JANGAN SETAKAT INI SAHAJA.
MSO
PEMUDA berani mati Pas melaung desak PM letak jawatan dalam muktamar mereka. Jangan berani di laman sendiri sila keluar di jalan dan berhimpun di Putrajaya desak Anwar letak jawatan.
Setakat berani dalam dewan tak ada kesan apa-apa buat kering tetak sahaja. Dan laungan itu menghiburkan Anwar saja. Buatlah sesuatu yang ada nilai sikit... Trims.
NIPIS SANGATKAH IMAN DAN AQIDAH UMMAT MELAYU??
Takde gambar masjid dlm video dah gelabah.
Ada gambar gereja takde gambar masjid dah satu ancaman,
Orang Kristian mengaku dia "duta tuhan" dah kalut.
Kongsi nama Allah dengan bukan Islam tak boleh.
Orang bukan Islam bercakap Hal Islam sedikit, terus di maki,
Orang bukan Islam masuk masjid dipukul kononnya mencemari masjid.
Padehal ramai pun umat Islam yang tak pandai baca Al Quran, yang tak solat, yang tak puasa, yg tak tutup aurat, yang hidup bergelumang dosa, yang suka fitnah, yang takde akhlak....
PENJELASAN SAM LEBIH JELAS DAN BERANI
Menarik Analisa Madani di TV Bernama malam ini yang menampilkan Setiausha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin. Sebagai seorang berlatar belakang peguam, Sam sangat relevan untuk mengulas tentang addendum dan juga perihal mahkamah dan proses pembicaraan.
Dari penjelasan Sam yang saya lihat dia lebih berani telus berbanding Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang agar skema dengan jawatannya sebagai menteri yang mana kita tidak dapat penjelasan seperti diceritakan Sam. Sebagai Mendane Saifuddin tetentu lebih berhati hati.
Dari segi undang undang banyak hal yang boleh diragui tentang dokuman (addendum) itu selain daripada ia pincang dari awal kerana addendum tambahan itu tidak dibawa dalam mesyuarat pengampunan.
Menurut Sam perintah pelaksaan pengampunan yang dihantar kepada Penjara tidak disertakan perintah tahan rumah pada 2 Februray 2024, dan dokumen itu baru timbul apabila anak Najib kemukakan bukti tambahan di mahkamah dimana kesahihan bukti itu boleh dipertikai dari segi undang-undang.
Seperkara paling menarik kata Sam, tunggu proses mahkamah seterusnya, ini bermaksud isu addedum itu belum noktah lagi apabila pihak pendakwa mengemukakan rayuan.
Paling power apabila Sam kata kalau negara ini tidak berperdana menteri Anwar Ibrahim tidak mungkin Najib mendapat keadilan seperti hari ini. Itu yang perlu disyukuri.
Mengenai dakwaan addendum itu disembunyikan sebenarnya ia tidak ternampak oleh mereka yang buta mata dan sengaja membutakan matanya. Trims.
PMX RASMIKAN JALAN✔️
Memulakan acara rasmi di Pulau Pinang hari ini dengan merasmikan majlis pecah tanah LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Saya singgung kepentingan Pulau Pinang untuk mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu untuk menyokong peranan negeri sebagai hab industri semikonduktor. Seperti yang ditulis oleh Chris Miller menerusi bukunya ‘Chip War: The Fight for the World’s Most Critical Technology’ betapa industri pembangunan dan pembuatan cip begitu kritikal, dan Malaysia tidak boleh terlepas dari arus dan tuntutan zaman.
Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dipercepatkan untuk memenuhi keperluan pelancongan dan industri semikonduktor, sementara zon ekonomi bahagian utara semenanjung yang akan diwujudkan dengan kerjasama Kerajaan Thailand yang bakal menjanjikan peluang besar dalam kerjasama serantau.
