BILA SI FASIK BERCAKAP. SETAN TURUT SERTA. DIA TAHU HUKUM SEBAB PAS DIA PERJUANGKAN HUDUD... TAPI DIA HINA ORANG... SEMOGA TUHAN MEMBALAS KE ATAS ANAK. CUCUNYA. TUHAN KAN ADA... DAN DIA MAHA ADIL.


 

Fitnah bukanlah politik yang halal

 



By

 Mustafa K Anuar

Islam tidak boleh terpalit dengan gambaran yang ia merelakan fitnah

APA MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN ISMAIL SABRI LAKUKAN?


 

ANAK MUDA INI MARAH DENGAN SIKAP MASYARAKAT MEMUKUL OKU


 

Kerja gila jual gas dalam rumah, kalau terbakar habis satu kampung


 

Perkongsian video di TikTok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Perak memeranjatkan orang ramai selepas kementerian itu menyerbu sebuah rumah yang didakwa menjual tong gas petroleum cecair (LPG).


Seorang wanita di dalam video berkenaan berkata dia menjual gas tersebut pada harga RM27.


Pegawai KPDN kemudian bertindak merampas lima tong gas berisi dan empat tong gas kosong yang disimpan di dalam rumah

Pegawai terbabit berkata, serbuan dilakukan atas aduan orang awam.

Pemilik didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan.


“Ini kerja gila, jual gas dalam rumah. Kalau terbakar, habis satu kampung hangus!,” kata pegawai dalam rakaman itu.


Pendedahan itu berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang memuji tindakan pantas KPDN, selain mengajukan soalan berapa jumlah tong gas yang boleh dimiliki dalam sesebuah rumah.








Menteri Agama beri amaran wang umrah bukan untuk disalahguna demi kepentingan peribadi




Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak berdiam diri selepas kecoh ratusan jemaah didakwa diperdaya sebuah syarikat agensi umrah.


Beliau memberi pesanan tegas bahawa wang yang diamanahkan rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, bukan untuk disalahgunakan mana-mana pihak, terutama pengendali demi kepentingan peribadi.


Beliau berkata pihak tersebut perlu bermuhasabah dan kembali kepada tanggungjawab sebenar mereka dengan ikhlas.


“Perbuatan khianat seumpama itu tidak akan membawa keuntungan sebenar, sama ada di dunia mahupun akhirat,” katanya pada sidang media memetik BH Online selepas Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Ke-15,  hari ini.


Beliau juga memetik firman Allah bahawa amanah mesti dilaksanakan dengan sepenuh kejujuran tanpa niat untuk menyeleweng.



Insiden lelaki OKU dipukul tanpa belas bukti kurangnya empati masyarakat


 

Seorang wakil rakyat Selangor menyatakan rasa kesal terhadap insiden yang tular sejak semalam mengenai seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipukul oleh orang ramai tanpa belas kasihan.

Adun Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron berkata, insiden terbabit jelas bukan sahaja menunjukkan keganasan, tetapi mengisyaratkan kurangnya kesedaran dan empati terhadap golongan OKU dalam masyarakat kita.


Beliau melihat perlunya ada galakkan untuk lebih banyak dialog dan interaksi yang sihat antara masyarakat umum dan komuniti OKU bagi mengelakkan insiden seperti ini daripada berulang.


“Pihak berkuasa perlu memastikan keadilan ditegakkan dalam kes ini dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Saya bersimpati kepada mangsa serta keluarganya, dan berharap pihak berwajib dapat memberikan perlindungan dan sokongan yang diperlukan untuk memulihkan keadaan mental serta fizikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Danial yang juga Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS), mengingatkan semua pihak untuk ingat bahawa Malaysia sebagai negara yang menjunjung nilai-nilai kemanusiaan dan Madani, perlu memastikan masyarakat lebih sensitif terhadap keperluan dan kelemahan golongan OKU.


Sifat empati perlu disemai dalam jiwa setiap individu agar kita tidak terus terjebak dalam amalan keganasan dan diskriminasi terhadap mereka yang memerlukan bantuan, bukan hukuman.



7 langkah cadangan pengurangan beban & peningkatan keberkesanan sektor kesihatan awam untuk KKM


 



Ikhmal Iskandar


Masalah kekurangan tenaga kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah isu sistemik yang memerlukan kesungguhan politik yang tinggi daripada mana-mana Menteri Kesihatan untuk menyelesaikannya.

Isu seperti kekurangan pegawai kesihatan termasuk doktor dan jururawat, fasiliti yang tidak mencukupi, gaji yang rendah serta kebajikan kakitangan hanyalah sebahagian daripada cabaran besar dalam sektor kesihatan awam negara.


Walaupun kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menambah bilangan doktor tetap, usaha ini masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.

Setiap tahun kerajaan turut meningkatkan peruntukan kepada KKM dalam belanjawan, namun jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung kos operasi, menaik taraf fasiliti dan menangani cabaran-cabaran lain yang semakin bertambah.

Masalah ini menjadi lebih parah apabila ramai pegawai kesihatan mula berpindah ke sektor swasta akibat beban kerja yang terlalu berat, selain faktor seperti kurangnya pengiktirafan dan insentif.


Walaupun KKM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk projek rintis Sistem Waktu Kerja Berlainan, mekanisme ini turut menerima kritikan hebat.

Pegawai kesihatan bimbang sistem ini akan menambah beban kerja walaupun waktu kerja mingguan dikatakan berkurang.

Tambahan pula, perubahan seperti pemansuhan elaun ‘on-call’ pada hari bekerja dan pengiraan syif malam sebagai waktu kerja biasa menimbulkan rasa tidak puas hati.

Berikut adalah beberapa cadangan bagi mengurangkan beban di KKM dan meningkatkan keberkesanan sektor kesihatan awam:


  1. Kajian Semula Caj Perkhidmatan Kesihatan
    Caj perkhidmatan kesihatan seperti RM1 untuk pesakit luar dan RM5 untuk perkhidmatan pakar perlu dikaji semula.
    Menaikkan kadar ini kepada RM5 (pesakit luar) dan RM10 (perkhidmatan pakar) adalah langkah sederhana yang boleh membantu menampung sebahagian kos operasi, dengan pengecualian kepada golongan rentan dan B40
  2. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
    Sebuah suruhanjaya khusus perlu diwujudkan untuk menguruskan pengambilan, kebajikan dan kenaikan pangkat pegawai kesihatan secara lebih berwibawa dan mampan.
    Ini juga dapat memastikan gaji serta faedah pekerjaan lebih kompetitif, mengurangkan migrasi kakitangan ke sektor swasta.
  3. Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership)
    Kerjasama awam-swasta (PPP) yang sedang dilaksanakan oleh KKM seperti inisiatif bersama hospital swasta dalam menangani kes COVID-19 sebelum ini membuktikan keberkesanannya dalam mengurangkan tekanan terhadap fasiliti kesihatan awam.
    Contohnya, perjanjian dengan hospital swasta untuk menerima pesakit bukan COVID-19 semasa pandemik berjaya mengoptimumkan kapasiti hospital kerajaan untuk menangani kes kritikal.
    Langkah ini boleh diperluaskan kepada aspek lain seperti:
  • Perkongsian Fasiliti dan Peralatan
    Rakan KKM dalam sektor swasta boleh menyediakan peralatan diagnostik seperti mesin MRI, CT scan, atau rawatan khusus seperti dialisis.
    Dengan cara ini, pesakit KKM boleh dirujuk kepada hospital swasta untuk prosedur tertentu tanpa perlu membebankan hospital kerajaan.
  • Penyediaan Perkhidmatan Rawatan Elektif
    Rawatan elektif seperti pembedahan kecil atau pemeriksaan diagnostik boleh disalurkan kepada rakan KKM yang bersetuju menawarkan kos diskaun.
    Ini memastikan hospital kerajaan dapat memberi fokus kepada kes kecemasan dan kritikal
  1. Transformasi Digital dan Automasi
    Proses kerja di KKM perlu didigitalkan sepenuhnya untuk mengurangkan beban kerja manual terutamanya dalam pengurusan data dan rekod pesakit.
  2. Insentif Khas kepada Kakitangan di Kawasan Pedalaman
    Menawarkan elaun tambahan, peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat dan insentif lain kepada kakitangan kesihatan yang berkhidmat di kawasan luar bandar atau terpencil.
  3. Peningkatan Pendapatan Hospital Kerajaan
    Hospital kerajaan boleh diberi ruang untuk menjana pendapatan tambahan melalui perkhidmatan premium seperti pakej rawatan khas untuk golongan mampu milik atau T20.
  4. Pengurusan Sumber Manusia yang Lebih Efisien
    Selain menambah bilangan doktor tetap, KKM perlu mengkaji semula penempatan pegawai kesihatan bagi memastikan beban kerja diagihkan secara lebih seimbang terutama di kawasan-kawasan yang kekurangan tenaga kerja.

Langkah-langkah ini memerlukan perancangan strategik dan komitmen yang tinggi daripada kerajaan.

Reformasi ini bukan sahaja akan mengurangkan beban di KKM tetapi juga meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Malaysia.


Semoga Pegawai Kesihatan KKM dapat terus memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat.


Ikhmal Iskandar ialah bekas pesakit IJN.

"KALAU TAK SALAH, TAKUT APA" ! PMX RESPON ATUK PN !

DENGAR APA LOKMAN ADAM PESAN. APA UMNO BUAT PAD NAJIB- ANWAR JATUH ? BELUM TENTU TUKR KERAJAAN- "BAGI SAYA SAMPAH JE" ! LOKMAN RESPON ARMAND !

DEBAT CYBER TROOPER NAJIB vs LIYANA MARZUKI! ASIK BUKTI BARU AKHIRNYA LI...



Inilah Panglima barisan hadapan, berjuang habis2an. Kesetiaan dia kita tabik. Walau ramai yang meninggalkan boss mereka. Dia tetap berdiri utuh. Saya berbahas semalam. Selama lebih sejam. Seperti biasa Jumaat malam kita tayang. Kami juga pledge, dua2 akan buat facts check sendiri apa yang diucap, dan akan bagi collaterals atau bukti, untuk dimasukkan ketika video airing. Kita raikan demokrasi. Can always agree to disagree. Apa pun yang tuan puan tonton esok, ini pesanan saya. Ignore the singers, but listen hard to the song. Moga kita menilai dengan hati nurani. Apa yang terbaik untuk pertiwi. Bukan untuk mana2 personaliti. Salam hormat, Liyana Marzuki



PENGHORMATAN TINGGI KEPADA DS ANWAR PMX! KALAU MUHYIDDIN PMNYA TIDAK TAH...

Potensi Pelaburan RM11 Bilion Diraih Pada Lawatan Sulung PM Anwar Ke UK

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi mesyuarat secara bersemuka bersama lima kapten industri dan syarikat-syarikat terkemuka berpangkalan di United Kingdom (UK) di London pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

LONDON, 18 Jan – Potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor termasuk Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan ekonomi digital berjaya diraih sempena lawatan kerja sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) selama lima hari.

Menurut Perdana Menteri, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi negara mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK pada Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Meja Bulat bertemu pemain industri dan pelabur institusi terkemuka di London pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Antara GLIC dari Malaysia yang terlibat ialah Bursa Malaysia (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Gamuda Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Petronas UK.

Manakala, syarikat dari UK antaranya adalah Air Bus UK, AstraZeneca, Jaguar Land Rover, Nottingham University dan Raw Energy.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Meja Bulat bertemu pemain industri dan pelabur institusi terkemuka di London pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sesi mesyuarat meja bulat itu meliputi pelbagai sektor seperti petroleum dan gas, aeroangkasa, pendidikan, automotif, tenaga boleh dibaharui serta pertahanan.

Ia kemudian disusuli dengan pertemuan perniagaan satu demi satu bersama lima syarikat dari UK.

Ia termasuk Standard Chartered PLC, Jaguar Land Rover Automotive PLC, Raw Energy, Yondr Group Ltd dan Unisnacks Europe Ltd.

Jelas beliau, potensi eksport yang dijana dalam tempoh lima tahun akan datang pula direkodkan sebanyak RM500 juta meliputi produk peralatan dan komponen pesawat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) nenjawab soalan ketika sidang media berhubung lawatan kerja beliau ke United Kingdom, London pada Jumaat. Turut sama (dari kanan) Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Foto Bernama

“Saya ada beberapa pertemuan dengan ketua-ketua syarikat, dan dalam pertemuan itu dizahirkan usul mereka.

“Menarik juga selain daripada pelaburan, ada dalam kalangan mereka yang memilih untuk mengimport barangan sekitar masa singkat kira-kira RM500 juta,” katanya dalam sidang media bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja beliau ke UK pada Jumaat malam (waktu tempatan).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Battersea Power Station bagi meninjau infrastruktur yang dibangunkan secara bersama oleh beberapa konsortium Malaysia di London pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri juga memaklumkan, Malaysia dan UK bersetuju untuk meningkatkan kerjasama ke tahap perkongsian strategik meliputi pelbagai sektor.

Jelas beliau, ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, kecerdasan buatan (AI) dan digital, perubahan iklim, pendidikan tinggi, pertahanan, serta keselamatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi meja bulat bersama kapten industri dan syarikat-syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK) di London pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pertemuan dengan beberapa syarikat yang diatur oleh MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) nampaknya kesediaan menunjukkan peningkatan mendadak.

“Pertama mereka melihat ada kerjasama yang lebih erat antara dua kerajaan. Keduanya, kesungguhan kerajaan pentadbiran Keir Starmer untuk meningkat hubungan dengan Malaysia,” tambah Anwar.

Perdana Menteri kini dalam rangka kerja lawatan ke London, UK dari 14 hingga 19 Januari atas jemputan Starmer bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara sebelum berlepas ke Brussels, Belgium pada 19 Januari.



Manfaat Potensi 5G Tingkat Kualiti Perkhidmatan Kesihatan – Fahmi

 


Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media pada majlis perasmian Program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam pada Sabtu. Foto MARA

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu akan mengaplikasikan teknologi terkini dan ketersambungan 5G bagi memastikan keterangkuman dan kesaksamaan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Sebagai permulaan, katanya program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pada majlis perasmian Program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam pada Sabtu. Foto SKMM

“Kita bermula di Kuala Lumpur dan akan menjelajah ke lima negeri yang lain dan berakhir di Johor, tetapi saya lihat kita juga boleh meningkatkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain termasuk hospital pengajar dan hospital swasta.

“Jadi, saya percaya dengan beberapa kemudahan yang kita sediakan lebih ramai yang akan dapat manfaat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di sini hari ini.

Fahmi berkata, liputan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember 2024, menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia yang memperluas akses komunikasi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 di Lucky Garden menyampaikan buah oren kepada para penduduk sempena Tahun Baharu Cina. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Selain itu, kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat bagi tempoh sama telah mencapai 53.35 peratus, melonjak hampir lima kali ganda berbanding 10.8 peratus pada Oktober 2023.

“Dengan adanya ketersambungan yang meluas, penembusan akses 5G dapat melengkapkan keupayaan untuk penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata FH4A dijalankan melalui kerjasama strategik MCMC dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Bhd.

Orang ramai tidak melepaskan peluang melakukan pemeriksaan kesihatan sempena program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam pada Sabtu.

Ia mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan susulan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) yang memberi impak signifikan kepada ekonomi negara.

Fahmi berkata, Malaysia sedang berhadapan dengan kadar NCD yang tinggi, dengan RM9.65 bilion atau 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara telah digunakan untuk merawat NCD.

Beliau berkata, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kadar literasi kesihatan di Malaysia, iaitu keupayaan untuk memahami dan mengakses maklumat bagi mengekalkan tahap kesihatan, tidak menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari 2019 hingga 2023, dengan kadar purata sebanyak satu peratus.

“Saya harap kewujudan program ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap literasi kesihatan rakyat, malah juga dapat memastikan rakyat lebih peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran berkaitan kesihatan,” katanya.

Bagi kawasan pedalaman pula, Fahmi berkata hampir 1,100 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara akan turut berusaha meningkatkan tahap literasi kesihatan melalui program e-Kesihatan.

“Ia dimulakan di beberapa NADI, sebagai contoh di Pulau Bum Bum di Semporna, Sabah.

“Ada juga kemudahan seperti itu di Ranau, Sabah dan beberapa kawasan pedalaman yang boleh menggunakan Internet untuk mendapat, sama ada kaunseling atau berinteraksi dengan doktor supaya mereka tidak perlu ke Kota Kinabalu atau mana-mana bandar besar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan,” katanya.