TIADA USUL UNDI PERCAYA: PM ISMAIL TAKUT TAK CUKUP MAJORITI?


Sembang Spontan Afdlin Shauki: Sebab Sebenar Anwar Ibrahim Dipecat- BERSAMA ZUNAR

YANG SALAH SIAPA? UMNO,PAS & BERSATU BERTELAGAH YANG SALAH DAP/HUTANG NE...

((LIVE)) RUU 355 - JUJUR ATAU ALAT POLITIK? - TUAN HISHAM FAUZI & DR ZUL...

AKIBAT SALAH MEMILIH PEMIMPIN RASUAH



ZUWAIRI MOHD YUSOF


Akibat salah memilih pemimpin make rakyat bawahan juga yg menerima akibatnya di tipu berkali kali di kianati oleh politikus2 keparat boneka elit kapitalis.Mandat yg kamu beri di jual beli oleh mereka yg tamak rakus kemaruk berkuasa walaupun mereka tidak menang PRU14 lalu.Itu menunjukkan mereka mudah koyak rabak tak tahan hidup sebagai pembangkang walaupun baru 22 bulan sedangkan mereka dah 61 tahun menjahanamkan beberape generasi penduduk.PRU15 peluang

terbaik

kalian menghukum mereka dengan lebih kuat sampai mereka tak mampu lagi menebuk atap macam 18 bulan dan masih berlaku sekarang ini.Lumpuhkan terus kaki,tangan, puak2 yg tebuk atap di peti undi biar mereka tinggal beberape kerusi jadi pembangkang sampai kiamat tiba.

Rasuah punya pasal,hasil kekayaan yg begitu banyak pun Malaysia berhutang lebih RM 1.3 trillion setakat ini selepas mereka menebuk atap 18 bulan lamenya.Sudah puluhan billion di pinjam dan mereka dah tentu mahu memenangi PRU15 supaya mereka boleh kembalikan GST yg menindas majoriti nanti.Tanda2 GST kembali itu ade bila Najib Kleptokrat pun Ismail jadikan punasihat manakala Maslan di angkat untuk jadi speaker dewan walaupun dia ade kes mahkamah same macam Najib yg ade kes berjalan sejak 2019.Cuma anda boleh hentikan kegilaan ini semua beramai ramai.Ape yg terjadi pada duit GST kamu bayar dulu pastikan tidak berulang lagi bila kabinet Najib menggunakannya sebagai gula2 kempen PRU14 lalu.PH juga terpaksa membayar balik duit GST yg Najib belanjakan sesuka hati.Legasi Najib punya skandal meninggalkan beban hutang tak terkire same macam Mahathir punya beban legasi 22 tahun.

Dasar2 penswastaan MAS,TNB,TELEKOM,POS MALAYSIA dan lain2 yg konon untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan akhirnya jadi lubuk anak2,kroni,proksi mereka untuk jadi kaya raya luarbiasa.Jalanraya yg sepatutnya percuma di bebankan dengan lebuhraya bertol di mana2.Pendidikan yg sepatutnya percuma buat semua peringkat akhirnya jadi lubuk berbayar kapitalis buat keuntungan melampau.Kualiti tidak di jage kuantiti menghasilkan lambakan pekerja2 dengan kualiti rendah.Apabila jurang kekayaan berlaku make mereka yg di kelompok bawahan tidak dapat memberikan pemakanan yg seimbang untuk ahli keluarga,pendidikan yg

terbaik

untuk anak2,kualiti hidup pun terjejas.Mereka mengharapkan rakyat kerja siang malam tanpa henti dengan gaji yg tak seberape sedangkan mereka di atas bersenang lenang dengan gaji jauh berkali ganda.

Jadi berjuanglah menuntut hak masing2 tak perlu jadi pencacai hamba abdi kulit batak berbayar kepada sesiapa lagi.Minyak,Emas,Bauksit,Gas,Bijih Besi,Bijih Timah dan lain2 semua milik anda warganegara bukan milik kelompok kecil elit negara sahaja yg cuma 10%.PRU15 jangan silap undi atau papa kedanelah kamu kekal miskin keturunanmu sampai bila2

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

MoU PH-kerajaan tanda berakhirnya pembangkang efektif, kata penganalisis

 

Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan blok utama pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim akan menandatangani MoU mengenai kerjasama politik pada petang Isnin.