Justeru, kita mahu Pulau Pinang muncul terkenal bukan sahaja dengan KOMTAR atau projek MRT, tetapi juga sebagai negeri yang komited membasmi kemiskinan, menjamin perumahan rakyat, serta memberi tumpuan kepada perusahaan kecil seperti warung-warung yang menjadi nadi masyarakat.
Pelaksanaan projek ini bukan bermaksud kepentingan sesetengah negeri sahaja diberi tumpuan. Sebaliknya, saya turut mengulangi komitmen bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberi tumpuan kepada projek kebajikan rakyat melangkaui sempadan politik, seperti bantuan petani wilayah MADA di Kedah yang berjumlah hampir RM1 bilion serta projek-projek tebatan banjir di Kelantan bagi memampan dampak banjir ke atas rakyat.
Saya menitipkan harapan agar projek ini dilaksana dengan teratur dan efektif, disamping memelihara aspek identiti dan warisan budaya negeri Pulau Pinang.
Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini sahaja, Malaysia telah menerima kunjungan beberapa kepala negara dari rantau ini yakni dari Singapura, sebelumnya Thailand, Indonesia dan yang terbaru adalah Jepun. Penting di sini untuk Malaysia terus memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara selain merapat serta mempertingkat kerjasama erat di kalangan negara tetangga.
#MalaysiaMADANI
JANGAN CUBA CUBA JADI PARTI ELITIS.
UMNO sering berbangga dengan akar tunjang parti yang berasaskan golongan guru, ustaz kampung, petani dan pelbagai lapisan masyarakat Melayu di luar bandar. Walaupun kini selepas 78 tahun ditubuhan, UMNO dikuasai oleh kelompok elitis Melayu.
Namun, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) juga mempunyai keistimewaannya tersendiri, iaitu keupayaan untuk menyatukan pelbagai kelompok di bawah satu bumbung perjuangan.
Dalam KEADILAN, wujud pelbagai kumpulan seperti golongan Islamis, aktivis politik, aktivis jalanan, penggiat seni dan pelbagai lagi, yang semuanya berkongsi aspirasi untuk keadilan dan reformasi. Kepelbagaian ini bukan sahaja menjadi kekuatan parti, malah mencipta dinamika unik dalam budaya politiknya.
Penulis teringat perbualan bersama Saifuddin Abdullah (kini Ahli Parlimen PN) suatu ketika dahulu. Beliau berkongsi pengalaman tentang kejutan budaya yang dialaminya ketika menyertai KEADILAN. Menurut beliau, dalam mesyuarat parti, setiap ahli mesyuarat diberi ruang untuk bercakap, malah presiden sendiri tidak terkecuali daripada menerima kritikan.
Situasi ini sangat berbeza dengan pengalaman beliau dalam parti yang pernah disertainya sebelum ini, di mana presiden sering menjadi satu-satunya suara yang dominan dan setiap keputusan diterima tanpa bantahan.
Minggu lalu, penulis berkesempatan duduk semeja bersama seorang aktivis KEADILAN, Iswardy Morni. Dalam perbincangan tersebut, beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan parti menjadi elitis, terutamanya selepas beberapa pindaan perlembagaan baru-baru ini. Menurut beliau, perlu ada usaha yang serius untuk memperkukuhkan suara anggota bawahan.
“Kalau kita tak jaga suara akar umbi, parti boleh hilang arah. Saya bercadang untuk memulakan gerakan yang saya namakan ‘Suara Anggota Murba,’” ujar beliau dengan penuh semangat.
Istilah murba yang dipilih oleh Iswardy mempunyai makna yang mendalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, murba membawa maksud “biasa sahaja, hina, jelata, rendah; kaum murba merujuk kepada golongan rakyat biasa (bukan bangsawan atau hartawan).” Istilah ini mengingatkan kita kepada perjuangan kaum marhaen, yang sering menjadi teras kepada naratif politik KEADILAN.
KEADILAN telah melalui pelbagai cabaran sepanjang sejarahnya, namun kekuatan parti ini sentiasa bergantung kepada kebersamaan pelbagai kelompok dalam memperjuangkan keadilan dan hak rakyat. Cabaran pada masa hadapan adalah memastikan suara anggota akar umbi terus didengari dan tidak tenggelam di sebalik arus perubahan yang terlalu elitis.
Firdaus Mohd
https://whatsapp.com/channel/0029Vb2ghijGU3BCguO6lo0I
admin
Elan amg
APA PUN ALASAN... KALAU PI LANTIK YANG TAK SEPATUTNYA.. KATEGORI DIA BODO JUGA
Miqdad Zakaria
Ana malas nak komen lebih, sebab ana bukan jenis pelahap jawatan.
Cuma ana tertanya, dalam AWAN hari ini dah tak ada seekor ke yang layak dilantik sebagai pegawai khas..?
Begitu juga di kementerian Kesihatan, katanya ada juga bekas Bersatu dilantik sebagai pegawai, yang tak tahan bekas SUSK Mat Jargon dulu.
Persoalan yang sama,
Dah tak ada seekor dalam Pemuda AMANAH hari ini yang boleh ambil tempat tu ke..?
Hidup kalau dah bangang, jangan menyusahkan orang..!
Sorry kasar sikit.
😅😅
MACAM NI KA LAYAN AHLI YANG BANYAK BERJASA.
Miqdad Zakaria.
Ana bukan suka sangat lawan pemimpin AMANAH, cuma kadang tu rasa perit bila ahli sendiri dilayan seperti sampah.
Bukan semua pemimpin AMANAH macam tu, tapi ada..!
Contohnya ada seorang ahli yang bersama sejak penubuhan parti, bersusah payah bersama, dia sanggup tinggal kerja sebagai Guru Besar Sekolah suwasta sebab nak berkhidmat dengan kamu di Kementerian.
Apa jadi..?
Kau tak bayar gaji dia sampai 8 bulan, tak cukup lagi, kau perah dia buat kerja ke hulu-hilir sampai lewat malam.
Akhirnya dia tak tahan, dia berhenti.
Allahu Rabbi, sedih pula ingat nasib ahli parti.
Tapi kalau dengan jenis ular bersalin kulit, pandai pulak kau layan elok², bagi jawatan besar, gaji lumaian.
Dengan ahli sendiri janji je gaji besar, lepas tu potong separuh, akhirnya kosong.
Rahmatan Lil A'lamin ka lagu tu..?
Baik jadi unta saudi ja la.
😅😅
TUGAS PEMBANGKANG IALAH MEMBERI IDEA ALTERNATIF YANG LEBIH BAIK MELALUI KEMAJUAN NEGERI MASING MASING... ATAU IDEA BERNAS. TAPI MENGUTUK DENGAN FITNAH BUKAN IDEA YANG BIJAK
Macam-macam isu pembangkang cari untuk cuba nak serang kerajaan. Tapi semuanya isu 𝗽𝗶𝗰𝗶𝘀𝗮𝗻. Tak ada satu pun isu yang benar-benar 𝙡𝙚𝙜𝙞𝙩.
Baru-baru ini pun dibangkitkan cerita 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝙛𝙤𝙤𝙩𝙖𝙜𝙚 masjid dalam video 𝘮𝘰𝘯𝘵𝘢𝘨𝘦 majlis pelancaran 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 2026.
Punyalah terdesak nak mainkan isu kaum dan agama, sampaikan perkara begitu pun nak dijadikan modal kononnya 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺.
Apa yang aku diberitahu, 𝘮𝘰𝘯𝘵𝘢𝘨𝘦 itu hanya 𝘀𝗲𝗱𝘂𝘁𝗮𝗻 (45 saat) daripada video sepenuhnya yang berdurasi 5 minit. Bila sedutan, memang sedikit je la.
Tapi yang aku nak sentuh bukan soal video. Tapi sikap puak pembangkang ni. Mereka punya matlamat cuma nak timbulkan 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.
Sebab tu mereka serang kesemua menteri yang bukan Melayu Islam. Tanpa sedar, yang mereka sebenarnya lebih menhina saudara mereka sendiri.
Memanglah menteri tu Cina. Tapi jangan lupa, 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Dalam MOTAC dan kementerian lain, juga dipenuhi Melayu Islam.
Yang menguruskan upacara pelancaran TMM2026 itu pun majoriti Melayu Islam. Sekarang ni PN maksudkan 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 dalam kementerian tu 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗴𝗮𝗱𝗮𝗶 𝗮𝗸𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗴𝗮𝗷𝗶?
Hoi mangkuk! Ko saja ke yang Islam? Ko saja ke yang sayang Islam? Orang lain semua 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿? Dungu!
Kenapa suka meremehkan iman orang? Kalaulah betul kerajaan ini atau mana-mana menteri nak musnahkan Islam, ingat mereka ni akan diam ke?
Beribu orang Melayu dan Islam bekerja dalam sektor awam. PAS dan PN anggap mereka semua ni 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗺𝗮𝗻 ke? Mereka semua ni bisu pekak buta ke?
Sebab tu aku kata, isu yang PN bawa ini sebenarnya menghina saudara sebangsa dan seagama kita. PAS dan PN anggap orang lain semua tak beriman ataupun lemah iman. Macamlah mereka kuat sangat iman.
Sebenarnya lebih ramai muslim yang lebih kuat iman dan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗣𝗔𝗦. Dalam PAS lebih banyak 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻.
Berhentilah mainkan isu begini. Berhentilah pertikai iman orang lain. Jangan ingat puak kamu sana yang tahu tentang Islam. Ada ramai orang yang terpelajar, yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗹𝗶𝗺 enggan bersama PAS.
Tugas pembangkang sepatutnya perjuangkan isu yang merugikan rakyat. Bukan 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 dan 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮-𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗶𝗰𝗶𝘀𝗮𝗻 demi membahalolkan rakyat.
Tapi demikianlah PN. Mereka bebal soal ekonomi dan tatakelola. Tanpa permainan isu begini, mereka takkan punya nilai. 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵. Guane boh?
Raja Gelap II
.
MASING MASING NAK TUNJUK BODO
𝗧𝘂𝗻 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗮𝗹 ni cemburu dekat 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 dan 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 agaknya. Asyik dorang je tunjuk bodoh, dia pun nak merasa juga.
Tapi aku rasa 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻, 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵 dan pemimpin PN yang lain boleh jadi maskot. Malahan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 pun sesuai juga.
Sebab mereka semua tu kan 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Haiwan ni pun spesis 𝘳𝘢𝘳𝘦 juga. Payah nak jumpa. Rasanya cuma ada di Malaysia je.
Dan masuk kategori 𝘀𝗽𝗲𝘀𝗶𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺 juga. Sebab dah tak boleh nak lompat semenjak ada 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶.
Lepas puak-puak ni terhapus, 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗽𝘂𝘀𝗹𝗮𝗵 spesis ni. Spesis terancam memang sesuai dibuat maskot.
Kalau tak nak katak politik, boleh juga gunakan 𝗯𝗶𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 sebagai maskot. Spesis dari 𝗹𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴. Lebai la. Siapa lagi.
Lidah bercabang tu satu hal. Lepas tu 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶. Selagi ada bangkai, selagi tu dia hurung. Tapi spesis ni belum nak pupus lagi.
Kesian tengok pembangkang. Betul-betul ketandusan modal. IQ pembangkang mungkin lebih rendah dari 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘂𝘁𝗮𝗻. Guane boh?
Raja Gelap II
.
INTI PATI PERTEMUAN PM ANWAR DAN PM ISHIBA ❗️
✅ Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang lebih menyeluruh
✅ Jepun bersetuju berkongsi kepakaran, pengalaman dalam pengurusan risiko bencana dengan Malaysia
✅ Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan Asia Tenggara dengan Timur Tengah
✅ Jepun sedia pererat hubungan dengan ASEAN yang menjadi keutamaan dalam diplomasi Kepengerusian Malaysia 2025
✅ PM Jepun menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi perniagaan Malaysia ke Ekspo Osaka 2025 tahun ini
✅ Petronas, Petros akan bekerjasama dalam sektor hidrogen di Sarawak, disokong oleh teknologi dari pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini
✅ Malaysia setuju menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama dalam mesyuarat para menteri pada Julai mengenai pembinaan semula Gaza
✅ Jepun akan terlibat dalam pemprosesan REE di Malaysia
✅ Malaysia dan Jepun membincangkan keperluan untuk mengekalkan keamanan serta Kod Tatalaku di Laut China Selatan
Sumber: Sidang Media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, Putrajaya, 10 Januari 2025
#MalaysiaMADANI
#MyASEAN2025
🇲🇾 🤝 🇯🇵
TUNGGANG YANG TAK JADI SEMUANYA
Jokers
Tunggang Krismas... Tak jalan.
Tunggang Hanayo... Tak jalan. Tunggang Najib... Tak jalan. Tunggang Addendum...
Tak jalan. Jumaat lepas demo... Tak jalan. Isnin lepas demo... Tak jalan. Ok..
kita dah bagi depa syok balun kita sejak Krismas kan? Tak jadi apa kan? Our
Turn
Tunggang Krismas... Tak jalan.
Tunggang Hanayo... Tak jalan. Tunggang Najib... Tak jalan. Tunggang Addendum...
Tak jalan. Jumaat lepas demo... Tak jalan. Isnin lepas demo... Tak jalan. Ok..
kita dah bagi depa syok balun kita sejak Krismas kan? Tak jadi apa kan? Our
Turn
Laungan Reformasi Sambut PM Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat, hari ini. Foto Iskandar Ishak
KUALA LUMPUR, 10 Jan – Laungan keramat ‘Reformasi’ menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, di sini tengah hari tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat tiba di Masjid India kira-kira pukul 1.15 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Masjid India merupakan salah satu monumen ikonik selain Masjid Jamek menempatkan peserta himpunan itu dalam beberapa siri demonstrasi terhadap kerajaan pada 1998 hingga 2015 ketika itu.
Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan meraikan majlis makan tengah hari bagi meraikan lawatan dua hari Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan isteri di Seri Perdana jam 11.50 pagi.
Lawatan Ishiba ke Malaysia merupakan yang pertama sejak mentadbir negara matahari terbit itu pada Oktober tahun lalu.

Anwar dan lebih 5,000 jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Memuliakan Rejab, Menggarap Mustajab’ yang disampaikan Imam Masjid India, Ustaz Nasrul Haq Abdul Latif.
Khutbah tersebut antara lain mengingatkan dalam Al-Quran bahawa terdapat empat bulan ‘haram’ daripada bilangan 12 bulan setahun yang dimuliakan dalam kalendar Hijriah.
Ia antara lain menyebut empat bulan haram tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang memiliki kedudukan istimewa kerana amalan kebaikan dilipatgandakan pahalanya, sebaliknya dosa yang dilakukan lebih besar kesannya.
PM Anwar Rai PM Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dengan majlis makan tengah hari di Seri Perdana pada Jumaat. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 10 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba di Seri Perdana di sini pada Jumaat.
Ishiba bersama isterinya, Yoshiko dan delegasi Jepun yang tiba di Malaysia semalam, untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana jam 11.50 pagi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, Ishiba menerima sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri dan seterusnya mengadakan sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan di platform media sosial.
Hubungan Malaysia dengan Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang dipersetujui pada Disember 2023.
Untuk rekod, Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang membabitkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.

Projek-projek ini mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.
Jepun adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (US$34.41 bilion) pada 2023.




















