MUHYIDDIN AMAT LEMAH, KERAJAAN PERLU DITUKAR


𝗣 𝗔 𝗦 𝗞 𝗘 𝗠 𝗣 𝗨 𝗡 𝗔 𝗡

 

𝗣 𝗔 𝗦 𝗞 𝗘 𝗠 𝗣 𝗨 𝗡 𝗔 𝗡


Image may contain: one or more people, text that says "BERTANDING TIDAK, MENANG LAGI LAH TIDAK, TIBA2 MAHU JAWATAN APA ASAS KAMU MAHU JAWATAN NI? MAU WANG? Maximus Ongkili DULU SEMUA GU DAH SETUJU KAN NAK BAGI KAMI JAWATAN...? NO WAY TAK AKAN ADA WAKIL PAS DALAM KABINET SABAH!! PLEASE SOB SOB.. Orang Sabah tak suka parti politik PELAMPAU AGAMA Jeffrey Kitingan"


UMNO dan PPBM baru je suruh bagi jawatan Adun lantikan kat

Pas

.Pas

pun dah berangan nak dapat jawatan tersebut. Tiba-tiba rakan komponen STAR dan PBS bantah. Kesian Pas penat turun kempen, pacak bendera. Last-last apa jawatan pun tak dapat.

Demi nak beli jiwa geng2

Pas

yang dipinggirkan dalam PRN Sabah, Nuar Musa tanpa berunding dengan rakan2 GRS telah mencadangkan untuk memberi tempat kepada wakil

Pas

dalam pentadbiran negeri Sabah... maka berbunyilah ulamak tersohor Tuan Brahim kononnya nak bawa masuk

Pas

dalam Dun Sabah telah dipersetujui daripada awal lagi.. yang pelik, kalau dah setuju, kenapa tiada seorang pun calon daripada

Pas

? Maka berkokoklah Ketua Pemuda

Pas

yang menyokong cadangan Nuar Musa itu...

Last2... abg besar dalam GRS daripada PBS telah sailang cadangan Nuar Musa itu dengan tegas dan angkuh dgn menyatakan PBS menolak cadangan beri

Pas

kerusi di Dun Sabah... kalau tak silap, abang besar PBS ini hanya ada 6 kerusi sahaja dalam Dun Sabah... tapi beranikah geng2 Pejuang Melayu Islam MN menentang penolakkan oleh abg besar PBS itu? Rasa2nya 1 Malaysia dah tahu jawapannya... – Nizam

 

Betul lahapa yang dikatakan oleg Sdr Ezam, Pas dahulunya adalah wadah kepada penyatuan Ummat dan ketika dipimpin oleh Dato Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz, tapi kini Pas hanya menjadi pelukut meminta jawatan dan dikunci Umno hanya dengan jawatan dan tidak langsung menunjukkan sebuah Jemaah yang menggerakkan ummat menentang kemungkaran dan kezaliman yang sedang berlaku, malahan menjadi  kepada paynamun kerajaan tebuk atap.




MUHYIDDIN PEDULI ATAU TULI?

 

Bulan ini semua peminjam bank dikehendaki mula membuat bayaran pinjaman mereka berikuran tempoh moratorium telah berakhir.

Tetapi, berikutan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya, ramai yang hilang pekerjaan masih tidak mendapat pekerjaan, banyak perniagaan tidak beroperasi dan kes Covid-19 pula meningkat semula, kerajaan digesa menyambung lagi tempoh moratorium.

Kalau pun tidak enam bulan, sekurang-kurangnya ia dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga Disember akan datang.

Melanjutkan lagi tempoh itu dilihat akan memberi kelegaan kepada rakyat menyesuaikan kehidupan menjelang ketibaan tahun baru di mana pelbagai perbelanjaan perlu diuruskan seperti untuk persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Sehingga ini, pemimpin politik utama dalam negara seperti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah antara yang telah bersuara menggesa dan mendesak kerajaan melanjutkan tempoh moratorium itu.

Malah, ada di antaranya seperti Anwar dan Najib misalnya, mereka telah membuat gesaan itu lebih daripada sekali.

Pihak-pihak lain seperti NGO, persatuan dan suara rakyat di media sosial, turut juga melontarkan nada yang sama mengenainya.

Semuanya mengharapkan kerajaan bersikap lebih peduli terhadap rakyat dan bukan hanya menunjuk-nunjuk konon prihatin dan mengutamakan mereka ketika kempen pilihanraya saja.

Namun, meskipun sudah begitu banyak suara gesaan dan desakan dilaungkan, kerajaan dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin nampaknya masih lagi bersikap tidak peduli, “buat tak reti” dan seolah-olah “tuli” mengenainya.

Tiada apa-apa respon daripada Muhyiddin setakat ini yang memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang benar-benar menjiwai denyut nadi rakyat.

Di mana janji Muhyiddin bahawa beliau seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat?

Atau golf lebih penting daripada moratorium?

Jika ini berterusan di mana suara rakyat langsung tidak dipedulikan, tidak mustahil ia akan melonjakkan lagi sokongan terhadap pertukaran kerajaan melalui dokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang digerakkan oleh Anwar.

Kerajaan dan Perdana Menteri baru nanti, berdasarkan keprihatinan yang ditunjukkan berkaitan isu moratorium ini, tentu saja tidak teragak-agak memberi lanjutan tempohnya demi keselesaan hidup rakyat yang rata-rata dalam kesusahan.

Kalau begitu, jangan terkejut pengundi Pagoh pun nanti akan turut berduyun-duyun menyambut baik kedatangan sebuah kerajaan baru. (Shahbudindotcom 05/10/2020)

BERITA DARI LANGIT..Anwar menghadap Agong Selasa atau Rabu?

 

Anwar menghadap Agong Selasa atau Rabu?


Kemelut politik Malaysia sejak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperolehi sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengambilalih kerajaan dari PM Muhyiddin Yassin mungkin terjawab esok atau lusa.


Sumber-sumber dalaman yang diyakini memberitahu Anwar diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong sama ada pada Selasa atau Rabu.


Agong dijangka akan membuat pertimbangan ke atas lebih 120 Akaun Berkanun (SD) yang dihantar oleh pihak Anwar sejak 22 September lalu.


Pertimbangan yang boleh dilakukan sekiranya Agong berpuas hati terhadap hilangnya majoriti kerajaan PM Muhyiddin ialah, sama ada melantik Anwar sebagai PM ke 9 atau membubarkan Parlimen.


Namun pilihan membubarkan Parlimen dijangka sukar diambil memandangkan kes semasa Covid 19 begitu tinggi.


Sebelum ini Pilihan Raya Negeri Sabah, 26 September lalu dipersalahkan sebagai punca negara diserang gelombang ketiga pandemik Covid 19.




Pelajar terkandas: KPT wajar sediakan pelan luar jangka

 


Mahasiswa terkandas akibat keputusan tergesa-gesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menukar sesi kuliah fizikal kepada secara atas talian terus mendapat kecaman rakyat.

 Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, situasi kucar-kacir yang berulang beberapa kali sepanjang pandemik Covid 19 itu sewajarnya memerlukan KPT menyediakan pelan luar jangka pada masa hadapan bagi mengelakkan kerugian dan kesusahan yang ditanggung pihak mahasiswa atau keluarga mereka.

 "Sebagai tambahan kepada SOP dan garispanduan yang sedia ada, saya menyeru pihak KPT menyediakan pelan atau kerangka jangka panjang untuk menjamin sektor ini tetap bertahan menghadapi cabaran Covid-19.

 "Kerangka ini boleh dijadikan asas kepada SOP pada masa hadapan, dan dijadikan panduan untuk setiap IPT menyediakan pelan mereka sendiri sejajar dengan keperluan pedagogi setiap bidang pengajian yang berbeza.

 "Ia juga perlu dilengkapi dengan pelan luar jangka untuk situasi yang berbeza, termasuk kemungkinan kenaikkan kes pada masa akan datang serta mengambilkira risiko pandemik-pandemik lain pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan.

 Manakala bagi pelajar yang telah terkandas di kampus, Nik Nazmi mencadangkan agar KPT menyediakan bantuan kewangan untuk mereka membeli tiket pengangkutan pulang ke kediaman masing-masing, terutama mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 atau yang tempat kediaman jauh berjauhan dari kampus.

