TAMAK!!! DUN Kelantan lulus naik gaji Adun dan Exco, rakyat melarat makan pasir

 

Image may contain: 2 people, people standing and suit


BOB KELANANG

TAMAK!!! DUN Kelantan lulus naik gaji Adun dan Exco, rakyat melarat makan pasir

Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

RUU itu dicadangkan timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Adun.

Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

“Selain daripada itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian kerajaan mencadangkan pindaan dibuat ke atas RUU berkenaan.

“Adalah diharapkan dengan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu untuk berkhidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimun,” katanya pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Selepas pembentangan itu Speaker DUN Kelantan, Abdullah Yaakob, memberi laluan untuk cadangan tersebut dibahaskan, namun tiada seorang pun wakil rakyat berbuat demikian sekali gus diluluskan sebulat suara.

Kenaikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

 

 

PH BERI RM100 JUTA "ISLAM TERANCAM", PN BERI RM29 JUTA "ISLAM PRIHATIN"

Masa aku tulis kejap tadi, cadangan Ds Anwar bentangkan Pakej Rangsangan Alternatif, ada walaun datang menyemak tag berita yang Ds Anwar lagi teruk, hanya minta kerajaan berikan RM250 dari KWSP. Kata depa lagi teruk dari PM tebuk atap. Anwar cuma cadangkan RM250 pengeluaran KWSP.

Itu yang selalu aku cakap kat walaun. Tolonglah sebelum tag jangan hanya baca tajuk. Rajinkan membaca, jangan terlalu tamak. Kalau ada kebodohan pada diri, jangan bolot sorang-sorang, kongsi dengan kawan sorang sikit, paling tidak simpan kebodohan tu untuk generasi anak cucu dah tegur pun dok ulang tag lagi, tahu copy paste apa lah rendah betul IQ depa walaun ni.

Kebetulan Ucapan Live Ds Anwar masa PKP masa bulan Mac tu aku tonton. Bukan Ds Anwar suruh kerajaan cuma bagi RM250, TAPI Ds Anwar cadang, kerajaan tampung RM250 pengeluaran KWSP agar simpanan rakyat untuk hari tua terjaga...

Maksudnya duit simpanan rakyat RM250, RM250 lagi itu sumbangan kerajaan, jadi jumlahnya tetap RM500. Tapi nak buat macam mana, itulah IQ walaun PAS. Lebih teruk dari UMNO. UMNO sendiri pun ada yang kritik Belanjawan PN.

Tapi Pemimpin PAS puji saja, sampaikan peruntukan untuk Tahfiz hanya RM29 juta pun depa puji. Masa zaman PH peruntukan RM100 juta depa kata Islam terancam. Itu lah PAS... sekarang ni depa semua puas hati macam depa puas hati dengan 1MDB dulu.

Sikit pun tak berguna puak Khawarij dan Ruwaibidah ni, sama macam Mufti Utara… - Ipohmali, edited by papa

Bob

 

 

KELANTAN MISKIN HARTA TAPI KAYA SELERA DAN MEWAH GAYA WALAU PAPA KEDANA

KADIR JASIN

Bukan semua berita buruk dan menyedihkan pada zaman Covid-19 ini.

Pada saat-saat ratusan ribu rakyat jelata hilang mata pencarian dan jutaan orang dalam kesusahan akibat wabak itu, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan mendapat kenaikan gaji.

Ada 45 orang ahli dalam DUN Kelantan – 37 PAS, tujuh Umno dan seorang Bersatu.

Rang Undang-undang Saraan Anggota Pentadbiran dan Adun Pindaan 2020 itu diluluskan dengan sokongan sebulat suara.

Laporan media menyatakan, jumlah kenaikan dan belanja yang diperlukan tidak disebutkan, tetapi portal berita Malaysiakini sebelum ini menyebut ia adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang sebulan.

Kenapa hendak dirahsiakan? Ini duit cukai rakyat jelata dan hasil mahsul negeri Kelantan. Lagipun, katanya para yang berhormat yang dapat durian runtuh itu akan berkongsi dengan rakyat jelata melalui sedekah.

Kalau ikut data Jabatan Perangkaan Negara, Kelantan adalah negeri nombor dua paling miskin di Malaysia selepas Sabah.

