HARGA TELUR PUN TAK LEH KAWAL

 

May be an image of text that says "facebook Metro FOLLOW Harga telur ayam gred B naik BY REDZUAN MUHARAM 14 SEPTEMBER 2021 AT 18:17 Kuala Lumpur: Harga 30 telur ayam gred B di pasaran Semenanjung mencatatkan kenaikan 59 sen dalam tempoh dua minggu, bermula 29 Ogos hingga Ahad lalu."

HAMZAH RIE


Dari kerajaan kudeta tebuk atap sehingga kerajaan umno 69 ni, harga barang keperluan kerap sangat naik harga.

Menteri pkdnkhep tolonglah turun padang. Pantau dan buat kerja. Janganlah hanya pantau dari dalam bilik berhawa dingin shj.

Menteri pertanian Dan asas tani juga kena lakukan sesuatu, Kita ada banyak tanah2 yg subur bekalan air yg mencukupi untuk bertani dan menternak. Seeloknya negara ini bersiap siaga akan terjadi kekurangan makanan dimasa masa akan datang.

Bagi insiatif yg memberangsangkan utk melahirkan lebih ramai petani2 dan penternak2 moden. Moden disini jgn la ternak lembu dlm kondo mcm sorang bekas menteri tu buat.

https://www.hmetro.com.my/.../harga-telur-ayam-gred-b-naik

 

CAK.....DAPAT GAJI 11 HARI

 

Kalau 11 hari jer RM27,227.20. Sebulan RM74,256 ??

Mengalahkan gaji Jemin Ali RM68,913.28 ?

Apa kerjanya selama 11 hari tu?

#Kerajaangagal

SR

 

May be an image of 2 people and text that says "Peja dibayar gaji notis sebulan RM27,000 sebagai penasihat Muhyiddin 11 hari FMT Reporters September 14, 2021 7:27 PM 25 Shares SR suara rakyot FAIZAL Kerja 'review' Mee Kari boleh dapat gaji sehingga RM27,227"

Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua


Madiha Abdullah
Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua
Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bersambung hari ini dengan tumpuan kepada pemilihan Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Datuk Seri Ahmad Maslan dari Barisan Nasional menjadi calon tunggal blok kerajaan bagi mengisi kekosongan jawatan itu dan dijangka dicabar wakil Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang iaitu Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Ahmad Maslan sebelum ini menggariskan 20 cadangan transformasi Parlimen sekiranya dipilih menjawat jawatan itu.
Antaranya ialah cadangan supaya setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan dan Pembangkang disediakan seorang pegawai penyelidik bagi membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pontian itu turut mencadangkan supaya Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dikemas kini agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.
Kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat kosong selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.
Sidang Parlimen membuka tirainya pada Isnin dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat.
Ini merupakan persidangan pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah dalam perasmian pada Isnin bertitah agar semua pihak mengamalkan politik bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa sahaja masalah yang berlaku dalam negara.
Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.

Pergeseran Warisan, PH hanya sementara, kata penganalisis

 





Penganalisis berpendapat kebiasaannya apabila menjelang pilihan raya, pasti akan berlakunya perundingan politik dalam kalangan pembangkang.

 

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat pergeseran yang berlaku antara Warisan dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan perjanjian kerjasama antara pembangkang dengan kerajaan, hanya bersifat sementara.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berkata, jika dilihat dari sudut luaran sahaja, ia sememangnya menimbulkan spekulasi seolah-olah hubungan Warisan dan PH agak dingin.

Bagaimanapun, katanya ia mungkin hanya bersifat sementara dan kebiasaannya apabila menjelang pilihan raya, pasti akan berlakunya perundingan politik dalam kalangan pembangkang.

“Seperti yang diutarakan oleh Ketua Pemuda Warisan Aziz Jamman, ‘Warisan were kept in the dark’ (Warisan disimpan dalam kegelapan), ia sebenarnya memberi indikasi bahawa berlakunya ‘communication breakdown’ (kegagalan komunikasi) antara PH dan Warisan.

“Bagaimanapun, kemungkinan ada juga faktor lain (menyebabkan Warisan tidak menyertai perjanjian kerjasama dengan kerajaan) iaitu Warisan secara teguh bersama dengan pendirian parti Pejuang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, ia menjadikan mereka sebagai blok pemerhati dan pengimbang terhadap perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara PH dan kerajaan.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, Warisan harus faham isu perjanjian dengan kerajaan ialah berdasarkan jemputan perdana menteri kepada pemimpin PH yang mewakili blok pembangkang terbesar negara dan Warisan juga bukan dalam komponen PH.

