Seorang pengguna Facebook menganggap tuduhan dilemparkan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz bahawa kerajaan “gagal dalam segala-galanya”, adalah pandangan berat sebelah dan sudah dijangka dari seorang ahli politik.
Effendy Zulkifly, pengasas dan pemikir utama di sebalik Centre for AI, berkata, rakyat Malaysia hari ini bukan lagi rakyat tahun 80-an atau era Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika menjadi Perdana Menteri mengawal sepenuhnya media.
Katanya, apabila datang naratif “hanya kami penyelamat, semua lain gagal”, itu adalah skrip basi yang sudah bosan didengar oleh rakyat.
“Skrip itu gagal jawab soalan paling penting: Apa idea baru? Apa polisi baru? Apa solusi sebenar? Saya bukan partisan. Saya bukan ahli politik. Tapi saya percaya pada satu benda.
“Politik bukan tentang siapa lebih Melayu, siapa lebih Islam. Politik sepatutnya tentang siapa ada otak, siapa ada integriti, siapa boleh deliver (buat kerja dengan baik),” katanya di Facebook.
Dia mengulas salah satu komen ditinggalkan ahli Bersatu itu di Facebook miliknya.
Komen itu tertulis bahawa Perikatan Nasional satu-satunya pilihan yang ada ketika ini untuk pengundi Melayu-Islam kerana semua jemaah menteri di dalam kerajaan dianggap “tidak boleh diharap, membebankan rakyat, gagal urus ekonomi dan negara, kes jenayah meningkat, kos sara hidup dan harga barang melambung tinggi”.
Menjawab perkara itu, Effendy berkata, secara jujur dia juga banyak mengkritik kerajaan dari segi ekonomi dan komunikasi, namun dia juga tidak lupa apa yang terjadi saat PN menjadi kerajaan dahulu.
“Saya tak lupa waktu PN jadi kerajaan, banyak isu yang sama tak selesai. Covid-19 bukan satu-satunya alasan. Isu gaji stagnant, pengangguran, pelabur keluar dari negara itu semua bukan cerita baru.
“Isunya bukan semata-mata siapa yang perintah, tapi apa dasar, siapa calon, siapa yang ada kebolehan urus negara dalam dunia baharu yang serba kompleks ni.
“Rakyat sekarang hidup dalam dunia digital, dunia ekonomi AI, blockchain, climate change, supply chain disruption. Kalau jawapan kita masih dengan retorik lama kaum, agama, sentimental lapuk, sorry to say, kita akan terus ketinggalan,” katanya lagi.
Tadi ada aku terbaca dalam komen. Masa Mahiaddin memerintah dulu, 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻. Tapi kenapa harga barangan (terutamanya barangan kawalan) tetap mahal? 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂? Betul juga kan? Guane boh?
Di mata dunia, Anwar Ibrahim pemimpin hebat, berkarisma, penuh dgn liku2 perjuangan dan byk tempat (negara) beliau diberi ruang utk berbicara.
Daya intelektualnya terserlah. Bicara memukau itu kelebihan yg ada pada dirinya. Pakar ekonomi dunia terkejut dlm tempoh 2 tahun beliau berjaya menyelamat dan memacu ekonomi Malaysia.
Hingga mereka meramalkan pada 2035, jika mengekalkan momentum ini, Malaysia akn lebih kaya dari Jepun.
Sebab itu bila pembangkang hasut org Melayu berdemontrasi ‘TURUN ANWAR’… kita pelik dan kita bertanya siapa boleh ganti Anwar?
Sebelum itu kenapa saya kata hasut org Melayu bukan rakyat? Sebab bila berdemontrasi nanti 90% adalah org Melayu. Waktu ‘Bersih’ ia menggambarkan demografi kaum turun berdemontrasi tetapi demontrasi PN hanya mewakili satu kaum.
Muhyiddin bukan org bijak bicara, bicara ekonomi dan kita telah tahu beliau sgt takut membuat live dgn wartawan. Beliau terlalu mengharap kpd text pdf sahaja. Hinggakan beliau terpaksa memperkenalkan diri kpd Jokowi siapa dirinya di Malaysia.
Adakah kalian rindu di zaman Muhyiddin
-Segala jenis Mak nenek darurat PKP iaitu paling lama dlm dunia
-Bantuan Kerajaan membenarkan rakyat keluar duit KWSP SENDIRI.
- Sakau duit Jana Wibawa
- Bagi kontrak dikhaskan utk kontraktor Melayu kpd org bukan Melayu.
Beritahu dkt mana ‘best’nya zaman Muhyiddin???
Berbeza dgn Anwar di Indonesia beliau sgt dikagumi disana. Mahu lantik Ismail Sabri? Tak mungkin beliau dianggap PM paling lemah dlm sejarah dan hanya keadaan ketika itu sahaja dia menjadi PM.
Samsuri… ramai pakar ekonomi tempatan berkata dia adalah MB yg gagal. Jika tiada hasil minyak Terengganu mungkin negeri yg paling miskin sb tiada pelaburan agresif yg mampu dibawa Samsuri.
Sebab itu bila suruh Anwar turun, org bijak pandai rasa pelik. Lebih pelik bila ada Mahasiswa juga termakan hasutan pembangkang.
MANA ADA DI DUNIA ini yg rakyatnya mahu menyuruh Perdana Menteri yg berjaya turun meningkatkan ekonomi utk meletakkan jawatannya.
Jika di luar negara rakyatnya bangkit sb ekonomi negara teruk, tapi pelik di Malaysia ekonomi baik hendak digantikan dgn pemimpin yg gagal memerintah negeri..
Kegilaan apa? Kegoblokan apakah ini meminta PM turun ketika dunia mengkagumi ekonomi negara? Atau dlm erti kata lain rakyat menolak kemajuan tetapi memilih mundur ke belakang.
Inilah wajah sebenarnya Ketua PN. Dulu dia sokong batal GST sokong SST. Waktu jadi kerajaan ganti GST dgn SST. Waktu jadi PM kekalkan SST… bila jadi pembangkang dia nak batal SST…
Saya hairan apa pembangkang percaya dgn org ini ??? Habis Najib, Mahathir, Anwar, Zahid kena ‘kencing’ dgnnya… apatah lagi rakyat. Sebenarnya Hadi pun kena kencing tapi sb saling bertipu tipuan halalkan buat sementara.
Guna duit rakyat berbelas billion utk Jana Wibawa konon nak bantu kontraktor Melayu tapi ramai kontraktor Cina yg dapat… macamana org Melayu boleh percaya Muhyiddin?
Ada qaul yang kata jika dahan pokok itu masuk ke kawasan tanah jiran, maka jiran ada hak ke atas buah tersebut, maknanya tuan pokok takleh dakwa sebagai haknya.
Durian jiran masuk rumah sy.. Jiran sy pesan kalau durian dah masak, bagi kat dia.. hmmm
Orang masuk politik sebab kat situ ada kuasa. Kuasa untuk ubah dasar, buat keputusan, dan tentukan hala tuju negara
Tapi… kalau niat kita nak bantu rakyat, adakah wajib masuk parti politik?
Tak semestinya. Banyak cara lain — boleh tubuhkan social enterprise, NGO, gerakan komuniti… semua tu pun boleh beri impak yang besar.
Kita jangan lupa, majoriti rakyat sebenarnya bukan ahli parti politik pun. Yang tak berparti tu lebih ramai dari yang berparti. Dan golongan ‘atas pagar’ inilah yang jadi penentu siapa naik, siapa turun.
Ahli parti? Ya, mereka penting. Mereka penggerak, mereka barisan hadapan. Tapi jangan silap — kekuatan sebenar terletak pada suara rakyat terbanyak. Yang senyap, tapi berkuasa dalam diam.
Petang ini pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam menerima kunjungan daripada YDP Pas Sungai Buluh saudara Zaharuddin Muhammad dan rakan-rakan dari Pemuda Pas Pulau Pinang.
Kunjungan kali kedua ini berlangsung dalam suasana mesra selepas kunjungan pertama khamis, lalu pejabat Pusat Khidmat di tutup sehari kerana semua staf menghadiri majlis perkebumian atuk YB Steven.
Saya telah oder khas mee goreng lajen Bukit Mertajam mee Pak Sharif untuk saudara Zaharuddin yang datang jauh dari Selangor dan rakan-rakannya.
Saya beritahu saudara Zaharuddin sebenarnya kita dah lama bergaduh sejak zaman blog tapi tak pernah bertemu rupa.
Bila pegawai Pejabat YB Permatang Pauh. saudara Hafiz beritahu dia saya adalah Abu Nawas barulah dia perasan.
Saya merujuk kepada kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini susulan dari satu sidang media yang diadakan oleh sembilan Ahli Parlimen KEADILAN semalam.
Sementara saya mengalu-alukan pandangan AGC, kenyataan tersebut memberi pengesahan tidak langsung kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan:
1) bahawa terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan ada pencalonan dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tidak dipertimbangkan atau tidak diambil tindakan;
2) bahawa mesyuarat JAC yang terkini dipanggil tanpa mematuhi notis 10 hari seperti kehendak pentadbiran;
3) bahawa tuduhan seorang hakim Mahkamah Persekutuan terlibat dalam mempengaruhi keputusan mahkamah dan penugasan semula hakim ada dibincangkan di dalam satu mesyuarat JAC.
Penjelasan-penjelasan yang diberikan di dalam kenyataan adalah pandangan AGC bahawa perkara-perkara (1), (2) dan (3) tidaklah serius sehingga boleh menjerumuskan institusi kehakiman ke kancah krisis; dan tidak boleh disamakan dengan skandal VK Lingam pada tahun 2007.
Inilah persoalan pokok yang saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen KEADILAN timbulkan semalam.
Sementara saya sedia maklum peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa tanggungjawab menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa YAB Perdana Menteri; dan kuasa JAC ialah mengemukakan senarai calon yang telah dipertimbangkan dan ditapis kepada YAB Perdana Menteri; keadaan bila mana ada kekosongan mendesak dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan akibat 𝗸𝗲𝗹𝗲𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻-𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗔𝗖.
Secara pentadbiran dan undang-undang, perkara ini boleh dijelaskan seperti mana kenyataan AGC.
Namun dari sudut pandangan umum, ia menguatkan spekulasi bahawa cabang eksekutif mahu mempengaruhi pelantikan hakim-hakim yang difikirkan lebih serasi dengan pandangan kerajaan.
Jika tanggungjawab YAB Perdana Menteri di bawah Perlembagaan adalah melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman seperti kenyataan AGC, maka perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi seperti itu (cubaan mempengaruhi pelantikan hakim) perlulah dielakkan, kalau pun ia tidak melanggar tatacara prosedur.
Apatah lagi dalam keadaan sekarang, kenyataan AGC mengesahkan mesyuarat JAC memang membincangkan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan kes oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan.
Sebab itulah, saya mengesyorkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dan memutuskan mengenai dakwaan-dakwaan ini, kerana selagi ia tidak diselesaikan, ia akan mengundang kemarahan kepada pentadbiran YAB Perdana Menteri sendiri.
Integriti badan kehakiman bukan terletak semata-mata kepada susun atur dan perjalanan proses mengikut prosedur. Lebih penting, integriti badan kehakiman perlu diyakini oleh rakyat dan pemegang taruh, yang menilai perkara-perkara secara keseluruhan dalam konteks rentetan peristiwa yang berlaku.
Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini mengesahkan bahawa kerajaan sendiri mengakui persoalan mengenai integriti badan kehakiman ini telah menjadi isu nasional.
Demi mempertahankan imej kerajaan, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan saranan dari kami (ahli-ahli parlimen kerajaan) daripada terus menjadi sasaran kritikan pembangkang.
Perlantikan Ketua Hakim boleh dicabar jika gagal mematuhi salah satu syarat.
Komen balas saya:
1. AGC SALAH dalam menafsirkan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan apabila meninggalkan peranan WAJIB Ketua Hakim di dalam Perlantikan Hakim-Hakim.
2. Tafsiran yg betul adalah Perdana Menteri WAJIB berunding dgn Ketua Hakim (terlebih dahulu) di dalam perlantikan Hakim-Hakim, sebelum PM memberi nasihat kepada YDPA.
3. Kuasa utk menasihati YDPA memang eksklusif milik PM, TETAPI kuasa itu hanya menjadi relevan SETELAH PM membuat rundingan dgn Ketua Hakim. Inil adalah peruntukan statutori yg sekiranya GAGAL dipatuhi maka perlantikan Hakim-Hakim akan mengakibatkan tidak berperlembagaan.
4. Sebab itu tidak boleh wujud sebarang “conflict of interest” di dalam perlantikan Ketua Hakim kerana Ketua Hakim mempunyai tugas statutori yg menghendaki beliau menjalankan tugas secara bebas.
5. Sebarang usaha campur tangan/mencaturkan perlantikan Ketua Hakim, akan mewujudkan sikap “obliged” Ketua Hakim terhadap Perdana Menteri & ini akan menjadikan sifat “terhutang budi” menjejaskan tugas hakiki.
6. Wujudnya kebimbangan yg munasabah akan berlakunya perlantikan-perlantikan yg bersifat “Team Aku” yg di lihat akan mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah pada masa akan datang.
7. Wujudnya juga isu-isu yg mempunyai merit terhadap Calon Ketua Hakim Pilihan PM/Kerajaan, yg menuntut semua pihak berkepentingan bangkit menyuarakan bantahan secara jelas.
8. Pihak AGC mempunyai kuasa utk memulakan siasatan dan tidak perlu menunggu setelah terdedahnya video “correct, correct, correct” kepada umum, barulah nak bertindak. Andai itu berlaku, maka nasi sudah menjadi bubur.
9. Di dalam keadaan terdapat banyak kes melibatkan ahli-ahli politik di Mahkamah, maka Kerajaan/PM bertanggungjawab berhenti dan/atau menghentikan sebarang campur tangan dalam kemelut perlantikan Hakim-Hakim.
10. AGC sepatutnya gusar apabila pendedahan kpd umum tentang KEGAGALAN membuat perlantikan Hakim-Hakim selama tempoh setahun yg lepas (semasa di bawah pentadbiran Tun Tengku Maimun), sebagai suatu perkara yg paling teruk dalam sejarah pentadbiran kehakiman negara. Atas point itu sahaja, sudah wujud sangkaan munasabah bahawa perlantikan-perlantikan itu HENDAK/AKAN dibuat selepas Calon Pilihan Ketua Hakim dilantik.
Pernah terperangkap dalam jaring nelayan, seekor singa laut Galapagos bernama Panchita mengalami luka yang menyakitkan dan hampir kehilangan harapan untuk hidup.
Namun entah bagaimana, Panchita berjaya melepaskan diri—dan menemui jalan ke sebuah hotel berhampiran, di mana tangan-tangan yang penuh kasih dan hati yang terbuka sedang menantinya.
Selama tiga bulan, staf hotel merawat Panchita dengan sabar dan lembut, membantunya sembuh—bukan hanya secara fizikal, tetapi juga emosi.
Dalam tempoh itu, Panchita membentuk ikatan yang sangat mendalam dengan manusia yang menjaganya.
Dan apabila tiba hari untuk melepaskannya kembali ke alam liar, itu bukanlah sebuah perpisahan.
Kerana Panchita tetap kembali.
Setiap hari, selepas menyelam bebas di lautan terbuka, dia kembali ke rumah keduanya.
Dia akan mencari kerusi kegemarannya, berbaring dengan tenang bersama insan-insan yang pernah menyelamatkannya, sebelum kembali menyelusuri samudera—hanya untuk kembali lagi keesokan harinya.
Sesetengah ikatan sememangnya tidak dapat dilupakan.
Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini. Lain orang, lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik.
Saya tidak bermula sebagai seorang politik. Saya bermula sebagai seorang aktivis yang ada kesedaran politik, bahawa Malaysia perlu berubah kepada sistem yang lebih telus, membudayakan keamanahan (𝘢𝘤𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺), merancakkan persaingan dan mengangkat merit dalam masyarakat.
Oleh itu, matlamat saya adalah untuk melihat perkara-perkara ini dalam masyarakat dan negara.
Sebahagiannya perlu dibawa melalui platform politik. Sebahagian lagi perlu digerakkan dari akar umbi supaya budaya ini menjadi amalan dalam masyarakat, apatah lagi kerana kita tahu bukan semua ahli politik mengalu-alukan perubahan.
Sebab itu, saya berlapang dada, malah bersyukur dengan beberapa percaturan politik yang berlaku di dalam KEADILAN sehingga membawa kepada peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.
Sejak kempen pemilihan KEADILAN 2025 bermula (sebelum pun pengundian berlaku), saya sudah memutuskan bahawa tumpuan saya yang seterusnya ialah untuk membina jaringan rakyat di peringkat akar umbi melalui 𝗽𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 (𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲).
Sebuah perusahaan sosial adalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti yang membantu masyarakat, selalunya berasaskan kegiatan ekonomi tertentu. Berbeza dengan perniagaan biasa, perusahaan sosial tidak bermotifkan keuntungan. Motifnya ialah khidmat dan kebaikan kepada masyarakat.
Oleh itu, keuntungan dari perusahaan sosial kebiasaannya dikembalikan kepada pekerja dan masyarakat (berbanding perniagaan yang untungnya disimpan oleh pemilik atau pemodal). Maka, perusahaan sosial berupaya menawarkan perkhidmatan atau barang pada harga yang lebih baik berbanding dengan sebuah perniagaan biasa.
Model perusahaan sosial masih asing di Malaysia.
Lazimnya, kegiatan ekonomi diusahakan sebagai sebuah entiti bermotif keuntungan. Kegiatan berasaskan masyarakat pula diusahakan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan untuk membiayai kegiatan dan bergantung kepada sumbangan orang ramai atau geran kerajaan).
Saya terpanggil untuk menggembleng usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, iaitu sektor perusahaan sosial yang terdiri dari perusahaan bermatlamatkan masyarakat, tetapi dibiayai oleh operasi perniagaan yang diuruskan dengan cekap dan membina kekuatan kewangan sendiri.
Oleh itu, fokus utama saya dalam masyarakat selepas ini ialah menggerakkan sektor ketiga menggunakan platform 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.
𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 akan menjadi platform sehenti yang berfungsi:
1. Mewujudkan seberapa banyak perusahaan sosial dalam pelbagai bidang yang digerakkan oleh orang ramai
2. Menyediakan kepakaran dan bantuan melalui jaringan perusahaan sosial dan rakyat
3. Menyusun sumber kewangan tambahan dan penyeliaan kewangan untuk memastikan perusahaan sosial ini berdaya saing dan diuruskan dengan jujur
4. Menghubungkan perusahaan sosial dengan kumpulan penerima sasar yang akan mendapat manfaat
Pelancaran 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 sebagai platform sehenti jaringan perusahaan sosial akan diadakan pada 27 Julai 2025. Rancangan terperinci kini sedang dibangunkan dan akan dibentangkan semasa pelancaran pada 27 Julai ini.
Saya mengajak aktivis dan rakyat biasa untuk bersama-sama menyumbang membina jaringan perusahaan sosial ini di masa hadapan.
Kehadiran jaringan perusahaan sosial yang kukuh di dalam masyarakat dapat menjamin kelangsungan kebajikan ekonomi dan sosial rakyat dalam keadaan pertembungan politik akan terus berlaku di dalam masyarakat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24
KUALA LUMPUR, 8 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pertemuannya dengan pemimpin junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing di Bangkok pada 18 April lalu dan menegaskan ia diadakan berdasarkan mandat ASEAN.
Anwar berkata pertemuan pertama seumpama itu oleh Pengerusi ASEAN sejak rampasan kuasa pada 2021 diadakan bagi mencapai gencatan senjata dan membolehkan bantuan kemanusiaan pasca gempa bumi diberikan susulan gempa bumi dahsyat pada 28 Mac di Myanmar.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama semua pemimpin ASEAN dan tiada siapa yang membantah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24
“Saya hadir dengan mandat itu. Pertama, gencatan senjata. Ya, mungkin ada satu dua insiden kecil, tetapi kemudian ia telah dipersetujui.
“Kedua, bantuan kemanusiaan, telus, tanpa diskriminasi. Kita ada hospital medan daripada pihak tentera, daripada Malaysia untuk berkhidmat kepada semua dari semua wilayah (di Myanmar),” katanya dalam wawancara bersama France 24 yang disiarkan di platform digital rangkaian semalam.
