BIJAK.MAINAN WAK ZAHID

 




Yang ini, aku kena puji Zahid. Cantik permainan dia. Itu je caranya. Mahiaddin kata beberapa Adun BN nak melompat. Zahid jawab, sebenarnya Adun PN yang nak melompat. Bagi dia pulak menggelupur.


Tapi apa maksud Mahiaddin. Ada asas ke dakwaan dia? Bolehkah perkara itu berlaku?


Sebenarnya boleh. Kedudukan kerusi sekarang ni PN 17 dan BN 16. Jumlah kerusi DUN Pahang 42. PN cuma perlukan 5 untuk bentuk kerajaan, itupun kalau menang di Pelangai. Sebab tu Mahiaddin kata 4 Adun BN nak lompat. Dia kira ngam-ngam je.


Di Pahang, akta lompat parti belum diluluskan. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi bermakna kerajaan boleh dibentuk dengan menggunakan SD. Jadi apa yang Mahiaddin katakan itu boleh berlaku.


Tapi ada asasnya ke?


Sebenarnya tak ada. Mahiaddin cuma ada-adakan cerita ini. Pertamanya untuk memulihkan semangat pekerja parti yang sudah semakin kendur. Dakwaan Mahiaddin itu umpama maajun kuat untuk mereka.


Kedua, Mahiaddin pun tahu penduduk Pelangai tak mahu diwakili pembangkang. Apa lagi yang jadi pembangkang itu PN. Di negeri PN memerintah pun rakyat terabai. Inikan pula hanya jadi pembangkang.


Jadi Mahiaddin buat dakwaan itu dengan harapan penduduk Pelangai akan termakan cerita dongeng itu. Hakikatnya dia pun tak tahu mana nak cari lagi 4 orang Adun tu. Itu pun kalau menang di Pelangai.


Dari cara kempen Mahiaddin, boleh nampak yang PN sekarang memang sedang betul-betul terdesak. Rasanya Mahiaddin sendiri tak yakin boleh menang. Sebab tu dia makin merapu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



REMBAT




PRU-14 tema nak jatuhkan Kerajaan ialah nak tumbangkan Penyamun dan Perompak. Sudah dibuat Kleptokrat masuk penjara. 


Namun, kita tengok apa jadi selepasnya. 


Zaman 22 bulan:

- Ada Bekas CM kena kes rasuah sebab terowong 

- Ada Bekas Menteri kesnya sudah prima facie. Sebab masuk duit parti dalam akaun ASB. 


Zaman 33 bulan lagi dasyat la. 

Tika negara tiada duit, nak tanggung rakyat pun depa suruh pakai KWSP sendiri, ramai yang angkat bendera putih, ini yang terjadi: 


- kes Jana Wibawa, 6 kes kesemuanya. Termasuk Bekas Perdana Menteri dan Ketua Penerangan parti didakwa di Mahkamah. Kroni Cina mereka pun terbabit sama. Konon nak bina lebuhraya, tapi duit negara masuk akaun parti mereka. Berjoli untuk pilihanraya. 


- Anak Menantu ex-PM lari keluar Malaysia. Anak Ketua Pembangkang pula kena tangkap seleweng dan sorok minyak masak subsidi. Ingat masa tu, kita nak cari minyak masak peket pun setengah mati.


****************************


Dan yang terbaru, kita baru tahu semalam. 


Peguam bekas PM, sekarang ada kes. Kes rembat duit 1MDB yang sepatutnya dipulangkan kepada Malaysia. 


Kalau betul la, saya pun tak tahu nak cakap apa. 


Apa jenis manusia yang merembat Wang Rompakan yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. 


Ceritanya, ex-PM lantik dia jadi lawyer untuk negara. Rundingkan pemulangan duit kita dari Amerika. 


Dalam rundingan tu dia buat side deal pulak. Dapat komisyen dari belah sana. Patutlah nilai pulangan duit 1MDB rendah sahaja. 🤦🏻‍♀️


PRU14, we thought kita dah tumbangkan Penyamun Negara. 


Rupanya set2 yang ganti mereka lagi buaya!!! 😡


Salam hormat,

Liyana Marzuki



KITA DOAKAN PIMPINAN PN YANG MENYAKAW DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN



 Tadi di komen, ada yang cerita ada walaun tu doa semoga Allah berikan balasan kepada DS Anwar sebab kenakan pemimpin PN.


Kita aminkan je kalau walaun doakan macam tu. Tak usah risau.


Kalau betul DS Anwar bertindak secara tak adil dan kejam, memang patutlah DS Anwar dapat balasan daripada Allah. 


Tapi kalau DS Anwar tu adil, memang tiada campur tangan dalam kes pemimpin PN, Allah akan berikan balasan yang baik kepada beliau.


Cuma, kita doa pula depan walaun tu, kalau betul pemimpin PN jahat, sakau, seleweng, rasuah serta khianat, semoga Allah balas kejahatan mereka itu dengan seburuk-buruk balasan dan mereka akan terlaknat dari dunia sampai akhirat.


Kita tengok berani tak walaun nak aminkan doa kita tu. Benda kalau kan. Kalau tak salah, apa nak risau dengan doa tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SUDAH DIJANGKA





Hanya dipanggil beri keterangan. Perlu reman atau tidak utk siasatan lanjut, itu terpulang kpd SPRM.


Wallahualam.


- Zus Din 

06102023



JANGAN MENANAH TELINGA PULAK ?

 

Lawatan PM ke UAE jana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion

Bernama
Lawatan PM ke UAE jana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion
Pelaburan yang diraih termasuk komitmen sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan logistik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Pelaburan yang diraih termasuk komitmen daripada Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia.

Perdana Menteri memulakan lawatan kerja selama dua hari ke UAE pada 5 Oktober.
Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Masdar telah diadakan hari ini.
"Kami amat berbesar hati kerana walaupun tempoh lawatan kerja yang singkat, kami berjaya meraih pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion. Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE adalah kukuh dan meliputi pelbagai sektor.
"Sejajar dengan misi Push for Net Zero Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), penyelesaian tenaga boleh baharu dan rendah karbon menjadi aspek penting dalam pelaburan sasaran baharu Malaysia," kata Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya kerjasama strategik MITI dengan Masdar dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) akan memberi laluan kepada aspirasi Malaysia terhadap teknologi baharu yang memberi keutamaan kepada penyelesaian rendah karbon, pembuatan hijau dan ekonomi kitaran.
Sementara itu, MIDA dan UAEIIC turut bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada bagi meningkatkan kerjasama ekonomi mampan Malaysia-UAE untuk meningkatkan aliran pelaburan yang mampan antara kedua-dua negara.
Tengku Zafrul turut menjadi hos kepada sesi meja bulat dengan pemimpin industri, yang termasuk rakan sejawatannya, Menteri Negara bagi Perdagangan Luar UAE Dr Thani Ahmed Bin Al Zeyoudi. Sesi itu telah menarik lebih 40 wakil daripada 21 syarikat UAE, termasuk Abu Dhabi National Oil Company, TAQA, MASDAR, Al-Dahra, Lulu Group dan Royal Jet.
Kebanyakan syarikat ini adalah pelabur sedia ada dan telah menyatakan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.
Satu lagi hasil utama daripada lawatan kerja itu ialah pengumuman kepimpinan baharu untuk Majlis Perniagaan Malaysia-UAE (MUBC).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz telah dilantik sebagai pengerusi bagi bahagian Malaysia manakala Naib Presiden Kanan Mubadala Energy Rashid Alblooshi telah dilantik sebagai pengerusi untuk bahagian UAE.
MUBC telah ditubuhkan secara bersama pada 2012 oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia serta Federation of UAE Chambers of Commerce and Industry.
Pada 2022, UAE menjadi rakan dagang kedua terbesar dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk.
Perdagangan dua hala mencecah RM38.73 bilion pada 2022, mewakili peningkatan yang ketara sebanyak 73.5 peratus tahun ke tahun. Dari segi pelaburan, UAE kini pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan menduduki tempat kedua terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.
Sejumlah RM6.19 bilion pelaburan daripada 44 projek pembuatan dari UAE telah diluluskan setakat Jun.


2023, berpotensi menjana 4,534 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA


SKETSA: KITA ADA ALLAH...



"Jadi tuan-tuan, kalau kita ditimpa musibah, kalau kita hilang kerja misalnya, jangan kita risau, jangan kita khuatir. Kita ada Allah!"


Beep! Beep!


"Sat na. Mesej masuk pulak ni. Macam penting"


*Melihat riak muka sang ustaz berubah, hadirin pun bertanya apa yang terjadi*


"Ah sudah! Kuajaq depa ni. Depa pi tarik tauliah aku pulak dah? Berapa tahun dah aku dok mengajarq ok ja. Aku tak sokong depa teruih tarik tauliah. Tuddia!"


"Depa ingat depa boleh tutup mulut aku? Depa silap orang la..."


(Seorang hadirin bersuara) "Hai ustaz. Sat ni cakap kemain lagi suruh kami bersabar, cakap kita ada Allah. Kena tang ustaz, terus meroyan. Kami je ke ada Allah? Ustaz takde?"