 "Untuk mengurangkan bebanan keluarga berpendapatan rendah, saya mencadangkan KPT menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terkesan: sama ada dari segi pembayaran balik kos perjalanan atau tambahan kepada Bantuan Prihatin yang sedia ada. Rebat yuran untuk tahun 2020 dan 2021 juga patut dipertimbangkan.

 "Saya juga menyeru pihak KPT menyediakan pengangkutan yang bersesuaian seperti bas kepada pelajar yang perlu kembali ke rumah masing-masing, dan membawa mereka semula ke universiti kelak. Rakyat tidak patut menangggung bebanan tambahan tatkala ramai yang dalam kesempitan," katanya.

 Jurucakap Parlimen KEADILAN Bagi Pendidikan itu juga menyeru agar KPT pada masa hadapan menyediakan kerangka komprehensif sebagai garispanduan menangani krisis Covid 19 untuk sektor pendidikan tinggi awam dan juga swasta.

 

Gagal buat ujian COVID-19 dan kuarantin, ADUN Lunas digesa letak jawatan

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menggesa ADUN Lunas, Azman Nasruddin supaya meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Kedah selepas langsung tidak menjalani ujian saringan COVID-19 mahupun membuat kuarantin di rumah selepas pulang berkempen dari Sabah.

 Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata kelalaian Azman itu memberikan kesan besar kepada jumlah kes yang meningkat sejak kebelakangan ini.



"Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat ujian calitan dan kuarantin diri sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional amat mendukacitakan.

 "Akibat dari sikap beliau ini menyebabkan isteri beliau yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang positif Covid-19.

 "Ini sekaligus menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan kerana terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19. Sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari. Azman juga telah menghadiri pelbagai program rasmi kerajaan negeri dan beberapa program di Langkawi pada 27 September 2020," katanya.

 Justeru, Firdaus berpandangan bahawa Azman seharusnya meletakkan jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

 "AMK Kedah bersimpati dengan keadaan kesihatan beliau dan seluruh keluarga serta mendoakan agar beliau cepat sembuh. Walaubagaimanapun, salah tetap salah. AMK Kedah menuntut Azman untuk memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh rakyat di Kedah termasuk kepada semua ibu bapa serta guru-guru SK Permatang Janggus.

 "Azman wajib meletakkan jawatan beliau sebagai Exco kerajaan negeri Kedah dengan segera. Ini melibatkan isu integriti beliau sebagai seorang pemimpin negeri yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku," katanya.

 Pada masa sama, Firdaus juga mendesak kerajaan negeri mengenakan tindakan terhadap pemimpin itu.

 "AMK Kedah juga mendesak supaya Azman didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jangan wujud layanan dua darjat antara rakyat marhaen dan pemimpin politik.

 "Adakah kerajaan negeri Kedah atau pihak berwajib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka sebagaimana tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap lelaki yang menjadi punca bermula dan merebaknya Kluster Sivagangga dulu? Setiap rakyat di Malaysia harus dilayan serta dibicarakan dengan adil dan saksama. Hak keadilan itu perlu diutamakan," katanya.

 

Kemudahan asas sekolah pedalaman masih ketinggalan - KEADILAN Sarawak

 


Majoriti sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak yang meskipun mempunyai kemudahan asas, ia tidak berada pada tahap yang memuaskan malah dalam keadaan serba kekurangaan daripada pelbagai aspek.

 

Ketua Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Sarawak, Jamila Abdul Basha mendedahkan masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang tidak dibekalkan dengan kemudahan air paip yang bersih.

 

"Di era millennium kini, masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber air hujan untuk kegunaan harian. Pada musim kemarau, pihak sekolah terpaksa memohon bekalan air bersih daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).



"Kuasa elektrik tidak konsisten dan dari masa ke masa menyebabkan pelajar terpaksa hidup dalam kegelapan. Generator dihantar untuk kegunaan pihak sekolah namun kuasa generator tidak mencukupi.

 

"Walaupun ada bekalan elektrik, ada kalanya bekalan elektrik terputus dan perkara ini secara langsung menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta semua urusan perkeranian. Bagi tenaga pendidik pula masalah elektrik ini merupakan satu cabaran dalam menjalankan tugas harian mereka.

 

"Pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan seperti tenaga pendidik dan kakitangan sekolah, prasarana yang holistik, fasiliti yang lengkap dan utiliti seperti air yang bersih dan selamat digunakan untuk memberi pendidikan yang mampan dan berkualiti," katanya.

 

Jamila juga berpendapat sekolah-sekolah pedalaman Sarawak masih tidak dapat untuk menyediakan kemudahan internet yang sewajarnya.

.

"Dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak seharusnya ketinggalan dalam mengalami transformasi secara digital.

 

"Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.

 

"Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya penting bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.

 

"Malangnya masih banyak sekolah di kawasan pedalaman Sarawak ketinggalan jauh dibelakang kerana masalah capaian internet pada tahap yang mengecewakan. Oleh yang demikian kebanyakan tugasan harian tidak dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.

 

Justeru, Jamila menggesa kerajaan supaya melakukan pembaharuan terhadap kemudahan asas di sekolah-sekolah tersebut.

 

"Usaha untuk menambahbaik situasi ini memang sudah dijalankan namun masih pada tahap tidak memuaskan.

 

"Wajarkan aspek-aspek penting ini dipandang remeh? Tentu sekali tidak. Anak Sarawak di kawasan pedalaman tidak patut dianak tirikan.

 

"Setiap anak yang kesekolah mempunyai hak utk mendapatkan kemudahan asas yang lengkap. Semoga pihak yang bertanggungjawab peka dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

 

ADAKAH PUNCA MEREBAKNYA COVID 19 ANGKARA MUHYIDDIN?


 Ramai yang ketika ini melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara.

Sudah tiga hari berturut-turut angka kes yang dilaporkan begitu membimbangkan dengan hari ini sebanyak 293 kes, semalam 317 dan kelmarin 287 kes.

Terutama yang diperkatakan ialah meningkatnya kes-kes itu kerana dikaitkan dengan PRN Sabah di mana beberapa ahli politik telah dilaporkan positif Covid-19 sebaik kembali daripada berkempen di negeri tersebut.

Malah, jangkaan juga menyebut angka kes diramalkan akan terus meningkat pada minggu-minggu akan datang ini.

Dalam hal ini, ramai yang menyalahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal kerana membubarkan Dun Sabah, seterusnya memaksa PRU terpaksa diadakan.

Ada yang berandaian, jika Dun Sabah tidak dibubarkan dan tiada PRN, sudah tentu kes Covid tidak meningkat sepertimana sekarang ini.

Berlakunya PRN Sabah sebenarnya bukan disebabkan oleh Shafie Apdal yang memohon pembubaran Dun, tetapi adalah disebabkan oleh Musa Aman yang mengacau mahu menjatuhkan kerajaan negeri.

Jika kerajaan negeri tidak diganggu, tiada sebab Shafie Apdal mahu membubarkan Dun untuk mengadakan PRN Sabah yang baru.

Musa Aman pula membuat gangguan mahu menjatuhkan kerajaan negeri hanya selepas kes mahkamahnya digugurkan setelah Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri melalui pengkhiatan terhadap PH yang akhirnya menjadikan PN sebagai kerajaan baru.

Kiranya PH masih menjadi kerajaan, tidak mungkin dan tiada sebab kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Musa Aman boleh digugurkan.

Tetapi, disebabkan berlakunya pertukaran kerajaan, bertukar Perdana Menteri dan bertukar Peguam Negara, maka kes beliau telah digugurkan.

Maka, setelah kesnya digugurkan, Musa Aman pun mula membuat gangguan untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.

Sebab sebenar mengapa 46 kes Musa Aman ditarik balik dan digugurkan, hanya Tuhan dan mereka yang berkaitan saja mengetahuinya.

Apa pun, mereka harus menjawabnya di hadapan Tuhan nanti.

