AGENDA PENYATUAN PELBAGAI KAUM LEBIH BAIK, BUKAN HANYA GRAND COALITION

Tidak ada makna jika bersatu untuk jadi penyamun - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyatuan parti dan pemimpin-pemimpin politik untuk membentuk gabungan mentadbir kerajaan akan menjadi tidak bermakna jika mereka akhirnya tidak menegakkan keadilan dan meringankan beban rakyat.

Presiden KEADILAN itu berkata, setiap penyatuan perlu disusuli dengan perubahan dan membawa perjuangan yang bermakna.

"Reform adalah perubahan sedaya-upaya. Sebelum ini ramai pihak menyatakan soal penyatuan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Dua-dua ada kebaikannya tetapi untuk apa Melayu bersatu? Untuk apa kita satukan Melayu Cina India Iban Kadazan?

"Perpaduan adalah untuk satu cita-cita yang lebih murni dan luhur. Tidak ada maknanya bersatu tanpa usaha untuk menegakkan dan pertahankan keadilan. Tidak ada maknanya bersatu seperti dalam filem P. Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok, bersatu menjadi penyamun.

"Yang tempangnya ialah kerana tidak ada hasrat tegas pertahankan keperluan reform, menegakkan keadilan dan menegakkan kebenaran, termasuk yang menyuarakan dan menuntut penyatuan besar dan gagasan baru, membawa perubahan ke arah kebaikan," katanya ketika menghadiri Majlis Peluncuran Buku: "100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008 - 2011" karya Dinsman di Institut Darul Ehsan.

Anwar juga berpendapat, Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya masih perlu memperbaiki dan meraih kepercayaan rakyat terutamanya dalam soal integriti selepas peristiwa Langkah Sheraton.

"Alhamdulillah, kita berjaya pada 2018 tapi kita kurang berjaya kerana perubahan dalam PH tidak mampu mempamerkan kepada rakyat bahawa kita sebenarnya mewakili kelompok yang mahu pembaharuan yang membantah rasuah tanpa mengira kelompok.

"Kita bantah keras rasuah 1MDB dan pemimpin UMNO tapi kita banyak tolak ansur dengan rasuah dalam kalangan puak-puak kita di antara yang menjadi pengkhianat besar.

"Ini yang saya katakan hilang idealisme dan hilang paksi perjuangan," katanya.

Pada masa sama, Anwar mengakui PH perlu berusaha keras untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu.

"Adakah kita perlukan dukungan orang Melayu? Ya. Adakah kita ada masalah Melayu yang masih tak terjawab, tak mampu dibereskan? Ya. Seperti tentang mutu dan martabat bahasa Melayu itu belum selesai.

"Sementara kita berkuasa selama 22 bulan, kadang-kadang kenyataan kita bercanggah dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu," katanya.

Anwar juga sempat mengkritik pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang gagal menangani isu kemiskinan ketika berdepan dengan pandemik Covid-19.

"Soal rasuah keborosan, kemewahan, pembaziran dan kronisme masih berterusan. Bencana Covid-19 tidak memiskinkan semua rakyat, ia mampu menjadikan kelompok kecil lebih kaya.

"Orang yang pegang monopoli kejayaannya melambung tapi saya harap mereka ada sedikit rasa cinta seni dan hati merasakan seharusnya berbuat sesuatu kepada rakyat.

"Tanpa keamanan dan politik yang stabil, tanpa penjawat awam, penjaja, pekerja dibawah tak mungkin syarikat ini mencatatkan kekayaan besar.

"Ada orang seperti bina mahligai atas pusara rakyat. Ini kita sering tegur di Parlimen, bagaimana pemimpin politik hanya memikirkan kedudukan mereka dan kurang pertimbangkan masalah rakyat.

"Maknanya selagi rasuah itu jadi sistemik di negara kita tak mungkin kita dapat selesaikan masalah. Tokoh politik yang berpeluang bawa perubahan mesti tegas bagi menjamin keselesaan hidup rakyat," katanya.

 

Teliti dulu agenda Grand Coalition sebelum dijaja sana sini


Kenyataan penuh Majlis Presiden PH berhubung kekalutan politik | Astro Awani



Zul Din

  1. PH sudah lama menjuarai “Grand Coalition”. AGENDA BESAR PH ialah REFORM, Islah atau membuat pemulihan secara Institutional. Tapi dari 108 hanya 91 MP dari Keadilan, DAP dan Amanah (PH) solid di blkg DSAI dgn agenda REFORM sejak 1998. Bakinya TIDAK pun sokong DSAI dan agenda REFORM. Tiada agenda REFORM yg mnegikat kita dan mereka. Selesaikan perbezaan ini dulu sebelum dok bercakap pasal “Grand Coalition”.
  2. Jangan seret kpd perbincangan tentang individu atau membandingkan antara mereka kerana dari 3 nama besar. Antara DSAI, Tun M dan Shafie Apdal dari sudut pemikiran, iltizam, “Political Will”, kemahuan dan keazaman tinggi, terbukti komited dan kental, siapa yg paling CONSISTENT dgn AGENDA REFORM digagaskan oleh DSAI, Gerakan RFORMASI dan lsg tidak berganjak sejak 1998 meskipun dipenjara berkali-kali? Usah berbicara tentang individu TANPA MELIHAT SEJARAH DERITA MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN REFORM.
  3. Kita sedang berhadapan dgn sebuah kerajaan LEMAH yg GAGAL membuktikan punya majoriti dan keabsahan. Jawatan dan ghanimah dibahagi-bahagikan semata-semata utk membeli sokongan. Ini termasuklah Duta Khas Timur Tengah yg tiada fungsi. Kerajaan PN ini lebih teruk dari BN. Betapa Munafiknya puak pedagang agama dalam PN ini? SEGALA KEBOBROKAN PN ini SEPATUTnya membuatkan PAKATAN HARAPAN SOLID dan bersatu padu, bermuafakat di bawah SATU Kepimpinan. Selepas PH kuat kita terima siapa yg mahu sokong dan bersama.
  4. Meskipun UMNO bercadang menyokong DSAI BUKAN sebab mereka sokong Agenda PH tapi semata-mata sebab mereka lebih BENCIKAN Bersatu berbanding PH. Sebabnya ialah Bersatu mahu membunuh dan mematikan UMNO dgn apa shj cara utk parti itu menggantikan UMNO.
  5. UMNO mahukan PRU secepat mungkin tapi mereka mahu masuk pilihanraya dengan kerajaan tapi bukan dgn PN atau Bersatu kerana mereka akan “dimatikan”. Pilihan terbaik ialah menjadi kerajaan dgn PH yg DSAI adalah Perdana Menteri.
  6. PAKATAN HARAPAN pula beranggapan kita mesti mendapatkan kembali mandat rakyat agar PH berada di landasan yg lebih baik ketika PRU. Jika dibiarkan terus jadi pembangkang, Bersatu akan guna apa shj bukan setakat “sembelih” UMNO tapi Pakatan Harapan juga akan dimangsakan.
  7. Atas “Common Interest” ini Penyokong PH dan UMNO mesti betul-betul faham bahawa PAKTAN utk mendapat majoriti di kalangan MP-MP termasuk dari UMNO BN hanya berlaku dalam Parlimen bagi membentuk kerajaan. Tidak kira apa pun motif UMNO utk menyokong DSAI jadi PM, PH tetap perjuangkan REFORM. Antara UMNO dan PH masing-masing punya agenda dan kepentingan asalkan TSMY dan PN dapat dijatuhkan dan UMNO-PH mencapai tujuan yg sama. Apabila bubar Parlimen, PH akan berlawan semula dgn UMNO BN.
  8. TIGA Parti, Keadilan, DAP dan Amanah perlu bersatu padu, bermuafakat, faham gagasan bersama dan kukuhkan PH. Selepas itu nak bincang dgn siapa pun termasuk pejuWANG dan Warisan atau nak besarkan sebagai “Grand Coalition”, silakan asalkan 3 parti teras berpegang teguh kpd prinsip REFORM diketuai oleh DSAI. JIKA lebih ramai org yg faham cita-cita kita, maka GC itu terbentuk atas kejelasan dan idea yg PH bawa BUKAN SEKADAR angka yg kita lihat pada 15 Disember 2020. Tapi PH mesti terus SOLID dgn TERAS REFORM dan Islah.

Sebahagian dari hujah DrMYR sama dgn hujah-hujah dalam artikel-artikel saya dan Live Iswardy Morni. Sbbtu saya sebut smlm, bahawa DrMYR telah mengesahkan hujah-hujah saya.



video : PENCERAHAN WFauzdin : Betul Ke PH Menang Kerana Gandingan TDM-DSAI?

Dedahkan VVIP, syarikat terlibat kartel daging haram

 

Kartel daging haram yang dibungkus semula dan dilabel halal masih tidak dapat ditangani secara meyakinkan.


Semakin banyak dalih bahawa siasatan sedang dijalankan, semakin banyak rakyat yang tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung identiti syarikat yang terlibat dan status kehalalan daging import di pasaran.


Menurut Exco Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, daripada kerajaan PN terus berdalih adalah lebih baik mereka mendedahkan terus pihak-pihak yang terlibat dalam skandal berkenaan.


Kata Rodziah, kartel daging tidak mungkin boleh beroperasi sedemikian lama sekiranya tidak dibantu oleh kelompok VVIP yang berkuasa, sehingga daging kangaru dan kuda pun boleh dijual sebagai daging halal.


"Kita mendesak kerajaan dan kementerian berkaitan segera menjalankan siasatan rapi, cekap dan telus serta mengheret dalang pengimport daging sejuk beku dari luar negara ini ke muka pengadilan.


"Lebih serius, isu sindiket kartel daging menjadi bukti bagaimana rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kerajaan melibatkan penjawat awam, adalah amat serius dan memerlukan tindakan agresif serta proaktif menanganinya. Ia ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam.


"Oleh itu, kita tidak mahu pihak yang terlibat dilindungi, termasuk jika ia melibatkan golongan kenamaan dan VVIP. Dedah sahaja syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal itu," katanya dalam satu kenyataan.


Rodziah juga mendesak siasatan yang dilengkapkan kelak didedahkan secara telus kepada rakyat kerana skandal ini melibatkan kepentingan umum terutama pengguna Islam yang tertipu dengan status daging import halal.


Pendedahan juga, kata Rodziah, akan mendedahkan kartel yang mengawal harga daging di pasaran agar tidak terus melakukan usaha mensabotaj harga selepas ini.


"Status oligopoli kartel daging berfungsi mengawal harga daging dan menjadi halangan terbesar penerokaan pemain industri baru yang boleh meningkatkan persaingan sihat dan mutu produk serta perkhidmatan.

"Liberalisasi industri mengimport daging mampu menurunkan harga daging dan memberi kesan positif kepada para usahawan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Rodziah turut mencadangkan baik pulih sistem pengimportan daging yang melibatkan 80% dari keperluan daging negara agar dilakukan secara holistik berdasarkan Dasar Pertanian Negara

Hal itu, katanya, mestilah diimplementasikan segera supaya korupsi yang kelihatan menopengi proses dan transaksi pengimpotan daging dapat dihapuskan 

Bila Pas perintah yang dulu haram kini ‘boleh bincang’


KedahLanie: ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ??

Bila Pas perintah yang dulu haram kini ‘boleh bincang’

Sesudah Pas dan Umno menjadi kerajaan, kedudukan Islam sudah dianggap tidak lagi terancam sebagaimana kedudukannya ketika negara ditadbir oleh Pakatan Harapan yang didalamnya ada DAP.

Oleh itu, pelbagai aktiviti yang selama ini dianggap tidak boleh dan mengancam kedudukan Islam sudah dibolehkan, dakwa penulis dan aktivis politik Jamzuri Ardani.

“Bila Islam tidak lagi terancam, pertandingan ratu cantik pun sudah jadi halal, kawin dalam kuil boleh bincang secara ilmiah, kos pergi haji boleh dinaikkan, dividen ASB paling rendah tak kisah, kes Adib tiada pembunuh yang didakwa, hudud kena rujuk perlembagaan, dan banyak lagi manfaat baru untuk umat Islam,” tulis Jamzuri dipetik.

Sebelum ini, ketika Pas belum mendapat kuasa, penyokong Pas akan menyebarkan apa sahaja isu dengan tag line Islam teracam.
Baru-baru ini, Pemuda Pas menziarahi penganjur pertandingan Ratu Cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) dan bersetuju agar pertandingan itu diteruskan dengan beberapa perubahan termasuk namanya bukan lagi ratu cantik.

“Pemuda Pas memberi cadangan dan berjanji untuk menyokong program kami. Tetapi mereka meminta untuk melakukan beberapa perubahan.
“Kami akan bekerjasama dengan pemimpin Pas untuk menyediakan yang terbaik bagi wanita Malaysia,” kata penganjur pertandingan itu dalam satu hantaran facebook mereka selepas menerima kunjungan Pemuda Pas.

Semalam, Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengumumkan dividen paling rendah dalam sejarah, namun ia tidak menjadi masalah dan mengancam Melayu.

ASB mengisytiharkan dividen paling rendah dalam 30 tahun sejarahnya – sebanyak 3.50 sen seunit bagi tahun kewangan 2020. Campur bonus 0.75 sen jadilah 4.25 sen.

Sebagai saguhati ulang tahun ke-30, ia memberi bayaran ehsan 0.75 sen seunit, terhad kepada 30,000 unit yang pertama.

Tahun lalu ia bayar 5.00 sen dividen dan 0.50 sen bonus menjadikan jumlahnya 5.50 sen, walaupun pasaran saham jatuh.

“Kita boleh salahkan kesan buruk Covid-19 ke atas ekonomi tapi pasaran saham kita naik,” kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengulas kejatuhan teruk dividen ASB semalam.

Setelah Pas dan Umno bergabung dalam kerajaan, seorang wanita Melayu dari Johor berkahwin dengan Ketua Pasukan Hoki India yang beragama Sikh.

Perkahwinan yang berlangsung di India ‘tidak lagi menjejaskan akidah ummah’ kerana kedudukan Islam tidak lagi terancam di bawah Pas dan Umno.



JADILAH SEPERTI SIDHUTAI SAPKAL

 



HAMDAN TAHA



Image may contain: 6 people, text that says "21:21 Sindhutal Sapkal The Mother silvertalkies.com Amazing Facts Must Read: Sin... thefearlessindian.in Sindhutal Sapkal: Sindhutal Sap... mumbaimiror.indiatimes.com Sindhutal SindhutalSapkal Sapkal Wikipedia en.wikipedia.org Sindhutal Sapkal Discover Snapshot Q Search Collections More"


Wanita tua ini bernama Sidhutai Sapkal, berasal dari Wardha, India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans".

Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.

Sidhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.

Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya dengan teruk sekali.

Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.

Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak keluar sebelum dihalau dari rumah.

Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.

Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sidhutai Sapkal perlahan menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.

Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya.

Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya.

Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar.

Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anak berjalan pulang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalaunya kembali.

Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan membunuh diri.

Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan. Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.

Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.

Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut.

Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga ketiduran.

Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa.

Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.

Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga.

Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.

Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh Sidhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya serba kekurangan.

Dari 5 orang anak yatim, kini Sidhutai Sapkal sudah memelihara lebih 1000 orang anak yatim.

Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan memohon simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal.

Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya.

Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?"

Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini aku hidup untuk orang lain."

Bagaimana pula keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda tertanya-tanya kan.

Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang difikirkannya dahulu.

Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal tetap meneruskan kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.

Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya.

Sidhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.

Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami, Sidhutai Sapkal pula, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengannya.

Atas dasar kemanusiaan, Sidhutai Sapkal menyerahkan seluruh hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.

Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal.

Itulah Grand Why Sidhutai Sapkal. Kita pula hidup untuk apa? Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.

Apakah sumbangan kita kepada ummah?

.

Sidhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.

1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.

2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan

terbaik

untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita pula.

3. Memaafkan itu pilihan

terbaik

. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda Nabi SAW.

4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.

5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik. Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain.