JANGAN SEMBANG KARI, KALAU SUNGGUH TOLAK BERSATU, JATUHKAN MUHYIDDIN SEGERA!!


 Sentimen penolakan terhadap Bersatu nampaknya cukup kuat dan menggerunkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian pada tahun ini.

Mesyuarat perwakilan UMNO tahun ini berlangsung selama tiga hari antara 1 hingga 3 Januari.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga negeri telah menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Negeri tersebut ialah Perak, Pahang dan Kelantan.

Dipercayai banyak lagi bahagian yang bermesyuarat hari ini akan membuat ketetapan yang sama dan tidak mustahil akhirnya semua UMNO negeri secara majoriti turut menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu.

Diperkatakan banyak pihak bahawa lebih 145 daripada 191 UMNO bahagian-bahagian akan meluluskan usul menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu itu.

Yang lebih dahsyat, sementara ada pemimpin UMNO Johor yang barangkali terhutang budi kerana dilantik menteri dan ingin agar Muhyiddin Yassin diberi laluan bertanding di Pagoh tanpa dicabar oleh UMNO, keputusan itu pun turut sama dipangkah oleh UMNO Bahagian Pagoh sendiri.

Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan resolusi dalam mesyuarat tahunan mereka dengan membantah sebarang keputusan untuk memberi laluan percuma kepada Muhyiddin.

“Saya berharap mereka (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) akan dengar suara kami (ahli akar UMNO) dan beri kebenaran untuk UMNO Pagoh bertanding kerusi Parlimen tersebut dan dua kerusi DUN di dalamnya (Bukit Kepong, Bukit Pasir).

“Kita hormat UMNO negeri, tetapi kita harap mereka boleh menghormati pendirian kami juga,” kata Ismail lagi.

Melihat kepada momentum penolakan yang memuncak ini, adalah sukar untuk melihat hubungan UMNO dan Bersatu mampu bertahan lebih lama.

UMNO ketika ini bukan saja enggan bekerjasama dan berkongsi kerusi dengan Bersatu, malah juga tidak mahu lagi menerima kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Di seluruh pelusuk negara, suara menolak Muhyiddin jelas kedengaran tanpa diselindung lagi.

Persoalannya, apa jadi selepas 3hb Januari nanti?

Jika majoriti UMNO bahagian-bahagian meluluskan usul menolak Bersatu, apakah selepas 3hb Januari ini UMNO masih lagi tidak malu untuk terus tercongok berada dalam kerajaan yang dipimpin Muhyiddin?

Dalam hal ini, adalah penting UMNO bersikap “gentleman”, anak jantan dan cakap serupa bikin dalam kata-kata dan tindakannya.

Janganlah gegak-gempita menolak Bersatu tetapi masih sayang untuk melepaskan jawatan menteri dan dalam GLC yang disandang sekarang dengan gaji lumayan setiap bulan.

Sementara akar umbi di bawah sedang bersemangat menolak Bersatu dan mereka juga bersedia bertempur dalam pilihanraya bila-bila masa, pimpinan UMNO tidak seharusnya berlengah lagi membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu, kerajaan PN dan Muhyiddin sesuai dengan ketetapan usul yang dipersetujui UMNO bahagian itu.

Adalah tidak guna sama sekali, bacul dan pondan jika setelah majoriti UMNO bahagian membuat ketetapan menolak Bersatu, tetapi ia tidak disertai dengan tindakan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Oleh kerana difahamkan MT UMNO akan bermesyuarat pada 6hb Januari, tarikh itu juga sepatutnya menjadi titik penamat bagi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Kalau tidak, UMNO bukan saja mengecewakan ahli-ahli akar umbinya, malah orang luar pula akan melihat UMNO hanyalah “parti sembang kari”. 


(Shahbudindotcom 03/01/2021)



Sebagai Ahli PAS, Saya Amat Kecewa Melihat Kelakuan Kelakuan Pimpinan PAS...WALAUN DAH NAIK ANGIN...HADI DIAM MEMBISU


MAN TOBA 

WOIII...LEBAI....JANGAN TIPU AHLI SELALU SANGAT...WALAUN BUKAN BODO..WALAU BANYAK YANG BODO.....ADA YANG CERDIK...HADI KATA BUKAN AKU KATA...

