Ahli politik takut IPCMC, beri alasan ‘menyedihkan’, kata bekas KP SPRM


MOHD FADLI



Abu Kassim Mohamed berkata, komitmen tinggi daripada pemimpin tertinggi negara iaitu perdana menteri sehingga rakyat diperlukan untuk mengubah negara menjadi benar-benar bebas rasuah.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) gagal diwujudkan kerana “ketakutan” ahli politik yang memberi pelbagai alasan yang sangat menyedihkan, kata bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed.

Beliau yang juga bekas Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) berkata, jika IPCM diwujudkan, ia mampu menghasilkan pasukan polis yang benar-benar bebas rasuah.

“Saya cakap terus terang ketakutan ahli-ahli politik tentang IPCMC dan saya lihat hujah-hujah yang hanya bertujuan memberi sebab untuk tidak menerimanya dan ini amat menyedihkan.

Abu Kassim menyifatkan IPCMC sebagai cadangan yang baik untuk memerangi salah laku dalam agensi penguatkuasaan dalam webinar perdana bertajuk “Cegah Rasuah, Cakna Integriti” anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) malam tadi di Facebook.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cabaran utama dihadapinya dan pasukannya dalam melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) di Dewan Rakyat bagi menggantikan IPCMC yang ditangguhkan pada 2019.

Kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) bercadang menubuhkan IPCMC bagi mengurus isu berkaitan salah guna kuasa oleh anggota polis yang bertujuan membolehkan siasatan bebas dijalankan ke atas aduan melibatkan pasukan itu, namun dibantah oleh beberapa pihak atas alasan berkaitan keselamatan.

IPCMC dicadangkan bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan berperanan menjalankan siasatan berhubung salah laku polis.

Dalam pada itu, Abu Kassim berkata, untuk mengubah negara menjadi benar-benar bebas rasuah memerlukan komitmen tinggi daripada pemimpin tertinggi negara, iaitu perdana menteri sehingga rakyat.

Katanya, semua negara termasuk Malaysia menghadapi masalah rasuah sama ada rasuah dijadikan alat untuk dapatkan kuasa atau untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

”Bila dapat kuasa, dia pun lupa tentang usaha nak lawan rasuah.

“Bila nak buat ‘reform’ dan buat laporan berkesan yang akan membawa perubahan yang dirasai rakyat mahu tak mahu pemimpin negara harus memberi komitmen yang cukup tinggi dan berterusan,” katanya.


WOIIII....jangan sembang la lebai- Apabila hampir pilihanraya, Exco Pas kata sedia laksana sepenuhnya hukum hudud

 


Apabila hampir pilihanraya, Exco Pas kata sedia laksana sepenuhnya hukum hudud


Kerajaan Terengganu bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya hukum hudud sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di Parlimen.

Exco Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.

Jelasnya, kerajaan negeri juga dalam proses menaiktaraf Mahkamah Syariah di seluruh negeri agar lebih kondusif untuk pelaksanaan hukuman itu pada masa akan datang.

“Terengganu kini dalam persiapan ke arah itu dan Mahkamah Syariah juga bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan apa yang akan diperintahkan atau yang akan diluluskan berdasarkan bidang kuasa peruntukan undang-undang yang diberikan.

“Beberapa bengkel telah diadakan melibatkan bahagian penguatkuasaan, jabatan pendakwaan dan hakim Mahkamah Syariah bagi meneliti penambahbaikan terhadap hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.

“Ia sebagai persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud antaranya mengkaji semula peruntukan-peruntukan sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan semasa memandangkan tempoh enakmen yang diwartakan telah hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.

Menurut Satiful, setakat ini sebahagian daripada hukuman jenayah syariah itu telah dilaksanakan mengikut bidang kuasa atau ruang peruntukan undang-undang sedia ada seperti hukuman bagi jenayah takzir.

“Kita bukan tidak laksana hudud, sebahagian daripada hukuman ini telah diperkasakan bagi kesalahan jenayah takzir. Yang belum dilaksanakan ialah Hudud dan Qisas.

“Setakat ini kita telah menggunapakai hukuman di bawah kesalahan jenayah takzir iaitu 3,5,6 melibatkan peruntukan hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan.

“Bagi kesalahan melibatkan Hudud dan Qisas, ada ruang lingkup yang perlu diperhalusi lagi dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi. Sebab itulah kita tunggu kelulusan RUU 355.

“Jika ia diluluskan, Terengganu akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan sepenuhnya tuntutan syarak ini keatas 96 peratus masyarakat Islam di negeri ini,” katanya.

Untuk rekod, RUU 355 terhasil apabila Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah terhadap kesalahan di bawah jenayah syariah.

Sumber | SH


KAH..KAH...MEMANG BAGI JAWATAN PUN TAK BOLEH BUAT JUGA.....JAJA SANA SINI...

 


Panas! Pemimpin Pas Perak ‘mengamuk’ dengan Adun Bebas



Panas! Pemimpin Pas Perak ‘mengamuk’ dengan Adun Bebas


Tahap bencinya adun Titi Serong pada PAS sampai merendahkan akal budinya ke tahap sampah. Dulu PAS, keluar PAS masuk Amanah, menang bertanding, jadi EXCO, hilang jawatan EXCO kerana bertukar kerajaan, menangis melolong macam budak kecil berhingus hilang mainan, road show beberapa tempat, hentam kerajaan baru, tiba-tiba, kering je air mata, lompat jadi bebas kejap, sokong kerajaan PN dan MB Peja, masuk BERSATU, tak dpt tempat dalam kerajaan, sokong pulak usul yang Adun UMNO bawa untuk tolak Peja, sokong UMNO jadi MB, kena pecat pulak dari BERSATU, sekarang cakap merapu-rapu.

Orang macam ni boleh pakai ke kepala otak dia.

Mengapa salahkan PAS ? Hal ehwal agama ni bawah siapa di setiap negeri, klu nak salahkan kerajaan, di Perak siapa yang jaga portfolio agama sekarang, mengapa tak tanya dan persoal MB yang jaga agama dalam sidang DUN baru ni, EXCO PAS pulak yang kamu belasah.

Di Pusat dulu, Menteri yang jaga agama bukan dari PAS, bekas Mufti Wilayah yang dipilih sendiri oleh PM, dia sudah buat yang terbaik waktu itu, tetapi tetap tidak boleh mengatasi kuasa Agung dan Sultan dalam hal ehwal agama.

Sekarang baru PAS ambil alih, tak sampai sebulan pun, gaji pertama Menteri pun tak dapat lagi. Menteri Agama, YB Ust Idris sudahpun buat kenyataan mengarahkan JAKIM menyediakan SOP baru berkaitan Solat di Masjid dan Surau supaya bagi peluang umat Islam solat di masjid dan surau terutama Solat Jumaat, itupun tertakluk kepada kerajaan negeri yang hal ehwal agama pula di bawah kuasa Tuanku Raja-Raja Melayu yang kita muliakan.

Sebab itu, di Perak yang keluarkan pekeliling berkaitan dengan agama seperti SOP solat di masjid datangnya dari Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), ia bawah Tuanku. Pejabat Setiausaha kerajaan negeri @ pejabat YAB MB yang jaga agama tak keluarkan pekeliling berkaitan dengan agama.

Sebenarnya kamu pertikai Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab akan hal ehwal agama di setiap negeri. Tapi kamu tak berani dicop derhaka kerana pertikai Sultan, PASlah yang jadi mangsa akibat kedangkalan dan kejahilan berfikir kamu.

Sumber | Ustaz Misbahul Munir


BUKAN HANYA FIZO- PATUT RAMAI ANAK KELANTAN YANG BERADA DILUAR BILA BALIK MENGUNDI INGAT AIR DAN KESUKARAN IBUBAPA DI KAMPUNG

 

Geram isu air di Kelantan tak selesai-selesai, Fizo Omar mula bersuara


Geram isu air di Kelantan tak selesai-selesai, Fizo Omar mula bersuara


Apabila pelakon dan selebriti usahawan, Fizo Omar, 36, meluahkan kekecewaan mengenai isu air di Kelantan, ramai kalangan pengikut dan peminatnya yang mungkin berasal daripada negeri yang sama berkongsi pendapat yang sama dengannya.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, menyentuh mengenai perkara itu dengan memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang membuka paip air namun keruh dan berwarna coklat berkarat.

“Bukan nak merungutlah. Tetapi sebagai rakyat, saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan.

“Dan isu ini bukan baru hari ini. Sudah bertahun dah macam ini. Isu air ini adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan,”katanya.

Selain itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga mengaku tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak namun menerusi hantaran di media sosial itu, ia adalah satu usaha untuk menyedarkan pihak atasan supaya segera bertindak menangani isu.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maaf sekiranya hantaran ini membuatkan mana-mana pihak tidak selesa. Tetapi ini adalah hakikatnya!

“Diharap suara saya ini didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan,”katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan ada antaranya menyifatkan Fizo berani melontarkan isu yang serius dan telah membelenggu rakyat Kelantan sejak sekian lama itu.