Pokoknya, kalau kes Musa Aman tidak digugurkan, kerajaan negeri pimpinan Shafie tiada gangguan dan beliau pasti akan terus memerintah Sabah dengan aman tanpa menyebarkan Covid-19 hingga ke hari ini.

Ketika Musa Aman berusaha menjatuhkan Shafie Apdal melalui tindakan beberapa Adun melompat parti pula, dua orang kanan Muhyiddin iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Nardin Awang telah terlibat aktif dalam usaha tersebut.

Ketika Musa Aman memaklumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti untuk menjatuhkan Shafie, beliau ada menyebut bahawa Hamzah dan Nardin telah pun mengadakan pertemuan dengan TYT Sabah untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Ini bermakna, dengan penglibatan dua orang kanannya itu, usaha menjatuhkan Shafie adalah dalam pengetahuan dan restu Muhyiddin.

Kesimpulannya, perkara-perkara yang menyebabkan PRN Sabah terpaksa diadakan ialah kerana gangguan Musa Aman terhadap kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.

Gangguan itu pula berlaku setelah kes Musa Aman digugurkan selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan dua orang kanan Muhyiddin turut terlibat secara langsung dalam usaha menumbangkan Shafie.

Jadi, kalau mahu dikatakan merebaknya kes Covid-19 sekarang yang sebahagiannya disebabkan PRN Sabah, yang salah besarnya ialah Muhyiddin, bukan Shafie Apdal.

Cuba kalau kes Musa tidak digugurkan dan dua orang kanan Muhyiddin tidak terlibat dalam usaha menjatuhkan Shafie, pastilah PRN Sabah tidak berlaku.

Tidak berlaku PRN Sabah, tidak merebaklah juga Covid-19.

Jika kita masih tidak lupa, meningkatnya kes Covid-19 pada Mac lalu sehingga PKP terpaksa dikuatkuasakan, ia berlaku hanya tidak berapa lama selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan PH dan menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Dulu Muhyiddin, sekarang pun Muhyiddin (Shahbudindotcom 04/10/2020)



𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗔𝗡𝗡𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨, 𝗡𝗔𝗭𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗛- GADOH BELUM REDA

 BOB KELANANG


Image may contain: 1 person, suit



Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diminta supaya mencerminkan diri sebelum menuding jari ke arah pemimpin lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak boleh diterima.

“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.

“Sebenarnya saya lebih suka jika presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, pegawai-pegawai, ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau di dalam grup WhatsApp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Nazri mahu hubungan antara partinya dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dengan mendakwa akar umbi UMNO yang mahukannya seperti dilaporkan sebuah portal.

Terdahulu, Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.

Menurut Tun Faisal, pemimpin kanan parti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.

“Nazri sendiri bukan contoh yang baik dalam soal menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO. Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya boleh namakan sejumlah pemimpin UMNO yang tidak menghormati institusi presiden UMNO dan pernah mengkritik secara terbuka presiden UMNO sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada pemimpin yang mengkritik presiden malah ada yang mendesak presiden meletak jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” katanya.

Tun Faisal berkata, seandainya presiden parti itu tidak dihormati, bagaimana dengan nasib timbalan presiden parti.

Katanya, tindakan menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri.

“Nasihat saya kepada Nazri, simpanlah hipokrasi itu, anda adalah liabiliti kepada UMNO dan presiden UMNO. Jika Nazri mahu sangat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, silalah masuk PKR, DAP atau Pakatan Harapan,” katanya.

 

MUDA ...TAPI HILANG ADAB DAN TAK BERTAMADUN: 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗝𝗔𝗥 !!! 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

 


Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh di sini hari ini.

Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan 18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.

“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk pera­kam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” katanya

Dalam pada itu, warga emas berkenaan, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam di sini sehingga videonya tular di media sosial mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan selepas dilastik dua remaja.

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki cuba menendang Wan Bidah.

Bercerita lanjut, Wan Bidah, yang juga ibu tunggal membe­ritahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.

Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Wan Bidah berkata, rayuannya tidak diendahkan malah dua daripada remaja berkenaan semakin agresif me­lastiknya dengan batu dan terkena lengan kiri.

“Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.

“Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di IPD Bachok kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Kelmarin, tular video berdu­rasi 30 saat di laman sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri.