Asal bukak mulut je muhong. :)
Aman Muhamad
Aku telah menonton video terbaru MB Kedah menjawab isu LRA Sungai Limau, ada member share dalam grup tadi.
Dan seperti biasa, MB Kedah tidak berasa bersalah walaupun LRA Sungai Limau tu sudah terbengkalai sepenuhnya.
Dan seperti biasa juga, MB Kedah maki orang lain, menyalahkan orang lain kecuali dirinya sahaja.
1) Yang pertama, MB Kedah maki dan sindir Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasir.
Dia maki kata Menteri Ekonomi ni dulu budak Rafizi, pastu khianat Rafizi pergi kat PMX dapat jadi menteri.
Dan ayat yang paling licik digunakan oleh MB Kedah ialah, "Dia (Menteri Ekonomi) pun tahu apa masalah LRA tu", memberi naratif fitnah kepada Menteri Ekonomi sseolah-olah sengaja mencipta persepsi memburukkan diri dia.
2) Yang kedua, MB Kedah salahkan sistem atau jawatankuasa tender yang pilih kontraktor (Widad). MB Kedah kata bukan kerajaan yang lantik.
Kalau baca tajuk berita Bursa pun, "Widad dapat kontrak RM89.8 juta daripada KERAJAAN KEDAH", takde sebut pun dapat kontrak daripada sistem.
Asal bukak mulut je muhong.
3) Pastu dia salah Covid, naik harga sebab Covid. Hari tu asrama UniSHAMS tak siap-siap dia salahkan harga diesel naik walhal sangkut sejak tahun lepas.
Sedangkan, tender LRA Sungai Limau dibuat di zaman Covid, bukan dibuat sebelum zaman Covid.
Asal bukak mulut je muhong.
4) Pastu dia pusing cerita pasal projek negeri lain pun ada EOT. Ada 10 kali EOT sebab VOP.
Wahai MB Kedah, projek negeri lain ada 10 EOT pun, masih tetap berjalan. ni LRA Sungai Limau di bawah negeri hang ni terbengkalai terus pasai apa?
Asal bukak mulut je muhong.
5) Dan terakhir sekali, aku tunggu jugak dia sebut tapi sampai ke sudah MB Kedah tak berani sebut, iaitu JANJI yang MB Kedah sebut nak siapkan LRA Sungai Limau.
Kali pertama MB janji nak siapkan pada tahun 2023.
Kali kedua MB janji nak siapkan pada Januari 2025.
Kenapa MB tak sebut 2 janji MB ni?
sebab MB kuat muhong la.
Semua salah orang lain.
Takde satu pun salah MB.
Kesimpulan.
LRA Sungai Limau sudah pun terbengkalai.
Projek bermula pada tahun 2021.
Sepatutnya siap pada tahun 2023.
Diberi EOT berkali-kali dan terbengkali terus bermula Julai 2025.
Dan arkhinya Madani ambil alih pada tahun 2026.
Itu faktanya.
Fakta kegagalan MB Kedah tunaikan janji nak siapkan LRA Sungai Limau.
Jadi sekarang ni, adalah lebih baik MB Kedah turun letak jawatan sahaja lah.
Rakyat Kedah sendiri pun dah makin benci dengan MB.
Penyokong MB sendiri di Kg Kupang pun dah start maki MB hari-hari sebab MB taknak bantu depa yang dihalau oleh kerajaan MB sendiri.
Lebih baiK MB Kedah turun, letak jawatan, bagi je kat Adun Bersatu jadi MB Kedah.
Elok la sket Bersatu jadi MB kedah.
Tengok Perlis, lepas Bersatu jadi MB jauh lebih baik daripada PAs jadi MB.
Asal bukak mulut je muhong.
:)
KIOK
Berita apa yg bodoh sangat ni? Dalam bersatu tiada DAP pun asyik berpecah je?
Geng dia buat masalah tuduh orang lain pula.....
KERAJAAN MENELITI META.
Kerajaan sedang meneliti tindakan lebih tegas terhadap syarikat media sosial Meta susulan kegagalan platform itu mengekang penyebaran akaun palsu yang melibatkan institusi Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang meneliti beberapa langkah termasuk kemungkinan tindakan perundangan terhadap platform berkenaan.
Beliau menjelaskan bahawa isu akaun palsu semakin membimbangkan kerana ia digunakan untuk menyebarkan fitnah, maklumat palsu serta kandungan yang boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Fahmi, kerajaan sebelum ini telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pihak Meta bagi mendesak syarikat itu mengambil tindakan lebih pantas terhadap akaun yang melanggar undang-undang negara.
Bagaimanapun, beliau mendakwa tindakan yang diambil platform media sosial itu masih tidak memuaskan dan banyak akaun palsu terus aktif walaupun aduan telah dibuat.
Fahmi turut menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana ia melibatkan keselamatan maklumat serta keharmonian masyarakat di negara ini.
Katanya lagi, kebebasan bersuara bukan alasan untuk mana-mana pihak menyalahgunakan media sosial sehingga mencetuskan fitnah dan kekeliruan awam.
Beliau berharap pihak Meta dapat memberikan kerjasama lebih baik dengan kerajaan Malaysia dalam usaha membendung penularan akaun palsu serta kandungan berbahaya di platform mereka.
Dalam masa sama, MCMC juga dijangka memperkukuh pemantauan terhadap platform digital bagi memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi oleh semua penyedia media sosial.
Isu akaun palsu dan penyebaran maklumat tidak sahih di media sosial semakin menjadi perhatian kerajaan kebelakangan ini, terutama apabila ia melibatkan institusi diraja, pemimpin negara dan sensitiviti awam.
SEMBANG PENTAS CERAMAH...MANA PULA SEGALA MAKANISME NAK BUKTIKAN...
Md Zaid Ali
Kalau setakat lebai dan aktivis jalanan saja yg buka mulut ceramah pasal ekonomi ni, itu lebih kepada sembang kari saja atau lebih kepada ceramah pembodohan.
Nak sembang ekonomi ni memerlukan kefahaman tentang dasar fiskal, pelaburan, produktiviti, pasaran buruh, inflasi, tadbir urus dan data yang kompleks bukan sekadar retorik politik atau slogan agama.
Kritik biarlah fokus kepada hujah dan prestasi, bukan menghina latar seseorang semata-mata. Bukan sekadar bermain sentimen tanpa kefahaman.
Lantang mengkritik ekonomi pihak lain tetapi prestasi ekonomi negeri sendiri, peluang pekerjaan, pelaburan dan kesejahteraan rakyat pun teruk. Ini (SG4) gaji staf pun minta kerajaan pusat bayar.
Dalam kaca mata Islam, perbahasan awam sepatutnya
berasaskan ilmu dan fakta, bukan sekadar populisme,
menjaga adab dan lebih bertujuan untuk mencari penyelesaian bukan sekadar memperlekeh lawan.
Kereta itu tidak dijual ke luar negara.
Tidak dieksport. Tidak boleh dibeli walaupun ada wang.
Satu-satunya cara untuk memiliki Aurus Senat adalah Putin bagi sendiri.
Aurus Senat adalah kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi Russia. Putin guna kereta yang sama semasa majlis inaugurasinya sendiri. Sebelum Sultan Ibrahim, hanya dua pemimpin dunia pernah menerimanya sebagai hadiah. Kim Jong Un dari Korea Utara pada 2024. Presiden Turkmenistan pada 2022.
Sultan Ibrahim menjadi pemimpin pertama dari Asia Tenggara yang menerimanya.
Baginda tiba di Moscow pada 7 Mei atas jemputan peribadi Putin. Pada 9 Mei, baginda berdiri di Red Square menyaksikan perarakan tentera Russia sempena Victory Day ke 81 iaitu perayaan kemenangan Perang Dunia Kedua. Baginda menjadi pemimpin negara Malaysia pertama dijemput sebagai tetamu kehormat dalam sejarah perarakan itu.
Pada hari yang sama, Sultan Ibrahim dan Putin duduk satu meja di Kremlin. Putin sendiri kata hubungan kedua dua negara berkembang baik. Perdagangan Malaysia dengan Russia meningkat lebih 40 peratus sejak awal 2025. Sultan Ibrahim menjemput Putin melawat Malaysia pada 2027 sempena ulang tahun ke 60 hubungan diplomatik kedua dua negara.
Hadiah kereta itu diumumkan keesokan harinya.
Dalam dunia diplomasi, hadiah bukan sekadar hadiah. Ia mesej. Russia memberi kereta yang tidak boleh dibeli kepada Raja Malaysia. Bukan kepada Perdana Menteri. Bukan kepada menteri. Kepada Raja.
Malaysia tidak menyebelahi sesiapa dalam perang Russia dan Ukraine. Kuala Lumpur kekal neutral. Tapi dalam dunia yang semakin pecah kepada blok kuasa, neutral pun ada harganya.
Rupanya harganya adalah kursi di Red Square dan sebuah kereta yang tidak ternilai.
Negara yang faham nilai kedudukan sendiri tidak perlu memilih pihak untuk dihormati semua pihak.
Ini bukan cerita satu hari. Selagi dunia bergolak dan kuasa besar rebut pengaruh, ada sudut yang orang lain tidak nampak. Siapa yang ada di sini, ada dulu.
Penulisan ini berdasarkan laporan yang tersedia. Gambaran penuh mungkin berbeza apabila lebih banyak maklumat tersedia.
Sumber: Free Malaysia Today, The Star, Malay Mail, Kremlin.ru, South China Morning Post
PMX SEBUT SAJA ISU..KENA MAKI..PUNYA TAK GUNA.
Tun M penasihat negeri sg4 pernah pun tak setuju.. Dan Harakah Pas pun pernah keluarkan berita mengenai perkara tersebut Dan pas pun antara yang menentang pelombongan PASIR... Tapi sekarang ni bila yang "suara" tu adalah PMX Anwar Ibrahim .. terdengar PMX berdehemm pun PAS akan maki hamun 😅🤭
SIANG LAIN ..MALAM LAIN
Pengerak Keadilan
Jika benar ini yang pernah mereka katakan dulu, bermaksud mereka ini pendusta Dan munafik seperti lidah biawak,siang berkata lain malam berkata lain?
MASA JADI KERAJAAN DAN TIDAK.
Tumpang megah tumpang usha yg pusat sediakn dan usha pemimpin lain dipusat .
Azizan Abdul Shukur
Ngaku hebat .berlagak tempat tumpang duduk berpolitiik.....tanpa sedar hanya tumpang ...
Aku pun orang kedah macam macam MB dah aku Terima .tapi yang sorang ni dok besaq diri kunun Kedah maju .
Tipu semua kita lalu atas jalan raya persekutuan.lalu atas batas ban sungai MADA pi sekolah pusat sediakan .Pi sepital kelinik pusat sediakan.Pi buat passport masuk.siam kaki tangan pusat uruskan emegresen..
Pi mesjid pusat sediakan ..duduk rumah KEDA pusat sediakan .
Ambik Baja di opis peladang , pusat bantu.FELDA, FELCR, RISDS, pusat bantu orang kampung
ADUN kayu MP pun pusat bagi gaji Misti ..mcmcm.nak hidup walaun pas banyak bergantung dengan sektor cina DAP.Bermula di kedai gerek hingga kedai 99.mcmmcm
Derebar kontena Lori baot dalam tuan punya DAP
Anak orang PAS walaun PAS tak sedaq diri kerja cari makan dengan cina DAP .Ribu tempat seluruh Kedah ribu seluruh ceruk Kedah kerja dengan cina DAP.kuli cina DAP.
kenapa dok maki majikan sendiri...haram jadah .tak kenang budi unn
unn pas pusat nak bagi jadi baik penjahat pi makamah pusat sediakan makamah .masuk penjara pokok sena pun pusat bagi makan pree..
Dianggar 15 ribu kaki tangan pusat bagi gaji untuk urus negeri tadbir Negeri kedah mcm mcm jabatan ada .
Minyak 199 hak pusat urus.harga padi pun pusat tentukan bantu pelaburan kena pusat lulus.
Haram jadah .sampai hari ni dok lawan ketua negara angkat tangan ala pm lepas tu Tanya walaun kita lawan sapa.Walaun jawab pmx hang sapa setakat jawatan ......sengkek ?.
Negeri ku tidak seberapa miskiin kerana pusat sediakan serba serbi.
harap pas kedah habok tumpang sebelum masuk kuboq
undi pas masuk surga . kepala bapak hang.sekian.mb sempoi .sempoi kpla bapak tok wan aku pun bolih berlakon sempoi mcm ni
JAGA NEGERI PUN MELINGKUP...
BEKALAN AIR BERSIH KEPERLUAN ASAS UNTUK SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. LEBIH 60 TAHUN NEGARA MALAYSIA TELAH MERDEKA DAN MENUJU KEARAH NEGARA MAJU YANG SEPATUTNYA DICAPAI TAHUN 2020 YANG DILANCARKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 4 TUN DR MAHADIR.
BAGAIMANA HENDAK MENJADI NEGARA MAJU BILA ADA NEGERI2 DIPERINTAH PARTI PAS TERTINGGAL JAUH KEBELAKANG.
ORANG BODOH DAN BEBAL INGIN KORBAN MASA DEPAN GENERASI RAKYAT MALAYSIA PADA PEHAK YANG GAGAL KERANA TAKSUB BERPOLITIK TUNGGANG AGAMA.
Takkan dulu Ramanan tak belajar subjek Statistik?
Najib Bakar
Takkan dulu Ramanan tak belajar subjek Statistik?
Kalau ikutkan maklumat Wikipedia, Naib Presiden PKR, saudara Ramanan merupakan alumni Queensland University of Technology.
QUT adalah sebuah universiti awam terkemuka di Brisbane, Australia.
Pastinya sewaktu Final Year Project atau degree dissertation, beliau perlu aplikasikan teknik sampling untuk survey, yang dipelajari dalam mata pelajaran Statistik.
Memang betul ada sejumlah 180,000 pengundi di Sungai Buloh, tapi untuk sesebuah survey, tidak perlu dapatkan input daripada keseluruhan mereka.
Sample size yang perlu untuk 99% confidence serta +- 5% margin of error cuma sekitar 660++ orang.
Yang lebih penting adalah stratified sampling supaya mewakili pelbagai demografi yang akan mencerminkan keseluruhan 180,000 pengundi.
Jadi, bukan isu "cuma analisis 200 orang, yang lain tembak", tapi beliau mungkin boleh persoal teknik sampling serta demografi yang diambil kalaupun merasa sangat yakin dengan sambutan rakyat di sana.
DUA ADUN DIPECAT BERSATU: MENGHADAP SULTAN KEDAH SEBELUM UMUM TINDAKAN - SANUSI
Roslinda Hashim
ALOR SETAR - Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dibincangkan secara mendalam oleh Kerajaan Negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri tidak akan bertindak terburu-buru kerana setiap keputusan perlu mematuhi prosedur pentadbiran serta mendapat perkenan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Menurut beliau, buat masa ini kedua-dua wakil rakyat terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu Kerajaan Negeri menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan perkembangan semasa berkaitan isu tersebut.
“Segala tindakan perlu ikut proses pentadbiran. Kita perlu bincang secara terperinci, sembah maklum kepada Tuanku Sultan dan seterusnya menjalani proses mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani yang juga merupakan Exco Kedah serta ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis selaku Timbalan Speaker selepas kedua-duanya dipecat daripada BERSATU.
Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, status Dzowahir sebagai Exco negeri yang memegang portfolio Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan akan diperhalusi bersama kedudukan Abdul Razak sebagai Timbalan Speaker.
“Kedudukan mereka akan dibincangkan lanjut. Mereka bukan pembangkang, sebaliknya ADUN Bebas yang menyokong Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurut beliau, surat daripada BERSATU yang memohon pertukaran Exco dan Timbalan Speaker sebenarnya telah diterima sebelum ini, namun Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan kerana kedua-dua pemimpin terbabit pada ketika itu masih ahli parti BERSATU.
Tambah Sanusi, perkara berkenaan dibincangkan ketika Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan dan BERSATU Kedah pada 10 April lalu.
“Ketika itu mereka belum dikenakan tindakan oleh parti, jadi tiada sebab untuk menukar mereka dengan individu lain. Sekarang sudah ada surat rasmi pemecatan diterima, namun tindakan tetap tertakluk kepada prosedur pelantikan Exco dan Timbalan Speaker,” katanya.
Pada Jumaat, BERSATU menerusi notis yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Mohd Radzi Manan memaklumkan, ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Kedua-duanya dipecat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan parti kerana didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
BERSATU turut menggantung keahlian tujuh lagi pemimpin parti itu selama dua penggal pemilihan parti antaranya ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.
#MBKedah
RUPANYA ADA AUDIT NEGARA KOMEN PASAL KOREK PASIR DI PAHANG
Norman Yusoq
Rupanya audit negara ada komen pasal aktivti pasir di negeri Pahang dan Trengganu .Dari laporan ni memang aktiviti pasir ni menimbulkan banyak masalah mungkin itu antara sebab Kerajaan Pusat tidak membenarkan aktiviti korek pasir ni di Pahang. Di Trengganu masih boleh mungkin aktiviti pasir tak sehebat negeri Pahang.
DIA JENIS KANGKUNG ...PIKIRAN TAK SELARI .IQ 74
Qlin Arif
Tak ada DAP dalam kerajaan negeri,Melayu dengan Melayu pun bergaduh nak berebut jawatan .
Nak hapuskan DAP tapi parti Melayu takut nak bertanding di kawasan DAP.
Lepas tu hari hari meratib DAP. 😂😂😂
LULUS SUBJEK BM PMR KE TIDAK
Pemuda PAS Pahang, Pemuda PAS Malaysia, masuk ke bilik guru sekarang!
Joke aside, aku memang hangin la waktu di kementerian dulu kalau kakitangan aku buat kesilapan amatur seperti ini.
LAMA DAH PAS CABUT PAKU
Kalau disebabkan UMNO, DAP, PKR bersama dalam Kerajaan Perpaduan, Haji Hadi labelkan UMNO 'rumah dicabut paku lantai', PAS dulu lebih awal cabut paku lantai. 10 tahun jadi kerajaan di Selangor
Hebat² orang di sekeliling Rafizi Ramli
Ustaz Al-Asri
Hebat² orang di sekeliling Rafizi Ramli
KEDAH PUN ADA LADANG BABI JUGA
Negeri Kedah pun ada ladang ternakan babi rupanya.Rupanya ada ladang babi di Kedah sejak zaman Ustaz Azizan jadi MB… time tu Sanusi dok tang mana?
2021 - 1,484 ekor
2022 - 2,128 ekor
Semakin bertambah babi-babi di Kedah.
SEGALANYA INGIN DITUNGGANG PEMBANGKANG DICIPTA NARATIF DAN DIEDARKAN
Norman Radzuan
Sopan santun anak Melayu
Ada lebai kata kalau buat amal je tapi tak mencegah mungkar maka tak menjadi apa.
Ada lebai kata kalau buat amal je tapi tak mencegah mungkar maka tak menjadi apa.





























