KING OF PELABUR


Nizam Aka

Aduyaiiiii..Yang kalut-kalut  tentang pelaburan bagai ni,kenapa?Dah lupa yang Malaysia sekarang ni dah ada pakar dalam urusan-urusan tarik pelabur ni?Kan dia duta khas bertaraf menteri..Dah lupa?Sambil-sambil  mencandat sotong je dia call geng-geng pelabur tu..Masa dapat pelabur untuk buat Titi Kayu Paling Panjang di Dunia,dia masa tu hanya sambil-sambil tebar jala je tarik pelabur tu..

Dah..tak payah fikir,serahkan pakar pelaburan M'sia tu..tengoklah berapa banyak dia telah tarik pelabur kat negeri lebai Kelantan sana..Sampai nak pandu kereta pun tak selesa,banyak sangat pembangunan hasil daripada pelaburan yg dibawa oleh pakar tu..Lopak sana,lubang sini,pecah sinu.. Pembangunan kan tu..Dia tu King's Of Pelabur..





LEMBAGA DISIPLIN PARTI KEADILAN HARUS LEBIH EFEKTIF LAGI



Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Presiden Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini semakin tegas dengan soal disiplin parti.  Selepas terserlah pengkhianatan oleh beberapa pimpinan dan Wakil Rakyat dari Keadilan terhadap parti sehingga membantu menjatuhkan kerajaan mandat rakyat, sudah sampai masanya Anwar meninggalkan sikap 
" tahap dewa" nya itu.  

Beberapa pimpinan termasuk pimpinan kanan di dalam parti telah dipecat dari parti.  Mereka ini sepatutnya telah lama dipecat akibat tingkah laku "cacing naik ke mata", namun sikap Anwar yang pemaaf tahap dewa itulah menjadikan "kaduk naik junjung".  Sikap Anwar ini tidak digemari oleh ramai ahli, namun Anwar seperti biasa ada hujahnya untuk bertindak seperti "menarik benang dari tepung".  Ya, waktu itu kita sebahagian dari kerajaan dan di antara mereka itu ada sebahagiannya menjadi menteri, timbalan menteri, dan berbagai jawatan penting di dalam kerajaan PH.  Sudah tentu sebarang tindakan ke atas mereka pasti akan menjejaskan kerajaan PH sedikit ssbanyak.   Oleh kerana mereka menjadi pemimpin dan Wakil Rakyat yang dinaikkan oleh parti, mereka berpeluang menikmati jawatan-jawatan tersebut.  Malangnya, kerana ego dan sombong disertakan dengan tamak kuasa, mereka sanggup mengkhianati parti.

Sehingga kini, masih ramai lagi para penyokong dan aktivis pengkhianat tersebut berada di akar umbi yang masih belum dipecat mahu pun digantung.  Sesiapa sahaja yang sekarang ini membantu menggerakkan kerja dari pemimpin khianat ini, wajib dipecat dari parti.  Ada yang sengaja tidak mahu keluar parti walaupun di dalam hatinya tiada lagi semangat dan roh perjuangan yang dibawa oleh parti.  Mereka mahu tunggu untuk dipecat agar mereka boleh menuduh parti bertindak zalim terhadap mereka.  Hakikatnya mereka bacul dan tiada prinsip.  

Keadilan perlu menjejaki saki baki dan tulang belakang para pengkhianat ini.  Parti harus usir mereka keluar segera sebelum mereka membawa 'wabak' ke dalam parti.  Samada mereka sekarang berstatus Wakil Rakyat atau apa saja, Jika mereka jelas dilihat memperlekehkan parti, mensabotaj parti, memboikot program parti atau menyatakan sesuatu tuduhan jahat ke atas parti atau pimpinan parti di samping mempamirkan kesetiaan dan sokongan mereka kepada pengkhianat, maka wajar parti pecat mereka.  Parti Keadilan harus dibersihkan dari unsur-unsur jahat yang dibawa oleh kumpulan 'kartel' dahulu.  Jangan izinkan 'Kartel 2.0" bercambah di dalam Keadilan.  