Justeru, katanya, jemputan berkenaan adalah daripada perdana menteri sendiri dan beliau yang mempunyai kuasa untuk menjemput mana-mana parti pembangkang, bukannya PH.

“Warisan, Pejuang dan Muda hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen berbanding PH yang mempunyai lebih banyak Ahli Parlimen. Jadi PM (perdana menteri) lebih melihat kepentingan dan ancaman terbesar yang perlu dibawa berunding ialah PH dan bukannya Warisan.

“Malah, Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia) menyatakan giliran Warisan dan Pejuang untuk dijemput akan dibuat sedikit masa lagi kerana mereka fokus kepada PH dulu,” katanya.

Terdahulu, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, parti itu tidak dilibatkan langsung dalam perbincangan awal berhubung memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan.

Katanya, mereka hanya dilibatkan selepas PH telah menyatakan persetujuan dengan kerajaan untuk menandatangani MoU terbabit.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH yang ditandatangani kelmarin merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata, MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Selain itu, ia akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

GAGAL LETAKKAN AHMAD MASLAN TIMBALAN SPEAKER DENGAN CARA JANTAN TANDA ISMAIL SABRI TIADA KEKUATAN

 

Hasrat seorang pemimpin UMNO, Ahmad Maslan untuk menjadi Timbalan Speaker Parlimen, meskipun telah membentangkan manifesto 20 pembaharuan yang mahu dilakukannya, akhirnya tertangguh ke sidang Dewan Rakyat berikutnya iaitu pada penghujung Oktober akan datang.

Ini berikutan Ahli Parlimen Pontian dan Setiausaha Agung UMNO itu pasti akan kalah jika usul pemilihan jawatan itu terus diadakan semalam sebagaimana yang dijadualkan.

Ia kerana difahamkan Ahli-Ahli Parimen Bersatu dan beberapa wakil rakyat Bebas enggan memberi sokongan kepada Ahmad Maslan atas kedudukannya sebagai salah seorang kluster mahkamah yang kes penggubahan wang haram terhadapnya masih lagi dibicarakan.

Tanpa sokongan mereka itu, Ahmad Maslan yang pencalonannya adalah untuk mewakili UMNO bagi menggantikan Azalina Otman Said yang meletakkan jawatan, beliau tentu saja akan kecundang kepada calon blok pembangkang, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.

Kekalahan Ahmad Maslan akan memberi malu besar kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang dijadual mengemukakan usul pemilihan Timbalan Speaker itu.

Bagi mengelakkan UMNO dan Perdana Menteri, Ismail Sabri daripada UMNO mendapat malu atas tewasnya Ahmad Maslan itu, maka pemilihan Timbalan Speaker ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.

Pindaan Perlembagaan yang bakal dilakukan ialah menambah jawatan Timbalan Speaker daripada dua sebagaimana yang ada sekarang kepada tiga, dengan salah seorang daripadanya diperuntukkan kepada calon blok pembangkang.

Melalui pindaan itu, Ahmad Maslan bersama Nga Kor Ming yang telah dicalonkan bagi jawatan Timbalan Speaker akan senang-senang menang dengan selesa dan percuma.

Mereka akan menjadi Timbalan Speaker Parlimen bersama Rashid Hasnon yang sedia memegang jawatan itu sejak era kerajaan PN berkuasa bagi mewakili Bersatu.

Apa yang nyata di sini, dengan kerajaan terpaksa melakukan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Ahmad Maslan diberi kedudukan sebagai Timbalan Speaker, ia adalah tanda kegagalan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO.

Bermakna beliau telah gagal memujuk dan meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan Bebas yang berada dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada Ahmad Maslan.

Kenapa Ismail Sabri gagal memujuk dan meyakinkan mereka?

Di mana wibawanya sebagai Perdana Menteri?

Jika Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan Bebas menghormati kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO, tidak sepatutnya pencalonan untuk meletakkan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker tidak mendapat sokongan.

Kalau dalam kes Ahmad Maslan pun Ismail Sabri gagal memperjuangkan kepentingan UMNO dan kumpulan sesama dalam parti yang turut menyokongnya sebagai Perdana Menteri, bagaimana beliau mahu diyakini untuk memperjuangkan hal-hal yang lain?

