Selepas lapor SPRM terhadap MB Kedah, NGO terima notis tuntutan RM10 juta

 


Sebuah syarikat swasta menghantar notis tuntutan RM10 juta terhadap setiausaha sebuah NGO yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Indrani Selavakumar berkata, dia menerima notis tuntutan bertarikh 15 September daripada syarikat yang mendapat projek pembangunan KXP menerusi peguam tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership.

“Notis itu dihantar ke alamat rumah saya, memberi masa dua hari untuk meminta maaf selain membayar RM10 juta.

Selepas lapor SPRM terhadap MB Kedah, NGO terima notis tuntutan RM10 juta

“Selain itu, notis itu juga meminta kami agar menyerahkan semua bukti dan rakaman mengenai laporan SPRM dan polis terhadap projek KXP,” kata Indrani dalam sidang media hari ini di Puchong, Selangor.

Malaysiakini telah menghubungi peguam Rosli Dahlan untuk mendapatkan komen.

Terdahulu, pada 10 Sept, Indrani mewakili Pertubuhan Peneraju Insan membuat laporan kepada SPRM terhadap Muhammad Sanusi.

Dalam laporan itu, Sanusi didakwa menganugerahkan projek membangunkan KXP kepada sebuah syarikat yang dikatakan masih dalam siasatan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia mendakwa syarikat itu disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sementara itu, Indrani berkata dia bersedia berdepan dengan syarikat itu di mahkamah.

“Laporan kami terhadap MB Kedah. Jadi, kami sedia berdepan tindakan mahkamah,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news

PENYELEWENGAN DI SPRM: MENTERI TAK JAWAB SOALAN


Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram, batal perbicaraan

 

Hasimi Muhamad
Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram, batal perbicaraan
Rosmah gagal dalam cubaan batalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion terhadapnya serta menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan kes itu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam cubaan membatalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion terhadapnya membabitkan projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas memutuskan pelantikan Sri Ram oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah.
Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata beliau percaya Sri Ram berada dalam kemampuannya sepertimana pelantikan.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 9 September lalu sebagai tarik keputusan permohonan berkenaan, namun ditangguhkan pada hari ini.
Sri Ram sebelum ini berhujah, pelantikan beliau selaku pendakwa raya bermula 30 Ogos 2018, adalah sah.
Ini kerana Seksyen 50(b) Akta Tafsiran 1948/1967 (Akta 388) menyatakan mana-mana badan boleh melantik individu yang sesuai secara kebelakang untuk melaksanakan tugasnya.
Hujah Sri Ram, Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah pula memberi kuasa kepada Peguam Negara melantik timbalan pendakwa raya untuk menjalankan tugas pendakwa raya.
Sehubungan itu, beliau berhujah, pelantikan yang dibuat oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah walaupun surat lantikan ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bertarikh 21 Mei lalu.
Sementara, Jagjit berpendapat pelantikan Sri Ram bertujuan untuk mengendalikan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan tidak berkaitan dengan kes solar Rosmah.
Rosmah, 69, memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju memberikannya kepada pasukan pembelaan.
Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lalu.
Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.
Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Peguam Negara ketika ini, iaitu Tan Sri Idrus Harun.
Pada 15 November 2018, Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor, bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Kes Rosmah Mansor | Keputusan permohonan gugur Sri Ram 9 September

KES BID COVID 19: OTAI MAHU SURUHANJAYA SIASATAN


NUTP bidas kaji selidik dedah guru buat jenaka seksual

 

Menurut Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan, ramai guru meluahkan rasa jelik terhadap kaji selidik itu dan menolak dapatannya.

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menolak laporan kaji selidik yang mendedahkan 44% daripada 1,056 responden wanita mengakui pernah mendengar guru membuat jenaka provokatif secara seksual dan menganggapnya sebagai satu kajian yang sangat tidak saintifik.

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan berkata, kaji selidik dan kumpulan yang menjalankan kaji selidik itu bersikap “tidak adil dan tidak bertanggungjawab” apabila peratusan itu hanya merangkumi 0.003% daripada populasi rakyat Malaysia, menyebabkan ia bukan hanya tidak tepat tetapi salah.

Katanya, ramai guru meluahkan rasa jelik terhadap kaji selidik itu dan menolak dapatannya.

Wang berkata, dapatan kaji selidik yang secara terang-terang tidak tepat itu dilihat tidak berlaku adil kepada guru di Malaysia yang bekerja keras melaksanakan tugas masing-masing terutama ketika melalui kesukaran pada saat pandemik Covid-19.

Wang Heng Suan.

“Kaji selidik ini ternyata tidak adil kerana ia tidak merangkumi responden mencukupi di seluruh negara. Jika jumlah responden lebih besar, saya yakin keputusannya mungkin berbeza.

“Kaji selidik seperti ini hanya mencalar imej guru dan mempengaruhi orang awam untuk mempunyai persepsi negatif terhadap profesion perguruan. Orang tidak tahu mengenai jumlah sebenar responden, sebaliknya hanya membuat rumusan berdasarkan tajuk dan beberapa perenggan awal,” katanya kepada FMT.

Selasa lalu, laporan memetik kaji selidik yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) mendapati wanita berusia 18 hingga 30 tahun mengakui sering berdepan gangguan seksual manakala 44% mendedahkan pernah mengalami atau menyaksikan guru membuat jenaka provokatif secara seksual.

Manakala 45% responden mendakwa mereka tidak pernah mengalami atau menyaksikan guru membuat jenaka provokatif itu dan 11% pula tidak pasti atau tidak ingat sama ada pernah mengalaminya ketika di sekolah.

Kaji selidik seluruh negara dijalankan oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) dengan kerjasama All Women’s Action Society (AWAM) yang membabitkan seramai 1,056 responden itu bertujuan untuk mengenal pasti sama ada mereka pernah mengalami gangguan seksual ketika melakukan aktiviti harian.

Wang menggesa kumpulan terbabit supaya menjalankan kajian lebih jujur dan menyeluruh pada masa hadapan yang merentasi pelbagai golongan populasi termasuk guru, pelajar dan ibu bapa.

“Majoriti guru di luar sana mengambil serius tugas masing-masing dengan matlamat utama untuk mendidik pelajar.

“Guru juga sentiasa meningkatkan nilai masing-masing untuk berdepan dengan suasana pengajaran secara digital dan penggunaan aplikasi serta alat bantuan mengajar yang baharu. Mereka tidak mempunyai banyak masa untuk membuat jenaka seperti itu,” katanya.

Graduan menganggur digesa perkukuh kemahiran sedia ada

 


Universiti awam menawarkan sejumlah kursus peningkatan kemahiran dan seorang ahli akademik menggesa pencari kerja memanfaatkannya.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyarankan agar graduan menganggur memperkukuh kemahiran sedia ada supaya ia dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Mohan Rathakrishnan dari Universiti Utara Malaysia berkata, graduan patut mengikuti kursus jangka pendek atau sambilan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada mereka, berbanding berusaha memperoleh kemahiran baharu.

“Sebagai contoh, graduan yang berkemahiran dalam perniagaan boleh mempertingkat kemahiran interpersonal dengan mengambil kursus jangka pendek atau sambilan berkaitan model perniagaan,” katanya.

Tambahnya, universiti awam menawarkan sejumlah kursus peningkatan kemahiran dan beliau menggesa pencari kerja memanfaatkannya.

“Saya dapat tahu ramai graduan menganggur sebaliknya mencari pekerjaan yang tiada kaitan dengan bidang pengajian mereka,” katanya kepada FMT.

Menurut Mohan, kursus yang ditawarkan dapat mencetuskan kreativiti, mendorong graduan untuk menjadi mandiri dan inovatif, selain membina keyakinan dalam kemampuan mereka, untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan.

Katanya, graduan yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak tahu bagaimana caranya patut mengikuti kursus-kursus ini.

Kursus-kursus ini katanya, menyasarkan untuk membantu penciptaan pertumbuhan pendapatan dalam jangka masa pendek.

“Sebagai contoh, graduan yang berkemahiran dalam perniagaan boleh mempertingkat kemahiran interpersonal dengan mengambil kursus jangka pendek atau sambilan berkaitan model perniagaan,” katanya.

Tambahnya, universiti awam menawarkan sejumlah kursus peningkatan kemahiran dan beliau menggesa pencari kerja memanfaatkannya.

“Saya dapat tahu ramai graduan menganggur sebaliknya mencari pekerjaan yang tiada kaitan dengan bidang pengajian mereka,” katanya kepada FMT.

Menurut Mohan, kursus yang ditawarkan dapat mencetuskan kreativiti, mendorong graduan untuk menjadi mandiri dan inovatif, selain membina keyakinan dalam kemampuan mereka, untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan.

Katanya, graduan yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak tahu bagaimana caranya patut mengikuti kursus-kursus ini.

Kursus-kursus ini katanya, menyasarkan untuk membantu penciptaan pertumbuhan pendapatan dalam jangka masa pendek.

Universiti juga dapat membantu graduan-graduan ini membina hubungan dengan penggiat industri, tambahnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penganggur meningkat kepada 778,200 orang setakat Julai, manakala kadar pekerjaan kekal pada 4.8% seperti bulan sebelumnya.

Umno masih ‘bergelut’ walaupun dapat jawatan PM, kata penganalisis

 

Menurut penganalisis, untuk jangka pendek Umno perlu bersatu, susun semula pemimpin yang ada integriti dalam barisan Majlis Tertinggi parti.

PETALING JAYA: Kenyataan terbaharu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno sudah bersifat seperti “perusahaan komersial”, berperangai tamak, selain prinsip akhlak hancur berkecai memberi gambaran bahawa krisis dalaman parti itu belum reda walaupun menerajui kerajaan.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, Umno masih lagi menghadapi krisis keyakinan antara pemimpin tertinggi dan sudah sampai masanya parti itu menukar pemimpin yang dilihat bermasalah bagi memastikan mereka kembali bangkit dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Umno kena buat ‘rebranding’ dan tukar pemimpin bermasalah, jika tidak sukar untuk bangkit semula bila PRU15 nanti.

“Untuk jangka pendek Umno perlu bersatu padu \antara ahli, susun semula pemimpin yang ada integriti sahaja yang layak duduk dalam barisan Majlis Tertinggi Umno,” katanya kepada FMT.

Katanya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno perlu bertahan menerajui Putrajaya pada saat kedudukan parti yang diwakilinya masih bermasalah dan beliau perlu terbuka berbincang dengan parti lain termasuk dalam Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan pentadbiran kerajaan tidak terjejas

“Ismail perlu bertahan dan kena rujuk semua parti komponen dalam PN sebelum buat keputusan besar. Jangan buat keputusan seorang. Perdana menteri kena sentiasa ingat Umno bukan seperti dulu, dominan, Umno sekarang menumpang orang lain (menerajui kerajaan),” katanya.

Sementara itu, Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan berpandangan Umno sebenarnya menghadapi masalah dengan generasi veteran politik yang masih ingin mendominasi kepimpinan parti.

“Ini menyebabkan generasi pelapis yang ingin menggantikan kepimpinan Umno menghadapi krisis keyakinan antara veteran dan pemimpin pelapis. Situasi ini akhirnya menyebabkan Umno sendiri ketandusan pemimpin yang mampu mengimbangi pengaruh kumpulan veteran dengan pemimpin muda.

“Umno kena buat ‘rebranding’ dan tukar pemimpin bermasalah, jika tidak sukar untuk bangkit semula bila PRU15 nanti.

“Ini menyebabkan generasi pelapis yang ingin menggantikan kepimpinan Umno menghadapi krisis keyakinan antara veteran dan pemimpin pelapis. Situasi ini akhirnya menyebabkan Umno sendiri ketandusan pemimpin yang mampu mengimbangi pengaruh kumpulan veteran dengan pemimpin muda.

“Kemungkinan situasi ini menjurus kepada krisis kepimpinan Umno dalam menghadapi cabaran realiti politik kerajaan perpaduan. Akibat daripada aspirasi pemimpin muda dalam Umno yang melihat corak bagaimana Umno perlu dikemudi sesuai dengan perubahan zaman yang bertentangan dengan aspirasi veteran politik Umno,” katanya.

Katanya, veteran Umno juga tidak boleh menyalahkan generasi yang menerajui Umno ketika ini.

Tengku Razaleigh menerusi kenyataan terbaharu berkata, “Umno Baru” yang tertubuh pada 1988 kini sudah bersifat seperti “perusahaan komersial”, berperangai tamak, selain prinsip akhlak hancur berkecai.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menyatakan jiwanya masih setia bersama Umno yang tertubuh pada 1946.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau ‘agent of necessity’ untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat,” kata Ku Li.


RENTASAN 972 | PELAKSANAAN HAK PENGAMPUNAN DIRAJA TERHADAP ANWAR TIDAK B...





MENARIK DALAM RENTASAN 972
1. JUDI - APAKAH INI CARA PULIHKAN EKONOMI? 2. PENGAMPUNAN ANWAR - SIAPA DALANG CABAR KUASA AGONG? 3. MADU DIBERI TUBA DIBALAS 4. JANGAN ANAK-TIRIKAN EKONOMI LUAR BANDAR



BUDAYA POLITIK KHIANAT BN & PN! MOU BUKAN SELAMATKAN ISMAIL SABRI/KALAU ...

Gobind , Fahmi mahu jawapan jelas isu kecurian barang kes SPRM

RESPECT PAS KERANA SENTIASA ADA DILIL

 

MOHD MUKHLIS


Satu benda yang saya respect pada PAS ialah mereka sentiasa ada dalil. Nak kafirkan orang masa nak bentang ruu355, ada dalil dia. Time depa tangguh ruu355 pun ada dalil yang lain. Banjir negeri DAP depa kata bala, kena tang mereka semua ini adalah takdir Allah. Dulu bukan main bising kata jawatan duta menteri zaman najb satu pembaziran, bila presiden mereka pula yang dapat jawatan duta gaji buta, mereka keluarkan satu dalil yang lain.

Cuma saya harap penyokong dan lebai mereka di kumpul bersama-sama, bukan apa, moga mereka boleh saling jamin menjamin antara satu sama lain. Tapi kalau penunggang agama silap petik dalil, silap-silap yang di tunggang dan yang menunggang semua dapat dua kali lipat azab. .

 

May be an image of 1 person and text that says "Hd Harakahdaily 16h Jawatan yang ditawar itu kepada individu yang layak dan berpengalaman. https://rfr.bz/f3a9fyq i HARAKAHDAILY.NET Jawatan bertaraf menteri bukan satu sogokan 485 166 Comments 10 Shares"




OLEH KERANA VIDEO INI TAK JUMPA MOHON KE FB UNTUK MENDENGARNYA

"Saya sebut Kanada ke kelmarin?" Nusi Kontena.
Mohon AADK tolong yurin mamat ni, stim dia lain machiam.
0:00 / 0:45
0:14
Salam takziah untuk semua rakyat Kedah
Add Friend
Message