PAK ARAB UCAP TAHNIAH....TU DIA NAJIB NAK JAWAB MACAM MANA.LEBAI PULA LUPA LUPA LENA


W.FAUDZIN

Dapat ucapan tahniah dari Arab kerana berjaya buktikan siapa perompak duit rakyat yang digelar MO1 itu. Dia kata, duit daalm akaun dia tu adalah derma dari Arab, tapi Arab ucap tahniah bila dia kena...pelik kan?
Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Ali Al-Salim السليم علي @alialsalim Congratulations to the people of Malaysia and its justice system. Reuters @Reuters 22m Malaysia court finds former Malaysian prime minister Najib Razak guilty all seven charges in case linked to #1MDB ARAB YANG DIDAKWA DERMA DUIT KEPADA NAJIB BERSYUKUR APABILA REUTERS NAJIB DIDAPATI BERSALAH‎"‎‎

HISAP VAPE KE TU?


NORSHIDAH MOHD DAUD

Undang-undang x benarkan merokok kat kedai makan korang maki PH kaw-kaw
Arini Menteri korang isap vape dalam Parlimen
Para walaun & mewaun senyap sunyi terkancing gigi




Image may contain: one or more people, text that says "2:47 Tweet Hishammuddin Hussein @HishammuddinH20 Sorry, didn't realise it'sa new habit. apologise to the Dewan and promise to not do it again Mhd Shamin @shamienhereyo-1h Adoiii buat hal betul laa Show this thread Tweet your reply"

ATM ADA LTAT TETAPI MENGAPA VETERAN MASIH MISKIN?

YDP YADIM dikecam pakai kopiah Pas ketika program rasmi



Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan telah menampilkan imej kepartian dalam program rasmi yayasan tersebut.

Dalam gambar yang dimuatnaik di laman Facebooknya semalam, Nasrudin dilihat memakai kopiah berlambang Pas ketika program YADIM di sebuah masjid di negeri Perak semalam.
Program Cuci-cuci Masjid dan Musaadah Covid19 itu telah diadakan di Masjid Fazullah Kg Teluk Kepayang dan turut hadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri.

“YADIM Peduli meneruskan program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah Covid 19’ di Masjid Fadhlullah Bota Perak.

“Lebih kurang 20 buah kampung dari qaryah tersebut mendapat sumbangan asnaf daripada YADIM,” tulis AJK Pas Pusat itu.

Tindakan tersebut telah mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan adakah YADIM ini adalah milik Pas.
“Yadim sudah diPas kan ke?,” soal pemilik akaun Facebook bernama Bidadari Besi.

Dalam pada itu, pemilik akaun bernama Pak Teh Pak Lang tindakan tersebut adalah kesan daripada tindakan kerajaan melantik ahli politik memegang jawatan tersebut.

“Bagi jawatan kat ahli politik penunggang agama ni, semua benda nak dipolitiknya,” katanya

Abu Thoriq As-suri pula berharap agar pemimpin tersehut tidak lagi memakai kopiah berlampang Pas itu lagi selepas ini semasa program YADIM.

“Harap kopiah Pas tu tak lagi dipakai selepas ini.

“YADIM kan badan dakwah yang sepatutnya natural, tak menyebelahi mana-mana pihak, apatah lagi parti politik,” katanya.


PENYOKONG BN MAHU BERSATU BERTANDING SENDIRI DI SABAH?

Apa yang anda tahu mengenai letupan di pelabuhan Beirut?



Ia berlaku pada pukul 6:07 petang waktu tempatan Selasa berhampiran pelabuhan dan daerah pusat Beirut, tempat pelancongan  dan daerah perumahan yang berpenduduk tinggi.

Sebaik meledak, impak letupan membalikkan kereta, menghancurkan kaca dan menyebabkan beberapa rumah runtuh.

Bangunan yang rosak termasuk ibu pejabat bekas Perdana Menteri Saad Hariri dan biro CNN di pusat bandar Beirut.

Rumah sejauh 10 kilometer (6 batu) rosak, menurut saksi.

Mangsa: Sekurang-kurangnya 135 orang terbunuh dalam letupan itu dan 5.000 yang lain cedera, kata pegawai, dan jumlah kematian dijangka meningkat.

Antara yang terkorban adalah setiausaha agung parti politik Kataeb, Nazar Najarian, menurut NNA. Dia berada di pejabatnya ketika letupan itu berlaku dan mati setelah cedera parah.

Sekurang-kurangnya seorang warga Australia dan seorang Amerika terbunuh, menurut pegawai dari negara-negara tersebut. Dua warga Filipina juga mati akibat letupan itu, dan lapan yang lain cedera, kata satu kenyataan dari Kedutaan Filipina di Beirut. Sebelas pelaut Filipina yang lain masih hilang.

Punca letupan: Terdapat laporan yang bercanggah mengenai penyebab letupan itu. Letupan itu pada mulanya disebabkan pada kebakaran besar di gudang tempat simpanan mercun berhampiran pelabuhan.

Tetapi pada hari Rabu pagi, Perdana Menteri Hassan Diab mengatakan bahawa kira-kira 2.750 metrik tan ammonium nitrat, bahan yang sangat mudah meletup, telah disimpan di gudang pelabuhan selama enam tahun terakhir "tanpa langkah pencegahan."

Akibatnya: Lebanon telah memperuntukkan 100 bilion pound Lebanon - yang, menurut kadar pemerintah, sekitar $ 66,335,000 - untuk menangani kesan letupan itu, kata akaun Twitter Presidensi Lubnan pada hari Rabu.

Kumpulan bantuan seperti UNICEF dan Palang Merah mempunyai pasukan di lapangan yang membantu pihak berkuasa, dan telah mengemukakan permintaan terbuka untuk menderma darah.

Dipetik dari: Berita Palataw




TANDA TANDA PILIHANRAYA DAH NAK DEKAT


Ahmad Shahril


APA PUNYA LEKEH KERAJAAN PN NI..


Sehingga ini belum ada penjelasan berhubung dakwaan bahawa dana GLC diguna setiap hari untuk menaja jamuan VVIP di Parlimen.
Dakwaan tersebut telah disiarkan di beberapa portal, malah tular di media sosial sejak semalam.
Sebelum ini, sejak Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, beliau telah melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk menerajui GLC-GLC bagi memastikan sokongan terhadapnya berkekalan, meskipun sesetengahnya diragui dari segi kelayakan dan kemampuan.
Kini, GLC-GLC digunakan sekali lagi untuk menaja makan tengahari VVIP setiap hari di Parlimen, termasuk yang dihadiri oleh Muhyiddin dan Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun.
Apa perlunya dana GLC diguna untuk menaja makan tengahari mereka yang bergaji puluhan ribu itu?
Sudah diberi gaji berpuluh ribu, sekarang kikis lagi wang GLC untuk menaja makan mereka?
Apa punya lekehlah kerajaan PN ini?
Tak boleh tanggung makan sendiri ke?
Sudahlah ramai rakyat dilanda kesusahan disebabkan tiada pekerjaan, bahkan ada yang dilaporkan membunuh diri kerana dibuang kerja, tetapi ahli-ahli politik yang berkuasa nampaknya tanpa ada perasaan melantak sesuka hati membesarkan perut sendiri dengan mengguna dana GLC setiap hari sesi Parlimen diadakan.
Sebelum ini, baik ketika BN atau PH, amalan seperti ini tidak pernah sama sekali berlaku.
Kenapa sekarang ia berlaku di zaman PN yang diketuai oleh Muhyiddin?
Bukankah Muhyiddin anak seorang ulama?
Inikah juga kerajaan yang dikata nak menjaga dan membela rakyat? (Shahbudindotcom 06/08/2020)

RENTASAN 722 | PIMPINAN UMNO TERBUKTI TOLAK PN DAN BERSATU?



MENARIK DALAM RENTASAN 722 1. KUNJUNGAN FADZIL NOOR DENGAN HADI AWANG BERBEZA! 2. UMNO/BN ENGGAN BERKORBAN UNTUK PN 3. PEMUDA AMANAH CADANG GUNA LOGO WARISAN 4. PENSTRUKTURAN TABUNG HAJI DAPAT ANUGERAH ANTARABANGSA





PUNYA NAK BELA NAJIB KLEPTOKRASI - MANA BUKTI NAJIB DIZALIMI?


Setiausaha Agung PAS Dato' Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Undang-Undang menciap di Twitter: "Ada masanya kami tiada kuasa untuk menghalang ketidakadilan, tetapi jangan sampai tiada masa untuk memprotes... Ciapan tersebut telah dipadam. Namun ia tidak hilang daripada laman sosial.


AKHIRNYA RUU355 TERKAPAR DI LAUTAN ALASAN



Pada 18 Oktober 2018 Hadi Awang menjelaskan PAS menangguhkan sementara pembentangan RUU355, sehingga tiba masanya.. “Usul itu tetap akan dibawa oleh PAS pada persidangan Parlimen akan datang, tetapi masanya belum ditetapkan,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan peserta ketika menjadi ahli panel pada Forum Perundangan Islam bertajuk Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Perundangan Islam di Dewan Besar Wisma Darul Iman, seperti dipetik.


DAP titipkan doa, ingatan buat Lubnan


Oleh Teo Nie Ching
(Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ahli Parlimen Kulai)
Malam tadi, berlaku letupan berhampiran pelabuhan Beirut yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 78 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 4,000 orang sementara ramai lagi yang belum ditemukan.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatannya, letupan itu dikatakan berpunca daripada bahan letupan yang dirampas antara 2013 dan 2014 oleh Kerajaan Lubnan.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Malaysia telah meminta dan mendesak Kerajaan Malaysia untuk memberikan bantuan segera kepada Lubnan berdasarkan keperluan.
Kami di DAP turut bersolidariti bersama seluruh masyarakat dunia berikutan tragedi dahsyat yang menimpa masyarakat Lubnan. Doa dan ingatan kami titipkan pada Lubnan, rakyatnya, pemerintahnya, dan saudara kami dari Parti Sosialis Progresif Lubnan yang ditimpa bencana di tengah-tengah berlakunya wabak.
Buat Lubnan, kami bersama anda dengan doa dan harapan tinggi agar tiada lagi nyawa diragut oleh letupan itu dan mereka yang hilang akan segera ditemui. 


‘Kerajaan PN tidak peduli prinsip kebebasan akhbar, maklumat’


Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap ahli Parlimen Bagan, Saudara Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 5.8.2020
DAP mengecam tindakan kerajaan terhadap Al Jazeera, Astro dan Unifi TV kerana menyiarkan dokumentari tentang migran semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menyiasat Al Jazeera di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tindakan sedemikian terhadap sebuah rangkaian berita antarabangsa akan mempunyai kesan yang buruk terhadap prinsip kebebasan akhbar dan maklumat serta ke atas profesionalisme pengamal media. Ini kerana, demi mengelak daripada tindakan perundangan di masa depan, pengamal media akan terpaksa mengamalkan tapisan kendiri (self censorship).
Keadaan ini sudah terbukti bukan setakat dalam media arus perdana bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, malah dalam media bahasa Cina. Sebelum pertukaran Kerajaan Persekutuan, media arus perdana bahasa Cina utama akan memberikan ruang liputan yang lebih besar kepada parti-parti pembangkang berbanding kerajaan PH. Namun, selepas kerajaan PN mengambil alih, keadaan menjadi terbalik. Malah, beberapa orang wartawan kanan mereka memainkan peranan yang aktif mendukung dasar-dasar PN.
Tindakan menindas oleh kerajaan menunjukkan bahawa PN tidak mempedulikan prinsip kebebasan akhbar dan maklumat, dan mereka lebih berminat untuk membungkam suara alternatif bagi memaksa pematuhan dan mewujudkan iklim autoritarian yang tidak boleh menerima sebarang kritikan, waima pandangan yang bernas.
Kerajaan PN tidak memberi maklum balas kepada permintaan Al Jazeera untuk mendapatkan pandangan kerajaan, sebaliknya memilih untuk menghukum Al Jazeera, dan ini dilihat umum sebagai salahguna kuasa. Menteri Komunikasi dan Multimedia kini bagai sesumpah bertukar warna, apabila beliau secara terbuka menyokong tindakan menindas tersebut dan bukan kebebasan akhbar dan maklumat.
Demi kepentingan awam, kerajaan perlu menghentikan tindakan sedemikian serta merta jika PN betul-betul komited untuk mendukung demokrasi, akauntabiliti dan ketelusan.  


Kerajaan digesa pertimbang moratorium terhadap pendakwaan cubaan bunuh diri


Lim Yi Wei
(Adun Kampung Tunku)
Minggu ini, seorang lagi mangsa cubaan bunuh diri didakwa dan dijatuhkan hukuman undang-undang. Penganggur yang berumur 28 tahun tersebut didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, individu yang disabit kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan pendakwa raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh yang cuba membunuh diri itu dianggap “telah menyusahkan banyak pihak semasa kejadian”.
Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah banyak memberi kesan ke atas kesihatan mental rakyat Malaysia. Kehilangan pekerjaan, potongan gaji, rasa terasing berikutan penjarakkan sosial, serta rasa gusar akan pandemik dan garis panduan yang sering berubah-ubah ialah antara beberapa faktor tekanan perasaan.
Seawal 28 Mac, seorang pesakit dalam pemerhatian untuk Covid-19 di Hospital Serdang telah cuba membunuh diri.
Pada bulan April, seorang lelaki berumur 20 tahun di Sibu cuba membunuh dirinya dek rasa takut tidak dapat pulang ke kampung di Kapit kerana kehabisan wang. Dia turut disiasat di bawah Seksyen 309.
Pada bulan Jun, seorang penganggur berumur 42 tahun, yang cuba menikam dirinya menggunakan serpihan tingkap, telah dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Kemerosotan tahap kesihatan mental rakyat Malaysia jelas terlihat di mana jumlah kes bunuh diri sebanyak 78 sejak PKP dikuatkuasakan (18 Mac) sehingga 9 Jun. Pada tempoh yang sama tahun lepas, jumlah kes bunuh diri sebanyak 64.
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) Liew Vui Keong, pada Disember 2019 Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan bahawa pindaan undang-undang sedia ada bagi memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah boleh dibentangkan di Parlimen seawal Jun 2020.
Malangnya, setelah disoal di Parlimen oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching YB Dr. Kelvin Yii, menteri undang-undang kini iaitu YB Takiyuddin Hassan berkata pindaan tersebut masih diteliti oleh Jabatan Peguam Negara.
Sementara kajian ke atas undang-undang masih dijalankan, saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan moratorium terhadap pendakwaan atas cubaan bunuh diri. Seperti yang telah lama disuarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para aktivis kesihatan mental: mereka yang cuba untuk bunuh diri perlu dibantu, bukannya dihukum penjara atau denda – terutamanya mereka yang hilang pekerjaan dan paling terkesan akibat krisis Covid-19. Setiap cubaan bunuh diri yang gagal tidak patut dipandang sebagai satu beban, sebaliknya ia wajar dilihat sebagai satu nyawa yang berjaya diselamatkan. Adakah kita akan memberi sokongan dan membantu mangsa yang terselamat kembali berdiri di atas kaki sendiri? Atau adakah kita akan terus menekan mereka dengan undang-undang yang telah lapuk?


GUBAL SEGERA AKTA ANTI-LOMPAT PARTI – LIM LIP ENG

MENTERI..NAK TEMBERANG KE?

ZUBAIDI SUDIN




Apa dia ckp ni? Hampir sejuta rakyat di negara sendiri hilang pekerjaan pun tak mampu KERAjaan PN bela, lagi ngaku nak bela rakyat Malaysia yang kerja di Singapura? Temberang ke? 🤔
***************
VIDEO: Kerajaan jamin bela nasib warga Malaysia hilang kerja di Singapura



KARTEL MASIH DALAM PARTI-BANYAK LENA KA APA NAK SIMPAN?

RINA HAMZAH

KARTEL masih dalam parti !!!!!
No 1 - Kamri. Bendahari Cabang yg dilantik Zuraida.
No 2 Suzana, isteri Kamri. AJK Cabang dalam cai Zuraida. Lobi untuk jadi Penyelaras BA.
No 3 Daing - orang kuat Razlan Jalal. Pukul Rafizi di Sabah masa pemilihan di sana. Lobi untuk Penyelaras Lembah Jaya.
No 4, Rozmi sedang susun untuk rampas cabang Ampang. Mereka dah pegang MB kuat-kuat. Lembu korban untuk Ampang mereka yg uruskan.

MOHON KERAJAAN LEBIH BERETIKA


Anwar Ibrahim

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah terkini warga yang menganggur telah mencecah lebih 800,000 atau 5.3%, dan angka ini dijangka akan mencapai 1 juta pada hujung tahun ini. ‬

‪Mohon kerajaan yang ada pada hari ini untuk lebih beretika dantunjuk teladan yang baik. ‬


MAFHUMNYA : CELAKA LAH KAMU.


APA UNTUNGNYA BERBUAT DEMIKIAN?



Jika benar beliau ini salah seorang AJK Pemuda Amanah Nasional, saya rasa ianya keterlaluan di dalam mengungkapkan status di dlm FB beliau sedemikian.  Tiada masalah beliau menyanjung Mahathir sbg Legend, itu haknya dan kita pun tidak memaksa sesiapa untuk menyokong Anwar. 

Tiada juga masalah kalau dia mahu buat poster ucapan Hari Raya hanya dengan meletakkan logo partinya dan Bersatu "black out'.  Itu haknya juga.  Tetapi perlu apa mahu sentuh peribadi Anwar?  Anwar pernah sentuhkah mana2 pimpinan di dalam PH?  Marah sangatkah kita tidak boleh jadi kerajaan di bawah Mahathir sekali lagi?

Sebagai pemegang jawatan di peringkat Pusat, beliau sepatutnya tidak boleh berkelakuan seperti ini.  Ianya tidak membantu memperkuatkan Amanah jauh sekali mencemarkan imej Anwar. 

WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen PN jamu selera RM10,000 sehari, dakwa MP Batu

Ahli Parlimen PN jamu selera RM10,000 sehari, dakwa MP Batu

DULU KATA TAK TAHU DUIT DARI MANA, SEKARANG UNTUK ANAK YATIM?