MACAMANA PRESIDEN NAK JADI PM KALAU MASUK BERTANDING PUN BERSEKUTU DENGAN BERSATU? MUHYIDDIN NAK KA JADI TIMBALAN ? MUSTAHIL.....




Dulu bila di tanya kenapa tak laksanakan ruu355, mereka kata PAS minoriti, kalau nak hudud di laksanakan di bumi Malaysia, enta semua kena undi PAS, tuan guru jadi calon perdana menteri.

Tapi realitinya masuk bertanding pun bersama Bersatu yang mana calon perdana menteri nya adalah Abah Pdf, celah mana Duta nak jadi perdana menteri.

Tup tup dengar pula hanya sasar 30 kerusi sahaja untuk PRU15, kalau 30 kerusi hudud pasti akan ke laut. Itupun boleh clash sesama bersatu 5 kerusi.

Padan mereka duk meratib nak main 2 kolam, takut sangat hilang jawatan menteri, itu sahaja matlamat mereka di dunia. Tapi bila dah dapat jawatan bukan reti apa pun.

Saya lagi suka kalau PAS bersama dengan UMNO, dan kalau ini terjadi Bersatu akan hilang deposit dan PH sangat tinggi berpeluang menjadi kerajaan. Sebab apa? Siapa yang bersama dengan parti lebai pasti akan kalah. Sebab itu dari zaman barisan Alternatif sampai ke pakatan rakyat tak pernah menang, lepas lebai keluar dari PR, terus PH boleh bentuk kerajaan sebab tak ada penunggang agama di situ.

IMPEACH

 






IMPEACH

1. Ada orang tanya saya, apa maksud IMPEACH dalam kes Zahid Hamidi, kes Yayasan Akal Budi (YAB).

2. Nak jawab soalan tu, kita kena tuition balik. Hari tu saya ada katakan. Dalam setiap kes jenayah, tanggung jawab Pendakwa nak buktikan setiap elemen jenayah dah dipenuhi.

3. Contoh, elemen jenayah bagi kes RASUAH ada dua. Satu, Orang Kena Tuduh (OKT) terima duit rasuah. Keduanya, OKT punya kuasa dan pengaruh untuk bagi apa yang pemberi rasuah nakkan. Contohnya, nak dapat projek Kerajaan.

4. Bagi buktikan kedua2 elemen ni, Pendakwa perlu masukkan Bukti dan juga Saksi, yang KREDIBEL.

5. Kredibel ini bermaksud, yang Mahkamah boleh percaya katanya. Ia bercakap benar jua. Takde dolak dalih atau pusing2 kata. Walau pun kena sergah dengan Peguambela.

6. Ok, adakalanya saksi Pendakwa tetiba putar belit dalam kandang saksi. Dulu dia cakap A sekarang dia cakap B. Dulu keterangan dia bagi kes kuat, sekarang dia buat kes jadi koyak. Tu orang gelar saksi kita “turn turtle”. 180 degree berputar.

7. Makanya, kalau itu berlaku, Pendakwa boleh minta prosiding IMPEACH atau mencabar balik saksi. Ini dibuat dengan mengingatkan dia kembali apa yang dia cakap. Dan minta dia jelaskan kenapa sekarang sudah berputar. Kalau dia tak boleh nak jelaskan, Mahkamah akan tolaklah keterangan dia. Sudah jatuh tak kredibel.

8. Dalam kes Yayasan Akal Budi, kita semua tahu Pendakwa dah buktikan kes prima facie. Maknanya kes dah lekat dan OKT kena bela diri. Kalau ZH tak bela diri, Mahkamah boleh jatuh hukum sudah. Kes dengan 47 pertuduhan jenayah: 8 kes rasuah, 27 pecah amanah dan 12 AMLA. Punya banyak.

9. Sekarang, ZH dan lawyernya sedang bersilat di Mahkamah. Peringkat bela diri dengan katanya nak

panggil 40 saksi. Ada satu saksi yang diaorg panggil. Seorang kontraktor bernama Jefri.

10. Jefri kata ZH suruh dia buat masjid bernilai RM9.9juta menggunakan duit YAB. Pendakwa bagitau Mahkamah, dia dulu sembang lain. Depan SPRM keterangan seperti dia menyalahkan ZH pula. Bila ditanya, dia kata dia tak ingat apa dia cakap ketika dengan SPRM tu. Nampak berbolak balik di situ.

11. Makanya, Pendakwa minta pada Mahkamah nak IMPEACH atau cabar Jefri ni. Mahkamah benarkan jua. Makanya 31 Okt ni ditetapkan buat prosiding ini. Ia akan dibuat secara “bicara dalam bicara” atau bahasa latin panggil “VIOR DIRE”.

12. Kalau Pendakwa berjaya cabar kredibeliti saksi ZH ni, makanya keterangannya akan dibuang. Koyak sikit la peluang bela diri ZH. Nak lepas kes tu akan sikit kelam. Melainkanlah dia ada lagi stok saksi lain yang power rangers. Itu saya kupas lain kali pula.

13. Tu sebab saya pesan semalam kan, jadi saksi tipsnya, stick to the truth. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Kalau pusing2 kata dan turn turtle, nescaya kena akhirnya.

14. Kena IMPEACH ni nanti lagi haru. Silap2 haribulan Mahkamah boleh dapati anda menipu. Karang OKT tak sempat ke dalam, anda yang ke dalam dulu Description: 🤦🏻‍♀️

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

Siang jadi isteri, malam jadi gundik?

 

Muhyiddin Yassin kata Abdul Hadi Awang kata (sila rujuk artikel saya semalam), PAS “dalam tempoh terdekat akan buat keputusan muktamad ‘to cut off ,they will have nothing to do with Umno’”. Menurut Muhyiddin, begitulah “gambaran” yang diberikan presiden PAS itu kepadanya dalam pertemuan tempoh hari.

Bukan menganggap Muhyiddin tersalah tafsir. Bukan menuduh beliau dan juga Hadi tidak bercakap benar atau tidak menceritakan kisah lengkap, cuma ingin bertanya adakah PAS akan melakukan apa yang Muhyiddin kata PAS akan lakukan? Perlu diingat, Muhyiddin tidak berkata PAS dalam waktu terdekat akan buat keputusan muktamad – sama ada nak pilih Umno atau Bersatu. Tidak beliau berkata demikian.

Sebaliknya, Muhyiddin mengumumkan gambaran yang diberi kepadanya oleh Hadi ialah PAS dalam tempoh terdekat akan buat keputusan muktamad untuk putus hubungan dengan Umno. Noktah. Sekali gus, PAS tidak akan “ada kena-mengena” lagi dengan Umno. Itu kesimpulan Muhyiddin dengan jelas dan yakin.

Persoalan sama ada itu yang akan PAS lakukan, saya timbulkan berdasarkan realiti dan situasi politik tanah air serta pilihan yang ada pada PAS masa kini.

“Saya tidak yakin PAS akan tolak Umno begitu saja. Masalah 27 kerusi kritikal bermain dalam kepala PAS,” kata Mohd Sayuti Omar, penulis politik yang mengikuti perkembangan PAS lebih 50 tahun.

Kerusi kritikal yang Sayuti maksudkan ialah kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, dan Sabah. Peratus pengundi Melayu di kawasan berkenaan dianggarkan 50% hingga 60%. Semua kerusi itu dimenangi Pakatan Harapan menerusi calon PKR, Amanah, dan DAP pada PRU14.

“Kalau masalah kerusi kritikal tidak diselesaikan, harapan untuk menang pada pilihan raya akan datang sukar,” kata Sayuti. Kata beliau lagi, PAS akan terus berusaha “menggunakan alasan perpaduan ummah untuk berbaikkan Umno dengan Bersatu”.

Menurut Sayuti, PAS “sangat memahami” jika Umno dan Bersatu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan antara mereka di 27 kerusi kritikal itu, “harapan kelompok bernuansa Melayu-Islam menang tidak akan tercapai”.

