KAH..KAH....KONONNYA NAK JADI KING MAKER...SEKALI KENA HENTAM...

 

MN antara Umno-PAS, bukan Umno-PN, Isham bidas Hadi



Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, Presiden PAS,
 Abdul Hadi Awang tidak wajar menyentuh soal dalaman akar umbi
 Umno dan Umno bebas menentukan hala tujunya sendiri.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, Abdul Hadi Awang perlu jelas Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai adalah antara Umno dan PAS, bukan Umno dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau merujuk kenyataan Presiden PAS yang mendakwa majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan partinya di sebalik kedudukan PAS yang tetap mahu meneruskan hubungan baik dengan Bersatu.

Berikutan itu, Hadi “menasihatkan” ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT, bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian.

“Saya difahamkan majoriti ahli MKT Umno (mahu) bekerjasama. Umno kena ikut pemimpin…majlis tertinggi dia, bukan bahagian-bahagian. Bahagian-bahagian ni akar umbi…itu lain cerita,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang semalam.

Menegaskan perkara itu, Isham berkata, tidak akan ada rundingan pembahagian kerusi antara Umno dengan parti komponen PN, termasuk PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Piagam MN adalah antara Umno dan PAS, bukan antara Umno dan PN.

“Jika PAS masih dalam PN dalam PRU15, maka tidak ada rundingan kerusi antara Umno dengan mereka (komponen PN termasuk PAS). Itu sahaja,” katanya di Facebook.

Tegasnya, tidak wajar Hadi menyentuh soal dalaman akar umbi Umno dan Umno bebas menentukan hala tujunya sendiri.

“Biar Umno tentukan hala tuju kami sendiri,” katanya.

WALAU TIDAK DIBENARKAN : Demo di depan ibu pejabat KWSP mahu keluar one off i-Citra




Demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran skim i-Citra one off sebanyak RM10,000 kepada pencarum.

Menurut jurucakap perhimpunan santai tersebut, Khairul Anuar Othman, pengeluaran RM10,000 penting memandangkan kesan pandemik Covid 19 yang berlarutan dan banjir besar yang melanda Selangor serta Pahang pada pertengahan Disember lalu.

"Kami adalah wakil pencarum KWSP. Pencarum KWSP mempunyai 15 juta dan hampir 10 juta yang aktif.

"Saya dan teman teman adalah pencarum tegar, kita dan pencarum datang untuk bertemu dengan CEO KWSP, kalau boleh.

"Hari ini saya ingin beritahu Perdana Menteri keluarga Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri dan juga Menteri Kewangan Tengku Zafrul untuk dengar rintihan rakyat.

"Kami pencarum dalam kepayahan dan kesusahan, bencana bukan sahaja buat kami lebih derita, bencana buat kami lebih resah. Bencana banjir tidak cukup RM1,000 bantuan oleh kerajaan. Kami ingin meneruskan kehidupan. Ada antara kami dibuang kerja, ada yang berniaga tidak boleh berniaga. Kami mengharapkan PM dan Tengku Zafrul luluskan i Citra RM10,000, one off.

"Pertimbangkanlah suara kami ini," katanya.

Khairul yang juga Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM) kemudian dibenarkan untuk bertemu pengurusan KWSP namun diberitahu bagi membincangkan isu pengeluaran RM10,000 satu pertemuan lain perlu diadakan.

"CEO minta kita buat temu janji akan datang. Saya telah beri maklumat. InsyaAllah saya akan buat temujanji dengan CEO KWSP," katanya sebagai ucapan penutup demonstrasi santai berkenaan.


Anwar Ibrahim: Ucapan Ringkas Bersempena Kehadiran Tahun Baru 2022

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

31 Disember 2021

KEGAGALAN KERAJAAN DALAM BENCANA BANJIR BESAR: PM PERLU JELAS DI PARLIMEN DAN TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA

Majlis Presiden Pakatan Harapan ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua petugas, sukarelawan dan dermawan yang telah membantu dalam pelbagai misi menyelamat, membersih, dan memulihkan kawasan-kawasan yang sangat terjejas akibat banjir yang berlaku dalam beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada 18 Disember lalu. Malah tenaga dan semangat para sukarelawan mungkin diperlukan lagi bagi membantu menghadapi gelombang kedua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, suara rakyat yang kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respon Jemaah Menteri yang sangat lembab atau dilihat setakat ‘berwayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada Semptember lalu.

