ROYALTI MINYAK MESTI JADI SASARAN BARU POLITIK KELANTAN – ZAID IBRAHIM


 Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini mengumumkan pemberian RM400 juta kapada Kelantan sebagai sebahagian dari wang royalti minyak. Katanya Kelantan berhak kepada 5% daripada penjualan hasil minyak di perairan negeri itu walaupun sebelum ini beliau berkata Kelantan hanya berhak menerima “wang ehsan” kerana katanya tidak ada minyak di perairan Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Ahmad Yaakob menjelaskan bahawa wang yang disebut oleh Zafrul itu bukan wang royalti minyak. Ianya wang yang diberi oleh kerajaan pusat sebagai “goodwill payments” atau “wang ehsan”. Ianya juga bukan sebahagian dari tuntutan negeri Kelantan untuk royalti minyak.

Saya ucap tahniah kapada Dato’ Menteri Besar. Pemimipin negeri Kelantan mestilah komitted dan tegas dalam soal tuntutan royalti 5% ini. Jangan ada was-was. Kalau kita percaya tentang tuntutan itu ada asasnya, maka pemimipin Kelantan janganlah mudah menerima sumbangan dan sedekah daripada kerajaan pusat sebagai ganti tuntutan royalti itu.

Sarawak mestilah menjadi pengajaran kepada kita di Kelantan. Kemiskinan di Sarawak telah banyak berkurangan. Infrastruktur penting telah dapat dibina, projek minyak dan hidro telah pun dapat dilaksanakan. Sekolah-sekolah yang perlu dibaiki dapat dibaiki oleh kerajaan Sarawak menggunakan wangnya sendiri walau pun membaiki sekolah ini sepatutnya tanggungjawab kerajaan pusat.

Projek perumahan untuk golongan bawahan dan miskin juga telah dapat dilaksanakan. Inilah yang boleh dilakukan oleh kerajaan Kelantan jika mereka berjaya menuntut wang royalti minyak 5% daripada kerajaan Pusat.

PAS perlu mengmbil pendekatan baru setelah 32 tahum memerintah negeri Kelantan. Cara lama yang hanya melakukan solat hajat dan soal-soal ibadah dan pakaian wanita perlu ditambah dengan dasar pembangunan yang boleh membantu rakyat.

Mereka perlukan kehidupan yang lebih selesa. Hasil negeri yang bergantung kapada balak mesti diubah. Kalau dapat wang royalt minyak, Kelantan boleh berhenti menebang balak selama 20 tahun supaya kita dapat lancarkan proses tanam semula balak baru untuk menyelamatkan alam sekitar. Banyak lagi projek boleh dilakukan untuk kepentingan rakyat.

Sebab itu dalam pilihanraya akan datang ini Pas Kelantan perlu memilih calon mereka yang menyokong tuntutan wang minyak ini. Bukan sahaja menyokong tetapi mesti tegas terhadap Petronas dan Putrajaya jika mereka terus enggan melaksanakan bayaran 20 billion yang mereka masih berhutang dengan Kelantan.

PAS sekarang sibuk dengan pergeseran dalaman. Katanya konflik mereka berkisar kepada dua pihak, satu menyokong UMNO dan satu lagi yang sokong Bersatu.

Bukankah ini sia-sia belaka. Sepatutnya PAS bertindak untuk memastikan perjuangan politik mereka mendapat wang royalti minyak sebagai keutaman. Apa guna Bersatu, Mahaiddin, UMNO dan lain-lain kalau wang minyak tidak dapat kepada rakyat? Apa guna perpaduan ummah kalau ummah tetap miskin dan wang kita digunakan oleih pihak lain?

Saya harap Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yaakob terus memperjuangakn kepentingan negeri Kelantan. Ini bererti wang minyak mesti menjadi sasaran politik Kelantan. Kita tidak ada hasil atau kemudahan lain untuk membangunkan negeri kita. Wang minyak sajalah harapan kita.

ZAID IBRAHIM

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.


PEMBOHONG


 

PRN Johor: Umno - BN gila kuasa?


Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak wajar dilakukan dalam keadaan pandemik Covid 19 belum berakhir juga penderitaan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu masih belum pulih.



Namun Umno - BN Johor tidak mengambil kira faktor kesukaran hidup rakyat kecuali percaturan kuasa.



Bagi Senator Fadhlina Sidek, gila kuasa parti ketuanan Melayu itu sudah sampai ke tahap melampau selepas memaksakan PRN Melaka, kini mereka mula mencatur politik Johor.