Tapi pemimpin PAS Kelantan ada gaya dan selera. Januari lalu, sebaik saja terima bantuan “one off” sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Pakatan Harapan – ya, yang menteri kewangannya dari DAP – mereka terus membeli 14 buah kereta mewah Mercedes Benz untuk menteri besar dan exco.

Khabarnya mereka belanja RM3.5 juta. Negeri kaya macam Selangor dan Pulau Pinang pun pakai kereta Toyota Camry saja.

Pada 19 Sept lalu, anak kebanggaan Kelantan – Mustapa Mohamed – dalam ucapan di Kota Kinabalu berkata, kadar kemiskinan di Kelantan ialah 12.4 peratus atau bersamaan 42,671 isi rumah.

Kelantan ni bolehlah dikatakan selama-lamanya akan ada di tangan PAS. Tapi selama-lamanya juga kekal negeri paling miskin di Semenanjung.

Oleh sebab itulah saya kata, kita jangan percaya sangat dengan orang yang terpekik terlolong cakap pasal agama, bangsa dan negara.

BUAT JANGAN TAK BUAT. DUIT BANYAK UNTUK RAKYAT


Zamzuri Ardani

 Masalar air Selangor ini punca utamanya ialah rekabentuk 'intake water system' yang sudah outdated.  Rekabentuk mengambil air terus dari sungai untuk dirawat sudah tidak lagi sesuai di negeri yang padat penduduk dan padat industri. 

Ramai orang menyalahkan kilang haram sebagai punca pencemaran sungai.  Kilang haram memang satu masalah besar yang sentiasa ditangani, tetapi itu bukan punca utama pencemaran sungai.  Sungai boleh tercemar akibat bahan buangan tertentu yang tidak dilupuskan dengan betul. Bahan ini boleh datang dari pelbagai sumber, bukan hanya kilang haram di pinggir sungai malah juga dari premis perniagaan yang sah yang terletak jauh dari sungai.


Dalam satu kes sebagai contoh, siasatan polis dan JAS mendapati punca pencemaran sungai bermula bila terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab membuang sisa bahan kimia ke dalam sewerage manhole di Bukit Mahkota yang jauh dari sungai. Polis mengesyaki ia dibuat oleh kumpulan memproses dadah yang boleh di buat di rumah atau apartment.  Oleh kerana loji IWK tidak dapat mengesan dan mengasingkan bahan tercemar ini, ianya kemudian masuk ke dalam sungai. Pencemaran sungai hanya dikesan setelah berminggu perbuatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan.  Ia boleh juga berlaku dari mana-mana bengkel kenderaan yang beroperasi secara sah, tetapi bertindak membuang bahan tercemar begitu sahaja kerana mahu menjimatkan kos operasi.  Ini pernah berlaku di Rawang dan kes sedang dibicarakan di mahkamah.


Bayangkan ada berapa puluh ribu sewerage manhole di Selangor. Anda fikir pihak berkuasa mampu untuk pantau?

Pencemaran sungai boleh berlaku melintas sempadan negeri seperti yang kerap berlaku di Sungai Semenyih yang menerima aliran air dari Negeri Sembilan.

Penguatkuasaan sahaja tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah air Selangor.  Selain menambah usaha penguatkuasaan, rekabentuk system water intake di loji rawatan perlu ditambah baik.  Mengambil air terus dari sungai untuk dirawat sudah tidak sesuai.  Menguji sampel air di tempat water intake masuk ke loji rawatan juga sudah terlewat. 

Apa yang perlu dilakukan ialah membina kolam takungan  air yang besar sebagai reserve sebelum mengambil air untuk dirawat. Ujian sampel air perlu dibuat sebelum air sungai masuk ke kolam takungan besar.  Dengan cara ini, sekiranya berlaku pencemaran sungai, ia dapat dikesan lebih awal dan aliran air masuk ke kolam takungan boleh ditutup tanpa perlu menutup loji rawatan air.  Rezab air di kolam takungan hendaklah mencukupi untuk menampung keperluan bagi tempoh masa membersihkan sungai dari pencemaran yg dikesan.

Ia memerlukan biaya besar untuk membina kolam takungan ini.  Namun ianya satu kemestian yang tidak boleh dielak.  Saya difahamkan, Kerajaan Negeri sudah mula menyediakan peruntukan untuk usaha ke arah perlaksanaannya di dalam belanjawan Selangor baru ini.


Tahniah ... semoga berjaya.


APA PUN ALASAN...RAKYAT TETAP BERFIKIR

 

Nizam Aka


Image may contain: 2 people, text

Puak-puak kamu bagilah 1000 alasan,1000 dalil dan 1000 hukum..Tapi pemimpin-pemimpin yang naikkan gaji sendiri sampai Rm5000 sebulan di kala rakyat sengsara,menderita dan menangis akibat pandemik covid19 adalah sesuatu yang Paling Zalim,Paling Kejam dan Paling Biadap kepada rakyat..Noted!!



TAK KAN TAK ADA CCTV ???? KA SAJA BUAT BUAT BODO BAGI ORANG SABOTAJ?


 

UMNO SUDAH BOLEH LUPAKAN PAS.HATINYA KINI MELEKAT PADA PN DAN BUKAN LAGI MN.


Dua hari lalu, Muhyiddin Yassin memaklumkan mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya secara sidang video.

Kehadiran pemimpin lain yang dimaklumkan beliau dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-

1. Hadi Awang – Timbalan Pengerusi

2. Dr. Jeffrey Kitingan – Timbalan Pengerusi

3. Yong Teck Lee – Timbalan Pengerusi

4. Ahmad Faizal Azumu – Timbalan Pengerusi

Turut hadir ialah:-

⁃ Hamzah Zainuddin – Setiausaha Agung

⁃ Azmin Ali – Ketua Penerangan

⁃ Ahmad Shamsuri Mokhtar – Bendahari Agung

⁃ Rina Harun – Ketua Wanita

⁃ Ir. Khairil Nizam Khirudin – Ketua Pemuda

⁃ Takiyuddin Hassan – Ahli MT

⁃ Dr. Ronald Kiandee – Ahli MT

⁃ Guan Dee bin Koh Hoi – Ahli MT

Secara tidak langsung, melalui hebahan yang diumumkan oleh Muhyiddin ini, PN sudah pun mempunyai struktur kepimpinannya yang sah dan hampir lengkap sekarang ini.

Struktur kepimpinan itu jelas melibatkan Pas yang sebelum ini diketahui umum sudah menjalin permuafakatan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional atau MN.

Begitu pun, MN tidak pernah mewujudkan barisan kepimpinannya, malah persetujuan untuk mendaftarkan gabungan itu baru saja diputuskan lebih kurang sebulan yang lalu.

Yang jelas, Pas kini sudah sah melekat hatinya bersama PN dan barangkali hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk memutuskan pertunangan secara rasmi dengan UMNO dalam mahligai impian MN yang hanya bertahan lebih kurang setahun lamanya.

Tentulah tidak mungkin, setelah berada dalam barisan kepimpinan PN, Pas mahu berada pula di dalam MN bersama UMNO.

Berikutan mesyuarat MT PN pada 9 November itu juga, Hamzah kemudian memaklumkan di laman sosialnya mengenai persetujuan menubuhkan Badan Perhubungan Negeri-Negeri dan perlantikan Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya.

Perlantikan Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri itu, jelas Hamzah akan dilakukan oleh Muhyiddin selaku Pengerusi PN.

Kata beliau, langkah itu bertujuan memperkasa gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh dan untuk mengukuhkan kedudukan PN sebagai peneraju kerajaan.

Yang perlu difahami dengan mengumumkan menubuhkan Badan Perhubungan Negeri-Negeri ini, sudah pasti pemimpin Pas akan dilantik mengetuai beberapa negeri, antaranya Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin juga Pahang serta Perlis.

Dengan perlantikan tersebut dijangka akan dilakukan Muhyiddin dalam waktu terdekat ini, bererti hubingan Pas dengan UMNO dalam MN akan semakin menjauh seperti kian hilangnya perasaan kasih seseorang setelah bertemu kekasih lain yang lebih berharta dan boleh memberi kemewahan kepadanya.

Itulah dunia – dalam banyak perkara, penentunya kesetiaan ialah keselesaan, kedudukan, jawatan serta wang.

Dalam senario ini di mana UMNO tidak mampu lagi memberi apa-apa kepada Pas sebagaimana era Najib Razak dahulu, untuk mengekalkan dominasinya sebagai parti Melayu, UMNO tiada pilihan lain lagi selain perlu meninggalkan Pas dan anggap saja MN sebagai mahligai angan-angan yang sudah pun musnah.

UMNO perlu kembali kepada realiti dengan mengukuhkan dirinya sendiri bersama rakan-rakan komponen BN bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Pas ternyata bukanlah pasangan setia yang kesetiaannya boleh diharap berpanjangan, setelah biasa kawan cerai, kawin cerai sebelum ini, kesukaan itu nampaknya terus menjadi amalan serta gaya perjuangannya.

Tidak guna lagi UMNO bergantung harap atau menaruh harapan kepada Pas – segala-galanya kini telah berakhir.

Kalau mahu berunding soal pembahagian kerusi pun, UMNO tetap akan kalah kerana selepas ini perundingan tentu saja perlu melibatkan UMNO atau BN dengan PN, bukan lagi dengan Bersatu atau Pas secara sendirian.

Dalam situasi di mana PN sudah ada struktur kepimpinan dan Pas sah bersama dengannya, gabungan itu kini mempunyai 50 kerusi Parlimen (31+18+1) berbanding BN hanya ada 43 kerusi.

Maka, PN dengan sendirinya mempunyai kedudukan yang lebih untuk menekan UMNO dan BN agar lebih bertolerasi, terutama bersedia menyerahkan kerusi-kerusi tertentu kepada Geng Hamzah dan Geng Azmin.

Akhirnya, UMNO akan terus berada di lapisan kedua di belakang PN dalam pembahagian kerusi untuk PRU15, sekaligus memungkinkan masa depan Zahid Hamidi dan Najib menjadi lebih gelap sekiranya Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Perdana Menteri.

Hanya berjuang sendiri, bangun sendiri dan guna kekuatan sendiri bersama BN saja yang mampu membolehkan UMNO kembali tegak berdiri seperti sebelum ini. 

(Shahbudindotcom 11/11/2020)



APA PILIHAN MUHYIDDIN SETELAH DAPAT KATA DUA NAJIB?

 Image may contain: 2 people, suit, text that says "MALAYSIA NOW Home News Opinion Berita HIGHLIGHT Waca Like Anwar Najib sets 2 conditions for budget support Their calls reflect closer political ties in their common opposition to Prime Minister Muhyiddin Yassin. Fazreen Kamal Nov 10, 2020 1:35 PM Former prime minister Najib Razak and PKR president Anwar Ibrahim."

ZANIRUN BABA

Apa pilihan Muhyiddin setelah dapat kata dua dari Najib dan BN?

Description: 🔹️1. Selamat diri malu menjadi PM pertama dalam sejarah terpaksa pinda bajet yang dirangka olehnya tetapi ambil resiko kehilangan jawatan kerana gagal dapat undi yang cukup meluluskan bajet 2021

Description: 🔹️2. Selamatkan jawatannya dengan meminda bajet dengan menambah Moratorium 6 bulan secara automatik, lulus 10k KWSP, mansuhkan peruntukan RM81juta Jasa dan lain-lain yang seperti diminta Najib mewakili BN

Description: 🔹️3. Kembali mendapat sokongan DAP PKR tetapi mungkin kehilangan sokongan PAS, GPS dan BN yang mungkin mengakibatkan parlimen bubar atau tergantung dengan melantik PM Interim. Dan mungkin kehilangan sokongan team Azmin.

Description: 🔹️4. Perundingan dengan Pejuang dengan mendapat sokongan Warisan, DAP dan PAN tapi mungkin gagal dapat sokongan PKR, PAS, GPS dan BN.

Description: 🔹️5. Kembali mendesak Darurat dilaksanakan supaya bajet diluluskan secara automatik. (Tetapi sudah agak terlewat untuk memilih langkah ini)

Tak mustahil Muhyiddin akan hantar wakil untuk berunding sesuatu dengan UMNO tetapi sudah agak terlewat bila Najib telah sepakat memberi kata 2 di parlimen sedangkan MP UMNO yang dulu jadi jurucakap PN pun sekarang tak mampu hendak suarakan apa-apa untuk backup PN.

Apa pilihan pun Muhyiddin akan dinilaikan oleh rakyat sama ada dia sanggup malu demi rakyat atau sanggup abaikan rakyat dari dia malu.

 

KENAPA MAHATHIR BENCI ANWAR. DAN RAKYAT BENCI MAHATHIR

 Image may contain: 3 people, text that says "TIGA PEMIMPIN POLITIK PALING DIBENCI DI MALAYSIA 1 AZMIN ALI 90.63% 2 MUHYIDDIN YASSIN 3 MAHATHIR MOHAMAD 75.56% 65.60% Kajian pada Oktober Ka.a.2r 2020 oleh Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence (KLSAI)."

TUN Dr Mahathir seorang pelakon yang hebat.

Bakat lakonan yang hebat itu menjadikan beliau seorang ahli politik yang hebat.

Beliau dan keluarga juga sering didakwa banyak pihak sebagai amat kaya raya.

Selain dakwaan kekayaan luar biasa beliau dan anak-anaknya, para kroni juga dan sahabat beliau juga dikatakan menumpang kesenangan yang luar biasa.

Perwatakan sebenar Mahathir ialah beliau seorang yang kuat berdendam.

Beliau seorang yang digeruni ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.

Hanya Bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berani memberikan sedikit tentangan namun berakhir dengan buruk sekali natijahnya.

Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar sehingga kini menjadi seorang yang amat dibenci Mahathir.

Mengapa? Adakah kerana Anwar didakwa gemar meliwat budak muda? Rasanya pemikiran separa liberal Mahathir tidak peduli sangat pun dakwaan itu.

Justeru apa punca Anwar dibenci sehingga kini sehingga dinafikan janji untuk diberikan jawatan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan menang PRU14?

Pada satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen Indonesia (tonton video di bawah) beberapa tahun lalu, Anwar mendedahkan punca kemarahan itu.

Anwar memberitahu (membuat dakwaan) hos rancangan berkenaan, beliau selaku Menteri Kewangan melihat berbilion dollar duit Malaysia dicuri Mahathir.

Beliau mendakwa melihat sendiri pencurian wang keluar dan masuk berlaku.

Tidak tahan dengan situasi itu, Anwar mendakwa telah menasihatkan Mahathir agar berundur dari jawatan Perdana Menteri pada ketika itu.

Anwar berkata, tindakan beliau menghalang kecurian wang tersebut telah menimbulkan kesusahan kepada bukan hanya kepada Mahathir, tetapi juga keluarga dan para kroni beliau.

Jelas Anwar, beliau bukan seorang yang rakus jawatan Perdana Menteri, tetapi tidak sabar melihat pencurian yang berlaku.

Keadaan itu menyebabkan beliau tampil melawan Mahathir.

Kalau benar dakwaan ini, maka sekarang kita faham punca Mahathir sangat marah kepada Anwar. –

MYNEWSHUB

Bukan itu sahaja , malahan Mahathir menggunakan kroni dan juga media bagi mengekang musuh politiknya. Masih ramai yang hidup kini,  tanya Mat Sabu, Mahfuz, Ezam, malah ramai lagi yang mnjadi mangsa politik beliau.

Apa yang amat terkesan dan kemudian orang memujinya ialah kerana kepura puraan beliau berdamai dengan Anwar. Para reformis gembira dan bersetuju walau masih curiga.

Akhirnya kecurigaan itulah berakhir dengan betul apabila kecurigaan itu terserlah. Mahathir gagal untuk memperbaiki imejnya untuk disanjung sebagai bekas PM yang disanjung, tetapi kini dibenci oleh rakyat negaranya.

Bicara sahaja bab kerugian..banyak jika disenaraikan..hanya Anwar tahu kerugian yang dilakukan Mahathir.Kerana itu Anwar mesti dihalang dari memegang kerusi no 1 negara kerana kecurigaan beliau yang kemungkinannya berakhir diSungai Buloh atau dirumah sahaja.




MANA PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA?

[🔥SIRI 6🔥] "BAJET 2021 BAJET DARURAT"

[[LIVE]]10.11.2020 Bajet 2021 dan Plan DSAI 2021...

RENTASAN 769 | ANGKA DAN UNJURAN PENDAPATAN MERAGUKAN, BAJET 2021 PERLU ...

HANGPA PAKAT PAKAT PIKIAQ SAT...


 

BEKAS KP JASA TANYA – APAKAH MENTERI JAGA JASA TIDAK ADA KELAS?

 

Apabila Saifuddin Abdullah menyatakan dia tidak tahu peruntukan JASA sebegitu besar, ia menimbulkan banyak tanda tanya.

Pertama, apakah dia Menteri tidak ada kelas? Dia menambah lagi garam kepada kredibiliti kerajaan PN yang dikritik kuat ekoran Bajet 2021.

Mana mungkin dia tidak tahu. Jangan nanti rakyat tuduh Menteri PN buat kerja cincai di saat rakyat memerlukan kerajaan yang serius dan tidak politiking.

Kedua, siapa yang memandai mandai menjadikan bajet JASA begitu besar. Tidak mungkin Perdana Menteri apatah lagi KSU. Apakah ada Menteri yang lebih berkuasa. Elok Saifuddin berterus terang

Ketiga, mungkin Saifuddin bercakap benar. Dia hanya mangsa kepada “hidden agenda dan politiking dalaman”.

Apa pun nasi sudah jadi bubur. Kenyataan Saifuddin telah mencemarkan imej PM dan Kerajaan PN.

Elok kurangkan bajet JASA. Ambil balik bekas pegawai JASA yang ditamatkan kontrak dan jadikan JASA agensi yang efektif dengan bajet munasabah.

Apa pun tahniah Azmin Ali. Bukan setakat dilantik Ketua Penerangan PN tetapi Pengarah Pilihanraya PN. Apakah ini kebetulan?

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO/10 NOV. 2020.


FUHH DAPAT GAJI 3000 GURU DALAM SETAHUN

 Image may contain: text that says "40000 050100 Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) w 3,364,100 10000 20000 30000 40000 81,549,200 4,038,300 73,996,800 150,000 3,364,100"


RINA HAMZAH


Tahniah Muhyiddin. PH mansuhkan bahagian propaganda BN JASA bila menang dulu, sekarang PN hidupkan dengan kos 82 juta ringgit.

Ramai graduan sarjana muda pendidikan menganggur sekarang. Duit JASA cukup nak gajikan lebih 3,000 guru untuk setahun.

Yb Nik Nazmi


Gaji dah naik, duit dah banyok...boleh laa makan besor...yer dak?

 Image may contain: 1 person, sitting

*Tan Sri Mohd Sheriff menyokong kenyataan Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, mantan TKP/KKM, mengenai PKPB*

 

Saya bersetuju dgn pandangan Prof Datuk Dr Lokman mantan TKP/KKM dan lain lain pakar kesihatan yg menyatakan Malaysia terlalu ghairah mengenakan sekatan MCO dirata rata tempat walaupun kes kes penjakitan yang mendadak tertempu kpd kawasan “outlier” sahaja saperti Sabah dan Labuan. Tindakkan MKN dan KKM saperti ini amat menyusahkan kehidupan rakyat lebih lebih lagi dgn penutupan sekolah terlalu lama. Saperti kata banyak pakar, amat mustahil untuk memghapuskan virus Covid19 sama sekali. Olih itu, jangan lah terlalu ketat dgn MCO kerana lagi lama ekonomi terjejas dan lagi lama kanak kanak tidak bersekolah, lebih parah kesan nya atas masa depan rakyat. Yang akan merana ialah gulungan miskin yang bergantung kpd perniagaan harian di gerai dan tepi jalan. Juga pekerja swasta pun semakin susah hidup mereka.

Walaupun ada bantuan kerajaan, setakat mana kewangan negara bolih tahan membelanja begitu banyak menolong rakyat. Apabila kewangan kerajaan jadi merosot, seluruh ekonomi akan runtuh, menjadikan Malaysia “a failed state”. Kejadian ini amat merbahya kpd keselamatan dan ketenteraman negara dan sosial.

Banyak pakar di Malaysia dan negara luar menyatakan setiap sekatan yang hendak dilaksana perlu lah berpandu kpd “evidence based public health intervention” supaya meyakinkan rakyat bahawa sesuatu perintah sekatan yg ketat betul betul perlu dikenakan bagi kawasan itu.

Institusi antarabangsa iaitu UNICEF, WHO, UNESCO telah menegeluarkan garis panduan tentang pengawalan sekolah perpandu kpd “Transmission level at district/sub district level”. Jika Malaysia mengguna garis panduan yg terperinci ini, tidak lah perlu menutup semua sekolah begitu lama. MKN perlu mengguna data yg terperinci mengikut “Infectivity Rate” diperingkat daerah untuk membuat kawalan MCO yg scientific dan professional.

*Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim*

 

SABOTAJ ATAU NAK BAGI RAKYAT HILANG KEYAKINAN? ATAU TUKAR MB?

 

PKR mesyuarat khas esok susulan insiden berulang bekalan air

PKR mesyuarat khas esok susulan insiden berulang bekalan air

ssshhhhh...PAKAT ELOK ELOK UNTUK RAKYAT

 Image may contain: 2 people, suit, text that says "MALAYSIA NOW Home News Opinion Berita HIGHLIGHT Waca Like Anwar Najib sets 2 conditions for budget support Their calls reflect closer political ties in their common opposition to Prime Minister Muhyiddin Yassin. Fazreen Kamal Nov 10, 2020 1:35 PM Former prime minister Najib Razak and PKR president Anwar Ibrahim."

NASIB...

 Image may contain: text

BULU AYAM TERCABUT


 IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: text that says "malaysiakini DUN Kelantan lulus kenaikan gaji Adun, exco Tiada wakil rakyat tampil membahaskan RUU itu, menjadikannya diluluskan sebulat suara. BY N FAIZAL GHAZALI 9 NOVEMBER 2020 AT 16:40 Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang- undang (RUU) saraan anggota pentadbiran abli-abli pindaan"


Hudud bagi parti Pas yang memerintah Kelantan umpama bulu ayam tercabut. Tiada lagi terikat di kulit ayam dan mudah di tiup angin, disepak terajang oleh ayam-ayam sendiri. Cantik ketika berada di tubuh ayam, tapi saat tercabut bergelumang debu dan taik ayam.

Sudah dua lebih dekad diluluskan tapi hasilnya zero. Memanda menteri yang zuhud berkayuh basikal untuk solat jemaah sudah bertahun janji bakal letak jawatan jika tidak laksanakan hudud!

Tapi hasilnya apa? Beliau bertambah megah dengan kenderaan lebih mewah dari mantan terdahulu! Iyaa... Itulah nilaian zuhud bagi sang penguasa yang cuma berbekal ketayap di kepala.

Namun, apa sahaja yang berkait soal dunia, soal wang dan gaji, sebegitu pantas mereka luluskan tanpa siapa pun berani mengusik usul buat perbincangan atau olahan terutama ketika musim meleset akibat Covid19.

Betullah kata orang, jika duit dan burit, siapa pun tidak bakal menolak jika dihulur.

Ahh siyal!

Lihat sendiri bagaimana sudahnya DUN mereka. Bukan tujuan menghina dewan yang mulia, tapi sekadar membekalkan suntikan kesedaran kepada kita bahawa jika ada kepimpinan yang naik hanya bertujuan politik, begitulah selalunya berlaku.

Mereka boleh menyamar menjadi alim, tapi nun jauh di sudut hati, soal dunia dan kantung sendiri paling diutamakan. Memang mereka tidak maling, tapi mereka menggunakan kedudukan dan pemujukan jiwa buat rakyat merestui perbuatan maling mereka.

Jadi apa beza pembesar dengan maling?

Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa di hujung akhir zaman akan datang pemimpin di kalangan kita berresam mereka dengan resam PENYAMUN!

Sekadar ingatan buat kita di fajar yang dingin ini. Sekian....

Salam sayang

Abg Baim Description: 😎

 

KENA TARBIAH JANGAN JUMPA SAKA

 

IBRAHIM MAT ISA

Alhamdulillah. Baru lepas dirukyah oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim setelah sekian lama terumbang ambing akibat tuju tuju saka tua.

Kelihatannya Abg Mat semakin ceria deh. Kita doakan semoga cepat pemulihan dan siumannya serta kembali memimpin PH dengan lebih bersemangat.
Ayoh.. semangat Abg Mat! Kita bisa dong 👍👍💪💪




Image may contain: 1 person, sitting




RENTASAN 768 | POTONGAN DRASTIK PERUNTUKAN ASAS, BAJET 2021 GAGAL UMPAN ...

OLEH SEBAB COVID ,GAJI KENA NAIK

 

Agak dah...mesti sokong punya.  Naik gaji wakil rakyat di kelantan pun mereka sokong kerana Covid maka gaji kena naik.  Haha...itulah lebai.

W.Faudzin


MANA PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA?

TAK PERLU APOLOGETIK, JASA MEMANG ALAT POLITIK

BAJET 2021 HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA

PENCEMAR SUNGAI DI SELANGOR HADAPI DENDA RM1 JUTA