Penyokong puak lebai dah marah parti lebai. Asri janggut pertikai kenapa PAS senyap sunyi pasal masjid2 tidak dibenar bebas keluar masuk sedangkan shoping2 mall dibukak pagi sampai malam. Ikuti luahan beliau di sini

Pejuang islam tak berani nak tegur..kau orang tak rasa malu kah? Ustaz Azhar p mana..mana semua pemimpin Pas p mmana? lena kah?Kenapa pemimpin kami diam membisu. Mana p yang  kkata cerdik pandai ni diam membisu....


BARANG SIAPA MELIHAT KEMUNGKARAN MAKA DIA HENDAKLAH MENCEGAHNYA DENGAN.........KITA BANTAH DALAM HATI...KAH........

 AZMAN MOHD NOR 

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."

Ironinya, menjadi lemah setelah berkuasa.

 No photo description available.

Umno tak mahu Bersatu bertanding di Perak, Pahang dan Kelantan

 


Umno tak mahu Bersatu bertanding di Perak, Pahang dan Kelantan

Di tengah-tengah ketegangan antara Umno dan Bersatu, Muhyiddin Yassin mungkin diberi laluan oleh Umno untuk mempertahankan kerusinya di Pagoh, Johor pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Umno tidak mahu Bersatu bertanding di Pahang, Kelantan dan kebanyakan kerusi di Perak. Bersatu ada tujuh ahli Parlimen di negeri-negeri ini.

Bercakap dengan pemberita di Johor, Ketua Penerangan Umno Johor Dr Adham Baba berkata Umno negeri itu sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan tentang kesedian mereka untuk memberi laluan kepada presiden Bersatu itu untuk mempertahankan kerusi Pagoh.

“Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Umno akan memberi laluan kepada Bersatu untuk mempertahankan kerusinya yang lain di Johor – termasuk DUN Gambir yang dipegang Muhyiddin.

Selain Pagoh, Bersatu ada dua lagi ahli Parlimen di Johor iaitu Santhara Nair (Segamat) dan Rashid Hasnon (Batu Pahat). Kedua-duanya bekas ahli PKR.

Bersatu juga menang di Muar, Sri Gading, Simpang Renggam, and Tanjung Piai pada PRU lalu.

BN merampas semula Tanjung Piai pada PRK dua tahun lalu, manakala tiga lagi ahli Parlimen kini menjadi pembangkang.

Bersatu juga ada 12 Adun di Johor, termasuk Muhyiddin.

Sementara itu, Pengerusi Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata Bersatu tidak perlu bertanding langsung di negeri itu.

“Saya fikir Bersatu oleh sebab tidak ada kerusi di Pahang, jadi mereka tidak perlu bertanding di Pahang,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insight.

 

Pada PRU14, Bersatu tidak menang mana-mana kerusi Parlimen di Pahang. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah kini merupakan ahli parti itu selepas keluar PKR.

Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa – yang dikenali sebagai penyokong kerjasama dengan Bersatu – juga mahu parti itu tidak bertanding di Kelantan.

“Setuju. Kelantan juga,” katanya dalam ciapan di Twitter, yang turut melampirkan laporan kenyataan Wan Rosdy.

Sama seperti Pahang, Bersatu tidak menang mana-mana kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU14. Bagaimanapun Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz keluar Umno pada 2018 untuk menyertai Bersatu.

Di Perak, Pengerusi Umno Negeri Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak akan menyerahkan lima kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14.

Ia melibatkan tiga kerusi Parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Tualang Sekah dan Sungai Manik.

Kesemua wakil rakyat kerusi itu juga keluar parti untuk menyertai Bersatu.

Pada 2018, Bersatu hanya menang satu kerusi Parlimen di Perak iaitu Tambun.

Hubungan antara Umno dan Bersatu terus tegang walaupun kedua-duanya termasuk dalam gabungan pemerintah.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman hari ini dipetik Harian Metro sebagai berkata, Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.



BAKAL SUAMI ORANG POLITIK KHABARNYA

 

Bakal suami Rara, anda kenal lelaki ini?

Bakal suami Rara, anda kenal lelaki ini?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengakui, beliau kini sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.

Katanya, menjadi lumrah dalam kehidupan untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki, namun itu tidak akan menganggu fokusnya untuk terus berkhidmat kepada penduduk Ketari.