"Begitulah sejenis perangai gila kuasa. Dia panggil sidang khas banjir (Parlimen), dia salahkan Pembangkang



"Rakyat tunjuk perasaan bantah integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, dia tutup laluan dan henti operasi LRT



"Sekarang dia bubar DUN ikut suka hati dan acah acah suruh rakyat pilih dia balik ikut proses demokrasi," katanya.



Menurut pemerhati politik, PRN Johor sengaja diadakan pada tarikh menghampiri Tahun Baharu Cina kerana faktor pengundi Cina tidak akan pulang ke Johor buat kali kedua untuk mengundi selepas merayakan tahun baharu.



Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen yang ketat kerana negara masih dalam Fasa 4 pelan pemulihan juga bakal menyebabkan kempen pilihan raya secara fizikal dilarang.



Dengan hampir sepertiga Johor tidak mempunyai akses gelombang internet yang boleh mengakses video atau sebarang kempen secara live maka Pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menyampaikan mesej kepada pengundi.



Sedangkan pihak kerajaan bebas menggunakan media arus perdana memperkenalkan calon calon mereka dalam pelbagai program anjuran kerajaan.

 


MOU PENTING LULUSKAN UNDI 18, MA63 DAN RUU ANTI LOMPAT PARTI


 

UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan berkuat kuasa serta-merta.


UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan berkuat kuasa serta-merta.
Tiada lagi hubungan UMNO dan Pas di Kelantan
SINARHARIAN.COM.MY
Tiada lagi hubungan UMNO dan Pas di Kelantan
KOTA BHARU - UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan k

PSC ADA MANDAT SIASAT AZAM BAKI – NGO


JADI LEMBU BODO DAGING BOLEH DIMAKAN. KALAU JADI PONDAN TAK BOLEH BUAT APA...KAH...KAH...KAH

 

HAMZAH RIE NA


Lebih baik jadi lembu ada faedah daging boleh makan

Kalau jadi pondan satu sen tak berguna!
Telur ayam boleh juga buat telur mata lembu...... Kalau telur pondan boleh buat apa? Ehhhh tersebut pula telur.
May be an image of 1 person and text that says "SELAVANG ANDANG UMUM Berarak macam 'lembu bodoh!' Menyusahkan orang lain Diva AA Published hours ago on January 22, 2022 By admin Pengacara bermulut lantang Azwan Ali naik hantu' selepas beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk. Azwan atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA menerusi TikTok miliknya telah memaki hamun pihak yang mengadakan perarakan di sekitar"

Share

Gadis cantik di belakang Shuib jadi perhatian netizen, matanya dikatakan mirip Arwah Siti Sarah

 Gadis cantik di belakang Shuib jadi perhatian netizen, matanya dikatakan mirip Arwah Siti Sarah


Terdahulu, dua anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul membuat kejutan bakal menyertai program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.

Anak keempat arwah iaitu Hafizul atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, berkata, dia dan abangnya bimbang orang meletakkan jangkaan yang tinggi selepas mengetahui mereka anak pelawak legenda Malaysia.

Ternyata, dengan jejak langkah yang diwarisi, anak Allahyarham Mr. Os, iaitu Dewa dapat berentap di pentas akhir dan diangkat sebagai pemenang dan diserap menjadi ahli kumpulan terbaru Sepahtu.

Dengan kemunculan Shuib sebagai juri, seolah-olah dapat mengubati rindu peminat-peminatnya yang telah lama tidak dapat melihat dia beraksi di pentas.

VIDEO:

Dengan kemeriahan rancangan tersebut, seorang penonton di belakang shuib telah mnjadi perhatian ramai apabila dikatakan matanya mirip dengan arw4h Siti Sarah.

VIDEO:

Selepas wanita berkenaan bergambar dengan barisan artis yang berada di sana seperti Ramona Zam Zam, Datin Lisa Surihani, Ebby Yus dan ramai lagi telah menaikkan lagi tontonan dilaman tiktok pemilik akaun @syazana59 telah meraih sehingga 1 juta tontonan.

Ramai netizen yang menyaksikan program tersbut mendakwa lirikan mata wanita tersebut persis isteri Shuib arwah Siti Sarah.

KOMEN NETIZEN: 

HA.HA. PM FACEBIKK KALAU SEMBANG...

