300 KEPADA 1.3 JUTA PENJAWAT AWAM.



Anwar Ibrahim.


Bantuan kepada penjawat awam dan pesara akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.


#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MemperkasaRakyat


EKONOMI MADANI



 “Ekonomi Madani, Memperkasakan Rakyat” diumum pagi ini. 


Dengan 7 penanda aras: 


1. Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia. 


2. Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.


3. Peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan;


4. Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60% 


5. Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia. 


6. Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia; dan 


7. Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah. 


Ok, TBH this is a super good target. Ada KPI jelas sekali. Dengan target piawaian antarabangsa. Takde la syok sendiri. 


Peranda aras ni menyeluruh. Jelas bukan saja pandang material. Ia meliputi sosio ekonomi negara. Dari isu wanita hingga memperkasa tenaga buruh. Sambil pastikan generasi akan datang tak terbeban. Dengan hutang berpanjangan. 


Honestly I am excited. Bursa pun dibuka tinggi pagi ini. 


But people, the devil is in the details. Bagaimana dengan pelaksanaannya? Kita tengokkan nanti. But it’s a good start already. 


Pada saya, kita perlu bagi peluang, untuk mereka tunjukkan kemampuan mereka. Apa saja yang baik untuk negara, kita sokong. Tak kira parti mana yang berkuasa. Kita whack mereka buat kerja. 


Bukannya baru 8 bulan pilihanraya, kita nak tumbangkan pula. Itu kerja orang gila. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



APA ITU 3R.

 3R 


Ramai masih keliru atau buat2 keliru, apa maksud kesalahan 3R sebenarnya. Sebagai intro, 3R ini meliputi “Race, Religion and Royal”. 


Isu Bangsa, Agama dan Raja (BAR). 


Dalam undang2, kesalahan 3R ni bukan bermaksud langsung tak boleh nak sentuh perkara tersebut. 


Kalau nak puji agama sendiri, kalau nak kritik kaum sendiri dan kalau nak angkat daulat Raja2, takde masalah. Buat lah sampai lebam pun. Takde orang kisah. 


Contoh: 


1. Nak cakap Melayu malas, Melayu angkuh, Hang (Melayu) bodoh, plus yang cakap ni pemimpin Melayu sendiri. Cakap lah seribu kali pun, takde nya polis nak ketuk rumah. 


[Disclaimer: Jangan kaum lain yang cakap dan dibuat ditempat terbuka dan viral. Tu dah jadi menghina. Ada elemen 3R jua]


2. Kalau nak angkat martabat Islam, sambil puji Raja2 Melayu, buat la, sentuh la siang malam, pagi petang, takde orang pun nak marah. 


[ Dislaimer: Jangan pula sebab nak angkat martabat bangsa dan agama sendiri, kita pergi perlekehkan agama dan kaum lain. Sambil menghasut pula untuk membenci, hat tu dah jadi elemen 3R. Boleh ada kesalahan]


Konsepnya simple. Nak sentuh 3R dengan puji pujian, malah kritik secara membina dan highlightkan isu semasa. No hal. Takkan kena BAR!  


Yang tak boleh nya, ketika sentuh tu, ada terapkan elemen melagakan, tambah kalau hasut supaya ada bibit kebencian. Itu yang tidak dibolehkan. Ada kesalahan. 


Contoh:


1. “Raja2 Melayu sudah tak berguna, mereka dah tak pikir Melayu, mereka pentingkan Cina” 


2. “Raja aku je yang terpaling suci keturunan, Raja 

lain susur galur mana pun tak tahu. Raja aku hebat, raja hang bukan” 


3.  “Raja sekarang zalim seperti Firaun dan Namrud, maka kita wajib melawan”. 


Ini contoh kes2 yang sedang berjalan. Yang buat peel nya politikus bukannya orang biasa. 


Pada saya, orang biasa dan non-partisan, takde nya percakapan seharian kita nak guna isu 3R. Elok je kita nak hidup dalam kedamaian. Hanya geng politikus yang tunggang isu sedemikian. 


Rakyat yang bijak sedar, negara ini hanya boleh berjaya, kalau kita tolak tepi geng politikus penggila kuasa. Menunggang isu 3R bukan untuk kepentingan negara. Hanya untuk tembolok mereka. 


Mereka lah terpaling Melayu dan terpaling Islam. Mereka la pemegang kunci syurga dan nereka. 


Maksum belaka mereka ini. Tiada kesalahan langsung di mata taksuber. 


Yang lain semua, tak berguna. Hanya mereka saja yang layak berkuasa. 


Cuma kita patut tanya, sekarang dah tahun 2023. Relevan kah lagi politik tunggang kaum dan agama? Walhal patutnya kita sudah mula bicara, politik polisi dan idea. Dan bangunkan negara semula. 


Pada saya, PRN ini dan PRU16 nanti, tolaklah politikus dinosaur ini daripada berkuasa. Politik dendam dan adu domba dah 30 tahun lamanya. Jahanam Malaysia dibuatnya. PRU depan, wajib kita angkat set Hang Nadim pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki


HAAA...10 EXCO KENA PANGGE....


 

AWAT HANGPA TAK KERIAU KAT KAWAN HANGPA..PARTI GELAKAN.


 

TU DIAAA- KEH KEH..DENGAR, HANGPA MESTI TAK LENA PUNYA


 

Bantuan khas RM300 bagi penjawat awam, RM200 pesara kerajaan



Lantikan kontrak dan lebih sejuta pesara turut akan menerima bantuan khas itu.


Anwar Ibrahim berkata bantuan tunai khas RM300 akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas RM300 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

Menteri kewangan itu berkata, veteran tentera dengan atau tanpa pencen turut akan mendapat bantuan khas RM200.

Tuduhan guna dana judi: Bila PN nak saman PM?




 Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) pernah mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa gabungan itu memperolehi dana daripada syarikat perjudian sewaktu menjadi kerajaan pada 2020 hingga 2022 lalu.


Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan mengapakah PN masih belum menyaman PM sehingga ke hari ini.


Timbalan Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, sekiranya dakwaan dana judi tersebut tidak benar blok pembangkang wajar mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan imej mereka.


"PM (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cabar kalau PN berani mempertahankan maruah mereka di mahkamah sebagai sebuah parti yang bersih.


"Tapi kita sedia maklum PN ini suka berkokok di sosial media, bila kita minta berhadapan dengan proses betul (ke mahkamah) mereka lari dan beri beribu alasan," katanya.


Nabil juga tertanya tanya apakah sikap pemimpin PN terhadap isu penggunaan dana judi, rasuah dan sebagainya adalah dengan mendiamkan diri.


Beliau memberi contoh pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 membabitkan seorang wakil rakyat Pas-PN di Parlimen Kuala Terengganu akibat didapati menyogok pengundi, tidak dirayu di mahkamah yang lebih tinggi.


"Contoh paling mudah kita ambil Kuala Terengganu, PN kalah di mahkamah dan terbukti menggunakan wang sogokan semasa pilihanraya lepas


"Tapi yang pelik dengan wakil rakyat terbabit beliau sendiri tidak merayu kes tersebut. Jadi kalau tak salah, kenapa tidak bawa pergi ke mahkamah rayuan?," soalnya.


Justeru itu, kata Nabil, gabungan parti Pas-Bersatu tersebut hanya berani di sosial media tetapi gagal menunjukkan kredibiliti melalui kuasa undang-undang.


Terdahulu, pada Julai 16 lalu dalam ceramah pelancaran jentera pilihanraya Perpaduan Kedah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar PN untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaannya parti itu menggunakan dana judi pada Pilihan Raya Umum ke-15.


Jelas Perdana Menteri, beliau bersedia disaman sekiranya kenyataannya PN menerima dana daripada syarikat judi adalah fitnah.


Namun, sehingga kin, PN yang terkenal dengan slogan “Bersih dan Stabil” itu masih belum melakukan apa-apa tindakan berhubung dakwaan terbabit.


JANGAN TANYA PEMUDA PAS...JOM KITA TENGOK AIR ADA KA TIDAK


 

MEMERINTAH LEBIH 30 TAHUN, TAPI AIR TAK LEH BUI- ITU LAGI DAJAL.


 

NAK MAIN SENTIMEN, TAPI TERBUKTI SALAH


 

NAK CAKAP APA PUN. TAPI SI NUSI NI DAH ADA ORANG REPORT. TU LA KENA TANGKAP. FAHAM KA UNNN.


 

MANA DIA TRANSPAREN LA INTRAGRITI LA BAGAI.


 

PEMBOHONG DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN.

 




Ana Tahu


Pembohong diangkat sebagai pemimpin….


Siakap, senohong, gelama, ikan duri,

bercakap bohong lama-lama mencuri - (REE)


BERTEMU CALON PKR SELANGOR DAN AMANAT KEPADA CALON

 



Semalam saya mengadakan pertemuan dengan semua calon KEADILAN yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.


Dalam pertemuan ini, saya turut menyerahkan watikah pelantikan untuk bertanding kepada mereka.


Saya tegaskan kepada mereka untuk berusaha kuat bersama jentera untuk memberi penerangan yang tuntas kepada rakyat.


Saya juga mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat dan tidak terikut serta terpengaruh dengan pihak yang kontang modal dan idea untuk membangun negeri dan negara. 


Semoga kemenangan bergaya diperoleh gabungan perpaduan di negeri Selangor, Insya-Allah.


#Perpaduan

#MalaysiaMADANI




KEH..KEH...NUSI NUSI-TELAN AYAQ KETUM KA...

 


Sanusi koyak ka tu?


2018 hingga 2020, PH yang memerintah tu diketuai oleh Mahathir. Sekarang kawan presiden PAS, Hadi Awang. Pergilah tanya. Kalau takut dengan orang tua tu, boleh suruh presiden pergi tanyakan.


MB Kedah masa tu Mukhriz, anak BFF Presiden PAS tu. Sekarang Mukhriz pun secara terbuka dah kata sokong PN. Jadi kalau Sanusi nak tanya dia, tak ada masalah rasanya untuk dia nak jawab. Cubalah.


Majoriti menteri yang Mahathir lantik dulu bersama PN sekarang ni. Macam Azmin, Hamzah termasuk Mahiaddin sendiri. Tanyalah mereka. Tiga tahun ni tak londeh sebenarnya takut mereka terbabit, kan?


Aku paling seronok baca dia kata Saifuddin kurang ajar. Amboi... Macam dia masuk ajar sangat. Entah berapa lama Sanusi ni tak tengok cermin. Dia punya biadab memfitnah DS Anwar, syaitan pun jadi malu.


Sekarang dah ketakutan disiasat oleh polis. Itu yang koyak rabak tu. Kata nak londehkan tiap-tiap hari. Silakan! Kami rakyat nak tengok. Cuma, panglima takkanlah cepat koyak disiasat polis. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


WOOOIII NUSI ..LEK LA...GELABAH PASAI PA ?

 



Sanusi gelabah ke tu? Kata ada komplot jatuhkan dia. Bila polis tegur, gelupur dia kata tak babitkan polis. Tahu takut.


Tapi sebelum ni kata 6 bulan. Ni cakap dari bulan Oktober lagi. Tu dah jadi 9 bulan dah tu. Matematik dulu lulus tak?


Masalahnya masa Oktober tu PN dalam kerajaan dan berderet MP PN jadi menteri. Menteri KDN pun orang PN juga.


Kenapa tak ada dakwaan? Siasatan pun tak dengar. Senyap terus. Pelik juga. Apa pemimpin PN lain boikot Sanusi ke?


Pelik pelik cerita Sanusi ni. Tapi nampaknya makin lama dia sendiri yang makin terbelit. Tak apalah. Walaun tetap kata sempoi. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


Malaysia perlu capai tahap sara diri pengeluaran beras







 Tempoh enam tahun akan datang menjadi tempoh cukup kritikal untuk Malaysia mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia berikutan risiko negara pengeksport seperti India untuk mengurangkan atau menghentikan eksport makanan ruji itu bagi melindungi pasaran domestik masing-masing.


Justeru jelasnya, penting untuk pesawah-pesawah memahami keperluan meningkatkan hasil padi negara bagi memastikan rakyat tidak terkesan sekiranya apa yang dijangkakan itu benar-benar berlaku.


"Di pihak kerajaan, kita perlu mengambil tindakan segera menambah baik input pertanian padi dan infrastruktur sedia ada dalam sektor perladangan padi dan mengamalkan amalan petani Sekincan ke negeri lain.


"Kerajaan juga bercadang memperuntukkan RM3 bilion bagi menambah baik infrastruktur di bawah MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) bagi memperluaskan lima musim penanaman dalam setiap dua tahun," katanya.


Mohamad sebelumnya hadir menyampaikan bantuan tunai kepada pesawah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar di Alor Setar, semalam.


Dalam pada itu, Mohamad berkata projek perintis lima penanaman padi dalam tempoh dua tahun sudah dilaksanakan di 213 hektar sawah padi di bawah MADA.


Manakala pertanian ala Sekinchan sudah diperkenalkan di 187 hektar sawah padi di Sik dan Kerpan di Kedah, selain Simpang Empat di Perlis dan Besut di Terengganu.


Susulan itu beliau berharap petani lain akan menyertai projek itu selepas melihat kisah kejayaan petani yang menyertai projek perintis.


"MADA akan membabitkan diri dengan petani untuk mendidik dan memotivasikan mereka untuk mengamalkan teknik pertanian moden.


"Saya percaya jika kita mampu meningkatkan hasil padi tahunan dalam tempoh empat hingga enam tahun akan datang, kita akan dapat mencapai 80 peratus pengeluaran untuk memenuhi permintaan dalam negeri," katanya.