DAP TAK AKAN KUASAI PH JIKA JADI KERAJAAN – ANWAR


 Dalam usaha meredakan kebimbangan pengundi Melayu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa DAP tidak akan menguasai gabungan yang diterajuinya jika memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jelas Anwar DAP adalah sekutu yang setia dan menerima serta menghormati Perlembagaan.

“Ada orang tanya, dia tanya saya, Datuk Seri boleh jamin bila perintah (kerajaan) esok DAP tak kuasai.

“Saya jawab yang nak jadi ketua bukan (Pengerusi Pejuang) Dr Mahathir (Mohamad), tapi Anwar Ibrahim.

“Kedua, kerajan ni Melayu, Agong Melayu, menteri besar Melayu. Baik di Selangor atau Perak,” katanya dalam ucapan semasa majlis ramah mesra dengan masyarakat India di Ulu Kinta, Perak petang tadi.


Di sebalik penafian berkali-kali DAP, Umno dan PAS sering menuduh parti komponen PH itu mengawal Mahathir ketika menjadi perdana menteri di bawah pentadbiran PH.

Tuduhan itu dibangkitkan semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa DAP menekan PH berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom (di mahkamah jenayah antarabangsa) dan menuduh parti itu menjadi “pro-komunis”.

Mengulas lanjut, Anwar berkata bahawa terdapat keperluan besar untuk mereformasikan politik sambil menekankan kepentingan untuk menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia.

“Saya mahu orang India percaya pada saya, dan kasih pada saya. Bagaimana nak kasih dan sokong kalau saya tak kasih dan sokong dia.

“Kita ni manusia. Nak tolong bangsa sendiri, boleh! Tengok orang kawasan anak Melayu miskin, takkan nak ketepikan orang miskin? Negara ni kaya, tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh meminggirkan orang India yang miskin,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 480 ahli MIC Tambun dari lapan bahagian bertindak keluar parti untuk menyatakan sokongan kepada PH.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Anwar untuk menyertai PKR.

Anwar yang juga presiden PKR akan bertanding di kerusi Tambun dan berdepan penyandang kerusi itu, Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu and calin Umno Aminuddin Md Hanafiah.

TERKINI DARI KAKI FIRNAH! INI JAWAPAN RAFIZI RAMLI FITNAH!

TUNGGU MAHIADDIN..,

 Dari Rafizi Ramli

4 November 2022



Perikatan Nasional (PAS & BERSATU) kini cuba menjenamakan gabungan mereka sebagai bersih dari rasuah. 


Kononnya UMNO/BN telah rosak akibat rasuah dan PKR/PH pula akan menyebabkan Melayu hilang kuasa kerana ada DAP.


Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “those who live in a glass house should not throw stones”. Maksudnya kalau kita pun banyak kayap, jangan bising pasal kayap orang lain.


Bila kempen bermula secara rasmi esok, saya akan usahakan bukti-bukti untuk meyakinkan pengundi-pengundi (terutamanya Melayu) bahawa PN ini hanyalah serpihan UMNO yang mabuk kuasa. Rekod 33 bulan mereka bersama kerajaan juga buruk dalam bab-bab tata kelola kewangan negara. 


Saya yakin banyak penyokong UMNO/BN yang akan setuju dengan saya.


Tunggu sidang media mingguan saya hari Isnin, 7 November 2022 mengenai perkara ini. 


Dalam nada Zahid Hamidi, “PN/Muhyiddin, you are next”.


Anwar Ibrahim Di Tambun Perak Hari Ini

CLARE SAHKAN HADI BAYAR RM1.4 JUTA- TAKIYUDDIN SILA TUNJUKKAN BUKTI JIKA TIDAK BETUL


 



     CONTOH CEK YANG DIBAYAR





INI SURAT CONTOH SURAT.. ....SUMBER KAMSIAH HAIDER.

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/r4su4h-rm14-juta-setel-kes-sarawak.html
https://wrlr.blogspot.com/2022/09/r4su4h-rm14-juta-setel-kes-sarawak.html


Ustaz Ridzwan Abu Bakar: Hadi Awang Berkata Parti DAP Perjuangkan Komuni...

NASIHAT IKHLAS UNTUK ORANG-ORANG UMNO YANG SEDANG MARAH DAN KECEWA

 

Ketika ini ramai pemimpin UMNO dan UMNO bahagian sedang marah dan kecewa kepada pucuk pimpinan parti susulan pengumuman calon pada 1 November lalu.