Perdana Menteri bertemu Hlaing yang juga Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar di Bangkok pada 18 April semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Thailand.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24
Anwar menyifatkan pendekatan itu sebagai anjakan strategik daripada dasar ASEAN sebelum ini yang tiada libat urus secara langsung, yang terbukti tidak berhasil.
“Tetapi sekurang-kurangnya kini, selama sebulan, telah wujud gencatan senjata. Ya, ada aduan mengenai satu dua insiden, tetapi tiada lagi pengeboman dan kemusnahan berterusan,” katanya.
Mengenai isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan, Anwar berkata Malaysia mengambil pendekatan konsisten dan seimbang memandangkan negara mempunyai sempadan maritim dengan banyak negara jiran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara berasingan dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Malaysia adalah sebuah negara maritim. Kita mempunyai isu sempadan dengan semua jiran kita, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam. Tetapi kita tidak pergi berperang,” katanya.
Anwar menegaskan bahawa Malaysia menyokong pendirian kolektif ASEAN dalam menggesa China dan semua pihak terlibat supaya bersetuju dengan Kod Tatakelakuan (COC).
“Selama 20 tahun, perkara ini tidak berlaku. Tetapi China telah memberi maklum balas di Jakarta tahun lepas. Mereka kata ya, mereka akan melihat perkara ini dan mereka menyokong,” katanya sambil menambah usaha akan diteruskan.
Apabila ditanya mengenai kemungkinan tercetus perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China berhubung Taiwan, Anwar berkata beliau tidak terlalu bimbang dengan risiko konflik ketenteraan dan yakin kedua-dua pihak akan mengelak peperangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Tidak, saya tidak begitu pesimis kerana saya percaya kedua-dua pemimpin mahu mengelak peperangan. Apapun pandangan anda mengenai Presiden Donald Trump, beliau mewakili pendirian seorang Presiden AS yang tidak mahu peperangan.
Anwar turut menekankan pendirian China berdasarkan pertemuan beliau dengan Presiden Xi Jinping, dengan mengatakan pemimpin China itu bertegas untuk mengelak sebarang tindakan ganas atau serangan terhadap mana-mana negara. – Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) di Rio de Janerio pada 1 tengah hari Isnin waktu tempatan (12 tengah malam Selasa waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim
RIO DE JANERIO, 7 Jul – Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 Julai lalu disifatkan berjaya mencapai kejayaan signifikan dalam pelbagai bidang.
Perdana Menteri berkata, lawatan rasmi yang dilakukan bukan sekadar kerjasama diplomatik dua hala, malah turut membuka peluang baharu dalam usaha menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan Malaysia
“Lawatan yang bermula di Itali pada 1 Julai lepas turut berjaya meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya pada sidang media semasa mengakhiri lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula pada 1 Julai lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama petugas penerbangan Malaysia Airlines sebelum berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) di Rio de Janerio pada 1 tengah hari Isnin waktu tempatan (12 tengah malam Selasa waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim
Beliau berkata, siri lawatan itu turut membuka jaringan lebih luas kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mengembangkan operasi ke pasaran antarabangsa.
Hasil lawatan kerja tiga hari ke Itali, potensi pelaburan berjumlah lebih RM8 bilion berjaya dijana, manakala di Perancis, nilai potensi pelaburan dianggarkan sekitar RM4 bilion.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri diiringi lima menteri Kabinet iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janerio, Brazil pada 7 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Turut menyertai delegasi ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Delegasi perniagaan pula terdiri daripada wakil syarikat korporat utama dan perusahaan inovatif Malaysia, antaranya Petronas, Khazanah Nasional Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.
Lawatan rasmi pertama Anwar ke Itali adalah atas jemputan Perdana Menteri Giorgia Meloni dan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor strategik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh Kerajaan Itali oleh Perdana Menteri, Giorgia Meloni di Chigi Palace, Rom pada 3 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Selain memfokus kepada pelaburan dan perdagangan, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut membincangkan isu-isu geopolitik dengan para pemimpin berkenaan.
Beliau berkata, Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap isu kemanusiaan di Asia Barat, khususnya mengenai Gaza dan serangan ke atas Iran.