Selain itu, dengan kerajaan pimpinannya juga telah mengadakan MOU dengan PH, seharusnya Ismail Sabri juga ada kekuatan untuk memastikan Ahmad Maslan diberi kemenangan percuma dengan Nga Kor Ming dipastikan menarik diri daripada pencalonannya.

Kenapa Ismail Sabri tidak mampu melakukan perundingan sebegitu dengan PH?

Jika untuk memastikan usul undi percaya dan Belanjawan 2022 dapat diluluskan, beliau sanggup menandatangai MOU dengan PH, kenapa untuk menyelamatkan maruah UMNO melalui pemberian sedikit harta rampasan perang kepada Ahmad Maslan, ia tidak mampu dilakukan?

Sampai perlu dipinda Perlembagaan untuk meletakkan wakil UMNO sebagai Timbalan Speaker, walhal Perdana Menteri adalah daripada UMNO, ini adalah sejarah paling memalukan bagi parti itu.

Termenjadinya Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker nanti tidak memberi makna apa-apa sebenarnya, baik kepada dirinya mahu pun UMNO kerana ia diperolehinya bukan saja cara yang betul-betul jantan.

Apalah sangat nak dibanggakan dengan jadi Timbalan Speaker cara betina seperti itu? –


 ShahbudinHusin 15/09/2021.





Kami nak ambil barang... Apa punya mangkuk?



Ketika Menteri Dalam Negeri menjelaskan tentang kebenaran masuk dewan dalam kejadian pada 2 Ogos lalu, beliau dicelah oleh Ahli Parlimen Pokok Sena.

TERKEDU! - SHAHIDAN 'DIGASAK BERTUBI" OLEH KHALID SAMAD | Perebutan Wila...




[VIDEO] Menteri terkedu kena gasak dengan Khalid Samad di Parlimen


[VIDEO] Menteri terkedu kena gasak dengan Khalid Samad di Parlimen



DUIT JUDI TAMBAH PENDAPATAN NEGARA MACAMANA PULAK

 

Mohd Asri Bakar


PAS tu islam ker?...eh, bila tu?. Depa pun makan duit judi?. ..Halal ker judi tu?. If depa jadi imam solat camane?. Aqidah mereka masih ada ker?...Hmmmm, maknanyer jika korang masih duk sokong PAS...haram ker..halal?. Tanya jer ni.



MoU dengan PH akan diterjemah dalam aspek pemulihan negara, kata Bung

 

Perjanjian kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan dibuat atas kepentingan negara dan rakyat, kata Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin.

KOTA KINABALU: Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, perjanjian kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja membawa kebaikan dari sudut politik, malah manfaatnya akan diterjemahkan dalam aspek pemulihan negara pasca-Covid-19.

Katanya, kerjasama itu yang dibuat ketika negara berdepan masalah kesihatan dan ekonomi adalah sesuatu yang positif dan tepat pada masanya.

“Perundingan ini dibuat atas kepentingan negara dan rakyat. Selepas keseluruhan rakyat menerima vaksin, kerajaan boleh mengadakan pilihan raya umum.

“Kerjasama ini sekurang-kurangnya akan membawa keamanan dalam negara, menjernihkan seketika konflik politik dan sekali gus memberikan kerajaan ruang untuk fokus sepenuhnya terhadap memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita tahu rakyat sangat dahagakan bantuan, sokongan dan kepimpinan yang kukuh, jadi kerjasama yang bermakna akan memberi peluang untuk kerajaan bergerak dengan lebih efektif,” katanya dalam kenyataan.

Bung yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, walaupun perjanjian itu hanya bersifat sementara, pandangan blok pembangkang tetap akan diambil kira oleh kerajaan demi kebaikan negara dan rakyat.

Katanya, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan membentuk kerjasama dwipartisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia itu juga selaras titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Kita yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif,” katanya.

Semalam, kerajaan persekutuan dan PH memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang terhasil daripada beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang itu ditandatangani secara bersama oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ia mengandungi tawaran transformasi Parlimen dan pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik bagi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Turut menandatangani MoU itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

 


Anwar saran lantik muka baharu ketuai MPN, bukan Muhyiddin

 

Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin Yassin gagal memulihkan negara walaupun beliau memiliki kuasa penuh semasa negara di bawah perintah darurat dan mengetuai Majlis Pemulihan Negara.


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan wakil kerajaan lain dipilih untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN), bukannya Muhyiddin Yassin kerana majlis itu di bawah pimpinannya sebelum ini tidak menampakkan hasil positif dengan jangkitan Covid-19 mencecah puluhan ribu kes setiap hari.

“Sebab itu kita beritahu perdana menteri, sebaiknya lantiklah tokoh baharu dari kerajaan, kita tidak cadang wakil daripada pembangkang.

“Atau melantik individu lain yang ada pengalaman serta mampu mengendalikan MPN, janganlah ambil orang sama dan mengharapkan cadangan baharu yang boleh menyelesaikan masalah.

“(Ketika Muhyiddin) jadi perdana menteri, ada kuasa penuh semasa pelaksanaan darurat, banyak (perkara) gagal, banyak kes. Yang lebih menyulitkan adalah jumlah kematian dicatatkan negara kita adalah paling tinggi di dunia,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) mengenai pandangannya berhubung pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN ketika menjadi perdana menteri dan selepas meletakkan jawatan itu, adakah ia lebih baik dalam memulihkan negara kerana di bawah pimpinannya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal melakukannya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mempertahankan keputusan melantik semula Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Katanya, pelantikan itu disebabkan bekas perdana menteri terbabit memegang jawatan berkenaan sejak MPN ditubuhkan di bawah kerajaan PN.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau menjalankan tugas sebagai pengerusi MPN secara sukarela tanpa mendapat sebarang imbuhan.

Dulu No DAP No Anwar tapi Sekarang UMNO Yg Pergi Ke Anwar DAP

LAPANGAN TERBANG KULIM CEMAR AIR SUNGAI MUDA



"Berdasarkan impak alam sekitar yang telah dikenal pasti, langkah-langkah mitigasi telah dicadangkan berdasarkan Best Management Practices (Amalan Pengurusan Terbaik) yang terdapat dalam sektor industri sekarang supaya air sungai dan alam sekitar tidak terjejas serta dapat mengekalkan status quo. "Berdasarkan Laporan EIA, timbunan tanah, simen dan pasir adalah sumber pencemaran kepada sungai jika terdapat sesebuah pembangunan terletak berhampiran dengan laluan air," katanya, seperti dipetik Berita Harian.

PANAS DIDEWAN!! - ANWAR IBRAHIM "BERTEMBUNG" ISMAIL SABRI


Pertembungan pertama Pedana Menteri Ismail Sabri dengan Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim di hari kedua sidang dewan Rakyat. Apa isu isunya? Masih terkawal setelah menanda tangani MOU semalam?

PH Bekerjasama Dengan Kerajaan, Apa Cerita Ni?

RINGKASAN MOU UMNO-PH

 No photo description available.

KARISMATIK DAN AURA

 


May be an image of one or more people, people standing and indoor



NORMAN RADZUAN


Jika kita lihat karismatik atau aura seorang pemimpin... siapa PM? Agong, PM sebenar, Speaker seperti terpegun mendengar celotehnya. Nak bagitahu Din Pagoh adab bila berada dgn Raja tangan di hadapan bukan di belakang.

Sb itulah pemimpin dunia walaupun dia bukan PM sgt menghormati DS Anwar Ibrahim dan sanggup bertemu dgnnya. Aura, kebijaksanaan dan kepetahannya bila berucap.. memukau. Erdogan pemimpin Islam nombor satu dunia sgt menghormati dan acapkali meminta nasihat DS Anwar dlm beberapa hal utk negara Turki.

Jika ditakdirkan beliau tidak menjadi PM kita... namanya akn terus terpahat dlm lipatan sejarah sebagai lagenda. Anwar tak rugi apa2... yg ruginya kita.

Kestabilan politik atau kestabilan Kerajaan?


May be an image of 8 people, people sitting and people standing


NORMAN RADZUAN


PRO & KON MoU

Kestabilan politik atau kestabilan Kerajaan?

HATI2 DGN TARIKH 31 JULAI 2022

Saya beritahu hanya skeptikal dan bukan menentang mengenai MoU transformasi dan kestabilan politik. Maksudnya skeptikal itu masih ragu, mencurigai atau was was atas faktor perincian MoU tidak diperjelaskan kpd ahli dan penyokong. Kedua sudah acapkali kita ditipu oleh UMNO.

Mungkin ada yg bertanya siapa kamu atau ahli/penyokong perlu tahu. Pasti kami dan mereka perlu tahu kerana kami dan mereka bukan sahaja sekadar memangkah kertas undi tetapi yg menggembeleng tenaga dan wang ringgit utk membantu parti.

Yg kita mahu pemimpin perlu berhati hati. Ya kami mungkin tidak sebijak pemimpin2 tetapi kerana kebijaksanaan pemimpin2 juga lah Mahathir dan Muhyiddin menipu kita hasil usaha 20 tahun usaha kita berjuang bersama. Ada yg dibuang kerja, dipindah tempat kerja, berhabisan berpuluh ribu, dipukul dlm perjuangan ini.

Selepas kita ditipu oleh Mahathir dan Muhyiddin yg bekerjasama dgn UMNO...sekali lagi UMNO menggunakan PH utk menjatuhkan MB Perak, Peja. Dgn sokongan PH naiklah MB dari UMNO di Perak. Lucunya mereka bentuk kerajaan sesama mereka tanpa melibatkan ADUN PH.

Begitulah juga dgn kerajaan keluarga 69 ini. Kita semua menyokong menjatuhkan Muhyiddin kerana Zahid Hamidi mengaku mereka menghantar SD utk menyokong DS Anwar menjadi PM.

Sebaik sahaja usahasama PH dan kluster mahkamah UMNO berjaya menjatuhkan kerajaan Muhyiddin...tiba2 UMNO mengangkat PM dari kalangan mereka. Perlu diingat jika PH menyokong plan Muhyiddin UMNO tidak kembali berkuasa sebagai PM.

Mereka bergaduh sesama mereka di saat akhir tak sampai beberapa hari mereka setuju melantik seorang PM yg mempertahankan kerajaan PN. Kita terlopong...3-4 hari ahli, penyokong dan sebilangan rakyat ketika itu yakin DS Anwar bakal menjadi PM.

Secara dasarnya kebanyakkan perjanjian yg dibuat oleh Ismail ini hampir menyamai apa yg dilakukan Muhyiddin. Mungkin ada perubahan 20-30% kerana perubahan PM serta perbincangan lebih serius antara wakil Keluarga 69 dan wakil PH.

Antara yg Pro perjanjian itu...belanjawan dirunding dan dipersetujui secara bersama, peruntukkan sama rata parlimen kerajaan dan pembangkang, undi 18, membentang RUU anti lompat parti..yg saya lihat memberi kebaikkan kpd pembangkang dan rakyat.

Persoalannya kontra disebaliknya kita kena fikirkan UMNO ini licik. Mereka tidak akn semudah itu utk bersetuju dgn syarat PH. Dulu mereka tubuh Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021. Apa fungsinya? Sekadar penubuhan...Description: 🤭

Belanjawan akn melibatkan kerajaan dan pembangkang. Jadi bagaimana kita mahu bahaskan belanjawan dan mahu mengkritik kelemahan kerajaan ini.

Pasti mereka akn berkata kita sebahagian daripada yg terlibat tentang belanjawan tersebut. Tapi jika belanjawan itu dilihat bekhemah mereka akan kredit ia adalah kejayaan kerajaan.

Malah sebagai pengkritik politik agak sukar apa isu yg boleh dikritik.... silap2 yg dikritik akn terpalit sama PH dlm isu2 tertentu. Pastinya kelemahan atau kecurangan mereka dpt ditutup dlm beberapa isu sb kita bersama dlm beberapa perkara seperti belanjawan.

Apapun yg paling saya bimbang ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai 2022. Kenapa saya kata begitu penting tarikh demikian?

Ini sekadar teori saya yg mungkin benar atau tidak. Sebenarnya tarikh tersebut mengerikan Zahid Hamidi dan mungkin juga buat Najib Razak. Saya yakin rundingan MoU ini bukanlah cadangan atau restu daripada Presiden, bekas Presiden mahupun Timbalan Presiden UMNO.

Kemungkinan tarikh tersebut adalah oksigen yg mahu Ismail gunakan bersama Muhyiddin utk matlamat yg lebih jauh. Ramai yg menulis di wall ketawakan Muhyiddin apabila mantan PM itu berkata PN atau dirinya akan 'comeback'.

Cuba kalian lihat kabinet Ismail. Adakah ia menyebelahi UMNO atau Bersatu? Nyata ia menyebelahi Bersatu dan kita hanya menukar pemandu sahaja.

Kenapa Ismail tidak menyebelahi partinya sendiri? Ismail perlukan Muhyiddin/Bersatu utk dia terus berkuasa menjadi PM selepas PRU15. Jika tidak beliau tahu hanya akn menjadi tunggangan Zahid dan Najib utk keduanya kembali berkuasa menjelang PRU15.

Perlu diingat Ismail tiada niat utk menjatuhkan Muhyiddin. Cuma dia serta kluster Menteri UMNO gagal utk pertahankan kerajaan PN kerana tidak cukup majoriti. Sebab itu Ismail tidak menamakan ini kerajaan 'BN Plus' sebagai contoh.

Yg lebih menghairankan apabila jawatan Pengerusi MKN Ismail melantik bekas PM yg gagal. Kenapa bukannya Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO? Begitu juga kenapa Ismail boleh melantik Tengku Zafrul sebagai Senator bukannya Tok Mat.

Bukan itu sahaja mengapa Ismail tidak mencadangkan utk melantik Azalina Othman sebagai Speaker yg baru. Azalina adalah pemimpin UMNO tetapi dilihat curang kpd PN.

Saya pernah menulis sebelum ini bahawa dgn jawatan Ismail sebagai PM manakala Zahid serta Najib mempunyai kes di mahkamah adakah Ismail tidak mahu mengambil kesempatan utk merampas jawatan tersebut. Atau cukup dia sekadar menjadi 'puppet' kpd Zahid atau menjadi PM setahun?

Najib dua kali bertemu Ismail ketika beliau baru dilantik menjadi TPM dan terbaru baru dilantik PM. Untuk apa...kita semua tahu sebab kenapa tetapi biarlah ia menjadi kenyataan nanti baru dibicarakan. Jgn terkejut jika Zahid seorang sahaja yg sangkutDescription: 🤭

Lebih dari itu dlm perbincangan MoU antara kerajaan dan pembangkang kenapa kerajaan Ismail melibatkan Hamzah dan Annuar Musa yg dilihat derhaka kpd UMNO. Punya ramai pemimpin UMNO yg setia dgn parti kenapa diabaikan?

Saya melihat oksigen atau tarikh yg diminta itu adalah perancangan Ismail dan Muhyiddin utk wawasan PRU15 iaitu gabungan UMNO, Bersatu, Pas dan parti komponen PN.

Seperti saya jangkakan jika Zahid didapati bersalah, ROS dijangka digunakan kembali utk Pemilihan Parti...dgn mudah Ismail dan KJ merampas kerusi Presiden dan Timbalan Presiden.

Tempoh 10 bulan oksigen yg PH berikan kpd Ismail sgt mengembirakan Muhyiddin. Dlm tempoh tersebut pelbagai cerita akn berlaku. Ismail dan Muhyiddin tahu...Tok Mat telah memberi amaran keras pada PRU15 menolak kerjasama antara UMNO dan Bersatu. UMNO hanya perlukan Muafakat Nasional sahaja.

Semua ini adalah sekadar teori saya tujuan MoU itu dilakukan. Bagi pihak sana kestabilan kerajaan ini lebih penting daripda kestabilan politik demi utk kesejahteraan rakyat. Barangkali saya betul barangkali tidak mengenainya...cuma pesanan saya kita perlu hati2.

Saya tidak boleh mengulas lebih detail mengenai MoU ini kerana kita semua belum diperjelaskan perincian perjanjian tersebut. Kita tunggu sahaja hari ini khabarnya.

Saya tidak membantah MoU ini tapi hati kecil percaya seperti ada udang sebalik batu...Bila puak ini kata demi utk rakyat lagilah saya sangsi dan ketawa berguling gulingDescription: 😂 So berhati hati dan semoga perjanjian ini lebih menyebelahi kita.

 

 

AWAT TAK WASSAP VIP TU...

 

MOHD MUKHLIS


Hukum solat Jumaat dengan Asar pun dah berbeza, tapi tak mengapalah mungkin Imam tak aware. Cuma nak tanya kenapa Imam tak wasap aje VIP semalam, kalau tak dah dapat 13 orang jemaah. Benda mudahpun boleh jadi susah, jangan sampai Motpi serba tahu masuk campur, nanti kelam kabut dia keluar dari gua bagi fatwa.



May be an image of text that says "Ikmal Zaidi Hashim 1h. Nak beritahu ...Solat Asar berjemaah semalam ada 12 orang je"

JANJI 5 HARI SATU KEJUTAN

 

MOHD MUKHLIS


Inilah kejutan yang menteri agama janji, kalau 5 hari mereka berkuasa. Rupa-rupanya nak bagi keutamaan pada kedai nombor ekor. Mujur kedai 4d tak ada queue VIP, kalau tak mesti pak imam tak redha. Demikianlah kerajaan Melayu Isle...


4D shops set 'to reopen tomorrow' for fully vaccinated

freemalaysiatoday.com
4D shops set 'to reopen tomorrow' for fully vaccinated
Sabah says horse racing and number forecast companies will resume tomorrow, while a Sports Toto outlet in Kuala Lumpur said it is ready to welcome punters.



Hindari ‘kluster mahkamah’!

 

Hindari ‘kluster mahkamah’!

Benarkan badan kehakiman menjalankan tugas keadilannya tanpa diganggu



Malaysia berdepan krisis kepimpinan yang berlanjutan.

Yang mengakibatkannya adalah mereka yang mengaku pemimpin tampaknya tidak mempunyai kompas moral. Mereka dengan sengaja memesongkan kebenaran dan mahu kita mempercayai mereka.

Mereka sekarang mahu kita menerima kemungkinan bahawa politikus yang mengaibkan seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa yang lain yang sudah didakwa di atas beberapa kesalahan dapat dibebaskan. Bahkan, nampaknya mereka turut berniat untuk membawa individu yang sama kembali menduduki jawatan berpengaruh, dan dibayar menggunakan dana awam.

Ia sesuatu yang memalukan serta penghinaan kepada kita semua bahawa Najib, yang dijatuhkan hukuman kerana penggubahan wang, pecah amanah serta penyalahgunaan kuasa, kini dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri.

Manakala, Ahmad Maslan, yang didakwa kerana penggubahan wang serta memberi kenyataan salah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, turut dicadangkan oleh kerajaan dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Jawatan yang sebegitu penting sepatutnya tidak diduduki oleh mereka yang mempunyai reputasi cukup bermasalah, kerana ia akan mencemar imej kerajaan serta Parlimen.

Ia cukup menggusarkan, di mana satu demi satu, kita melihat mereka yang sebahagian dari ‘kluster mahkamah’ dilepaskan dan berkemungkinan kembali menduduki kedudukan berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan.

Kami memperakui bahawa mereka yang tertuduh berhak untuk menjalani proses serta tidak disangka terus bersalah. Namun bagi mereka yang sedang menjalani proses pendakwaan di mahkamah, mempunyai kes serta rayuan sepatutnya diketepikan dari dipertimbangkan untuk menjawat kedudukan di peringkat perkhidmatan awam. Apatah lagi, kita tidaklah kekurangan calon berwibawa atau pakar untuk mengisi jawatan itu.

Warga awam menjangkakan ketekunan dan kemampuan dari Pejabat Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Jika mereka yang berdepan dakwaan serta kes yang tertunggak dilepaskan dengan mudah, keyakinan orang awam terhadap penguatkuasa akan merudum. Bagaimana kita mahu bercakap tentang kedaulatan undang-undang jika kredibiliti terhadap institusi dipersoalkan? Kempen kerajaan yang selama ini dijalankan melibatkan soal integriti dan kompetensi akan hanyalah sekadar slogan kosong.

READ MORE:  The Najib Razak 1MDB Trial Ep 56: Unknown money trails

 

Cukuplah. Kita perlu menghentikan sebagai kebatilan yang akan memusnahkan negara kita yang tercinta ini.

Aliran sepakat mengatakan tidak kepada secara percubaan campurtangan politik di dalam soal keadilan. Kami menolak Najib Razak, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan serta mereka yang lain di dalam ‘kluster mahkamah’ diberikan kelebihan yang tidak wajar. Kami menolak sebarang langkah untuk melantik mereka ke jawatan berpengaruh di dalam kerajaan selagi mana dakwaan, kes serta rayuan mereka masih berjalan.

Rakyat Malaysia meletak kepercayaan mereka kepada badan kehakiman agar keadilan terlaksana sepenuhnya dan mengikut lunas perundangan. Benarkan kehakiman menjalankan tugas keadilannya tanpa diganggu.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
13 September 2021