MEREKA KAYA RAYA HASIL DUIT 1 MDB


 Mereka Kaya Raya hasil duit 1MDB.

Tengok APA RAKYAT DAPAT!

#1MDB #bossku #Bosskur #Rohana #JhoLow

HUJAHAN BALAS TERHADAP SASARAN PERDANA MENTERI



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata di Segamat, semalam 6 Mac bahawa Barisan Nasional (BN) mensasarkan kemenangan dua pertiga pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.


Saya menganggap kenyataan Perdana Menteri itu satu retorik yang bersifat propaganda politik. Banyak sebab yang tidak membantu Barisan Nasional untuk memenangi PRN Johor kali ini.


Rakyat Johor telah melepasi satu ujian psikologi pada Pilihanraya Umum ke-14 tahun 2018. Mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan BN di Johor yang telah berkuasa sejak Merdeka, lebih 60 tahun. Ertinya tidak mustahil parti politik lain boleh menggantikan parti BN untuk menjadi kerajaan negeri.Rakyat Johor tidak lagi takut membuat perubahan.


Dalam PRN Johor ini pilihan terbuka kepada rakyat Johor. Lebih setengah dozen parti politik yang bertanding. 


BN tidak boleh mengharap apa yang berlaku dalam PRN Melaka akan berulang sekali lagi di Johor.Mengapa saya berkata demikian?


Pertama, rakyat Johor yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar menganggap PRN Johor ini adalah satu pilihanraya yang dipaksakan oleh BN terhadap rakyat Johor. Pengundi ini membantah PRN ini yang dianggap membazirkan wang rakyat. Mereka mempersoalkan kenapa tidak tunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-15 yang akan tiba tidak lama lagi? Golongan ini akan menolak BN.


Kedua, dengan kemasukan ramai pengundi baru dari kalangan pengundi berumur bawah 40 tahun menjadikan jumlah pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting menentukan kemenangan atau kekalahan sesuatu parti politik. Undi 18 dan pengundi baru pendaftaran automatik akan dilaksanakan pada PRN Johor. Dalam PRN Melaka hal ini masih belum berlaku.


Ketiga, kempen BN dengan mengketengahkan pemimpin-pemimpin politik BN yang telah disabit bersalah oleh mahkamah dalam skandal rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah jenayah dan pelupusan wang haram atau yang sedang dalam perbicaraan atas tuduhan-tuduhan serupa menjadikan imej BN kotor dan tercemar. Bagi pengundi-pengundi atas pagar yang jernih fikiran mereka tentu akan bertanya pada diri mereka sendiri, adakah parti politik yang macam ini aku akan undi?


Keempat, pengundi-pengundi atas pagar dan pengundi muda serta pengundi kali pertama sebenarnya, sebahagian besar mereka kini sedang terperangkap dalam putaran ganas keadaan sosio-ekonomi mereka sendiri. Isu pengangguran, hilang pekerjaan, gaji rendah dan kos sara hidup yang tinggi amat membebankan fikiran mereka.Slogan kestabilan masa depan yang dikemukakan oleh BN dipandang sinis oleh golongan pengundi atas pagar ini yang merupakan golongan terbesar B40 dan M40 yang terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara. Kestabilan untuk siapa tanya mereka? 


Kelima dan terakhir, kempen angkuh dan sombong BN seperti kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa BN akan menang dengan majoriti dua pertiga, dan kenyataan Bekas Menteri Besar Johor yang merupakan Naib Presiden Umno yang menyatakan BN khususnya Umno mahu menang dengan majorit besar sebenarnya tidak akan membantu BN dalam PRN Johor kali ini. Penyokong tegar Umno dan BN tentu naik semangat dengan gendang perang yang kencang dan kuat dipalu itu. Tetapi kempen yang bongkak dan takabur sedemikian akan ditolak oleh pengundi-pengundi rasional atas pagar.


Sama-samalah kita lihat nanti, selepas hari mengundi 12 Mac 2022. Sama ada Perdana Menteri betul, saya yang silap atau sebaliknya.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

07 Mac 2022 (Isnin)


BAGAIMANA BEKAS KP JABATAN VETERINAR (DVS) BOLEH MASUK JADI PENGARAH FARM FRESH? .


.