Menurut Anwar, Meloni, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva turut senada dalam menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di Gaza yang telah mengorbankan kira-kira 56,000 nyawa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala dan sidang media bersama di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Macron memang telah mengeluarkan kenyataan, tetapi Meloni menyatakan persetujuan untuk menghentikan serangan. Beliau menyebut tentang serangan Israel, menyokong usaha perdamaian dan prinsip penyelesaian dua negara, yang bermaksud mengiktiraf negara Palestin,” katanya.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa lawatan itu lebih menguntungkan negara Eropah, khususnya berhubung pembelian pesawat, Anwar menjelaskan langkah tersebut memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia.
“Tempahan pesawat dibuat oleh syarikat seperti AirAsia dan Malaysia Airlines, namun kerajaan juga mahu Malaysia mendapat faedah secara langsung,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan BRICS 2025 yang dihadiri Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di Rio de Janerio pada 5 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar berkata, Malaysia mahu syarikat pembekal pesawat seperti Airbus dan Embraer menjadikan negara ini sebagai hab bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), latihan serta rantaian bekalan.
Di Brazil, semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS, Malaysia turut mendapat perhatian apabila Anwar diberi peluang berucap pada Forum Perniagaan BRICS yang turut dihadiri Presiden Brazil.
“Forum itu dirasmikan dengan ucaptama oleh Presiden Brazil, dan Malaysia diberi keutamaan walaupun status bukan ahli penuh BRICS.”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama syarikat pengeluar pesawat Brazil, Embraer yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Francisco Gomes Neto di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Menurut Anwar, beliau mengambil peluang itu untuk menekankan kepentingan keadilan antara negara maju dan membangun, serta tadbir urus teknologi kecerdasan buatan.
Kunjungan ke Brazil turut membuka ruang kepada Anwar untuk bertemu beberapa pemimpin dunia dan ketua pertubuhan antarabangsa.
Di Rio de Janeiro, Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa serta rakan sejawatannya dari India Narendra Modi dan Pham Minh Chinh dari Vietnam serta Mostafa Madbouly (Mesir).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dihoskan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Selepas pertemuan dengan Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB) Dilma Rousseff, Anwar berkata keputusan sama ada Malaysia akan menyertai bank tersebut akan dibuat selepas kajian terperinci oleh Bank Negara Malaysia.
Menurut Anwar, beberapa syarikat Malaysia seperti Petronas dan Yinson Production telah berjaya menembusi pasaran Brazil. – Bernama
Malaysia menjadi antara negara yang akan dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengumuman terbaharu Presiden Donald Trump itu sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam siri tindakan perdagangan terhadap beberapa negara rakan dagang utama Washington.
Trump menerusi kenyataan rasmi di platform Truth Social, mengumumkan, kadar tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos.
Ia melibatkan barangan dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan dengan kadar berbeza dikenakan ke atas negara lain.
Kadar tetap 25 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia itu sama seperti Jepun dan Korea Selatan dan Kazakhstan.
Kadar itu juga lebih tinggi daripada 24 peratus yang pada awalnya dikenakan ke atas beberapa eksport Malaysia ke Amerika Syarikat, yang kemudiannya digantung selama 90 hari.
Afrika Selatan pula dikenakan tarif sebanyak 30 peratus manakala Laos dan Myanmar mencatat kadar tertinggi sebanyak 40 peratus.
Amaran Trump turut diberi kepada mana-mana negara yang bertindak balas dengan menaikkan tarif terhadap produk dari negaranya.
Menurutnya, kadar tambahan akan dikenakan di atas tarif sedia ada – melebihi paras 25 peratus yang ditetapkan ketika ini.
“Jika mereka mengenakan tarif tambahan ke atas produk Amerika, kami akan naikkan tarif kami lebih tinggi. Kami tidak akan berdiam diri,” kata Trump.
Sebelum ini, Trump telah menetapkan had maksimum tarif sebanyak 10 peratus sehingga 9 Julai bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan.
Namun, dalam pengumuman terbaharu ini, tarikh akhir rundingan telah dilanjutkan kepada 1 Ogos, menerusi perintah eksekutif yang bakal ditandatangani beliau.