Kemarahan dan kekecewaan mereka didorong pelbagai sebab, antara yang utama – tak dipilih sebagai calon, nama yang dicadangkan UMNO bahagian tidak diterima sebagai calon, calon yang dinamakan adalah “payung terjun” daripada luar UMNO bahagian atau negeri dan kerusi diserahkan kepada parti komponen BN yang lain.

Oleh kerana UMNO merupakan parti yang bersifat tempatan atau kawasan dan pemimpin parti peringkat bahagian adalah mereka yang biasanya dipilih sebagai calon pilihan raya, meletakkan calon luar memang merupakan perkara yang sukar diterima.

UMNO tidak sama dengan parti lain seperti PKR, Pas atau DAP misalnya di mana mereka amat terbuka dan tiada masalah menerima kehadiran orang luar sebagai calon pilihan raya.

Jika perkara itu berlaku di satu atau dua kawasan, ia mungkin boleh diselesaikan dengan mudah, misalnya dengan pemimpin yang tak terpilih itu dijanjikan lantikan Senator, dipindahkan bertanding di DUN, diberi jawatan dalam GLC atau dihulur kontrak perniagaan yang lumayan.

Namun, dalam PRU15 ini, jumlah yang digugurkan itu bukan saja ramai, bahkan melibatkan mereka yang berjawatan menteri, timbalan menteri dan mengetuai UMNO peringkat negeri.

Begitu juga dengan calon “payung terjun” dan meletakkan orang luar sebagai calon, jumlahnya juga ramai dalam PRU15 kali ini.

Selain itu, ada juga kes di mana kerusi milik UMNO diserahkan kepada parti komponen, walaupun UMNO bahagian sejak bertahun-tahun gigih menambah pengundi dengan harapan itu kekal menjadi milik mereka.

Terdapat juga UMNO bahagian yang menuntut sesuatu kerusi itu diserahkan kepada mereka meletakkan calon berdasarkan perubahan suasana politik sejak 2018 lalu.

Namun, apa yang berlaku, banyak tuntutan itu tidak dilayan oleh pucuk pimpinan parti dan mereka ketika ini sedang menahan marah serta kecewa seolah-olah suara mereka tidak didengari.

Di media sosial, luahan kemarahan dan kekecewaan itu terpapar dalam bentuk gambar, berita dan video yang kini tersebar luas dan menjadi perbualan ramai di seluruh negara.

Persoalannya, apakah yang patut dilakukan oleh orang-orang UMNO yang sedang marah dan kecewa itu?

Satu perkara yang orang-orang harus sedar ialah pucuk pimpinan parti secara jelas dan nyata telah memperdaya mereka dalam hal ini.

Ketika sokongan mereka amat dikehendaki bagi sesuatu perkara, seperti untuk menangguhkan pemilihan, meminda perlembagaan dan menggesa dipercepatkan PRU15, berdegar-degarlah pemimpin atasan mengatakan UMNO ialah sebuah parti akar umbi.

Dan disebabkan apa yang dihajati itu berjaya menjadi kenyataan, mereka kemudiannya secara terbuka memuji ahli akar umbi dan mahu kedudukan UMNO sebagai parti yang ditunjangi oleh akar umbi hendaklah sentiasa dipertahankan.

Buat seketika, kembanglah hati ahli-ahli UMNO bawahan seluruh negara seolah-olah merekalah penentu hala tuju parti.

Malangnya, apabila tiba memilih soal calon pilihanraya, suara akar umbi langsung diketepi dan dibakulsampahkan.

Kenapa tuntutan UMNO bahagian agar calon sedia ada dikekalkan tidak didengari?

Kenapa suara akar umbi yang menyenaraikan calon-calon pilihan untuk dipertimbangkan senang-senang diketepikan, sebaliknya calon yang tidak tersenarai dijadikan pilihan?

Kenapa suara akar umbi yang mahu anal tempatan sebagai calon turut tidak didengari dan calon “payung terjun” daripada negeri berjauhan yang diletakkan?

Begitu juga dengan tuntutan agar sesuatu kerusi itu dikekalkan sebagai milik UMNO atau kerusi yang lain ditukar menjadi milik UMNO berikutan situasi yang dirasakan lebih mudah untuk menang, juga tidak dipedulikan?

Suara akar umbi atau keputusan pimpinan atasan yang mendasari pemilihan calon?

Atas semua kejadian yang membuatkan pemimpin, ahli dan orang UMNO marah serta kecewa itu, dinasihatkan janganlah dibiarkan kemarahan itu berpanjangan sehingga merosakkan jiwa dan kehidupan.

Ambil masa untuk bertenang dan berfikir dengan matang, yang penting jangan dibenarkan calon luar daripada bahagian, calon bukan pilihan bahagian, calon “payung terjun” dan calon parti komponen yang tidak disukai itu menikmati kemenangan.

Sebagai pengajaran, pastikan semua mereka itu kalah dan kecundang supaya dalam PRU seterusnya nanti, kerusi-kerusi itu dapat diambil semula sebagai hak akar umbi yang selama ini berjuang siang dan malam untuk parti.

Kalau calon berkenaan menang, maka teruslah mereka bertanding lagi di situ dan melopong teruslah suara akar umbi untuk mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Kalahkan mereka kali ini supaya pimpinan atasan akhirnya sedar suara akar umbi tetap berbisa dalam UMNO. – ShahbudinHusin 04/11/2022.

ANWAR- MANA BUKTI SAYA BERPAKAT DENGAN UMNO-KAMU ITU ORANG BERJUBAH, BERAGAMA, TAPI KAMU FITNAH.SAYA TAK PERNAH DATANG SUJUD PADA UMNO


 

MAHFUZ- PAS BANYAK MAIN ISU PERKAUMAN SETELAH BELAJAR DAN BERBAIK DENGAN UMNO


 

BILA PARLIMEN AMPANG JADI MILIK MCA- MACAI UMNO BOIKOT


 

MCA BOIKOT CALON MIC PARLIMEN BATU


 

Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Jelajah Mega Harapan Kedah Di Alor Setar

Mat Sabu: Ucapan Penuh Jelajah Mega Harapan Kedah Di Alor Setar

KESIAN BUDAK MUSLIMAH NI...BAGUIH DIA DOK PEKENA WALAUNS....TETIBA BEKAS CEO TABUNG HAJI TANYA SOKLAN.,..KEH..KEH....


 

PM ke 10: Anwar mendahului 5 calon lain




 Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 esok, kajian menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di hadapan sebagai pilihan utama rakyat Malaysia untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10.


Kajian yang dibentangkan oleh Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman itu mendapati Anwar mendahului senarai berbanding calon calon lain.


"Datuk Seri Anwar mendahului kedudukan sebanyak 29.6% melebihi tokoh-tokoh lain. Dapatan ini adalah hasil Survei Mood Rakyat Malaysia Menjelang PRU15 yang dijalankan oleh IDE bermula pada 21 – 28 Oktober 2022, melibatkan 2,423 responden seluruh parlimen Semenanjung Malaysia


"Tempat kedua adalah Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan Perdana Menteri sementara dengan peratusan, 25.9% mendahului Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Dr Redzuan dalam satu kenyataan.



Dapatan kajian seterusnya adalah mengenai keterujaan rakyat Malaysia untuk membuang undi pada PRU 15 yang mencapai 81% di Semenanjung, berbanding peratusan rendah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor sebelum ini.


Hal itu, kata Redzuan, akan memberi keputusan berbeza dengan mengambil kira mood keluar mengundi yang dikaji pada PRU 2018 lalu, iaitu pada 80% tetapi yang keluar mengundi 83% dan mempengaruhi keputusan PRU 14.


Dalam tinjauan kajian, kata beliau, masih terdapat sejumlah besar pengundi Atas Pagar yang belum membuat keputusan.


Hal itu katanya akan menjadi sangat menarik kerana parti parti yang bertanding akan berkempen untuk meraih sokongan golongan berkenaan.


"Survei yang dijalankan oleh IDE mendapati 29.2% pengundi masih belum membuat keputusan untuk memilih parti yang akan diundi dalam PRU 15 pada 19 November 2022 akan datang.


"Oleh itu, golongan ini adalah golongan ‘atas pagar’ yang mengundi berdasarkan sentimen, isu, calon dan perkembangan politik semasa. Golongan ini tidak terikat sebagai pengundi tegar parti dan kewujudan golongan ini amat besar dalam PRU kali ini. Golongan ini akan menjadi penentu, khususnya dalam pertandingan sengit 3 penjuru atau lebih," katanya.



Selain itu, IDE juga mendapati satu kelompok yang menegaskan mereka hanya akan membuat keputusan pada hari mengundi. Kelompok tersebut mewakili 19% dan trend tersebut agak tinggi berbanding dalam siri PRU sebelum ini.


"Generasi muda khususnya golongan Undi 18 dan pengundi 30 tahun ke bawah adalah majoriti pengundi yang kebanyakannya membuat keputusan seminggu sebelum pengundian (11.1%) dan pada hari pengundian (19.0%)," katanya lagi.


Kajian berkenaan dilakukan oleh IDE bermula pada 21 – 28 Oktober 2022, melibatkan 2,423 responden dari 165 parlimen di Semenanjung Malaysia.