Anwar dilihat semakin serius di dalam hal ini, namun belum cukup untuk menakutkan saki baki kartel.  Difahamkan masih banyak aduan yang masih berlonggok di atas meja Pengerusi Lembaga Disiplin parti yang belum dapat diselesaikan.  Lembaga Disiplin mesti berlaku adil di dalam meneliti setiap aduan.  Namun, jangan jadikan Lembaga Disiplin seolah-olah mahkamah yang memerlukan bukti itu ini untuk membuat keputusan.  Kita mahu keputusan yang adil berdasarkan asas yang kukuh mengikut maslahah dan kepentingan politik parti.  Jangan sempitkan kaedah di dalam membuat keputusan sehingga Lembaga Disiplin dilihat seperti diperlecehkan.  

Apakah kita perlu bukti kukuh lagi setelah kumpulan ini berpakat dan berduyun-duyun tinggalkan dewan Kongres Nasional tatkala Presiden parti masih tercongok atas pentas?  Membuat "walk out" yang dirancang untuk memalukan Presiden dan menggagalkan Kongres parti, itu adalah langkah pertama sebelum langkah menuju "Hotel Sheraton".   Walaupun tindakan sabotaj itu gagal namun tindakan mereka itu jelas biadap dan kurang ajar.  Muka-muka pengkhianat ini ada di antaranya telah dipecat dari parti tetapi ada lagi yang tanpa rasa malu dan bersalah masih berada di dalam keluarga Keadilan.  Apakah kumpulan ini tidak wajar dipecat hanya kerana tiada bukti?  

Keadilan harus segera dipulihkan.  Jangan terlalu lama 'kuarintin' pembawa wabak pengkhianat ini.  Lagi lama mereka di 'kuarintin' sedangkan jelas mereka 'positif' pembawa wabak penyakit khianat, ianya akan meresahkan ahli-ahli di akar umbi untuk meneruskan perjuangan.  Keadilan mesti berani bertindak, kita mahu ahli yang berkualiti bukannya kita mengejar kuantiti.  

WFAUZDIN NS

MASIH TUDUH DAP. INI MUKA JUAL IC


Ibrahim Mat Isa

Masih lagi bermain isu pemberian MyKad oleh kerajaan DAP Pulau Pinang?Seramai 20 kakitangan jpn ditahan.

Ini wajah seorang Pegawai atau Penolong  Pengarah JPN yang ditangkap kerana sendiket mengeluarkan MyKad kepada warga asing. Muka DAP ke?



Anwar Ibrahim: Kenapa Kartel Masih Dibiarkan Di Selangor? Masih Menunggu Dikhianati Sekali Lagi?



Anwar Ibrahim: Kita Nak Berkayakan Anak & Kroni Kita, Atau Berikan Peluang Pendidikan Untuk Semua?


Anwar Ibrahim: Apa Salah Sidang Parlimen Disambung 2 Hari? Mereka Rasa Mereka Tidak Cukup Kuat?



RENTASAN 671 | PANAS!!! INI AMARAN TUN M KEPADA PIMPINAN BERSATU?


MENARIK DALAM RENTASAN 671 1. APA ADA PADA KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT DAN MANIFESTO? 2. QUO VADIS TUN DR MAHATHIR? 3. HANYA MAJIKAN GILA MENGAKU AMBIL BURUH PATI 4. GAMBAR VIP LANGGAR PKP JELAS






[🔥SIRI 58🔥] "PERBICARAAN KESEMUA KES NAJIB RAZAK PUN TERHALANG DI BAWAH PKP"

SUDUT PERUNDANGAN SIRI 58 Bersama SDR HANIFF KHATRI (Peguam Kanan) TAJUK: BICARA NAJIB RAZAK : TANPA GUNDAH GANJARA!! "PERBICARAAN KESEMUA KES NAJIB RAZAK PUN TERHALANG DI BAWAH PKP" MODERATOR: NOOR ZAWAZI YUSOF TARIKH: 28 APRIL 2020 (SELASA) MASA: 9.30 MALAM