Tok perasan nama kawan Tok, Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh yang bakal IPO. Tok nampak nama Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin bin A. Hassan Nizam.

.


Quaza ni Tok kenal. Korang pun boleh google siapa dia. Tok dah tolong kepil profile dia daripada prospectus tu, bacalah. Quaza ni ex-boss DVS yang baru je pencen. Terus dilantik jadi pengarah di Farm Fresh. Daring gila kan?

.


Tau tak antara kuasa KP DVS ni adalah bagi geran, bagi kuota import susu dan macam-macam lagi insentif daripada kerajaan melalui DVS yang Tok tau Farm Fresh banyak dapat melalui Quaza nilah.

.


Melantik Quaza jadi pengarah terus ni dan Quaza pula terus terima ni macam ada deal payback pula. Dulu, aku tolong kau, sekarang, kau lantiklah aku. Kan?

.


Di dalam prospectus, Quaza akan menerima 500,000 share Farm Fresh! Selain dapat director fee RM100,000. Wow!

.

Dahsyat kan? Daring sungguh! Adakah perbuatan ini dibenarkan oleh undang-undang? Adakah ini bukan rasuah dan salahguna kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

.

Adakah Quaza ketika di DVS telah dibela Farm Fresh dan kemudian jadi pengarah dalam Farm Fresh pula selepas bersara untuk memastikan DVS masih di bawah seliaan Farm Fresh?

.

Tok banyak juga dengar macam-macam hal dalam DVS ni. Tapi taktaulah apasal Azam Baki taknak cuit kan? Mungkin ada allocation juga kot pakai account CDS adik dia pula.

.

Tok rasa terpanggil nak komen sebab Tok rasa something wrong sangat. Tok taknaklah anak-anak dan masyarakat tersontot pula bila beli IPO ni.

.

Firasat Tok rasa diorang ni akan cashout dan chow je lepas Tok study nombor-nombor dalam prospectus IPO ni.

.

Wallahu’alam.


=)



PRN Johor: ‘Khemah besar’ PH tidak begitu menjadi, kata penganalisis

 

Penganalisis politik berpandangan, konsep ‘khemah besar’ PH gagal diserlahkan pada PRN Johor kali ini.

PETALING JAYA: Konsep “khemah besar” yang diharapkan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menyerlahkan “kesatuan” blok pembangkang gagal ditonjolkan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik Azmi Hassan.

Azmi yang juga Felo Kanan Penyelidikan Strategik Akademi Nusantara berkata, petanda paling jelas adalah PKR nekad mahu menggunakan logo sendiri sementara DAP dan Amanah sepakat untuk menggunakan logo PH.

“Di Johor memang terserlah sangat bahawa idea ‘khemah besar’ itu tidak mendapat sambutan. Tapi masalahnya, dalam Pakatan Harapan sendiri, di Johor terutamanya, mereka berpecah. Menggunakan logo berlainan, menggunakan strategi Amanah (dan) DAP konsep lain, PKR dikatakan tak nak terima MUDA.

“Jadi kalau dalam Pakatan Harapan sendiri berpecah, bagaimana mereka nak menarik parti-parti lain supaya berada di bawah ‘khemah besar’ itu”, katanya kepada FMT.

Azmi Hassan.

PRN Johor yang dijadualkan berlangsung 12 Mac depan memperlihatkan PKR tidak berpuas hati dengan DAP serta Amanah, yang bertindak menyerahkan enam kerusi boleh menang kepada parti baharu, MUDA.

Enam kerusi tersebut adalah Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap and Bukit Permai.

Malah, PKR dan MUDA bertembung sesama sendiri di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin selepas gagal mencapai kata sepakat.

Pejuang dan Warisan turut “menguji” PH dengan menggunakan PRN Johor untuk bertapak dalam politik tanah air dan enggan bekerjasama dengan PH yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim itu.

“Apa yang berlaku di Johor ini akan jadi ‘mirror’ atau cermin semasa PRU nanti jika Pakatan Harapan adalah Pakatan Harapan seperti yang sekarang,” katanya lagi.

Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Seorang lagi penganalisis, Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, jangan terkejut jika idea khemah besar yang diimpikan PH berhasil dengan gabungan antara parti pembangkang dengan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).

“Jangan terkejut tiba-tiba PN bekerjasama dengan Pejuang ataupun PH bekerjasama dengan BN…atas erti kata nak wujudkan kerajaan yang lebih stabil.

“Khemah besar ini macam-macam bentuk boleh dibuat. Orang akan melihat kestabilan. Kalau ada perebutan begini orang akan kata nak selesaikan hal ini pun tak boleh, bagaimana hal negara?,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, PRN Johor yang menyaksikan saingan sehingga tujuh penjuru membabitkan 56 kerusi DUN adalah petanda betapa berpecahnya pembangkang di negara ini.

KAH..KAH...WOIIII...FATWA APA PULAK WOIII. ‘Tandas lagi penting dari hudud’, warganet kecam Pas




ANA TAHU


Tadabbur....

Description: ▪Kebenaran dan kebathilan tidak boleh bercampur

Al-Baqarah:42 - Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Description: ▪Akibat menyembunyikan kebenaran

Al-Baqarah:283 - Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Description: ▪Menipu adalah perangai Munafiq

Al-Munāfiqūn:1 - Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Description: ▪Dosa berdusta kepada Allah

Ghāfir:28 - Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: "Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ' - sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.

Description: ▪Cukuplah Al Quran sebagai pemberi peringatan

Ţāhā:3 - Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.

 

2 VIDEO TIKTOK MUHYIDDIN PECAH LOBANG PERANGAI NAJIB. ORANG UMNO PERCAYA LAGI KA






 

‘DI MANA UMNO KUAT, DI SITU TIADA KEMAJUAN’


PENGUNDI POS DI SINGAPURA HANYA 0.04% AKAN MENGUNDI?


SUSU PERCUMA NILOFA EXPIRED ?

 

Kecoh! Netizen bengang Susu Nilofa yang diberi percuma dah nak expired?


Salah satu perniagaannya yang dikenali ramai adalah Nilofa iaitu produk yang menjual susu minuman yang mula dikenali sekitar tahun 2019.

Terdapat beberapa perisa yang dikeluarkan oleh beliau seperti pisang, durian, kurma dan pelbagai lagi.


Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial memaparkan beberapa buah kereta sedang beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang dan difahamkan, sesiapa saja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Namun, apabila meninjau di setiap ruangan komen hantaran yang memaparkan video terbabit, ada yang memberitahu sebab susu tersebut dibenarkan untuk ambil secara percuma berkotak-kotak kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.

komen tentang susu Nilofa

Dalam pada itu, ada juga yang memberitahu susu terbabit boleh didapati secara atas talian dan hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

CURI DUIT 1MDB: Leissner vs Najib!


 

CURI DUIT 1MDB: Leissner vs Najib!

#1MDB #bossku #bosskur



Jangan percaya penyebaran video mengenai keputusan RTK-Antigen meragukan

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata RTK tanpa kelulusan adalah satu kesalahan iaitu sama seperti penjualan sijil vaksinasi palsu. (Gambar Bernama)

BAGAN SERAI: Orang ramai dinasihat supaya tidak mempercayai pelbagai video di media sosial yang memaparkan keputusan kit ujian pantas (RTK) antigen meragukan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata orang ramai sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Kementerian Kesihatan bagi membolehkan siasatan dilakukan bagi mengetahui kebenaran video itu dan keaslian RTK yang digunakan.

“Setiap RTK yang dikeluarkan perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Ini kerana penjualan RTK tanpa kelulusan adalah satu kesalahan iaitu sama seperti penjualan sijil vaksinasi palsu dan tindakan berat boleh diambil kerana ia menggugat kepercayaan serta kesihatan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-60 Pertubuhan Kebajikan Agama Islam dan Masyarakat Melayu Komuniti Bagan Serai di Surau Al-Asriah di sini hari ini.

Noor Azmi berkata, beliau akan mengadakan pertemuan khas bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad Selasa depan bagi memberi penerangan berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) untuk disampaikan kepada golongan agama yang meragui kegunaan vaksin.

“Saya akan memberi penerangan tentang PICKids dan apa masalah yang kita hadapi serta kita mohon bantuan agamawan kerana mereka boleh membantu kerana yang memberi tanggapan negatif antaranya adalah daripada golongan agama.

“Jadi kita hendak beritahu tentang perkara sebenarnya…mungkin salah faham atau maklumat tidak sampai, jadi kita perlu memberi penerangan malah saya juga banyak membuat sesi taklimat di negeri-negeri mengenai kebaikan vaksin sebagai langkah mengatasi perkara ini,” katanya.

RUMAH AYAH DAN RUMAH ANAK



Rumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibubapa..
Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..
Begitu juga...
Kenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apa tah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun... Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak.
Itulah bezanya ibubapa dengan anak-anak..
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tapi anak-anak... Belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada..
Tapi...
Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan & realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman.
Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti..
C&P

AZMIN CABAR NAJIB

 

Kisah PRN Johor.

Azmin cabar Najib berdebat isu2 felda.

Najib jawab, tiada masalah untuk berdebat dengan Azmin tetapi masalahnya wajah Azmin 'kabur' seperti dlm video beliau bersama Haziq. Maka, Najib cabar Muhyiddin berdebat.

Lokman Adam pula cabar Azmin berdebat isu video semburit yang dikatakan di antara Azmin dan Haziq.

Rakyat Johor lihat sendiri 'sandiwara' dua parti ini yang saling telanjang menelanjangi sesama mereka. Peliknya, kesemua mereka adalah pakej yang berada di Putarajaya. Bukankah itu memperbodohkan rakyat Johor?

Rakyat Johor tiada pilihan dan jangan berserabut. Abaikan BN dan PN, dan kembalikan semula mandat itu kepada PH di Johor. Jangan diperbodohkan demi kepentingan pimpinan mereka.

WFAUZDIN NS

 

DAHULUNYA KANTA MATA PAS TAK SILAP LANGSUNG

 




MMMS

"PAS mempunyai kaca mata dan kaca teropong yang putih bersih sehingga dapat melihat semua warna yang sebenar tanpa tersilap". - TokDor 2020


DAHULUNYA DI FELDA JOHOR

 



Di suatu Felda..

Dahulu nak pacak bendera parti keADILan kena sepak, ludah, side mirror keta patah, motor coverset pecah..
Sekarang..
Meskipun berlainan ideologi politik..
Rakan Pemuda Umno sanggup tahan Kak Wan untuk selfie bersama..
Dahulu dan Sekarang..

JANGAN BANYAK BUAT JANJI AZMIN




JAMZURI ARDANI


Tak payah janji banyak-banyak ... rakyat nak tahu siapa identiti sebenar 'pelakon' lucah dalam klip video Sandakan. Janji pada rakyat untuk dedahkan individu tu pun cukup dah ... kalau itu pun nak sorok-sorok tak payah sembang nak hapus rasuah.

Papan iklan calon PKR DUN Bukit Batu disembur cat

 

Wajah Anwar Ibrahim pada papan iklan di DUN Bukit Batu disembur dengan cat.

PETALING JAYA: Kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor yang memasuki hari kesembilan dicemari dengan insiden merosakkan papan iklan yang memaparkan wajah calon PKR DUN Bukit Batu, Arthur Chiong dan Presiden Anwar Ibrahim oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Insiden itu hanya diketahui hari ini apabila pihak tidak bertanggungjawab menyembur cat pada wajah Anwar di papan iklan tersebut.

Tindakan itu dilihat mencabar keharmonian ketika kempen PRN semakin hampir ke penghujung memandang sebelum ini tiada sebarang konfrontasi yang melampau berlaku.

Chiong berkata, dia meminta rakan lain dari PKR di DUN Bukit Batu supaya tidak membalas tindakan itu sehingga boleh mencemar nama baik parti.

Tindakan itu dilihat mencabar keharmonian ketika kempen PRN semakin hampir ke penghujung memandang sebelum ini tiada sebarang konfrontasi yang melampau berlaku.

Chiong berkata, dia meminta rakan lain dari PKR di DUN Bukit Batu supaya tidak membalas tindakan itu sehingga boleh mencemar nama baik parti.

“Kita salurkan kemarahan dengan cara menyemarakkan semangat semasa berkempen menjelang hari terakhir sebelum pengundian.

“Kepada pihak yang melakukan provokasi ini, marilah kita bersaing secara sihat dan biarkan proses demokrasi berjalan dengan aman,” katanya di Facebook.

Chiong berkata, dia yakin rakyat Johor SAgat matang dan mereka boleh menilai yang mana kaca, yang mana permata.