DAH JADI BARU KALUT? UTK BERLAKU ADIL KITA HARUS DGR ATAU BACA PENJELASAN DIA...

 DAH JADI BARU KALUT? UTK BERLAKU ADIL KITA HARUS DGR ATAU BACA PENJELASAN DIA...

******************
Seorang Pegawai Khas YB Halimah Saddique, menyampaikan tulisan Illi Najwa Saddique, anak saudara beliau yang dikatakan berkahwin secara tradisi Sikh di India. Illi Najwa adalah Muslim Malaysia dan perkahwinan beliau mendapat bantahan dari Netizen yang menyalahkan Menteri berkenaan, Kerajaan Malaysia, Menteri Agama, dan keluarga wanita tersebut.
Saya kongsikan tulisan Illi Najwa Saddique;
First of all ribuan ampun dan maaf atas segala yg berlaku. Illi tak dpt nak reply earlier since myself are really down at the moment and so stressful (not about the netizen comments but when it involved untie limah)
Mummy dah Ada tegor Illi mengenai hal ni semua dan Illi tahu segala silap dan salah yg Dah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet but few clarifications from my end:
1. Manpreet dah converted to Islam since last year
2. I have never changed my name nor religion as what they are saying, my name will always be Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. His family has been calling me Navpreet since 2012 since it’s difficult for them to call me by name
3. We have done our Nikah on 16th morning itself but keeping it private (certificate will be obtained on Wednesday next week)
4. Regarding the video and all we do not requested for it as we know the sensitivity of the issues. But things are out of control from the media here and we believe their sources obtained it. I’m not happy throughout the process nor Manpreet and he is not agreeing for all this too happened. He too don’t want all this because he knows all the consequences
5. We are not saying what we are doing is right but we have no options and Manpreet never give any sensitive statement and when Manpreet found out he has get them to put it all down from the news
6. Regarding me travelling here I follow the exact procedure and they has never been any special approval from both parties. I submitted all documents accordingly as requested but people assuming different way
7. I’m unsure how they found out that I’m unties niece when we have never posted or announced it any where. This is why I’m the first place I dowan to involve anyone n I told mama the same but for the sake
Sorry if you have been dragged into this as I don’t mean to harm or embarrassed anyone in the family 🙏🏼🙏🏼🙏🏼
Admin :
Saya sharekan Video perkahwinan Illi dan Manpret
Beberapa bantahan Netizen

(2/4) Mengapa PH Bersama UMNO Jatuhkan MB Perak? PH Plus Sudah Ada, Meng...

TERASA PULAK AKU.....

 

Yang buat kenyataan tu Pemuda Umno. Betul atau tidak, yang wajar komen samada bersetuju atau tidak, tentulah datangnya dari pemimpin Umno juga. Tiba-tiba sekor lebai ni melompat untuk respon, kenapa? Sebab, dia terasa hati Umno tak sentuh dan babitkan lebai pun. Dah la dalam PN pun maruah lebai hanya bawah tapak kaki Bersatu. Umno pun dah tak selera dengan lebai yang suka main dua kolam dan "berbini ramai".....ehehh..


W.FAUDZIN

Image may contain: 1 person, text that says "astro AWANI NASIONAL Politik: Kenyataan Asyraf Wajdi tidak wakili UMNO Takiyuddin Astro Awani .5K views hours ago 1:21"



JOM TENGOK KARYA ZUNAR

 MD ZULAIMI KAZIN

Ada budak Besut dok kabo dalang wall dia... katanya Hj Dan nak saman ambo (ambo rasalah sebab Hj Dan ada komen tengah minta peguam teliti bila saya suruh rujuk Hj Dan pasal MSO tolak kawasan balak)...

Hahaha ambo tengak sambil belek buku kartun Zunar. Takut juga bunyi nak kena saman ni nak cari pitih mana? Tapi bila baca buku Zunar ni lagi semangat.. kritikan tajam dan berani beliau telah meletakkan beliau sebagai kartunis international.
Siapa nak dapatkab buku karya Zunar ini boleh wasap wa.me/+60175353007

No photo description available.

AIKKKKK......APA DAH JADI..????