MUHYIDDIN TIDAK BERPOLITIK, CUMA BERKHIANAT







Siapa sangka Menteri Dalam Negeri merupakan dalang dalam Daulah Terpendam. Tidakkah itu politik namanya? Jika kenyataan Dato' A Kadir Jasin bahawa Tun Dr Mahathir ditekan pada malam perjumpaan di Sheraton itu benar, maka Muhyiddinlah orang yang paling kuat berpolitik. Politik beliau seiring dengan Presiden UMNO, Dato' Seri Zahid Hamidi, yang berhadapan dengan puluhan tuduhan rasuah dan menyalahgunakan kuasa, serta Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang yang berdendam dengan AMANAH. Mereka sanggup berpaling tadah, walaupun, UMNO dengan angkuh berkata ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PERIKATAN NASIONAL dan BERSATU. Pada Pilihan Raya Umum ke-15, parti itu akan bergelut dalam TIGA penjuru, Muafakat Nasional, PAKATAN HARAPAN dan BERSATU. Itulah risiko yang diambil oleh BERSATU kerana tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8.



Kerajaan PN mulai retak, Muhyiddin dikejar ketakutan


MENGUKIR SIASAH

Muhyiddin dikejar
bayangan ketakutan.
SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada PH kepada PN? Apakah yang benar-benar gembira dan seronok Muhyiddin Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik menjadi PM yang memimpin kerajaan berkenaan?

Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen. 
Sesiapa yang memasuki jelumu politik ikut bertanding dalam pilihan raya di kerusi parlimen, adalah bodoh kalau dia tidak mempunyai cita-cita untuk jadi perdana menteri.
Ada beberapa orang atau individu utama yang seharusnya menerima kesan langsung baik benefits atau accountability dengan kejayaan menggulingkan kerajaan PH itu. Mereka itu sama adalah orang perlu dipertanggungjawabkan dan berhak menerima hasil daripada kejayaan menumbangkan kerajaan itu. 

Individu itu selain Muhyiddin, yang terkait sama adalah Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang, Mohamed Azmin Ali (Minrit) dan Abang Johari Openg. Inilah empat individu atau kepala yang membentuk mufakat perompakan dan menggulingkan kerajaan PH dan seterusnya memberi ruang keemasan buat Muhyiddin untuk jadi PM. 

Hadi dah dapat bahagian, Zahid belum lagi.
Tolonglah Tokguru...!
Muhyiddin telah mendapat nikmat daripada permuafakatan meruntuhkan kerajaan PH. Atas kesediaaanya untuk mengkhianati rakan dalam PH dan menjahanamkan kerajaan yang dianggotai sendiri, beliau sudah dilantik jadi perdana menteri. Pelantikan itu hadiah terbesar buat dan sejarah dalam hidupnya. 

Seharuslah beliau berbangga dan berterima kasih kerana kerja jahat itu akhirnya meletakkan beliau di kerusi nombor satu itu yang mana mungkin beliau tidak pernah terfikir sebelum ini? Muhyiddin tidak pernah pun bermimpi untuk menjadi perdana menteri apalagi selama berada dalam kerajaan PH lalu telah membuat konsensus yang Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti Dr Mahathir.

Bukan sahaja orang umum, Dr Mahathir pun terkejut dengan apa dilakukan Muhyiddin itu, dan beliau sendiri tidak menyangka kalau Muhyiddin ingin jadi PM. "Saya tidak sangka rupa-rupanya dia (Muhyiddin) nak jadi PM," demikian ulas Mahathir.

Ternyata tuah yang datang menggolek tanpa melalui liku-liku yang panjang untuk tiba di kakinya. Beliau hanya perlu lupa soal maruah, sanggup melanggar prinsip persahabatan dan sedia bersekongkol dengan musuh. Maka beliau wajar berbangga dan berpuas hati dan kejayaan itu sejarah tertinggi beliau dalam politik.  

