar padang merbok walaun bantah kau bertapak dibumi ini.


Peranan rakyat penting perangi rasuah

 Pe

MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS | | 14 November 2021


Anil Netto


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menutup sebarang ruang yang boleh menyebabkan berlakunya rasuah dalam kerajaan atau swasta.

Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Anil Netto berkata, ia berikutan jenayah tersebut boleh berpunca dari bawah sehingga yang lebih tinggi.

“Rasuah boleh berlaku pada tahap bawah sekali atau yang lebih tinggi. Jika berlaku di tahap bawah atau kita gelarkan sebagai duit kopi, itu tidak besar tetapi masih dikira sebagai rasuah.

“Kalau berlaku di peringkat tinggi, ia boleh mencecah amaun sehingga berbilion ringgit,” katanya kepada kru Rasuah Busters baru-baru ini.

Anil berkata, kebanyakan projek sedia ada berlaku ketirisan sehingga ada pihak mengambil peluang untuk mengkayakan diri sendiri.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, terdapat RM400 bilion dana untuk projek-projek pembangunan negara.

“Bayangkan kalau beberapa bilion ringgit lesap tiris akibat rasuah. Ia satu kerugian yang besar sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk bantu rakyat susah,” ujarnya.


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


TAN SRI OH TAN SRI


 TAN SRI oh TAN SRI...

Please Share

More @ www.zunar.my

#tansri



PEMIMPIN UMNO JOHOR TERUS CABAR MAHIADDIN, TAK RASA TERCABARKAH BELIAU?


 Berikutan kenyataan Mahiaddin Md Yasin bahawa beliau boleh menekan ‘button’ pada bila-bila masa jika ingin menjatuhkan kerajaan negeri Johor, pimpinan UMNO negeri itu nampaknya terus mengasak beliau agar berani berbuat demikian.

Tujuannya ialah agar beliau bukan sekadar “sembang kari” atau hanya berani melabel “bodoh” saja, tetapi mesti berani sama membuktikan kata-katanya itu.

UMNO, khususnya UMNO Johor dalam hal ini bukan saja ingin menunjukkan permusuhan yang semakin nyata kepada Bersatu, malah seperti sudah sedia bila-bila masa untuk berdepan pilihanraya.

Ahli MT UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dalam responnya berkata, Mahiaddin sebenarnya amat takut untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO di Johor, walupun tampak macam berani untuk menekan “button” pada bila-bila masa.

Ini kerana, katanya, jika berlaku PRN di Johor, Bersatu tidak mungkin menang satu kerusi pun di negeri itu.

“Itu yang Mahiaddin takut,” ujar beliau.

Dalam erti kata lain, bagi Dr. Puad, kenyataan Mahiaddin berkenaan hal tersebut tiada apa-apa pun sebenarnya kerana Bersatu tidak mahu kehilangan kuasa yang sedang dikongsi bersama di Johor sekarang ini.

Shahrir Samad pula, yang semalam dilabel “bodoh” oleh Mahiaddin, hari ini tampil dengan jawapan balas kepada serangan Presiden Bersatu itu terhadapnya.

Semacam ingin terus mencabar Mahiaddin, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, untuk membubar DUN atau Dewan Negara tidaklah semudah menekan “button” saja.

“Ada prosesnya, ia tertakluk kepada proses di bawah perlembagaan yang melibatkan peranan Ketua Negeri atau Ketua Negara,” tambah beliau lagi.

Maknanya, Shahrir ingin memberitahu Mahiaddin, jika pun Bersatu menekan “button” terhadap kerajaan negeri, ia belum tentu akan berakhir dengan PRN sepertimana yang berlaku di Melaka.

Kuasa menentukan proses selanjutnya adalah terletak di tangan Sultan Johor selaku Ketua Negeri, bukan melalui tekan “button” semata-mata.

Maksud tersirat Shahrir kepada Mahiaddin di sini ialah, kalau benar-benar berani nak tarik sokongan, tariklah tetapi ia belum tentu akan berakhir dengan pilihanraya.

Makna kata, macam-macam mungkin boleh terjadi jika penarikan sokongan itu benar-benar dilakukan oleh Bersatu.

Seperti Shahrir ingin mencabar Mahiaddin sekali lagi – kalau benar-benar berani, tariklah sokongan dan jatuhkanlah kerajaan BN Johor sekarang?

Tak rasa tercabarkah Mahiaddin dengan tindakan terbaru Shahrir yang kini turut pula disertai Dr. Puad ini? – 


ShahbudinHusin 14/11/2021.



MENJELANG PILIHANRAYA MELAKA - JUAI BALIK NAMA ADIB- DAH TAK ADA IDEA BARU ATAU MEMANG TAK PANDAI PERIINTAH ?

 Menjelang hari pengundian PRN Melaka, kerajaan umum Jawatankuasa Khas siasat kes Adib


Menjelang hari pengundian PRN Melaka, kerajaan umum Jawatankuasa Khas siasat kes Adib



Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya dapat dibuat terhadap kes kematian anggota bomba tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keahlian pasukan petugas khas tersebut terdiri daripada beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan.

“Dua lagi Menteri Kabinet ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim; Pakar Perunding Kanan Patologi Forensik Kolej Perubatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh Jeswant Singh dan Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga Pakar Perunding Kanan Histopathologist Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Datuk Dr. Looi Lai Meng,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Utusan.

Keahlian yang lain ialah bekas Profesor Madya Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Sundramoorthy M. Pathmanathan yang juga pengamal undang-undang serta kaji jenayah; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Azari Abd. Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM, Senior Asisten Komisioner Mohammad Abd. Hamid.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi jawatankuasa khas ini.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh 6 bulan,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan.