MASA PM TAK ADA KAU BERANI HADIR- MASA PM ADA DALAM DEWAN KAU MEYOROK TAK DATANG.MACAMANA PERANGAI LEBAI, MACAM TU LA PERANGAI WALAUN.








Hari ni tengok beberapa portal berita menyiarkan berita ucapan Mahiaddin dalam dewan. Pelik juga aku berani Mahiddin bersuara. Rupanya DS Anwar tak ada dalam dewan hari ni.

Masa ada sesi Prime Minister's Questions, dia tak ada pula dalam dewan. Patutnya masa tu la dia nak serang betul-betul. Hadi pun sama. Post dalam FB kemain lagi. Masa PMQ tu tanyalah apa yang tulis dalam FB. Eh tak ada pulak dia.

Apa pun, semoga perjalanan DS Anwar selamat dan diberkati. Ada walaun berhati syaitan yang doakan pesawat DS Anwar ditembak. Tapi aku yakin lebih ramai orang yang mendoakan keselamatan untuk PM kesayangan kita. Guane boh?

Raja Gelap

 

KALAU TAK BOLEH BUAT- JANGAN BUAT- INI PESANAN UNTUK PENIAGA- KERAJAAN TAK PAKSA PUN

 


Aku dapat tangkap layar satu posting dalam ruang komen. Tak pasti kalau penulis tu seorang peniaga tapi dalam posting tersebut, katanya Menu Rahmah tak menguntungkan melainkan kalau kerajaan beri subsidi 50%.

Dan aku juga ada jumpa satu posting dari seorang bernama Abg. Chik. Katanya, mulanya dia pun tak gembira tapi selepas dibuat kira-kira, ada untung seringgit lebih ke dua ringgit. Sambil dapat bantu rakyat susah.

Sebenarnya Menu Rahmah ni tak wajib. Kerajaan takkan kenakan tindakan pun kepada peniaga yang enggan buat Menu Rahmah. Kalau rasa tak untung, jangan buat. Mudah je. Biarlah peniaga yang kata masih ada untung je yang buat. Guane boh?

Raja Gelap

.

TUA TUA PUN BODO- KENA MAKI DENGAN ANAK MUDA...

 

Lebai bodo..dah tua2 pun bodo macam walaun TikTok.






ANWAR DITURKI


 

Taklimat Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Nurdagi, G...


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

TERKINI TURKIYE | Anwar Bangga Peranan SMART Di Turkiye, Umum Sumbangan ...


Jumlah itu meningkat sehari selepas Perdana Menteri membuat pengumuman semalam. MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com


TANDATANGAN MUHYIDDIN YASSIN DAN MOHD SALEH BAJURI- 300 JUTA


 

USAHA ANWAR PERANGI RASUAH UNTUK BERSIHKAN NEGARA, BUKAN KERANA DENDAM ATAU MENGANIAYA

 

Baik Mahiaddin Md Yasin atau sesiapa saja yang sedang disiasat SPRM atas kemungkinan melakukan rasuah, salah guna kuasa atau mencuri wang negara, tak usah gelabah atau gundah gulana.

Jika tiada kesalahan dilakukan, tiada apa yang perlu mereka takutkan.

Ketika disiasat oleh pihak berkuasa, baik mengenai projek yang dikaitkan dengan anak menantu atau dakwaan penerima dana daripada kontraktor yang dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu, berilah jawapan yang tulus, jujur dan berdasarkan fakta yang sebenar.

Tak usahlah cuba mengaitkannya dengan kononnya ia fitnah kepada PN dan andaian disebabkan ketakutan PH berdepan enam PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Semua itu bukan saja tiada kaitan, malah tidak munasabah sama sekali.

Mereka-reka tuduhan adalah merbahaya kepada PH sendiri kerana ia boleh mengundang simpati rakyat kepada PN.

Lantaran itu, jika tiada asas yang kukuh, tidak mungkin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sedia membenarkan perkara itu berlaku.

Sudah tentu, siasatan yang dijalankan kerana ada asas, selain ada adun telah diterima.

Lagi pula, apa kaitan kemenangan dalam PRN dengan kedudukan kerajaan pusat yang ditadbir Anwar?

Hakikatnya, dengan sokongan mantap parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan, siapa pun yang menang di enam PRN itu nanti tidak menjejaskan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga dengan siasatan yang dilaporkan telah dijalankan terhadap seorang bekas Menteri Kewangan yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa di luar negara berdasarkan maklumat Pandora Papers yang bocor tidak lama sebelum ini.

Semua itu juga bukan bersifat dendam atau bertujuan menganiaya orang berkenaan, mereka pun tidak perlu bimbang atau takut jika tiada kesalahan telah dilakukan.

Sebagaimana sering disebut ketika belum berkuasa dan kemudian diulang banyak kali setelah menjadi Perdana Menteri, keseriusan Anwar dalam memerangi rasuah dengan memulakan siasatan terhadap beberapa kes yang sedang berjalan sekarang adalah bukti beliau sedang menunaikan janji-janjinya.

Tidakkah kita mahu seorang pemimpin itu sentiasa berpegang pada janji?

Anwar hanya ingin membersihkan negara ini daripada rasuah, ketirisan, rompakan dan pencurian kerana negara terbukti telah kerugian berbilion ringgit melalui amalan tersebut sejak puluhan tahun dulu lagi.

Dengan rasuah dan ketirisan dapat dikawal, ia bukan saja dapat menyelamatkan harta negara, bahkan faedah akan melimpah kepada rakyat akhirnya.

Sebagai rakyat di mana selama ini mereka menyaksikan asal bergelar pemimpin saja, mesti seseorang itu dan keluarganya jadi kaya raya dalam sekelip mata, semua ini adalah petanda paling nyata berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Tiada pilihan lain demi masa depan anak cucu kita melainkan kita mesti menyokong usaha murni Anwar dalam memerangi rasuah ini. – ShahbudinHusin 15/02/2023.


MAI MANA AGONG KATA KERAJAAN PN NI CEMERLANG ?


 

WALAUNTIT PEMBOHONG - MENTERI KESIHATAN MANA ? TAK MAU JAWAB KA ? MANA DIA DAPAT KAJIAN MENU RAHMAH KENA KANSER DAN AUTOIMUNE BAGAI / DIA DOKTOR KA ?


 

HERET MR JARGON KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN


 

PENDANG PUN KENA ADA ADAB


 

PERTAMA SEKALI DALAM SEJARAH PM AKAN BERSOAL JAWAB SETIAP SELASA DALAM DEWAN RAKYAT-TAK MACAM DULU-TAKUT JUMPA WARTAWAN


 

NAK PROMOSI KELUARGA MALAYSIA MAKAN MODAL 62 JUTA


 

SEKARANG BILA KENA BISING - LARUT SEKAT MASUK KE DALAM DEWAN MASA ITU WALAU TAK ADA KLUSTER


 

RASUAH DIKATAKAN SEDEKAH-SONGLAP DUIT MASIH KATA TAK BERDUIT-SIKIT SAJA DALAM AKAUN


 

TAK TERKEJUT KALAU LEBAI PAS CAKAP DULU PIKIR KEMUDIAN...

 

Ahli Parlimen PAS tarik balik kenyataan menteri kesihatan ‘tak beradab’

Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim menarik balik kenyataan itu selepas diarah timbalan speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim menarik balik kenyataannya yang menuduh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebagai ‘tidak beradab dan tidak ada akhlak’.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim menarik balik kenyataannya yang menuduh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebagai “tidak beradab dan tiada akhlak” apabila tidak menjemput wakil kerajaan negeri pada majlis penyerahan Hospital Pendang Januari lalu.

Awang berkata, walaupun berbeza ideologi politik sepatutnya seorang menteri memaklumkan kepada wakil kerajaan negeri apabila menghadiri program di negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN). Beliau juga menyifatkan tindakan Zaliha tidak manis kerana mengabaikan tuan rumah.

“Jadi saya ingat menteri kesihatan kena ambil perhatian sikit bila turun ke Hospital Pendang. Jangan langgar tak tahu hala sangat.

“Saya tahu lah (anda dapat) arahan dari ‘jeneral maulud’ Putrajaya menyebabkan menteri kesihatan yang tak beradab ini turun tanpa memberitahu,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen PN itu juga menyatakan Zaliha sebagai “tidak ada akhlak”.

Kenyataan itu bagaimanapun dibantah Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang menggesa Awang menarik balik kenyataan tiada akhlak terhadap Zaliha.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor, turut bersetuju dan mengarahkan Awang menarik balik kenyataannya itu.

“Merujuk kepada peraturan Dewan 36(5) seseorang ahli dewan tidak dibenar menyebut nama atau satu benda ‘specific’. Ini YB menyebut menteri kesihatan. Ini ‘specific’. Jadi saya minta jasa baik, tarik balik,” kata Ramli.

Awang kemudian akur dengan arahan itu dan menarik balik kenyataannya.


Saya tak perlukan 'pengipasan' YB! - Zahid Hamidi



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa isu infrastruktur, pendidikan dan pembangunan insan di luar bandar akan mendapat kerjasama sewajarnya daripada Kerajaan tanpa mengira warna politik.


Terima kasih tolong bangkitkan isu ini - Saifuddin Nasution



Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengucapkan terima kasih kepada YB Paya Besar kerana membangkitkan isu aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dewan rakyat hangat, Muhyiddin dan Sany 'tegang'


Dewan Rakyat hangat apabila Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin mengungkit mengenai pelantikan anak dalam kerajaan. Muhyiddin juga menyelar pihak berkuasa yang menekan kebebasan anak muda bersuara di media sosial.

SKETSA : -KISAH PMX DAN LEBUNG LEBAI


 

WOIII LEBAI- AGAK AGAK RAZMAN DAN 3 EKOQ WALAUNTIT TU BERI MAKLUMAT ATAU MEMFITNAH?






 

APA YANG BERLAKU SEMINGGU LALU


 

YDPA- HARGAI KONSEP DAN TERAPAN NILAI MADANI


 

TERBAIK LAH HADI- KENA SAMAN LAGI...


 

KEGAGALAN PUN YA...MEMBAZIR DUIT RAKYAT PUN IA JUGA


 

MAT JARGON SALAH CAKAP- LUAR LAIN DALAM DEWAN LAIN


 

LEBIH BAIK HADI AWANG TUTUP MULUT DARI TUNJUK KEBODOHAN- KERAJAAN CAMPURAN TIDAK MADANI- ULASAN LOKMAN ADAM TERHADAP KENYATAAN HADI


 

ADA KES MENTERI KEWANGAN AKAN DI TAHAN?


 

KEH..KEH..MACAMANA LA HANG MENANG DI TASEK GELUGOQ TU- DULU KAWASAN TU KAWASAN UMNO...ORANG SITU DARAH KERIS TU....






Nama pun Pertikaian Nasional. Kerja nak pertikai je la. Benda tak ada isu pun nak pertikai lagi.

Sebelum ini pertikai DS Anwar lantik Nurul Izzah jadi penasihat kanan. Sekarang Nurul Izzah dah lepaskan jawatan tu. Ingat senyap, dia sambung lagi rupanya.

Izzah join sekretariat JK Penasihat Ekonomi pun dia buat isu juga. Sedangkan kali ini Nurul Izzah bukan dilantik oleh DS Anwar. Lantikan itu datangnya dari TS Hassan.

Dalam sekretariat itu pun, Izzah tak bekerja secara langsung dengan DS Anwar. Sebaliknya tugas Izzah adalah menyokong operasi JK tersebut. Begitu pun salah? Puak ni takut pada bayang-bayang Nurul Izzah nampaknya.

Habis tu nak apa? Anak PM mesti menganggur ke? Kerja report ke orang lain pun salah. Sebelum ni pertikai Farhash join 7-Eleven. Memang kontang idea puak ni. Guane boh?

Raja Gelap

JANGAN LUPA PANGGE SAMA NUSI- DIA RAJIN BERCAKAP PASAL NI.

 

SPRM panggil 6 pihak berhubung kecurian unsur nadir bumi

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap berkata, hasil siasatan awal masih belum dapat dimaklumkan lagi.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang dipanggil itu kerana siasatan sedang dijalankan. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil enam pihak bagi membantu siasatan berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang dipanggil itu kerana siasatan sedang dijalankan.

“Ketika maklumat diterima berhubung kes itu, SPRM memang telah memulakan siasatan awal terlebih dahulu. SPRM telah membuat tindakan awal dengan menjalankan temu bual bersama lima hingga enam pihak bagi membantu siasatan berhubung REE ini.

“Buat masa ini, hasilnya masih belum dapat dimaklumkan lagi dan tiada keputusan atau cadangan yang boleh diberikan kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes kecurian REE di hutan simpan itu.

Beliau berkata Jawatankuasa Pemantauan REE Negeri Kedah juga telah mengadakan satu mesyuarat pada minggu lalu bagi membincangkan perkara berkaitan REE dan maklum balas daripada setiap agensi yang mungkin terlibat dalam urusan itu akan diperoleh pada 20 Feb depan.

“Apabila timbul isu REE ini, SPRM telah mencadangkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengaktifkan jawatankuasa itu bersama Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (Jitu) dengan memanggil pihak agensi yang berkenaan untuk tindakan dan perbincangan.

“Antara agensi yang telah dikenal pasti itu adalah Jabatan Hutan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar, Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan mungkin akan ada beberapa tambahan agensi lain lagi selepas ini,” katanya.

Shaharom Nizam juga berkata SPRM tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat berkaitan siasatan yang dijalankan sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak.

Baru-baru ini, media melaporkan 52 individu ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah selepas mereka dipercayai melakukan kegiatan penerokaan REE secara haram di hutan simpan itu.

Dalam perkembangan lain, Shaharom Nizam berkata pihaknya tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam siasatan kes dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dikaitkan dengan seorang ExcoKedah sebelum ini.

“Tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia lebih kepada soal pematuhan prosedur berkaitan penyampaian dana bantuan berkenaan. Kami telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk melakukan penambahbaikan dalam prosedur berkenaan. Siasatan berkaitan kes itu telah selesai,” katanya.

Terdahulu Shaharom Nizam ditemui pada majlis persaraannya yang akan bersara wajib mulai esok. Beliau yang menyertai SPRM pada tahun 1992 akan bersara setelah lebih 30 tahun berkhidmat.

KESIAN DIA NI . MUDA MUDA DAH NYANYUK. ADA SUATU KETIKA DIA SURUH CETAK DUIT ...PUNYA MANGKAQ MAMAT NI...KAH..KAH...KAH




Kesian. Muda-muda lagi dah nyanyuk. Tak pernah lagi PH janji hapus PTPTN. Janji PH masa PRU14 cuma untuk tangguh pembayaran hingga peminjam bergaji lebih RM4,000. Dan itu telahpun dilaksana.

Yang janji tu PAS. Malah dalam satu ceramah, Tuan Ibharim sendiri pun pernah cakap tentang beza janji PH, BN dan PAS. Menurut Tuan Ibharim, cuma PAS janji hapus terus hutang PTPTN.

Ketandusan idea puak ni. Sebab dah biasa menipu, sampai dalam dewan pun nak menipu. Jadi harap Rafizi buat usul secara bertulis agar tindakan dapat diambil terhadap pemfitnah ini. Guane boh?

Raja Gelap

 

KENAPA ANWAR KE TURKIYE






Apa pentingnya DS Anwar nak ke Turkiyè waktu ini? Sidang dewan sedang berlangsung. Perjalanan pun bukannya murah. Tak membazir ke?

Presiden Erdogan sendiri yang panggil DS Anwar untuk datang. Maka wajarlah DS Anwar untuk pergi ke sana. Ia adalah satu penghormatan.

Selain itu, Turkiyè kini adalah sebuah kuasa besar. Mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin negara itu bakal berikan pulangan.

Ia mungkin dalam bentuk pelaburan dan bantuan. Kita sebagai rakyat seharusnya bangga pemimpin kita dihargai sebegitu hebat.

Aku ada tengok beberapa komen negatif daripada walaun. Tak mengapalah. Sebab belum pernah ada pemimpin walaun yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa sebegini. Tak mungkin mereka boleh faham.Guane boh?

Raja Gelap

 

SEBELUM NAK MENULIS KOMEN- KENA FIKIR BAIK BAIK ..-KENA LAH JADI ORANG YANG BIJAK DAN BUKAN MEMBUAT FITNAH


Buat konten TikTok fitnah orang. Bila orang dedah kerja jahat dia terus tutup akaun. Lepas tu buat report polis sebab trauma. Gila ni ada macam-macam jenis….


 

LIHAT LAH PERANGAI BILA BERI KOMEN . INI KALAU URIN NI SANGKUT NI...




 

BERSATU AMBIL DANA KONTRAKTOR, MUHYIDDIN AKAN DIPANGGIL SPRM

 

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian siasatan ke atas dana parti itu, lapor New Straits Times.

Sumber dipetik akhbar itu berkata, bekas perdana menteri itu akan memberi keterangan berhubung RM300 juta yang didakwa diterima Bersatu sebagai dana politik daripada kontraktor diberikan projek ketika pentadbirannya.

Menurut sumber itu, dua akaun bank Bersatu dengan baki keseluruhan RM40 juta dibekukan SPRM dan beberapa pemimpin Bersatu, termasuk bendahari agungnya sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Katanya, hampir semua penderma yang menyumbang ke akaun parti itu adalah kontraktor yang diberikan kontrak kerajaan ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki pada 1 Feb lalu berkata, akaun Bersatu dibekukan agensi itu bulan lalu.

Difahamkan, akaun itu dibekukan berhubung siasatan penyelewengan dana berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Muhyiddin sebelum ini menafikan kerajaan pimpinannya menyeleweng RM92.5 bilion dan beliau yakin SPRM akan membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Beliau tidak menolak kemungkinan dakwaan terhadap Bersatu itu “direka” kerajaan supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap parti itu dan melemahkannya menjelang pilihan raya di enam negeri tahun ini.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/14/sprm-akan-panggil-muhyiddin-berkait-dana-bersatu-menurut-laporan/

Tamat Riwayat Perjalanan Politik Tun Mahatdir. Keluar Parti Perjuang.

'Itu adalah satu pembohongan' - Rafizi usul Wan Fayhsal diambil tindakan



Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengusulkan supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana didakwa membuat kenyataan yang mengelirukan. Menteri Ekonomi itu berkata Wan Ahmad Fayhsal mendakwa manifesto PH baru-baru ini ada menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dewan rakyat kecoh, Sany dan Shahidan 'bertikam lidah'


Dewan Rakyat sedikit kecoh selepas Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim. Ini selepas Shahidan mencelah ketika Sany sedang membahas.

MASLAN : UMNO Membuat Pusingan U Turn Sokongan Atas Anwar Ibrahim⁉️#umno...

[LANGSUNG] Perdana Menteri berlepas ke Turkiye | 14 Feb 2023


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

'SPRM tumpu rasuah skala besar, dulu sibuk tangkap ikan bilis'


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sasaran utama SPRM ketika ini adalah kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi hanya kepada kes kecil. Selain itu, katanya, SPRM akan melaksanakan siasatan dan pencegahan yang berkesan, yang pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat, dalam usaha kerajaan menangani rasuah.


Kerajaan tak cadang perkenal GST atau cukai lain - Anwar


Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan sebarang cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung kenaikan hutang negara. Sebaliknya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, usaha akan dilakukan untuk mengetatkan pengurangan subsidi bagi golongan kaya supaya yang miskin tidak terus dibebani.



AKHIRNYA PAK TEH MAN PEMBOHONG KEPADA WALAUN- USRAH DALAM JEMAAH PAS NAMPAKNYA TAK BERGUNA


 

JAWAPAN ANWAR DALAM PARLIMEN MENGENAI BANTUAN KE TURKI


 

HAARP- INIKAH JALAN DAJJAL MENGUASAI DUNIA


 

UNTUK NAK MEMBUKTIKAN FITNAH IA MESTI DIBUKTIKAN DI MAHKAMAH- BILA SAMPAI DI MAHKAMAH MEREKA MINTA MAAF


 

DIA TANYA PTPTN DIA KENA BALIK- LEBAI SEMUA JENIS MACAM NI...TAK BANYAK MEMBACA


 

LAGU MANA MCMC NIH- SOKONG KERAJAAN PERPADUAN PUN KENA SEKAT


 

_ANWAR IBRAHIM : SOSOK YANG DIFITNAH & DIANIAYA_* ( SATU SOALAN: BAGAIMANA DENGAN DOSA MEREKA YANG SELAMA INI MEMANGGILNYA SEBAGAI "PELIWAT?")


*_Sila baca dengan Fikiran Rasional_*

 

Kes Anwar, pemfitnah dan harga diri

Oleh: Zunar

(16 Ogos 2020)

 

Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.

 

KISAH FITNAH 1- SATU SATUNYA SAKSI KERAJAAN- AZIZAN RAZAK

 

Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

 

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

 

Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.

 

Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham)

mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

 

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

 

Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"

Azizan: "Ya"

Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"

Azizan: "Saya tak tahu".

Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"

Azizan: "Ya".

Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"

Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

 

Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.

 

Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

 

KES KEDUA MELIBATKAN SAIFUL BUKAHRI

 

Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.

 

Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

 

Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman

berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.

 

Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

 

SUKMA DERMAWAN DAN DR MUNAWAR ANIS

 

Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.  

 

Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.

 

Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838.000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.

 

Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.

 

Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.

 

Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.

 

Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.

ZUNAR

 

 

*_Nota:_*

Ini zaman edan. Dunia tlh trlalu bangka. Dunia sdg berlari menuju pengakhirannya. Fitnah bertebaran mengisi pengakhirannya. Anwar adalah sosok yg terpilih utk diuji di lembah fitnah ini. Bagi kita yg mengikuti perjalanan takdir yg mengaibkn ini, jelas bukti2 menunjukkn bhw Anwar dianiaya & tidak bersalah sama sekali. Berlainan pula dgn insan2 malang yg sengaja menempah bala melanjutkn bahana fitnah ini berdekad lamanya. 

 

Aku tidak ingin mmbicarakan soal "manusia2 bertuah" pencipta, sutradara & pelakon2 sandiwara fitnah ini. Mrk ini barang tentu tlh tersedia "istananya" nnt dn di dunia ini pun tlh ramai antara mrk yg tlh menerima karmanya! Namun di sini aku ingin berpesan & mmbangkitkn dosa2 yg diciptakan oleh mrk2 yg sengaja mncipta "dosa percuma" dgn terus meviral dn melanjutkn fitnah ini. Tnpa mrk sedar, mrk sdg mmbina satu dosa besar yg xkn terampunkn melainkan Anwar sendiri sj yg memaafkn mrk. Perkataan "peliwat" yg terpacul drp lidah mrk itu tlh mmbina satu takdir yg ckup buruk di sana nnt. 

Sedar & bertaubatlah.

 

Apapun takkan hancur sebutir berlian dek besi yang tajam. Begitulah juga takkan goyah hati nurani yg benar & jiwa yg kental dgn keimanan dek kemarakan api fitnah. Insyaallah.

 

Sesungguhnya sejak puluhan tahun dahulu aku mengikuti perjalanan dan perbicaraan fitnah ini  dgn renungan & akalbudi.

 

*_#TabahlahWahaiANWAR_*

*_#DOAbuatANWAR_*

*_#FitnahAdalahDosaBesar_*

*_#DedikasiBuatANWAR_*