Apabila Muhyiddin mendapat habuan besar tidak bermakna empat orang lain juga secara automatik berasa atau mengalami perasaan sama seperti Muhyiddin itu. Bagaimana dengan Zahid, Azmin, Hadi dan Johari Openg? Apakah mereka berempat ini mendapat imbuhan sepadan dengannya Muhyiddin? Mungkin tidak bagi Johari Openg tetapi bagi Zahid dan Azmin khasnya perlu dinilai secara mendalam. Mereka tentu menuntut keadilan dan kesaksamaan setelah usaha mereka berjaya. 

Dalam hal ini individu yang sangat mengharap kejayaan itu memberi keuntungan kepadanya adalah Zahid Hamidi. 

Beliau mungkin mengira dan berharap perubahan kerajaan itu akan dapat membantu kedudukannya, namun ternyata sesudah dua bulan berlalu belum ada tanda-tanda apa yang mungkin diharapkan itu menjadi kenyataan. Tidak ada lebih utama bagi Zahid kenapa sedia memberi sokongan kepada Muhyiddin dengan harapan beliau dilepaskan dengan tali jerat ekoran pertuduhan di mahkamah. 

Walaupun tidak ada perjanjian bersyarat seperti itu, tetapi itulah yang tertusuk jauh di sanubarinya.

Zahid menghadapi lebih 80 pertuduhan dimahkamah dimana tuduhan itu menjadi dosa dan noda buatnya. Dengan tuduhan itu reputasinya sebagai ahli politik merudum dan beliau berada dalam persepsi menjijikkan. Masyarakat menganggap bahawa beliau seorang pemimpin yang korup. Walaupun belum ada keputusan mahkamah tetapi itulah yang berlegar dalam kepala umum kini. 

Zahid sendiri menyedari apa dihadapi itu sangat buruk dan memalukannya. Gara-gara dihadap ke mahkamah menyebabkan beliau mengambil keputusan bercuti daripada jawatan presiden Umno selama setahun? 

Makanya, Zahid menunggu apakah balasan dan imbuhan buat beliau daripada Muhyiddin? Seperti dikatakan tadi, kalau itu bukan syarat kerjasama, tetapi bacaan politik ke situ. Zahid dan juga para penyokongnya dan orang yang berharap Zahid akan disuci oleh kerajaan baru itu sedang menunggu bila Peguam Negara akan membuat semakan terhadap segala pertuduhan ke atas Zahid? 

Mereka sedang memerhati apakah tindakan Muhyiddin untuk mensucikan presiden Umno itu. Tanpa dilakukan sesuatu untuk membantu Zahid, kerjasama dan rompakan secara muafakat itu tidak membawa apa-apa erti pun buat Umno. 

Bukan sahaja apa yang berlaku kepada persekitaran peribadi dirinya, cara Muhyiddin membahagikan harta sepencurian kepada Umno tidak adil. Sebab itu kini sudah terdengar cakap-cakap tidak puas hati dari kalangan pemimpin Umno mengenai perjalanan kerajaan PN. Terbaru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengatakan tanpa berlapik yang Umno tidak ada sebarang perikatan dengan PN seperti mana Umno dengan Pam melalui Muafakat Nasional. 

Bererti Mohamad Hasan tidak mengiktiraf  kerajaan PN dan cuba memberi gambaran yang kerajaan PN boleh goyah bila-bila masa sahaja. Malahan Zahid sendiri juga sudah mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hatian sekaligus mempersoalkan apakah "perasaan" Muhyiddin terhadapnya dan partinya apabila Zahid menulis surat meminta Muhyiddin melantik beberapa pemimpin Umno Sabah ke dalam kerajaan.

Surat Zahid itu dilihat perkara biasa, tetapi ia memberi natijah dan pengertian lebih dalam dari itu. Pemerhati mula melihat Umno sudah mula menuntut haknya yang sewajarnya daripada kerajaan PN.

Selain Zahid, Azmin (Minrit) juga tidak mendapat sepenuhnya apa yang dihajati dengan penggulingan kerajaan PH itu. Azmin mungkin boleh tersenyum lebar kerana berjaya mengecewakan Anwar Ibrahim, tetapi senyuman dan rasa puas itu tidak sampai ke lubuk hati. 

