TERKINI : PKR Sabah Tak Pernah Mohon 14 Kerusi – Christina Liew
By
-
11 September 2020
KOTA KINABALU – Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew
menegaskan parti itu tidak pernah meminta 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sabah daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Malah beliau tidak tahu bagaimana Ketua Penerangan PKR Sabah,
Simsudin Sidek mengeluarkan kenyataan seperti itu baru-baru ini.
Sebaliknya beliau
menambah pengagihan yang ditetapkan oleh Warisan Plus pada Khamis, iaitu
sebanyak tujuh kepada PKR merupakan persetujuan di antara Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal.
KEADILAN SASAR 14 KERUSI DAPAT 7. LEBAI SASAR 10 KERUSI DAPAT 10 UNTUK PACAK BENDERA DACING BAGHDAD


Harapan mereka untuk lihat Keadilan bergaduh besar dengan
Warisan disebabkan hajat Keadilan untuk dapatkan 14 Kerusi Dun ternyata gagal.
Ternyata jiwa besar Keadilan demi untuk menentukan kerajaan Warisan terus
berkuasa menjadikan puak-puak lebai sakit hati.
Paling menyakitkan hati lebai, bagaimana Keadilan boleh bersabar
dan berlapang dada dengan Warisan yang memberikan separuh dari apa yang
Keadilan minta. Lebai juga pelik, mengapa Warisan masih memberikan ruang kepada
Keadilan untuk bertanding dan memperolehi kerusi jauh lebih banyak dari Amanah?
Dan, mengapa Amanah tidak memberontak? Ini memeningkan lebai.
Lebai pun menilik dirinya sendiri. Partinya tidaklah lekeh
sangat, bahkan partinya juga menyumbang besar kepada kerja khianat kerajaan
pintu belakang ini. Partinya jual Islam bukan baru, hampir seusia dengan Umno.
Tetapi, mengapa tergamak Umno menghina parti lebai di Sabah? Parti lebai selalu
anggap parti Amanah itu parti nyamuk, tetapi lebai hairan parti yang dikatakan
nyamuk itu dapat juga kerusi di Sabah. Bagaimana partinya yang terdiri dari
lebai2 dan olamak hebat langsung tidak diberikan tempat untuk bertanding di
Sabah?
Tiadakah umat Islam di Sabah? Tidakkah Sabah juga perlukan
hudud? Tidakkah mereka tahu jika tiada parti lebai di situ maka umat Islam di
Sabah akan menjadi jahil kesemuanya bahkan paling ditakuti jika mati nanti
semuanya akan masuk jirat dek kerana tidak sokong parti syurga ini?
Mengapa Perikatan Nasional, atau Muafakat Nasional mahupun
Barisan Nasional tidak langsung selera melihat parti yang dipimpin oleh Duta
Khas ini? Tergamak mereka gunakan para walaun dan walauntit dari parti ini
hanya untuk jadi tukang pacak bendera sambil bertakbir sejak beberapa PRK yang
lalu hingga ke PRN Sabah, langsung tidak dijelingnya parti syurga ini?
Aku simpati dengan parti lebai. Paling tidak, Amanah lebih
dihargai di Sabah walaupun parti itu masih baru berbanding parti lebai. Satu
lagi yang lebai sakit hati adalah apabila Keadilan bertegas untuk menggunakan
logonya sendiri. Sedangkan, Tuang Presideng parti lebai kata sanggup gunakan
logo dacing baghdad yang pernah dikapirkannya dulu sekiranya parti ini
bertanding. Itu pun tidak dipandang oleh mereka dan jatuhlah kemaluan lebai.
WFAUZDIN NS
KESIAN...DUIT DARI ROSMAH DAH TAK ADA...
RBA beralih ker bidang masakan pulak ,setelah PAS tak dak peruntukan kerusi bertanding di PRN Sabah...š
MENTANG LAH CUMA PASANG BENDERA...
SHEIKH MAHADHIRA
Mentang-mentang cuma kerja pasang poster dan pacak bendera, PN dan BN
terus tak jemput Pas ke majlis umum calon PRN Sabah semalam .
PAS Sabah melopong dipermain dipatuk dua kali Ular Umno terpaksa
beli kerusi sendiri.
Satu malam isteri Walaun mengejutkan Walaun yang sedang nyenyak
tidur.
Isteri: "Bang, bangun bang... bangun la cepat.."
Walaun: "Hish apa nie kejutkan orang tengah-tengah malam
nie..."
Isteri: "Abang lupa makan ubatla... cepatla bangun.. kan
doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur."
Walaun: "Ubat apa?"
Isteri: "Ubat tidur."
Walaun: "????"
Berita Mimpi - ĪNĪ GHOIB - Sastera Tidur, Mimpi dan Penglihatan Aneh...

KAH.....BARU TERASA KENA KENCING: Semakin ramai pemimpin Pas luah perasaan, mengaku jadi tongkat PN/BN

“Bila sakit cari tongkat, bila dah sihat buang tongkat,” kata pemimpin Pas apabila parti itu tidak dilayan sewajarnya dalam pilihan raya negeri Sabah.
Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad memberikan ingatan kepada rakan-rakannya, ”Tapi tongkat bukan sebarang tongkat. Macam tongkat Nabi Musa A.S. boleh jadi ular bila dicampak. Boleh patuk balik. Hati-hati.”
Beliau memberi gambaran dan seolah mengakui Pas berperanan sebagai Beliau juga memberikan ingatan kepada rakan-rakannya, “Kawan yang sebenar tidak akan makan sorang. Apa jenis kawan kalau tulang pun dia nak sapu?”
Semua komen-komen ini dibuat bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu selepas Pas tidak dihiraukan oleh dua rakannya iaitu Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri Sabah.
Turut memberikan komen negatif adalah Katanya, “Orang berbudi kita berbahasa, Orang tak bagi kita berlaga!”.
Selain permohonan Pas untuk bertanding 10 kerusi dalam PRN Sabah tidak dilayan, Pas juga tidak dijemput dalam majlis pengumuman calon yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).
Selain Iskandar, turut memberikan komen sedih terhadap apa yang berlaku di Sabah adalah Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.
Dalam catatan di facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis “Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.”
Kini nasib Pas dalam PRN Sabah berada di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata, terserah kepada Muhyidin sekarang apa yang Pas perlu buat di Sabah.
“Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi, maka Pas (akan) bertanding 10 kerusi,” kata Aminuddin lagi. Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor. sama ada kepada BN mahupun PN.
TAMRIN TUN GHAFAR MULA PROSES SAMAN ZURAIDA
PROJEK PELUPUSAN SISA PEPEJAL OLEH SYARIKAT BUMI SEGAR INDAH
1. Pada hari Sabtu 29hb Ogos 2020 saya telah mengeluarkan Kenyataan Media berhubung perkara tersebut diatas
2. Kenyataan Media tersebut adalah ekoran Kenyataan Media ( Press Release ) oleh YB. Hajjah Zuraida Kamaruddin , Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) pada 28hb Ogos 2020 yang MENGGAMBARKAN seolah – olah projek tersebut diberi SECARA RUNDING TERUS atau DIRECT NEGO oleh mantan Menteri Kewangan YB. Lim Guan Eng kepada Syarikat tersebut atas dasar pengelibatan saya dalam Syarikat tersebut
3. Untuk makluman projek tersebut TELAH diberi SECARA RUNDING TERUS atau DIRECT NEGO oleh Kerajaan Barisan Nasional atau BN dalam tahun 2017 ; Menteri KPKT ketika itu ialah Tan Sri Noh Omar


4. Bagi MENYELAMATKAN wang negara , adalah difahamkan DASAR Kerajaan Pakatan Harapan atau PH telah digubal ketika itu iaitu SEMUA projek yang telah diberi SECARA RUNDING TERUS atau DIRECT NEGO oleh Kerajaan Barisan Nasional atau BN di TURUNKAN atau DIKURANGKAN harga sebanyak 10% dari harga asal
5. Perkara – perkara lain AKAN dikemukakan semasa PERBICARAN di Mahkamah nanti
6. Surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) KPKT bertarikh 9hb September 2020 yang telah disah penerimaan nya disertakan
Wassalam
Terima Kasih
Tamrin Tun Ghafar
Khamis – 10/09/2020.
RED BEAN ARMY TAK DE, ‘ROSMAH ARMY’ ADA…
Red Bean Army tak de, ‘Rosmah Army’ ada…
Sebelum ini Mahkamah dedahkan bagaimana Najib bayar blogger, Cybertroopers dengan Jutaan ringgit.. Hari ini Mahkamah didedahkan dengan bayaran cyber Troopers RM 100 ribu sebulan oleh Rosmah..Tapi heran, takda pulak pendedahan bukti Cybertrooper yg dikatakan red Bean Army di dedahkan(RBA)… pelikkan… ada kuasa, Ada Polis, satu pejabat RBA pun tak dapat cari…
Tapi itu lah.. Bila ada Kuasa dan Duit, Boleh beli apa apa sahaja.. hatta Idealogi seseorang.. Kelompok Islamis boleh dibeli..Hatta Sosialis boleh dibeli, malah yg tak mahu beparti dan Idealis boleh dibeli…
Dulu si Idealis Sosialis samada si Wan saiful, atau Wan jan cukup idealis.. kononnya benci Politik..Tapi hari ini dia lebih teruk dari org politik depa berpolitik.. Ada Sosialis Kaki Troll cukup benci Politik kononnya, ajak boikot pilihanraya Akhirnya sembah kaki Najib… lagi teruk org seperti Chegu Bard, Cukup kuat slogan Perjuangan adalah Perlaksanaan kata kata.. Pun tersembam juga…
Jadi tak heran suatu ketika Chegu bard cukup baik dengan pembantu Rosmah.. dan kita pun faham, Chegu bard ada masalah.. orang yg ada Masalah mudah dimanipulasi.. Bukan mudah kalau takda pengalaman berniaga nak berniaga… 
MENGAPA ‘WAJIB’ TUKAR KERAJAAN KELANTAN?
Mengapa ‘wajib’ tukar kerajaan Kelantan?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Dalil dah hujah kenapa rakyat Kelantan Wajib tukar kerajaan PAS.
PAS diawalnya cukup manis, merdu dan lembut alunan suara tarinya sehinggakan ramai yang aasyik dan tergoda. Sekarang, Hadi sebagai Presiden Pas, cukup bernafsu tergilakan jawatan Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri.
Sebab dan Asbab mengapa dan kenapa rakyat Kelantan Wajib untuk menukar PAS.
- Janji Pelaksanaan hukum Hudud diKelantan – Pas dizaman kempimpinan Hadi sekarang terbukti telah melacurkan hukum Hudud dan RUU 355 sepertimana penjelasan Hadi di prk Tanjung Piai bahawa Hudud mustahil dapat dilaksanakan di Malaysia kerana faktor masyarakat majmuk. Sememangnya masyarakat majmuk berbilang kaum dengan pola Melayu & Bumiputera 62% , Cina 25% dan India 6.8% daripada keseluruhan 32juta rakyat Malaysia yang ada diMalaysia dan akan wujud sehingga ke hari kiamat.
Untuk rekod juga, DUN Kelantan sudah 3 kali dengan perkenan Tuanku Sultan Kelantan meluluskan RUU 355 untuk dibawa ke parlimen untuk dibentangkan.
Namun Hadi telahpun sebanyak 3 kali menangguhkan perbentangan RUU 355 usul persendirian diparlimen dengan tiada sebab dan alasan. Ruang pembentangan diParlimen telah diberikan oleh BN dan sekutu pembangkang PAS pada waktu itu tanpa ada bangkangan daripada DAP & PKR.
Terkini , Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri iaitu Ahmad Marzuk Shaary wakil rakyat parlimen di Pengkalan Chepa Kelantan mengatakan secara bertulis didalam parlimen bahawasanya RUU355 yang ingin diubah adalah bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara Malaysia, hakikatnya sememangnya Perlembagaan Negara Malaysia adalah diwarisi daripada Penjajah Toghut British.
Setelah PAS menjadi kerajaan memerintah kalian ada mendengar pemimpin PAS atau Menteri Undang Undang iaitu Takiyuddin Hassan juga wakil rakyat Parlimen Kota Bharu, Kelantan ingin membentangkan semula diParlimen sebagai wakil daripada Kerajaan ?
- Janji Air Paip Bersih – PAS berjanji kepada rakyat Kelantan iaitu mulai tahun 1995, setelah memerintah Kelantan selama 2 penggal untuk mengantikan kesemua paip paip air yang telah berkarat usang dizaman Umno digantikan dengan paip yang baru dan berkualiti serta pembinaan tangki air secara bersepadu dibandar Kota Bharu dan diKelantan. Kontrak asal ratusan juta ringgit air ini telah diberikan kepada pihak syarikat luar negara yang berkelayakan pada asalnya atas nasihat Istana Kelantan namun akibat sesetengah pihak dalam PAS yang tamak untuk menguasai pengurusan air diKelantan maka kerajaan negeri menubuhkan Air Kelantan Sdn Bhd walaupun kerajaan negeri tiada pengalaman.
Sehingga kini syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ini tidak pernah mencatatkan keuntungan. Apatah lagi air yang dibekalkan juga seperti air kencing dan selalu keluar angin menerusi paip paip air berkarat yang lama.
Masalah ini diakui sendiri oleh Menteri Alam Sekitar daripada PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu wakil rakyat parlimen Kubang Kerian, Kelantan , memberitahu wartawan semasa perjumpaan rasmi dengan MB Kelantan bahawa kerajaan Negeri PAS Kelantan memerlukan masa sehingga 30 hingga 40 tahun lagi untuk selesaikan masalah air paip berkarat ini.
Hmmm…rupanya Kelantan dibawah pemerintahan PAS masih dizaman awal awal negara kita mendapat Kemerdekaan atau dizaman 70an rupanya untuk mengantikan serta menyediakan kemudahan asas seperti paip paip air bersih terawat.
Tanyalah perkara ini kepada rakyat Kelantan, melainkan setelah lama menunggu paip paip daripada AKSB ditukar namun tiada kesudahan maka kebanyakannya rumah milik rakyat kelantan telah menggunakan tangki simpanan sendiri serta mengunakan kaedah telaga Boring dan generator elektrik.
Di Kelantan sahaja negeri yang tidak memerlukan atau diberi kelonggaran,dimana tiada pihak berkuasa ‘Air’ seperti dinegeri lain untuk memberikan sokongan kelulusan pelan bangunan dan CCC kepada rumah rumah yang dibina diKelantan…cuma kelulusan TNB sahaja diperlukan daripada pihak berkuasa. Kebanyakannya 90% rumah rumah diKelantan tiada meter air.
Hebatt bukann… disebabkan hebat sebeginilah pembangunan ekonomi dan bidang bidang lain seperti perhotelan, perkilangan dan lain lain diKelantan terbantut.
Malah satu satunya hotel 6 bintang, Rennaisance Kota Bharu yang Gah suatu masa dahulu, yang ada di tengah bandar Kota Bharu telah bungkus akibat masalah air dan tiada sambutan yang baik serta ketiadaan bantuan daripada kerajaan negeri dalam membantu sektor perhotelan dan pelancongan juga akibat dasar kerajaan negeri PAS yang jumud dan menutup pintu.
Malah satu satunya hotel 6 bintang, Rennaisance Kota Bharu yang Gah suatu masa dahulu, yang ada di tengah bandar Kota Bharu telah bungkus akibat masalah air dan tiada sambutan yang baik serta ketiadaan bantuan daripada kerajaan negeri dalam membantu sektor perhotelan dan pelancongan juga akibat dasar kerajaan negeri PAS yang jumud dan menutup pintu.
Sehinggakan data terkini Menteri Hal Ehwal Ekonomi iaitu Radzi Jidin, senator dari Kelantan pada tahun 2019 menyatakan Kelantan antara negeri paling termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya, Sabah dan Sarawak miskin akibat faktor bentuk muka buminya / geography serta faktor kepulauan Borneo…..
Sedangkan Kelantan menjadi lebih miskin daripada negeri Perlis yang tiada apa apa untuk ditawarkan dan dibangunkan, sungguh ajaib bukan.
- Janji Lebuhraya Rakyat – Asalnya Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai ini adalah projek milik Kerajaan Persekutuan dan BN Kelantan. Setelah Umno tumpas pada tahun 1990 maka pembinaan tertangguh.
Demi janji Pas Kelantan untuk memenangi hati pengundi rakyat Kelantan dan perantau Kelantan maka PAS telah berjanji kepada rakyat Kelantan semasa pru-13 jika mengundi PAS, maka PAS akan melaksanakannya sekaligus bagi mengurangkan kesesakan lalulintas akibat terkandas sehingga 4 hingga 5 jam setiap kali tiba waktu musim perayaan.
Akhirnya kerajaan negeri PAS tidak berdaya untuk melaksanakan serta membina Lebuhraya Rakyat ini.
Pembinaan Lebuhraya Rakyat ini telah diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dengan fasa pertama pembinaan telah siap sehingga wakaf Che Yeh ke Kadok dan ketereh.
Jika harapkan PAS setakat papan tanda projek aje yang mampu dibina…paroppppsss sengoti…ginihh..
- Tanah Percuma 2 ekar kepada Persara Tentera – Antara janji PAS kelantan semasa PRU. Janji PAS ini adalah bagi menarik pengundi dikalangan anggota ATM – PAS gagal tunai janji.
- Rumah Mampu Milik berharga rm35,000 sebuah Kepada Rakyat Miskin Kelantan. Sehingga kini sebiji rumah mampu milik tersebut tidak nampak tiangnya. PAS gagal tunai janji.
- Menyediakan Lebih banyak Peluang Pekerjaan diKelantan – Dalam isu ini sememangnya PAS gagal menyediakan peluang pekerjaan diKelantan, tarikan pelabur untuk membuka kilang kilang diKelantan, lantaran itu ramai perantau Kelantan keluar mencari rezeki dinegeri lain. Sehinggakan pada musim perayaan utama sahaja, berjuta perantau kelantan pulang ke Kelantan untuk berhari raya – PAS gagal tunai janji.
- Bantuan Bulanan Rm100 Kepada Warga Emas – tiada bantuan diberikan Pas kelantan sehingga kini. PAS gagal tunai janji.
- Menghapuskan Bayaran Tempat letak kenderaan – Antara janji PAS semasa Pru-13 dan Pru-14. Malah PAS telah mengunci/ kepit tayar kereta yang parkir di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu seperti yang viral sebelumnya – PAS gagal tunai janji.
- Menghapuskan Cukai Pintu . Ini juga manifesto PAS yang dijanjikan kepada pengundi rakyat dan perantau Kelantan akibat serangan yang hebat dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk merampas Kelantan melalui gerakan Gelombang Biru dikala PAS cuma berbeza satu kerusi DUN sahaja.
Namun sehingga kini Cukai Pintu masih ada dan dinaikkan kadarnya kepada rakyat Kelantan – PAS gagal tunai janji.
- Saguhati sebanyak rm10,000 kepada setiap keluarga akibat Bencana Alam dan Kematian ahli Keluarga – PAS gagal tunai janji.
- Tiada kenaikan Cukai / Premium Tanah – Pas gagal tepati janji semasa PRU, malah janji PAS dicapati apabila mula menaikkan kadar cukai premium tanah secara diam diam kepada pemilik tanah tanpa ada hebahan rasmi selepas Pru-13 & Pru-14. PAS gagal tunai janji.
- Penghapusan Cukai Bakul – Pas gagal dalam isu ini untuk menolong rakyat Kelantan yang berniaga dipasar malam sepertimana janji PAS semasa Pru. PAS gagal tunai janji.
- Janji Tiada Kenaikan kadar kos Urusan Tanah – Setelah lebuh raya rakyat diambil alih oleh kerajaan pusat, maka Pas Kelantan telah menaikkan kadar antara 20% sehingga 500% bayaran urusan seperti carian rasmi drpd rm80 kpd rm120, gadaian pinjaman perumahan drp rm370 kpd rm2000, pendaftran PA drp rm200 kpd rm500, salinan geran tanah drp rm60 kpd rm80, daftar pindah milik drp rm180 kpd rm250. Akibat ketiadaan hasil lain maka PAS telah menekan rakyat kelantan melalui kenaikan secara diam diam tanpa hebahan dan persetujuan daripada rakyat Kelantan. PAS gagal tunai janji.
- Jambatan Palekbang & Penambang – Projek jambatan ini telah janjikan pada tahun 1995 sebagai usaha kerajaan negeri mempercepatkan jarak perjalanan antara Bandar Kota Bharu dengan Kampung Laut, Palekbang, Pasir Mas, Tumpat dan sekitarnya serta bagi mengurangkan kesesakan lalulintas diJambatan Sultan Yahya Petra. Ia dimasukkan kedalam Manifesto rasmi PAS semasa Pru-10 pada tahun 1999 sebagai projek mega kerajaan PAS Kelantan untuk memenangi hati pengundi rakyat Kelantan pada tahun 1999.
Pada tahun 2004 PAS telah menjemput Sultan Kelantan merasmikan perletakan batu asas projek Jambatan tersebut.
Ajaibnya sehingga ke hari ini, walaupun Sultan Kelantan telah bertukar Takhta Namun sebatang tiang jambatan pun belum mampu Kerajaan PAS Kelantan membinanya, cuma batu asas konkrit sahaja yang kerajaan Pas Kelantan mampu membinanya. PAS gagal tunai janji.
Akhirnya kerajaan PH juga yang membantu membina jambatan tersebut sepertimana 5 projek ECER diKelantan yang telah diluluskan kosnya oleh kerajaan PH.
- Bandar Baru Pengkalan kubur -PAS gagal tunai janji.
16 . Bandar Baru Pulai Chodong – PAS gagal tunai janji.
- Bandar Baru Rantau Panjang – PAS gagal tunai janji.
- Bandar Baru Bachok – PAS gagal tunai janji.
- Bandar Baru Islam Tok Bali seluas 140 hektar – PAS gagal tunai janji.
- Bandar Baru Wakaf Mek Zainab – PAS gagal tunai janji.
- Bandar Baru Tunjong seluas 2000 ekar gagal dibangunkan. Kes Saman mahkamah kerana gagak ikut perjanjian -PAS gagal tunai janji.
- Projek Airport City diPengkalan Chepa seluas 200 ekar. PAS gagal tunai janji.
- Projek Kandis Eco Tourism di Bachok seluas 7 ekar. PAS gagal tunai janji.
- Projek Kelantan Biotech corp. di lojing – PAS gagal tunai janji.
- Projek Bachok Perdana seluas 10 hektar – PAS gagal tunai janji.
- Projek Solar Park Danau Tok Uban di Pasir Mas – PAS gagal tunai janji.
- Pembinaan Stadium Baru diTunjong dan Bukit Merbau – PAS gagal tunai janji.
- Pembinaan Tebatan Banjir di Sungai Kelantan bagi mengurangkan fenomena banjir sepertimana pihak Thailand telah siap membinanya – PAS gagal tunai janji.
- Pelabuhan Pantai Seri Tujuh diTumpat – PAS gagal tunai janji.
- Projek AFTA City di Rantau Panjang – PAS gagal tunai janji.
- Projek Bazar Tok Guru – walaupun sudah siap tapi tiada penyewa yang menyewa.
- Projek Madhinatur Raudhah di Kota Bharu – PAS gagal tunai janji.
- Projek MPKB Highrise Tower diatas tapak asal Pasar Malam Parit Dalam – PAS gagal tunai janji.
- Projek Batutta Villa di Telipot – PAS gagal tunai janji.
- Masjid Baru Tunjong – PAS gagal tunai janji.
- Masjid Baru Kampung Sireh – PAS gagal tunai janji.
PAS gagal tunai janji. - Masjid Baru Tok Bali – PAS gagal tunai janji.
- Janji Pemberian WIFI percuma kepada rakyat Kelantan -PAS gagal tunai janji.
- Janji Pendidikan Percuma kepada rakyat Kelantan – PAS gagal tunai janji.
- Janji Bas sekolah percuma kepada setiap keluarga miskin – PAS gagal tunai janji.
- Melupuskan hutang PTPTN – PAS gagal tunai janji.
- Memberikan bantuan one off rm2000 kepada setiap wanita sebagai modal perniagaan – PAS gagal tunai janji.
- Memberikan bantuan pinjaman wang ringgit dan tiada cukai eksais bagi pembelian kereta pertama dibawah 1.3liter – PAS gagal tunai janji.
- Mengurangkan harga rumah mampu milik diantara harga antara rm50 ribu sehingga rm180 ribu. ( Harga asal rm 200 ribu hingga rm350 ribu ) – PAS gagal tunai janji.
- Membuka semula rancangan pembangunan tanah kepada golongan muda sebagai satu usaha memilik tanah kerajaan negeri melalui bidang pertanian – PAS gagal tunai janji.
- Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi ke2 dan ke3 warga FELDA – PAS gagal tunai janji.
- Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan miskin secara tetap bulanan –
PAS gagal tunai janji. - Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus berkonsepkan Ubudiyah, Mas’uliyyah dan itqan ( UMI ) – PAS gagal tunai janji.
- Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah setempat –
PAS gagal tunai janji. - Mestrukturkan semula kadar bayaran TOL untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi TOL yang melebihi 15 tahun -PAS gagal tunai janji.
- Membina Hospital Pakar baru selaras dengan nisbah penduduk sepertimana yag disarankan oleh PBB – PAS gagal tunai janji.
Lihatlah janji janji PAS wahai mereka yang celik dan tidak pekak, satu pun janji PAS diatas PAS tidak mampu laksanakan dan ditunaikan sehingga ke hari ini.
Sedangkan janji Janji manifesto Kerajaan terdahulu seperti kerajaan BN dan PH separuhnya telah dilaksanakan ..
Gelaran raja “Hanceng” sebenarnya adalah milik PAS sejak berpuluh tahun lamannya.
Kenapa PN,BN dan MN tergamak dan sampai hati mengaibkan dan memalukan Pas sebegini rupa?
NIZAM AKA

Sedangkan dgn sokongan
wakil-wakil Pas lah ramai
wakil-wakil dari Bersatu,Umno dan Bn
dilantik menjadi menteri dan tim menteri?Malah ramai yang dilantik menjadi
pengerusi GLC..Maknanya mereka mendapat isi,sdangkan Pas hanya mndapat kuah..Bukan
main lagi Takiyuddin maklumkan yang Pas akan brtanding 10 kerusi dalam PRN
Sabah..Malah,Taki dalam persediaan untuk umumkan Dun yang bakal pas
bertanding..TGHH pula sanggup merendahkan nama Pas dengan memberi kesanggupan
menggunakan dacing BN..Semuanya nampk happy dan semangat..
Tiba-tiba pd hari
ini,kesemua parti-parti yang bernaung di bawah PN bersama Pas mndapat seat untuk
bertanding,tapi malangnya Pas tak dapat walaupun 1 kerusi..Lebih malang lagi,wakil
Pas tak dijemput pun untuk hadir dalam majlis pengmuman calon tersebut.. Rasa
kecewa,sakit hati,malu dan rasa terpinggir itu diluahkan oleh MP Pas Pasir Mas..Jelas,Pas seolah-olah tiada nilai
dan tiada harga dalam PN dan MN..
Kapada rakan-rakan dalam
Pas,kamipun tumpang sedih dan rasa simpati atas penghinaan kepada Pas itu..
Satu kisah Air Asia.
Aku dibantu oleh seorang kawan, belikan tiket untuk aku boleh
pergi ke Sabah dengan Kota Kinabalu pintu masuknya.
2. Tujuan pergi untuk aku katanya tolong-tolonglah Calon UMNO/BN
tu abang.. Saya belikan tiket untuk abang.
3. Bila dia bagi cetakan tiket.. aku akan terbang jam 2.40 ptg.
Maka saperti biasa aku akan pergi awal. Jam 12.00 tengah dah sampai KLIA 2. Aku
kenal sangat masalah Lapor Masuk dengan Air Asia. Dengan bantuan seorang
kakitangan Air Asia. Lapor Masuk berjalan dengan baik. Aku diberikan pass
berangkat.
4. Tanpa aku periksa dan dia pun tak beri tahu bahawa no pesawat
aku bertukar dari Jam 2.40 ptg ke 2.05 petang. Jam 2 Petang.. aku masih diluar
diluar tidak masuk ke pintu berangkat. Jam 2.15 aku masuk ke Terminal yang aku
tertulis dalam tiket asal.
5. Sampai jam 2.30 aku tengok di pintu keberangkatan aku tidak
ada orang. Dalam fikirkan aku tak kan kosong penerbangan ke Kota Kinabalu. Maka
aku bertanya dengan pertugas yang berada di pintu itu. Betulkah ini tempatnya
dengan menunjukkan tiket asal. Pertugas itu menjawab.. pesawat sudah terbang
jam 2.05 minit tadi. Kamudian dia minta pass berangkat. Kan Pak Chik.. kena
lapor jam 1.35 tengah hari, ujar lagi. Waduh kata aku.
6. Baru akun tahu bahawa jadual penerbangan aku sudah berubah.
Maka pertugas itu minta berhubung dengan Pusat Perkhidmatan Air Asia dan dia
menambah bagasi aku sudah dikeluarkan dan minta aku ambil bagasi di Pusat
Perkhidmatan itu.
7. Aku ikut arahannya. Di Pusat Perkhidmatan Pelanggan aku di
serahkan bagasi aku semula. Pegawai Pertugas kata.. naik semula ke Pusat
Pelanggar aras 3. Jika mahu membeli tiket semula.. Tiket itu di kira sudah 'burn'
atau terbakar. Tak boleh berbuat apa-apa.
8. Aku pun naik ke Pusat Pelanggan di Lobby Pelepasan. Aku
mengadu dan menceritakan apa yang terjadi. Siapa yang silap, aku atau Air Asia
atau kedua duanya. Aku dan Air Asia.
9. Mula-mula pertugas itu berita tahu ada dua penerbangan . Yang
pertama jam 5.00 petang harga tiketnya dalam 760.00 ringgit dan jam 8.00 malam
harganya 240 ringgit. Aku pun merayu.. bahawa aku pun lewat. Kegagalan kerana
tiket dan pas pelepasan berbeza. Bagaimana pun aku sudah bersedia untuk membeli
tiket baru.
10. Kerana pertugas itu tidak ada autoriti.,dia berbincang
dengan pegawai atasannya. Akhirnya keputusan tiket aku diganti dengan
penerbangan jam 5.00 petang tanpa membayar sebarang bayaran tambahan.
11. Pegawai bertugas Air Asia berjumpa aku.. namanya Zamry. Aku
melawak dengannya macam nama Pengerusi MAB aja. Kira-kira saya jumpa Pengerusi
MAB lah ini.. Dia ketawa. Dan bagi Air Asia dia minta maaf.
12. Biasanya aku ada dua kad nama. Satu ada tulis Dato' dan satu
kosong. Aku bagi yang tidak Dato.. maka berkali-kali dia panggil Encik Zaharin.
Aku senyum sahaja dan ucap juga terima kasih kepadanya. Kerana katanya jarang
berlaku Air Asia akan mengganti tiket dan itu bukan dasarnya. Tetapi penjelasan
En Zaharin, saya terima. Pegawai kaunter Lapor Masuk tidak memberi tahu
pertukaran jadual penerbangan.
Ini satu kisah yang perlu aku catatkan.. supaya peringat kepada
yang lain. Bila naik Air Asia jangan tengok tiket yang asal sebalik tengok
maklumat dalam Pass Berangkat (boarding pass). Jika tidak menjadi saperti aku..
tertinggal pesawat.
Sang Kelembai
September 10, 2020
Kota Kinabalu. Sabah.
KETIDAKPATUHAN DAN SIKAP TIDAK ENDAH BOLEH MENGAKIBATKAN KEGAGALAN
KES COVID-19 DI MALAYSIA,
PESANAN DARI KKM...


Dalam perjuangan Negara kita memerangi virus COVID-19, kepatuhan
kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalan kebiasaan serta normal baharu
terbukti berkesan dalam mengawal dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 di
negara. Ini dapat dilihat sejak lonjakan kes pada permulaan bulan Mac 2020
sehingga ke penurunan kes kepada satu digit pada awal bulan Jun 2020.
Walaupun vaksin bagi COVID-19 masih belum lengkap dibangun dan
diuji, namun kaedah-kaedah pencegahan jangkitan dan kawalan kesihatan awam yang
telah digunapakai seperti penjarakan fizikal (physical distancing), pemakaian
alat pelitup muka (facemask) serta amalan kebersihan tangan yang kerap telah
bertindak sebagai sistem pertahanan bagi setiap individu, keluarga dan
masyarakat dalam menentang virus COVID-19.
KKM ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa perkara ini perlu
terus dilaksanakan pada setiap waktu dan tempat, agar ianya terus menjadi
kebiasaan dan kebudayaan baharu. Sekiranya masyarakat leka, ianya akan membawa
kepada kegagalan. Virus COVID-19 akan kembali merebak, kes harian dan kes di
hospital dan ICU akan kembali menaik.
Lebih teruk lagi, kematian akibat COVID-19 akan meningkat
seperti yang dilihat di banyak negara luar.
Mencegah penularan COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama.
Ayuh, bersama-samalah kita galas tanggungjawab ini dan pastikan kita menang
dalam memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini.
**************************
KERA MENGAMBANG DI SABAH GAGAL LAGI
“Hanya rakyat yang akan mampu menewaskan rampasan kuasa jahat yang telah dilancarkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dengan sokongan penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
“Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya politik khianat yang dilakukan Tan Sri Musa Aman, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Perikatan Nasional serta tawaran sehingga RM32 juta seorang, bersekali dengan tawaran jawatan Timbalan Ketua Menteri,” menurut kenyataan itu.
