KEJAYAAN ANWAR SELESAIKAN PERANG THAILAND - KEMBOJA TAPAU HABIS USAHA PEMBANGKANG BURUKKAN ANWAR DENGAN DEMONTRASI JALANAN DI MATA DUNIA. - Syam Ghaz
Sham Ghaz
1. Lihat posting Afnan Hamimi - Ketua Pemuda Pas Pusat dan Eric See-To - Lim Sian See bangga program Himpunan Turun Anwar dapat liputan antarabangsa kerana berjaya memburukan imej PMX.
PEMUDA GINI KAH NAK DIJADIKAN PEMIMPIN ISLAM?
2. Harini sekejap je PMX Anwar Ibrahim TAPAU skali gus ja, semua portal dunia lapor kehebatan Perdana Menteri Malaysia berjaya menyelesaikan konflik perang Thailand - Kemboja, disaksikan 2 kuasa besar Us dan China.
3. Dunia mengkagumi tindakan Anwar Ibrahim bijak, diplomasi dan kecerdikan geo strategi PM Malaysia kerana mendapat ‘respect’ dari Pemangku Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja untuk menjadi orang tengah perang Thailand - Kemboja.
4. Masyarakat antarabangsa juga makin hormat Anwar kerana bagi kebebasan serta kemudahan untuk semua peserta demontrasi “turun Anwar”.
5. Kejayaan ini dibantu hasil usaha keras Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri berjaya REFORM habis Polis, Imigresen, Maritim dan semua agensi bawah KDN di Malaysia bagi pastikan Malaysia selamat. Tengok aje semua agensi bawah KDN “berasap” bertindak bab dadah, rasuah, founder, salahguna kuasa dll.
6. Hingga menjadikan negara ke 10 paling aman di dunia, ke 2 paling aman di Asia mengikut Global Peace Index 2024.
7. Berikut sebahagian portal portal dunia yang melaporkan kejayaan PMX harini;
1. CNA (Channel News Asia)
Tajuk: Cambodia, Thailand agree to immediate and unconditional ceasefire
2. Nikkei Asia
Tajuk: Thailand, Cambodia agree unconditional ceasefire
3. Reuters
Tajuk: Thailand and Cambodia agree to ceasefire – Malaysia PM
4. U.S. News & World Report: Thailand and Cambodia
Agree to Ceasefire - Malaysia PM
5. The Indian Express
Tajuk: Thailand-Cambodia Border Conflict LIVE: Cambodia PM declares ceasefire with Thailand, says hope to ‘immediately stop fighting’
6. The Independent (UK)
Tajuk: Thailand and Cambodia agree to ‘immediate and unconditional’ ceasefire, Malaysian PM says
7. South China Morning Post (SCMP)
Tajuk: Thailand, Cambodia agree to ‘unconditional’ ceasefire
8. The Nation (Thailand)
Tajuk: Thailand, Cambodia launch peace talks in Malaysia to halt deadly border clashes
9. CBS News (US)
Tajuk: Thai, Cambodian leaders meeting in Malaysia in effort to resolve deadly border clashes
10. Xinhua News (China)
Tajuk: Cambodian, Thai leaders meet for ceasefire talks in Malaysia
Bangga saya jadi Rakyat Malaysia, jika time Perdana Menteri PDF Muhyiddin Yassin tak tahu dimana den nak letak muka.
Syam Ghaz
Credit gambar:Ezreen Muhaizie Marzukhi
KEJAYAAN PM ANWAR MENGERATKAN 2 BUAH NEGARA SAHABAT ASEN.
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan-rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas permintaan kedua-dua pihak.
Pendekatan damai ini mencerminkan semangat Piagam ASEAN berlandaskan hormat-menghormati, penyelesaian secara rundingan, dan penolakan keganasan demi kemanusiaan.
Kita mesti teguh mempertahankan perpaduan ASEAN agar rantau ini kekal sebagai antara wilayah paling aman, stabil dan makmur di dunia. Keamanan adalah asas kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serantau.
Saya merakamkan penghargaan kepada Thailand dan Kemboja atas penyelesaian diplomatik ini, serta kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping atas peranan menyokong usaha damai ini.
ASEAN terus membuktikan kepimpinan berwibawa di pentas antarabangsa berpaksikan dialog, diplomasi dan nilai kemanusiaan.
======
Alhamdulillah, two fellow ASEAN nations, Thailand and Cambodia, have agreed to end their hostilities through the implementation of a ceasefire, effective from midnight tonight.
As the rotating Chair of ASEAN, Malaysia has been entrusted with the important responsibility of monitoring the implementation and compliance of this ceasefire at the request of both parties together with our regional partners.
This peaceful resolution reflects the true spirit of the ASEAN Charter, which is rooted in mutual respect, dialogue, and the rejection of violence in favour of humanity. Once again, ASEAN affirms its role as a credible and principled force on the global stage, guided by diplomacy and a shared commitment to human dignity.
I express my sincere appreciation to Thailand and Cambodia for choosing the path of diplomacy, and to President Donald Trump and President Xi Jinping for their constructive support in advancing this peace initiative.
#ASEAN
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
PM ANWAR HADIRI MAJLIS PERLANTIKAN KETUA HAKIM NEGARA
Siang tadi hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
Istiadat disempurnakan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, yang mencerminkan keluhuran prinsip Perlembagaan dan keutuhan sistem kehakiman negara kita.
Pelantikan ini bukan sahaja satu penghormatan besar kepada individu-individu yang telah menunjukkan integriti dan dedikasi tinggi dalam bidang kehakiman, tetapi juga merupakan komitmen berterusan negara dalam menjunjung prinsip keadilan, kebebasan badan kehakiman, dan keluhuran undang-undang.
Moga kesemua yang dilantik ini terus memikul amanah dengan penuh hemah, adil dan berintegriti demi Malaysia yang berteraskan undang-undang dan keadilan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Foto: RPO
BUSUKNYA HATI PERUT KAU
Sham Ghaz
Pembangkang Fadhli Shaari Berbulu; Anwar berjaya selesaikan perang Thailand - Kemboja harini
Himpunan Turun dah la tak capai target 300,000.
Harini niat mereka nak sindir PMX Anwar Ibrahim tidak berjaya skali lagi apabila Perdana Menteri Kemboja dan Pemangku Perdana Menteri Thailand sepakat mahu hentikan perang harini juga.
Tahniah PMX! Nak harapkan Muhyiddin Yassin jauh langit dengan bumi bab respect, kebijakan diplomasi dan geostrategi.
Anwar dah bukti dia layak jadi Pengerusi ASEAN dan berkaliber menyelesaiakn konflik Thailand - Kemboja.
Jalan Terus! #PembangkangGagal terlopong lagi harini.
CHEGUBAD DITAHAN POLIS HARI INI! YIDDIN CAKAP BESAR ITU SUARA WALAUN!
BEZA CERDIK DAN PANDAI.
Mukhlis Eddie
1) Di sebelah kiri, terdapat gambar Puan Zaharah Sulaiman, yang dikenali sebagai seorang penyelidik dan penulis, ahli Persatuan Arkeologi Malaysia, serta bernaung di bawah Akademi TAMU.
2) Di sebelah kanan pula ialah Dr. Zaharah Sulaiman, IBCLC, PhD, seorang pensyarah kanan dan perunding laktasi (pakar dalam penyusuan susu ibu).
p/s mujur bukan TEMU
TUNGGU
RMS
Tunggu pembangkang meroyan dakwa Kjaan tindas hak bersuara.. 😆
"Polis telah melancarkan siasatan selepas anak patung yang menyerupai PM Anwar Ibrahim disebat semasa perhimpunan 'Turun Anwar' pada 26 Julai lalu."
FAKTA PALING JELAS TENTANG HIMPUNAN ‘TURUN ANWAR’ YANG TAK BOLEH DISOROK LAGI.
1. Kehadiran? Tak sampai 25 ribu pun. Itu pun angka maksimum dari pelbagai sumber termasuk laporan rasmi PDRM. Tak pecah rekod langsung.
2. Langsung tak ada kekecohan. Tak ada baling botol. Tak ada gas pemedih mata. Tak ada yang ditahan. Aman damai. Macam jalan-jalan santai je.
3. Tiada sekatan pun dari pihak berkuasa. Siapa nak berhimpun, berhimpunlah. Tapi yang muncul? Tak seramai mana pun.
4. Majoriti peserta datang dari negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Kedah. Bukan dari seluruh negara. Maksudnya? Ini bukan sentimen nasional. Ini hanya gerakan kelompok.
5. Sangat sedikit bukan Islam yang hadir. Padahal Malaysia ini berbilang bangsa. Jelas himpunan ni bukan suara semua rakyat Malaysia.
6. Tuntutan? Tak jelas. Mesej? Langsung tak ada. Yang dilaung cuma satu ayat “Turunkan Anwar”. Lepas tu? Tak tahu nak buat apa.
7. Ironinya, majoriti yang hadir cuma datang ke Kuala Lumpur untuk ‘healing’. Selfie, makan-makan, shopping, content TikTok. Akhirnya yang untung peniaga KL. Himpunan ni sebenarnya boost ekonomi tempatan.
KESIMPULAN PALING PENTING
Himpunan ni secara terang-terangan membuktikan satu perkara, tak ada urgency dan keterdesakan pun nak turunkan Perdana Menteri.Sekadar Retorik Kosong yang menunjukkan Pembangkang ini terlalu lemah dan Tiada sebab kukuh. Tiada bukti kegagalan. Tiada kerosakan negara yang berlaku di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, waktu orang lain buat bising, PMX terus bekerja. Diam diam bangunkan ekonomi. Diam diam bersihkan sistem. Diam diam pulihkan maruah negara. Satu demi satu reformasi sedang bergerak.Siap Turun Kedah Santuni Rakyat Kedah dgn suasana semangat dan Hormat..Alhamdulillah..
Beliau kini berumur 78 tahun. Hampir masuk 79. Apa lagi yang dia cari? Bukan kuasa. Bukan kekayaan. Tapi amanah. Sebab dia tahu masa tak panjang. Dia nak tinggalkan legasi. Bukan sekadar nama, tapi tamadun baru untuk Malaysia.
Kalau kita waras, kalau kita masih punya hati dan akal, maka doa dan sokongan adalah yang paling patut kita beri.
Doakan beliau terus diberi kesihatan, kekuatan dan ketajaman minda.
Doakan beliau terus pimpin Malaysia dengan akhlak dan integriti.
Doakan beliau terus bawa negara ini jadi negara contoh di mata dunia.
Dan paling penting, doakan kita jadi rakyat yang tahu beza antara kebenaran dan kebencian politik.
Amin Ya Rabb.
kredit Dr. Ahmad Fadzhil Mohamad
Fasa Pertama Kilang Infineon RM30 Bilion Siap, Bukti Potensi Jadi Realiti

Pelaburan RM30 Infineon di Kulim, Kedah yang diluncur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah menjadi realiti dengan penawaran 1,500 peluang pekerjaan. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 28 Jul – Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahkan, pelaburan mega Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potensi pelaburan RM30 bilion itu semasa misi pelaburan dan perdagangan ke Jerman, susulan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Infineon di sana.
“Kini, potensi itu telah menjadi realiti. Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah,” katanya dalam catatan di X.
Tengku Zafrul berkata, fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi, menandakan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap peranan kerajaan pusat dalam menarik pelaburan bernilai tinggi ke Kedah.
Komitmen Infineon itu juga kata beliau, turut memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui program pembangunan vendor tempatan yang dilancarkan pada 15 Jan 2025, yang kini menyokong 139 syarikat tempatan.
Pelaburan ini adalah komitmen yang sangat signifikan dan bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia. “Daripada potensi, kita jadikan realiti,” katanya.
Anwar meluncurkan kilang dinamakan Kulim 3 itu pada 8 Ogos tahun lalu dan kurang setahun kemudian, ia bukan sahaja menutup mulut pengkritik di kalangan pembangkang, malah suara-suara sumbang dalam Kerajaan Perpaduan.
Konflik Thailand-Kemboja: ASEAN Gesa Kembali Ke Meja Rundingan

Menteri-menteri Luar ASEAN menyuarakan kebimbangan dengan ketegangan yang meningkat antara dua negara berkenaan yang mengakibatkan peningkatan jumlah korban dan kemusnahan harta benda awam. Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 28 Jul – Menteri-menteri Luar ASEAN menggesa kerajaan Thailand dan Kemboja kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyebut, mereka menyuarakan kebimbangan dengan ketegangan yang meningkat antara dua negara berkenaan yang mengakibatkan peningkatan jumlah korban dan kemusnahan harta benda awam, selain memaksa penduduk secara besar-besaran berpindah ke kawasan sempadan.
“Kami menekankan keperluan untuk kedua-dua pihak menahan diri sepenuhnya dan melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan gencatan senjata itu.
Penduduk kampung di wilayah Oddar Meanchey, Kemboja yang berlindung di Sekolah Rendah Batthkao mendapatkan bekalan air minuman berikutan pertempuran terbaru di sempadan Thailand-Kemboja. Foto Reuters
“Kami menggesa penyelesaian secara aman bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan berlandaskan semangat kekeluargaan ASEAN, perpaduan dan kejiranan yang baik,” katanya.
Pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja memuncak pada 25 Julai lalu, mengakibatkan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja.
Pertempuran terbaharu itu dilapor mengorbankan lebih 20 nyawa di pihak Thailand dan pada masa sama, pihak berkuasa Kemboja memaklumkan, lima anggota tentera dan lapan orang awam terbunuh, manakala ribuan penduduk dipindahkan di kedua-dua belah sempadan.
Kenyataan media Perdana Menteri Kemboja Hun Manet setelah mengadakan perbicangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025. Foto Facebook Hun Manet
Ketegangan itu semakin meningkat sejak 28 Mei lalu susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, mengakibatkan kematian seorang tentera Kemboja.
Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu sudah lama tidak sependapat mengenai jajaran sepanjang 817 kilometer (km) sempadan yang belum dimuktamadkan, yang terus menjadi punca ketegangan dan tekanan diplomatik.
Pada jam 3 petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan bersama pemimpin Thailand dan Kemboja di Putrajaya bagi membincangkan konflik berkenaan.
Delegasi Thailand diketuai Pemangku Perdana Menteri Phumtham Wechayachai akan menghadiri rundingan bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 3 petang 28 Julai 2025. Foto Bangkok Post/Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk menjadi pengantara bagi mencari penyelesaian dalam isu itu.
BEZA ANTARA JUMLAH PESERTA DI SEPANJANG PADANG DATARAN MERDEKA.
sebelum ini Imej memberikan maklumat tentang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022. Teks tersebut menyatakan bahawa "LEBIH 34,000 pelari berkumpul di Dataran Merdeka untuk mengambil bahagian dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022," menerangkan secara langsung angka "34k".
Angka "18k" berkemungkinan merujuk kepada jumlah peserta daripada kategori Maraton Penuh dan Separuh Maraton yang disebut dalam teks (10,400 + 12,200 = 22,600, iaitu lebih hampir kepada 18k daripada gabungan 10km dan 5km kategori). Ini adalah inferens yang munasabah memandangkan konteks nombor yang dikemukakan.
PMX BALUN HAMZAH!! - TIGA TAHUN TUNGGU USUL DIPARLIMEN | Mereka takdak t...
UMNO SENYUM, AHLI PKR JANGAN KUTUK, HAKIKAT NYA PERHIMPUNAN TAK ADA TUJUAN JELAS. NAMAKAN SIAPA PENGGANTI. NAK SURUH ANWAR TURUN KENA ADA CALON PENGGANTI.
Hamdan Taha.
Saya tak terlibat dengan program Turun Anwar semalam, saya lebih seronok di tg malim ikut jemaah surau adakan program bacaan Yassin 7 mubin sambil berehat...
Tapi pagi baru dapat teliti di media sosial perhimpunan aman tersebut, berapa jumlah kehadiran bukan lah satu isu sepatutnya, ini berbalah di media sosial bab jumlah kehadiran, puak penyokong pkr ph dan pmx kata sikit jer tu ada lah dalam 8 ribu, kumpulan PN dan anti pmx kata ratusan ribu yang turun... Bagi saya jumlah tu bukan isu... Isunya kenapa ada rakyat boleh berhimpun untuk menyatakan ketidak sukanya mereka pada PMX iaitu Anwar Ibrahim...
Berkumpul di KL semalam tak payah lah kita bahas jumlahnya tapi zaman media sosial sekarang selain yang turun di jalan, ramai yang turut serta di live media sosial sehingga berjuta juta rakyat malaysia, sokong ke tidak kita tak tau tapi mereka melihat, cuma perhimpunan ni 99 peratus semuanya orang melayu islam... Bangsa lain tak nampak nak join pun tapi tak semestinya mereka tak sokong untuk Turun PMX tu...
Cuma agenda semalam tu jika hanya tujuan nak sampaikan hasrat hanya turunkan Anwar, isu tu tak ada kesan besar pada anwar dalam negara, tapi ada kesan pandangan dunia pada pmx sedikit. Tapi pkr dan penyokong mereka tak boleh lah guna pendekatan umno di zaman najib, yang masa tu mengutuk, menghina perhimpunan yang PH buat di media sosial, sekarang jcom, cyber truper pkr semua menyerang sama macam penyokong umno dulu, sebiji sama, ayat ayat pun sama, gaya bahasanya sama... Tak ada perbezaan langsung... Macam sikit pun tak ada kesan...
Satu bagusnya ialah PDRM kerana telah ada arahan atasan dari menteri dan pmx juga keputusan mahkamah tentang perhimpunan aman, maka semalam tak ada lah kereta pecah, kereta terbakar, pergaduhan, air pemedih mata, semua tu tak berlaku, masa zaman saya dulu berlaku kekerasan dan perkara yang tak sepatutnya, tangkapan, pukulan, makian dan paling dasyat provokasi datangnya dari Polis sendiri terutama SB SB sialan, maka rakyat pun panggil mereka Anjing Mahathir dan sebagainya, tapi zaman najib dah kurang keras... Sekarang lagi tak keras... Kira satu kebaikan telah berlaku... Tahniah pada Kerajaan Madani...
Apa pun sekarang ni sudah ada Gerakan besar besaran dari rakyat menuju PRU yang sebenarnya... Setakat berhimpun macam semalam PMX tetap orang yang sama.... Paling relax ahli umno dan penyokong mereka sekarang senyum je... Gelak gelak saja
PM ANWAR MERAIKAN ILMUAN AGAMA DARI MESIR SEMALAM.
Saya berbesar hati malam tadi dapat meraikan beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah di Kompleks Seri Perdana malam ini iaitu Syeikh Dr Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Mantan Syeikh di “Umum Al-Maqarii” Mesir; Dr Haifaa Younis, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat; Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia.
Dalam siri Majlis Ilmu MADANI kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respon isu kepada isu pembakaran Al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza. Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut.
Peluang mendengar titipan hikmah dan ilmu dari para tamu ini memberi inspirasi untuk kita terus berkerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam.
Saya zahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu MADANI pada malam ini serta doa Syeikh Muhammad Haydara. Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama.
Firman Allah SWT:
ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ ۖ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْØ¥ِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِ ۚ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
Surah al-Ma’idah (2)
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI



















