 


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


PM Facebook kalau sembang, sampai Azam Baki boleh siap jumpa penderma dari tanah arab. Tu yang sibuk nak back-up budak kite.

Sembang bab covid, yang UMNO sibuk nak bubar DUN Johor tak fikir Covid ke? Kalau parti penyamun ini menang DUN Johor, mesti mereka akan gila nak Pru15 pula. Ultimate game mereka nak lepaskan diri dari Mahkamah, itu sahaja, bukan kisah bab rakyatpun
Demikianlah K.K.K.S





APA JADI MENTERI2 LEBAI?

SIAPA KATA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM? TONTON INI DAN CARI MANA TOKOH LAI...

Ketika banjir, negara umpama tiada kerajaan, dakwa Presiden AMANAH di konvensyennya

 



Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu menyifatkan negara umpama tidak mempunyai kerajaan ketika banjir melanda negara baru-baru ini.

Ketika memberikan Pidato Presiden sempena Konvensyen AMANAH 2021 hari ini, Mohamad mendakwa agensi utama dalam menghadapi kemelut sebegini, Nadma telah gagal sepenuhnya.

“Negara seolah-olah tidak mempunyai kerajaan. Nadma yang sepatutnya menjadi badan kordinasi dalam berhadapan dengan bencana ini tidak tahu fungsi mereka dan salah menyalah antara satu sama lain,” kata Mohamad.

Akibatnya, negara kehilangan hartabenda dan aset yang sangat besar terutama apabila ia berlaku di nadi ekonomi negara iaitu Lembah Klang.

Konvensyen hari ini diadakan berikutan penangguhan konvensyen yang sepatutnya berlangsung poada 19 Disember lepas akibat banjir besar di seluruh negara khasnya Selangor.

UMNO BUKAN PRTI YANG DAPAT MEMBELA RAKYAT KECUALI DIPERGUNAKAN KAYANGAN

 


Terlerai akhirnya DUN Johor. Sedih dan kecewa aku rasakan. Apakan daya. Harapkan kayangan fahami denyut nadi marhaen umpama mengharap hujan di musim kemarau.

Tiada keperluan pun untuk PRN ini. Kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah tidak dicabar oleh sesiapa pun. PH dan PN sama pendapat pada kali untuk menolak PRN demi kepentingan rakyat.
Tapi begitulah. UMNO bukanlah parti yang ambil tahu akan kesusahan rakyat. Mereka cuma mahu kuasa total. Mereka mahu kuasai ⅔ supaya mudah gubal undang-undang sesuai kemahuan mereka.
Rujukan UMNO adalah PRN Melaka dan Sarawak. Dalam dua PRN ini, UMNO dan GPS masing-masing menang besar. Sebab itu UMNO Johor berpendapat mereka juga boleh menang besar di Johor.
Betulkah?
Kemungkinan itu ada. Di Melaka dan Sarawak, protes rakyat yang enggan mengundi kerana muak dengan sikap ahli politik telah memberikan UMNO dan GPS peluang untuk menang.
Selain itu, ramai pengundi yang tinggal di luar yang enggan pulang mengundi. Mereka kebanyakannya pengundi atas pagar, yang benci UMNO tapi telah hilang keyakinan terhadap PH.
Jika perkara bersama terjadi di Johor, sudah pasti UMNO akan menang besar juga. Tak dapat aku bayangkan kemusnahan yang akan terjadi terhadap Johor jika UMNO berkuasa penuh.
Tapi ada perbezaan antara Johor dengan Melaka dan Sarawak. Orang Johor tak ramai yang merantau dan menetap di negeri lain. Ada tapi tak ramai. Kalau merantau pun masih dalam negeri seperti JB misalnya.
Jika cuti diumumkan pada PRN, maka tidak ada masalah untuk mereka pulang ke kampung dan mengundi. Itupun jika mereka masih ada hajat untuk melihat perubahan.
Masalahnya semakin ramai membenci politik. PH sendiri tidak berusaha kuat untuk menarik minat pengundi atas pagar. Tambah dengan kenyataan DS Anwar berkenaan pengeluaran KWSP baru-baru ini langsung tidak membantu.
Memburukkan lagi keadaan, jentera siber PH yang tidak tersusun, pejuangan menentang berita palsu dan fitnah yang selalu jadi senjata UMNO akan begitu payah untuk dilaksanakan.
Tanpa undi pengundi atas pagar, PH tak mungkin dapat menewaskan UMNO di Johor. Lagi dengan keputusan PH Johor mahu bekerjasama dengan Muda, mungkin pengundi PH sendiri tawar hati.
Terlalu awal untuk menjangka mood orang Johor. Tapi berdasarkan situasi sebelum dewan dibubar, rasanya tidak ada masalah untuk UMNO menang. Cuma mungkin tak sebesar di Melaka.
Tapi kes Azam Baki ada sedikit sebanyak memberi impak terhadap UMNO. Kalau PH Johor pandai olah isu ini, berkata adankan dengan isu banjir, peluang untuk PH atasi UMNO masih ada.
Politik Malaysia agak berlainan sekarang. Minit minit terakhir pun masih boleh berlaku swing jika isu yang dimainkan itu mengena. Sebab itu sangat perlu berhati-hati.
Waktu begini, PH Johor terutama DAP jangan pula keluarkan sebarang kenyataan yang sensitif. Usah sentuh soal bangsa, agama dan istana. Kerana walaupun kenyataan itu betul, pihak lawan pasti akan manipulasi dan itu boleh pengaruhi pengundi atas pagar.
Apa pun, kita berdoalah semoga pintu hati rakyat Johor terbuka untuk menolak penunggang bangsa dan agama serta pengkhianat daripada mentadbir negeri ini.

TAK PASTI JANGAN KONGSI.


 

Kenyataan Disebalik Keengganan Kerajaan Luluskan I-Citra

#tangkapazambaki Ucapan Ketua Pemuda Amanah Nasional Hasbie Muda

APA KHABAR ANNUAR MUSA?

 Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, hanya enam daripada 190 bahagian UMNO seluruh negara setuju untuk pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15.

Katanya, dapatan itu adalah berdasarkan laporan yang dihantar UMNO bahagian-bahagian kepada ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

“Dengan itu, suara majoriti perlu dituruti atau kita akan menjadi parti yang lemah,” katanya dalam temubual secara langsung bersama NRChannel TV yang disiarkan di YouTube malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan sama ada pemilihan parti akan diadakan sebelum PRU15 atau sebaliknya.

Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata lagi, Pendaftar Pertubuhan atau RoS memberi tempoh kepada UMNO sehingga 29 Dis tahun ini untuk mengadakan pemilihan parti.

UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 pada 16 Mac ini, manakala PAU2022 yang bakal menyaksikan pemilihan parti belum lagi ditetapkan tarikhnya.

Zahid Hamidi menambah, UMNO selaku parti akar umbi dan usul berkenaan pemilihan itu akan dibincangkan dalam PAU pada Mac akan datang, seterusnya akan dimuktamadkan oleh MT dan jawatankuasa khas.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi turut menafikan dakwaan bahawa 96 bahagian UMNO mahu pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15.

“Angka itu dipetik sesuka hati,” jelasnya.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, sebelum mesyuarat perwakilan UMNO bahagian seluruh negara baru-baru ini, Annuar Musa adalah menteri yang paling lantang menyeru dan menyarankan agar pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum berdepan PRU15.

Diperkatakan dengan hangat dalam UMNO, meskipun seruan dan saranannya itu terlihat untuk tujuan agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dapat menjadi Presiden UMNO terlebih dahulu sebelum mendepani PRU15, maksud lain di sebalik saranan itu juga adalah untuk membolehkan dirinya sendiri bertanding salah satu jawatan kanan dalam UMNO dalam PAU2022 nanti.

Dengan berjawatan menteri dalam kerajaan, lebih-lebih lagi jika menumpang rakit Perdana Menteri, dipercayai harapannya untuk menang kerusi diidam-idamkan akan turut cerah dengan sendirinya.

Annuar sekarang ini bukan ahli MT setelah tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Mohamad Hasan dalam pemilihan 2018 lalu.

Tetapi, terbukti sekarang hanya enam bahagian saja yang senada dengannya, sementara majoriti bahagian yang lain lebih mahukan PRU15 diadakan terlebih sebelum pemilihan UMNO.

Apa macam sekarang Annuar, sedang sesak nafaskah mendengar pendedahan Zahid Hamidi ini? ShahbudinHusin 22/01/2022.


JAGA JAGA...LEPAS PILIHANRAYA DIA KHIANAT LAGI

 Ni yang aku malas ni. Nanti lepas pilihanraya, dia khianat lagi, baru nak menyesal? Sampai hari ni Saddiq tak mampu pisahkan dirinya dari bayangan Mahathir, orang yang jatuhkan PH. Kenapa masih nak bagi muka kepada pengkhianat ni?