PETALING JAYA: Penganalisis berkata, Malaysia tidak akan mempunyai pembangkang yang efektif lagi, susulan keputusan Pakatan Harapan (PH) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama politik dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura mengkritik MoU reformasi PH dengan kerajaan sebagai jenama politik Malaysia yang memudaratkan kerana pembangkang “melemahkan” diri secara efektif.

“Jadi, sekarang kita sebenarnya tiada pembangkang yang efektif lagi. Seluruh negara akan bersatu mengelilingi kerajaan ini, pembangkang perlu berenang atau tenggelam bersama kerajaan ini,” katanya kepada FMT.

“Jika kerajaan ini gagal dalam usahanya memerangi pandemik dan memulihkan ekonomi, pembangkang juga perlu dipersalahkan bersama kerajaan.

“Kita sedang melihat kehilangan pembangkang di Malaysia. Ia sangat memudaratkan perkembangan demokrasi berparlimen, bukan sahaja di Malaysia, tetapi dalam sistem Westminster lain juga. Kita menjadi contoh sangat buruk kepada yang lain.”

Oh dan bekas ahli akademik, Azmi Hassan meramalkan hasil segera daripada perjanjian itu ialah pembangkang tidak akan menggesa Perdana Menteri membuktikan keabsahannya melalui undi percaya di Dewan Rakyat lagi.

Azmi berkata, Ismail perlu melaksanakan cadangan reformasi yang beliau tawarkan kepada pembangkang.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik kompromi politik antara kedua-dua blok itu kerana ia akan memberi ruang kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memfokuskan perbincangan ke atas isu yang benar-benar penting kepada rakyat.

“Tiada lagi isu sama ada Perdana Menteri mempunyai majoriti. Mereka boleh melupakannya dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) ini.

“Ketika ini, kita memerlukan kerajaan dan pembangkang bekerjasama.

“Tetapi, ini tidak bermakna pembangkang menyokong kerajaan. Mereka hanya memberikan sokongan untuk rang undang-undang penting seperti belanjawan,” katanya kepada FMT.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, perjanjian itu akan membolehkan tumpuan diberikan ke atas usaha memerangi Covid-19 tanpa gangguan ketidakstabilan politik.

Katanya, pemimpin PH masih boleh bersuara, dengan memberi kritikan membina bagi memastikan tadbir urus lebih baik dalam negara.

“Ini bukan hanya memanfaatkan kerajaan Ismail dari segi kestabilan politik, tetapi juga PH yang akan mendapat keadilan dari segi peruntukan dana yang sekian lama diketepikan kerajaan terdahulu,” katanya sambil menambah ini hanya akan menguntungkan rakyat.

Beliau berkata, MoU itu membawa landskap politik baharu kepada negara selepas lebih 60 tahun dan reformasi akhirnya boleh berlaku di peringkat institusi serta Parlimen dengan ketelusan dan keterbukaan.

Kerajaan pimpinan Ismail dan PH menempa sejarah dengan memuktamadkan satu MoU ke arah memulihkan kestabilan politik demi mengatasi kemelut ekonomi dan kesihatan akibat pandemik Covid-19.

Kedua-dua pihak akan menandatangani MoU itu di Parlimen esok, dengan butirannya akan didedahkan kepada rakyat.

KISAH LEBAI JIRAT CINA

 

PAK LEBAI  MALANG NI BILA NAK DISAMAN DIA RETI MINTA MAAF ..TAKUT JUGA YA BAB DUNIA ...

May be an image of 1 person and text that says "Kalau kak wan.t angkat tangan setuju Ruu355 jatuh iman kak wan. Di takdirkan kak wan mati kami tanam kak wan di jerat cina. YDP PAS padang Serai Shaharuddin Ibrahim"



RAMZAN AHMAD


Selepas 3 hari akhirnya Ustaz Mohd Saiba Yaacob menjawab sebahagian soalan2 saya berkaitan hudud dan RUU355.

