Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta




Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta ringgit dalam penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul bin Mat Amin. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.



Clare sahkan Hadi bayar RM1.4 juta



Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengesahkan menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah. Beliau menegaskan Abdul Hadi sudahpun membuat pembayaran menerusi peguamnya Americk Sidhu.




Panas! Fahmi Fadzil akhirnya dedah taktik ‘kotor’ team Najib dalam Debat Perdana

 


Panas! Fahmi Fadzil akhirnya dedah taktik ‘kotor’ team Najib dalam Debat Perdana


Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, terdapat banyak kekangan atau ‘syarat’ yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Dakwa Fahmi yang bertanggungjawab menguruskan debat berkenaan, hampir semua kekangan itu dibuat oleh pasukan Najib.

“Ada juga yang bertanya kenapa malam itu Datuk Seri Anwar tak bincang pasal 1MDB pun. Sebab ‘team’ Datuk Seri Najib tak nak kami bincangkan, ia sudah diputuskan awal.

“Tak boleh sentuh tentang apa-apa perkara yang sedang berada dalam mahkamah, contohnya.

“Jadi ada yang kata kenapa Datuk Seri Anwar ‘did not deliver the killer blow’? Sebab malam itu kalau kita tak ikut format yang rata-rata kekangan yang hampir semua kekangan datang – tempat, format, moderator, soalan hanya boleh ditanyakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar kepada beliau, penyokong Najib kepada Najib… itu hampir semua batas-batas itu diletakkan oleh pasukan Najib.

“Sampaikan sebelum nak masuk ke dalam bilik menunggu pun Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib dipisahkan sebab pasukan Najib tak nak mereka duduk bersama. Lain macam…,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Fahmi yang juga calon Ketua Cabang Lembah Pantai bagi Pemilihan PKR 2022 hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini.

Mengulas lanjut, Fahmi berpandangan, soalan-soalan yang diajukan kepada dua figura politik itu seharusnya datang daripada orang awam dan bukannya wakil pihak masing-masing.

“Tetapi apapun bagi saya debat itu adalah permulaan yang baik. Kali terakhir kita Debat Perdana seperti ini ialah pada tahun 2008, jadi dah 14 tahun, agak lama.

“Saya harap lepas ini akan ada lebih banyak debat contohnya, antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang.

“Itu bagi saya satu acara yang sudah pasti akan sangat dinanti-dinantikan. Cuma saya harap format tidak sama dan kekangan-kekangan yang bagi saya menunjukkan rasa takut pihak sebelah sana terhadap Datuk Seri Anwar,” tambahnya lagi.

Mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan pada debat tersebut termasuk melibatkan audit forensik, Fahmi berkata, perkara itu terserah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, bagi pihak pembangkang, beliau yakin syor tersebut akan dibawa pada sesi Perliman akan datang.

“Sudah pasti akan ada yang bawa termasuk isu Forex yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib.

“Mungkin ada orang kata Ahli-Ahli Parlimen di peringkat kerajaan akan bangkitkan isu GST contohnya dan beberapa cadangan yang lain.

“Apa-apa pun saya tak makan kek… sesiapa yang nak makan kek itu jangan makan sorang-sorang,” katanya merujuk pada analogi perkongsian kek seperti yang dihujah oleh Najib pada Debat Perdana tempoh hari.


NAJIB TAK PERNAH DEDAH TERIMA BERBILION RINGGIT, JUGA TAK PERNAH TEGUR ARAHAN JHO LOW

 

Najib Razak tidak pernah mendedahkan kepada lembaga pengarah atau pengurusan 1MDB bahawa dia menerima berbilion ringgit wang milik dana kekayaan negara Malaysia itu,kata bekas ketua pegawai kewangannya (CFO).

Saksi pendakwaan ke-12, Azmi Tahir juga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini bahawa bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu juga tidak pernah menegurnya kerana mengikut arahan Low Taek Jho berhubung pemindahan kewangan daripada dana itu.

Azmi berkata demikian ketika menjawab soalan timbalan pendakwaraya, Gopal Sri Ram dalam sesi pemeriksaan semula ketika perbicaraan rasuah terhadap Najib yang didakwa menyelewengkan dana RM2.8 bilion 1MDB.

Sri Ram, menunjukkan kepada mahkamah beberapa transaksi perbankan melibatkan 1MDB dan beberapa entiti antarabangsa antara 2013 dan 2014, antaranya Granton Property Holding Limited, Tanore Finance dan Vista Equity Partners Limited (Barbados).

Granton, Tanore dan Vista Equity adalah tiga entiti yang didakwa dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, yang dikatakan sekutu kepada dalang utama 1MDB, Low Taek Jho, yang kini menjadi buruan.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa melalui aliran kewangan yang berbelit-belit dan pengubahawan wang haram, berbilion ringgit dana 1MDB telah disedut daripada syarikat itu dan dimasukkan ke akaun bank Najib, dengan normbor akaun 680 dan 880.

Azmi ketika ditunjukkan pelbagai rekod bank oleh Sri Ram, bersetuju bahawa AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke akaun bernombor 694 milik Najib antara 21 Mac dan 10 April 2013.

Saksi itu juga bersetuju dengan pendakwa raya bahawa lebih RM45 juta dana daripada 1MDB masuk ke akaun bernombor 880 milik Najib melalui lima bahagian antara 23 Okt dan 19 Dis 2014.

Sri Ram: Adakah dalam mana-mana pertemuan antara kamu dan dia (Najib) ketika dalam pengurusan (1MDB) atau dengan lembaga pengarah, adakah dia mendedahkan dia menerima wang ini?

Azmi: Tak pernah.

Ketika menjawab beberapa soalan Sri Ram, Azmi berkata dia tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada 1MDB sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai CFO dari 2012 hingga 2017.

Saksi itu juga bersetuju dengan DPP bahawa Najib tidak pernah bersemuka dengannya kerana mematuhi arahan Low berhubung pemindahan dana daripada 1MDB.

Sri Ram: Adakah Najib pernah menegur anda kerana melakukan ini (ikut arahan Low)?

Azmi: Tak pernah.

Sebelum ini, Azmi memberi keterangan bahawa dia mengikut arahan Jho Low kerana percaya ahli perniagaan itu mewakili Najib.

Pasukan pembelaan Najib sebelum ini berhujah bahawa tertuduh tidak tahu mengenai salah laku dalam 1MDB, dan penyelewengan itu didalangi oleh Low dan anggota pengurusan lain, termasuk Azmi.

Sebaliknya, pihak pendakwaan mendakwa bahawa kesalahan dalam 1MDB dilakukan Jho Low dan di bawah kuasa Najib.

Prosiding di hadapan Sequerah diteruskan petang ini dengan pasukan pembelaan meneruskan pemeriksaan balas terhadap bekas setiausaha syarikat 1MDB Lim Poh Seng, yang merupakan saksi ke-18 pihak pendakwaan.

Perbicaraan itu juga dijadualkan berlansung esok hingga Khamis minggu ini.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Selain merupakan bekas perdana menteri dan menteri kewangan, Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB.


BAJET UNTUK TERMINAL BAS PUN TAK ADA KAH ?




MAN TOBA

Baget untuk terminal bas kekal tu pak pak lebai dah kekah dah weii. Jangan ingat lebai tak pelahap duit. Balak dia serakah tak ingat alam. Bekalan air dia hantar air selut . Jalanraya berlobang usah citala. Inilah negeri diperintah pak lebai pelahap.



 

RM MAKIN MERUDUM

 

HALIM HUSIN


Dengan USD semakin menaik berbanding RM; kenaikan interest rate diUS akan mengakibatkan Malaysia juga menaikkan interest ratenya (2% naik dalam minggu lepas dan dijangka naik lagi dalam tahun ini sekurang kurangnya 2 kali lagi); dengan India dah mula tidak mengeksport gandum kerana kebimbangan ketidakcukupan dinegara sendiri....


Import barang makanan Malaysia 62% dari keseluruhan makanan yg kita makan, kita akan menghadapi tekanan yang amat tinggi pada masa kini dan akan datang ...Kepada sesiapa yang ada tanah, silalah tanam apa sahaja tanaman yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada import, hatta kangkung didalam pasu pun akan mengurangkan belanja anda sebanyak beberapa ringgit dipasar...


May be an image of text

MACAM ERA 70AN

 

MAN TOBA


Negeri lain terminal bas ruang menunggu mcm tunggu fligh. Dalam ekon lagi. Apa kerajaa islei Pas ni tersangkut di era 70an ke camna? Bina gaya 70an. Payment gaya Najibah.



May be an image of 2 people and text


5G KERAJAAN BN TAK MENJADI BERI KE KRONI?

 5G kerajaan BN tak menjadi beri ke kroni?

AZMIN ..KENAPA FDI NEGARA TERUK ?

 




KEH...KEH...KEH....MACAM INI PUN BOLEH DILANTIK DUTA

 


Lantikan Tajuddin adalah ‘musibah, memalukan’, kata bekas diplomat



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata cara Tajuddin Abdul Rahman menangani perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu mencerminkan kredibiliti Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

PETALING JAYA: Seorang bekas diplomat menyifatkan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia ibarat “musibah”, susulan ahli Parlimen Pasir Salak itu dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.

Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata, penerangan Tajuddin mengenai perlanggaran itu, yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, kerana dua “tren bercium antara satu sama lain” mencerminkan kredibiliti yang ada padanya.

“Ia amat mengecewakan pegawai diplomatik, peluang kerjaya kami untuk dinaikkan ke jawatan duta telah dilucutkan,” katanya kepada FMT.

Noor Farida berkata, kurang bijak apabila kerajaan melantik seseorang seperti Tajuddin yang “sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik” untuk jawatan itu, lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara penting kepada Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Putrajaya.

Terdahulu, Tajuddin mengesahkan beliau akan menjadi duta baharu ke Indonesia. Jawatan itu kosong sejak Zainal Abidin Bakar, bersara pada 4 April 2021.

Ahli Parlimen kontroversi itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Mei lalu, hanya beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan ramai berikutan perlanggaran membabitkan dua tren LRT.

Sementara itu, Fahmi Fadzil daripada PKR berkata, walaupun pelantikan Tajuddin bukan satu kejutan, ia masih mengejutkan memandangkan cara beliau mengawal penampilan diri pada masa lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pelantikan bekas timbalan menteri itu akan membawa kepada spekulasi mengenai susun atur atau persefahaman yang wujud antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tajuddin.

Ini kerana ia melibatkan “jawatan yang sangat senior”.

“Adalah sukar untuk mengelak spekulasi seperti ini daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Fahmi berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, sebahagian besarnya, mengelak daripada meletakkan ahli politik ke jawatan diplomat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR, Sim Tze Tzin menggesa perdana menteri menjelaskan pelantikan Tajuddin, sambil menambah terdapat ramai diplomat berpengalaman lebih layak untuk jawatan itu.

“Rakyat telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara dia mengendalikan krisis LRT. Adakah dia pilihan tepat untuk jawatan penting itu?” soalnya.

Seorang lagi bekas diplomat, Dennis Ignatius, berkata pelantikan Tajuddin ke jawatan penting itu disifatkan sebagai “memalukan”.

“Macam tiada orang lain.”

Ignatius, seorang veteran yang berkhidmat di luar negara selama 36 tahun bagaimanapun tidak terkejut dengan pelantikan itu.

“Hubungan politik kini lebih penting daripada integriti, kehormatan dan profesionalisme.” katanya.