Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pembayaran BKK dianggarkan membabitkan implikasi kewangan RM7.81 juta itu akan disalurkan kepada 7,066 penerima bermula 19 Mac ini.
GEORGE TOWN, 5 Mar – Kerajaan Pulau Pinang bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
BKK berjumlah RM300 juga bakal diterima penyelia, guru dan kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina di negeri itu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pembayaran BKK dianggarkan membabitkan implikasi kewangan RM7.81 juta itu akan disalurkan kepada 7,066 penerima bermula 19 Mac ini.
“Pemberian BKK itu tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi mereka.
“Ini termasuk dalam merealisasikan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kon Yeow berkata, pembayaran BKK itu akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing.
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Jumaat ini bagi memberi keterangan berkaitan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Dia pada mulanya dijadual memberi keterangan esok namun ditangguhkan atas faktor kesihatan.
“Keterangan Ismail Sabri (yang dijadual) esok ditangguhkan ke 7 Mac ini (Jumaat), jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM.
“Penangguhan kerana tahap kesihatannya yang rendah. Dia ada sijil sakit,” kata sumber SPRM kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Bernama memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata, ahli Parlimen Bera itu dijangka memberi keterangan pada jam 10.30 pagi esok.
Rehatkan Razman petanda Pas, PN sedang bergolak, kata AMK Perak
Harapandaily
Keputusan merehatkan Razman Zakaria daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak memberi petanda ketidaktentuan hala tuju pembangkang di negeri itu yang semakin goyah.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi berkata, merehatkan Razman tidak akan mengubah hakikat bahawa pembangkang di Perak berada dalam keadaan kucar-kacir.
Menurutnya Razman selama ini sudah menjadi simbol politik kebencian dan hari ini terbukti strategi itu memakan diri sendiri.
“Razman selama ini menjadi simbol politik kebencian dan retorik kosong. Dari memainkan sentimen kaum dan agama, hingga menyerang pemimpin kerajaan dengan fitnah yang tidak berasas—akhirnya strategi ini memakan diri sendiri.
“Pas nampaknya sedar bahawa corak politik sebegini tidak lagi relevan tetapi soalnya, adakah mereka benar-benar mahu berubah atau ini sekadar strategi kosmetik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaim berkata, AMK Perak ingin mengingatkan rakyat bahawa politik bukan sekadar retorik tetapi tentang rekod dan keberkesanan kepimpinan.
Jelas beliau, Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah membuktikan komitmen dalam membangunkan negara dan negeri dengan dasar-dasar yang inklusif dan berorientasikan kebajikan rakyat.
Rakaman percakapan Ismail Sabri dtangguh kepada Jumaat kerana masih belum sihat kata SPRM.
KUALA LUMPUR, 4 Mar – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan rakaman percakapan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram daripada Rabu kepada Jumaat kerana masih tidak sihat.
Sumber SPRM berkata Ismail sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya esok tetapi ditangguhkan selepas beliau memberi sijil sakit.
“Rakaman percakapan beliau akan dibuat pada 7 Mac, jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM,” kata sumber itu.
Azam Baki ketika sidang media rampasan kira-kira RM170 juta dipercayai dikaitkan dengan Ismail Sabri pada 3 Mac 2025.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dipanggil atas kapasiti sebagai suspek dan bukan saksi bagi kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.
Beliau bagaimanapun berkata proses rakaman percakapan itu bergantung kepada tahap kesihatan bekas naib presiden Umno berkenaan.
Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 22 Feb lalu selepas dikatakan pengsan dan tidak sedarkan diri. Difahamkan keadaannya kini stabil namun memerlukan pemantauan doktor.
Seperti diduga perebutan jawatan ketua Wanita Keadilan tidak dapat dielak apabila ahli Parlimen Ampang Rodhiah Ismail membayangkan beliau akan mempertimbangkan untuk merebut jawatan itu yang kini disandang oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Siddik.
Kata Rodhiah dipetik dari sebuah laporan, dia mendapat pandangan dari akar bawah wanita Keadilan yang mahukan beliau memimpin sayap parti berkenaan.
Sehubungan itu bekas Exco Selangor itu merasakan ada kelompongan dalam sayap parti itu yang boleh diisi dan dipenuhnya nanti.
Elok juga kalau Rodhiah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu apabila ada desakan dari bawahan. Beliau tidak seharusnya menghampakan harapan ahli bawahan demi untuk melihat perubahan dan memaknakan sayap parti itu.
Sebelum ini Rodhiah tewas kepada Fadhlina dengan kekurangan 32 undi sahaja, apabila beliau mendapat 18,891 undi berbanding Fadhlina 18,923 undi. Keputusan pertandingan itu sedikit kontroversi apabila pada kiraan pertama beliau diistyharkan menang, bagaimana pun tewas setelah diadakan kiraan kedua. Trims.
PMX Anwar Ibrahim tetap tawadduk ketika menuntut ilmu dengan guru.
Gambar-gambar ni sangat rare dan unik. Tak perlu protokol ada sofa bagai, cukup hanya duduk di lantai.
Gambar-gambar ini dirakam di Program Ihya' Ramadan Jabatan Perdana Menteri dan disertai oleh PMX, KSN, KPPA serta warga JPM.
Tazkirah disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
PMX tetap dengan tabiatnya, suka menulis poin-poin kuliyah untuk mudah mengingat.
Perkara sebegini bagi aku sangat perlu untuk mencuci hati, mencuci ego, supaya tidak rasa diri hebat, besar, kuat dan rasa diri sentiasa betul seperti seorang narsisis.
Semoga menjadi contoh buat para pemimpin di pelbagai peringkat masyarakat.
Hari ni di Parlimen, satu perkara bersejarah berlaku.
Kerajaan memperkenalkan semula satu akta, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 yang mengalihkan kuasanya sendiri terhadap institusi Parlimen.
Akta Perkhidmatan Parlimen wujud di zaman Tunku Abdul Rahman, memisahkan kuasa eksekutif terhadap Parlimen.
Tapi pada tahun 1993, PM Mahathir ketika itu meletakkan Parlimen di bawah Jabatan Perdana Menteri, sekaligus Parlimen harus mengikut telunjuk penguasa.
Bila PMX Anwar Ibrahim naik, beliau tekad untuk mengembalikannya kepada keadaan asal di mana Parlimen seharusnya bebas daripada cengkaman eksekutif.
Parlimen perlu dijadikan suatu entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam dan diperkasakan sebagai badan penggubal undang-undang.
Parlimen seharusnya boleh mentadbir kewangan dan kakitangannya secara bebas tanpa campur tangan Perdana Menteri.
Sekaligus meningkatkan akauntabiliti dan integriti institusi Parlimen.
Hari ini, cadangan pengalihan kuasa Kerajaan ini disokong oleh 148 orang Ahli Parlimen, mencapai 2/3, namun tanpa sokongan pembangkang PN.
Have to give credit to Muar sebab sokong RUU ni.
Tapi malang, pembangkang dari PN tidak mahu menyokong usaha reformasi institusi seperti ini.
Agaknya mengapa?
Tak faham? Atau semua benda nak dipolitikkan?
Adakah nak cakap lepas ini Parlimen yang bebas akan menyebabkan Melayu dan Islam hilang kuasa?
Memang memalukan bila wakil rakyat 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 oleh rakyat yang diwakilinya. Ada kemungkinan wakil rakyat yang tak dikenali adalah dari 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗰𝘂𝗹𝗮𝘀, yang malas turun ke padang.
Kalau wakil rakyat rajin jumpa rakyat, bantu selesaikan masalah rakyat, sudah pasti 𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 dan 𝘄𝗮𝗷𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗻. Sebab 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗱𝗶 tu sifat semula manusia.
Tapi bila wakil rakyat kerjanya cuma 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻, tak pernah berusaha untuk selesaikan masalah rakyat, memanglah tak ada siapa sudi nak kenal dan ingat wajahnya. Guane boh?
Anak aku baru umur 20 tahun. Tapi dah mula berjinak dengan politik. Banyak soalan yang ditanya tentang politik. Walaupun aku 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 penyokong setia DS Anwar dan PH, tapi aku 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 pujuk dia untuk sokong apa yang aku sokong.
Anak aku banyak baca sendiri berita semasa. Macam baru-baru ini cerita wang RM170 juta yang 𝗱𝗶𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 orang kanan 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗠 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗷𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶. Anak aku tertanya dalam masa 16 bulan sebanyak itu boleh 𝗱𝗶𝘀𝗼𝗻𝗴𝗹𝗮𝗽. Untuk apa?
Sebenarnya inilah bukti betapa 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 itu sangat penting. Masa Ismail jadi PM, politik kita carca marba akibat 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Untuk kekal berkuasa dalam keadaan begitu, seseorang itu perlu bersedia 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗠𝗣 pada bila-bila masa.
Nak beli MP bukan murah. MP tak main la setakat beri seratus dua ratus ribu ni. 𝗡𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝘁𝗮. Sebab itu macam Mahiaddin pun 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗷𝘂𝘁𝗮 masuk akaun partinya. Sebab duit itu diperlukan untuk membeli sokongan dan kekalkan kuasa.
Kalau tak sedia keluar duit, sedialah untuk ditendang keluar dari 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗠. Maka bukanlah mengejutkan apabila muka 𝙗𝙡𝙪𝙧 macam Ismail pun terlibat dalam skandal sebesar ini.
Sebab itulah bila DS Anwar naik, perkara pertama yang beliau uruskan ialah 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Supaya beliau tak perlu 𝙨𝙝𝙤𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙋 macam yang dilakukan oleh PM-PM sebelum beliau. Mujur DS Anwar bijak, tidak dungu macam PM sebelum beliau.
Jangan kata fitnah pula. Duit tu memang sah ada dan SPRM pun 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝗻. Bukan cakap kosong. Sama ada Ismail 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 atau tidak, itu biarlah SPRM jalankan siasatan.
𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 kata pelik, sepantas kilat Ismail dah jadi suspek. Kalau Tuan Ibrahim cerdik, dia tak rasa pelik pun. Siasatan mungkin dah berjalan lama dah. SPRM bergerak secara diam-diam je selama ni.
Nama Ismail pun mungkin dah naik lama. Cuma nak kaitkan namanya sebagai suspek, perlukan lebih bukti. Bila dapat dokumen diperlukan, barulah SPRM boleh labelkan Ismail sebagai suspek.
Sebab tu ada sesetengah pihak 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗸𝗮 kalau politik negara kita stabil. Sebab 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗶𝘁. Sebab tu kita nampak tiap hari ada je ahli politik yang sibuk nak tebuk atap, nak runtuhkan kerajaan. Dia nak cari peluang jadi kaya la tu.
Ini pengajaran bagi rakyat. Jangan suka sangat tukar kerajaan luar PRU. Nampak bagaimana duit kita yang sepatutnya digunakan untuk bantu rakyat susah, 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 untuk mereka kekalkan kuasa. Mereka simpan beratus juta dalam rumah, penyokong simpan apa?
Rasanya kes Ismail ni bukan yang terakhir. Malah ini 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 satu permulaan. Aku yakin ada orang rapat Ismail sendiri yang 𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 tentang duit ini kepada SPRM. Kalau tak macamana SPRM boleh tahu?
Bila dah terdedah yang ini, ada yang nak tutup cerita sendiri, akan dedahkan orang yang lain pula. Sebab itu jangan terkejut kalau ada yang 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 sebelum ini tiba-tiba jadi 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗶𝗹𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿. Cerita baru nak mula ni. 𝙋𝙤𝙥𝙘𝙤𝙧𝙣 𝘀𝗮𝘁𝘂! Guane boh?
Jikalau perjalanan kontrak daripada tahap pembinaan sehingga penyerahan kumpulan pertama 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M kepada Malaysia itu berjalan lancar, maka peluang untuk KAI menerima pesanan daripada Malaysia bagi kumpulan kedua 18 buah lagi FA-50M juga adalah semakin tinggi.
rundingan secara rasmi di antara Kementerian Pertahanan dan KAI berkenaan perolehan kumpulan kedua 18 buah lagi pesawat pejuang ringan FA-50M.
Walaupun begitu, pegawai-pegawai kanan KAI menaruh harapan dan keyakinan tinggi bahawa Malaysia akan membuat perolehan kedua 18 buah lagi FA-50M, bagi membawa bilangan keseluruhan FA-50M dimilikinya kepada 36 buah.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi membolehkan kerajaan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan.
Pindaan RUU itu diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen menerusi undian belah bahagian, dengan 148 undi menyokong, lima puluh tujuh tidak mengundi dan 17 tidak hadir.
Sekarang umno sendiri sedang menghentam ismail sabri atas tuduhan rasuah. Apa yang ismail sabri korbankan untuk umno dah terbalas.
Sejak dia jadi PM lagi mail sabri ni bukan individu yang boleh hadapi tekanan politik yang melampau. Dia orang baik dan x kan bertahan dengan tekanan.
Aku rasa dia akan menjadi orang yang pertama meninggal dalam proses siasatan. Kesian kat ko mail. Menjadi baik dalam umno adalah langkah politik bangang. Tidak mungkin orang baik boleh hidup dalam umno.
Pagi ini teruja menerima jemputan YAB PM Anwar Ibrahim untuk bersama beliau menghadiri perbincangan tertutup dengan Professor Dr Joseph Stiglitz seorang Tokoh Ekonomi Dunia tersohor dan Penerima Anugerah Nobel Laureate.
Hampir semua buku-buku beliau ada dalam koleksi saya termasuk yang terbaru “Road to Freedom”. Malah salah satu bab dalam tesis PhD saya mengenai Ekonomi dan Perbankan Islam banyak juga merujuk kepada buku-buku beliau untuk memfokuskan teori perbandingan mengenai idea beliau berkenaan “Market Theory and Assymetric Information” dengan asas-asas perekonomian Islam berteraskan Maqasid as-Syariah.
[ADMIN] Operasi pemantauan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi yang telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) @ (MAREA) di peringkat runcit sekitar Negeri Kelantan.
Pemantauan turut dijalankan di Negeri Kedah dan Perlis.
Waktu Pertanyaan Menteri menyaksikan Perdana Menteri menjawab soalan berkenaan bebanan kepada majikan dalam isu caruman KWSP untuk bukan warganegara. Isu ini dibangkitkan oleh Chiew Choon Man (PH-Miri).
Soalan kedua pula daripada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkenaan nilai dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebenar dan nominal Malaysia bagi tahun 2022, 2023 dan 2024.
Sesi jawab lisan pula menyaksikan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) bertanya sama ada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan pindaan undang-undang untuk meningkatkan perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga, khususnya untuk wanita.
Sebanyak sembilan rang undang-undang akan dikemukakan untuk bacaan kali pertama dan akan dibawa ke semua peringkat dalam sesi mesyuarat ini.
Sembilan RUU tersebut adalah seperti berikut:
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 RUU Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 RUU Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025 RUU Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 RUU KWSP (Pindaan) 2025 RUU Kredit Pengguna 2025 RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.
RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 akan menjalani bacaan kali kedua.
Keindahan Kuala Mengkuang kini menggamit para pelancong dalam dan luar negara ditambah lagi dengan inisiatif ICU JPM melaksanakan pelbagai projek mengindahkan kawasan berkenaan termasuk mural di jejambat landasan kereta api KTMB.
PENDAPAT, 3 Mar – Satu lagi lokasi yang mencuri tumpuan dan terdapat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Daerah Seberang Perai Tengah selain Mengkuang Dam dan Bukit Sulling Hill adalah Kampung Kuala Mengkuang.
Kampung Kuala Mengkuang yang berjiran dengan Taman Guar Perahu Penanti di mana populasi penduduknya dianggarkan hampir 1300 orang merangkumi 95 peratus kaum Melayu. Pun begitu juga keadaan hampir serupa di Taman Guar Perahu yang telah dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan pintar dan fasiliti penduduk.
Menurut sumber, penduduk di Kampung Kuala Mengkuang kebanyakannya bekerja di sektor perkilangan dan sebahagiannya lagi bekerja sendiri seperti berniaga, berkebun atau melakukan kerja-kerja kampung.
Berdiri (dari tengah) ialah Pengarah Strategik Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang diapit Nur Aishah dan Salehan Jahaya.
Tinjaun penulis sendiri sebelum berlangsungnya majlis upacara penyerahan Kampung Kuala Mengkuang difahamkan terdapatnya satu sungai yang dipanggil Sungai Kulim malah pernah suatu ketika dahulu pada tahun 2017 pihaknya melalui wakil penduduk MPKK mempunyai rancangan untuk memajukan Sungai Kuala Mengkuang agar dijadikan salah satu daya tarikan pengunjung.
Mengulas lanjut, penulis mendapatkan respon daripada Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Nur Aishah Zainol sendiri tentang potensi dan apakah keunikan yang terdapat di Sungai Kuala Mengkuang sehingga terpilih salah satu daripada 42 kampung seluruh negara untuk dimajukan sebagai eko pelancungan baharu di Penanti.
Berkebetulan beliau juga merupakan anak jati Penanti, turut merasa bangga dengan perkembangan ini lagipun manfaatnya akan turut dapat dinikmati oleh penduduk berhampiran. Bukannya jauh mana kedudukan Kampung Kuala Mengkuang dari Pekan Penanti hanya mengambil masa tidak kurang 19 minit boleh sampai ke sini.
Nur Aishah juga turut terlibat dalam Program Khidmat Komuniti yang diadakan pada 18 Mei 2024 lepas anjuran bersama oleh pihak Pejabat Pembangunan negeri Pulau Pinang (ICU JPM) dan kerjasama MPKK Kuala Mengkuang. Pelaksanaan program tersebut adalah bersempena pengisytiharan Kampung Kuala Mengkuang sebagai Kampung Angkat Desa MADANI.
Acara kenduri rakyat sempena meraikan tetamu jauh sudah pasti menambah kemeriahan program bersama penduduk Sungai Mengkuang yang kini menjadi tarikan utama di Penanti.
Penganjuran program khidmat komuniti tersebut dihadiri oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan serta pembabitan wakil seramai 500 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk institusi pengajian awam seperti IKTBN, IPG, dan lain-lainnya bagi membantu mempercepatkan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan kampung.
Mencuri tumpuan adalah implementasi daripada lukisan mural yang dianggap sangat kreatif telah berjaya dihasilkan dengan usaha gigih mereka mengabadikan kreativiti mereka pada jejambat lintasan keretapi yang menghubungkan laluan ke utara dan selatan. Penat lelah mereka akhirnya berbaloi kerana telah disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records (MBR).
Tidak mengelak ketika ditanya hobinya yang pernah turun memancing di Sungai Kuala Mengkuang, sebenarnya tanpa sedar telah menginspirasikan potensi Sungai Kuala Mengkuang apabila siap dimajukan kelak berperanan salah satu daya tarikan baharu buat pengunjung yang datang ke kampung ini. Antara salah satunya adalah ‘port’ bagi kaki pancing. Bukan itu sahaja pemandangan di sini juga indah kerana dikelilingi alam flora dan fauna yang merangkumi daun mengkuang, hidupan air dan sebagainya.
Projek Kebun MADANI yang diusahakan penduduk Kampung Kuala Mengkuang merupakan inisiatif meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.
Ini ditambah lagi apabila di sini juga terdapat pusat ternakan dan pertanian. Contohnya projek mengusahakan tanaman buah amra atau kedondong yang boleh menyumbang kepada penghasilan sumber pendapatan tambahan yang bakal membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda khususnya terhadap golongan beliaa menganggur sekali gus bakal memberikan limpahan rezeki buat anak tempatan di sini.
Selain projek penanaman pokok amra dan terbaharu adalah Projek Keraf Kreatif yang merupakan sebahagian daripada Projek Sejati MADANI secara tidak langsung memberikan harapan dan sinar baharu terutamanya pihak MPKK Kampung Kuala Mengkuang itu sendiri agar dapat terus mengorak langkah lebih ke hadapan dalam meneroka sesuatu yang baharu kelak.
Projek Kampung Angkat Desa Kuala Mengkuang turut menerima peruntukan sejumlah RM2.5 juta di mana wang peruntukkan tersebut telah dibelanjakan bagi kerja-kerja melaksanakan tiga projek secara berperingkat iaitu membabitkan projek fizikal dan projek bukan fizikal. Salah satunya menaiktaraf pelebaran jalan, membina dewan terbuka, dan sebagainya.
Melanjutkan perbualan; sebanyak 34 inisiatif pembangunan telahpun dilaksanakan dengan kerjasama 16 rakan strategik (RSU) ICU JPM melibatkan agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan swasta. Antara 16 rakan stragek utama yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek kampung angkat Desa Madani ialah Jabatan Pengairan dan Saliran.
Penulis bersama salah seorang mahasiswa UiTM Melaka berdiri di belakang lukisan mural jejambat laluan landasan kereta api utara selatan KTMB.
Jabatan ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan empat skop kerja utama di jajaran Sungai Kulim antaranya projek menaiktaraf koridor jalan, membina mercu tanda pada arca “MENGKUANG” serta mendalamkan sungai dan membina tebing bagi mengelakkan banjir.
Kampung Angkat Desa MADANI merupakan projek di bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri.
Terdahulu majlis penyerahan Kampung Kuala Mengkuang telahpun disempurnakan dengan jayanya oleh Ybhg. Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi selaku Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Sebelum dilangsungkan upacara penyerahan tersebut Ybhg Datuk Ketua Pengarah serta rombongan lawatan telah dibawa ke beberapa lokasi tertentu sambil menyampaikan bakul makanan kepada individu terlibat.
Kemuncak majlis upacara tersebut telah diserikan dengan mengadakan kenduri rakyat yang berlangsung dengan meriah sekali. Kehadiran ramai tetamu yang datang dari pelbagai negeri dengan rombongan puluh biji bas serta tidak ketinggalan beberapa orang penduduk berdekatan tidak melepaskan peluang ikut serta program tersebut sehingga majlis upacara penyerahan selesai.
Projek Kampung Angkat Desa MADANI ini merupakan kaedah bagi memudahcara serta mempercepatkan pelaksanaan projek kecil kampung angkat desa madani. Inisiatif untuk membangunkan semula Sungai Kuala Mengkuang telah pun lama dirancang sebelum ini namun atas sebab-sebab tertentu yang memaksa kerajaan pada ketika itu terpaksa membatalkannya memandangkan kos menelan lebih sejuta ringgit.
Kesempatan terbaik ini tidak dipersia-siakan ditambah pula Perdana Menterinya adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim makanya satu usaha untuk menjadikan Kampung Sungai Kuala Mengkuang sebuah kampung terindah di samping memiliki pelbagai keunikan tersendiri hendaklah dimanfaatkan penduduk.
Istimewanya projek ini, ia akan memberikan peluang kepada penduduk untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Selain itu, ia secara tidak langsung akan memberikan impak serta bakal menerima manfaat yang sangat besar kepada masyarakat sekitar antaranya boleh menjana sumber pendapatan sekali gus berupaya meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.
Para delegasi Malaysia diketuai Mohammad Fauzi (empat dari kanan) dan Annuar Zaini (empat dari kanan) bergambar ketika perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.
BARCELONA, 3 Mar – Penyertaan Malaysia dalam Mobile World Congress 2025 (MWC 2025) terus menyerlahkan komitmen negara dalam peranan memperkasa agenda pendigitalan serta mempamerkan kemajuan teknologi dan wawasan Malaysia untuk masa depan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohammad Fauzi Md Isa, kewujudan Pavilion Malaysia di MWC 2025 dizahirkan sebagai bukti komitmen Malaysia dalam mempamerkan kemajuan teknologi negara dan menetapkan pintu masuk kepada inovasi di kalangan negara-negara ASEAN.
“Tahun ini mencerminkan cita-cita dan komitmen teguh kami untuk memperjuangkan kemajuan pesat dalam inovasi dan transformasi teknologi. Ia menandakan peranan Malaysia sebagai jambatan yang menghubungkan inovasi global—hab di mana idea, teknologi dan perkongsian bersatu untuk membentuk masa depan.
Mohammad Fauzi (tengah) bersama Annuar Zaini (kanan) dan Hong Leong (kiri) berdiri ketika perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.
“Malaysia kini sedang membina ekosistem infrastruktur digital yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan rakan kongsi serantau kami. Dengan mengutamakan kemajuan dalam sektor seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan bandar pintar, kami meningkatkan kualiti hidup dan mentakrifkan semula pengalaman pengguna,” katanya pada ucapan perasmian Pavilion Malaysia sempena MWC 2025 pada Isnin.
Yang turut hadir pada perasmian itu ialah Ahli Suruhanjaya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Dr. Chee Hong Leong, Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa MCMC, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini, Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) Dato’ Dr Anderson Tiong serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.
Tambah beliau, visi kementerian jelas untuk memulakan kemajuan transformatif yang memartabatkan negara dan mengukuhkan kedudukan sebagai hab bagi kecemerlangan teknologi.
Mohammad Fauzi (dua dari kanan) bersama Annuar Zaini (kanan) mendengar penerangan bahan-bahan pameran selepas majlis perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.
Ia diperkasa lagi dengan usaha-usaha pelaburan berterusan, kerjasama yang berkesan dan komitmen terhadap kemampanan, sudah pasti Malaysia bersedia untuk membentuk masa depan inovasi digital, menjadikannya mercu tanda untuk kemajuan dan kerjasama lebih kukuh di rantau ini.
“Melalui inisiatif strategik seperti Pelan Infrastruktur Digital Nasional (JENDELA) yang sedang giat melaksanakan ketersambungan di seluruh negara dan pelaksanaan 5G yang berjaya, Malaysia sedang mengukuhkan industri, memberdayakan komuniti, dan meletakkan asas untuk kemajuan serantau.
“Setakat 31 Disember 2024, di bawah inisiatif JENDELA, lebih 9.03 juta premis kini mempunyai akses kepada Internet berkelajuan tinggi dan sambungan gentian. Ini melebihi sasaran awal sebanyak 9 juta menjelang 2025.
Barisan pimpinan Kementerian Komunikasi bergambar bersama Mohammad Fauzi (tiga dari kiri) pada perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.
”Selain itu, hasil daripada pencapaian ini, kelajuan jalur lebar mudah alih Malaysia telah mencapai median 105.36 Mbps, manakala liputan Internet di kawasan berpenduduk meningkat kepada 98.66% pada suku keempat tahun 2024, secara beransur-ansur menuju liputan penuh menjelang pertengahan 2025,” ujarnya lagi.
Antara kejayaan yang diraih setakat ini termasuk pelaksanaan 5G yang berjaya mencapai sebanyak 82.4% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) dan kadar penembusan mudah alih 5G sebanyak 56.18% setakat ini.
“Kami komited untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai akses yang sama kepada sambungan dan teknologi yang memberdayakan dan mengangkat komuniti setempat seperti penubuhan Pusat Penyebaran Maklumat Kebangsaan (NADI).
Mohammad Fauzi (dua dari kanan) meninjau pameran yang disediakan MEASAT bersama Annuar Zaini (dua dari kiri) pada perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.
Mengulas lanjut, Mohammad Fauzi berkata, di bawah inisiatif ‘1 DUN 1 NADI’, 1,099 pusat NADI telah ditubuhkan di seluruh negara dan peranan NADI telah berkembang daripada hanya menyediakan akses Internet secara kolektif kepada secara aktif memberdayakan komuniti melalui inisiatif Perkhidmatan Pintar, yang memberi tumpuan kepada lima teras utama—keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan, kesedaran dan inisiatif kerajaan.
“Malah, tidak pernah berlaku sebelum ini di rantau ASEAN, inisiatif 6-Way Multi-Operator Core Network (MOCN) menggambarkan kuasa kerjasama dan sumber yang dikongsi dalam mengumpulkan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) dan kerajaan negeri untuk menetapkan piawaian baru dalam kesalinghubungan,” ujarnya.