KERAJAAN MUHYIDDIN, KERAJAAN YANG BERMORAL RENDAH...



Selain rapuhnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin kerana hanya ada majoriti dua undi di Parlimen, adanya “enam jahaman” dalam kumpulan mereka yang menyokongnya turut menjadi persoalan besar di kalangan masyarakat ketika ini.
Dengan melambakkan jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC dan duta bertaraf menteri kepada penyokong-penyokongnya, kemampuan hanya memperolehi sokongan 113/222 jumlah Ahli Parlimen juga adalah sesuatu yang sungguh memalukan buat Muhyiddin.
Dalam hal ini, cuba bayangkan apa jadi jadi jika beliau tidak melakukan pemberian jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen tersebut?
Mampukah beliau bertahan sehingga sekarang?
Dengan ini juga bermakna hakikat bahawa Muhyiddin tidak ada majoriti sejak awal lagi semakin sukar untuk disanggah.
Sokongan “cukup-cukup makan” yang ada padanya, itu pun setelah melambakkan jawatan serta kedudukan, sebagaimana beberapa kali disebut sebelum ini, adalah keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri selain Muhyiddin.
Realitinya, kerajaan PN yang juga pertama kali gabungan tidak berdaftar menjadi kerajaan dan dipimpin oleh Muhyiddin ini, adalah yang paling lemah serta rapuh dalam sejarah negara.
Lebih daripada itu, yang turut mengaibkan lagi ialah daripada 113 sokongan yang ada itu, enam daripadanya adalah Ahli Parlimen yang sedang didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Kumpulan yang disebut “enam jahanam” itu ialah Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Najib Razak (Pekan), Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Abdul Azeez Rahim (Baling), Ahmad Maslan (Pontian) dan Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan).
Kesemua mereka sedang menghadapi perbicaraan dengan ada antaranya masih di peringkat pendakwan dan selebihnya sudah dalam peringkat membela diri.
Walaupun kita selalu berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, tetapi majoriti rakyat secara umumnya berpendapat kes-kes mereka itu adalah kes yang “straightforward” dan hampir pasti lekat dengan sabitan bersalah apabila sampai waktunya nanti.
Dengan yang demikian, tidakkah kerajaan pimpinan Muhyiddin ini boleh dianggap moralnya begitu rendah di mata rakyat?
Persoalan lain ialah apa jadi kepada kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang majoritinya sekarang hanya dua jika dua atau lehih daripada “enam jahanam” itu didapati bersalah oleh mahkamah?
Dalam erti kata lain, pentingnya “enam jahanam” kepada jangka hayat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan begitu saja.
Selain Muhyiddin sedar pentingnya “enam jahanam” itu kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri, “enam jahanam” juga turut sama pentingnya mereka kepada kedudukan Muhyiddin.
Ini bermakna, selain tekanan untuk melepaskan mereka itu boleh jadi sentiasa hebat dan diperhebatkan, kebimbangan ramai juga apakah Muhyiddin benar-benar mampu sepanjang masa mengelakkan dirinya untuk tidak campurtangan dalam kes mereka itu? 
(ShahbudinHusin 21/05/2020)


RASANYA SEMUA DAH BACA DAN DENGAR KES HADI....


Ibrahim Mat Isa

Ekoran temubual Iswardy Morni dengan Claire Rewcastle Brown malam tadi, aku macam nak menulis panjang sebagai ulasan, tapi aku rasa ramai yang turut menonton dan faham keseluruhan cerita - jadi aku istirehat dan biar masing-masing mengulas secara sendiri.

Selama ini kita cuma membaca dari media UK dan di Malaysia sahaja mengenai perjalanan dan kronologi kes, tapi malam tadi tuan tubuh sendiri bercerita secara live.

Menonton penerangan 1st hand dari orang yang terlibat disaman oleh Hj Hadi (dalam kes Hadi Awang VS Claire Rewcastle Brown), dan kenapa Hj Hadi minta selesaikan di luar mahkamah dengan bayaran sebanyak RM1.4 juta kepada Claire membuat aku terfikir-fikir..

Tak malukah jadi Haji penipu di Malaysia sedangkan di UK kau terpaksa bayar kos guaman sebanyak £2.5juta (hampir 14 juta ringgit) - orang kata pay for nothing, tambahan bayar lagi denda tarik saman 1.4 juta kepada Claire.

Sedangkan di Malaysia duk gelembong dekat penyokong kununnya kau dah menang melawan Claire. Oii malunya alahai.. Tapi muka macam Hadi mana dia reti malu!

Seperti lain-lain walaun yang biasa kita baca kesungguhan mereka melepaskan peluru fitnah, apabila terkantoi selamba je mereka tak ada perasaan malu. Apa lagi tarik kenyataan dan minta maaf!

Bagaimanapun, ini semua iktibar kepada kita. Jadi Haji penipu ini mudah, jual agama kononnya demi perjuangan juga mudah, tapi hasilnya, Islam dipandang buruk dan keji kerana samdol seperti mereka ini.



Pengangguran dijangka cecah angka juta akhir tahun ini

Pengangguran dijangka cecah angka juta akhir tahun ini
"Jumlah orang yang tidak mempunyai pekerjaan akan dengan mudah mencecahkan angka jutaan dan mereka yang mencari pekerjaan akan menghadapi suasana yang sukar," lapor The Sun hari ini.



Semalam adalah nasib malang buat Mohamad Amri, apabila beliau bersama kira-kira 50 lagi rakannya diminta bercuti tanpa gaji selama tiga bulan dari syarikat tempat beliau bekerja.
Amri, 45, adalah seorang pengurus pemasaran di sebuah syarikat agensi pelancongan di Subang  yang sedang meningkat naik di negara ini.
Namun, akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau dan rakan-rakannya terpaksa diberikan cuti tanpa gaji. Dari 75 kakitangan, syarikatnya hanya mampu mengekalkan 25 orang sahaja.
Dengan bercuti tanpa gaji, Amri kehilangan RM8,000 sebulan yang selama ini menjadi satu-satunya sumber pendapatan untuk keluarga kerana isterinya tidak bekerja.
Itulah sebahagian nasib rakyat negara ini dan seluruh dunia selepas Covid-19 melanda.
Menurut laporan eksklusif dari The Sun hari ini, Malaysia dijangka akan mencipta rekod baru tidak lama lagi apabila hampir sejuta rakyatnya dijangka tidak mempunyai pekerjaan penghujung tahun ini ekoran wabak Covid-19.
Menurut akhbar itu, ianya dijangka memecahkan rekod yang dicatatkan pada tahun 1986 apabila kadar mereka yang tidak mempunyai pekerjaan adalah 7.4%.
Menurut beliau, kebanyakan majikan akan membekukan pengambilan pekerja baru sehinggalah mereka yakin dengan halatuju ekonomi.
Pada bulan Mac sahaja, mereka yang kehilangan pekerjaan adalah 15,000 orang, kata beliau berdasarkan data dari Skim Insuran Pekerjaan.
Kadarnya dijangka akan naik kepada 27,000 pada bulan April.
Jika PKPB berterusan, orang semacam Amri dijangka semakin ramai. Selepas cuti tanpa gaji sehingga Julai ini, majikan beliau dijangka akan meneruskan cuti itu.
Ketika itu, Amri dan lain-lain akan mencari peluang pekerjaan di negara ini berebut dengan mereka yang baru tamat belajar samada di sekolah atau universiti.
Industri pelancongan termasuk perkapalan, tiket, penerbangan, hotel dan seumpamanya antara yang paling teruk terkesan akibat Covid-19.
Bukan kerana PKP sahaja tetapi yang lebih besar adalah orang ramai takut untuk bergerak ke mana-mana.

SARAWAK REPORT DAKWA HADI PERLU BAYAR HAMPIR 14 JUTA ??? SIAPA YANG MEMBAYARNYA ? DARI MANA DATANGNYA DUIT SEBANYAK ITU???IKUTI VIDEO INI.



Penyunting Laporan SARAWAK Clare Rewcastle-Brown malam tadi mendedahkan dalam sebuah rancangan perbincangan yang dihoskan oleh aktivis Iswardy Morni, bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang dikenakan 2.5 juta pound (RM13.3 juta) oleh firma perundangan Britain dalam usaha mengejar tuntutan saman fitnah terhadapnya iaitu  portal  Sarawak Report pada tahun 2019.

Ini adalah melebihi dari  RM1.4 juta dalam usaha penyelesaian di luar mahkamah mengenai biaya undang-undang Rewcastle-Brown, ketika anggota parlimen Marang menarik saman fitnahnya atas laporan portal tersebut yang mendedahkan sejumlah wang yang didakwa dibayar oleh UMNO kepada pembangkang ketika itu parti PAS sebelum pilihan raya umum 2018.

Seperti petikan video di atas, Rewcastle-Brown menjelaskan bahawa bertentangan dengan dakwaan Hadi bahawa PAS memenangi kes itu, kes itu tidak pernah sampai di mahkamah.

“Mereka melarikan diri bahkan sebelum sampai di mahkamah. Oleh itu, jika mereka mengatakan bahawa mereka memenangkan kes ini, kita akan membiarkannya menjadi "pemikiran yang  seharusnya sihat ", "katanya.

Pendedahan 2018 oleh  Portal Sarawak Report mendakwa pembayaran berjumlah berjuta-juta ringgit  yang membiayai deposit pilihan raya PAS untuk 160 calon parlimen mereka dan di 196 kawasan yang ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya 2018.

Rewcastle-Brown mengulangi bahawa dia menyimpan bukti dokumen mengenai transaksi berkaitan yang menunjukkan dana dialihkan dari UMNO ke akaun politik PAS.

PAS sehingga selepas pilihan raya umum 2018 menjadi parti pembangkang, sementara UMNO mengetuai gabungan Barisan Nasional yang memerintah. Parti Islam telah menyatakan dalam kenyataan umum bahawa ia tetap menjadi parti pembangkang yang menentang UMNO.

Bukti dokumentari, menurut Rewcastle-Brown, membuktikan bahawa kedua-dua pihak bekerjasama, dengan Hadi didakwa dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya gabungan Barisan Nasional menang.


Hadi dan PAS telah mempertikaikan tuntutan Rewcastle-Brown, walaupun outlet tempatan mendakwa bahawa jumlah yang bergerak untuk melunaskan penentangan PAS terhadap UMNO adalah sekitar RM90 juta.


Akhirnya, pakatan PAS dan UMNO menjadi koalisi longgar 

yang disebut Muafakat Nasional, yang dibentuk tahun lalu.







KISAH PENUH DAN VIDEO DI LINK DIBAWAH INI

MUHYIDDIN YANG ANDA PERLU KETAHUI



Demikianlah kisahnya:

Masih ingatkah Muhyiddin pada nasihat dan pengorbanan Anwar Ibrahim ?

Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke- 7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.

Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.

Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.

Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.

Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Peristiwa Kedua

Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.

Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.

Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.

Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.

Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.

Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.

Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.

Peristiwa Ketiga

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.

Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.

Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.

Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.

Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.

Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.

Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat daripada diharamkan.

Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?

Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain.

Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.

“Bijak berpenchak langkah bertukar

Bijak berakal mengawal diri

Adat berhutang kami membayar

Adat berjanji kami tepati”


TAK SALAH JOIN PH..TAPI TAK BOLEH LAGI NAK JADI PM


ZukriAksah.

Dr. Mahathir bin Mohamad boleh setia dengan Pakatan Harapan, tetapi dia sudah tidak boleh menjadi Ketua PH, atau berlagak seperti Ketua PH. Orang putih kata enough is enough! Kalaupun benar kita punya kebersamaan mahu menjatuhkan Kerajaan Muhyiddin Yassin, kami buat kerana prinsip dan cita-cita reformasi, kamu pula buat kerana dendam dalam hati. Kamu juga sudah membuktikan kepada semua bahawa kamu adalah jenis pemimpin yang suka melanggar janji bila sedikit kuasa diberi.




RENTASAN 682 | PANAS!!! MUKHRIZ MAHATHIR DEDAH PUNCA PH TUMBANG DI KEDAH?



MENARIK DALAM RENTASAN 682 1. UNTUK APA MOU PERIKATAN NASIONAL TANPA IKATAN UNDANG-UNDANG? 2. HARGA BARANGAN BASAH NAIK MENJELANG PERAYAAN BUKAN FENOMENA BAHARU 3. APA CERITA DI SEBALIK TABIR PENGERUSI BURSA MALAYSIA? 4. MENTERI BESAR SELANGOR MENGAKU 'DIGANGGU'







YANG INGKAR TITAH AGONG, PERIKATAN NASIONAL, KATA PEMIMPIN AMANAH






Menurut Khalid, Yang di-Pertuan Agong menitahkan tiga peringatan utama iaitu menjadikan kerajaan yang bersih, tidak menggunakan isu perkauman dan agama serta berkhidmat seikhlas mungkin untuk rakyat ketika negara berhadapan Covid-19. “Yang tak bersih adalah kerajaan PERIKATAN NASIONAL. Kerajaan inilah yang memberikan jawatan dan kedudukan kepada mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah demi untuk mengikat sokongan mereka kepada kerajaan. “Yang memainkan isu perkauman dan agama kerajaan PERIKATAN NASIONAL juga. Mereka menjadikannya sebab kenapa perlukan kerajaan ini dengan menggunakan alasan perkauman dan agama. “Yang tidak berkhidmat dengan ikhlas kepada rakyat kerajaan inilah juga. Bantuan kewangan kepada rakyat ada masalah, bantuan makanan tak sampai dengan baik dan bocor di tengah jalan, pakaian PPE untuk petugas barisan depan pun banyak yang terpaksa disediakan oleh rakyat,” kata Khalid.

Skim kawalan harga: Kerajaan PH laksana lebih baik berbanding PN


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih pantas dalam melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) berbanding Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir hari ini. 
Kerajaan PH mengumumkan skim tersebut dua minggu sebelum ketibaan Syawal pada tahun lalu, berbanding PN yang lembab dan menunggu pada penghujung Ramadan untuk berbuat demikian. 
Malah, berdasarkan SHMMP yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam, hanya 11 barangan yang dilihat tersenarai. 
Ini berbeza dengan apa yang telah dilakukan Kerajaan PH sebelum ini, di mana 27 barangan telah diletakkan di bawah senarai SHMMP. 
Malah, bahan mentah seperti ikan yang sebelum ini dilaporkan naik harga di beberapa kawasan tidak diletakkan di dalam senarai SHMMP yang dikeluarkan kerajaan PN.
Tambah buruk, Kerajaan PN juga menetapkan tempoh masa kawalan harga lebih singkat iaitu 15 hari berbanding yang dilaksanakan Kerajaan PH iaitu selama 30 hari. 
Perbandingan ini jelas membuktikan Kerajaan PH peka dan prihatin serta mendengar keluhan rakyat yang terbeban lebih-lebih ketika tiba musim perayaan yang memerlukan perbelanjaan yang banyak. 
Sebaliknya, Kerajaan PN yang terbentuk hasil ‘Langkah Sheraton’ dilihat masih terkial-kial untuk mentadbir negara dengan baik — mungkin kerana terlalu sibuk mencatur gerak politik sehingga terlupa nasib rakyat di bawah. 



Kerajaan PN digesa serius kawal harga barang sempena Aidilfitri


Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar lebih peka dan serius dalam usaha mengawal harga barang sempena musim perayaan. 
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Aidilfitri, semalam.
Menurut Edry, SHMMP yang dikeluarkan kerajaan PN itu menyenaraikan hanya 11 barang kawalan berbanding 27 di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. 
“Walaupun sambutan Aidilfitri tahun ini akan disambut secara sederhana dan terkawal disebabkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akibat wabak Covid-19, penggunaan barang tetap tinggi sama ada untuk penggunaan isi rumah keluarga mahupun perniagaan sempena Aidilfitri. 
“Ketika pendapatan rakyat yang berkurang dan rakyat mempunyai kurang wang untuk berbelanja, sepatutnya senarai barang kawalan ditambah dan bukannya dikurangkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malah, katanya, SHMMP tersebut turut memendekkan tempoh penguatkuasaan selama 15 hari berbanding di bawah kerajaan PH selama 30 hari.
Tempoh yang terlalu singkat itu, kata Edry, akan menyebabkan kegagalan pelaksanaan kawalan harga. 
“Lebih pendek tempoh diberikan kepada golongan peniaga untuk patuh kepada harga maksimum yang ditetapkan terutamanya apabila harga pasaran semasa yang lebih tinggi. 
“Lebih pendek juga tempoh untuk pihak penguatkuasa untuk memastikan kepatuhan golongan peniaga terhadap harga kawalan.
“Akhirnya ia akan membawa kegagalan kepada SHMMP Aidilfitri kali ini dan membebankan rakyat sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor. 
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan PN agar serius mengawal harga barang demi kepentingan rakyat. 
“Ini bukan sahaja penting ketika waktu perayaan namun ketika negara masih di dalam PKPB. 
“Jelas berdasarkan pemerhatian dan rungutan rakyat bahawa harga barangan naik melonjak tinggi kerana masalah bekalan barangan yang juga gagal diselesaikan oleh pihak kerajaan ketika krisis Covid-19,” tegasnya.