Ada ADUN Pas "menangis" tak dapat jadi exco?


PAS move may cost GRS the support of KDMR | Daily Express Online - Sabah's  Leading News Portal


Via WhatsApp

Aku dah kata sebelum² ini , PAS kini bukan seperti dulu , yang berparti secara fisabillillah.

TAKZIM TAHNIAH kepada PADUKA TUANKU SULTAN PERAK , kerana TIDAK MELANTIK EXCO DARI PAS.

AMPUN TUANKU.

Kalau boleh , Tuanku TIDAK PAYAH PERKENAN pun Hadi Awang untuk MENGHADAP TUANKU.

Tuanku adalah seorang KETUA AGAMA ISLAM BAGI NEGERI PERAK , maka sebaiknya Tuanku MENGELAKKAN DIRI DARI MENERIMA MENGHADAP dari seorang MUNAFIK.

Biarkan ianya MENJADI satu PENGAJARAN kepada mereka yang TELAH MENDERHAKAI TITAH TUANKU.

AMPUN TUANKU.

Kepada ADUN PAS yang MENANGIS KERANA tidak dapat jawatan EXCO , hanya ada satu ayat sahaja kepada ADUN DERHAKA itu…

“adan ukeee ko”.

Bagitaulah AHLI² PAS kenapa kau derhaka kepada TITAH TUANKU minggu lepas , bagitaulah itu adalah ARAHAN HADI AWANG.

PAS selepas pemergian TUAN GURU NIK AZIZ ( TGNA ) adalah sebuah parti yang di pimpin oleh PEMUKA² MUNAFIK.

Salah seorang PEMUKA MUNAFIK TEGAR adalah seperti......

TAK KA BANGGANG NAMANYA ?


Soalan Lazim PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)


Bangsa lain cari vaksin Covid 19, kita cari DNA babi dalam vaksin?

Kata rakan saya yang tidak berminda konservatif,

“Seluruh dunia sibuk berlumba menghasilkan vaksin, tetapi Malaysia dan bani Melayu khususnya luar biasa sibuk mencari BABI di dalam vaksin”.

Secara kolektif, pemikiran masharakat kita bermasalah. Sangat ada sesuatu yang tidak kena.”

Saya fikir, minda Melayu alergi melampau dengan segala yang ada kaitan dengan babi adalah kesan pengajian agama alam Melayu yang terkepung dalam iklim kuliah lebai2 Melayu sejak sebelum merdeka di pondok2 pengajian, madrasah, masjid dan surau sehinga kini dalam tembok kitab2 jawi Melayu.

Ketika itu tiada kitab lain yang dibaca selain daripada kitab2 yang ditulis agamawan lebai Melayu dalam versi jawi. Mana2 tok guru yang boleh membaca kitab jawi klasik ketika itu tidak akan di’challenge’ lagi oleh sesiapa, kerana dia sahajalah yang paling alim ketika itu.

Boleh dikatakan hampir tiada pondok, madrasah, masjid dan surau yang kuliahnya mengajar kitab Arab yang ditulis imam2 besar mazhab Syafi’e yang bertaraf mujtahid seperti al-Imam al-Nawawi, yang memberikan pencerahan dlm isu babi itu. Kuliah mana ada mengajar kitab besar al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, atau Raudah al-Tolibin..? Bahkan kitab Kifayatul Akyar pun, walaupun ia agak terkenal di Indonesia, namun jarang sekali dikuliahkan di Tanah Melayu.

Oleh kerana itu bila kita memberitahu masyarakat Melayu bahawa al-Imam al-Nawawi sendiri menolak pendapat imam mazhab yang mengatakan babi najis mughallazah dan wajib disertu dengan tujuh kali air basuhan seperti najis anjing, dengan alasan adanya dalil2 yg lebih zahir dan terang menunjukkan babi tidak najis mughallazah dan qiyas dengan hadis najis jilatan anjing itu tidak kena, kerana ia hadis khusus.

Gambar di bawah adalah contoh kitab jawi lama bernama Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang dirumikan.

Lihat betapa syarahan, huraian dan andaian (iftiradh) tentang babi dilayani ke tahap khayalan ‘jika anak manusia lahir hasil daripada persetubuhan manusia dan babi.’

Perlukah iftiradh begitu dijadikan perbahasan agama? Pernahkah ada berlaku hasil persenyawaan manusia dan babi? Bolehkah kromosom manusia dan babi yang sangat berbeza melahirkan seorang anak berupa manusia?

Namun itulah fenomena pemikiran para fuqaha di zaman penutupan pintu ijtihad dan kegelapan yang dikongsukan kepada umat. Bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Merujuk kepada gambar kedua di bawah, dihujung andaian anak manusia lahir daripada persetubuhan manusia dan babi itu dinyatakan “Disebutkan dalam Khasyiyah (sepatutnya Hasyiah..) Syeikh Zayadi ia berkata: Bahawa yang muktamad (dipegangi) bahawa anak yang lahir dari keturunan manusia denhan anjing atau babi suci tubuhnya, dan kaedah yang dikemukakan di atas hanya menunjukkan sebahagian bukan menunjukkan seluruhnya (umum) melaksanakan ajaran al-Quran dan Hadis lebih utama dan melaksanakan kaedah itu.”

Namun petikan itu sangat kabur dan tidak memadai untuk mencerahkan tok lebai pembaca kitab dan para pendengar yang selalunya hadir kosong sambil menyandar di dinding. Ia dilihat seolah2 penulis tidak berani menyanggah pendapat pengarang kitab yang dirujuknya, iaitu kitab Tuhfah, walaupun kelihatan agak mengarut.

Walhasil, alergi melampau terhadap babi terpasak dalam minda bani Melayu. Bilakah pula para ulama kita boleh mendoktrinkan rasuah sangat jijik kepada bani Melayu?

Malaysia perlu cari jalan henti pengiktirafan kepada Israel

 



Malaysia perlu cari jalan henti pengiktirafan kepada Israel

Mohamad bin Sabu

Satu demi satu negara-negara Arab telah mengiktiraf kewujudan negara Israel yang dibina di atas rampasan tanah-tanah rakyat Palestin dengan menghalau penduduk penduduk asal di situ. Negara-negara monarki seperti UAE, Arab Saudi, Bahrain, Morocco, Jordan dan negara-negara yang lain termasuk Mesir mengiktiraf kewujudan Israel.

Bahkan inteligensia Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Arab untuk mengebom negara negara yang tidak mengiktiraf Israel seperti Iran, Iraq, Syria dan Lubnan.

Mereka semakin ganas membunuh tokoh tokoh dan bijak pandai seperti saintis sebagaimana pembunuhan Qassim Sulaymeni dan ketua saintis Iran baru-baru ini. Ia perbuatan yang sangat terkutuk membunuh cerdik pandai lawan apabila mereka gagal menyaingi kepintaran dan penghasilan kajian sains dan teknologi milik saintis saintis tersebut.

Oleh itu, kita harap Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri mesti bekerja keras melalui OIC supaya negara-negara Islam dan negara dunia ketiga terus tidak mengiktiraf Israel dan berusaha membantu Palestin untuk membebaskan bumi mereka dan mengembalikan pelarian Palestin ke tanah air mereka.

Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri tersebut janganlah duduk diam sahaja melihat keadaan yang berlaku sekarang ini dengan kerjanya hanya pergi ke rumah Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Najib dan Dato’ Seri Zahid Hamidi. Itu sahaja perundingan-perundingan yang dilakukan. Sedangkan negara orang Islam sedang kucar kacir dan semakin galak mengiktiraf kewujudan Israel.

Kita harap Malaysia tidak mengikut jejak langkah negara-negara Arab tersebut.

KENAPA ANNUAR MUSA MEROYAN NO ANWAR" "NO DAP." SEDANGKAN YANG MAHU JATUHKAN UMNO AFALAH BERSATU.

 

Setiap kali ada ura-ura Anwar Ibrahim akan mengambil alih teraju kerajaan, baik melalui usul di Parlimen atau sokongan SD, selain Tun Mahathir Mohamad yang diketahui cukup bimbang dengannya, barangkali yang turut diresapi penyakit yang sama ialah Annuar Musa.

Lihat saja reaksinya setiap kali isu berkenaan timbul, pasti beliaulah yang dilihat paling susah hati, mengelabah, begitu cepat mengeluarkan kenyataan dan seolah-olah berpeluh dingin di seluruh badannya.

Oleh kerana usaha pengambil alih kerajaan itu diperkatakan mengaitkan sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung BN akan segera tampil mengingatkan tentang prindip “No Anwar, No DAP”.

Rasanya sejak sembilan bulan lalu, sudah lebih 10 kali Annuar tampil memberi peringatan berkaitan “No Anwar, No DAP” itu.

Kenapa hanya Annuar yang risau, bimbang dan mengelabah, sedangkan Ahli Parlimen UMNO yang lain, termasuk yang sama memegang jawatan menteri sepertinya nampak relaks saja?

Malah Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pun kelihatan senyap saja?

Apa yang Annuar bimbang dan ingin pertahankan?

Adakah prinsip dan pegangan UMNO yang ingin dipertahankannya atau nasib Muhyiddin Yassin yang bakal jatuh lebih dibimbanginya?

Atau Annuar begitu sayang dengan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang dipegangnya sekarang?

Semalam, apabila sekali lagi timbul isu mengenai adanya sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO dalam bentuk SD kepada Anwar, Ahli Parlimen Ketereh itu sekali lagi tampil bersuara.

Kali ini selain meratib lagi tentang “No Anwar, No DAP”, bellau juga menggesa Ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan memberi sokongan dalam bentuk SD kepada Anwar itu agar segera berterus-terang atau membuat laporan polis jika ianya bukan suatu kebenaran.

Malah beliau juga menegaskan, mereka yang berbuat demikian perlu keluar parti kerana melanggar ketetapan yang telah diputuskan sebelum ini.

Ternampak di sini Annuar semakin ketakutan dan mula meraban, sedangkan beberapa Ahli Parlimen yang dikaitkan itu semacam santai saja sambil membuat penafian.

Dalam hal ini, Muhyiddin yang bakal jatuh dan pemimpin Bersatu yang pasti tergolek sama jika Perdana Menteri hilang kuasa pun tidak kelihatan mengelabah seperti Annuar.

Apabila Annuar terlalu kerap tampil bersuara dengan nada yang sama dan dilihat keinginannya hanya untuk mempertahankan Muhyiddin, maka banyaklah kedengaran suara-suara dalam UMNO sendiri yang tidak setuju dengannya.

Kata mereka, kenapa dalam isu lain yang melibatkan UMNO, Annuar hanya membisu saja, tetapi begitu pantas bersuara bila saja dalam perkara yang terkait dengan kedudukan Muhyiddin?

Lantaran ada yang bertanya, sebagai Ahli Parlimen UMNO, apakah keutamaan beliau – masa depan parti atau masa depan Muhyiddin?

Sebenarnya jika Annuar sedar tentang kedudukan dan masa depan UMNO sekarang, pihak yang ingin menelan serta membunuh parti itu bukanlah Anwar atau DAP, tetapi Muhyiddin dan Bersatu.

Jadi, kenapa takut untuk bersama Anwar dan DAP?

Mengapa beliau tidak takut dengan Muhyiddin dan Bersatu yang survival kedua-duanya bukan saja bergantung kepada lemahnya UMNO, bahkan mereka akan lebih selamat jika UMNO dapat “dimatikan” dengan segera?

Apakah Annuar lebih rela melihat UMNO “mati”, asalkan Muhyiddin, Bersatu dan dirinya terus bernyawa? (Shahbudindotcom 14/12/2020)



LIVE - Siaran Langsung Dari Parlimen 14/12/2020

MELAYU YANG JUJUR HARUS DIANGKAT SEKARANG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anda mungkin kenal saya. Saya bekas ahli Parlimen Pandan yang sering ditahan polis, disaman dan dijatuhkan hukuman penjara kerana membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka yang berkuasa.

Mungkin masih ada yang ingat skandal-skandal yang saya bongkarkan itu adalah fitnah. Kebelakangan ini, Dato’ Seri Najib cuba mempopularkan kononnya semua tuduhan mengenai penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau adalah fitnah semata-mata.

Setiap kali saya menyemak sesuatu kes, saya bersandarkan kepada laporan kewangan yang telah diaudit. Saya tidak pernah tampil mengenai sesuatu isu kecuali tanpa bukti dari laporan kewangan yang telah diaudit, lagi pun saya seorang juru audit dan akauntan bertauliah yang mendapat tauliah di United Kingdom.

Kesemua angka-angka mengenai sesuatu skandal kewangan datang dari laporan kewangan yang diaudit.

Misalnya, saya mula-mula menyiasat skandal 1MDB kerana laporan kewangan anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd menunjukkan bagaimana Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara telah memberi pinjaman RM 4,000 juta @ RM 4 billion kepada 1MDB untuk melabur di Mongolia.

Dari laporan tahunan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula, saya berjaya mengesan bagaimana dana pencen pesara tentera telah jatuh mendadak sejak LTAT terlibat di dalam projek 1MDB.

Begitu juga dengan FELDA. Saya mula membongkarkan kepincangan kewangan dalam FELDA berdasarkan penyata kewangannya yang diaudit dari tahun 2011 sehingga tahun 2016. Angka-angka yang diaudit Ketua Audit Negara ini dengan jelas menunjukkan jumlah wang FELDA yang telah dibelanjakan.

Sama juga dengan Tabung Haji. Saya hanya menampilkan analisa kewangan bagi menyokong hujah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif dan analisa itu datang dari penyata kewangan Tabung Haji sendiri.

Sumber maklumat yang membolehkan saya mendedahkan skandal MARA pula datangnya dari dokumen-dokumen jual beli yang difailkan di Australia dan dokumen Mahkamah Melbourne.

Anda juga sudah tentu tahu bahawa skandal NFC mula-mula disebut di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri. Saya hanya menyiasat dengan lebih mendalam dan mendedahkan pembelian-pembelian dengan menjejaki setiap kondominium yang dibeli.

Jika anda tidak percaya, saya jemput baca beribu-ribu muka surat dokumen yang berdasarkan dokumen-dokumen rasmi ini yang telah diaudit bagi setiap skandal yang saya bongkar, seperti pautan-pautan yang tertera di skrin:

Skandal 1MDB: 118 dokumen di http://rafiziramli.com/category/1mdb/

Skandal FELDA: 47 dokumen di http://rafiziramli.com/category/felda/

Skandal Tabung Haji: 31 dokumen di http://rafiziramli.com/category/tabung-haji/

Skandal NFC: 52 dokumen di http://rafiziramli.com/category/skandal-nfc/

Skandal LTAT: 16 dokumen di http://rafiziramli.com/category/ltat/

Skandal MARA: 21 dokumen di http://rafiziramli.com/category/mara/

Anda akan dapat saksikan sendiri bahawa semua skandal ini adalah dari dokumen-dokumen kerajaan dan penyata kewangan yang diaudit. Skandal-skandal ini juga tidak dinafikan atau dijelaskan sebaiknya oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib, kecuali menuduh saya menjaja fitnah.

Fitnah adalah mereka-reka cerita yang tidak wujud. Fitnah adalah berkata bohong.

Apabila saya mendedahkan bagaimana wang rakyat sebanyak RM 250 juta telah diselewengkan untuk membeli kondominium dan bukannya menternak lembu seperti yang sepatutnya, pimpinan UMNO tidak menafikan pun bahawa kondominium-kondominium telah dibeli atas nama keluarga Dato’ Seri Shahrizat. Mereka menuduh saya memfitnah atas alasan kononnya tindakan membeli kondominium menggunakan wang rakyat itu tidak salah, kerana mereka berhak membelanjakan wang yang dipinjam itu.

Sama juga keadaannya dengan Tabung Haji. Sehingga kini Dato’ Seri Najib dan Tabung Haji tidak pun menafikan bahawa rizab Tabung Haji pada tahun-tahun 2014 dan 2015 adalah negatif, seperti pendedahan saya. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji telah membayar dividen lebih dari keuntungan yang dijana dari perniagaan. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji kerugian berbilion ringgit dari pelaburan-pelaburan yang gagal di dalam FGV, TH Heavy Engineering dan pelbagai pelaburan lain.

Mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya di sebalik segala kerugian itu, disebalik rizab Tabung Haji yang negatif – itu tidak mempengaruhi keutuhan kewangan Tabung Haji.

Kaedah menutup skandal dengan menuduh saya memfitnah ini digunapakai dalam semua skandal yang lain juga. Tidak pernah sekali pun Dato’ Seri Najib menafikan angka-angka yang saya bentangkan mengenai kedudukan kewangan FELDA. Sudah tentu mereka tidak boleh menafikannya kerana angka itu datang dari penyata kewangan yang diaudit serta jawapan-jawapan menteri di parlimen.

Dato’ Seri Najib tidak menafikan bahawa hutang kumpulan FELDA telah meningkat menjadi RM 12 bilion setakat 2017, sedangkan FELDA tiada hutang sebelum beliau mengambil alih. Tan Sri Shahrir tidak menafikan bahawa wang tunai simpanan FELDA telah merosot dari RM 4 bilion dalam tahun 2011 kepada RM 434 juta sahaja di akhir 2016.

Sehingga sekarang mereka tidak menjawab soalan saya: ke mana perginya RM 7 bilion yang telah dibelanjakan di antara tahun 2011 hingga 2017? Siapa yang dapat RM 7 bilion ini?

Sebaliknya, mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya walau pun semua angka ini benar, tetapi tiada berlaku sebarang penyelewengan di dalam FELDA. FELDA hanya rugi kata mereka, sama seperti perniagaan lain pun rugi. Bila saya mempersoalkan kerugian yang melampaui batas ini, jawab mereka saya telah memfitnah.

Pakatan Harapan selalu dituduh kononnya kami ini kuda tunggangan DAP yang meruntuhkan institusi Melayu.

Satu hari nanti, saya yakin sejarah akan mencatatkan bahawa anak-anak Melayu dari Pakatan Harapanlah yang masuk ke penjara mempertahankan institusi Melayu seperti FELDA, Tabung Haji, MARA, LTAT dan lain daripada dirompak.

Oleh sebab sayangkan institusi Melayu seperti inilah saya berdepan dengan 14 kes dan 4 tahun hukuman penjara, kerana saya tahu pemimpin datang dan pergi, tetapi institusi yang memegang wang Melayu yang rata-rata miskin, ini perlu dipertahankan demi kebajikan dan masa depan orang Melayu.

Sudah tiba masanya kita mengangkat Melayu yang jujur, pintar, rajin dan amanah untuk mempertahankan institusi-institusi Melayu ini. Cukup-cukuplah kita menjadi saksi bagaimana pak Menteri, mak Menteri dan keluarga mereka memperkudakan nama Melayu demi kemewahan

Rafizi Ramli

 

LAIN TANYA LAIN JAWAB

 

Malaysiakini

Hadi kata, dia dah dapat kebenaran mengadap istana Perak. Bila ditanya, bila? Dia jawab tak tau lagi....kehkehkeh...

Nape tak masa mengadap nanti baru minta izin sultan? Bukankah itu selari dengan jawapan Hadi bila wartawan tanya " Logo apa nak.pakai masa PRU nanti?". Hadi jawab macam orang cerdik la konon, " Buka payung bila hujan turun". Hahaha...


Image may contain: 3 people, including Purwanto Adie and Gee Gee, text that says "Malaysia Dateline MD 3 Adun Pas batal menghadap Sultan Perak walaupun PAS dipanggil BORHAMD PENDERHAKA! malaysiakini ajak sertai kerajaan BERITA Hadi mohon menghadap Sultan Nazrin, istana belum tetapkan tarikh DAH TERKANTOI BARU MINTAK MASUK MENGHADAP?!"


PENDERHAKA TETAP PENDERHAKA!!!
KATA NAK MEMPERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU! NAMUN HANYA MENJADI MODAL DAN LABA POLITIK MEREKA! KATA KERAJAAN BETA! KENAPA TAK IKUT TITAH BETA???

MEMALUKAN!





 W.FAUDZIN



DARI PUNCAK KUASA KINI MELUTUT DI KAKI TANGGA

 

Peja kini jadi wakil rakyat biasa, tak dilantik menteri

Peja kini jadi wakil rakyat biasa, tak dilantik menteri

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan akan menganggotai Kabinet seperti didakwa sesetengah pihak.

Selepas meletak jawatan menteri besar pada 5 Disember lepas, beliau berkata, tugasnya kini tertumpu sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.

“Tidak, saya nafikan berita kononnya bakal ditawarkan jawatan lain pada peringkat kerajaan pusat. Saya ok sahaja jadi wakil rakyat biasa.

“Apa yang ada pun dah cukup buat saya, malah sekarang saya rasa lebih relaks dan tenang setelah melepaskan jawatan. Saya pun dah serah kenderaan rasmi. Sekarang saya pandu kereta sendiri,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

KENAPA UMNO/NAJIB/ZAHID - U-TURN DARI SOKONG ANWAR?

Big Triv | Episod 8 : Top 5 Scammer Di Malaysia

NAJIB MENYESAL LUPA TUKAR NAMA STADIUM DENGAN NAMA NAJIB BIJAN

 

Tak terfikir namakan stadium “Kazar Bijan”, sindir Najib

Tak terfikir namakan stadium “Kazar Bijan”, sindir Najib

TAK SEMPAT NAK INGAT

 

Mahathir boleh masak mi bandung, tidak ingat nama cucu

Mahathir boleh masak mi bandung, tidak ingat nama cucu

PENIPU DENGAN PENIPU PENEROKA NAIK HARU

 

Najib terkejut Muhyiddin nafi sokong penyenaraian FELDA, minit mesyuarat kabinet buktikan sebaliknya

Najib Razak berkata keputusan penyenaraian FELDA sebagai syarikat awam dipersetujui sebulat suara oleh Kabinet pada 2012.

PETALING JAYA: Najib Razak ‘terkejut’ dengan dakwaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak bersetuju dengan keputusan FELDA disenaraikan sebagai syarikat awam, FELDA Global Ventures (FGV) pada tahun 2012.

Najib berkata minit mesyuarat Kabinet mengenai perkara berkenaan jelas menidakkan dakwaan Muhyiddin itu.

“Saya masih ingat, apabila perkara ini dibentangkan pada mesyuarat kabinet, tidak ada sesiapa yang membantah penyenaraian itu,” kata Najib yang ketika itu perdana menteri dengan Muhyiddin sebagai timbalannya.

“Malah, ramai (kalangan pemimpin kerajaan) teruja kerana sebahagian besar daripada hasil yang diperolehi menerusi penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka,” kata beliau.

Ini termasuk, pembayaran RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka dan RM40,000 sebagai pinjaman tanpa faedah untuk pembaikan rumah mereka.

Muhyiddin hari ini berkata beliau membantah penyenaraian Felda ketika itu, malah mendakwa ramai pegawai Felda dan peneroka juga tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan.

Najib berkata minit mesyuarat kabinet berkenaan akan membuktikan bahawa keputusan penyenaraian FGV dicapai dengan persetujuan sebulat suara.

“Sila periksa minit mesyuarat kabinet berkenaan (dan) ia akan membiktikan bahawa keputusan (penyenaraian) dipersetujui sebulat suara,” kata Najib.

Najib berkata susulan dakwaan Muhyiddin itu, beliau sendiri menghubungi dua bekas menteri dalam kabinetnya ketika itu dan mereka turut mengesahkan keputusan berkenaan dicapai sebulat suara pada mesyuarat berkenaan.


Isu persenda Anwar: 14 ketua Pemuda tolak agenda laga pemimpin PKR

 

Kumpulan ketua Pemuda PKR itu berkata mereka berpandangan perkara berkenaan sewajarnya diselesaikan secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.

PETALING JAYA: Empat belas ketua Pemuda PKR negeri menolak sebarang agenda melagakan pemimpin parti susulan penularan mesej di aplikasi WhatsApp dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir yang didakwa mempersenda presiden, Anwar Ibrahim.

Kumpulan itu turut mengecam perbuatan membocorkan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.

Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata mereka berpandangan perkara berkenaan sewajarnya diselesaikan secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.

“Kami percaya perkara ini juga akan dapat diharmonikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) Malaysia yang melibatkan semua kepimpinan Pemuda Malaysia bersama ketua-ketua Pemuda negeri.

“Justeru, kami menyeru semua kepimpinan dan anggota Pemuda Malaysia di semua peringkat supaya bertenang dan berlaku adil serta memberikan ruang sewajarnya kepada kepimpinan untuk menjernihkan keadaan,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani Ketua Pemuda Selangor Mohd Najwan Halimi, Azam Parap (Perlis), P Prabakaran (Kuala Lumpur), Raymond Ahuar (Sabah), Saifunizam Sam (Sarawak), Mohamed Firdaus Johari (Kedah) dan R Yuneswaran (Johor).

Prasant Kumar Brakasam (Melaka), Muhd Hafiz Muhd Kasasi (Kelantan), Fahmi Zainol (Pulau Pinang), Mohamad Hairul Amir Sabri (Perak), Mohd Mustaqim Abdul Jalil (Pahang), Mohd Hafiz Mohamad (Negeri Sembilan) dan Nazhan Zulkifli Amin (Terengganu).

Baru-baru ini, tular perbualan di aplikasi WhatsApp membabitkan pemimpin PKR termasuk Akmal yang didakwa menyelar Anwar susulan kegagalan Ahli Parlimen Port Dickson itu memiliki majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.