Jikalau org berumur dapat kain batik/pelikat sehelai, RM100 dah
sia2kan undi 5 tahun angkat spesis penyamun, persuah, penipu, penunggang agama.
Ni yang 18 tahun, jangan la dapat jersey untuk main futsal
korbankan 5 tahun usia kamu. Yang perempuan dpt pula tudung jenama artis. Banyak
tu saja ke nilai hidup kamu?
Jadilah pengundi yang cerdik, jangan ulangi kesilapan mak ayah
dulu. Susah2 mereka tak sesusah kamu. Dulu mereka tak payah bersaing dgn warga
asing. Dulu walau susah, harga makanan murah. Dulu mereka banting tulang antar
anak belajar, anak tamat belajar, dah boleh balas jasa mereka sebab ada kerja
menanti. Dulu mereka dapat beli rumah walau kerja kerani. Dulu mereka hanya ada
radio dan tv. Apa berita dari tv itulah yang mereka yakini dan terus beri undi.
Zaman sudah berubah, tidak sama dengan zaman ibu bapa lagi.
Sekarang pelbagai info dihujung jari. Sekarang mesti punya halatuju, atau kamu
akan terus teraba-raba, tidak pasti. Jangan sesekali ulangi kesilapan ibu bapa
kamu lagi KERANA apa yang kamu rasai adalah kesan kesilapan mereka.
Tiada pekerjaan, lambakan pekerja asing, tiada simpanan, tiada
peluang memiliki aset adalah hasil kesilapan dan kealpaan mereka memilih
pemimpin yang tidak layak menjadi kerajaan. Mereka tergoda dengan pemberian
yang sedikit lalu kuasa undi mereka disia-sia dan menangkan perompak penyamun
yang menjarah negara. Jangan kamu ulangi kesilapan mereka kerana kesilapan kamu
akan memusnahkan negara. Ayuh anak muda, buka mata, telinga, mulut dan minda.
Sedarlah bagi segala masalah mesti ada punyanya. Pastikan anda ketahui punca
agar undi yang anda buang tidak sia-sia. Hanya anda sebagai rakyat mampu
menyelamat. Hanya anda mampu menyekat Malaysia dari pemimpin jahat. Mulakan
dari sekarang, masa jangan dibuang disia-sia. Buatlah persediaan agar undi yang
anda buang tidak mengkhianati diri anda.