“Kalau saya kahwin nanti saya akan umumkan tetapi saya rasa fokus dan tumpuan harus diberikan terhadap pencapaian saya dalam membantu penduduk di DUN Ketari,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan turut menambah perkenalanya masih di peringkat awal namun jejaka berkenaan sangat memahami tugasnya yang menuntut masa dan usaha membantu rakyat.

Sebelum ini Ummi Hafilda Ali yang juga adik kepada Datuk Seri Azmin Ali dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Young Syefura kerana didakwa bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.

Menurut hantaran itu, Young Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara dikatakan bakal bertunang dengan jejaka tersebut pada Januari ini manakala majlis resepsi akan diadakan sekitar Mac.

Mengulas lanjut, Rara berkata, masyarakat sepatutnya memberikan tumpuan terhadap prestasi beliau sebagai ADUN Ketari berbanding soal peribadinya.

“Saya baru siarkan laporan tahun 2020 sebagai ADUN Ketari dan usaha yang dilakukan Pejabat DUN Ketari untuk penduduk, tahun depan Insya-Allah akan ada lebih banyak program akan dilakukan,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Rara, 31, pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Masyur, seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun pasangan tersebut bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.



Menteri air suam minta Muhyiddin kekal di Pagoh, tapi Umno taknak

 


Menteri air suam minta Muhyiddin kekal di Pagoh, tapi Umno taknak

Umno Johor sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu tentang kesedian mereka untuk memberi laluan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Umno Johor Dr Adham Baba yang mendakwa cadangan itu telah pun disampaikan kepada pucuk pimpinan parti baru-baru ini.

“Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Menurut Adham antara faktor yang diambil kira bagi pendirian tersebut ialah pengalaman dan kecekapan Muhyiddin selaku perdana menteri mentadbir negara terutamanya ketika berdepan wabak Covid-19.

Justeru katanya yang dilantik Muhyiddin menjadi menteri kesihatan Perikatan Nasional (PN) usaha dan kerja perdana menteri wajar diiktiraf.

“Umno Johor sudah beri gambaran pada pucuk pimpinan. Kita harus beri laluan pada (Tan Sri) Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh pada PRU15,” katanya.

Dr Adham yang juga Ketua Umno Tenggara berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita Umno bahagian itu di Kota Tinggi hari ini.

Nov lalu, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, mereka akan meletakkan calon sendiri di parlimen Pagoh pada PRU15 sekali gus menandakan Muhyiddin akan dicabar oleh parti yang menjadi sebahagian daripada PN.

Muhyiddin menjadi ahli parlimen Pagoh sejak 1978 ketika bersama BN dan mempertahankannya pada PRU14 yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Adham berkata Umno adalah parti dalam PN dan dan dia yakin pakatan itu akan terus diterima rakyat.


UMNO Pagoh enggan beri laluan kepada Muhyiddin pada PRU15

 

Ismail Mohamed daripada UMNO (kiri), Ahmad Nawfal Mahfodz daripada PAS dan Muhyiddin Yassin bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada PRU 2018. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli akar umbi UMNO Pagoh membantah keputusan pucuk pimpinan negeri memberi laluan kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan resolusi dalam mesyuarat tahunan mereka hari ini yang membantah keputusan pucuk pimpinan UMNO Johor.

Katanya, pemimpin negeri membuat keputusan sekitar November lalu untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen dengan parti komponen Barisan Nasional dan tidak akan bertanding di Pagoh.

Muhyiddin memenangi kerusi itu sejak 1978, apabila beliau bersama UMNO ketika itu. Beliau ialah ahli pengasas PPBM yang ditubuhkan selepas beliau disingkirkan parti itu pada 2016.

“Saya berharap mereka (Majlis Kerja Tertinggi) akan dengar suara kami (ahli akar UMNO) dan beri kebenaran untuk UMNO Pagoh bertanding kerusi Parlimen itu dan dua kerusi DUN (Bukit Kepong, Bukit Pasir). Kita hormat keputusan negeri, tetapi kita harap mereka boleh menghormati pendirian kami juga,” kata Ismail kepada FMT.

Pada pilihan raya umum 2018, Muhyiddin ditentang Ismail dan calon PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz, di mana Ismail meraih 16,631 undi danMuhyiddin menang selepas mendapat 23,558 undi.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr Adham Baba hari ini dilaporkan berkata, pucuk pimpinan negeri bersetuju memberi laluan kepada Muhyiddin untuk bertanding semula di Pagoh pada PRU15.