AZAM BAKI - MENGAPA PM DAN AGONG TAKUT BERTINDAK ?


Tamrin Tun Ghafar 

 

Sabtu - 22/01/22 

 

(1 -  17 )

 

1.   Walaupun berbagai jentera  kerajaan khususnya pasukan polis di gerakkan  bagi menggagalkan usaha sekempulan rakyat  MENUNTUT  Azam BaKI  DITANGKAP namun jika dilakukan  kajian atau survey  saya yakin majoriti mahukan Azam ditangkap sertamerta  BUKAN  DI CUTI  ATAU  DI PINDAHKAN ke Jabatan lain 

 2.  Bukan sahaja Azam tetapi rakyat mula mencurugi  SPRM itu sendiri ; apakah  PEGAR YANG  DI HARAPKAN  TIDAK  LAGI  BOLEH  DI PERCAYAI ? 

 3.  Azam umpama SETITIK  NILA  YANG  MEROSAKAN  SUSU  SEBELANGA  

 4.  Bak kata Hadi di satu ketika dahulu MCA  umpama seketul daging babi yang berada dikawah daging lembu yang dihidang kepada umat Islam 

 5.  Cerita Azam ini sudah lama di dengari sehingga ada yang mengaitakan dengan tauke lama nya , Abu Kassim Muhamed dan Shukri Abdull dengan berbagai tuduhan , Wallahualam !! 

 6.  Yang hairannya TERNAMPAK  mengapa Ismail Sabri  bersungguh - sungguh  CUBA mempertahan Azam ;  sepatutnya sebagai seorang berjawatan tinggi  seperti beliau ini TIDAK  MENCAMPURI perkara sebegini 

 7.  Mengapa awal - awal lagi beliau TIDAK  BERSETUJU  cadangan pembentukan RCI ,  dan juga  mengajak  rakyat MEMPERCAYAI keputusan siasatan Security Commission SEDANGKAN ekoran itu Security Commission  memperjelaskan keputusan sebenar yang MENGESAHKAN  kesemua saham tersebut adalah MILIK Azam BUKAN  adiknya 

 8.  Dari mana SUMBER  wang yang banyak membolehkan beliau menguasai jutaan saham syarikat berkenaan 

 9.  Rakyat juga mula MEMPERSOAL   mengapa  Agong TIDAK  BOLEH  mengarahkan Kerajaan menubuhkan RCI ? 

 10.  Kata mereka  JIKA  Agong boleh  mengenepikan Perlembagaan apabila melantik  Mahiaddin  yang TIDAK cukup sokongan , mengapa beliau  SENYAP dengan cadangan murni ini , Penubuhan RCI  yang mula - mula sekali diutarakan oleh Peguam Rafique Rashid  yang kebetulan Timbalan Pengurusi  Parti PEJUANG  WP 

 11.  Sultan  Perak  , Timbalan Agong  sendiri  telah  MENYENTUH  isu SPRM  ini 

 12.  Demi ketulusan , saya  BERSETUJU cadangan Dr. MAZA  , Mufti Perlis  demi menggembalikan kepercayaan  dan keyakinan rakyat , SPRM  PERLU  DI ROMBAK  atau  'REVAMP'  semula 

 13.  YANG  PENTING ,  sebagai Perdana Menteri  Ismail MISTI  dengar  dan ambil kira pandangan majoriti  rakyat 

 14.  Isu Azam Baki ini jika tidak diambil tindakan , rakyat PASTI  akan  MENEMPELAK beliau dan UMNO apabila berlangsung nya Pilihanraya Umum ke 15 nanti  malah Pilihanraya Kecil Negeri  ( PRN ). Johor 

 15.. Rakyat khususnya  pengundi MAHU  TAHU sejauh mana  Kerajaan BERSUNGGUH  MAHU  MENGHAPUSKAN  Penyelewangan Kuasa dan Rasuah atau hanya  'LIP  SERVICE'  atau bermain dibibir sahaja 

 16.  RCI  juga PATUT  ditubuhkan  bagi mengkaji secara mendalam termasuk tindakan diambil terhadap mereka yang  bertanggong jawab yang menyebabkan banjir besar yang belaku di beberapa daerah di Pahang 

 17.   BERANI  

         KERANA

         BENAR

         TAKUT

         KERANA

         SALAH

 Wassalam

Terima Kasih