 MOHD YUSMI

Aikkk...bunyi dah tak garang macam sebelum jadi kerajaan...bila jadi pihak yang tanggungjawab & kena batang hidung sendiri, baru nak praktikkan bersangka baik?jentik te..kang......

LAIN KALI KALAU CAKAP PANDAI..BERTINDAK MESTI KENA PANDAI..JANGAN JADI MANGKOK HAYUN


NIZAM AKA

Pandai pula menteri mangkuk jamban Pas minta jangan sensasikan kes-kes jenayah berkait agamawan..Semasa geng-geng bengap kamu balong YB Mujahid dalam isu sajat dulu,lancar dan laju je geng-geng bongok kamu salahkan Mujahid,padahal perbuatan sajat tak adapun kaitan dengan Mujahid.. Macam-macam makian dan cacian yang geng-geng perkudakan agama hamburkan pada Mujahid..

Belum dibuktikan bersalah?Habis tu,dalam video tu siap dengan melakukan amalan=amalan agama Hindu,siap keliling dan sembah api lagi,itu tak bersalah lagi?tak jatuh murtad lagi?
Itu perangai buruk dan busuk puak-puak pas..

DULU BANGUN PAGI MELALAK MANA PH...SEKARANG DIAM MEMBISU.....HARAMJADAH RUPANYA..

 

Waktu kjaan PH dulu, Sajat berpakaian muslimat pergi umrah, lebai menyalak sakan seolah-olah Sajat dah murtad. Maka, kerajaan PH disalahkan.

Tapi, bila berlaku kes baru-baru ni seorang wanita melayu berugama Islam bernikah dengan pemuda Hindu...siap ada upacara sujud bagai, para-para lebai terkunci mulut mereka dan akhirnya menyalahkan keluarga wanita ini. Kerajaan tebuk atap tak salah, katanya.
Itulah perangai lebai kalau nak kenal. Mulut mereka walaupun dikatakan basah dengan zikir setiap hari, tapi bila mulut itu dipenuhi dedak, tidak mampu juga bersuara.
Takbir!!

W.FAUDZIN


Parti Amanah hanya menyertai satu gabungan politik iaitu PAKATAN HARAPAN. Tidak dua dan tidak tiga.

 

JAMZURI ARDANI


Image may contain: 1 person, text that says "HARAPAN Amanah AMANAH kekal menolak isu perkauman sempit dan jalur agama yang kasar dan keras dengan menegaskan prinsip Rahmatan Lil Alamin (RLA) sebagai 'uncompromising principle'(p (prinsip yang tidak boleh dikompromi) yang diimaninya. #sembuhkannegara #pulihkandemokrasi Dx moahıu yorot Rana NAIB PRESIDEN AMANAH AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR MUJAHID DrMujahid Rawa @mujahidrawa f Dr Mujahid Yusof Rawa"


PAKATAN HARAPAN adalah gabungan politik yang kami dokong sepenuh hati. Kami mendokong gabungan politik ini secara aktif, sedar dan bertanggungjawab, bukan secara melulu. Kami memberi pandangan, menerima pandangan, membahas pandangan, menilai pandangan, mengkritik pandangan dan akhirnya akan sentiasa berpegang dengan keputusan gabungan yang dibuat secara konsensus. Itu sangat jelas dan telah terbukti sekian lama.
Sebagai salah satu komponen dalam PAKATAN HARAPAN parti Amanah akan berusaha memastikan perjuangan politik melalui PH sentiasa menghayati prinsip-prinsip asas yang dipegang sejak dari awal penubuhannya pada tahun 2015.
Cadangan GRAND COALITION adalah idea yang masih berada dalam kerangka besar PAKATAN HARAPAN. Ianya bukan untuk menggantikan PAKATAN HARAPAN dan tidak juga untuk melantik pemimpin baru PAKATAN HARAPAN.
GRAND COALITION adalah cadangan agar PAKATAN HARAPAN membina kekuatan politik yang bersepadu dengan semua pihak di dalam blok pembangkang bagi mempersiapkan diri menghadapi PRU15.