NETIZENS BERANG CAJ PERKHIDMATAN ATAS PEMBELIAN DALAM TALIAN
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas Zahidi apabila tidak sibuk cari pasal dengan anak muda dan memfitnah Veveonah, rajin cari jalan untuk membebankan Rakyat pula.
"Semasa Negara sedang dilanda pandemik dan ramai Rakyat terjejas pendapatan, Kerajaan PN ingin memperkenalkan cukai baharu terhadap pembelian E-Dagang.
TOK USIN MIMPI LAGI

Tok sujud syukur
berkali-kali. Di bawah kerajaan yang guru tok masuk ikut atap ini, dapat juga
parti keramat tok ini bertanding di Sabah. Sekurang-kurangnya Sabah adalah
negeri yang bakal guru tok laksanakan hukum hudud seperti yang telah guru tok
laksanakan di Kelantan dan Ganu. Sepuluh calon dari parti guru tok pasti akan
menang dan lebih bangga lagi kerana parti guru tok lebih banyak dapat kerusi
bertanding di Sabah berbanding parti Anwar.
Dan...
Huisshh..terkejut. tok terkejut dari mimpi. Bini tok kejut tok ajak main...malam jemahat, katanyam. jilakee..tengah syok mimpi tadi..
TERINGAT SUATU KETIKA DAHULU BILA KOMENEH MENJADI IDOLA MAHACAI DAN LEBAI
Teringat dulu, WALAUN & MACAIumno mengamuk bila askar Melayu kena sambut Liew Chin Tong, anak cina tempatan.
Ni askar Melayu siap tabik hormat lagi sambut KOMUNIS-Cina luar?
Mana pendekar-pendekar semua? Kenapa takut nak maki.. ker DAH JADI BARUA KOMUNIS !!
Askar Melayu tabik hormat kepada rejim komunis. Patutlah tak
masuk dalam berita, radio kat Malaysia ni. China komunis tu ada kuarantin 14 hari
ke? Mesti tak ada... ABAHko tu kan ketua PNipu.

TAK PERNAH SERIK DAN LAGI DAN LAGI KENA SAMAN ..

TAK HERANLAH.. kenapa Pesuruhjaya PAS Perak YB Razman Zakaria enggan mohon maaf terhadap YB Datuk Seri Mohammad Nizar walau pon kalah saman fitnah dahulu..
Rupa-rupanyanya nak terus giat aktif tabur fitnah lagi !!
Parti Ajaran Sesat (PAS) mana tahu hukum dosa memfitnah..
KASIHAN..BEGINI NASIB PAS
Di sebalik bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional atau PN di peringkat Pusat dan dalam masa yang sama bermuafakat pula dengan UMNO dalam Muafakat Nasional atau MN, PAS benar-benar ditimpa malang lantaran tidak dijemput oleh PN atau BN dalam majlis pengumuman calon kedua-dua gabungan tersebut.
“Kita tak dijemput,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.
Dalam waktu yang sama pula, setakat ini boleh dikata tidak ada kerusi diperuntukkan kepada Pas untuk ditandingi di mana baik UMNO mahuoun Bersatu, mereka sudah pun mengumumkan jumlah kerusi serta calon yang akan bertanding pada 26 September nanti.
UMNO akan bertanding 31 kerusi, manakala Bersatu 19 kerusi dan selebihnya akan ditandingi oleh parti-parti bukan Melayu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan meluahkan hasrat Pas mahu bertanding 10 kerusi tradisi yang biasa ditandingi parti itu.
Tetapi, dengan perebutan kerusi antara UMNO dengan Bersatu, Pas nampaknya benar-benar tersisih, tidak dipeduli serta tidak dianggap penting dalam politik Sabah.
Kesiannn…begini akhirnya nasib Pas!!
Baik BN atau PN, kedua-duanya langsung tidak memperdulikan mereka.
Sudahlah tidak diperuntukkan kerusi, dijemput ke majlis pengumuman calon pun tidak juga.

Bagaimanapun, menurut Aminuddin, PAS akan menunggu pengumuman rasmi daripada Muhyiddin Yassin sendiri dalam acara yang menurutnya akan berlangsung esok pagi.
Menurutnya, beliau sendiri sebenarnya amat menunggu pengumuman Muhyiddin esok dan wakil pimpinan PAS Pusat juga dijangka akan hadir sama.
Pun begitu, katanya PAS akan berlapang dada dan menerima apa saja keputusan yang dimuktamadkan terhadap mereka dengan hati terbuka.
“Itulah (pengumuman esok) yang sahihnya, itulah berita yang tepatnya.
“Kalau dia (Muhyiddin) kata PAS tak bertanding, tak bertandinglah.
“Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi misalnya, maka PAS (akan) bertanding 10 kerusi,” jelas Aminuddin lagi.
Hmmmmm…..(Shahbudindotcom 10/09/2020)
Subscribe to:
Posts (Atom)
