HAMDAN TAHA
Pada asalnya saya fikir parti muda di tubuhkan untuk membawa satu agenda baru yang bersesuian dengan orang muda
HAMDAN TAHA
Pada asalnya saya fikir parti muda di tubuhkan untuk membawa satu agenda baru yang bersesuian dengan orang muda

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat keputusan Amanah dan DAP menawarkan lima daripada enam kerusi kawasan majoriti Melayu kepada MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) Johor lebih kepada strategi untuk menarik pengundi muda atas pagar.
Felo kanan penyelidikan strategik Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, perkara itu menjadi sebab mengapa keputusan berkenaan diambil dan ia bukannya kerana mereka tidak yakin untuk menarik sokongan Melayu.
Katanya, MUDA juga bukanlah sinonim dalam kalangan Melayu untuk menarik undi mereka kerana parti itu dilihat lebih kepada perjuangan orang muda pelbagai bangsa.
“Jika strategi mereka meletakkan MUDA di kawasan Melayu untuk menarik pengundi Melayu, saya tidak rasa strategi itu berkesan. Ini kerana, MUDA dan Melayu bukanlah sinonim.

“Pengundi Melayu tidak selari dengan perjuangan MUDA, ia lebih kepada perjuangan pengundi muda pelbagai bangsa dan bukannya hanya Melayu.
“Jadi, strategi Amanah, DAP yang menyerahkan kerusi majoriti Melayu kepada mereka dilihat lebih kepada untuk menarik pengundi atas pagar, terutama yang berusia 18 hingga 21 tahun atau 18 hingga 40 tahun,” katanya kepada FMT.
Beliau juga menyifatkan enam kerusi yang ditawarkan kepada MUDA termasuk Puteri Wangsa adalah ‘lumayan’ kerana kawasan itu mempunyai peluang untuk dimenangi.
“Enam kerusi diberikan kepada MUDA itu lumayan kerana ada kemungkinan empat atau lima daripadanya boleh dimenangi walaupun parti itu tidak mempunyai sejarah politik dan kita juga tidak tahu sejauh mana pengaruhnya,” katanya.

Bagaimanapun, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Ahmad Atory Hussain, pula menjangkakan MUDA sukar memenangi PRN Johor jika mengambil kira ‘mood’ pengundi di PRN Melaka dan Sarawak.
Katanya, ia ditambah dengan ‘mood’ pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang kurang berminat dengan politik kerana muak melihat gelagat pemimpin sekali gus menambah masalah kepada MUDA untuk mendapat sokongan memandangkan kumpulan itu adalah sasaran mereka.
“Pertandingan PRN kali ini adalah antara tiga parti utama iaitu Umno, Bersatu dan PKR. Tiga parti ini menjadi medan tarikan rakyat untuk menguji sejauh mana ia berpengaruh.
“Jadi, untuk PRN ini, MUDA dan Pejuang mungkin dianggap sebagai parti kecil dan tidak boleh masuk ke gelanggang sebenar. Bagi saya, terlalu awal untuk rakyat Johor memberi sokongan penuh kepada MUDA tetapi mungkin mereka akan membuat pertimbangan untuk memilih parti baharu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya.
Terdahulu, Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi dalam PRN Johor, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

PETALING JAYA: Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya, kata seorang penganalisis politik.

“Peranan MCA dalam kemenangan Barisan Nasional (BN) agak kurang penting, dalam erti kata bahawa gabungan itu tidak boleh mengharapkan MCA untuk memberikan undi Cina,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai prospek parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.
Beliau berkata, MCA mungkin berjaya di kawasan campuran terutama di mana terdapat pertembungan pelbagai penjuru di kalangan parti-parti politik Melayu walaupun ia adalah kerana undi daripada penyokong Umno.
Fauzi berkata walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap DAP telah berkurangan sejak pilihan raya umum (PRU) 2018, namun ia tidak bermakna undi Cina akan beralih “beramai-ramai” kepada MCA.
Dengan MCA yang terpaksa bergantung kepada Umno untuk mendapat undi, Fauzi berkata BN mungkin mengambil semula beberapa kerusi majoriti Melayu yang pernah diberikan kepada MCA untuk ditandingi sebelum ini.
“Umno mungkin berdepan tekanan daripada penyokong tegarnya untuk menunjukkan kepada MCA siapa ‘bos’ mereka.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kebergantungan MCA terhadap Umno bermaksud parti itu berkuasa dalam menentukan pengagihan kerusi.
“Sebanyak 42 daripada 56 kerusi DUN dirampas Umno dalam keadaan peratusan pengundi Cina yang tinggi di Johor telah menceritakan segala-galanya,” katanya kepada FMT.
Oh berkata beliau percaya BN telah “berputus asa” dalam usaha memenangi kerusi majoriti Cina dan akan menyerahkan kerusi itu kepada MCA.
“Saya percaya Umno mengintai kerusi campuran dengan populasi Melayu yang ketara. Bagi saya, MCA lebih kepada komponen ‘hiasan’ dalam BN.
Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) mungkin melihat penurunan sokongan kerana peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan kekecewaan sesetengah pihak yang mengundi mereka sebelum ini, ia tidak semestinya memberi manfaat kepada MCA.
“Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA. Walaupun keluar mengundi, mereka mungkin akan mengundi MUDA atau Warisan.”

Seramai 30 ahli UMNO dari dua buah cawangan di sini mengisytiharkan keluar daripada parti itu serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula hari ini.
Kesemua mereka yang rata-ratanya dalam kalangan golongan muda masing-masing terdiri daripada 15 ahli dari Kampung Baru Air Tawar dan 15 ahli Kampung Triang, di sini.
Borang keahlian penyertaan Bersatu diserahkan kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Bersatu pada Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera di Kampung Air Tawar, Endau.
Bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Triang,

berkata, kesemua 15 ahli tersebut mengambil keputusan itu selepas hilang kepercayaan susulan isu semasa dalam UMNO yang hingga kini tidak selesai.
“Dengan isu semasa yang berlaku dalam UMNO mereka yang keluar parti ini jadi tidak minat dengan parti itu lagi.
“Tambahan pula kita dapati bekas wakil rakyat Endau di sini meskipun beliau melompat parti sebelum ini dan kini bersama Bersatu telah melakukan kerja terbaik membantu rakyat di sini,” katanya kepada pemberita pada majlis itu.
Bagi Ketua Pemuda PN Kampung Air Tawar, Mohd. Asni Hassan a berkata, seramai 15 ahli kampung itu mengambil tindakan itu selepas melihat banyak bantuan daripada pihak atasan parti tidak sampai kepada golongan bawahan sebaliknya hanya diterima kroni-kroni.
“Kami yakin dengan gerak kerja PN yang mengutamakan rakyat dan sentiasa turun padang mendekati penduduk. Tambahan pula bantuan diberikan PN kita dapati sampai kepada akar umbi berbanding UMNO,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib berkata, beliau merasa teruja dengan keputusan kesemua 30 bekas ahli UMNO itu yang masing-masing ikhlas bersama perjuangan beliau.
“Sebelum ini digembar-gemburkan pemimpin dan ahli Bersatu keluar dan masuk UMNO tetapi hari ini kesemua mereka ini semangat datang sendiri untuk menyerahkan borang keahlian dan menyertai PN.
“Saya amat terkejut namun saya hendak ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang membuka mata memilih PN. Apa yang berlaku ini menjadi kekuatan dalam diri saya sekali gus menguatkan PN dalam kalangan anak muda di Endau,” katanya.
Pemimpin Muslim atau bukan muslim? Melayu atau bukan Melayu? Lelaki atau wanita? Tua atau muda? Nak pilih yang mana? Aku jenis orang yang tak suka generalize suatu sifat dengan satu kaum atau umur atau sebagainya. Bagi aku, itu sifat individu.
MOHD SHAH RIM
Isu MUDA perlu dinoktahkan sebelum hari pencalonan, jangan ulangi kesilapan di Melaka yang melibatkan ADUN lompat.
Hahaha... Punyalah berkaliber. Sampai dalam 4 tahun 4 parti dia join. Ini pemimpin masa depan negara? Jahanam la... Tu pun jangan... Yang nama pemimpin senior pun terpedaya. Haha... Tongong! Guane boh?
AZMIZAM ZAMANHURI
ABDULLAH MAT ISA