Bagi Sayuti, gara-gara 27 kerusi yang dikategorikan sebagai kritikal itu menyebabkan Umno, PAS, dan Bersatu “seperti sedang meroyan” dan ketiga-tiganya masih tercari formula terbaik untuk mengatasi masalah itu.

Walaupun mendakwa semua dibuat atas landasan perpaduan ummah “demi bangsa dan agama”, hakikatnya seperti kita semua maklum, tujuannya ialah untuk menang pilihan raya, meskipun bak kata Sayuti, dasar itu boleh dilihat bersifat “rasis” dalam konteks masyarakat Malaysia. Namun, itu modal besar PAS.

Kita kerap diberitahu akar umbi PAS dan Umno mahu parti mereka berbaik-baik demi perpaduan saudara seagama. Namun bagi saya, PAS dan Umno semasa menubuhkan Muafakat Nasional (MN) pada 2019 percaya, malah yakin, kemenangan PRU15 akan mereka perolehi, jika kedua-dua parti bersatu. Kalau tidak bergabung, bekerjasama paling tidak.

Tetapi, saya berpendapat PAS lebih selesa duduk dalam gabungan yang dianggotai Bersatu. Lantas, Perikatan Nasional (PN) kerana parti pimpinan Muhyiddin lebih “mudah” atau lebih “lembut” apabila soal agihan kerusi dibincangkan, berbanding Umno yang pasti akan “keras kepala” dan tidak berganjak apabila membuat tuntutan.

Dari sudut lain, PAS bersama Umno dalam MN akan menyaksikan Umno dominan. PAS bersama Bersatu dalam PN, PAS lah dominan.

Selepas pertemuan Muhyiddin dan Hadi pada 26 Sept lalu, presiden Bersatu itu memberitahu: “Kita (maksudnya Bersatu dan PAS) bersetuju rundingan kerusi untuk PRU15 dimuktamadkan segera. Ini akan disegerakan, maknanya sudah sampai tahap pembahagian kerusi.” Ertinya semua sudah atau hampir beres. Begitu?

Ertinya, soal siapa bertanding di mana digunakan sebagai “bargaining chip” untuk Bersatu dan PAS mencapai matlamat masing-masing.

Berbalik kepada soalan adakah PAS akan meninggalkan Umno seperti yang Muhyiddin faham gambaran yang diberikan Hadi kepadanya?

Kata Sayuti, PAS “benar-benar jadi ‘mediator’ untuk selamatkan keadaan.” Saya melihat “selamatkan keadaan” ialah “selamatkan diri sendiri”. Apa pun, bagi Sayuti, dalam keadaan tertentu, PAS sedia membahagi-bahagikan dirinya untuk Umno dan Bersatu. “Siang jadi isteri (kepada Umno), malam jadi gundik (kepada Bersatu),” kata beliau.

Lagi satu persoalan penting, kata Sayuti: “Pokoknya, sejauh mana Umno dan Bersatu meyakininya (mempercayai PAS)?”

Seorang pemerhati politik – cukup berpengalaman yang pernah terbabit dalam percubaan mendamaikan Umno-PAS ketika kedua-dua parti itu berperang sengit pada 1990-an melontar pendapat sinis: “Elok semua parti Melayu duduk dalam bumbung teguh. Adakan tiga jawatan timbalan perdana menteri. Parti menang kerusi terbanyak dilantik perdana menteri.” Tetapi kata beliau lagi: “Kena buat perjanjian bertulis.”

Jika saya boleh mencelah – Persoalan yang timbul, adakah ini hanya membabitkan PAS, Umno, dan Bersatu? Bagaimana pula Gerakan Tanah Air yang juga berwajah Melayu-Islam?

Namun, menempatkan semua parti Melayu bawah satu bumbung akan menyaksikan “segregation”, yakni “kami” orang Melayu dan “mereka” orang bukan Melayu. Melayu di sebelah pihak, orang bukan Melayu di satu pihak lain (yang pasti ada juga orang Melayu-Islam bersamanya).

Mengambil kira peranan (kuasa?) Sabah dan Sarawak sebagai penentu siapa boleh bentuk kerajaan pusat, formula itu pada hemat saya, tidak akan mengukir kejayaan. Sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat.

Maka, mungkin “terpaksalah” PAS meneruskan peranan (meminjam kata-kata Sayuti) siang jadi isteri, malam jadi gundik. Besar pengorbanan itu.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

FUHHHH.....ZAHID HAMIDI KATA JANGAN SERANG PAS...TEMPOH GENCATAN...JANGAN MAT SAID.NANTI MU DICOP KAPIR ..KAH...KAH..KAH....PAS NI ADA SATU TUGU KUAT DI MARANG SANA...KALAU BAWA IA SEBAGAI POSTER TU.....TOBAT LAHOM UMNO BOLEH MENANG...HUDUD..RUU355...ADALAH JIHAD KAMI.BUAT KONSERT ..KAMI TAK DAK KUASA.

 

BN pertaruh bekas MB jadi ‘poster boy’ dalam misi rampas Terengganu dari PAS



BN Terengganu memilih Ahmad Said sebagai ‘poster boy’ dalam usaha gabungan itu merampas kerajaan negeri daripada PAS pada PRU15. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Terengganu mempertaruhkan bekas menteri besar, Ahmad Said sebagai “poster boy” dalam usahanya merampas kembali tampuk pemerintahan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Umno negeri, Rozi Mamat berkata, ketua Umno Terengganu itu akan dilantik sebagai menteri besar, jika BN berjaya menawan kembali Terengganu.

“Kita tidak boleh ada calon banyak-banyak, nanti celaru. ‘Poster boy’ kita, kepala kita, ‘jeneral’ (perang) kita ialah Ahmad Said dan kita putuskan beliau saja akan jadi ‘poster boy’ BN,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, BN Terengganu akan bergerak solo pada PRU15 dan yakin dapat memenangi 16 hingga 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

“Kalau kita buat keputusan bertanding solo, maknanya kita yakin menang, kalau kita tak yakin, kita tak akan buat keputusan.

“Kalau kita dapat 16 atau 17 daripada 32 kerusi DUN, kita sudah boleh memerintah. Walaupun PRU lepas kita lawan PAS yang bergerak solo, kita hanya menang 10 DUN dan dua Parlimen. Kita pernah kalah 28 DUN dan kita boleh menang kembali 28 DUN sebelum ini.”

Beliau merujuk keputusan PRU 1999, di mana BN Terengganu tumpas kepada PAS di 28 DUN, namun ia berjaya merampas semula 28 kerusi pada PRU 2004 dan menubuhkan kerajaan negeri.

Rozi menyuarakan keyakinan itu kerana mendakwa sejak PAS kembali menjadi kerajaan pada 2018, banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

“Kita BN, dulu masa jadi kerajaan pun ada kelemahan, tapi kita boleh beri perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, jika BN kembali mentadbir. Banyak isu yang gagal diselesaikan, tapi kami tak mahu dedahkan semua, sebab itu strategi kita.”

Katanya, BN Terengganu tidak ketandusan calon untuk dipertaruhkan dalam PRU15 memandangkan barisan kepimpinan negeri yang ada hari ini 80% muka baharu.

“Paling penting kepada kita Terengganu, kita ambil pendekatan calon diterima rakyat dan calon boleh menang,” katanya.

Kerajaan negeri BN pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman tewas pada PRU14, dengan hanya memenangi 10 DUN dan dua Parlimen berbanding PAS yang selesa menguasai 22 DUN dan empat Parlimen.

BAROKAH KERAJAAN MELAYU ISLE


 

PEMUDA PAS TENGOK FAKTA, PEMULIHAN TH ERA PH

KALAU CAKAP INGGERIS PUN TERUK BAIK TAK PAYAH...BANYAK YANG TERUK DARI YANG BAIK

 

W.FAUDZIN

Rakyat tak peduli ko nak ckp bahasa apa pun kat sana. Nak guna bahasa orang Bera pun orang tak kisah. Guna lah bahasa apa sekali pun tapi kalau memerintah dan urus negara pun tak pandai, ekonomi jatuh, nilai mata wang jatuh, harga barang keperluan asas pun mahal, penganggur bertambah, pelabur pun tak masuk, apa guna ko bangga ko cakap melayu kat sana? Pemimpin jepun tu dah bertahun cakap jepun kat PBB, ada dia kecuh? Cakap Jepun tapi negara dia maju. Ko cakap melayu tapi negara lebih teruk dari vietnam...




Gobind Singh Deo: Ramai Tanya, Singh 22 Bulan Apa U Orang PH Buat? Saya ...

Nik Nazmi: PAS Sekarang Main 2 Kolam, Hari Ini Dia Dengan UMNO, Esok Dia...

Siti Aishah: Ada 3 Group Dalam UMNO, Group Perasuah, Group Kerajaan Gaga...

GEMPAR TERKINI🔥 SENTIMEN RAKYAT BERUBAH? PKR PELUANG BESAR ?

CARA BIASA BILA YB MOHON BANTUAN

 



W.FAUDZIN


Owhh..permohonan biasa? Maksudnya bagi lebai perkara biasa amalan begitu? Seorang wakil rakyat boleh guna kemudahan kerajaan untuk urusan keluarga, pada perspektif Pas adalah "perkara biasa"? Itu cara ulamak pewaris Nabi?

Kalau camtu, rakyat Kelantan boleh dah campak Pas ke sg golok pada PRU15 nanti.

 

𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗜, "𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔"

 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗜, "𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔"

- Rafizi Ramli
𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 2
Bukan shj memahami Data 𝗞𝗨𝗔𝗡𝗧𝗜𝗧𝗜𝗙, Pengurus Kempen Lapangan Keadilan juga perlu ada ilmu bagi memahami Data 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗔𝗧𝗜𝗙 menurut Rafizi Ramli.
Kata beliau 𝗕𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗜𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗜𝗔𝗡
𝗗𝗜𝗧𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔.
Oleh itu Keadilan (PKR) tidak boleh berkempen syok sendiri sebaliknya memahami kaedah kempen yang berkesan dan paling hampir kepada sentimen Rakyat di bawah.
- Zus Din
280982022
0:00 / 11:47
10
3 shares

Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan

 

Pemindahan kira-kira RM60.6 juta ke dalam akaun peribadi Bank AmIslamic Datuk Seri Najib Razak pada 2011 sebenarnya adalah sebahagian daripada ‘hadiah’ yang dijanjikan sebanyak AS$100 juta yang dibuat oleh keluarga diraja Arab Saudi, dakwa peguam bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed berkata demikian ketika perbicaraan anak guamnya berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut MalayMail.

Beliau menyoal balas Pengurus Bank AmIslamic cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-37 dan bertanya kepadanya mengenai wang berjumlah lebih RM60.6 juta yang masuk ke akaun AmIslamic Najib dengan nombor akaun berakhir 9694 melalui dua transaksi sebanyak RM30,449,929.97 pada 24 Februari 2011 dan RM30,179,909.46 pada 14 Jun 2011.

Memetik laporan akhbat berbahasa Inggeris itu, Wan Aizuddin mengemukakan kepada mahkamah sepucuk surat bertarikh 1 Februari 2011 yang didakwa ditandatangani oleh Saud Abdulaziz Al-Saud dan ditujukan kepada Najib.

Beliau juga membacakan keseluruhan surat itu, termasuk bahagian di mana pengirim memberitahu Najib: “Memandangkan persahabatan yang telah kita bina selama ini dan idea baharu anda sebagai pemimpin Islam moden, saya dengan ini menghadiahkan anda sejumlah Dolar Amerika Syarikat Seratus Juta (AS$100,000,000) Sahaja (“pemberian”) yang akan dihantar kepada anda pada masa dan dengan cara yang saya anggap sesuai”.

Aizuddin: Sekarang melihat surat ini, 1 Februari 2011, apa yang orang ini katakan pada dasarnya, dia menghantar wang berjumlah AS$100 juta, ini yang tertulis dalam surat itu, ya? Adakah anda bersetuju?

Uma Devi: Ya.

Wan Aizuddin cuba mencadangkan dua transaksi berjumlah RM60.6 juta pada 2011 adalah sebahagian daripada ‘hadiah’ yang dijanjikan AS$100 juta, tetapi Uma Devi menjawab bahawa dia setakat ini, tidak dapat membuat kesimpulan atau pengesahan sedemikian hanya berdasarkan dokumen yang ditunjukkan kepadanya.

Aizuddin: Dan berdasarkan penyata akaun dan dua transaksi yang saya tunjukkan kepada anda bersama-sama dengan dokumen SWIFT, anda akan bersetuju dengan saya, ada kemungkinan atau lebih tepat kesimpulan yang tidak dapat dinafikan bahawa ini akan menjadi sebab mengapa wang itu dihantar – ia adalah pemberian peribadi, itu derma?

Uma Devi: Saya tidak boleh membuat kesimpulan dengan cara itu, kerana pertama sekali, jumlahnya berbeza. Dan saya tidak pasti sama ada ini telah diberikan kepada bank sebelum urus niaga… jadi saya tidak boleh membuat kesimpulan bahawa, saya tidak boleh mengesahkannya.

Wan Aizuddin kemudian mencadangkan sekiranya surat itu dilihat oleh kakitangan AmBank, bank itu akan sedar bahawa RM60.6 juta yang dihantar ke akaun Najib pada 2011 “sebenarnya dari Arab Saudi dan sebenarnya sebahagian daripada pemberian yang telah dijanjikan oleh keluarga diraja Saudi”. Tetapi Uma Devi menjawab: “Saya tidak tahu”.

Antara lain, surat yang didakwa bertarikh 1 Februari 2011 kepada Najib mengenai ‘hadiah’ AS$100 juta menyatakan:

“Surat ini dikeluarkan sebagai tanda niat baik dan untuk penjelasan, saya tidak menjangkakan akan menerima sebarang faedah peribadi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung akibat daripada pemberian tersebut.

“Hadiah itu tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai satu perbuatan rasuah kerana ini bertentangan dengan amalan Islam dan saya secara peribadi tidak menggalakkan amalan sedemikian dalam apa cara sekalipun.

“Ini hanyalah tanda penghargaan peribadi dan saya berharap pemberian ini akan menggalakkan anda untuk meneruskan kerja baik anda untuk mempromosikan Islam di seluruh dunia.”

Wan Aizuddin tidak menyatakan siapa Saud Abdulaziz Al-Saud, tetapi merujuk kepada hadiah yang didakwa sebagai dijanjikan oleh kerabat diraja Saudi.

Perbicaraan 1MDB Najib di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.


BILA MENANG SATU HAPA PUN TARAK-TERIMA KASIH PUN TIDAK.....


SHAMSUDIN NAWAWI




Pilih Ikon ini memang pilihan masing2. Ada yang nak pilih yang dah glamour. Samada dia betul2 penuh jiwa raga menyokong kita, itu terpulang kepada tafsiran masing2.

Tapi kalau saya, saya pilih penyokong tegar piaw (piow...pure) yang di level paling bawah. Tukang pasang bendera, tukang susun kerusi meja di Dewan untuk hebatkan program. Mereka ini berapa sen sangat lah dapatnya. (Dah elok patutnya dapat ringgit, bila sampai ke dia sen saja....kena kelepek lah tu...)

Mereka ini lah pejuang tegar. Hujan panas malam gelap langsung tak gentar.

Bila kita menang, satu hapah jawatan pun dia tak dapat. Puji pun susah nak dapat.

Orang di atas tak kenal pun. Melainkan lah kalau ada yang viralkan dia.

Bandingkan lah 2 gambar dibawah tu...