“Pengalaman dan kecekapan beliau dalam mengendalikan negara kita, terutama wabak COVID-19 dan usaha kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf,” kata Adham selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tenggara.

Adham ialah menteri kesihatan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin.

November lalu, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding di Pagoh dan Langkawi, kerusi Parlimen yang dimenangi bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

Tengku Razaleigh berkata, UMNO akan bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk yang kini disandang wakil rakyat melompat ke parti lain.

Katanya, UMNO dan PPBM tidak boleh elak bertembung di kerusi majoriti Melayu, jika mereka terus bekerjasama.

UMNO ialah parti komponen Barisan Nasional, yang menguasai lapan daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

Pakatan Harapan mempunyai 11 kerusi, PPBM memiliki empat kerusi (termasuk yang dipegang Muhyiddin), manakala tiga lagi kerusi dimenangi Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Rengam) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) yang merupakan ahli Parlimen bebas.



JOM BANTAH SECARA DALAMAN...KITA BUAT SENYAP SENYAP LEBIH AFDOL...KAH.....

Pas kata buat bantah arak dan judi secara dalaman

Pas kata buat bantah arak dan judi secara dalaman

Pas nafi berlembut dalam memperjuangkan isu lesen arak dan judi.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary menegaskan selaku parti dalam kerajaan, bantahan akan dikemukakan ikut saluran yang betul.

“Sebagai kerajaan, kita tetap nyatakan bantahan.

“Cuma berbeza bila kita kerajaan, lagi mudah kita nyatakan bantahan kerana kita sebahagian kerajaan.

“Bantahan secara dalaman, direct kepada kementerian berkaitan.

“Yang penting kalau benar apa yang disebut, kita sebagai Pas, kita bantah dan kita ada wawasan induk,” kata Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau mengulas kecaman di media sosial terhadap parti itu yang dilihat berdiam diri selepas kerajaan didakwa mempertingkatkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada lapan kali tahun lepas kepada 22 kali tahun ini.

Kata Ahmad Marzuk Shaary, tidak timbul isu Pas membisu.

Sebaliknya pihak mereka masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan berhubung lesen dan kebenaran cabutan ramalan itu.



Bekas ADUN PKR masuk Umno.Pengkhianat dimana mana tetap akan khianat.

 

Bekas ADUN PKR masuk Umno

Bekas ADUN PKR masuk Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis hari ini menyertai UMNO, setelah sembilan bulan menjadi wakil rakyat Bebas selepas keluar daripada PKR.

Penyertaan Muhammad Jailani yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, diumumkan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan sewaktu Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di sini hari ini.

Muhammad Jailani berkata, keputusan menyertai UMNO diambil kerana yakin parti itu akan menjadi wadah relevan buatnya dalam terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasannya.

“Tujuan lain ialah untuk menguatkan lagi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). Saya tetap setia dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua kerajaan PN dan kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada BN di peringkat negeri.

“Di Melaka, objektif dan matlamat PN dapat direalisasikan dengan baik oleh BN Melaka yang dipimpin oleh UMNO. Atas wadah itulah saya menyertai UMNO demi meneruskan perjuangan untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut.

Pada 2 Mac tahun lepas, Muhammad Jailani memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan PN, gabungan politik baharu yang dibentuk selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang susulan keputusan Bersatu meninggalkan gabungan itu.

Sebelum ini, PN Melaka mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu 13 BN, dua Bersatu dan dua wakil rakyat Bebas yang menyokong PN termasuk Muhammad Jailani, manakala 11 kerusi bagi PH iaitu tujuh DAP, dua Parti Amanah Negara dan dua PKR.

Sementara itu, Abdul Ghafaar berkata UMNO Bahagian Alor Gajah sentiasa bersedia menerima sesiapa sahaja yang berminat menyertai parti itu.

“Semoga kehadiran Muhammad Jailani akan menguatkan lagi kedudukan UMNO Bahagian Alor Gajah dan memberikan semangat baharu untuk meningkatkan lagi kekuatan kita,” katanya.

Muhammad Jailani hari ini turut diumumkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah menggantikan Senator Datuk Ismail Ibrahim yang secara suka rela menarik diri daripada jawatan itu.



HANYA 18 KERUSI ,PAS TOLAK UMNO?

 


Pas tolak cadangan Umno bentuk pakatan baru

Pas tolak cadangan Umno bentuk pakatan baru

PAS hari ini mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), dan menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baru.

Menyifatkan MN dan PN sebagai benih yang baru tumbuh subur, presidennya Abdul Hadi Awang berkata sebarang cadangan pakatan lain ibarat “tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan”.

“Inilah acuan Islam yang ingin dikembalikan semula setelah dilupakan. Jangan jadi Melayu yang mudah lupa kerana meninggalkan Islam. Jadilah Melayu Islam yang sempurna dengan aqidah, syariat, akhlak dan integriti, bersama kaum dan penganut berbagai agama berkonsepkan adil kepada semua dalam masyarakat majmuk.

“Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hadi, wajib untuk mempertahankan MN dan PN yang menjadi wadah perpaduan ummah.

Katanya, MN berasaskan perpaduan umat Islam manakala PN – yang menggabungkan parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak – berasaskan Perlembagaan yang telah dimeterai secara persefahaman dahulu, dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Maka kita menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baharu dengan berbagai jenama yang dicadangkan,” katanya lagi.

Kenyataan Abdul Hadi selepas beberapa bahagian Umno membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN bagi menghadapi PRU15.

Terdahulu, Umno Pulai di Johor serta Umno Kubang Kerian di Kelantan membuat ketetapan itu dalam mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU akan datang.

Malah, Umno Kubang Kerian juga meminta kepimpinan parti mengkaji kerjasama dengan PAS susulan hubungan rapat parti itu dengan Bersatu dalam PN.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata PAS beriltizam untuk memperkasakan MN dan PN yang ditubuhkan secara bersama.

“Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat.

“Maka adalah haram kita memilih acuan akal manusia yang sempit sekadar menyelamatkan diri masing-masing, puak masing-masing dan kedudukan masing-masing, bukannya berwadahkan umat yang besar dan wawasan yang jauh daripada dunia sehingga akhirat,” katanya lagi.

Sebelum ini, timbul juga spekulasi yang beberapa pihak dalam Umno cuba membentuk kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Annuar Musa, yang dilihat sebagai pendukung PN, mendakwa akuan bersumpah (SD) dikumpulkan untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.


KENAPA TUN TAK MERESTUI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM?SANDIWARA TUN MASUK PH/...

[[LIVE]] 2.1.2020 GEMPAR!!! Bersatu bunuh UMNO kerjasama dengan DAP?

Bayar pampasan batal projek keretapi Malaysia – S’pura bukti kelemahan PN


Dr M to Anwar: 'You pi baliklah'

Moratorium yang dijanjikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pakej pertukaran sokongan Ahli-ahli Parlimen BN ke atas Belanjawan 2021 nampaknya tinggal sebagai harapan palsu.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keluhan yang diluahkan rakyat sehingga kini menunjukkan moratorium pinjaman sewa beli itu hanya menambahkan kos hutang, bukan melegakan kewangan rakyat.

“Saya mendapati moratorium pinjaman sewa beli kenderaan datang bersama kos yang lebih besar dan menambah beban rakyat. Pelbagai syarat yang dikenakan juga terus merumitkan keadaan, dan ini tidak membantu rakyat di bawah yang saat ini masih terhimpit dengan dampak wabak Covid-19.

“Sebagai kerajaan yang kononnya peduli dan prihatin terhadap nasib rakyat susah, adalah tidak wajar perkara sebegini dipandang enteng dan diambil mudah. Saya menggesa kerajaan dan Menteri Kewangan untuk membetulkan perkara ini sesegera mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga membangkitkan soal pampasan yang terpaksa ditanggung akibat pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu hanya menggantung projek berkenaan untuk diteruskan apabila kewangan negara mengzinkan. Dengan pembatalan maka Malaysia akan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada Singapura.

“Kerajaan juga harus menjelaskan dengan lebih terperinci jumlah sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia dan para pembayar cukai akibat pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura ini

“Justeru, segala pernyataan yang dibuat Menteri Kewangan semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini (selepas pembatalan projek) sukar dipercayai, terutamanya berhubung soal pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium dan juga projek mega HSR.