Kesan banjir besar dari segi kerosakan harat benda dan kehilangan nyawa hampir 50 orang kali ini amat ketara dan mengguris hati. Malah fenomena ini telah membuka mata kita semua kepada realiti bahawa perubahan iklim dan aktiviti manusia khususnya pembalakan berleluasa dan pembangunan yang tidak mampan akhirnya memberi kesan yang amat negatif buat rakyat.

Oleh itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan berpendirian bahawa YAB Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri wajib memberi penjelasan penuh dalam satu sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar ini.

Pada masa yang sama, kami turut berpandangan bahawa Kerajaan perlu menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja, selaras dengan titah Tuanku bahawa satu pascanilai (postmortem) banjir besar ini dilakukan, termasuk juga buat Sabah dan Sarawak. Ini bagi mengenalpasti segala kelemahan perancangan dan kelewatan pelaksanaan dapat diatasi, termasuk kepincangan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut berhubung 6 kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang telah diberi milik untuk tujuan pembangunan.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

 

CUKUR SANGAT.....SAYUR AYAM TURUN 2 KUPANG

 



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU, TINGGALKAN 2021 GAGAL UNTUK MASUK 2022 YANG AKAN TERUS GAGAL!!

TANGANI COVID - GAGAL!!

TANGANI BANJIR - GAGAL !!

JUMLAH MENTERI PALING RAMAI DALAM ASIA. WAKTU BANJIR, MENTERI BERCUTI DAN PERGI UMRAH.

NASIBLAH RAKYAT MALAYSIA, DAPAT KERAJAAN YANG MEREKA SENDIRI TIDAK PERNAH PILIH.


 W.FAUDZIN

BALAK OH BALAK...

LIVE !! WFAUZDIN NS-KHEMAH BESAR PH? KENAPA TAK SERIK SERIK LAGIKAH DENGAN ORANG TUANIH? NAIF SUNGGUH KAH PH ?HANGPA BUAT ..HANGPA AKAN KEHILANGAN KERUSI YANG MENANG

TONTON SENDIRI! SUNGAI DI TELEMONG, PAHANG YANG VIRAL KESAN DARI PEMBALAKAN



Video ini diambil petang tadi, Khamis 30/12/21. Masih mahu nafikan kesan pembalakan menambah teruk banjir di Pahang? kredit Video; Sdr Khir Ariffin (Club House KGK)



BAB NI KENA RESPECT TMJ. NAMPAK GAYA TEMPAT LAIN TAK DA MACAM NI.

 

NORMAN RADZUAN

"Laporan terkini dari Segamat. Saya akan terus ke Segamat untuk pastikan semua keadaan terkawal"- TMJ update jam 12 malam tadi.

Bab ini saya kagum dgn TMJ. Macam baginda pula Menteri yg lewat malam sanggup turun padang bagi pastikan segala keperluan rakyat Johor di Segamat.

Malah 10 hari yg lalu baginda telah arahkan semua DO seluruh Johor serta agensi2 kerajaan siap sedia dgn amaran dan bantuan yg diperlukan jika berlaku sebarang banjir.

Salute cz jam 12 mlm tadi khabarnya TMJ turun ke Segamat bila dimaklumkan 3 pusat PPS di Segamat telah mula dibuka.

 




YEY..YEYY....YEYY...AYAM TURUN 20 SENNNN......

 


AMARAN NI BETUL BETUL ATAU AMARAN SAJA

 

KJ beri amaran, kalau rakyat enggan guna, dia akan wajibkan MyTrace. Tapi, bukan bila dia beri amaran begitu, bukan maknanya dia dah paksa @ wajibkan penggunaan MyTrace ke? Ni belit style apa ni? Hahaha... Wajibkan je la KJ oi. Takyah acah-acah sangat la.

Raja Gelap

 


APA LA DOK MERAPU NI MAHATHIR

 


Ye ye o la Mahathir ni.

Masa dia jadi PM dulu, Waytha tu dia lantik atas dasar apa? Azmin & Zuraida, dua nama yang parti Keadilan tak submit, dilantik jadi menteri atas dasar apa?

Aku tak kata yang dia cakap tu salah. Tapi yang aku nak kata, dia sendiri buat benda tu. Lepas tu yang busuk nama, PH. Ini macam punya orang pun ada ke?

Raja Gelap

 

After the floods in Selangor

Banjir besar: PM perlu jawab di Parlimen, tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja



 

Pakatan Harapan (PH) amat prihatin terhadap suara rakyat yang lantang mengkritik kelembapan Jemaah Menteri Kerajaan BN - PN dalam menghadapi malapetaka banjir luar biasa pada pertengahan Disember lalu.


Menurut Majlis Presiden PH, kematian hampir 50 mangsa dan kerosakan harta benda perlu dipertanggungjawabkan ke atas Jemaah Menteri kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lewat bertindak balas.


"Suara rakyat kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respons Jemaah Menteri yang sangat lembab atau dilihat setakat ‘berwayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada Semptember lalu.


"Kesan banjir besar dari segi kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa hampir 50 orang kali ini amat ketara dan mengguris hati.


"Malah fenomena ini telah membuka mata kita semua kepada realiti bahawa perubahan iklim dan aktiviti manusia khususnya pembalakan berleluasa dan pembangunan yang tidak mampan akhirnya memberi kesan yang amat negatif buat rakyat," kata kenyataan Majlis Presiden.


Sehubungan itu, Majlis Presiden PH mahu sidang khas Parlimen dipanggil dan satu suruhanjaya siasatan khas dibentuk bagi menyelidiki punca sebenar kelewatan proses evakuasi mangsa banjir pada 18 Disember lalu dan mengapakan tiada koordinasi yang berkesan antara agensi agensi Kerajaan Persekutuan menghadapi bencana berskala besar.


"Majlis Presiden PH berpendirian YAB Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri wajib memberi penjelasan penuh dalam satu sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar ini.


"Pada masa yang sama, kami turut berpandangan Kerajaan perlu menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja, selaras dengan titah Tuanku bahawa satu pascanilai (postmortem) banjir besar ini dilakukan, termasuk juga buat Sabah dan Sarawak.


"Ini bagi mengenalpasti segala kelemahan perancangan dan kelewatan pelaksanaan dapat diatasi, termasuk kepincangan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut berhubung 6 kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang telah diberi milik untuk tujuan pembangunan," kata mereka.


Majlis Presiden dalam pada itu turut mengucapkan jutaan terima kasih buat semua petugas, sukarelawan dan dermawan yang telah membantu dalam pelbagai misi menyelamat, membersih, dan memulihkan kawasan-kawasan yang sangat terjejas akibat banjir yang berlaku dalam beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada 18 Disember lalu.

"Malah tenaga dan semangat para sukarelawan mungkin diperlukan lagi bagi membantu menghadapi gelombang kedua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.


Bahaya penduduk Gebeng berjiran dengan 'radioaktif' - Lee Chean Chung



Kelulusan membina Pelupusan Sisa Radioaktif (PDF) di Gebeng dianggap luar biasa kerana kawasan tersebut mempunyai manusia, aktiviti harian dan merupakan kawasan industri, bukannya kawasan terpencil tidak berpenghuni.

Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, kelulusan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi membina tapak pelupusan sisa radioaktif kilang Lynas tersebut perlu dikaji semula dari semua aspek.

"Ini merupakan satu kelulusan paling “luar biasa” pada tahun 2021. Sekiranya PDF dibina di tapak Gebeng, lebih 10,000 pekerja di sana dan beribu-ribu penduduk di 5 Kampung, 9 buah institusi pelajaran dan 12 taman perumahan akan “berjiran” dengan sisa radioaktif.

"Tapak Pelupusan Kekal (PDF) tersebut akan disimpan dengan sisa yang berunsur Thorium dan Uranium. Adakah sesuai untuk menyimpan sisa-sisa radioaktif ini di kawasan yang pesat dengan kegiatan manusia? Dalam jangka masa panjang, siapa yang akan mengurus dan menyelenggara kemudahan tersebut?

"Laporan Agensi Alam Sekitar (EIA) turut menyentuh hujan lebat akan mengakibatkan air dalam PDF melimpah keluar, dan mungkin mencemarkan Sungai Balok. Bukankah risiko ini bakal menjejaskan mutu hasil tangkapan ikan dan keselamatan air? Adakah keputusan kelulusan ini bertanggungjawab tanpa mengambil kira aspek tersebut?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_34f2d1d8c153446cbd404fef6fac7058~mv2.jpg/v1/fit/w_300,h_219,al_c,q_20/file.jpg

Bantahan kilang Lynas sejak sedekad tidak diendahkan

Selain berdekatan dengan kawasan dipenuhi penduduk, menurut Chean Chung lagi, Gebeng mungkin tidak terkecuali daripada dilanda banjir besar pada masa hadapan, memandangkan perubahan iklim telah menyebabkan kawasan Karak dan Bentong yang tidak pernah dilanda banjir bandang mengalami kerosakan yang teruk dalam banjir pertengahan Disember lalu.

Katanya, jika tapak perlupusan sisa berkenaan ditenggelami banjir maka kesannya akan menjadi lebih buruk.

"Banjir yang berlaku kelmarin telahpun mencecah rekod paras air yang tinggi dalam tempoh 50 tahun. Kebanyakan tempat yang tidak pernah banjir telah tenggelam. Adakah EIA mengambil kira risiko perubahan iklim?

"Laporan turut menyatakan bahawa air bawah tanah tidak akan tercemar melainkan berlakunya kejadian luar biasa. Adakah kerajaan yang gagal mengesan banjir yang melanda minggu lepas, dapat memantau pencemaran air bawah tanah? Siapakah yang bertanggungjawab dan memberikan amaran awal?" katanya lagi.

Oleh itu, Chean Chung mahu pihak berkuasa mengkaji semula kelulusan yang diberi kerana di negara yang mempunyai industri berkaitan radioaktif, PDF biasanya dibina di kawasan gurun atau rizab Persekutuan yang tidak mempunyai penghuni, bukannya di tapak kawasan perindustrian.

 



Pelbagai pihak mula meragukan kenyataan pihak berkuasa bahawa banjir besar di Pahang pertengahan Disember lalu tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan.


Selain keanehan kawasan yang biasanya tidak dilanda banjir bandang seperti Karak, Lanchang dan Bentong, rakyat juga hairan melihat banjir kali ini membawa sisa balak hanyut yang teramat banyak, malah di beberapa bahagian Lebuh raya Pantai Timur arah Terengganu dipenuhi batang batang balak bersimpang siur.


Bagi Presiden Alam Malaysia, sebuah NGO alam sekitar, Khaidir Ahmad, balak hanyut bukan sahaja merosakan tanaman penduduk kampung yang dilanda banjir malah telah merempuh rumah dan beberapa keluarga tidak lagi mempunyai kediaman selepas banjir.

Katanya, beliau keliru dengan kenyataanJabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung banjir lumpur berserta sisa kayu itu kerana hanya merujuk Hutan Simpan Lentang yang dikatakan tidak berlaku pembalakan.


Sedangkan katanya, banjir melanda rangkaian Sungai Semantan dari Telemong, Bentong dan Karak hinggalah ke Lanchang, Mentakab dan Temerloh.


"Adakah banjir yang berlaku di rangkaian Sungai Semantan itu hanya berpunca dari apa yang dikatakan “kepala air” yang datang dari Hutan Simpan Lentang sahaja?


"Tidakkah kepala air itu juga datang dari Hutan Simpan Bukit Tinggi dan kawasan sekitarnya seperti Genting Highlands dan Janda Baik yang gondol, bukan hanya dengan kegiatan pembalakan tetapi juga penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan mewah dan pertanian haram?" tanyanya dalam muat naik di Facebook.


Khaidir juga mendakwa berlaku pembalakan di Hutan Simpan Lakum dan sekitarnya tetapi tidak diulas oleh JPNP.


BOLEH PERCAYA KAH HARGA BARANG INI BOLEH TURUN ?

 

4 barang keperluan turun harga mulai esok, kata KPDNHEP




Empat barangan berkenaan terlibat dalam pelarasan semula harga
 sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan.

BUKIT MERTAJAM: Ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang akan mengalami penurunan harga di seluruh negara bermula esok dalam usaha membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga munasabah.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, keempat-empat barangan itu terlibat dalam pelarasan semula harga sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan.

“Empat harga barang baharu berkenaan adalah di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang terlibat dalam pelarasan semula harga yang dibuat dengan mengambil kira situasi serta lokaliti sehingga 4 Feb nanti.

“Antara contoh penurunan bermula esok adalah harga ayam, iaitu daripada RM9.30 kepada RM9.10. Sama juga seperti tiga lagi barang keperluan makanan termasuk dua jenis sayur-sayuran berkenaan, turun lima hingga 10%,” katanya selepas program ‘walkabout’ operasi ‘Back To School’ (BTS) dan SHMMP di Pasar Raya Mydin di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, menerusi SHMKM pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 25,897 premis perniagaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu mengesan 85 kes pelbagai kesalahan perniagaan yang membabitkan nilai kompaun RM20,000 setakat semalam.

Beliau berkata, kompaun itu antaranya membabitkan kesalahan berkaitan perbuatan menjual barangan keperluan melebihi harga maksimum ditetapkan serta tidak meletakkan tanda harga.

Sementara itu merujuk kepada BTS Azman berkata, operasi itu bertujuan memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang keperluan sekolah sewenang-wenangnya dan mematuhi peraturan kawalan harga ditetapkan.

“Operasi ini dilaksanakan bermula 13 Dis lepas hingga 20 Mac tahun depan membabitkan sembilan jenis barangan keperluan sekolah yang terdiri daripada pakaian sekolah, beg sekolah, kasut sekolah dan peralatan pembelajaran. Setakat ini kami telah periksa 437 premis membabitkan 1,858 jumlah barangan,” katanya.


BUKA PONDOK PUN BOLEH SAJA USTAZ...

 

Panas! Pemimpin Pas tempelak tindakan MAIS tarik balik tauliah mengajar agama kepada orang politik



Panas! Pemimpin Pas tempelak tindakan MAIS tarik balik tauliah mengajar agama kepada orang politik

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani menyifatkan langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik serta menamatkan tauliah mengajar kepada aktivis politik hanya melebarkan lagi jurang di kalangan umat Islam.

Malah, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, tindakan sedemikian hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.

“Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan.

“Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin.

“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin,” katanya kepada Malaysiakini.

Dusuki, yang pernah mendapat tauliah mengajar daripada Mais, mengulas langkah Selangor menarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik.

Semalam, Mais mengumumkan, tauliah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Dis.

Pengerusi Mais Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Bagaimanapun, exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal berkaitan politik.

Mengulas kesan penamatan tauliah itu kepada kepimpinan PAS yang dilihat paling terkesan, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata apa yang berlaku itu hanyalah ujian dari-Nya.

Namun, Ahmad Dusuki berkata dalam dunia serba canggih hari ini pelbagai cara dapat dibuat bagi menyampaikan dakwah.

“Setiap ujian dan mehnah ada pahala yang Allah sediakan.

“Kerja-kerja dakwah tetap jalan dengan banyak cara yang ada di zaman teknologi ini. Semuanya di nilai di sisi Allah SWT,” katanya.

Politik Islam lwn politik sekular

Mengulas lanjut langkah penamatan tauliah itu, Ahmad Dusuki berkata Mais seharusnya memberikan fokus ke arah mengimarahkan rumah-rumah Allah agar umat Islam tidak terus menjauh.

“Bagi kami, fokuskan ke arah pengimarahan masjid di musim pendemik yang melengangkan masjid semenjak dari dua tahun kebelakangan ini dari menjauhkan masyarakat dekat kepada Allah.

Dia juga menjelaskan terdapat perbezaan antara politik islam dan politik sekular.

“Kena ada perbezaan antara politik Islam dan politik sekular, (kena ada perbezaan antara) politik yang diajar oleh Rasulullah SAW dan politik yang diajar oleh musuh.

“Politik Islam ajarlah kepada masyarakat,” katanya.

OWHHHH- JAGA HUTAN BAIK BAIK....



 



APA SALAHNYA SALING BANTU MEMBANTU?

 

Saya tidak bersetuju kenyataan Azhar Idrus

APA SALAHNYA SALING BANTU MEMBANTU?

Sebelum isu ini... kita dpt melihat pemuda2 India dtg membantu umat Islam membersihkan masjid yg teruk dilanda banjir. Jadi kenapa UAI melarang pelajar2 Islam bantu membersihkan rumah ibadat mereka?

Selepas pemuda2 India berbuat demikian, pelajar2

Universiti Islam Antarabangsa ini menunjukkan tolenrasi dan keindahan akhlak Islam dgn membalas budi baik mereka dgn dtg membantu membersihkan kuil pula. Jadi apa masalahnya?

Islam ajar bertolenrasi dan membantu mereka yg dlm kesusahan. Bukannya mereka hadir setiap hari berbuat demikian tanpa sebab. Bukannya mereka dtg sembah objek2 di situ dan mereka lakukan dgn batas2nya. Musibah banjir ini sebenarnya antara hikmahnya menyatukan kita pelbagai bangsa yg teruk dipisahkan oleh org2 politik.

Utk saya yg cetek ilmu agama ini tak salah utk kita berbuat baik dan saling membantu. Bagi saya yg salah kita golongan agama saling bantu membantu pemimpin2 korup, salah guna kuasa, bersuhabat merampas kuasa rakyat dan mengapi apikan isu perkauman.

Di luar negara Gereja siap benarkan azan di tempat mereka. Di NZ org Kristian menjaga luar masjid takut umat Islam diserang ketika solat dan byk lagi tolenrasi mereka kpd Islam. Begitu tolenrasi Islam kpd mereka.

Kita tunggulah Dr Rozaimi utk ulas selanjutnya kerana ia dlm bidang ilmunya terutama bab isu Ta'awun. Saya sekadar berikan pandangan, mungkin saya betul mungkin saya salah... Wallahuallam.

 



DIZAMAN SERBA BERINTERNET PUN ADA LAGI YANG MENYANGKA RAKYAT TAK CELIK MATA

 


HAMDAN TAHA

Kita sekarang berada penghujung tahun 2021 besok adalah 31 Dec bermakna tamat lah tahun 2021 dan muncul lah tahun 2022. Kita telah berada di tahun serba maju dan bermaklumat sehinggakan sekarang anak anak yang baru dua tahun pun dah pandai mengunakan HP dan Komputer begitu lah berilmu dan bermaklumatnya insan di dunia sekarang tak kira kita berada di mana dengan syarat ada internet...

Walaupun pun rakyat bermaklumat dan telah bijak berfikir berasaskan maklumat tapi pimpinan politik dan pentakbir kerajaan masih berada di tahap tahun 70 an. Pemikiran mereka tidak berkembang ikutnya kemajuan dunia mereka masih lagi bekerja dengan sindrom penafian dalam semua hal untuk menutup kesalahan kelompok mereka...mereka fikir rakyat malaysia ini masih lagi membaca utusan malaysia,harakah dan melihat tv 1 dan tv 3 sebagai rujukan harian....cuba kita lihat kenyataan

1. Pengarah hutan Pahang dalam kenyataannya menyebut banjir di janda baik dan mentakab tidak ada kena mengena dengan pembalakan. Kayu kayu yang hanyut di bentong dan di janda baik adalah kayu atau pokok yang di bawa arus kepala air....

2. Tasik cini di sekelingnya adalah kawasan tadahan hujan dan tidak pernah ada pembalakan atau melombong di sana

3. Exco kerajaan selangor cuba menafikan bahawa berlakunya banjir ini melibatkan salah urus kerajaan negeri sebaliknya kerana laluan air yang di buat di KL antara puncanya selangor banjir

4. Kerajaan pusat pula meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri apabila berlaku banjir. Menteri Besar hentam PM dan Tan Sri Noh Omar begitu lah sebaliknya saling tuduh menuduh dan tidak mahu tunduk dan mengakui kedua duanya bersalah dalam banyak hal walaupun bukan di zaman mereka menjadi PM dan MB

5. Penyokong parti mengambil kesempatan saling salah menyalah antara mereka supaya mereka boleh jadikan modal pru ke 15 nanti

Semua ini berlaku dalam negara kita...banjir berterusan dan rakyat terkesan tapi parti parti politik bertelagah mencari kesalahan pihak lawan

Pegawai kerajaan pula terpaksa buat kenyataan media tidak berani berdepan pemberita dalam isu pembalakan dan isu isu lainnya. Mereka sedaya untuk menyelamat pihak tertentu terutama pihak istana. Sebenarnya dari zaman ujudnya sultan lagi rakyat telah di peralat dan di perguna oleh mereka...Sultan dari ujudnya Sultan telah ada dalam fikiran mereka harta negara adalah harta Raja,hasil hutan,lombong dan hasil bumi semuanya di katakan hak mereka...

Hancurnya negara bila Sultan menjadi ahli perniagaan. Menteri Kewangan juga berniaga seperti Tun D,Menteri Besar juga berniaga dan berlumba lumba membeli rumah di london,Menteri juga berniaga dan lebih parah Perdana Menteri juga adalah ahli Perniagaan maka di sebabkan semua berniaga bila ada isu besar mereka kelam kabut menuduh dan mencari kesalahan musuh musuh politik mereka...

Lebih teruk lagi IGP,Peguam Negara,Hakim Hakim,Ksu dan Ksn juga adalah merangkap ahli perniagaan....

Kalau dah mereka semua berniaga tersepit lah rakyat....susah lah rakyat ....dan sebenarnya kita telah memanggil kemurkaan Allah.swt....ini yang terjadi pada kita....

Selamat menyambut tahun baru...semoga ada sinar di hadapan buat semua...

Ampunkan lah dosa dosa kami Ya Allah

 

BANJIR dan KAYU BALAK.




SAMSUDIN NAWAWI


Gambar dan video boleh edit, tapi apa yang kita nampak di mata sendiri terutama oleh orang yang berada ditempat kejadian atau yang menjadi mangsa kejadian tidak boleh edit.

Keadaan sebelum, semasa dan selepas kejadian juga kalau direkodkan melalui gambar dan video juga boleh di edit.

Itu lah dunia media baru atau media sosial.

Di sini lah letaknya pertembungan dua pihak. Satu pihak yang menuduh dan satu pihak lagi yang mempertahan.

Yang menuduh ada hujahnya dan kalau yang mempertahan tersalah hujah balasnya, maka persepsi awam akan berpihak kepada yang menuduh.

Kita sebagai orang yang di luar gelanggang hanya boleh memerhati, mendengar dan membaca jawapan terutamanya oleh pihak berkuasa negeri.

Kini penafian ialah apa yang hanyut itu balak. Kata mereka itu kayu2 yang tercabut yang dihanyutkan oleh kepala air yang deras. Tapi ada pula gambar kayu itu dipotong mcm kerja gergaji. Ada juga yang kata kayu kecil2 itu bukan balak. Itu debris. Kalau debris, datang mana debris itu? Dari kawasan pembalakan atau dari kawasan pembersihan (clearing) hutan? Kedua2 itu perlu kelulusan kerajaan. Kalau tiada kelulusan, itu haram. Kalau haram kenapa selama ini dibiarkan?

Jawapan mengatakan pemantauan drone telah menunjukkan tiada penebangan hutan. Berapa jauh drone itu boleh dikendalikan dari tempat beradanya remote monitor? Adakah laporan melalui drone itu conclusive sehingga tidak menunggu lagi untuk mengeluarkan statement?

Sudahnya kita dihidangkan dengan laporan drone yang berbeza dari pihak lain terutamanya pihak yang pergi sendiri ke tempat kejadian.

Tapi apa yang dibentangkan dibawah ini, secara tersurat dan tersiratnya ada lah pengakuan bahawa yang hanyut itu adalah kayu balak.

Kredit : https://m.facebook.com/story.php...

Notis Awam Mengenai Kayu Tak Dituntut telah ditampal di kawasan berhampiran Jambatan Sri Telemong pada hari ini. Mana-mana pihak yang ingin menuntut hak keempunyaan ke atas kayu-kayu balak tersebut bolehlah berbuat demikian sebelum atau pada 11 Januari 2022.

Manakala notis di dua lokasi iaitu di Sungai Perdak dan Sungai Temeriak akan ditampal pada esok, 31 Disember 2021.

Kerajaan Negeri dan pihak penuntut adalah tertakluk kepada Seksyen 77 Akta Perhutanan Negara 1984.