MESEJ PUJUKAN ATAU PENIPU ?


 

HADI MESTI UNDUR JIKA PAS MAHU TAWAN PUTRAJAYA, KATA PENGANALISIS


 UNDUR UNDUR UNDUR HADI




PETALING JAYA: 15 Jun -- Penganalisis politik berpandangan Abdul Hadi Awang wajar berundur sebagai Presiden PAS, sambil memberi amaran bahawa jika kepimpinannya diteruskan ia berisiko menyebabkan parti itu tidak berkembang.


Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Hadi, 77, boleh diberi pujian kerana berjaya mentransformasikan parti Islam itu sepanjang dua dekad kepimpinannya.


“Beliau berjaya menyuntik nafas baharu kepada PAS, yang kini muncul sebagai parti paling berjaya dalam PRU lalu,” katanya kepada FMT.


Bagaimanapun, katanya, Hadi kini sudah ‘mencapai siling’ dari segi potensi parti di peringkat nasional.


Pada PRU-15 pada 2022, PAS memenangi 43 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.


“Tetapi kini PAS seolah-olah sudah sampai ke tahap tepu dalam menarik sokongan pengundi Melayu dan gagal memikat pengundi bukan Melayu. Masa Hadi sudah berlalu,” katanya.


Parti perlukan kepimpinan baharu


Azmi berkata walaupun PAS memiliki sokongan kukuh di kawasan majoriti Melayu konservatif, parti itu masih gagal menembusi sokongan pengundi bukan Melayu.


Untuk menerajui kerajaan Persekutuan, katanya, PAS perlu melantik barisan kepimpinan baharu terdiri daripada golongan profesional serta menampilkan imej nasional yang lebih luas.


Sama seperti Azmi, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut berpandangan bahawa PAS sukar untuk maju ke hadapan selagi parti itu tidak diterajui kepimpinan baharu.


Namun, katanya, beliau tidak yakin parti itu akan melantik profesional sebagai pemimpin baharu.


“Mereka yang akan menggantikan (Hadi) tetap akan datang daripada kelompok ulama. Orang seperti Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, pun dianggap ‘tidak cukup ulama’.


“Jadi retorik terhadap bukan Islam tidak akan banyak berubah,” katanya.


Pada 7 Jun lalu, Naib Presiden PAS Amar Abdullah mengakui parti Melayu-Islam itu bergelut meraih sokongan bukan Melayu.


Namun, katanya, pengundi yang membentuk sokongan teras PH dilihat semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan PAS menyasarkan kumpulan ini menjelang PRU akan datang.


Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata PAS sebenarnya memiliki pemimpin yang berwibawa untuk mengambilalih teraju parti itu daripada Hadi.


Antaranya ialah Samsuri, Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin dan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.


Menurut Kartini, Hadi boleh diberikan peranan sebagai penasihat utama parti.


James Chin dari Universiti Tasmania pula berpendapat tidak mungkin Hadi akan berundur.


“Beliau sedar bahawa dirinya adalah ‘gam’ yang menyatukan PAS,” kata Chin kepada FMT. “PAS yang kita lihat hari ini sebenarnya mencerminkan Hadi.”


Chin berkata pengundi bukan Melayu tidak akan menyokong PAS walaupun Hadi tidak lagi menjadi Presiden, kerana pemimpin lain dalam parti itu turut membawa ‘pandangan ekstrem’ dalam isu kaum dan agama.


“Walaupun Hadi berundur, tidak banyak yang akan berubah kecuali berlaku rombakan menyeluruh dalam parti,” katanya.



PEMAIN LA LIGA DIKAITKAN DENGAN SEPANYOL

Zainuddin Omar

 

Wah lagilah marah geng walajati. 


Mesti dia dari keturunan pengembara Melayu Panglima Awang @ Henry The Black. 


Berita lanjut 👇👇👇




WAJAH PENGKAPIR KATANYA.. KEH KEH....

 


Ini dia wajah walaun yang selalu Mengkafirkan orang UMNO & Ph disetiap postingnya....



Ketua penerangan bersatu tanya mana pergi suara ketua pemuda UMNO dalam isu yusuf rawter



 Ketua penerangan bersatu tanya mana pergi suara ketua pemuda UMNO dalam isu yusuf rawter



Jadi ini jawapan saya 


Simpati tetap simpati..tetapi saya bukan penunggang mcm kamu dan kawan2 kamu dan sejujurnya org yang menyokong negara israel ni saya tidak berminat untuk komen dan sokong,sbb beliau tidak layak mendapat perhatian saya bila ada org menyokong israel secara terbuka ni sebab lebih ramai lagi insan yang layak dapat perhatian dan pembelaan dari kami


Mungkin yang dikatakan kezaliman kepada diri dia Allah nak tunjukkan kepada yusuf rawter bahawa apa yang dialami oleh dia hanyalah 1% sahaja kezaliman yang dirasai oleh saudara kita di bumi palestin yang setiap hari selama puluhan tahun dizalimi oleh pihak zionis laknatullah yang yusuf rawter sokong 


Moga peristiwa ini boleh membuatkan yusuf rawter insaf dan ubah persepsi menyokong negara israel


Mengenai isu abg belon jgn tanya kami,sbb abg belon dah pilih kamu dan kawan2 sebagai peguam dia dan kamu dah bawa dia keliling kampung siap ada sidang media..seharusnya tanya diri sendiri dan tanya kawan2 kamu apa cerita ttg abg belon ya..dah dia pilih kamu,jgn kamu tinggalkan dia pula separuh jalan sbb dah xboleh nak tunggang dia..


Bak kata MP machang  Wan Ahmad Fayhsal sebelum tanya mana suara kp UMNO,patut tanya mana suara KP kamu dulu!!


Dan saya nak tanya,sanggup ke sokong orang yang secara terang-terangan menyokong zionis yang membunuh saudara kita di Palestin tu??


Kalau xsempat baca apa tulisan yusuf rawter tu tentang sokongan dia kepada negara israel saya sertakan link tu disini ya 


https://www.israelnationalnews.com/news/350037


Dr Akmal Saleh



PEDIH PIMPINAN EROPAH DENGAN ROBOT CHINA


 Sam Lim


Makin hari makin pedih lubang jubo pemimpin² Eropah dengan teknologi China.. 🇨🇳

Bukan setakat bidang automotif,euro angkasa,bidang robotik pun mereka dah mula nak kalah dengan China.. 🇨🇳

Boleh cakap,boleh gerak-gerak,pandai anu,memang macam orang betul.. 💃

Kalau nak eksport ke Malaysia,buat juga la yang gemuk-gemuk,sebab rakyat Malaysia ni ramai juga suka wanita gemuk.. 😘


Harap-harap tak mahal.. 😅




[Video Penuh] Ucapan penuh Rafizi Ramli akhiri Jelajah Hiruk di Johor Bahru

MOTIVASI PAGI UNTUK KEBAIKAN DIRI


 

Bagi ularmak jaga ekonomi pun ke laut , maki hamun depa .......

MOTIVASI DIRI


 

DANIEL TAMPIL BONGKAR PENGUMUMAN KETUA AMK!!!!?? RAMAI RAKYAT JELATA TAK...

Sifat hipokrit? inikah dimaksudkan pemimpin SIALAN oleh ketua cabang TUA...

- JANGAN BIARKAN PKR GULUNG TIKAR . HANGPA TAK MAMPU BUAT, MINTA RAFIZI. BUKAN DULU SOH NURUL TANDING....



Shamsul Iskandar Mohd Akin mengharapkan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi dua tokoh yang banyak berjasa kepada PKR dapat mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam kabinet. “Namun, yang menang perlu memikul amanah manakala yang kalah harus dirangkul untuk bersama-sama dalam perjuangan,” Tetapi nasi dah jadi bubur. Kalau Shamsul ingin Rafizi untuk berjiwa besar, sepatutnya perkara itu berlaku di awal sebelum pemilihan parti bila mana Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Keadilan meminta agar Rafizi diberi laluan mudah dan kekal sebagai Timbalan Presiden. "Namun Shamsul sendiri antara yang terawal menggerakkan kenyataan sokongan kepada Nurul Izzah untuk menidakkan gesaan Presiden dan melawan Rafizi.




Sembang isu semasa bersama DSA.....

SHAMSUL ISKANDAR RAYU RAFIZI - JOM KEMBALI DALAM KABINET | KAU BUAT LA MACAM RAFIZI BUAT...


Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengharapkan dua tokoh yang banyak berjasa kepada parti dapat mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam kabinet. Bbeliau berharap mesej ‘pujukan’ yang disampaikan presiden parti baru-baru ini dapat dipertimbangkan oleh bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden PKR, agar mereka dapat meneruskan khidmat sebagai menteri. “Jadi saya harap kedua-dua tokoh yang besar semangatnya kepada parti dapat memikirkan semula keputusan itu. Sebenarnya, tidak ada sebarang masalah besar. APA KATA KITA "BOLEH BELAHLAH!!"


KES YUSUF RAWTHER BUKAN ISU LIWAT – INI HANYA KES SIVIL, BUKAN KRIMINAL!"



Armada Jiwa



Ramai keliru atau sengaja mengelirukan rakyat, kononnya PMX (Anwar Ibrahim) bakal masuk penjara lagi sebab kes Yusuf Rawther. Tapi ini fakta yang ramai tak tahu – atau sengaja buat-buat tak nak tahu:


---


📍1. Ini Hanya Kes Saman Sivil


Kes ini adalah saman sivil – bukan kes jenayah.

Tiada istilah penjara, tiada pendakwaan jenayah, tiada bicara liwat pun.

Kalau Anwar tewas pun, dia hanya perlu bayar pampasan (jika mahkamah putuskan begitu).

Itu saja.


---


📍2. Kes Ini Tidak Akan Ulangi Episod 1998 atau 2008


Zaman DSAI dizalimi dengan kes liwat dulu dibawa ke mahkamah jenayah, lengkap dengan tangkapan, lokap dan penjara.

Tapi kes ini tidak — ia hanya dalam bentuk tuntutan saman peribadi, macam mana orang saman orang.


---


📍3. Kenapa Dibesar-besarkan?


Sebab pembangkang tak ada modal lain.

Mereka tahu kes ini tidak mampu menjatuhkan Anwar secara undang-undang, tapi mereka gunakan untuk:


Burukkan reputasi PMX di media antarabangsa


Ulang naratif konon Anwar masih dibayangi isu liwat


Main emosi rakyat yang malas baca fakta


---


📍4. Mereka Tak Peduli Kebenaran – Mereka Cipta Persepsi


Cukup dengan satu headline: “PM Malaysia disaman dalam kes liwat.”

Maka mereka harap:


Dunia akan percaya tanpa semak.


Rakyat akan ragu dan hilang kepercayaan.


Fitnah lama hidup semula.


---


📍5. Tapi Rakyat Hari Ini Lebih Bijak


Kita bukan lagi rakyat 1998.

Kita tahu beza antara:


Saman sivil dan kes jenayah


Fakta dan persepsi


Reformis dan perasuah


---


✅ Kesimpulan: Ini Bukan Kes Jenayah. Ini Hanya Cubaan Jatuhkan Moral dan Nama Anwar.


Tapi rakyat yang celik akan berdiri teguh bersama kebenaran.

PMX bukan maksum. Dan dia bukan penjenayah.

Dan Malaysia hari ini perlukan seorang pemimpin yang berani, bukan yang tunduk pada fitnah.


---


🟡 "Jangan biar rakyat terus diperbodoh dengan propaganda murahan. Fakta bukan untuk diputar, tapi untuk difaham."


#TolakFitnah

#KebenaranAkanTegak

#KamiBersamaPMX

#RakyatBukanBodoh



KETUA PEMUDA PAS DULU DAN SEKARANG


 

MOTIVASI PAGI


 

BILA DAH TAKDE BARU PKR HILANG PUNCA??



 BILA DAH TAKDE BARU HGPA HILG PUNCA??


Sewaktu DSRR dan pasukannya bertungkus lumus memastikan Ekonomi Malaysia semakin baik dlm tempoh 3 tahun supaya ia autopilot sebelum beliau turun padang utk mulakan kempen politik PRU16 dlm 2 thn terakhir, DSRR dikutuk diperlekeh dan dihina oleh puak Pentaksub Najib seperti Puad Zarkashi. 


Sepanjang itu saya antara penyokong yg tetap cuba mewar-warkan kejayaan KemEko sbb KemKom mcm PUND*K, JaPen seolah2 berat hati ata enggan menyiarkan kejayaan IPR, IKR, PADU, MyPAKW, JSSEZ NETR, DigEco, DOSM, dll. JKom toksah cerita lah. Cukup PELARQ mcm Menterinya. Ntah apa yg mereka terangkan kpd komuniti pun kita tak tahu. Membalun DSRR je depa pandai lah kot??


Apa bila NIA umum langgar DSRR, Lokman Adam menunjukkan KEBENCIAN YG AMAT SANGAT terhadap DSRR dgn kenyataan bodo utk memperlekehkan DSRR.


RAMAI KC dan perwakilan menunjukkan betapa bencinya mereka dan menolak kepimpinan DSRR. Saya individu terawal menyatakan perbuatan NIA melanggar DSRR mendatangkan RISIKO besar kpd jawatan MenEko. Bacaan saya, siapa shj pencatur sebenarnya mahu menyingkirkan DSRR dr kerusi MenEko kerana jwtan itu sangat penting dan strategik.


Saya perhatikan dlm SocMed terutama Whatsapp group pandangan saya dicemuh, diperlekehkan oleh ahli2 PKR yg taksub pd NIA. Kata mereka telahan saya tu bodo kelaut kerana pemilihan jwtan parti TIADA kena mengena dgn jwtan Menteri. Saya senyum shj.


Hari ini kita kehilangan MenEko yg sangat bagus dan perform berbanding Pengampu, Pembodek dan Penjilat yg menolak beliau.


Pembentangan RMK13 pun tertangguh, PADU dan perlaksanaan subsidi bersasar Ron95 nampaknya tiada berita. Seluruh pasukan DSRR turut berundur dr KemEko baru hgpa tau ketiadaan DSRR membuatkan Kerajaan pun boleh terkedu dan hgpa seolah2 hilg punca. 


Keadaan cacamerba ini saya pertanggungjwbkan kpd NUA dan NIA. Saya yakin, PAP tak akan lupa 2 beranak ini dan PKR yg mesti dihukum. Biar mereka nafi dan berseronok diulit kuasa dikeliling para pembodek, pengampu dan penjilat. Kita tengok shj sejauh mana Allah izinkan akibat percaturan itu.


Wallahualam.


-Zus Din 

14062025



PADAN MUKA HANGPA.

 


Sky REFORMIS.


Rafizi Keluar Kabinet  - PKR Hilang Strategi , Negara Hilang Suara Reformis


17 Jun 2025: Rafizi Ramli undur diri sebagai Menteri Ekonomi. Bukan sebab skandal , bukan  sebab burnout , tetapi sebab kalah pemilihan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah , anak kepada bos sendiri. 

Apa kesannya?


Untuk PKR , ini bukan sekadar kehilangan seorang menteri. Ini macam hilang kompas dan GPS sekali. Rafizi selama ni jadi nadi strategi parti dari menghidupkan semula semangat selepas PRN Melaka & Johor , sampailah tarik balik sokongan pengundi bandar, kelas menengah dan bukan Melayu. Sekarang, suara paling tajam dan kritikal dalam parti seakan senyap.


Tanpa Rafizi, siapa nak berani tegur kesilapan dalaman? Siapa nak lawan arus bila ramai pilih jalan selamat? Yang tinggal rata2 cuma geng “Yes boss” dan pak turut. Tambah pula bila yang menang jawatan tu anak PM sendiri lalu timbul persoalan, ini PKR atau “Parti Keluarga Reformasi”? Kronisme yang dulu mereka tentang , kini dikatakan beranak semula dalam rumah sendiri.


Bagi negara, kehilangan Rafizi bermakna satu lagi lubang dalam kapal reformasi. Dialah arkitek Pelan Malaysia Ke-13 , pencatur utama rasionalisasi subsidi dan antara suara paling lantang soal ketelusan , dari SPRM hinggalah ke urus tadbir. Bila dia keluar, , dasar2 besar tergantung. Pelabur tengok dan mula risau. Kabinet makin sunyi dek kerana  tiada anggota  yang sanggup dan berani bersuara.


Lagi parah , pengundurannya bersama Nik Nazmi menimbulkan tanda tanya: betul ke kerajaan ni stabil? Atau hanya nampak stabil selagi tak digoncang ?


Rafizi masih Ahli Parlimen Pandan. Dia belum bersara. Dia masih ada Twitter, Invoke , data, dan pengaruh. Tapi buat masa ini, hilangnya dari kabinet adalah satu kehilangan besar bukan saja kepada PKR , tapi kepada seluruh rakyat yang percaya reformasi bukan sekadar slogan.


Kadang-kadang, bila orang macam dia pergi… baru kita sedar apa yang kita hilang.


#Rafizi #PKR #Reformasi #PolitikMalaysia


Kredit sumber X


Yg Ada skrng semua yg kaki ampu bodek tahap gaban tengok pun menyampah



ISU DISEBALIK ISU RUNDINGAN US DSN IRAN

 


MALAYSIA KINI RAMAI YANG BEKERJA SENDIRI.

 

Nazeri  Hamdan


Malaysia kini mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih 3.16 juta rakyat bekerja sendiri, termasuk peniaga kecil online, rider gig, pekebun, dan penjaja. Ini adalah hasil pertumbuhan konsisten sejak 2021 yang menunjukkan satu transformasi struktur pasaran buruh 


Sebelum ni saya pernah tulis jumlah orang yang kerja di sektor formal makin hari akan makin kurang dan mereka yang kerja sendiri akan makin tinggi. Mereka yang tinggalkan sektor formal sukar nak kembali semula makan gaji sebab memang pekerjaan dah tak ada untuk mereka.


Benda ni bukan salah sesiapa. Ia adalah satu evolusi dalam pekerjaan yang tak boleh dielak lagi. Makin banyak kerja manusia akan kena ganti dengan AI.


Bila agentic AI sudah mula berkuasa, makin banyak kerja manusia akan hilang. Benda ni nampak macam janggal sekarang. Tapi pada masa depan ia akan jadi normal.



NI SUARA DAN INI JUGA BUKTI KOT LA ROS NAK DIAM


 

KES BUDAK PSYKO YANG ORANG DOK TIBAI


 

OKESTRA OLALA..JOM KENAI


 

BAB GINI NAK DIAM..JKOM MANA PI ?

 

Zainuddin Yaacob


Cerita cerita begini mereka senyap seribu bahasa. Berbillion billion wang negara di salah guna.  


#terbaikkerajaanmadani









DIA BUKAN PAKAR EKONOMI NAK BERCAKAP BAB NI.


RMS.


 Apa punya statement lah.. macam budak tak sekolah, apa yang kjaan buat semuanya untuk kebajikan rakyat, subsidi bersasar untuk mengurangkan fiskal defist kerajaan dan telah pun menampakkan impak dan kesan positif, dalam masa yang sama program ni dapat menjana pendapatan untuk disalurkan pada rakyat yang memerlukan dalam bentukan bantuan tunai dan STR.


Apa yang kerajaan buat telah terbukti tidak memberi impak kepada majoriti rakyat Malaysia untuk memastikan kebajikan mereka dapat dijaga.





Apa masalah Alang Shukrimun ini?





1. Pendapat Kapten Asri Khalid itu betul.


Tidak patutkah bergembira bila pemimpin ketenteraan Ir4n, yang kebanyakannya terlibat dalam pembunuhan rakyat Sunni Syria selama 13 tahun, terbunuh oleh serangan I$r4€l?


Dalam masa yang sama, kita juga berasa gembira bila serangan peluru berpandu Ir4n berjaya memusnahkan sebahagian kota Tel Aviv, ibu kota negara Suhyuni yang telah berpuluh-puluh tahun membunuh rakyat Fi-Lis-Tin.


2. Ini bukan isu sektarianism.


Isunya adalah kalian budak Haraki, termasuklah Abdul Mu'izz Muhammad, menganggap darah rakyat Sunni Syria itu murah, boleh ditumpahkan sewenang-wenangnya oleh Rejim Al-Assad dan Ir4n, atas alasan "pertahankan Fi-Lis-Tin".


Semasa tumbangnya Rejim Al-Assad, kalian sedikit pun tidak bercerita tentang bagaimana Rejim yang ditaja oleh Ir4n itu telah:


- memenjarakan dan menyeksa lebih 100,000 orang;


- ada cabang Fi-Lis-Tin dalam penjara Rejim Al-Assad, yang penjarakan orang Fi-Lis-Tin secara khususnya;


- Banyak Komanden HMS yang dipenjarakan dan dibunuh dalam penjara Rejim Al-Assad, antaranya adalah Abu Judat Al-Jaloudi.


- Itu belum masuk lagi kes tahanan dirogol dan bersalin dalam Penjara Sednaya! Ramai warga Fi-Lis-Tin dirogol dan bersalin dalam penjara Rejim Al-Assad.


Peliknya, Alang ibn Shukrimun dan Abdul Muizz Muhammad serang Al-Joulani dan HTS yang membebaskan rakyat Syria daripada cengkaman Rejim Al-Assad.


3. Adalah sangat keji bila budak-budak haraki Alang Ibn Shukrimun cuba menjadikan isu ini isu sektarianism, walhal kebanyakan rakyat Sunni Syria yang berjaya hidup sehingga hari menjadi mangsa kekejaman Rejim Al-Assad yang ditaja oleh Ir4n secara langsung atau tidak langsung. Memang patutlah mereka benci Ir4n.


Mereka bukan benci Ir4n kerana Ir4n berfahaman Syiah Ithna Ashari; mereka benci Ir4n kerana menaja kerajaan dan kumpulan militia Syiah yang memenjarakan, menyeksa, membunuh dan menghalau mereka dan sanak saudara.


Adalah amat keji bila budak Haraki menjadikan isu ini sebagai isu sektarianism, walhal ini isu kezaliman.


5. Sedikit kisah sejarah buat sesiapa yang tidak tahu. 


Semasa peringkat awal Revolusi Syria pada awal tahun 2011, ramai rakyat Syria tidak percaya yang Hezb0ll@h bersekongkol dengan Rejim Al-Assad dalam membunuh rakyat Sunni Syria. Mereka yakin Hezb0ll@h yang melawan kezaliman Kerajaan Suhyuni pada tahun 2006 itu tidak tergamak untuk bersekongkol dengan Rejim Al-Assad dalam membunuh dan menghalau rakyat Sunni Syria.


Bukan setakat rakyat Sunni Syria, bahkan warga Sunni di seluruh dunia ketika itu, semuanya memandang tinggi pertubuhan Hezb0ll@h kerana jasa mereka memerangi Suhyuni pada tahun 2006.


Namun pidato Hassan Nasrallah pada tahun 2011, telah menghapuskan segala sangka baik rakyat Sunni Syria terhadap Hezb0ll@h. Mereka baru sedar yang walaupun rakyat Sunni Syria pada asalnya tidak pernah kisah tentang isu sektarian Sunni-Syiah, namun Hezb0ll@h dan militia Syiah menganggap rakyat Syria sebagai keturunan Bani Umayyah yang wajib dibunuh. Begitulah bencinya militia Syiah dan Hezb0ll@h tajaan Ir4n terhadap rakyat Sunni Syria.


Dengan erti kata lain, Ir4n, Hezb0ll@h dan militia Syiah ditaja Ir4n yang menyalakan api sektarianism melawan rakyat Sunni Syria, dan bukan sebaliknya. Hal inilah yang tidak diceritakan oleh budak-budak Haraki.


6. Akhir kata, tidak salah bergembira apabila penindas umat Islam masing-masing mengalami kerugian dalam peperangan sesama mereka. Ini bukan perkara baharu dalam sejarah Islam. Kerajaan Fatimiyyah Syiah juga pernah bertempur dan berperang dengan Tentera Salib, namun

Alhamdulillah, kedua-duanya entiti ini akhirnya lenyap ditelan zaman.


Kita doakan sebagaimana kata-kata Imam Malik ini:


ينتقم الله من الظالم بظالم ثُمَّ ينتقم من كليهما


"Allah akan membalas kezaliman dengan orang yang zalim, dan kemudian Allah akan menghancurkan kedua-duanya."


[شفاء الغليل في حل مقفل خليل m/s 1099, Jilid 2]


Wallahualam.



HABIS KES KES YANG BERLAKU SEBELUM INI TAK NAK SIASAT KAH HAMZAH


 

MOTIVASI


 

⚖️ KES SIVIL YUSUF RAWTHER VS ANWAR IBRAHIM: SIAPA AKAN MENANG?


Armada Jiwa




💼 Status Semasa:


Yusuf telah menyaman Anwar di Mahkamah Sivil atas dakwaan serangan seksual, menuntut pampasan.


Kes jenayah sudah ditutup oleh PDRM dan Pejabat Peguam Negara kerana tiada bukti kukuh.


Jadi, kini hanya tinggal saman sivil — di mana beban bukti lebih ringan daripada kes jenayah, tapi masih perlukan fakta yang menyakinkan.


---


📑 Analisis Bukti dan Hujah Yusuf:


Kelemahan utama:


1. ❌ Tiada saksi langsung kejadian.


2. ❌ Tiada laporan perubatan, tiada bukti fizikal.


3. ❌ Tiada laporan polis awal yang konkrit — buat lewat, selepas setahun lebih.


4. ❌ Cerita beliau berubah-ubah dalam beberapa kenyataan terdahulu.


5. ❌ Mahkamah sudah tolak keterangan Yusuf dalam kes sebelum ini, menyatakan tidak meyakinkan dan tidak konsisten.


---


✅ Kekuatan Hujah Pihak Anwar:


1. ✅ Tidak pernah mengaku, malah konsisten menafikan sejak awal.


2. ✅ Pihak polis & AG telah nyatakan tiada asas pendakwaan jenayah.


3. ✅ Telah menang beberapa kes saman terhadap pihak-pihak yang membuat fitnah berkaitan dakwaan seksual sebelum ini.


4. ✅ Mahkamah sebelum ini telah tolak saman Yusuf, menyatakan beliau gagal membuktikan apa-apa yang konkrit.


---


💬 KESIMPULANNYA — SIAPA AKAN MENANG?


Saya dengan yakin dan rasional menyatakan:


> 🔮 Anwar sangat berpotensi untuk menang dalam kes saman sivil ini.


Kenapa?


Yusuf tidak mampu kemukakan bukti kukuh.


Mahkamah lebih cenderung melihat pada credibility dan konsistensi keterangan — yang mana Yusuf sangat lemah di situ.


Kes ini kelihatan lebih bermotif politik berbanding benar-benar menuntut keadilan.


---


❓ Kalau Anwar kalah, apa jadi?


Kalau pun secara luar jangka mahkamah menyebelahi Yusuf, ianya kes sivil — bukan jenayah.


Maksudnya:


❌ Anwar tak akan dipenjara.


❌ Anwar tidak akan dilucutkan jawatan secara automatik.


✅ Hanya akan diarahkan bayar pampasan jika didapati bersalah secara sivil (dan itu pun boleh dirayu).


Tapi...


🔥 Dari segi persepsi politik:


Musuh politik akan guna sepenuhnya untuk cipta persepsi moral buruk terhadap beliau.


Akan ada cubaan cipta tekanan agar beliau letak jawatan — walaupun secara undang-undangnya, tiada keperluan untuk itu.


Namun, rakyat akan jadi penentu — jika rakyat yakin ini satu lagi fitnah politik, ia akan kembali memakan pihak lawan.


---.


Anwar tidak akan tumbang dengan mudah hanya kerana permainan lama yang diulang .. Kerana rakyat kini lebih matang, lebih celik .. 😎


#CARIKEBENARAN #MALAYSIAMADANI❤💙

#LAWANFITNAH #DSAI #REFORMASI #PEJUANGREFORMIS

#WALAUNBEBAL #BERSAMADSAISELAMANYA

#LOBAIWALAUN



RAMAI YANG DAH MENANG- MOVE ON-BUAT KERJA LAH RAKYAT TAK SEDAR!!!? DANIEL TAMPIL DEDAH SIAPA ORANG KUAT YANG BLOCK JAL...

PERCAYA LA ORANG AKAN TOLAK KAMU - Dia yg cadang lawan, Dia juga cuba pujuk terima balik jawatan menteri,,,,

Menteri JKR cer respon pasal RM 75 juta baiki jalan gajah boleh terbang....

KEMBALIKAN WANG RAKYAT SEGARA RAMPAS BALIK DAN BAGI RAKYAT ITU MINAT SAYA!

AWAS TOPENG



 Jika pemimpin #PKR dari Sabah sendiri dah bersuara begini, bayangkan perasaan dan emosi akar umbi disana.? 


MOVE ON, HENTI DESAK RAFIZI DAN NIK NAZMI KELUAR DARI PRINSIP.







Saya mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam kabinet.


Semalam dalam satu ciapan di Facebook, Rafizi memaklumkan telah mengosongkan pejabat dan tidak berganjak dari pendirian beliau. 

Bagi saya pemimpin Keadilan perlu 'move on' dan berhenti memaksa Rafizi dan Nik Nazmi untuk keluar dari prinsip mereka.


Bagi mereka, kedudukan sebagai pimpinan utama parti adalah asas yang meletakkan mereka dalam kabinet kerajaan Persekutuan.

Namun mereka dengan terbuka menerima bahawa mandat itu telah ditarik oleh anggota Keadilan sendiri maka atas dasar prinsip mereka melepaskan jawatan.


Jika Shamsul ingin Rafizi untuk berjiwa besar, sepatutnya perkara itu berlaku di awal sebelum pemilihan parti bila mana YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Keadilan meminta agar Rafizi diberi laluan mudah dan kekal sebagai Timbalan Presiden. 

Namun Shamsul sendiri antara yang terawal menggerakkan kenyataan sokongan kepada Nurul Izzah untuk menidakkan gesaan Presiden dan melawan Rafizi.


Jika sudah niat ingin menyingkirkan Rafizi, bagi saya pemimpin Keadilan tidak perlu hipokrit memandangkan Rafizi dan beberapa sekutunya berjaya disingkirkan.


Sepatutnya Shamsul melihat tindakan Rafizi dan Nik Nazmi membuktikan bahawa adalah 'Pemimpin Sinaran' dan bukannya 'Pemimpin Sialan' seperti beberapa ciri pemimpin yang disebut sendiri oleh Shamsul Iskandar sebelum ini.


- Razeef Rakimin -




SATU SATU ISU ..AKHIRNYA SENYAP MACAM TU SAHAJ-JOM KITA DENGAR SATU SATU ISU YANG DITUNGGANG- PAS & BERSATU PEMBANGKANG PALING BANGGANG? TUNGGANG SEMUA ISU DARI KWSP ...

Bila siasatan skandal lebuh raya akan selesai? Ini respon Azam Baki

 

Kes seorang Tan Sri yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan lagi.





Perkara itu diberitahu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, setakat ini seramai seramai 53 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ini.

Beliau menjangkakan lebih ramai saksi akan dipanggil bagi diambil keterangan.

“Rakaman percakapan daripada individu bergelar Tan Sri juga akan disambung hari ini,” katanya.

Terdahulu SPRM mengesahkan ahli perniagaan itu yang merupakan pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri adalah saksi penting dalam siasatan.Setakat ini nilai rampasan aset berjumlah lebih RM143 juta.

Aset tersebut termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan mewah, jam tangan eksklusif, barang kemas dan barangan lain yang bernilai tinggi. Pihak berkuasa juga sedang mengesan aset di luar negara, termasuk di London dan Switzerland.


Minuman keras mahal, peralatan kasino, jongkong emas antara yang dirampas dari rumah Tan Sri

 





Ratusan botol minuman keras berjenama mewah, peralatan kasino, beg tangan berjenam, jam tangan mewah, jongkong emas, syiling dan patung emas, berlian serta barang kemas adalah antara barangan yang disita dari beberapa rumah milik seorang tan sri yang mendapat konsesi lebuhraya.

Sitaan tersebut menyusuli serbuan awal oleh Bahagian Siasatan SPRM yang menemukan:

“SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang merupakan tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit,” tambah kenyataan itu lagi.


  • 84 beg tangan mewah bernilai kira-kira RM3 juta
  • 11 jam tangan berjenama bernilai kira-kira RM1 juta
  • Minuman keras mewah bernilai RM5 juta
  • Jongkong emas, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta
  • Berlian dan barang kemas bernilai kira-kira RM4 juta

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa nilai keseluruhan rampasan semalam mencecah kira-kira RM16 juta, dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak sitaan akan dilakukan selepas ini.

Azam turut memaklumkan bahawa proses rakaman keterangan Tan Sri tersebut ditangguhkan ke tarikh lain disebabkan keadaan kesihatan beliau.

Akhbar The Star semalam melaporkan bahawa empat kenderaan milik ACTS termasuk dua van putih, sebuah Nissan Grand Livina, dan sebuah Honda City, dilihat memasuki kediaman lelaki berkenaan di Bandar Tasik Selatan sekitar jam 10.50 pagi, dan anggota ACTS dilihat lengkap bersenjata api.


Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pegawai SPRM menyambung sesi soal siasat terhadap lelaki itu semalam selepas menghabiskan lebih enam jam soal siasat pada hari sebelumnya, bermula jam 9 pagi hingga 3.07 petang.

Pada 2 Jun, SPRM mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM20 juta dana sukuk yang diperuntukkan bagi projek lebuh raya di Lembah Klang telah diseleweng untuk tujuan perjudian.

Azam berkata, transaksi tersebut dikesan melalui siasatan lanjutan kes berkenaan dan SPRM masih menjejaki aset dalam serta luar negara, yang akan dibekukan atau disita bagi membantu siasatan lanjut.

Akhbar New Straits Times turut melaporkan bahawa SPRM telah menyita aset dan membekukan akaun bank bernilai RM85.6 juta berkaitan siasatan ini.





Serangan ke atas Iran: Dunia Arab pekak dan bisu


 

BORHAN AHMADJune 14, 2025

Tak cukup mengebom Gaza saban hari, tak cukup menodai Al-Aqsa setiap minggu, kini Israel melebarkan angkuhnya ke Tehran pula. Kononnya atas nama keselamatan.

Kononnya ‘serangan pencegahan’ tetapi dunia tahu – ini bukan soal pertahanan,ini soal penyelewengan dan gila uasa kuasa, kata Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Bagi beliau, Israel semakin berlagak sebagai polis dunia, pendakwa, hakim dan algojo dalam satu badan.

“Dan dunia Arab? Masih pura-pura pekak, buta, bisu. Bila Iran bertindak – mereka ‘ancaman’. Bila Israel menyerang – mereka ‘menjaga kestabilan’. Double standard yang menjijikkan,”kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, Parti Amanah Negara mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut ini.

“Ya – pengecut. Sebab hanya pengecut yang serang dari langit, bunuh dari jauh, tapi takut bila rakyat bersatu melawan kezaliman,” katanya.

 

 

Kepada rejim Zionis, katanya, kezaliman mungkin tampak gagah hari ini, tapi ingat – angin perubahan tidak pernah berhenti.

“Semakin ramai umat manusia yang sedar siapa sebenarnya penjajah, siapa sebenarnya pengganas.

“Dan kepada dunia: Jangan tunggu sampai bom jatuh di atas kepala sendiri baru mahu bersuara.

“Keamanan tidak datang dari tunduk pada penindas – ia datang bila kebenaran ditegakkan, walau berdepan kuasa sebesar mana,” katanya.

 



CADANGAN PAS TUBUH JAWATANKUASA DIKETUAI HAMZAH ADALAH JAWAPAN PEMBANGKANG TAK BERMAYA

 

14 June 2025

Sebagaimana dipetik daripada Malaysiakini, PAS dilaporkan telah mencadangkan rombakan struktur Perikatan Nasional (PN) melalui penubuhan sebuah jawatankuasa eksekutif yang bertujuan memastikan gabungan itu lebih berperanan sebagai pembangkang.

Jawatankuasa eksekutif itu diberitakan dicadangkan untuk diketuai oleh  Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Dalam cadangan itu, meskipun satu jawatankuasa eksekutif diketuai Hamzah akan ditubuhkan, tetapi Presiden keempat-empat parti komponen dalam PN – PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP)– akan terus memainkan peranan dalam Majlis Tertinggi seperti sedia ada.

Menurut sumber yang dipetik Malaysiakini, penubuhan jawatankuasa itu diusulkan bagi menyediakan Hamzah untuk menerajui tampuk kepimpinan negara sekiranya berlaku pertukaran rejim di peringkat pusat pada  PRU16 akan datang.

“Struktur lain tidak berubah, hanya sebuah jawatankuasa baru dibentuk, macam tubuh biro,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan idea itu masih tergantung susulan dakwaan wujud penentangan daripada kem Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.

Selama ini sering menjadi bualan ramai mengenai PN sebagai blok pembangkang yang dikatakan tidak cukup berkesan dalam memainkan peranannya.

Ramai yang kecewa, di sebalik begitu banyak isu yang timbul satu demi satu itu, tetapi PN juga ternampak lesu.

Secara umumnya, apabila kerajaan dibelenggu oleh banyak isu dan terlihat bercelaru, harapan rakyat ialah akan muncul suatu alternatif yang diyakini atau setidak-tidaknya wujud suara semak dan imbang yang memberi harapan kepada mereka.

Dalam sebuah negara demokrasi, selain rakyat berhak mendapat kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka, rakyat juga sebenarnya berhak mendapat suara semak dan imbang meyakinkan daripada pembangkang.

Siapa lagi yang berhak menegur kerajaan, jika bukan pembangkang?

Dengan kedua-dua itu – kerajaan dan pembangkang – saling berperanan dengan baik, barulah akhirnya rakyat mendapat kerajaan yang benar-benar berfungsi,  sesuai dengan pelbagai cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Ketika ini, masalah PN paling utama ialah ia sebuah pasukan yang tidak jelas siapa jenderal perang yang sebenar untuk menghadapi PRU16 akan datang.

Dengan Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang dipegang oleh dua pemimpin yang berbeza, gabungan pembangkang seolah-olah mempunyai dua ketua.

Dalam apa jua permainan yang ada pertandingan, waima jika main guli sekali pun, hanya seorang ketua saja yang diperlukan jika ingin beroleh kemenangan.

Apatah lagi untuk memenangi PRU, kewujudan dua ketua hanya mencerminkan kecelaruan, tiada perpaduan dan memungkinkan kekalahan ditempah lebih awal sebelum  bermulanya perlawanan.

Dengan itu, cadangan Pas berkaitan penubuhan jawatankuasa eksekutif yang diketuai operasinya oleh Hamzah adalah jawapan kepada kelesuan dan tidak bermayanya PN yang banyak diperkatakan ramai selama ini.

Melalui jawatankuasa itu, PN diyakini mampu bergerak lebih baik, tersusun dan senada dalam berhadapan dengan semua isu dalam negara.

Tiada pilihan, jika benar ada cita-cita ingin mengambil alih kerajaan, semua pihak dalam PN mesti memberi sokongan penuh kepada kewujudan jawatankuasa eksekutif yang dicadangkan Pas itu.

Menolak cadangan itu atau dalam erti kata lain, mahu PN kekal seperti keadaannya sekarang, ia sama seperti memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk kekal lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 14Jun2025.


 

AAAIIIKKKK... ACI PULAK YA.

 


Adam Akim


Sejak bila kalau ada hutang berjuta2 dengan bank, boleh menulis surat kepada PM dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan boleh tulis surat kepada CEO Bank? Prosedur ini dalam Akta apa? 

Sumber: Edisi Siasat









NAK JATUHKAN ANWAR TAK ADA CARA LAIN KAH? LEKEH IDEA PEMBANGKANG NI.


 

NOHHHH... KRONI SAPA LA NIH..


 

BENDA MACAMA NI WALAUN NAK HADAP SANGAT KAH?

 


RAHSIA CHINA TERBONGKAR


 

ZAMAN BILA NIH AYAQ TAK DAK... WOIII LEKEH AIHHH


 

HEBAT PUNYA PUTAQ


 

KALAH KATA LAIN PULAK

 

Norman Radzuan


Pulak dah…Kalau Yusoff Rawther kalah kau akan kata Kerajaan kawal Hakim, diktator, zalim, salah guna kuasa dan mcm2 lagi walaupun PMX nafi berkali kali kali.


Bila menang kes kau kata bukti keruntuhan integriti penguatkuasa bawah pentadbiran Madani??? Kau ini dah gila ke dik?