“Jika benar seperti yang dilaporkan, ini secara tidak langsung telah mendedahkan lagi kelemahan kerajaan PN dalam membuat sebarang keputusan besar buat negara dan rakyat,” katanya.

Menurut Datuk Seri Anwar lagi, semua kelemahan menjolok mata kerajaan Perikatan Nasional tersebut telah memberi reputasi buruk kepada negara dan menghilangkan keyakinan pelabur antarabangsa untuk menanam modal di Malaysia.

“Ketidakstabilan dan goyahnya kerajaan hari ini memberi imej dan reputasi yang buruk kepada negara tatkala ia akan menanam ketidakyakinan kepada negara-negara luar untuk mengadakan rundingan atau mencapai sebarang persetujuan dengan Malaysia.

“Ia memberi petunjuk bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang tidak boleh digantung harap,” katanya.

Pembatalan projek HSR dijangka menyebabkan Malaysia terpaksa membayar sejumlah RM310 juta sebagai pampasan kepada Singapura yang telah memulakan beberapa bahagian daripada projek berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan PH telah membayar sebanyak RM45 juta sebagai pampasan kerana menangguhkan projek berkenaan akibat kekurangan dana.



Mantapkan PH, tidak perlu Grand Coalition, hanya kerjasama PRU

 Hassan Karim (@hakarim_51) | Twitter

Pembangkang tidak perlu dijenamakan semula dengan Grand Coalition atau Gabungan Perdana Pembangkang dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kerjasama berbentuk electoral pact dalam kalangan parti-parti pembangkang akan lebih mudah diterima oleh para pengundi dan penyokong PH.

“Bagi saya Gabungan Perdana itu tidak penting. Jadi, apakah yang penting sekarang?

“Yang penting ialah status quo front pembangkang yang ada. Yang berdaftar dengan ROS secara rasmi; yang diiktiraf dari segi hukum ialah Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada tiga buah parti KEADILAN, DAP dan Amanah.

“Bagi saya, kita tumpukan di mana kekuatan yang kita ada. Jangan ‘dikejar tak dapat yang dikendung berciciran’. Mengejar Gabungan Perdana ibarat mengejar fatamorgana; PH yang sedia ada dibiarkan layu dan gerhana.

“Kita tumpukan di mana kita bertapak sekarang. Tiga parti dalam PH ini mempunyai sejarah lama bekerjasama dalam front pembangkang sejak Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat hinggalah ke Pakatan Harapan,” katanya.

Menurut Hassan lagi, proses membina jenama PH melalui tahun-tahun perjuangan yang panjang itu telah berjaya meyakinkan rakyat dan menarik sokongan padu sejak dua dekad lalu.

Katanya, dua parti utama KEADILAN dan DAP telah diterima umum dan mempunyai rekod baik mentadbir beberapa negeri. Biar pun Amanah parti baharu namun pemimpinnya yang berasal daripada Pas juga telah diterima masyarakat berbilang kaum di Malaysia

“Apa yang PH perlu lakukan sekarang ialah membuat post-mortem Kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan sejak Mei 2018 sehinggalah Februari 2020, sama seperti para doktor membedah mayat yang telah mati. Cari punca kematian jasad tersebut.

“Dengan analisis dan diagnosis yang teliti, kita cari di mana kejayaan Kerajaan PH; di mana kegagalannya. Kenali apa yang positif dalam pemerintahan PH dan apa pula yang negatif.

“PH perlu lihat semula common platform yang telah dipersetujui dari segi rangka dan isinya. Perlu ditambah dan dikemaskini. PH sudah ada Perlembagaannya dan struktur organisasi yang jelas dari peringkat tertinggi Majlis Presiden PH sehinggalah ke Jawatankuasa Peringkat Parlimen PH. Yang perlu ialah kita tekan butang yang betul iaitu “button on” bukannya “button pause”,” katanya.

Menurut Hassan lagi, formula mudah penyatuan ialah dengan parti-parti pembangkang lain menjalinkan kerjasama dengan PH yang menjadi tunggak. Hal itu juga sama sebagaimana di dalam Perikatan Nasional yang bukan semua parti kerajaan berada di dalam satu gabungan.

