BISINGLAH, JERITLAH…ASALKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT
Parlimenlah tempatnya untuk berbahas segala isu terkait kepentingan negara. Parlimenlah tempatnya untuk berpolitik.
Parlimenlah tempat untuk berbincang dan berbahas bagi menghasilkan solusi terhadap segala permasalahan pentadbiran negara.
Parlimenlah tempatnya untuk kita mendapatkan segala jawapan bagi pengurusan negara.
Parlimen bukan sekadar mendengar taklimat Menteri. Itu boleh dibuat dengan menghantar emel. Atau edarkan sahaja fotokopi segala maklumat berkaitan.
Kalau di bilik kuliah pun kita marah kepada mahasiswa yang sekadar baca nota ketika membentang, apatah lagi dalam soal kepentingan negara begini?
Bisinglah. Menjeritlah. Tekanlah. Asalkan jawapan untuk kepentingan rakyat dan negara dapat dipenuhi.
Netizen yang mengutuk itupun banyak yang buruk perangainya daripada yang dikutuk.
Cuma dia tak jadi Ahli Parlimen saja.
Kita semua setuju Parlimen bukan sarkas. Dan Parlimen juga bukan muzium.
Tetapi bagi sesetengah Ahli Parlimen, Parlimen hanya seperti sekolah petang, suka dia datang, tak suka dia ponteng memanjang.
-Sahul HM-
Banding kes Covid atas nisbah penduduk, bukan canang Selangor tertinggi - Dr Dzulkefly
\
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
menolak klasifikasi yang sering dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
menetapkan Selangor mempunyai kes Covid 19 tertinggi pada setiap hari.
Katanya, rakyat perlu diberitahu mengenai keadaan sebenar
berdasarkan nisbah penduduk. Beliau memberi contoh penduduk di Selangor yang
berjumlah 6.8 juta tidak sama nisbah jangkitannya jika dibanding dengan
penduduk Wilayah Persekutuan Labuan hanya sekitar 100,000 orang.
"Jika 68 kes di Selangor, ia sama dengan satu kes di Labuan.
Jika 100 kes di Labuan pula, ia sudah mencecah 6,800 kes di Selangor. Itu
persoalannya, kes ini mesti dinisbahkan dengan penduduk.
"Jangan hari-hari dalam sidang akhbar, kata Selangor
tertinggi sedangkan patut lakukan ujian seluruh negeri dan buat matriks yang
tepat. Jangan memangsakan Selangor," kata Dr Dzul dalam sesi ucapan Ketua
Pembangkang di Dewan Rakyat, semalam.
Selain itu, Dr Dzulkifly juga menyelar Kerajaan Persekutuan yang
sering menyalahkan Kerajaan Negeri kerana gagal mengawal Covid.
Tegas beliau, kuasa Kerajaan Selangor dalam bidang kesihatan
hanyalah sebagai pelengkap kepada kuasa persekutuan dan tidak boleh
mengambilalih peranan petugas perubatan persekutuan untuk diletakkan semua
beban kelemahan kepada Kerajaan Negeri.
"Kesihatan adalah kuasa Kerajaan Persekutuan. Itu kita sedia
maklum
"Kalau terbaik pun at best Kerajaan Negeri, Exco atau kalau
di Sabah dan Sarawak Menteri Kesihatannya hanya boleh memainkan peranan
complementary dan supplementary sahaja. Selama ada kerjasama (pusat dan negeri)
yang baik," katanya lagi.
Kegerunan dan kematian akibat Covid-19 kini real

1- Hari ini lebih 200 Kematian dicatatkan..Ada yang meninggal Dunia hari ini, Kemungkinan mereka itu sihat 2 Minggu yang lalu, Dan kita yang sihat hari ini, Belum tentu lagi untuk 2 Minggu akan datang, Begitulah Bencana besar melanda Rakyat hari ini dari kegagalan Kerajaan..
2- Berita kematian akibat Covid-19 hari ini berlegar disekeliling kita, Ada sahabat, saudara, dan kawan sekolah yang kita dapat khabar berita meninggal Dunia biarpun masih muda dan tidak berpenyakit.. ada yang hilang ayah , suami dan isteri..Baca laporan Akhbar, ada dikalangan Selebriti hilang ahli keluarga mereka yg sihat 2 minggu sebelum ini..
3- Cuba lihat data, 200 kematian tidak menurunkan kes di ICU.. Bayangkan Hospital di Kedah saja catatkan 15 Kematian, Hatta negeri kecil seperti Melaka catatkan 17 kematian.. Apa yang berlaku dilapangan ketika ini ? Ini dah tahap bencana..
4- Kematian hari ini real.. Apakah semata mata kerana wabak Covid-19.. Tidak.. Ia disebabkan masalah besar sistem Kesihatan kita, Hospital sekarang benar benar lumpuh..ramai yang tak diberi rawatan sempurna yg jadi sebab kematian.. bukan sebab wabak..Ia bukan cerita sensasi seperti dikatakan Kerajaan..Tetapi dari status Doktor sendiri di media sosial..
5- Jelas Kerajaan Gagal.. Memang Gagal.. Mereka yang positif hari ini berkeliaran disebabkan dasar Kerajaan sendiri.. ada yang beratur dimerata tempat, termasuk dalam kawasan perumahan..membeli makanan, Beratur sambil menunggu giliran..
6- Bayangkan Untuk dipakaikan Gelang pun mereka kena keluar rumah, mereka mungkin singgah beli makan, Mungkin naik kenderaan awam.. Begitu Bodohnya cara Kerajaan menguruskan wabak..apa guna PKPD..Mereka sendiri menjadi penyebab wabak itu masuk ke dalam komuniti baru, Ini lebih bahaya dari wabak dari Kilang yg hidup dalam komuniti mereka..
7- sistem Kesihatan kita benar benar teruk..Sudah tak terkawal, Doktor bukan lagi keletihan..ramai yang protes.. Tolonglah Mahiaddin, Jangan Terus membunuh Rakyat.. Bukan saja membunuh mereka dengan wabak, Tetapi membunuh masa depan dan Ekonomi rakyat..
8- Tapi ada Perdana Menteri acah acah dipotretkan di media dalam keletihan menjaga rakyat.. Sudah sudah lah..Cukup Selebriti Agama saja berlakon kesedihan… Menyampah aku tengok..Kalau tak mampu..Letak jawatan..Tidak ada siapa pilih kamu Mahiaddin.. Bukan urusan kamu pun.. Serahkan kepada yang mampu memegang Amanah..
9- Bertaubatlah Mahiaddin.. Impian muncul Hero dari Proses Vaksinasi tidak akan membantu kamu.. Jangan terus membunuh masa depan Rakyat..Ramai yang mati dan kehilangan kerja dan pendapatan.. Ini real Mahaiddin..
Ipohmali
Menteri kata doktor berhak berhartal, tetapi polis rakam keterangan - Fahmi
\\
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan jaminan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba semalam bahawa doktor kontrak yang
melakukan hartal pada hari Isnin lalu tidak diambil tindakan
Menurut, Fahmi, laporan media semalam menunjukkan sebaliknya
kerana pihak polis telah pun mengambil keterangan dari beberapa orang doktor
yang menyertai hartal.
"Kenyataan yang dibuat Menteri Kesihatan semalam, YB Tenggara
berkata, tidak akan ada apa-apa tindakan kepada doktor kontrak yang berhartal
walaupun mereka keluar semalam (Isnin), mereka berhak berbuat demikian.
"Namun hari ini ada laporan media dalam Malaysiakini,
sehingga jam 3:45 pagi tadi, polis merakam percakapan 12 doktor di MAEPS,
Serdang," katanya dalam sesi pagi Mesyuarat Khas Parlimen, hari ini.
Sehubungan itu, Fahmi mahu Dr Adham memberi penjelasan adakah
jaminan beliau semalam bahawa doktor kontrak boleh menyuarakan ketidakpuasan
hati adalah pendapat peribadi beliau sahaja.
"Saya ingin minta penjelasan adakah penjelasan YB Menteri
Kesihatan semalam itu bagi pihak kerajaan atau hanya Kementerian Kesihatan atau
hanya sebahagian dari kerajaan atau diri beliau sendiri.
"Kenapa masih ada tindakan ke atas doktor yang telah keluar membuat hartal pada Isnin lalu," katanya lagi.
KEH..KEH..KEH..PUAK PUAK NI SEMUA KELIRU ..KALAU YANG LELAKI PULA CARI BINI

Panas! Fahmi kata Mastura keliru tentang isu yang dibangkitkan di Parlimen
YB Mastura Yazid, rasanya YB keliru tentang isu yang dibangkitkan.
Apanya tidak, YB Kota Bharu pun bagi kenyataan yang mengelirukan Dewan dan seluruh Negara.
Bukan isu Darurat yang dipertikai. Tapi pengumuman oleh YB Kota Bharu bahawa 6 Ordinan Darurat telah dibatal Kerajaan pada 21 Julai.
YB Kota Bharu masih belum nyatakan adakah Kerajaan telah dapat perkenan Tuanku untuk batalkan Ordinan-Ordinan itu.
Jadi sekali lagi, saya tak salahkan YB Kuala Kangsar. Saya salahkan YB Kota Bharu.

BERKOKOK KAT LUAR JA KAU NAJIB
Mansuh Ordinan Darurat: Takiyuddin perlu jawab tiga persoalan utama - Najib Razak

ICU masuk ICU: Pelan Pemulihan Negara Tidak Mungkin Dicapai

POSTED BY AMIR WRLR
Oleh: Sim Tze Tzin & Dr Lee Boon Chye
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan data kapasiti
katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit ICU sehingga 24 Julai. Data ini
penting untuk membantu rakyat dan penggubal dasar menentukan dasar untuk
menangani kekurangan kapasiti ICU.
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) kerana mula memaparkan data KKM dalam Github supaya saintis data
boleh membantu menganalisis data-data yang dipaparkan. Dengan pemaparan data
ICU ini, barulah rakyat sedar tentang keadaan kritikal ICU di hospital awam.
Daripada data yang dipaparkan, kita mendapati kapasiti ICU di
banyak negeri dalam keadaan krisis. Boleh dikatakan kapasiti ICU telah masuk
ICU. Banyak negeri telah mencecah lebih 100%, sesetengah mencecah 200%. Ini
amat mengejutkan.
Pelan Pemulihan Negara
Menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN), pihak kerajaan telah
menetapkan 3 metrik yang akan dipertimbangkan untuk menentukan jika satu negeri
tersebut akan bertransisi dari satu fasa PPN ke satu fasa yang lain.
3 metrik yang akan dipertimbangkan adalah purata kes harian,
kapasiti dalam ICU, dan kadar vaksinasi. Sebagai contoh, satu negeri yang ingin
transisi dari Fasa 1 ke Fasa 2 haruslah mencapai purata kes harian kurang
daripada 12 per 100,000 populasi, sistem kesihatan awam tidak kritikal dengan
kapasiti ICU pada kadar sederhana, dan kadar vaksinasi penuh yang
sekurang-kurangnya 10%. Untuk ke Fasa 3 dan 4, purata kes dan kapasiti ICU
haruslah lebih rendah dan kadar vaksinasi haruslah lebih tinggi berbanding kondisi
yang dicontohkan.
Melihat situasi di Malaysia setakat hari ini, jelas ternyata
bahawa Malaysia tidak akan boleh mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan
seperti gambaran yang diberi oleh kerajaan. Memang, kadar vaksinasi yang
disasarkan berkemungkinan besar boleh dicapai, tetapi 2 lagi metrik tersebut
tidak boleh dicapai oleh kerana kegagalan kerajaan PN dalam melaksanakan tugas
dengan efisien. 2 masalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan adalah:
Meningkatkan kapasiti ICU di hospital awam
Ternyata dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sehingga
mencecah 17,000 kes sehari, kapasiti ICU di hospital awam telah dibebankan
dengan lebih banyak pesakit untuk dirawat.
Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan PN apabila isu ini
timbul?
Mereka tidak mengambil langkah awal untuk meningkatkan kapasiti
ICU, terutamanya dengan kuasa yang diberi kepada mereka di bawah Ordinan
(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 2021.
Pegawai-pegawai kami telah menggunakan data mentah yang diberi
oleh KKM di github dan membuat graf tentang situasi ICU di setiap
negeri di Malaysia dari 9 Mei 2021 hingga 24 Julai 2021 dan telah membuat
konklusi bahawa kerajaan PN tidak mengendahkan situasi ICU di beberapa negeri
walaupun kapasitinya dibebankan dengan jumlah pesakit yang melebihi
kapasiti maksimum.
Antara negeri tersebut adalah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk meningkatkan kapasiti ICU, bukan jumlah katil sahaja yang
harus ditingkatkan malah jumlah jururawat ICU, dan doktor juga haruslah
ditingkatkan di mana pihak kerajaan haruslah mencari avenue untuk mencari
jalan, tetapi mereka gagal.
Memahami situasi yang dihadapi, kerajaan bertanggungjawab untuk
mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif untuk menyediakan lebih kapasiti
ICU.
Purata kes harian
Dengan jumlah kes yang mencecah 1 juta dan kes harian pada tahap
17 ribu sehari. Mencapai metrik 4,000 kes sehari untuk transisi fasa adalah
tidak masuk akal.
Ternyata walaupun kadar vaksinasi cepat dan tinggi dapat
dicapai, tidak semestinya jumlah kes harian akan menurun dengan begitu banyak.
Adakah kerajaan akan mengubah metrik yang diumumkan dalam PPN?
Oleh itu, ternyata Pelan Pemulihan Negara hanyalah lagi satu
“Colossal Failure” oleh kerajaan dalam mengawal Covid-19 dan memulihkan negara.
Kerajaan gagal untuk mengeluarkan pelan yang efisien dan munasabah sekali lagi.
__________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru dan Ahli Parlimen
Gopeng
Batal Ordinan Darurat kompaun langgar SOP tidak lebih RM1,000, AMK tuntut penjelasan

POSTED BY AMIR WRLR
Kenapa mintak hari
Isnin baru nak jawab betul ke Agong dah setuju batal darurat pada 21 Jul baru
ni? Ada yg kata, sebab hari ini hari Rabu, biasanya PM jumpa Agong sebelum
meeting Kabinet. Jadi...kot ada yg 'terlupa' nak tandatangan...sempat lagi
tandatangan kan?
Nak cerai bini kena
bagitau bini, bagitahu anak2. Bukannya dok rahsia, tidur satu selimut seminggu,
bila bergaduh teruk, baru cakap hang dah ceraikan dia seminggu dulu lagi. Baru
nak bgtahu anak2. Siapa punya kerja camni? Siapa lagi, lebai Takiyudin la yg
jaga undang2...Bila dengar kecuh org nak buat undi, baru cakap ordinan darurat
tu dah lama dibatalkan. Bodo....
Susulan pemansuhan Ordinan
Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Takiyuddin Hassan dan didakwa dibuat pada 21 Julai lalu, Angkatan Muda KEADILAN
(AMK) Malaysia menuntut penjelasan berhubung akta-akta yang dibuat sewaktu
darurat lalu sama ada masih sah dikuatkuasakan.
Menurut kenyataan Pengerusi
Biro Guaman & Undang-Undang AMK, Chiew Choon Man dan Exco Biro Guaman &
Undang-Undang AMK, Gavin Way, pengumuman menteri yang separuh masak itu telah
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat kerana mengikut prosedur,
pemansuhan Ordinan Darurat perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan
Agong sebelum rasmi diperakukan.
"Seperti yang dimaklumkan
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat,
semua 6 Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat telah
dibatalkan kerana kerajaan telah menarik balik ordinan berkenaan pada 21 Julai
lalu.
"Walau bagaimanapun,
pengumuman Menteri yang tidak berasas ini hanya menimbulkan kekeliruan kerana
pembatalan tersebut belum diwartakan sejak 21 Julai
"Adalah pengetahuan umum
bahawa susulan daripada pembatalan Ordinan Darurat, semua kompaun di bawah Akta
342 tidak boleh melebihi RM1,000.
"Oleh itu, kekeliruan dari
segi pelaksanaan undang-undang ini menyebabkan ketidaktentuan status semua
kompaun yang dikeluarkan selepas tarikh pembatalan ordinan. Adakah kompaun sah
dan berapakah amaun yang perlu dikenakan di bawah kompaun ini?" tanya
mereka.
Tambah mereka, menteri juga
harus menjelaskan apakah penamatan Darurat tersebut bermakna Pilihan Raya
Negeri Sarawak dan beberapa Pilihan Raya Kecil perlu diadakan segera atau akan
ditangguhkan lagi menggunakan peruntukan undang-undang yang lain.
"Pembatalan Ordinan
Darurat juga menimbulkan persoalan mengenai kewajiban untuk melaksanakan
Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil di beberapa kawasan
Parlimen.
"Sehubungan itu, AMK
meminta penjelasan daripada kerajaan dengan kadar segera kerana kedaulatan
undang-undang tidak boleh dikompromi semata-mata demi kepentingan politik
kerajaan Perikatan Nasional. Rakyat yang terkesan di bawah pemasyuran atau
pembatalan Ordinan Darurat berhak mengetahui dengan lebih lanjut keadaan yang
sebenar," kata mereka lagi.
Tegas pimpinan AMK berkenaan,
segala proses pembatalan Ordinan Darurat perlu mematuhi prosedur di bawah
Perkara 150 (2C) dan (3) Perlembagaan Persekutuan.
Ordinan Darurat hanya boleh dibatalkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong atau apabila terdapat ketetapan diluluskan oleh Parlimen bagi mengungkaikan ordinan tersebut.
KERAJAAN YANG MEMALUKAN, APAKAH PERKENAN AGONG BATAL DARURAT BARU MAHU DIPOHON JUMAAT NANTI?
Sebagai rakyat dan warganegara, kita tentunya ada hak untuk berasa malu dengan kerajaan dan perangai pemimpin PN yang ada sekarang berhubung isu pembatalan proklamasi darurat yang dilakukan secara mengejut semalam.
Apa yang berlaku itu juga memperlihatkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin seperti tidak faham dan tidak tahu mentadbir negara mengikut lunas-lunas perlembagaan.
Tindakan kerajaan melalui Takiyuddin Hasan mengumumkan bahawa darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu tetapi berdolak-dalik untuk menjelaskan sama ada perkara itu sudah mendapat perkenan Agong atau belum, dengan sendirinya menunjukkan kerajaan ini hilang wibawanya di mata rakyat.
Lebih buruk lagi, Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun pula seolah-olah melindungi Takiyuddin untuk memberi jawapan segera mengenainya.
Jika benar sudah ada perkenan Agong, apa yang susah sangat untuk Takiyuddin mahu mengatakan ia atau tidak dan mengapa juga Speaker perlu memberi masa sehingga Isnin bagi perkara itu diperjelaskan kepada rakyat?
Di mata mereka yang waras, sudah tentu ini memberi gambaran perkenan Agong sebenarnya tidak atau belum lagi diperolehi?
Apakah ia bermakna Jumaat nanti ketika Mahiaddin menghadap Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet, barulah perkenan baginda mahu diperolehi?
Mesyuarat mingguan kabinet diadakan setiap Rabu, tetapi apabila ada sesi Parlimen bersidang, ia diubah kepada hari Jumaat.
Jika begitu, bagaimana pembatalan darurat boleh lebih dulu diumumkan sebelum perkenan Agong diperolehi?
Dalam hal ini adalah disyaki tindakan mengumumkan darurat sudah dibatalkan adalah untuk meredakan kepanasan sidang khas Parlimen ini dan bagi mengelakkan serangan lebih keras kepada kerajaan oleh blok pembangkang.
Tetapi, tidakkah Mahiaddin sedar bahawa sebagaimana untuk mengisytiharkan darurat ia memerlukan perkenan Agong, maka untuk membatalkannya juga perlukan perkenan baginda?
Sesungguhnya apa yang berlaku ini bukan saja amat memalukan dari segi kewibawaan kerajaan dan Perdana Menteri dalam mematuhi perlembagaan, malah memperlihatkan sekali lagi penderhakaan yang nyata kepada Agong jika terbukti perkenan baginda belum diperolehi lagi.
Ehhh…berapa kali nak derhaka dalam setahun?
Tidak pernah negara kita ada kerajaan dan Perdana Menteri yang begini lekeh dalam mengurus negara.
Semalam pula, selepas membentangkan Pelan Pemulihan Negara atau PPN pada sebelah lagi, Mahiaddin turut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila gagal hadir ketika sesi penggulungan pada sebelah petang.
Penggulungan PPN sebaliknya dilakukan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sebagaimana disebut oleh Anwar Ibrahim, tidak pernah sejak merdeka, pembentangan isu penting yang dilakukan oleh Perdana Menteri tetapi digulung oleh menteri biasa.
Tak malukah Mahiaddin?
Walaupun dilaporkan Mahiaddin tidak hadir penggulungan semalam kerana mempengerusikan mesyuarat MKN, tetapi alasan tersebut tidak masuk akal sama sekali.
Selain jadual sesi penggulungan di Parlimen itu sudah ditetapkan lebih awal sebelum ini,bukankah masa mesyuarat MKN boleh diubahsuai mengikut kelapangan masa Mahiaddin?
Tanpa keraguan, semua ini jelas menunjukkan Mahiaddin tiada rasa tanggungjawab, ingin lepas tangan dan tidak sanggup berhadapan dengan Ahli-Ahli Parlimen ketika sesi penggulungan.
Kalau takut berdepan Ahli-Ahli Parlimen, buat apa dulu sanggup jadi Perdana Menteri?
Sementara kita berhak berasa malu dengan kelakuan Mahiaddin yang seolah-olah tiada perasaan malu itu, persoalan lain yang harus kita fikirkan ialah berapa lama lagi kita sanggup berada di bawah kerajaan tiada wibawa, tiada keabsahan dan paling lekeh yang tiada perasaan malu ini?
(ShahbudinHusin 27/07/2021)