Kesimpulan daripada jawapan Ustaz Saiba:

1. RUU355 bukanlah hudud seperti yang didakwanya sebelum ini (di mana premis hujahan beliau sebagai hukum Allah dan orang yg mempersoalkannya spt saya ini boleh menjadi sesat dan menyesatkan, walak pada kuffar Dap, akan diazab dlm kubur dan akan menjadi pemimpin org sesat di akhirat). Sebaliknya RUU355 cuma satu cadangan pindaan RUU untuk menambahkan hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah.

2. Ust Saiba (dan saya percaya ramai lagi ilmuan yg pro 'memperkasa' mahkamah syariah) tidak jelas tentang status hukuman ta'zir, kerana beliau memberi gambaran bahawa hanya undang2 syariah selain hudud sahaja sebagai ta'zir. Ini diperkuatkan lagi dgn soalannya kpd saya adakah saya redha hukum dan mahkamah sivil lebih berkuasa dan lebih tinggi hukumannya berbanding hukum dan mahkamah syariah. Jawapan saya ialah saya redha kerana saya percaya semua hukuman dlm undang2 dlm negara ini sama ada sivil atau syariah adalah hukum ta'zir, kecuali hukum mati mandatori bg pesalah bunuh dgn sengaja dlm seksyen 302 Kanun Keseksaan / Penal Code yang boleh dikatakan sama dgn hukum qisos.

3. Ust Saiba telah terkhilaf jauh apabila menghukum saya sesat dan menyesatkan, liberal, ikut Dap, akan disiksa dlm kubur dan sebagainya apabila saya mempersoalkan keperluan melaksanakan hudud buat masa sekarang dan kedudukan RUU355 yang telah dianggap "bukit yang tidak lari ke mana" oleh Dr. Nik Zawawi.

###################################

Soalan saya yang masih belum dijawab Ust Saiba:

1. Kenapa Pas tidak menunjukkan ia sebuah kerajaan yg cuba melaksanakan perintah Allah s.w.t. dlm ayat 32 surah al-Nur, iaitu perintah supaya mengahwinkan orang2 bujang yg miskin? Kenapa Pas beria-ia mencuba utk laksanakan perintah Allah yang dilewatkan penurunan wahyunya?

2. Kenapa rakyat dan pemimpin selain Pas yang mempersoalkan cadangan untuk melaksanakan pindaan RUU355 dihukum sesat atau batal akidah, jika RUU355 hanyalah rang undang-undang biasa yang bukan hudud?

2. Apakah jaminan hukuman undang2 yang ditambah berat seperti yang Pas cadangkan dalam RUU355 akan dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu? Bagaimana kepercayaan boleh diberikan jika ternyata pemimpin Pas sendiri tidak dikenakan apa2 tindakan apabila ada yang bernikah secara online dgn tukang nikah dari Thailand, menceraikan isteri melalui aplikasi WhatsApp dan melanggar sekatan jalan raya (dikhabarkan bersama seorang janda, tetapi tidak dapat dipastikan kerana tiada makluman hasil siasatan).

Bagi rakan yang berminat mengikuti perbahasan separa ilmiah berkaitan RUU355 dan hudud, boleh diikuti di wall saya 3 hari lepas melalui link berikut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5248446221834365&id=100000071166710

 

Saifuddin, Azeez bertegang urat isu Tabung Haji

Saifuddin Nasution: Berapa Jumlah Kerugian Tabung Haji? Apa Kerajaan Pak...

KERAJAAN RASUAH

 

May be an illustration of footwear

May be an image of 4 people and text that says "Sah! Najib Jadi Bekas PM Pertama Disabitkan Bersalah 7/7 Pertuduhan Di Mahkamah Tinggi Pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. NASIONAL Kerajaan sangat rugi kalau tak menggunakan kepakaran bossku sebagai penasihat ekonomi. YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI PARLIMEN Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta Ahmad Johari Mohd 2:41pm bhnews@bh .com.my BH Kita nak gunakan pengalaman bossku sebagai bekas dan bekas Menteri Kewangan selama tahun. YB DATO SERI MOHAMED NAZRI Songlap Duit Negara Dilantik Penasihat Ekonomi Negara?"