BETUL KATA AYAH RANI

 Image may contain: 2 people, text that says "Abdul Rani Kulup F... 6m Dulu kes Sajat buat umrah di Mekah.Siang malam orang dok balor Mujahid.Mana mujahid mana mujahid,bangun tido terus cari Mujahid Sekarang pandai pulak dia becakap,bukan salah kerajaan benarkan perempuan tu berkahwin.Salah didikan mak bapak.Dulu apa pasal kau tak kata macam tu?"

BAGI JAWATAN TAK BUAT APA-APA..HAK ORANG PANDAI KOMEN..TU NAMANYA BUSUK PERUT

 

W.FAUDZIN

Bank Islam dan Universiti Islam adalah di antara usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu Anwar berada di dalam Umno dulu. Meskipun usaha itu baik, tetapi lebai tetap menentang kerana ianya adalah usaha Anwar.

Tidak pelik kalau lebai sampai sekarang tidak suka kepada Anwar.
Sekarang lebai telah menjadi kerajaan. Cuba berikan satu contoh satu usaha lebai dlm membangunkan Islam? Ada tak?
Orang lain buat yang baik, dia iri hati dan cari jalan untuk memburukkannya. Tapi dia langsung tak buat apa-apa.
No photo description available.

Banjir Pantai Timur Semakin Buruk, Agihan Kerusi PRU15 Masih Dibincang |...Rakyat tengah banjir pun nak bincang kerusi lagi


Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8.00 pagi tadi meningkat kepada 7,308 berbanding 6,627 petang semalam.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 6,305 orang daripada 1,663 keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi berbanding 5,776 orang iaitu 1,478 keluarga pada pukul 4.00 petang semalam, yang membawa kepada pembukaan tiga lagi PPS, menjadikan jumlah keseluruhan PPS sebanyak 49.


‘Dulu PH konon tidak bela Islam, kini Pas dan agamawan PN mengapa membisu?’

 

‘Dulu PH konon tidak bela Islam, kini Pas dan agamawan PN mengapa membisu?’

PADAN MUKA WAK....MASIH NAK TEGAKKAN KERAMITA PN DAN COMOLOT DGN MOO DAN PPBM? SILAKAN....Teloq Wak Jahid akan terus dipicit oleh puak PPBM....BODO la Moo dan KERAMITA kalau lepaskan semua kes Wak Jahid. Kalau lepas semua nak picit teloq lagi dah tak boleh la?

 

PADAN MUKA WAK....MASIH NAK TEGAKKAN KERAMITA PN DAN COMOLOT DGN MOO DAN PPBM? SILAKAN....Teloq Wak Jahid akan terus dipicit oleh puak PPBM....BODO la Moo dan KERAMITA kalau lepaskan semua kes Wak Jahid. Kalau lepas semua nak picit teloq lagi dah tak boleh la?

***************************
Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memanggil bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal bulan depan, bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS).
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, turut akan dipanggil pada prosiding jawatankuasa itu adalah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.
"Pelantikan BNS Sdn Bhd dilakukan secara rundingan terus dan sehingga Oktober lalu, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, dan tidak ada sebuah kapal LCS siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS siap dibina setakat ini," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Wong berkata, isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/ Jabatan Persekutuan) dan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), diterbitkan pada 2019.
Jelasnya, PAC Parlimen juga akan mengadakan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak bulan depan.
"PAC Parlimen memandang serius isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda LCS oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF), membabitkan nilai perolehan sebanyak RM9 bilion.
"Kegagalan penyiapan kapal LCS amat serius, kerana ia membabitkan kelemahan dari segi tadbir urus, perolehan serta kewangan, tetapi memberi impak terhadap keselamatan dan pertahanan negara," katanya.
Wong berkata PAC Parlimen berpendapat bahawa suatu penyelesaian hendaklah diputuskan oleh kerajaan secepat mungkin, dan berikutan itu, adalah penting bagi PAC Parlimen untuk menyegerakan prosiding isu itu dan membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat.
Beliau berkata, setakat ini empat mesyuarat dan prosiding dengan beberapa saksi telah dipanggil, antaranya Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Pengerusi JKSTUPKK, Tan Sri Ambrin Buang.
"PAC Parlimen berhasrat untuk melengkapkan dan membentangkan Laporan PAC berhubung isu pembekalan enam kapal generasi kedua LCS ini ke Dewan Rakyat, dalam sidang Parlimen pada Mac 2021," katanya. - BERNAMA
Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi
ASTROAWANI.COM
Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi

LIVE Borak Dahsyat : Politik Apa Sudah Jadi?