“Setuju dengan Fizo bab air Kelantan ini. Dilema kalau masa balik kampung bila sampai masa nak gosok gigi terutamanya. Air bau selut dan bau karat,” kata pengguna akaun Fizanordin.

“Dari dulu sampai sekarang, masalah air tak selesai-selesai. Balik Kelantan saja mesti stres dengan ketiadaan air.Kadang-kadang, berkarat. Nak mandi kena pergi rumah atok. Nak basuh kain kena pergi dobi kalau tidak, habislah baju kotor kena air karat. Masa nak gosok gigi atau ambil air wuduk pun geli bila nak berkumur,” tulis pengguna akaun haluseshahalam.

“Tak larat nak mengadu dah abang Fizo…Nasib baiklah rumah saya uini guna air telaga. Air kerajaan buat jirus pokok dan basuh kereta saja. Itu pun jarang-jarang. Tapi setiap bulan tetap kena bayar RM4.50 walaupun tidak digunakan,” luah pengguna akaun Miera_rahim.

Sumber | UTUSAN

Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Pembahasan Titah Diraja Ketua Pembangkang Di...

Mampukah Ismail Sabri Mengekang Kemaraan Anwar Ibrahim?


Datuk Kamal Amir mengulas tentang keadaan kritikal Ismail Sabri dalam mengekang kemaraan politik Anwar Ibrahim dimana Ismail Sabri dilihat bukan tandingan sebenar untuk Anwar Ibrahim.

*DI NEGARA LUAR, PEMBANGKANG BERSAMA RAKYAT TERTINDAS UTK BERSUARA*


Vaccine Mandate Rebellion! Republican Governors Fight Back

youtube.com
Vaccine Mandate Rebellion! Republican Governors Fight Back
US president Joe Biden is rolling out a national vaccine mandate and it's going over really well with about half the US–if you measure that in governors. Gov...

Kredit : Zubaidi Sudin


Seperti di Australia, Pembangkang di US bangkit menentang Presiden Biden yg mahu mewajibkan vaksin. 21 Negeri di US menentang cdgan mewajibkan vaksin. Sudah hampir sekitar 70% Rakyat Amerika divaksin tapi kes jangkitan COVID19 mereka masih tinggi dan Rakyat mempersoalkannya. Rakyat semakin marah dgn paksaan ini kerana mereka anggap Presiden melanggar hak yg sgt asasi iaitu hak memilih apa yg boleh dan tidak boleh dimasukkan ke dlm badan mereka. Mereka tidak memilih Presiden utk jd *DIKTATOR*.

Senator2 dan Rakyat yg sudah ambil vaksin ikut sama menentang diskriminasi kerana mereka kata keputusan itu salah dan *TIDAK MENGIKUT FAKTA SAINS*. Heran sungguh dgn Malaysia ni, *Naratif PALSU* pun dituruti tapi dakwa kununnya ikut Sains? *Kaki Temberang*.

Mengikut kajian di US, 70% mereka yg belum divaksin bersedia berhenti kerja jika dipaksa ambil vaksin dan ini akan memberi kesan kpd ekonomi. Itu cara rakyat Amerika lawan paksaan ini sbb mereka sgt ramai. Di Italy dan France mereka yg vaccinated membakar V-passport dan sama2 menentang diskriminasi utk menunjukkan solidariti kpd yg unvaccinated. Di Malaysia yg vaccinated dok naik status berbangga dgn vaksin dan ada yg mengutuk2 yg tidak vaksin. Tak lama kemudian samada ibu bapa mereka mati selepas vaksin atau mereka sendiri sudah berpindah alam. Yg belum kena elok sujud syukur. Jgn riak, angkuh dan sombong sehingga mahu memaksa org lain, lalu tanpa sedar sudah *BERTUHANKAN* makhluk vaksin sedangkan Allah yg beri rezeki dan nikmat kesihatan.

Jika di US dan Australia rakyat mereka ada *PEMBANGKANG* utk sama2 pertahankan hak ASASI mereka, di Malaysia kita ada *PEMBANGANG* yg sama-sama *ZALIM* bersetuju dgn KERA j dan berharap org terus undi mereka hanya sbb mereka rasa mereka bukan Penyamun, kununnya mereka tegakkan Keadilan ala ala memilih siapa yg patut terima keadilan. Itu je bezanya. Golongan minoriti tetap dibiarkan ditindas tanpa pembelaan. Rahmatan Lil Aalamin sungguh bukan?

Semoga Allah menunjukkan kuasaNya kpd mereka2 yg berlaku zalim, hipokrit dan munafik.

Wallahualam.

- Zus Din

15 September 2021

 


PEMBANGKANG HARUS BERSUARA

 

SOHAIMI ALI


Berapa lama politikus pembangkang mau diam terhadap isu diskriminasi apartheid vaksin??

Ahli politik luar negara timur dan barat telah lama bersuara. Malah pakar-pakar barat telah terbitkan kajian bahawa orang vaksin lebih besar keupayaan menyebarkan variant virus kerana vaksinasi telah menggalakkan virus bermutasi.

Apa yg menakutkan mereka dari bersuara sebagai isyarat bahawa mereka masih peduli kepada segala masalah rakyat?? Atau sememang tidak peduli??

Bahawa mereka apabila memerintah nanti akan melakukan diskriminasi yg sama?? Apakah ini yg mereka mau tanam kedalam kepala rakyat melalui sikap berdiam diri??

Bayangkan.. kalau UmnoPN bersikap cerdik dan mengambil keuntungan dari situasi ini..;

Tiba-tiba bila dihari perayaan atau hari hampir dengan PRU.. UmnoPN melonggar atau membatal diskriminasi atas alasan cakna rakyat diwaktu pembangkang tidaka peduli..

Atau sekiranya mereka menjadi lebih cerdik.. dan mula bercakap dan bertindak membela golongan tolak vaksin dengan pinda SOP kpd lebih praktikal, misalnya:

1.Menjadikan hari solat Jumaat alternate atau bergilir-gilir antara golongan vaksin dan tidak vaksin serta membenarkan surau-surau untuk tidak vaksin beroperasi.

2.membenar sekolah-sekolah atau kelas-kelas diasingkan untuk guru-guru dan murid-murid tidak vaksin.

3.membenarkan premis-premis seperti kedai makan khusus untuk tidak vaksin beroperasi.

4.dan banyak lagi cadangan yg logik akal...

Bayangkan... Mereka masuk PRU15 dengan laksana cadangan ini diwaktu keadaan pemimpin-pemimpin pembangkang jadi bisu tak peduli??

 

GURU LAPOR POLIS

 



0:00 / 0:36
3000 ORANG GURU BUAT LAPORAN POLIS SEBAB ORANG DALAM KPM SEBARKAN DATA MEREKA KERANA MENOLAK VAKSJN

Tapi yang SEORANG TENTERA tu saja yang mampu menggamit perhatian pembangkang Saifuddin Nasution Ismail dan Anwar Ibrahim

Kredit : Zubaidi Sudin


Mereka pendidik yang telah dinafikan hak kesihatan.

Mereka dimalukan ketua jabatan.

Data peribadi mereka kini disebarkan.

Hanya kerana diri menolak vaksin ujikaji.

Di mana kerajaan tetapkan sebagai pilihan termasuk kepada frontliners.

KPM, JPN, PPD, Pengetua dan Guru Besar memberi label sebagai "Anti-Vaxx".

Masyarakat yang kononnya hidup dengan normal baru.

Tidak sedar bahawa mereka kini bersikap abnormal.

KPM digesa hentikan segala amalan "Medical Apartheid" ke atas warga pendidik dan AKP.

Use your brain please

Nota kaki: Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.

 

KEH..KEH...


YASSIN SALLEH


 May be an image of one or more people and text that says "Besok ΤΟΤΟ dah buka Aku nak beli. Kalau nyinggah aku nak buat filem tentang kemunafikan saf pimpinan parti politik dalam ini Negara. Judul filem itu Munafikun -anak dara orang jangan diraba-raba-"

TMJ PUN HAIRAN

 


NORMAN RADZUAN

TMJ pun hairan rumput padang jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim bertaraf dunia hanya menelan belanja RM 1.5juta sahaja. Ia turut digunakan di Stadium Nasional Singapura dan Bung Karno Indonesia.

Tiba2 Stadium Nasional Bukit Jalil nak guna rumput yg sama kos RM 10 juta. Ramainya nak telan duit rakyat.. di mana2 di Malaysia ini kalau tak rembat duit rakyat itu bukan tanahairku la. Macam haram.



No photo description available.

 

MOPTI TACHING

 


MOHD MUKHLIS

Siapa nampak komen saya kat sini? Ke dah kena delete juga? Baru sembang ilmiah sikit pun dah taching, pastu bising page tak dapat reach. Demikianlah Dr MAZA Channel....

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=242427627692629&id=242383081030417

 May be an image of 1 person and text that says "Dr MAZA Channel Education Website Home Reviews Videos Photos More Dr ΜΑΖΑ Channel 8hrs Memandangkan page ΜΑΖΑ mengalami sekatan, sebagai alternatif buat masa ini harap saudara-saudara dapat ke page ini. You, hammad Haha Comment 160 88 Shares Write comment. Share Ûll Ubaidillah Harith Shahrin disekat konon..padahal takut org gali hal ama..almaklum skarang dh sertu puak khianat.. Haha Reply 8h 17 Replies Zai Zainudin Demikian la... saja try komen sbb dah ama kna block.. - Haha Reply"

JANJI 5 HARI BERKUASA

 

MOHD MUKHLIS


Inilah kejutan yang menteri agama janji, kalau 5 hari mereka berkuasa. Rupa-rupanya nak bagi keutamaan pada kedai nombor ekor. Mujur kedai 4d tak ada queue VIP, kalau tak mesti pak imam tak redha. Demikianlah kerajaan Melayu Isle...


4D shops set 'to reopen tomorrow' for fully vaccinated

KAH..KAH.....I HUTANG YOU BAYAR -NAJIB NAJIB....NASIHAT BAWA PUNAH

 


Skim i-Survive Najib, tingkatkan hutang kerajaan rakyat pula tanggung rugi

Cadangan Najib Tun Razak agar kerajaan memberi pinjaman automatik sehingga RM5,000 menunjukkan kerajaan tiada kemampuan untuk memberikan bantuan tunai kepada rakyat.

AJK AMANAH Nasional Faiz Fadzil berkata, Skim i-Survice yang dicadangkan Najib itu seperti pinjaman ‘micro credit’ untuk B40 dan M40 bukan sahaja boleh meningkatkan ‘contingent liability’ (hutang tak langsung) kerajaan, tetapi rakyat juga yang menanggung rugi dengan faedah 3% yang akan dikenakan.

“Kerajaan ini hanya bijak menanam tebu di bibir. Kononnya membantu rakyat, tetapi yang diberikan adalah duit simpanan rakyat sendiri (KWSP).

“Sekarang susah, tua nanti pun susah jika simpanan tinggal sedikit,” katanya.

Beliau tidak menolak ini merupakan akibat banyak wang negara diseleweng semasa pentadbiran BN khsusunya dalam 1MDB akhirnya kesan hari ini negara sudah tidak mempunyai wang membantu rakyat.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan Najib jika beliau ikhlas membantu rakyat kenapa tidak mencadangkan agar kabinet yang besar dikecilkan untuk menjimatkan wang negara.

“Tembolok menteri kabinet yang diutamakan secara ‘scheme of things’ demi mengekalkan kuasa. Kapasiti kabinet yang sama dikekalkan,” katanya lagi.

Faiz juga mempersoalkan di mana keuntungan berbilion daripada GLC dan kenapa tidak digunakan untuk bantu rakyat yang sudah tiga bulan perniagaan ditutup dan kerja pula tergantung.

Dalam perbahasan hari ini, Najib mencadangkan kerajaan memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Ia sebagai langkah membantu rakyat dan menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara, kata Najib.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, pinjaman itu akan disediakan oleh bank dengan jaminan penuh kerajaan dan caj perkhidmatan sebenar maksimum cuma tiga peratus bagi tempoh pembayaran balik tiga tahun.

MAIN BANYAK KOLAM LAGI UNTUNG-BANYAK YB NANTI

 


MELACUR SAMPAI KHIAMAT 

NASIB BAIK TIADA SATU JAWATAN UTUK ANWAR

 

Mukhriz bagitau dalam dewan tadi, ismail sabri janji nak beri jawatan pengerusi MPN kat bapak dia, Mahathir, kalau ismail jadi PM.

Nasib baik dalam MOU yang Anwar tandatangan tu takde satu pun janji jawatan untuk Anwar. Kalau tak, teruk la Anwar kena gasak oleh pejuang dan warisan. Tapi kalau mahathir minta jawatan, takpe....

Hang dulu pun berjanji nak jadi PM dlm kjaan PH sementara je kan? Tapi, apa yg hang buat?

 W.FAUDZIN

PUNCA SEBENAR HARGA BARANG NAIK DIKENALPASTI

 

HAMZAH RIE NA


Punca sebenar harga barang naik telah dikenal pasti.

Kerajaan PAS-PN tak laksana Islam !!

SR


May be an image of 1 person and text that says "TGHH #MindaPresidenPAS HARGA BARANG NAIK KERANA TIDAK LAKSANA ISLAM ABDUL HADI AWANG Utusan Malaysia Feb 2014 "Kenaikan harga barang adalah berkait dengan tindakan kerajaan yang tidak melaksanakan Islam mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW serta sebuah kerajaan yang mempersendakan Islam""