“PH sebagai satu unit gabungan politik yang rasmi boleh mengadakan persefahaman pilihan raya (electoral understanding) dengan Warisan dan Pejuang. Apakah tujuannya persefahaman pilihan raya itu? Objektif utamanya ialah untuk mempastikan semua kerusi pilihan raya sama ada parlimen atau DUN di seluruh negara ditandingi dan mengelakkan pertemuan tiga penjuru sesama sendiri.

“Kerjasama dalam bentuk persefahaman pilihan raya bukan sesuatu yang baru. Seawal PRU tahun 1986, kerjasama persefahaman pilihan raya pernah wujud di kalangan front parti-parti pembangkang, antaranya PAS, Parti Rakyat (PRM) dan Nasma di dalam satu kerjasama longgar yang dipanggil Harakah Keadilan yang mana DAP memilih untuk berada di luar persefahaman tersebut,” katanya.

Kata Hassan, sejak 30 tahun kebelakangan pula wujud pelbagai jenis kerjasama yang dibentuk untuk menghadapi PRU.

Misalnya, ketika PRU 1990 tidak wujud gabungan pembangkang berdaftar seperti PH sekarang. Waktu itu Gagasan Rakyat merupakan kerjasama pilihan raya di antara Parti Semangat 46, DAP, Parti Rakyat (PRM), IPF dan PBS di satu pihak, manakala Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan secara tidak rasmi Semangat 46, Pas, Hamim dan Berjasa satu pihak lagi.

Hasilnya yang nyata ialah kerajaan Barisan Nasional di Kelantan tumbang pada PRU 1990 dan suara ahli parlimen Pembangkang bertambah di Dewan Rakyat.

Pilihan raya paling dekat di mana parti-parti pembangkang mengadakan kerjasama, kata Hassan, ialah dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Gabungan Barisan Alternatif walaupun tidak berdaftar tetapi menjadi de facto front pembangkang. Hasil kerjasama PRU 1999 memperlihatkan kerajaan BN tumbang di Kelantan dan di Terengganu.

Manakala Pakatan Rakyat sebagai gabungan pembangkang tidak wujud secara rasmi sebelum PRU 2008. Hanya persefahaman pilihan raya di kalangan parti-parti pembangkang. Namun hasilnya menakjubkan. BN tewas di Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Di Dewan Rakyat pula buat pertama kali Kerajaan BN hilang majoriti dua pertiga.

“Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah pimpinan tertinggi PH tidak perlu sibuk-sibuk membina Gabungan Perdana yang gah dan indah dalam namanya tetapi lopong dan rapuh dalam rangka, struktur serta substance.

“Saya mencadangkan memadailah dengan PH sebagai satu unit bersatu dan padu. Gabungan rasmi front pembangkang boleh mengadakan kerjasama longgar dalam bentuk persefahaman pilihan raya dengan Warisan, Pejuang dan parti-parti politik lain yang ada di Malaysia seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) ataupun MUDA (Malaysian United Democratic Alliance) pimpinan Syed Saddiq,” katanya lagi.

Gabungan Perdana Pembangkang menjadi isu hangat apabila Timbalan Presiden Amanah mempromosikannya dalam beberapa siri forum media selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan PH perlu membuat reset politik untuk survival masa hadapan.

Gabungan Perdana Pembangkang bagaimanapun ditentang keras oleh KEAIDILAN yang melihatnya sebagai percubaan untuk melemahkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH.



DUDUK DALAM KERAJAAN UMNO DITINDAS CERDIK KAH ?

 


Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar, kata Bersatu

Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar, kata Bersatu

UMNO oh UMNO

Pada tahun 2016, sebelum Bersatu ditubuhkan, saya tidak pernah jemu memberi ingatan pada kepimpinan UMNO akan bahana yang bakal menimpa sekiranya terus berdegil mempertahankan pemimpin yang bermasalah. Tidak pernah disuruh, diarah mahupun diupah oleh sesiapa, terus menerus menulis di Facebook tentang kekalahan yang bakal menimpa UMNO pada PRU14. Sedar diri, siapalah yang mahu melayan kata-kata Pemuda UMNO peringkat kampung pada ketika itu.

Kerakusan dan kesombongan kebanyakan pemimpin UMNO tidak dapat dibendung lagi. Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Naib Presiden Dato’ Shafie Apdal digantung, Bendahari Agung digugurkan dan banyak lagi pimpinan bahagian serta ahli cawangan yang digantung dan digugurkan. Usaha untuk membaiki UMNO pada waktu itu menemui jalan buntu.

Ia akhirnya menyebabkan bekas-bekas pemimpin UMNO bertindak menubuhkan satu parti baru bagi meneruskan kesinambungan perjuangan orang-orang Melayu andainya UMNO tumbang selepas PRU14. Ramalan saya selaku bekas ahli UMNO no. keahlian 03272020 menjadi nyata.
UMNO tumbang!
Bukan hilang beberapa negeri seperti PRU12 dan PRU13, tapi gelombang rakyat telah meranapkan UMNO dari pentadbiran diperingkat Persekutuan!

Pengajaran dan penghinaan yang diberikan oleh rakyat pada 9 Mei 2018 kepada UMNO nampaknya seakan tidak mendatangkan bekas pada sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini. Tangan yang kami (Bersatu) hulurkan selepas 22 bulan UMNO menjadi pembangkang telah dianggap serong, malah dituduh cercanya Bersatu umpama ‘ular lidih hendak memakan naga’ katanya.
Baru beberapa bulan kembali berada ditampuk kuasa, sombong dan angkuh kembali menguasai hati kebanyakan pemimpin UMNO!

Agenda persidangan UMNO diperingkat Bahagian selama 3 hari bermula 1 Januari ini telah ‘diracun’ awal-awal oleh beberapa pemimpin UMNO. Kononnya, “kita tunggu pendapat ahli-ahli akar umbi berhubung kedudukan kita dengan Perikatan Nasional.”
Rakyat tidak bodoh, bukan pendapat ahli akar umbi yang sebenarnya diminta, tetapi lebih kepada memuaskan kerakusan beberapa pemimpin UMNO yang lebihnya.

Terpulanglah hendak beranggapan apa kepada penulisan ini. Takut UMNO tidak bersama maka parti yang saya dokong iaitu Perikatan Nasional akan tewas?
Saudara, sebelum PRU14, saya memilih terjun menjadi pembangkang bukannya diarahkan oleh rakyat menjadi pembangkang.
InsyaAllah, rasa takut kepada kekalahan itu jauh sekali.

Sekadar mahu menasihati buat kesekian kalinya pada saudara-saudara seagama sebangsa, kepada pemimpin-pemimpin sebuah parti yang dahulunya didukungi sepenuh hati oleh arwah datuk dan arwah ayah saya,

UMNO PERLU HENTIKAN USAHA-USAHA BEBERAPA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO YANG MAHU BERPISAH DENGAN PERIKATAN NASIONAL. USAHA INI LEBIH MENGUNTUNGKAN ANWAR IBRAHIM, MAT SABU DAN DAP BERBANDING UMNO ITU SENDIRI.

JIKA INI BERLAKU, UMNO AKAN DIHUKUM OLEH RAKYAT DENGAN LEBIH TERUK PADA PRU15!

Qulil Haq Walau Kana Murron.

CUBA PI KETUK UMAH PRESIDEN...TIDOQ KA APA KA?

 Image may contain: 2 people, glasses, text that says "MOHON TUN DR MAHATHIR BERHENTI MENYERANG DATO SERI ANWAR, TUMPU 'GRAND COALITION' Amanah SHAZNI MUNIR Ketua Pemuda AMANAH Nasional Amanah"

UMNO MASIH TAK BERANI


Seharusnya jangan tunggu sehingga PRU15, sekarang juga UMNO patut keluar daripada kerajaan PN.
Itu pun kalau UMNO betul-betul beranilah....

Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Bahasa English וlיור Daftar Log Masuk Berita Seksyen Umno tidak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, kata Tajuddin Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Jan 2021 5:34PM Komen MNO-SEBUAHPERJUANGAN Hasnoor Hussain Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata parti itu sebaliknya hanya akan kerjasama dengan PAS. Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2021.‎"‎‎


Panas! Bersatu tak perlu tanding di Pahang, kata MB

Panas! Bersatu tak perlu tanding di Pahang, kata MB

BERSATU tidak perlu bertanding di Pahang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana parti itu langsung tiada satu kerusi pun di negeri itu baik di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Pandangan itu adalah pendirian Umno Pahang, katanya yang juga menteri besar Pahang