Disclaimer: Sketsa di atas ini adalah rekaan semata mata. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu sama ada yang telah hidup ataupun masih meninggal dunia. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEDAI HARDWARE HANG TAK LAKU KA GUANE





Aku tak faham macamana manusia begini boleh teruskan hidup dengan berbekal naratif kebencian kaum sebegini.


Bila cakap kontraktor bumiputera dapat kontrak naik taraf tandas sekolah, dia main isu tauke Cina dapat untung jual barang.


Tak pasti kalau dia ni tauke hardware Melayu yang tak laku. Mungkin sebab tu dia marah. Kalau bukan, aku rasa bodoh la statement ni.


Apa option kontraktor bumiputera tu? Nak beli dari siapa lagi kalau bukan tauke Cina? Berapa banyak kedai hardware Melayu?


Takkanlah sebab taknak beri tauke Cina kaya, maka kita kena biarkan kontraktor bumiputera melopong tak ada projek? Kan bodoh tu.


Dia patut persoal macamana tauke perabot bangsa Cina dari Pagoh dapat projek dalam Jana Wibawa yang Mahiaddin kata buat untuk bantu kontraktor bumiputera tu.


Dia sekolah dulu pun beli baju sekolah, beg sekolah dari tauke Cina juga. Masa tu tak jadi hal sebab dia belum kena PAS masa tu.


Jelas PN tak boleh hidup tanpa mainkan isu kaum. Lebih bersatu rakyat Malaysia, lebih cepat lagi PN terkubur. Aku yakin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KALAU TAK FITNAH DAN JADI BODO..IANYA BUKAN RAZMAN ZAKARIA...LEBAI KAKI FITNAH

 Pangkah BN dapat DAP? Betul ke?



Eh betul la tu. Apa silapnya. Sebab BN dan DAP ada dalam Kerajaan Perpaduan. Bersama membentuk kerajaan federal. So? Apa masalahnya?


KENALI LEBAI KAKI FITNAH.



DAP lawan Islam? DAP nak rampas Malaysia? DAP nak hapus hak istimewa orang Melayu?


Pertama sekali, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu terjamin dalam perlembagaan. Kalau DAP jadi PM sekali pun, perkara ini tak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Habis bab tu.


Baba lawan Islam, apa buktinya DAP lawan Islam? Masa nak perkenalkan tulisan jawi dan khat dulu, yang melenting tu Gerakan, bukannya DAP.


Masa PAS nak buat hudud, yang ugut nak saman kerajaan Kelantan pun Gerakan. Bukan DAP. Begitu juga RUU355. Yang lawan tu Gerakan, bukan DAP.


Masa kerajaan nak perkenalkan Modul Penghayatan Hadits 40 Imam Nawawi tempohari pun Gerakan yang beriya menentang. Bukan DAP pun.


Jadi apa salah undi BN dapat DAP pun. Jelas di sini DAP bukan ancaman Melayu dan Islam. Sebaliknya ancaman jelas adalah Parti Gerakan.


Di Pulau Pinang pun, semenjak DAP mengambil alih daripada Gerakan, peruntukan untuk agama Islam meningkat berkali ganda. Malah lebih banyak dari peruntukan oleh kerajaan Kelantan lagi.


Orang Melayu tak perlu risau undi BN dapat DAP. Yang orang Melayu kena risau adalah undi PAS/PN dapat Gerakan. Sebab fakta menunjukkan Gerakan selalu tak puas hati dalam hal berkaitan Islam.


Lebih kena risau PAS tunduk patuh kepada Gerakan. Contoh masa PRN di Pulau Pinang. PAS terpaksa serahkan kerusi majoriti Melayu kepada Gerakan.


Bayangkan parti cinonet macam Gerakan boleh tentukan nak bertanding di mana dan PAS terpaksa akur. Bayangkan kalau PN memerintah. Apa jadi?


Pantun ni kena ubah sepatutnya. Kita buat pantun baru.


Anak ikan makan lokan,

Undi Perikatan dapat Gerakan.


Anak lipas makan pelam,

Undi PAS dapat anti Islam.


Main main di pokok bakau,

Undi PN dapat penyakau.


Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HANG MEMANG BODO...

 








Sekali lagi Wan Fayhsal tunjuk bodoh. Masa calon PAS rasuah pengundi dulu, SPRM tak tangkap pun. Elok je menang PRU. Lepas menang baru difailkan petisyen. Kemudian baru dibatalkan.


Sekarang dah ada bukti kan? Simpan bukti ni. Nanti lepas PRK, buat petisyen. Kalau terbukti, keputusan akan dibatalkan macam PAS kena dua kali tu. Apa susah? Marah SPRM dah kenapa?


Sebenarnya dia tahu, video yang dia ada tak boleh nak dijadikan bukti pun bila fail petisyen. Sebab tu dia meroyan di medsos. Nak cipta persepsi je tu. Biasalah di pencetak duit ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INI LAGI KERAJAAN LEBAI GAGAL...DIA TAK CARI APA PUNG..,KAH..KAH..KAH

 

HANYA 17% HASIL NEGERI DICARI OLEH KERAJAAN PAS TERENGGANU TAHUN 2023, SELEBIHNYA 83% ADALAH DANA PETROLEUM/PUSAT. 






Kantoi Besar! MB Terengganu dan Harakahdaily akhirnya mendedahkan RM1.5 Billion jangkaan hasil Kerajaan Terengganu bagi tahun 2023 adalah dari sumber Dana Khas/Bayaran Tunai hasil Petroleum!


Merujuk kepada Buku Belanjawan Kerajaan Negeri Terengganu tahun 2023, daripada data yang dinyatakan dan petikan kenyataan Harakahdaily yang memetik kenyataan Menteri Besar Terengganu 3 Oktober 2023.


1. Buku Belanjawan Kerajaan Negeri Terengganu 2023 menyatakan anggaran hasil adalah RM1.81 Billion.


2. Menteri Besar Terengganu  pada Oktober 2023 dan Harakahdaily melaporkan: dana khas/Royalti hasil daripada pengeluaran petroleum yang Terengganu patut terima adalah RM1.5 Billion.


3. Bermakna hanya 17% sahaja yang dapat dicari dan dijana oleh Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, dalam RM309 juta. 


4. 83 peratus bersamaan RM1.5 Billion lagi sumber pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu bergantung kepada hasil dana khas petroleum yang dibayar oleh Kerajaan Pusat setiap tahun. 


5. Tindakan Menteri Besar dan PAS Terengganu mempolitikan bayaran diterima baru RM405 juta setakat ini pada tahun 2023 adalah sangat terdesak. Sedangkan tahun 2023 masih berbaki 3 bulan lagi.


6. Harakahdaily akhirnya pada kali pertama sejak 2018, akhirnya mengakui bayaran yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu adalah ROYALTI. Terima kasih.


7. Waktu Pilihanraya PAS janji bulan dan bintang untuk dapat undi, Kerajaan Pusat yang bagi duit difitnah tidak bayar hasil Petroleum. Hingga rakyat percaya dan kekal memilih mereka pada PRU15 lalu.


8. Sedangkan hampir RM6 Billion duit telah diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sejak 2018 - Okt 2023.


10. Apabila mereka menang PRU, goyang kaki dalam mentadbir Negeri, bila tiada duit minta kerajaan Pusat segerakan bayaran.


11. Jika masuk exam, 17% dikira GAGAL. 


12. Rakyat Negeri Terengganu dan Malaysia kena fikir balik untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada PAS dalam menjadi Wakil Rakyat dan mentadbir Negeri/pilih mereka jadi YB. 


13. Kerana kebanyakkan mereka adalah Tin Kosong! 


Syam Ghaz



INI INITAN -IPR. NEGERI PEMBANGKANG YANG DOK MENGUTUK ADA BUAT KA DAK?

 







Rafizi Ramli


Saya kongsikan perkembangan semasa salah satu projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN-IPR) di Putrajaya. Kerjasama ini turut membabitkan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat.


Untuk Fasa 1, kita mulakan dengan tanaman cili fertigasi di tanah keluasan 10 ekar. Seramai 20 peserta dilibatkan untuk mengendalikan 40,000 polibeg cili. 


Jangkaan hasil adalah sebanyak 100 tan metrik yang akan berikan pulangan sekitar RM2,300 sebulan kepada setiap peserta. Semoga peserta INTAN dapat menuai hasil yang lumayan dan dapat mengubah kehidupan dengan lebih baik.



KAH..KAH...KENA TARIK TAULIAH MACAM NAK KIAMAT..WOIIII...BANYAK TEMPAT LAGI NAK CARI DUIT...KAH..KAH..KAH..

 

Bila tauliah kena tarik balik di Selangor, sang ustaz merengek di media sosial. Kenapa? Di Malaysia kan ada 12 buah negeri yang lain? Wilayah Persekutuan pun ada. Pergilah berceramah di sana.


Masih juga boleh mengajar di YouTube. TikTok pun boleh. Ustaz Zuliadin tu kena banned di Terengganu elok je mengajar di YouTube, FB dan TikTok. Kalau niat nak mengajar, apa cara pun boleh.


Melainkan kalau sebab salam kaut. Iyalah, Selangor kan negeri maju. Sampul suratnya tentu lebih tebal dari negeri lain. Itu yang meroyan tak sudah tu. Nak bayar installment kereta pun terganggu.


Itulah. Dah banyak kali ingatkan. Jangan berpolitik dalam masjid. Sultan Selangor pun dah berapa kali beri amaran. Tapi degil. Bila tindakan diambil, dia marah pulak. Tapi peraturan tak nak ikut.


Tak payahlah persoalkan penarikan balik tauliah tu. Jabatan Agama di bawah Sultan Selangor. Perkara ni mesti dah dipersetujui oleh baginda. Jangan ikut perangai makhluk utara tu yang Sultan pun dia buat bahan lawak. Itu biadab namanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERITA BURUK BUAT SANUSI. KALAU AKU TIDOQ TAK LENA DAH.....HANG MENCARI INSYAALLAH MENDAPAT.

 


SPRM TEMUI PETUNJUK BARU KES CURI REE DI KEDAH, JAGA-JAGA SANUSI…




Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kecurian unsur nadir bumi di Kedah berjaya menemukan beberapa petunjuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.

Azam berkata sepanjang tempoh siasatan dilakukan, SPRM juga menggunakan khidmat pakar untuk mengenal pasti tempoh masa serta kuantiti unsur nadir bumi disyaki dicuri berdasarkan ujian makmal.

“Siasatan kes berkenaan masih berjalan melibatkan siasatan berkait isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah terhadap individu dan agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Julai lalu, 10 exco Kedah dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Selain itu, media turut melaporkan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan.

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor turut mengesahkan beliau dipanggil memberikan keterangan berhubung kes berkenaan kepada SPRM pada September lalu.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/06/sprm-temu-petunjuk-baharu-kecurian-ree-kedah-kata-azam/



PM, Menteri UAE bincang pelaburan ke Malaysia




 Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Mohamed bin Hassan Al Suwaidi, Menteri Pelaburan UAE merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADQ.


Pertemuan tersebut menurut PM amat penting kerana ADQ merupakan syarikat pelaburan besar yang berpusat di UAE.


"Saya dimaklumkan, ADQ merupakan syarikat pelaburan berfokuskan kelestarian yang berpangkalan di Abu Dhabi.


"Hatta, saya yakin Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ, sementelahan memasarkan Malaysia sebagai pangkalan atau hab mereka ke pasaran ASEAN," katanya dalam kenyataan.


PM berharap hubungan pelaburan dua hala yang telah kukuh sejak dahulu akan dipereratkan lagi dengan pelbagai kerjasama antara negara.


"Saya yakin MITI dan agensinya MIDA serta MATRADE juga sedang bertiwikrama dalam menambahbaik landskap pelaburan dan perdagangan di Malaysia.


"Sekali lagi, terima kasih H.E. Mohamed bin Hassan Al Suwaidi dan seluruh pasukan atas kepercayaan dan keyakinan anda terhadap Malaysia," kata PM lagi.


PM dalam rangka lawatan kerja dua hari ke UAE yang antara lain memfokus menarik pelaburan dari negara kaya minyak tersebut serta bertemu dengan rakyat Malaysia yang berkerja di sana pada penghujung lawatan.

Flashmob di Simpang Pelangai, pemandu bunyi hon sokong BN



Oleh: Abdullah Zaid



Berbaki kurang 18 jam sebelum hari pengundian, kempen BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai dihiasi dengan Flashmob menyeru pengundi di situ memilih calon BN, Datuk Datuk Amizar Abu Adam sebagai wakil rakyat baharu.



Flashmob yang diadakan di jalan Simpang Pelangai petang tadi ditambah meriah dengan kehadiran jentera Pakatan Harapan (PH) mengibarkan bendera BN.



Himpunan itu turut menyaksikan pelbagai sepanduk dan plakad berupa isu semasa dan tawaran Kerajaan Perpaduan kepada pengundi dipamerkan kepada umum.



Walaupun, jentera Perikatan Nasional (PN) turut mengadakan mini himpunan kira-kira 50 meter daripada Flashmob BN namun keadaan terkawal dan harmoni tanpa berlaku sebarang provokasi.



Dalam pada itu, pengguna jalan raya di Simpang Pelangai dilihat lebih banyak membunyikan hon, sebagai tanda sokongan kepada calon BN.



Pada Sabtu ini, Datuk Amizar Abu Adam (BN) berdepan saingan tiga penjuru dengan menentang calon PN, Kasim Samat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.



PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, Ogos lepas.