ZUWAIRI MOHD YUSOF


' Bekas pengerusi Telekom Malaysia, Rosli Man skeptikal dengan model pembangunan rangkaian 5G yang digunapakai di Malaysia.Jelaskan pengguna tiada pilihan untuk menukar penyedia perkhidmatan jika berdepan masalah di sebabkan rangkaian 5G ini hanya di bangunkan oleh satu pihak '

Satu lagi projek gagal oleh BN-PN-GPS ialah akan datang tidak lama lagi ialah 5G.PH bagi beberapa buah syarikat untuk jadi pembekal perkhidmatan 5G tetapi bila kerajaan PH di jatuhkan Mahathir PM7 dengan sengaja,PN-BN menukar polisi itu kepada pembekal tunggal membolot semuanya.Syarikat2 lain yg mahu terlibat terpaksa menyewa dari pembekal tunggal ini.Inilah punca kenape harga begitu mahal dan tidak kompetitif kepada rakyat sekian lama baik Air,Elektrik,Pendidikan,Kesihatan dan sebagainya.Sudahlah zaman Mahathir anak2,kroni,proksi dia OPTICOM,YTL Vincent Tan tapau semua bawah BESTARINET yg Mahiaddin jadi Menteri Pendidikan ketika itu.Budaya zaman PM4 di teruskan di bawah PAKLAH dengan penerima terbesar manfaat adelah menantu sendiri iaitu Khairy Jamaluddin dan budak tingkat 4 JPM ketika itu.KJ selaku Menteri KBS hilang RM 100 JUTA tapi orang lain yg jadi kambing hitam.Luarbiasanya menantu PAKLAH sampai mampu beli begitu banyak saham ECM Libra dan jual untung atas angin berlipat kali ganda.Anda boleh dapatkan buku pendedahan Maszlee Malik ' Memori Bukan Memoir ' skandal pendidikan yg lepas dan ape reformasi yg di buat dia dan PH 22 bulan.

Naik Najib Kleptokrat ke takhta PM6 make bermula episod sakau menyakau dengan scam lebih dasyat dan menakutkan 9 tahun lamanya.Rosmah Mansor suri rumah ja boleh minta komisen RM ratusan juta ringgit dari Mahadzir Khalid MP Padang Terap yg jadi Menteri Pendidikan ketika itu untuk projek solar di Sarawak.Anak bongsu dia Ashman menabung sejak dari dalam perut ibu agaknya mampu beli Quinoa penuh kontena bawa masuk ke Malaysia untuk di jual sebelum BN kalah PRU14 lalu.Bila PH naik bentuk kerajaan tangkap,dakwa dan rampas harta curi boleh pula mengaku pula tidak bersalah lakibini anak beranak konon di aniaya.Aniaya kepala bapak kau.Aku beli cenderamata Man Utd dari UK tahun 2008 pun kastam tax RM 500 untuk produk yg harganya RM 700 inikan plk anak ko yg import masuk Quinoa penuh kontena.Anak tiri lagi dasyat buat filem,beli itu beli ini dari scam 1MDB Kleptokrat lagi.Macai Najib bising kecoh riuh pembangkang terima dana dari pihak luar negara sedangkan Kleptokrat sendiri terime dana asing sesuka hati untuk mengekalkan kuasa boleh pula eh?

Kalau dah cukai pun sampai RM 1.69 BILLION kamu semua boleh agak sendirilah berapa RM BILLION dia sempat sakau 9 tahun jadi PM6.Sebelum jadi PM6,zaman jadi MB Pahang,Menteri itu menteri ini lagi puluhan tahun.Adekah dia bayar cukai dengan nilai sebenar puluhan tahun dalam kerajaan atau menipu bayaran same macam Mahathir dan rakan2 anda fikirkan.Penyagak2 seperti ini pastinya ade simpan harta curi di luar negara di negara2 tertentu itu pasti kalau letak di Malaysia lame dah kene sita rampas bila PH berkuasa 22 bulan dan sampai habis penggal.Mereka cuba buat cerita dongeng konon tidak bersalah sedangkan semua bukti2 menunjukkan mereka memang sekian lama terlibat menggubal wang secara haram.UMNO,PAS,PPBM,GPS kalau tak bersalah takkan kemaruk nak rampas kuasa daripada PH yg di beri mandat sah oleh majoriti pengundi2 PRU14.Kenapa tak tunggu habis 5 tahun pada 2023?Sebab ketakutan mereka bila ANWAR IBRAHIM jadi PM Malaysia lebih ramai lagi akan sangkut di tangkap turun naik mahkamah harta curi di rampas.Rasuah perlu orang seperti DSAI untuk bersihkan bukan orang macam Najib,Mahiaddin dan Ismail Sabri

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

JOM SOKONG PN/BN ....ENTAH NAK SEBUT KERAJAAN APA NTAH ...#KERAJAAN 69..

 

NOR AZIMAH RAZALI


Restoran pun merungut.. nak letak harga pun payah.. menteri nak turun kit covid test

 pun  kena tunggu hujung tahun ni...

Harga ayam ni berapa bln plak nak tunggu?


 

May be an image of one or more people, headscarf and text that says "Kerajaan PN BHONLINE Harga ayam naik 6 kali bulan ini Balgis Zahari April bhnews@ibh Kerajaan PN2.0 Slnar Harga ayam naik lima kali dalam tempoh seminggu NORAWAZNI YUSOF |11 September 2021 2021 1:03pm SR Sinar MENTERI KABINET PUNYALAH RAMAI MASALAH AYAM PUN TAK BOLEH NAK SELESAIKAN KE?"

Anuar Zain pegang jag lambang BN sambil menyanyi ceria. Tu puntak aku laku juga lagi....kah.....

 


Anuar Zain pegang jag lambang BN sambil menyanyi ceria

Kerajaan perlu tangguh sesi persekolahan

 


Ketua Wanita AMANAH dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan

 Ketua Wanita AMANAH dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan


KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
12 September 2021

PELANTIKAN BAHARU BAGI JAWATAN-JAWATAN PAKATAN HARAPAN

Majlis Presiden dalam mesyuarat hari ini telah memutuskan untuk membuat pelantikan-pelantikan seperti berikut:

• Ketua Setiausaha Pakatan Harapan: YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
• Ketua Pemuda Pakatan Harapan: YB Howard Lee Chuan How
• Ketua Wanita Pakatan Harapan: YB Senator Hjh Aiman Athirah
• Pengarah Strategi Pakatan Harapan: YB Datuk Seri Salahuddin Ayub
• Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen Pakatan Harapan: YB Anthony Loke
• Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan: YB Fahmi Fadzil

Majlis Presiden mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja Pakatan Harapan di Parlimen, di lapangan, serta menuju Pilihan Raya Umum ke-15.

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

MoU dimuktamadkan: Kerajaan dan PH tandatangani MoU di Parlimen esok

 

Rahimah Abdullah
MoU dimuktamadkan: Kerajaan dan PH tandatangani MoU di Parlimen esok
Wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan pada hari ini telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.
KUALA LUMPUR: Setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan pada hari ini telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman ini pada esok jam 5 petang di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua Parti Pakatan Harapan iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Kenyataan bersama itu juga menyebut, semua pihak telah bersetuju bahawa memorandum persefahaman ini adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pedekatan kerjasama secara “dwipartisan“.
"Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tata kelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi parlimen," kata kenyataan itu lagi.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

ZAHID HAMIDI KATA UMNO SELAMATKAN NEGARA DARI KEGAGALAN? BETULKAH?



Zahid hamidi kata, kegagalan kjaan PH  selepas PRU14 memaksa Umno campurtangan (rampas mandat rakyat).  


Ok, lepas kamu campurtangan, berjayakah kerajaan PN yg kamu sokong itu?  Ternyata gagal.  Bukan kami saja kata gagal, bahkan kamu dan Najib juga kata kjaan PN itu gagal.  Ertinya apa?  Ertinya, kebodohan kamu telah membantu kerajaan gagal yg telah memusnahkan negara ini.  Umno terlibat dlm kerajaan gagal, itu faktanya.


Kemudian, kamu jatuhkan kerajaan gagal PN kerana kononnya kamu mahu jadi kerajaan yg lebih baik.  Kamu angkat Naib Presiden Umno Ismail Sabri jadi PM ganti Mahiadin.  Apa yg terjadi?


Ismail Sabri jadi PM dengan hanya ada kekuatan majoriti 3-4 orang saja MP yg sokong dia.  Mahu tidak mahu, dia kena lantik jemaah menteri dari kalangan "orang-orang gagal" untuk dia jadi berjaya.  Lojikkah?  Sekali lagi Umno buat kerja bodoh dan perjudikan nasib rakyat.  


Umpama meletakkan orang yg ada virus Covid19 ke dalam satu rumah untuk mengelakkan seisi keluarga dalam rumah tersebut terkena covid19.  Kalau tidak bodoh, kita mahu sebut apa? 


Rakyat boleh menimbang dengan akal fikiran, jika pun ada kelemahan sedikit sebanyak di bawah kjaan PH, maklumlah baru bentuk kerajaan 22 bulan, namun ianya jauh lebih baik berbanding di bawah kerajaan gagal PN dulu dan PN 2.0 sekarang.  Di bawah kerajaan PH, ekonomi masih rancak berjalan, sistem pendidikan tidak tergugat, pengangguran tidak bertambah, pelaburan masih kekal dan tiada pelabur yang lari, keselamatan negara terkawal, rakyat boleh ke sana sini dan bertemu keluarga, harga barang dikawal dengan baik, wabak Covid19 dikawal dengan baik tanpa sebarang kes kematian dan banyak lagi yg tidak menyusahkan rakyat seperti sekarang.


Zahid agaknya berfikiran bahawa kerajaan yang baik itu adalah kerajaan yang boleh selesaikan masalah beliau dan pemimpin2 umno dalam kes mereka di mahkamah, bukannya menyelesaikan masalah rakyat.  Jika itu penilaiannya, memang kerajaan PH tidak mampu berbuat demikian.


WFAUZDIN NS



TOK IMAM JENIS MALAS FIKIR..NAK MAJU MACAMANA UNAT ISLAM.


Hamzah Rie Na


 Pengerusi2 masjid serta para tok Imam di Malaysia perhaps you all should learn from negara pap saudara kpd dap ni.


Singapore boleh lakukan kenapa tidak Malaysia? Sepatutnya Malaysia lebih kehadapan didalam bab2 ini. Yer lahhhh Malaysia kan ada pejuang agama umno dan pas sekarang Bersatu juga.


Tak kan pejuang agama Tak boleh buat. Betul tak? Atau kalian hanya beretorik juga mcm selalu?


Buka semula sekolah: Langkah wajar utamakan keselamatan pelajar, kata NUTP

 

NUTP berharap semua guru akan terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Kementerian Pendidikan susulan pengumuman berhubung pembukaan semula sekolah mulai bulan depan.

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan keputusan membuka semula sekolah mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada bulan depan amat wajar kerana Kementerian Pendidikan (KPM) mengutamakan keselamatan pelajar.

Setiausaha Agungnya, Wang Heng Suan berkata, tindakan itu juga memperlihatkan KPM berusaha sebaik mungkin bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah ketika sekolah dibuka secara menyeluruh kelak.

Katanya, sebelum pengumuman rasmi berkenaan, NUTP turut terlibat dalam libat urus bersama menteri dan kumpulan pakar.

“Dalam sesi berkenaan, NUTP mengemukakan empat cadangan, antaranya akan bekerjasama dengan KPM untuk memberi nasihat kepada 2,500 guru yang tidak mahu menerima suntikan vaksin secara usaha sama (JV) dengan doktor pakar daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

“Garis panduan serta tugas kepada guru dan murid yang tidak mahu menerima vaksin apabila pembukaan semula sekolah bermula, serta pengetua, guru besar dan sekolah diberi kelonggaran mengikut kebijaksanaan mereka menguruskan proses penutupan sekolah sesi 2021 dan juga menentukan persiapan sesi pembukaan sekolah sesi 2022,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, latihan pedagogi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang menyebabkan guru menghadapi tekanan, perlu diberi keutamaan KPM.

Beliau berkata, NUTP turut mencadangkan semua jenis penilaian kajian serta pelaporan seperti TS25 ditangguhkan.

“Semua cadangan itu disambut baik Menteri. Oleh itu, NUTP berharap guru turut memberi kepercayaan dan sokongan kepada Menteri dan KPM.”

Terdahulu, Radzi mengumumkan sekolah di negeri bawah Fasa 1 PPN dan kebanyakan sekolah di Fasa 2 kekal ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini.

