MMMMM....MELINGKUP JUGA RUPANYA...
Anwar gesa audit forensik 3 organisasi berkait MIC

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa audit forensik dilakukan terhadap tiga organisasi berkaitan MIC yang didakwa menyalah guna dana kerajaan untuk membantu masyarakat India.
Tiga organisasi itu adalah Maika Holdings, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED).
“Audit forensik terhadap entiti ini harus dilakukan dan jika perlu buat inkuiri awam,” katanya selepas menghadiri program bersama masyarakat India.
Anwar yang juga presiden PKR berkata, kaum India sejak sekian lama dipinggirkan di sebalik pelbagai dana disalurkan kerajaan menerusi tiga entiti berkenaan.
“Mereka mengeluh hidup dalam kemiskinan dan akses terhad kepada pendidikan.
“(Masalahnya) Peruntukan yang diberikan kepada mereka tidak diurus dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa, berkata individu didapati terbabit dalam salah guna dana berkenaan harus didakwa.
Beliau bagaimanapun kurang yakin kerajaan akan menjalankan audit forensik untuk mengenal pasti punca dan individu bertanggungjawab terhadap penyelewengan itu.
Menurutnya, audit forensik hanya akan dilaksanakan oleh Anwar jika pembangkang membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
VIRAL- SIAPA TINGGAL DIRUMAH CANTIK INI ?
ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
Terlalu banyak
diviralkan. Siapakah yang tinggal di rumah indah ini? Clue : Car Junk
TAHNIAH ANAK TEMPATAN
SHAMSUDIN NAWAWI
Sangat bangga dengan pencapaian pemain2 bolasepak tempatan.
Mereka sudah diimport bermain di luar negara.
Hang Tuah kata Takkan Melayu Hilang di Dunia.
Tapi Hang Tuah nya entah hilang ke mana.
Ada yang kata ghaib gitu saja...
Yang tinggal ada lah perigi buta...
Haisshhhh...
KERUSI YANG MUDA INGINKAN ADALAH KERUSI PKR DAN IANYA ADALAH HAK KEADILAN UNTUK MERAMPASNYA SEMULA
Rupanya MUDA sasarkan kerusi yang disandang oleh PN... Macam tu
kira oklah kan? Tak ganggu kerusi PH. Betul ke? Salah!
Jangan lupa dalam PN terutamanya PPBM, berapa ramai pengkhianat
PH terutamanya Keadilan. Aku bagi contoh paling mudah, kerusi Gombak.
Azmin menang atas watikah Keadilan, kerusi yang diperuntukkan
untuk Keadilan, kempen pun dengan jentera Keadilan. Itu kerusi Keadilan.
Tapi sekarang, kerana Azmin lompat ke PN, kerusi itu milik PPBM.
Kalau Muda mahukan kerusi itu, boleh kita bagi? Mana boleh!
Kerusi itu mesti ditandingi semula oleh Keadilan. Itu kerusi
wajib menang. Takkan semudah tu nak serah kepada MUDA?
Pandai nampaknya nak membelit. Itu belum rasmi lagi masuk PH.
Kalau dah rasmi, habis kepala orang semua nak dipijaknya. Sebab tu jangan bagi
muka. Tolak je! Guane boh?
SEMOGA PIMPINAN PH SEDAR, BAHAWA MELAWAN DEMI MENYOKONG BUKANLAH PERCUMA.
Saya mula menulis melawan propaganda dan spin 4 tahun dulu.
Ada sekali masa saya mengandung 7 bulan, saya diganggu troll dan
cytro. Mereka gelar saya sun**l, b**i, pela**r dan segala makian lain, termasuk
laknatullah
Gambar
saya mereka sebar luas juga.
Bukan itu saja, anak saya dihina dan dikeji. Sampai ancam nak
cari mereka di sekolah. Saya nak buat report SKMM dan polis.
Tapi disekat masa tu, kononnya saya pegawai Menteri. Kena bersabar
saja. Itu cara PH memerintah dulu, baik bebenor. Tak kena gaya.
Mula dari situ, jihad saya terhadap troll bermula. Mereka ini
tidak boleh diberi muka. Nanti2 anak2 kita berperangai begitu pula.
Pada mulanya, selalu saya rasa bersendirian menghadapi mereka.
Lama2 ramai kawan yang bantu. Mereka juga hadapi tekanan yang sama. Caci maki
makanan ruji kita.
4 tahun berlalu, Alhamdullilah… saya rasakan I’m no longer
alone. Ramai yang berani ke depan, menegakkan kebenaran, propaganda dilawan.
Ramai juga yang berani guna profile sendiri. Tidak lagi bersembunyi.
Lumrah alam, the light will always defeat darkness. Hanya dengan
kebenaran kita boleh melawan kebatilan. Nampaknya ada cahaya di hujung
terowong.
Ada ramai yang DM saya untuk bagi kata semangat. Terima kasih
saya ucapkan.
Saya percaya kalau setiap rakyat Malaysia, sama2 bantu nyalakan
lilin kebenaran, maka kita boleh lenyapkan kegelapan.
Cahaya lilin tu nescaya lebih kuat untuk menerangai seluruh
negara, berbanding tenaga solar yang tak kunjung tiba. Mungkin itu jasa kita
kepada negara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
INI JANJI YANG SEHARUSNYA KITA SOKONG- BUKAN BEREBUT KERUSI, MENYONDOL DAN NAK BERKUASA TAPI APA PUN TAK BOLEH BUAT
Janji begini yang kita mahu dengar. Pembongkaran penyelewengan
sebegini bukan sahaja dedahkan siapa si pelaku, bahkan akan membela nasib
rakyat yang teraniaya (https://bit.ly/3xe3QMs).
Apatah lagi dengan Mied yang dikatakan bertindak seperti along
yang memeras ugut dan memaksa peminjam membayar hutang dengan kadar faedah yang
tinggi.
Bayangkan unit yang ditubuhkan untuk tingkatkan tahap ekonomi
rakyat, kini menjadi badan yang susahkan hidup rakyat. Yang ini perlu
diselongkar. Guane boh?
MINDA PENJAJAH YANG SEHARUSNYA TIADA LAGI DALAM GENERASI INI.
Siapa Izwan Azir Saleh ni agaknya?
Negara ini milik kita orang Tanah Melayu. British curi dari
kita. Kemerdekaan yang kita dapat adalah hak kita yang diambil oleh British.
Bukan kurniaan daripada Queen pun.
Ia macam kita ambil balik kereta daripada orang yang pakai
kereta kita. Apa yang istimewanya? Tiada! Kalau dia tak mahu pulangkan, kita
lawan secara gentlemen. Kan orang Melayu pantang dicabar?
Selama dijajah, banyak hasil kita yang dicuri oleh bangsa penjajah
ini. Mereka tak bayar pun. Malah mereka tak merdekakan kota secara mutlak.
Masih ada yang mereka kawal. Itu berjasakah? Guane boh?
PERBUALAN MALAIKAT DAN ORANG KAYA
Pak Abu seorang saudagar emas yang kaya raya dan alim telah meninggal dunia tapi dimasukan ke neraka.
Malaikat : *Berapa banyak rumahmu?*
Pak Abu : *Empat*
Malaikat :*Keretamu?*
Pak Abu : *Lima*
Malaikat : *Kau gunakan untuk apa semua hartamu?*
Pak Abu : *Saya pergi haji setiap 5 tahun sekali, umrah tiap tahun, infaq sedekah tiap hari, bahkan banyak masjid yg saya bantu membina nya.*
Malaikat : *Oke silakan masuk syurga.*
*Pak Abu berjalan dengan bergaya menuju pintu surga, tapi kemudian malaikat memanggilnya semula.*
Malaikat : *Hei Pak Abu, tunggu ada satu pertanyaan lagi.*
Pak Abu : *Apalagi yang nak ditanyakan?*
Malaikat : *Wahai Pak Abu, berapa orang isterimu?*
Pak Abu : *Cuma satu*
Malaikat : *Kenapa cuma satu?. Kamu orang kaya dan mampu, tapi cuma beristeri satu.?*
Pak Abu : *Saya takut dengan isteri saya.*
Malaikat : *Nah ini masalahnya. Kamu tidak jadi masuk syurga ... Silakan menuju neraka .. segera!!*
Pak Abu : *Kenapa? Apa salah dan dosa saya?*
Malaikat : *Takut itu hanya kepada Allah SWT. Tetapi kamu lebih takut kepada isteri. Itulah yg menyebabkan kamu dimasukan ke neraka.*
Pak Abu : *Aduh.... Kalau tau begini nyesal tidak nikah lagi.*
Allah SWT. berfirman :
*“Janganlah kalian takut kepada manusia dan takutlah kalian kepada-Ku.”*
Al Maidah : 44)
●●●●●●
😂😂😂
*Moga2 di Grup ini tidak ada yg takut dengan isterinya..🤣🤣🤣🤣🤣*
Aziz alu-alukan Anwar bertanding di Tambun tapi …..berbaloikah Tambun.....

Aziz alu-alukan Anwar bertanding di Tambun tapi …..
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr
Abdul Aziz Bari yang sebelum ini disebut bakal bertanding di kerusi
Parlimen Tambun mengalu-alukan kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding,
namun menyifatkannya sebagai tidak berbaloi.
Menurut beliau, sebagai calon Perdana Menteri,
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai standard yang tinggi untuk
bertanding di Perak.
“Saya memikirkan bakal Perdana Menteri mahu bertanding
di Tambun, memang cukup layak untuk dia bertanding.
“Tetapi pada pandangan saya harus mempertimbangkan
juga kedudukannya dalam politik untuk bertanding di sini.
“Tak akan kita nak turunkan standard dia kepada ini
kan (bertanding di Tambun), berbaloi ke?,” katanya kepada pemberita di sini
pada Isnin.
Ketua Pembangkang
Perak itu berkata, kesediaan Anwar bertanding di Perak sudah tentu memberi
kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.
Bagaimanapun katanya, belum ada
sebarang ketetapan rasmi dibuat berhubung kedudukan calon dan kerusi di situ,
setakat ini.
“Saya fikir dia (Anwar) cuma memberi maklum balas
kepada soalan pemberita sahaja.
“Dia tidak mengatakan secara rasmi akan bertanding di
Tambun, tetapi bagi kami kalau bos besar nak datang, beri kelebihan kepada
kami,” katanya, lapor Sinar Harian.
Pada 11 Ogos lalu, Anwar sedia
mempertimbangkan pelawaan PKR Perak untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15).
Antara kerusi dicadangkan termasuklah kawasan Parlimen
Tambun yang kini disandang Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain Anwar, Abdul Aziz yang kini Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tebing Tinggi turut menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi
berkenaan pada PRU15.
SOMBONGNYA TOK MAT – “SAYA TIMBALAN PRESIDEN, SUKA HATI SAYALAH BERTANDING DI MANA”
Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau
akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun
tidak menyatakan kerusi mana termasuk Rembau seperti yang
diperkatakan sebelum ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dan
Pengarah Pilihan Raya BN menegaskan kedudukan calon dan kerusi bagi gabungan
itu mahupun UMNO belum dimuktamadkan.
“Saya belum cakap pasal kerusi lagi dan Rembau
pun, saya hanya bercakap soal kesiapsiagaan jentera parti.
“Saya hanya bagi tahu akan bertanding di
peringkat Parlimen dan tiada nyatakan kerusi di mana pun. Fokus kami bincang
soal jentera dan belum lagi membabitkan soal calon dan kerusi mana.
“Saya tak pernah cakap nak
bertanding (kerusi Parlimen) di mana-mana, cuma saya bagi tahu sudah sampai
masanya untuk bertanding di peringkat Parlimen, di Parlimen mana suka hati saya
lah, saya Timbalan Presiden,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan
Mini Ekspo Keselamatan dan Kesihatan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 di
Gelanggang Bola Keranjang, Taman Elvina Hijayu 3B, Bandar Sri Sendayan, dekat
sini.
Yang turut hadir, Pengerusi
Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan selaku penganjur program, Ahmad Murshidi
Kamal.
Program dimeriahkan dengan
pelbagai aktiviti antaranya pameran agensi kerajaan, ceramah penjagaan
kesihatan dan keselamatan, jualan produk usahawan dan pertandingan mewarna
kanak-kanak.
Dalam laporan media sebelum
ini, Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin
mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.
Keputusan itu dibuat selepas
beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Mohamad yang juga Ketua UMNO
Bahagian Rembau, yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.
Dalam pada itu, Mohamad yang
juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, BN/UMNO tidak
akan mengamal dasar menetapkan calon tertentu perlu kekal di kerusi
masing-masing.
Beliau berkata, setiap negeri
akan mencalonkan nama dan kerusi masing-masing sebelum rundingan dibuat di
peringkat kepemimpinan tertinggi BN untuk menentukan dan membuat keputusan.
“Kita akan lihat siapa yang
dianggap layak dan boleh dipertimbangkan untuk kita jadikan sebagai calon.
“Kriteria utama adalah hendak
menang dan saya tiada isu berkaitan hubungan peribadi atau agenda tertentu
(dalam pemilihan calon) dan sebagainya.
“Keutamaan saya sebagai
Pengarah Pilihan Raya adalah hendak menang, bila nak menang kita kena cari
kaedah nak menang walaupun calon itu dah lama di situ (kerusi), tapi kalau dia
boleh menang, kenapa tidak (dipilih),” katanya.
PRU15: Pas tak boleh tumpang Umno di Perak . Umno reject Pas di Perak.

PRU15: Umno reject Pas di Perak
UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO akan bergerak sendirian dan kerjasama yang terjalin kini hanya sebagai rakan dalam kerajaan negeri.
“Kami bekerjasama sebagai rakan dalam kerajaan tetapi untuk pilihan raya kita pergi sendiri, muktamad,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Seri Iskandar di sini pada Khamis.
Beliau mengulas mengenai perbezaan keputusan yang diambil di beberapa negeri berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi meminda Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.
“Sidang DUN khas itu akan diadakan selepas RUU peringkat nasional diwartakan sebab kita akan gunakan Jadual Kelapan (Perlembagaan Persekutuan),” katanya, lapor Sinar Harian.
KHIANATNYA DAP DI KELANTAN
SHAHRIL SHAHRIL
Celakak sungguh DAP ni bgi tanah 30 hektar kat cina kapir di kelantan...ehh jap-
JAP kelantan DAP ke perintah...yea la kot mustahil klu kerajaan Pas Pis Pus yang
bagi kan-kan.
KITA PAKAT PAKAT LIHAT SEJAUH MANA MUHYIDDIN TAK KENA KENCING
MOHD AFFNDI ABAS
Depan ahli dalam muktamar kata tengah berunding, depan #AbahCow dia
kata tak ada rundingan….
Dr Afif gagal jaga Seberang Jaya, mahu ke Shah Alam pula?
Pengumuman ADUN Seberang Jaya yang melompat, Dr Afif Bahardin mahu bertanding di parlimen Shah Alam mahu pun Permatang Pauh merupakan langkah gelojoh dan tamak.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fahmi Zainol berkata, Dr Afif seharusnya mengukur baju di badan sendiri kerana prestasi ADUN 'melompat' itu tidak memuaskan di DUNnya sendiri.
"Mandat yang diberikan oleh pengundi Seberang Jaya kepada beliau selaku ADUN juga gagal dijaga dengan baik selepas beliau mengkhianati pengundi dengan aksi lompat dari KEADILAN ke Bersatu.
"Hakikatnya, sebagai ADUN Seberang Jaya, beliau sendiri jarang kelihatan di kawasan, malah banyak masalah kawasan beliau yang diselesaikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Nurul Izzah Anwar
"YB Nurul secara konsisten mengangkat isu-isu setempat dan berkhidmat kepada warga Permatang Pauh semenjak dipilih," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Permatang Pauh itu lagi, Nurul telah pun berjaya dalam tekad politik membasmi kemiskinan menerusi Kajian Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh, kajian pertama pasca Covid-19 di Malaysia yang membuahkan hasil sehingga Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini disemak semula mengambil kira dimensi ketersisihan lain yang turut dinyatakan dalam kajian tersebut.
Justeru, Fahmi menimbulkan sikap Dr Afif yang tidak komited dalam menjaga kawasannya dan membayangkan pula impian yang tidak pasti.
"Persoalannya siapa yang tidak komited, apabila rambang mata mencari kerusi? Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran.
"Kami yakin, pengundi Seberang Jaya dan Permatang Pauh secara keseluruhannya bijak untuk menilai berdasarkan rekod serta khidmat bakti di lapangan dan tidak berminat dengan individu yang rambang mata mencari kerusi serta gagal mengangkat mandat yang diberikan oleh rakyat," katanya lagi.







