BODOH

 

Caprice minta maaf, mengaku salah sendiri kerana terlalu beremosi



Astro Awani
Caprice minta maaf, mengaku salah sendiri kerana terlalu beremosi
Caprice (kiri) memohon maaf secara terbuka kepada Ebit Lew ekoran kontroversi yang dicetuskan berhubung misi bantuan ke Gaza baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Ekoran kontroversi yang dicetuskan berhubung misi bantuan ke Gaza, penyanyi rap Caprice memohon maaf secara terbuka di akaun Instagramnya pada Isnin.
Permohonan maaf itu dikemukakan beliau kepada Ebit Lew yang menjadi tumpuannya dalam pendedahan kononnya kehadiran pendakwah dan dermawan itu di Gaza, Palestin tidak disenangi.
Dalam masa sama, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, juga memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza.
Selebriti berkenaan mengakui, apa yang berlaku sehingga menjadi topik perdebatan di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri dan tidak berkait dengan pihak lain.
Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Caprice membuka salam dengan menyebut nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin dan Ebit Lew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.
“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Malaysia-Mesir dan Kerajaan Mesir atas layanan baik, sokongan dan perlindungan 24 jam sepanjang Caprice di Mesir,” katanya katanya dalam permohonan maaf itu.
Dalam hantaran itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu.
Caprice juga dalam kenyataan itu berterima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang disifatkannya sebagai ‘ayahnya’ sepanjang berada di sana.
“Tak mungkin Caprice dapat membalas segala kasih sayang dan kebajikan yang telah Datuk Seri tunjuk sepanjang misi ini. Kepada semua yang terlibat juga, terima untuk segala-galanya,” katanya.
Selain itu, artis berkenaan juga memohon maaf kepada ibu dan bapanya yang menyuarakan kerisauan terhadap keberadaan serta keadaannya di sana.
“Saya sayang anda dan niat saya mula melangkah sendiri di usia 16 tahun hanyalah untuk membuatkan kamu berdua bangga.
“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah, saya akan kembali selepas menunaikan tanggungjawab dan janji kepada rakyat Palestin. Saya minta maaf,” katanya lagi.

Bukan hanya Caprice tapi Ebit Lew pun sama, apa keperluan mereka ke G4za?

 


Bukan hanya Caprice tapi Ebit Lew pun sama, apa keperluan mereka ke G4za?


1- Bulan lepas, Masa baca laporan Caprice nak berangkat ke Gaza, Kata Caprice Maafkan makan minum dia, Kata dia sekali melangkah, Dia takkan berpatah balik..Dia minta Doa kononnya ke Gaza demi Ummah dan Negara, Masa tu aku komen, Kalau Sampai Gaza pun, Orang Gaza suruh balik..

2- Sebelum dia berangkat dengan semangat bendera Palestinenya, Gerombolan Ebit Liew sudah lama pergi dan terkandas di Mesir, Diikuti Aziz Rahim.. Aku hairan bagaimana Pemimpin Negara kita boleh benarkan satu kerja sia sia dikala Pandemik membenarkan mereka pergi ke Gaza semata mata mempersembahkan pementasan drama bantuan..Takda keperluan..

3- Bila sampai sana, wakil Malaysia yang sudah lama berada di Gaza bertanya tanya, dimana bantuan masih belum tiba ? hampir sebulan mereka terkandas, Maka tidak hairan tiba tiba saluran diplomatik terpaksa digunakan, PM terpaksa hubungi Asisi, Hishamuddin terpaksa turun ke Mesir semata mata melayan kerja Bodoh mereka..

4- Maaf cakap.. Misi bantuan ke Gaza, Bukan macam rentas Negeri Selangor ke Kedah atau Kelantan berjumpa makcik kiah yg kelaparan, Kerajaan Malaysia nak hantar sumbangan Facemask dan Sarung tangan getah ke Palestien pun, Kena disampaikan melalui jentera tentera Israel..sama masa misi bantuan Rohingya terpaksa hantar bantuan kepada Regim tentera junta Myanmar..

5- Tak Salah nak bagi bantuan, Niat tu dah baik.. banyak cara lain..Tapi Rakyat Palestine dan Gaza, Mereka ada maruah.. Malah nak jumpa rakyat sana yang jadi pengemis dan meminta minta pun susah, suasana tu lebih banyak kita lihat di bumi Mekah dari Palestine.. Apalagi jika datang untuk mementaskan satu misi seperti kawasan Pelarian..mereka bukan pelarian..

6- Bayangkan, Mengapa buat kerja sia sia ? Aku rasa Kos rombongan yang datang melalui pintu Mesir mungkin cecah jutaan ringgit, Membawa bekalan bantuan lebih tinggi dari bantuan yang sampai, Dan mungkin tak sampai pun.. Kenapa tak manfaatkan saja wakil kita yg sedia ada disana, Kalau ditanya ramai dari rakyat Palestine, Mereka pun tak perlukan drama drama dan tabung tabung sebegini.. dan tak pernah sampai pun pada depa…mereka hanya menuntut hak dan wilayah tanah air mereka..

7- Bukan hanya bantuan, Hatta berpuluh tahun mereka berjuang melawan Regim Israel tanpa bantuan mana mana rakyat dan pejuang negara lain pun seperti seperti di Afganistan dan Syria… Masalah di palestine bukan soal Kemiskinan, Mereka bukan tidak berpelajaran seperti Etnik Rohingya, Malah mungkin ramai dari mereka lebih terpelajar dan bermaruah dari rakyat Malaysia,

8- Masalah mereka hanya bumi mereka Dijajah..Konflik mereka menuntut hak dan kedaulatan Negara sama seperti Rakyat Patani di Selatan Thailand dan mungkin seperti kita dulu sebelum mencapai kemerdekaan.. Silap silap rakyat kita lagi ramai yang merempat dari rakyat palestine ketika ini….

9- Sebenarnya banyak dari kalangan NGO, Tabung yang ditubuhkan kita sendiri tidak tahu kemana perginya hasil Derma, lebih teruk banyak dari Tabung atas nama Palestine ini tidak pernah di Audit pun.. Bukan hanya atas nama Palestine, lebih teruk Syria..

10- Ramai dari artis seperti Caprice, Heliza helmi bagi aku terpesona dengan Ustaz ustaz pemungut derma atas nama Jihad, Tak kira atas nama Syria atau palestine, mungkin mereka terperangkap dengan semangat berkobar kobar untuk berjihad..walhal menjadi alat kelompok kelompok asatizah..

11- Cuma mungkin nasib mereka tidak baik kali ini , Mungkin Caprice ini jenis yang berfikiran terbuka dan kritis, dan sukar dimanipulasi seperti artis wanita yang lain..dan aku faham kenapa ada kalangan mereka yang takut bila dipersoalkan.. artis lain mungkin boleh terdiam hanya dgn satu dua dalil hadis dan ayat Quran dalam memperdagangkan Agama sekian lama..

12- Apapun, Samada Palestine atau Syria, Mengingatkan aku pesan Sheikh Said Raamdhan Al Bhuti yang bagi aku seorang ahli ‘Irfan, Apa yang diperingatkan sepuluh tahun dulu menjadi kenyataan.. Dalam Khutbahnya, Dia memulakan dengan pesan kepada sesama mereka yang beriman dan yang ada rasa kemanusiaan..

13- Apa kata Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti ? Ia memulakan bicara dari hatinya yang terbakar(Marah).. bila ada dikalangan Ummat Islam , Katanya jika yang masih ada sisa Iman, Jangan kamu menjadikan kesengsaraan, Derita, kemiskinan dan rasa lapar Rakyat Syria yang mencari sesuap makanan sebagai bahan dagangan memenuhkan saku saku kalian..

14- Dan hari ini, Ianya Berlaku.. Bertapa banyak hatta dalam negara Kita, Tabung, NGO yang wujud mengeksploitasi, Mempergunakan derita, rasa lapar rakyat Syria dan Palestine bagi memenuhi saku saku dan Tabung Mereka.. Malah menjadikan bahan lakonan.. ianya hakikat..! Kebetulan Allah sengaja mengatur waktu dan ketika hari ini untuk memperlihatkan kebenarannya..

Bermuhasabahlah.. πŸ™‚

Ipohmali

HADI AWANG PERALAT AGAMA UNTUK POLITIK



APA kerajaan PAS buat yang kononnya memperjuangan islam… dah jadi sebahagian daripada kerajaan tapi menjadi setan bisu, memperalatkan agama demi kuasa dan jawatan…

#KerajaanGagal

 


NAK ANAK JADI SESAT ..IKUT JUGA USTAZAH YANG SESAT INI-KOMPOM MASUK NERAKA

 May be an image of text that says "Ustazah Hamidah 14 Aug at 20:31 Jom bawa anak anak kita mendaftar sebagai ahli syurga. Jangan sampai ada di kalangan kita menyesal di akhirat kelak melihat anak anak kita masuk neraka kerana tidak mempunyai nombor ahli Pas untuk di tunjukkan kepada malaikat yang menjaga pintu syurga. #istiqamah #ahlipasahlisyurga PARTI ISLAM SE MALAYSI (PAS) JOM JADI AHLI PAS DI USIA REMAJA (minima 13 tahun)"May be an image of text that says "Ustazah Hamidah 14 Aug at 20:31 Jom bawa anak anak kita mendaftar sebagai ahli syurga. Jangan sampai ada di kalangan kita menyesal di akhirat kelak melihat anak anak kita masuk neraka kerana tidak mempunyai nombor ahli Pas untuk di tunjukkan kepada malaikat yang menjaga pintu syurga. #istiqamah #ahlipasahlisyurga PARTI ISLAM SE MALAYSI (PAS) JOM JADI AHLI PAS DI USIA REMAJA (minima 13 tahun)"

KISAH EBIT DAN CAPRICE ANTARA MEREKA BERDUA YANG TAHU

 May be an image of 2 people, people standing and text that says "capriceofficial budak miskin yang sama... terima maiman yang sama.. tapi kene pose untuk camera dua kali. Orang gaza soal kenape nampak macam photoshoot? Dah lah selama ni diaorang tahu ade banyak kes bende macam ni berlaku. dan maruah budak miskin ni tidak di jaga."

May be an image of text that says "capriceofficial issue orang yang berkopiah masuk gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saje mengunakan gambar2 gaza untuk bukak tabung. Korang research lah sendiri banyak kes viral kat Malaysia tentang ade sumbangan yang tidak sampai dekat Gaza. orang gaza sudah lama tahu bende ni tapi xde sape bongkar rahsia ni atau ade platfom besar untuk kasi 1 Malaysia sedar."May be an image of text that says "capriceofficial 2h Untuk keruhkan keadaam caprice minta artist2 gaza untuk padam dulu gambar tu dan caprice merayu kepada menteri kita untuk kasi caprice betulkan nama Malaysia. Please Dont Let Gaza D... H20, damoerni, not Power when check went Give Azez realiti everyone ebit arge agency. permission letter same travel agency But then there was ebit ew instruction the higher me back. chance clea mess made Malaysia 04:10 Umno Ebit allowed only after Egypt security forces safety Egyptian authorities allowed got trouble himself had melutut gaza kecoh regarding the what ed with the 04:16 Type message"

May be an image of text that says "capriceofficial 2h Akhirnye, Caprice kene block. Kita rase sedih. Sakit hati. Dan malu. Ni ke idola caprice selama ni. Bukan ke Islam ajar kita untuk minta maaf dan maafkan orang? 8% 13:37 ebitlew 1,398 Posts 5.2M Followers Ebit Lew 10 Following Jemputan Training Seminar hubungi 0389267020 youtu.be/UbCLxuTLLUY Follow Message Highlights No posts yet"May be an image of text that says "capriceofficial 13:47 13:47ε›žε›Ύ• 7ε›žεœ†δΈ½ ebitlew +36% 36% 1,398 Posts 5.2M Followers Ebit Lew 10 Following Jemputan Training Seminar hubungi 0389267020 youtu.be/UbCLxuTLLLUY Follow Message Highlights Padehal bende kecik je. Tapi tak sangka sampai jadi macam ni. Selama ni kita sokong dan back-up ustaz di social media. Caprice tegur secara private dulu pasal ape orang gaza share dekat caprice... last2 kene block."May be an image of textMay be an image of text that says "capriceofficial Dekat 2 minggu caprice tunggu dan harap ni bukan UEL... mungkin bodyguard p.a dia yang pegang IG dia... tapi makin lama, kita perasan bodyguard cap ayam macam nak tarik perhatian di tiktok dan social media and bakar lagi hubungan caprice dengan UEL yang selama ni ok sahaja. Siap ajak lepak once caprice sampai cairo hari tu."


MOHD MUKHLIS


Between Caprice and him; my money is on Caprice.

Dari 2019 lagi saya tegur yang seminar keluarga sunnah yang tayang dosa peribadi untuk khalayak ramai adalah salah, Allah mengampuni semua dosa yang di sembunyikan kecuali mereka itu sengaja membuka aib mereka sendiri.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam. "Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (HR Bukhori : 5608).

Cara yang sama yang di praktikkan oleh Televangelist, dan seminar tadi bukannya murah, RM150 hanya untuk tayang dosa laki bini pada awam. Itu tak termasuk bab ambil derma awam tapi tak ada audit, duit penderma ini amanah. Memanglah undang-undang NGO benarkan charge pengurusan sebanyak 30%, itu kalau yang bentang audit, kalau yang tak bentang audit macam mana?

Tapi saya malas nak bising sebab ramai yang teruja tengok dia tolong orang; ramai yang join the bandwagon. Kini orang Gaza pun dah tahu temberang dia. Malu tak Malaysia kalau dah jadi macam ini? Kita patut desak semua NGO yang mengambil dana awam untuk menyiarkan laporan kewangan tak kiralah siapa pun. Jika tidak, jangan sesekali minta dana awam jika tiada ketelusan.

 

PENGGUMUMAN YIDDIN BALIK KAMPUNG MENYEDIHKAN


 

LAGU KHAS BUAT JEMIN SEM


 

Masukkan usul supaya MP boleh berbahas, usah salah tafsir titah Agong

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak bermaksud sidang Parlimen pada 26 Julai dibenarkan untuk berbahas.



Beliau merujuk kepada pemakluman Setiausaha Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sidang khas kali ini hanya akan ada ‘penerangan daripada Menteri-Menteri’.



"Tapi ‘meminta penjelasan dan memberi pandangan’ dibenarkan. Bunyi macam okay, kan? Tapi sebenarnya tidak.



"Setiausaha Dewan Rakyat dengan jelas merujuk Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) di mana Dewan Rakyat hanya akan mendengar penerangan oleh menteri. Tiada perbahasan sebenar dan tiada diputuskan apa-apa.



"Ini bermaksud, kerajaan tidak mahu mendapatkan keabsahan Dewan Rakyat untuk Pelan Pemulihan Negara dan lain-lain perkara yang hanya akan ‘diterangkan Menteri-Menteri’.



"Seperti yang saya sebut sebelum ini, kalau hanya setakat nak bagi penerangan, lebih baik buat FB Live atau hantar link Youtube. Atau kalau nak, Menteri boleh buat Twitter Spaces atau Clubhouse. Atau hantar je pdf kepada Ahli-Ahli Parlimen melalui WhatsApp," katanya.



Sebaliknya, Fahmi meminta kerajaan supaya memasukkan usul supaya ia dapat dibahas bersama-sama semua Ahli Parlimen nanti.



"Hari ini, Takiyuddin kata boleh bahas. Tapi apa yang beliau dan kerajaan patut buat ialah masukkan satu usul untuk bahas dan putuskan Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan lain-lain perkara yang berkait dengan kebajikan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi.



"Kita dah pernah buat dulu, dengan usul untuk bahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (18.10.2018) dan Laporan SUHAKAM (5.12.2019), contohnya.



"Bila usul diluluskan, maka tindakan ada keabsahan. Jadi, tak payah Takiyuddin beretorik. Cakap pasal Stalingrad dan Hitler bagai. Cukuplah alihkan tiang gol.



"Janganlah terus ‘mentafsir’ titah pandangan Tuanku hingga hilang maksud sebenar.



"Masukkan usul supaya kita boleh bahas betul-betul dan putuskan langkah terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

 


Ahli Parlimen boleh tukar Speaker jika sidang tidak berjalan ikut peraturan - Dr Aziz Bari

 


Sidang Parlimen 26 Julai ini sewajarnya berjalan sebagaimana sidang biasa dengan membenarkan perbahasan serta sesi soal jawab.



Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, seandainya Speaker Parlimen enggan melaksanakan hal tersebut atau menghalang sebarang usul maka beliau boleh ditukar oleh Ahli-ahli Parlimen.



Katanya, tidak ada siapa yang boleh menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sidang. Ahli Parlimen bebas bersidang sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.



"Peruntukan Perlembagaan tidak ada menyebut siapa yang boleh menentukan apa boleh dibuat atau tidak di Parlimen



"Apa sahaja namanya, sidang khas, mesyuarat atau sebagainya, Parlimen berhak menentukan apa nak buat. Jadi sekarang ini dikeluarkan agenda apa nak dibuat dan sebagainya. Ada pula yang pandai-pandai, seperti Presiden Dewan Negara kata tak boleh Undi Tidak Percaya.



"Pada saya ini satu helah untuk mempengaruhi rakyat apa yang boleh dan tidak



"Terpulang pada Ahli Parlimen pada hari berkenaan untuk menentukan apa yang mereka nak buat dan bergantung kepada majoriti yang ada untuk menyokong dan memutuskan sesuatu perkara.



"Contohnya memutuskan keabsahan PM dan kerajaannya. Kalau majoriti hendak, Speaker tidak boleh buat apa. Speaker boleh diundi tidak percaya oleh majoriti kalau dia masih nak menunjukkan kuasa dia memanipulasikan Standing Orders (Perintah Tetap).



"Tetapi setakat mana keberanian Ahli Parlimen itu, kita tak tahu," katanya dalam forum maya Cendol Pak Ya berjatuk: "#kerajaangagal: Peguam Negara Perlu Dipecat Atau Letak Hawatan Tidak Mampu Nasihati Agong", semalam.



Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu lagi, hujah yang sering digunakan bahawa mesti didahulukan usul kerajaan dan sebagainya tidak semestinya dilakukan kerana hal itu bukanlah undang-undang dalam persidangan Parlimen.



"Apa yang disebut dalam Perintah Tetap itu satu peraturan mesyuarat, dia bukan undang-undang. Tinggal lagi untuk memudahkan peraturan mesyuarat seperti berapa hari dan sebagainya. Tetapi itu hanya sekadar panduan, bukan undang-undang pun. Terpulang kepada majoriti pada hari itu.



"Dan undang-undang ini sebenarnya lebih kepada keadaan biasa. Kalau sampai ke tahap sekarang, peraturan dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkenaan, tak kan kita nak biarkan," katanya lagi.



Sidang Parlimen 26 Julai ini menjadi tajuk perbualan hangat apabila timbul jadual yang menyatakan mesyuarat 5 hari itu hanya untuk mendengar taklimat daripada para menteri dan tidak akan diadakan sesi soal jawab sebagaimana sidang yang biasa.

 


Beri satu dos awal vaksin Covid 19: Akhirnya kerajaan PN setuju idea Anwar

 


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu.



Menurut Pengerusi Biro Kesihatan KEADILAN Perak, Dr Ahmad Safwan Mohamad, tindakan tersebut yang digerakkan di bawah “Operation Surge Capacity” dan diumumkan kelmarin oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yassin merupakan pengiktirafan kepada idea Presiden KEADILAN sejak Mac lalu, agar setiap seorang warganegara diberikan satu dos awal bagi melindungi dari jangkitan Covid dan bukannya melengkapkan dua dos sementara ramai yang lain terdedah kepada risiko hilang nyawa.



"Kami menyambut baik tindakan berkenaan selaras dengan saranan pakar-pakar berpandukan dapatan pemerhatian yang dibuat di beberapa negara termasuk United Kingdom. Ini akan dapat membantu mengurangkan dampak penularan Covid-19, sekaligus dapat membantu mengurangkan kepenatan di kalangan kakitangan hospital.



"Dalam keterujaan kita menyambut tindakan ini, jangan kita lupa bahawa saranan yang sama pernah diutarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bulan Mac 2021 lagi



"Malangnya, seperti biasa, pihak kerajaan gagal mengambil nasihat beliau dan pakar-pakar lain secara konstruktif demi kebaikan negara," kata Dr Ahmad dalam satu kenyataan.



Dr Ahmad Safwan Mohamad



Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak, dalam keadaan kritikal dan negara tertumpu ke arah menyelamatkan lebih banyak nyawa, isu Covid 19 tidak wajar dipolitikkan.



Katanya, sekiranya kerajaan PN tidak lagi mampu untuk meneruskan perang melawan Covid maka sebaik-baiknya mereka menyerahkan kerajaan kepada pihak lain yang lebih berwibawa.



"Kami mendesak pihak kerajaan agar hentikan permainan bertindak demi kepentingan politik dan fokuslah kepada pengurusan Covid-19 secara tuntas, dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah dari pihak pembangkang



"Juga pada saat ini, amat penting Parlimen kembali bersidang sepenuhnya dan isu berkaitan rakyat dibahaskan dengan sebaik-baiknya.



"Sekiranya kerajaan gagal menjamin ketelusan dan kejujuran itu, maka wajarlah Perdana Menteri mengundurkan diri demi kebaikan negara," katanya lagi.



Untuk ekod, di bawah “Operation Surge Capacity” seluruh warga negeri Selangor dan Kuala Lumpur berumur 18 tahun ke atas akan diberikan vaksin dos pertama bagi mengekang penularan Covid-19 dalam respons segera kepada peningkatan sekitar 5,000 kes jangkitan harian di negeri dan wilayah berkenaan dalam seminggu terakhir.

 


KITA BUKAN SAHAJA ADA MENTERI KESIHATAN YANG BANGGANG..TAPI MENTERI PENDIDIKAN YANG TIDAK BERGUNA

 


Menteri Pendidikan ‘tak berguna’, letak jawatan saja, desak Zaid




Zaid Ibrahim mendesak Menteri Pendidikan Radzi Jidin memberi peluang kepada orang lain untuk menyandang jawatan berkenaan.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Radzi Jidin perlu meletakkan jawatan, memandangkan situasi semasa pendidikan dianggap “menyedihkan”, kata Zaid Ibrahim.

Zaid, yang juga bekas menteri, berkata, tiada keputusan dan hala tuju jelas dibuat berkenaan pendidikan sepanjang dua tahun Radzi menjaga portfolio itu.

“Saya rasa beliau tidak berguna langsung. Beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan biarkan orang lain pula buat kerja itu,” katanya kepada FMT.

Zaid berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga kini tidak mengemukakan cadangan bagi menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dimansuhkan, malah tiada cara untuk menilai prestasi murid Tahun Enam.

“Apa yang hendak anda lakukan dengan murid-murid ini sekarang? Bagaimana hendak tetapkan tanda aras bagi mereka? Guru-guru juga bertanya soalan sama,” katanya.

Selain itu kata Zaid, pengumuman pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula 1 Sept yang disifatkannya sebagai “melepaskan batuk di tangga”, tidak disertakan dengan pelan yang tepat.

“Keutamaan diberikan kepada mereka menduduki peperiksaan tetapi peringkat pembelajaran lain juga sama penting. Mengapa tidak dibuka untuk semua pelajar?” katanya.

Beliau berkata, ini juga bermaksud Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu diteruskan selama dua bulan lagi, walaupun ada segelintir murid masih tiada akses kepada kelas dalam talian.

Katanya, 12,000 daripada 150,000 komputer riba telah diagihkan bulan lalu di bawah inisiatif Cerdik dengan bakinya akan diagihkan pada September.

“Mengapa perlu tunggu sampai September jika sekolah akan dibuka berperingkat menjelang waktu itu? Pelajar perlu komputer riba untuk PdPR sekarang,” katanya.

Satu cara supaya semua pelajar dapat menyambung pembelajaran mereka di sekolah kata Zaid, adalah dengan memberi vaksin kepada 500,000 guru di seluruh negara secepat mungkin bagi menjamin pembelajaran di bilik darjah “kembali normal”.

Zaid mempersoalkan mengapa guru tidak diberi keutamaan dalam proses vaksinasi, terutamanya apabila Radzi adalah seorang menteri kanan yang menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita sudah menunggu pengumuman mengenai dasar itu terlalu lama. Beliau (Radzi) sepatutnya tidak ‘teraba-raba’ dan maklumkan kepada kita semua apakah pelannya,” kata Zaid.

Sabtu lalu, KPM berkata, seramai 253,366 guru dan pentadbir (61.30%) dan 10,876 kakitangan sokongan (46.33%) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat 16 Julai.

VARIAN DELTA YANG MERBAHAYA-PH MALAYSIA

 


May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎COVID-19#KitaMestiMenang ΩŠΩ‡ Kementerian VARIAN DELTA COVID-19 Kesihatan Malaysia SIMPTOM BAHARU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN MyHEALTH f SAKIT KEPALA BERPANJANGAN HIDUNG BERAIR TERSUMBAT SAKIT TeKaK CIRIT-BIRIT MUNTAH SAKIT OTOT KELETIHAN DAN KELESUAN Bersama Heakan Jika terdapat simptom tersebut, sila lakukan ujian swab COVID-19. Sumber: National Health Service (NHS), England Putuskan Rantaian COVID-19 myhealthkkm SCAN‎"‎‎



Varian Delta merupakan Variant of Concern (VOC) paling dominan di seluruh dunia dan paling bahaya.

Simptom-simptom baharu yang perlu diberi perhatian antaranya:

Description: πŸ”΄Sakit kepala berpanjangan

Description: πŸ”΄Keletihan dan kelesuan

Description: πŸ”΄Hidung berair/tersumbat

Description: πŸ”΄muntah

#DeltaVariant