Katanya, pembukaan semula sekolah akan menggunakan kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid ditetapkan pada kadar 50% daripada jumlah keseluruhan.

Ini bermakna, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta PdPR mengikut giliran setiap minggu.

KAH..KAH...LAGI KAU CAKAP BANYAK LAGI KAU KENA HENTAM LA IMAM OIIII

 


MOHD ASRI ABU BAKAR


Semalam dia jugak yang cakap..."VVIP tu dah daftar awal". Bila di minta untuk

 tunjukkan buku log pendaftaran jemaah Jumaat, dia bertaqiyyah pulak dan lain

 pulak jawapannya hari ni. Nampak sangat, dia masih hendak mempertahankan

 VVIP tersebut dan masih hendak menegakkan amalan DISKRIMINASI terhadap

 rakyat marhaen yg kini di amalkan oleh Masjid Putrajaya. Imam oiiii, yang

 banyak beri sedekah di Masjid ko tu, orang-orang  biasa jer lah. VVIP semua tu,

 depa hanya bagi HADIAH PERIBADI kat korang, kan?.


May be an image of 1 person and text that says "VIP ada hak kuota 10%, saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf- Imam Besar Masjid Putrajaya Buletin TTKM 2 hours ago"


IMAM KAKI FB RUPANYA

 May be an image of 1 person and text that says "VIP ada hak kuota 10%, saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf- Imam Besar Masjid Putrajaya Buletin TTKM 2 hours ago"“Saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya – Trending Sangat

AZMIN VS UMNO. TANDA2 ORANG MUNAFIK!!

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU...YANG LAIN NAK IKUT JEJAK ALMARHUM KELAUT SAHAJA.


May be an image of 2 people, including Kak Nab and text that says "Satu-satunya VVIP yg tak pernah potong barisan. Moga Allah merahmati beliau. By-UKMB/www.kelantantv.my"

Satu-satunya VVIP yang tak pernah potong barisan. Kalau dia ke masjid pun, kalau dia lewat, dia akan duduk di luar. Pemimpin begini sukar dicari.

Lebai sekarang? Huh ..jauh api dari panggang. Jawatan dan kuasa yg bukan hak atau milik mereka pun mereka rembat. Sanggup bersekongkol dgn puak pengkhianat, kleptokrasi, semburit dan kluster mahkamah, asalkan dapat kuasa dan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa kerajaan yg mereka sertai itu adalah kerajaan yg wujud hasil dari khianat mandat rakyat. Mereka tahu, tapi habuan dunia membutakan mata dan hati perut mereka.

Semoga Allah merahmatinya Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

WFAUZDIN NS

 

DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI

 

DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI

Baik.

Agong titah agar kurangkan kehangatan politik, semua parti perlu bersama bantu kerajaan atasi pandemik Covid, termasuk Pembangkang. Maka, PM pun mahu Pembangkang turut serta bantu mereka. PH pun akur titah Agong, sebab itu pimpinan PH hadir bertemu dengan PM. Matlamat PH untuk bertemu dengan PM bukan soal kuasa atau jawatan tetapi soal bagaimana kjaan harus bertindak untuk atasi masalah negara sekarang. Oleh sebab itulah, PH meletakkan syarat kepada kjaan jika kjaan ikhlas mahu Pembangkang bantu mereka. Syaratnya mudah, jangan ulangi kegagalan kjaan Mahiadin dan penuhi hasrat rakyat. Persoalannya, apakah dengan melantik beberapa bekas menteri dalam kerajaan gagal itu boleh membantu mengatasi masalah negara? Apakah dengan melepaskan beberapa kes mahkamah boleh mengatasi masalah negara?

Jangan mereka lupa, Agong bukan sahaja bertitah agar jangan wujudkan kehangatan politik. Baginda juga bertitah agar PM yang baru dilantik perlu absahkan sokongan terhadapnya di Parlimen yang akan bersidang beberapa hari lagi. PM mesti absahkan bahawa beliau memang memiliki 114 sokongan MP yang menyokongnya. Sukarkah untuk melakukannya?

Kuasa di tangan PM untuk melakukannya. Hanya kekuatan dan keberanian politik sahaja boleh membantu beliau. Jika tidak, tiada bezanya beliau dengan kerajaan Mahiadin yang gagal itu.