PANAS!!! ZAHARIN BANTAI KETUA PENERANGAN UMNO KAW2!!

CUBA BACA...KISAH SAKA TUA DAN GEROMBOLANNYA

 Image may contain: 1 person, text that says "malaysiagazette.... Dr Mahathir, Matthias perlu jawab pendedahan Shafee By Wartawan MalaysiaGazette- Malay 11 September 2018"

RINA HAMZAH

Kebenaran pasti terbongkar juga suatu hari nanti, kita tunggu dan lihat shj. Allah sedang berbicara dgn kita semua, sesungguhnya balasan Allah itu tidak cepat mahu pun lambat dan tidak melampaui batas.

https://malaysiagazette.com/.../dr-mahathir-matthias.../

KALAU YA PUN MENTERI AGAMA SILA KELUARKAN KENYATAAN. JANGAN DIAM MEMBISU

 Image may contain: 1 personImage may contain: 2 people, text that says "GENCY o INFONEGARAKINI.COM Tukar agama demi cinta? Lebai Pas membisu"


Kecik kecik jaga lembu
Sudah besar kahwin melayu
parti PAS diam nembisu
Parti UMNO diam kaku





YE.YE...BARANG NAIK.....PADAN MUKA HANGPA


Image may contain: 2 people, text that says "31 DISEMBER ISMAIL SABRI HARGA BAWANG DAN CILI NAIK TIGA KALI GANDA OPPO F7 18.12.2020 2020 JUMAAT Milnute PKPD DI PENJARA SEREMBAN DAN KUARTERS PENJARA SEREMBAN"

TARMIZI MOHD JAM

 Naik 10 kali ganda harga bawang dan cili tak jadi hal, tak apa-apa, asalkan Kjaan Melayu-Isley yang memerintah dan kuasai Putrajaya. Bertuahlah Kjaan Yiddin jadi kjaan semasa budak-budak PasUmno, mopti utara & NGO-NGO udah pencen main FB. Sunyi apa jua isu. Amacam?

Kerjasama politik masa hadapan tidak kira ideologi?


Malaysia gay sex video: Haziq's boss Shamsul Iskandar shocked and baffled,  SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

Jajaran baharu politik Malaysia semakin tidak mengikut ‘tradisi pemikiran politik’ berikutan perkembangan terbaharu di Perak dan Johor.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tidak dapat dinafikan ahli-ahli politik di negara ini sedang bereksperimen beberapa kaedah bagi menguruskan pentadbiran tanpa berasaskan idelogi perjuangan sesebuah parti sebagaimana sebelumnya.

Menurut Shamsul, konsep baharu kerjasama politik ini mungkin akan menjadi lebih matang pada masa hadapan sebagaimana di Jerman, yang mana pakatan di peringkat negeri tidak sama dengan gabungan yang mentadbir di persekutuan.

“Saya ambil contoh dua negeri yang kita boleh ukur apakah ini formula yang baik. Misalnya Perak, baru-baru ini berlaku perubahan Menteri Besar (MB). Ada satu perkara yang menarik apabila usul percaya dibuat terhadap MB disokong pembangkang di Perak menyebabkan jatuhnya MB dan baru-baru ini di dalam dewan yang sama, sekali lagi ditunjukkan muafakat mereka (ADUN) menyokong MB Umno walaupun dalam pembangkang itu ada elemen yang dianggap sensitif oleh parti Umno selama ini, dan kemudiannya kita lihat gabungan itu berjaya menguruskan negeri.

“Di Johor lagi menarik, pengalaman dalam dewan, Speaker masih lagi dari Amanah, Timbalan Speaker dari DAP dan MB Johor mengumumkan PH merupakan rakan strategik.

“Ini adalah model yang perlu dibahaskan apakah kita sedang bergerak ke arah pengalaman politik seperti di Jerman misalnya, ada gabungan lain peringkat persekutuan, gabungan lain pula di peringkat negeri.

“Adakah ini mencerminkan satu prinsip yang betul seperti diungkapkan. Atapun ianya sekadar satu mekanisme untuk mengurus politik untuk menjadikan ianya stabil?” katanya dalam forum anjuran Dialektika TV bertajuk, ‘Adakah Jajaran Politik Baru?’ malam tadi.

Kata Shamsul lagi, jajaran politik baharu penting untuk survival negara seperti Malaysia yang majmuk dan kesemua ideologi boleh menyumbang kepada pengukuhan pentadbiran.

Bagaimanapun, menurutnya, masih terlalu awal untuk meramalkan penjajaran politik tersebut sebagai mapan dan berterusan atau hanya strategi menghadapi pilihan raya sahaja.

“Kita balik kepada persoalan asal, apakah jajaran baru ini keperuan, jawabnya: Ya, ia satu keperluan. Apakah ia penting dan relevan untuk negara kita: Ya, ia relevan dan penting. Kita negara yang pelbagai, bukan mono hanya hatu bangsa. Jadi pengalaman dan kebijakan oleh pemimpin-pemimpin sekarang penting untuk kita sama-sama hayati ke arah PRU 15.

“Apakah jajaran yang boleh memastikan ianya menyelesaikan masalah kepelbagaian ini, dan dalam masa yang sama kita mengangkat pemimpin yang boleh menyantuni kepelbagaian ini?

“Kalau tidak ianya hanya kerjasama politik yang berlaku sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya. Tengok siapa dapat kerusi yang banyak, panggil untuk bentuk kerajaan. Ia akan jadi seperti mana apa kita ungkapkan malam ini, iaitu penjajaran baru yang ideal dan mengambil kira kepelbagaian kaum dalam negara kita,” katanya lagi.


KISAH TV MADANI

 MD ZULAIMI KAZIN

Tengahari tadi sambil bincang dengan Ustaz Wan Ji selaku penerbit Usrah Madani utk TV Madani Malaysia...

Saya cakap pd Ust Wan Ji yg saya teringin nak regukan antara Nurul Izzah dan
Muna Izzah Fadzil
dalam Usrah Madani kita sbb ana rasa antara mereka berdua ini sbg lambang persahabatan antara Ust Fadhil Nor dgn Anwar.
Ustaz Wan Ji kata dia ada dengar juga cerita katanya nama Nurul Izzah itu Ustaz Fadhil yg bagi.
Ada cerita menarik yg Ust Wan Ji kata Anwar sendiri cerita kisah Anwar dan Ust Fadhil.
Anwar kata dia suka menyanyi dan suatu hari dia bersama Ustaz Fadhil berkereta ke suatu tempat. A war kata dia suka menyanyi jd sambil bawa kereta dia dok menyanyi. Ustaz Fadhil dok sebelah diam je sambil baca buku... tgh2 asyik menyanyi tiba2 Ustaz Fadhil tegur.. "anta menyanyi silap tu", hahaha tersalah lirik.
Saya dan Ust Wan Ji akan usahakan mempertemukan antara Nurul Izzah dan Muna Izzah dlm Usrah Madani untuk kita bongkarkan rahsia disebalik dua nama ini... Benarkah ini sebagai lambang persahabatan Anwar dan Ust Fadhil.
Mesti ramai yg tunggu... siapa setuju nyatakan setuju.








BETTER LATE THAN NEVER


ahmad shahril

Semasa PH jadi kerajaan, semua beban dipulangkan ke atas bahu kerajaan. Sajat pergi umrah pakai telekung pun salah kerajaan.
Daripada ahli akademik di universiti sampai lebai di kedai kopi, kerajaan dipersalahkan dalam isu Sajat.
Tak terdengar pula sesiapa yang ungkit Sajat dah mumaiyiz. Tak ada pula dikaitkan dengan tanggungjawab ibu bapanya dalam pendidikan.
Semua muncung senapang dan anak panah ditala kepada kerajaan. Kononnya kerajaan PH merestui maksiat, meredai kejahatan, tidak sensitif dengan agama dan macam-macam lagi.
Jika setakat lebai kampung berkata begitu di kedai kopi, itu perkara biasa. Tapi perkataan begitu merawit sampai ke sebahagian orang yang mengaku ilmuan di menara gading.
Kini, dalam isu wanita Muslimah pemain hoki diberitakan berkahwin dengan ketua pasukan hoki India yang bukan Muslim, terdengarlah ilmuan menara gading minta masyarakat jangan salahkan kerajaan.
Kerana, gadis itu ada walinya, ada ibu bapanya dan mereka patut dipertanggungjawabkan dalam hal ini, bukan kerajaan. Tak patut kerajaan dipersalahkan. Begitu kurang lebih kata ilmuan kita.
Baguslah kalau dah sedar begitu. Maknanya tindakan kamu menyalahkan kerajaan PH dalam semua hal seperti yang kamu buat sebelum ini adalah tindakan yang tidak tepat.
Terima kasihlah sedar walaupun terlambat kerana itu lebih baik daripada tak sedar langsung. Better late than never, kata lebai kampung aku.
Kredit : Zolkharnain Al- Abyahdi



Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Hd h SAFA MARWAH والمروة الصفا i HARAKAHDAILY.NET Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut disalahkan RAKYAT negara ini dari semua peringkat kini heboh ber...‎"‎‎





GERAK PERTAHAN REFORMASI (GPR) PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA JANUARI TAHUN HADAPAN



GERAK98 yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Ezam Nor kini memasuki pusingan seterusnya di dalam jelajah ke seluruh negeri bermula 24 Disember ini bagi memberi penerangan ke akar umbi mengapa perjuangan reformasi yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ini wajib diteruskan dan dipertahankan.
Harapan rakyat untuk melihat agenda reformasi ini dapat direalisasikan sewaktu PH berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2018 dulu ternyata gagal kerana ketika itu kepimpinan negara diterajui oleh Tun Mahathir, seorang yang bukan berjiwa reform bahkan tidak berubah dari ciri-ciri seorang diktator. Jika ada pun sedikit perubahan yang dilakukan di era kerajaan PH selama 22 bulan sebelum dikhianati pada Feb yang lalu, bukan kerana komitmen Mahathir tetapi terpaksa dilakukan atas desakan rakyat dan pimpinan dalam PH yang mahu manifesto PH dapat dilaksanakan. Kata-kata Mahathir selaku PM ketika itu menyatakan 'Manifesto PH bukan kitab suci' menyerlahkan Mahathir bukan pejuang reformasi. Kemuncaknya, Mahathir memberi ruang mudah pengkhianat merampas kerajaan mandat rakyat atas keinginannya untuk menbentuk kerajaan perpaduan sekaligus berniat untuk menhancurkan PH.
Hingga kini, perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim cuba digagalkan. Sebarang langkah Anwar untuk mengembalikan mandat rakyat sedaya upaya cuba digagalkan. Melihat kepada semangat Anwar tidak pernah luntur untuk terus berusaha bagi mendapatkan mandat rakyat yang telah dirompak itu, musuh-musuh beliau yang diketuai oleh Mahathir terus merencanakan langkah untuk mematikan langkah Anwar. Salah satu usaha mereka adalah untuk mengubah PH yang sedia ada kepada satu gabungan besar yang akan memberi ruang kepada musuh-musuh reformasi berperanan di dalam PH.
GERAK98 menyedari usaha licik puak-puak ini. Sehubungan itu, GERAK98 mengistiharkan Mahathir sebagai diktator yang memusuhi reformasi. GERAK98 akan memastikan sebarang usaha untuk menggagalkan perjuangan reformasi ini digagalkan. Rakyat perlu diterangkan tentang perjuangan reformasi dan mengapa agenda reformasi ini gagal diimplimentasikan ketika PH berkuasa dahulu.
GERAK98 Negeri Pahang memberikan komitmen untuk terus membantu mana-mana pihak yang berjuang atas landasan yang sama. InsyaAllah, pada bulan Januari tahun depan GERAK98 akan mengadakan program jelajahnya di Kuantan. Semua pencinta gerakan reformasi dijemput hadir. Aturcara terperinci akan dimaklumkan kemudian.
WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Pengerusi GERAK98 N.Pahang