WFAUZDIN NS

 

Covid-19: 592 kematian, backlog ditutup dengan backlog

 

Covid-19: 592 kematian, backlog ditutup dengan backlog


1- Semalam punya tunggu data kematian dan laporan harian Covid-19, Tapi tak mucul muncul.. Rupanya dilaporkan tengah malam 592 Kematian, Memang pada anggapan aku data 592 itu tidak Realistik.. Jadi ia juga bermakna, kemungkinan suatu ketika Lembah Klang pernah berlaku lonjakan kematian mungkin hampir 1 ribu sehari..

2- Sebenanrya keganjilan ini bukan perkara baru, telah dibangkitkan MP Pelabuhan Klang pun sebelum ini pada penghujung ogos.. bagi kematian akibat Covid-19 di daerah Klang antara 16 Julai hingga 10 Ogos ialah seramai 266 orang…tetap laporan JAIS, tetapi NGO yang dilantik Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menguruskan jenazah mangsa Covid-19 menunjukkan sejumlah 448 orang dikebumikan di daerah Klang bagi tempoh sama..

3- Itu sebab sejak awal Pengurusan, Pegawai yg terlibat di HTAR ni bagi aku tak berguna.. Bila suatu ketika HTAR tidak terkawal.. Lepas lawatan Mahaiddin, Depa keluarkan laporan kata ianya terkawal.. Atas sikap ini sebabkan ramai yang mati disebabkan tak mahu mengakui kelemahan sistem Kesihatan oleh anggota Kerajaan sendiri..

4- Tapi dari data terperinci semalam, Kemungkinan hanya data kematian di Selangor tunjukkan Keganjilan, Selangor catatkan 367 Kematian.. Kebiasaan aku lihat hanya sekitar 80-100..Pada aku kemungkinan Backlog itu melibatkan Selangor..Bukan keseluruhan Kes.. Tetapi depa sengaja tidak asing kan nak sedapkan kes kematian hanya 100 kes..

5- Mungkin Selangor semalam hanya catatkan 100 Kematian..Sebenarnya tetap tinggi, Apapun aku punya bacaan , Kerajaan terdesak nak tunjukkan yang Lembah Klang dari proses Becksinasi telah berjaya landaikan kes dan Kematian di Lembah Klang, sama seperti depa berbangga, ICU dan alat pernafasan kosong sedangkan ramai dikuarantin dirumah.. Jadi nak backlog kejayaan Beksinasi lah..

6- tu sebabnya bukan hanya data Kematian, Aku lihat dta ICU pun ada yg ganjil..Kelmarin ada Pertambahan lebih 400 kes dalam sehari.. Tapi itulah Kerajaan hari ini.. Backlog cuba ditutup dengan Backlog..Apa salah asingkan data.. Apa perlu mengelirukan orang dengan dciampurkan data harian hari ini…

7- Sebenarna laporan KKM hari ini bagi aku jauh lebih mengelirukan.. Kenapa tak kekalkan kebiasaan laporan di Page KKM.. Kenapa tidak asingkan data Backlog.. Nampaknya mereka cuma kelirukan kita sebagaimana keliru, Hospital ,PKRC kosong.. Kes kritikal kurang akibat dari dasar kuarantin di rumah.. Hampir 80% dari 220 ribu pesakit aktif dikuarantin dirumah..

8- Itu juga yang berlaku masa Lockdown mula dilaksanakan.. ada cubaan menurunkan saringan untuk nampak tindakan lockdown berjaya landaikan kes, padehal tempoh itu sesuai untuk lakukan saringan besar besaran bagi memutuskan rantaian.. dan akhirnya, Bila cuba tunjukkan kes melandai, Berlaku lonjakan seperti hari ini bermula julai dan selepas perlaksanaan PKPD..

9- Bagi aku.. Semua kematian,Kes yang teruk ini berpunca dari dasar Kerajaan sendiri.. Termasuk Beksinasi yang dilakukan secara tidak teratur dan bersifat Mega sebabkan perkumpulan orang awam dan sebaran wabak.. Jadi kerajaan hari ini bukan saja gagal..Bagi aku Kerajaan ini pun, Kerajaan Backlog atau Goblok…. ðŸ™‚

Ipohmali