Kesediaan ahli Parlimen Gombak itu untuk mengkhianati rakan-rakan dalam PH termasuk bosnya sendiri Anwar Ibrahim dan sanggup menerima cacian dan cercaan sepanjang zaman belum diberikan upah secukupnya oleh Muhyiddin. Dalam kata lain Azmin masih belum mencapai apa yang diidamkan.

Dunia tahun Azmin bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sudah lama dia menarah angan-angannya ini dan angan-angan inilah dijual kepada orang-orang Keadilan sehingga ada orang Keadilan yang "angin tohor" percaya dan sanggup mufaraqah daripada keadilan untuk bersama Minrit. Salah seorang adalah Jaaffar Kamaruddin.  

Alih-alih apabila membentuk kabinet Muhyiddin tidak mewujudkan jawatan TPM, sebaliknya diganti dengan mewujudkan jawatan empat menteri kanan yang salah seorangnya diisi oleh Minrit. Jawatan itu sama taraf dengan Dr Radzi Jidin yang baru belajar politik yang juga dilantik menjadi menteri kanan kiri.

Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang. Walaupun beliau cuba menunjukkan sikap tawaduknya dan tidak gilakan kuasa, tetapi nun jauh di sudut hatinya beliau juga mengharapkan sesuatu yang lebih daripada diperolehi kini. Tidak berbaloi beliau hanya dilantik menjadi Duta Khas kepada Perdana Menteri untuk negeri Timur Tengah. Seandainya beliau tulus dan ikhlas berjuang tanpa mahukan kuasa, beliau tentu tidak sedia menerima tawaran (permintaan sebenarnya) untuk menjadi Duta Khas kepada Perdana Menteri yang tidak mempunyai bidang kuasa diplomatik sepenuhnya. 

Sebagai presiden Pas setidak-tidaknya, Hadi sepatutnya berada di barisan menteri kanan, kalau pun dirasakan tidak logik dan berkelayakan untuk dilantik menjadi perdana menteri. Tentu sekali orang tua itu mahu dan teringin juga untuk ikut sama mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertuan Agong dan bukan hadir hanya untuk meraikan pelantikan orang lain. 

Disebabkan mereka terlibat atau menjadi master mind dalam kudeta itu tidak dilayan dengan adil, maka itulah sebab sudah timbul desas desus dan cakap-cakap kurang manis mengenai kerajaan PN. Sudah ada yang berani memberi kata dua kepada Muhyiddin dari kalangan komponen PN sendiri. Sudah ada yang menytindir dari jauh dan sudah pun sampai ke telinga Muhyiddin dan ia memedihkan. 

Paling menonjol dan mempamerkan rasa tidak puas hati dengan cara Muhyiddin ialah daripada Umno. Misalnya beberapa orang pemimpin Umno mengkritik Azmin secara terbuka sebagai seorang menteri dikatakan menteri kiri kanan. Perlu difahami kritikan dan rasa mual kepada Minrit yang ditimbulkan oleh orang-orang Umno itu adalah sebagai perbuatan pukul anak untuk sindir menantu. 

Mereka mempersoalkan wibawa dan kemampuan bekas Timbalan Presiden Keadilan itu  menguruskan kementerian MITI itu. Apabila kewibawaannya dipersoalkan, bermakna persoalan dan pertikaikan itu dilemparkan kepada orang yang melantiknya. 

Kesimpulannya selain Muhyiddin, kesemua pihak lain tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PN dibentuk dan Muhyiddin mengurusnya. Rasa tidak puas hati ini akan terus "memborak" carik dan meluas. Jika Muhyiddin tidak segera menanganinya ia berpotensi besar untuk menjadikan kerajaan PN retak kemudian terbelah. 

Sidang pertama parlimen walupun sehari pada 18 Mei ini benar-benar mengganggu emosi Muhyiddin. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari itu. Tindakan menghadkan sidang hari satu hari jelas menunjukkan ketidakyakinan Muhyiddin terhadap sokongan kepadanya. 

Wabak Coronavirus walaupun dari satu sisi membantu untuk menyelamatkan Muhyiddin daripada diserang hendap oleh oposisi habis-habisan, tetapi dari sisi lain ia menjadikan Muhyiddin dalam serba salah dan terpaksa memikul beban sebagai PM yang berat. Dalam situasi tidak menentukan ini beliau tidak perlu dihimpit dan dijempit dengan masalahan dalam PN seperti disebut tadi mengenai rasa ketidakpuasan hati berbagai pihak.
Justeru satu formula dan solusi untuk keluar dari daerah "disappointment" yang sedang tercipta ini Muhyiddin perlu melakukan sesuatu yang betul dan tepat. Apakah Muhyiddin mampu? Minta Menteri Agama banyak-banyak berdoa selain untuk selamatkan rakyat Malaysia daripada Coronavirus, doakan juga untuk keselamatan Muhyiddin. [wm.kl. 2:27 pm 28/04/2020]



Rohingya: Buktikan Islam Penyelamat, Menjaga Hak Asasi dan Menegakkan Keadilan



Oleh: Mohamad Sabu

Persoalan kemanusiaan, undang-undang dan hak asasi manusia mesti dilihat secara menyeluruh walaupun adakalanya ia perlu dilihat secara berasingan.

Pemerdagangan manusia bukan perkara baru malah telah berlaku sejak ribuan tahun dahulu.

Kita melihat bagaimana 'black' dari Afrika dibawa dan dilelong dengan harga murah untuk dijadikan buruh dan pekerja bawahan di Amerika Syarikat.

Mereka ditindas dan diperguna oleh tauke-tauke yang terlibat dalam perlombongan, perladangan dan juga industri minyak.

Mereka yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ini telah menjadi kaya-raya manakala mereka yang ditindas itu pula hidup melarat sekian lama.

Sehinggalah munculnya pejuang-pejuang kemanusiaan dan kebebasan di Amerika Syarikat seperti George Washington dan lain-lain yang akhirnya golongan tersebut dapat hidup  dengan baik di sana.

Begitu juga pemerdagangan manusia dan buruh asing di Malaysia yang jumlahnya mencapai angka juta.

Mereka datang untuk bekerja dan mendapatkan gaji, tetapi yang kaya-raya  adalah sindiket yang menjalankan pemerdagangan manusia tersebut.

Sindiket ini telah mengaut keuntungan dan wang yang banyak di atas penderitaan para pekerja tersebut yang mencari rezeki dan sesuap nasi bagi keluarga mereka di negara asal.

Demikianlah juga apa yang berlaku kepada pelarian Rohingya. Akibat penindasan yang berlaku di Myanmar khususnya umat Islam di sana, mereka terpaksa melarikan diri demi menyelamatkan nyawa dan ahli keluarga mereka.

Konteks kemanusiaan dan perundangan perlu dilihat bersama dalam hal ini dan pada masa yang sama jenayah pemerdagangan manusia ini mesti terus diperangi habis-habisan.

Kerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan dalam negara termasuklah usaha sama antara negara-negara ASEAN, UNCHR dan sebagainya perlu diperkasakan.

Walau apapun keadaan, membiarkan orang mati dalam kelaparan adalah perkara yang amat menyedihkan dan menggambarkan nipisnya nilai perikemanusiaan.

Oleh itu, kita hendaklah memiliki keseimbangan antara kemanusiaan, hak asasi manusia dan perundangan.

Kerajaan perlu lebih tegas melaksanakan seruan di peringkat antarabangsa seperti ASEAN dan PBB serta bekerjasama dengan NGO yang terlibat dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia ini.

Namun pada masa yang sama, soal hak asasi manusia perlu dipertahankan.

Kita mesti ingat, jutaan umat Islam diterima di negara-negara Eropah seperti Jerman dan mereka dilindungi dan diberi hak yang sewajarnya sebagai pelarian.

Malahan sebahagian daripada mereka telah menjadi warganegara di sana khasnya selepas Perang Dunia Ke-2.

Sebab itu, kita mengecam Eropah dalam isu-isu tertentu seperti sokongan mereka terhadap kerajaan yang tidak menghormati demokrasi dan hak asasi  tapi pada masa yang sama, terdapat kebaikan yang dilaksanakan oleh mereka di negara mereka.

Ramai pemimpin-pemimpin gerakan Islam di sebahagian negara Timur Tengah yang ditekan dan dipenjara serta yang dihukum bunuh. Sebahagian mereka ini diselamatkan dan diberi perlindungan oleh negara-negara Eropah.

Oleh demikian, kita sedar adakalanya kerja kebajikan yang diseru oleh agama Islam telah dilaksanakan oleh mereka yang bukan Islam. Sebaliknya negara umat Islam pula menjadi pengeksport pelarian.

Dalam isu Rohingya, kita mengharapkan OIC memainkan peranan sewajarnya bagi membuktikan Islam adalah agama penyelamat, agama yang memenuhi hak asasi manusia dan agama yang menegakkan keadilan. Begitu juga di dalam negara kita, usaha memerangi pemerdagangan manusia mesti digiatkan tanpa mengira mereka yang terlibat berada di pihak kerajaan ataupun pembangkang.


YA...BERI KAN SOKONGAN ANDA KEPADA AMIN IDRIS... KENA ADA ORANG AJAR DIA.



'Kena ada orang ajar dia'

28 April 2020

Personaliti televisyen Amin Idris (kiri) enggan tunduk ke atas tuntutan pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq yang menggesa untuk memohon maaf serta membayar wang pampasan RM1 juta selepas didakwa menjatuhkan reputasinya di media sosial.

Menurut Amin, dia sengaja berbuat demikian sebagai memberi peringatan kepada Abu Syafiq bahawa gelaran ustaz tidak melayakkannya untuk mengecam seseorang.

"Semalam, saya mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat tuntutan dari Abu Syafiq (Rasyiq Alwi).

"Selepas berbincang bersama peguam, kumpulan penyelidik, saya nekad untuk tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta seperti mana dituntut Abu Syafiq.




"Kena ada orang ajar dia. Seseorang yang diberi gelaran ustaz tidak wajar sesuka hati mengata orang lain di media sosial," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Amin, 39, memuat naik kenyataan melalui akaun Facebook miliknya menyindir tindakan Abu Syafiq yang mengecam seorang lagi pendakwah bebas iaitu Ebit Lew.

Perkongsian Amin itu menjadi tular sebaik ia dimuat naik ke media sosialnya.

Bagaimanapun, Abu Syafiq kemudian mendakwa kenyataan terbabit menjatuhkan imejnya selain peguam yang mewakilinya memaklumkan anak guam mereka menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.

Pada masa sama - juga melalui Facebook - Amin berkata, dia lebih rela menyelesaikan konflik terbabit dengan kadar segera di mahkamah tanpa perlu menunggu tempoh tujuh hari diberikan Abu Syafiq berakhir.

"Jadi, Abu Syafiq...ini rasmi. Kita lawan di mahkamah. Mohon rakyat Malaysia doakan saya," katanya di Facebook.

"Saya diberi masa tujuh hari untuk mohon maaf dan bayar RM1 juta kepada Abu Syafiq. Jawapan saya, tidak perlu tunggu tujuh hari. Saman saya segera. Jumpa kamu di mahkamah," katanya.

Mengulas lanjut, Amin berkata, untuk seseorang yang biasa mengkritik orang lain, Abu Syafiq sewajarnya lebih bersedia apabila ada individu lain mengecam tindakannya.

"Kalau nak mengata kenalah bersedia untuk dikritik. Media sosial pula bukan medan untuk kita mengecam orang lain, kena jaga adab dan etika," katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak Abu Syafiq untuk mengulas lanjut isu berkenaan.


FASA PEMULIHAN.SEKTOR EKONOMI DIGALAK BERFUNGSI DENGAN SYARAT



COVID-19: Sektor ekonomi digalak kembali berfungsi kerana negara kini dalam fasa pemulihan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun, tegasnya ada syarat-syarat dikenakan, antaranya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata antara SOP itu adalah saringan suhu badan, memastikan ruangan tidak sempit bagi pekerja dan tiada perhimpunan dalam kawasan tersebut, mengamalkan penjarakan sosial serta kebersihan diri seperti kerap basuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

"Ini adalah norma-norma baru yang kita inginkan rakyat Malaysia amalkan bukan hanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi selepas PKP pun kena amalkan," katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Ditanya adakah ia bagi semua sektor termasuk pembinaan dan pembuatan, Dr Noor Hisham berkata SOP telah disediakan untuk semua sektor.

“Ia dibuka secara berperingkat, keutamaan diberikan kepada sektor pembinaan dan industri besar. Kemudian sektor perkhidmatan pula,” katanya.

Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum mengisytiharkan darurat kesihatan awam, ia melihat kepada tiga faktor iaitu kematian, jangkitan dan ekonomi.

"Jadi kita lihat di Malaysia ada tiga faktor ini. Masa peringkat awal iaitu pertengahan April kita jangkakan akan dapat kes mendadak. Masa itu kita tidak pasti akan dapat lonjakan eksponen yang mendadak, tetapi ternyata tidak ada.

"Semasa minggu itu, kita berhati-hati dalam tindakan kita. Tetapi sekarang kita dalam fasa pemulihan, jadi bila kita dalam fasa pemulihan kita menggalakkan sektor ekonomi untuk kembali berfungsi seperti biasa," katanya.

~ BERNAMA

UMNO SABAH TERUS MELUKUT DI TEPI GHANIMAH KUDETA







Demikian lontaran perasaan Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dalam wawancara khas anjuran Penerangan UMNO Malaysia baru-baru ini. Jelas UMNO Sabah cuba diperkecilkan oleh BERSATU, walaupun mereka menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Ketidakpuasan hati UMNO Sabah itu mendorong Presiden UMNO Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada 17 April lalu, menuntut agar beberapa pemimpin parti itu diberi jawatan dalam kerajaan Muhyiddin Yassin. Surat itu antara lain meminta Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Adakah surat Zahid itu satu usaha pembulian UMNO terhadap Muhyiddin? Atau memang sewajarnya UMNO Sabah mendapat ghanimah hasil persekongkolan mereka dalam kudeta yang menumbangkan Kerajaan yang dipilih oleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14? BERSATU kini mempunyai 6 Ahli Parlimen di Sabah, BARISAN NASIONAL (2) dan Gabungan Sabah terdiri daripada PBS, STAR dan PBRS masing-masing 1 kerusi. 13. Begitulah cara Muhyiddin yang mahu mengukuhkan kedudukan BERSATU di Sabah. Walhal semua ahli BERSATU dari Sabah adalah mereka yang melompat parti.




ANWAR DAN ISU ROHINGYA







Wuhan isytihar bebas Covid-19 selepas pesakit kritikal terakhir dibenar keluar hospital



Hospital sementara yang dibina khas di Wuhan bagi merawat pesakit Covid-19. (Gambar AP)

Bandar Wuhan yang menjadi pusat awal koronavirus tidak lagi mempunyai pesakit Covid-19 di hospital selepas 12 individu terakhir dibenarkan keluar wad pada Ahad.

Pelepasan tersebut mengakhiri mimpi buruk selama 4 bulan untuk bandar itu, di mana penyakit ini pertama kali dikesan pada Disember.
Jumlah pesakit yang dirawat akibat Covid-19 di Wuhan mencapai kemuncak pada 18 Februari dengan 38,020 kes dan hampir 10,000 daripadanya berada dalam keadaan parah atau kritikal.
“Dengan usaha bersama Wuhan dan bantuan perubatan nasional yang diberikan kepada wilayah Hubei, semua kes Covid-19 di Wuhan diselesaikan pada 26 April,” kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Mi Feng.
Pengumuman itu dibuat hanya sehari selepas bandar itu membenarkan pesakit terakhir yang berada dalam keadaan parah sebelum ini keluar daripada hospital.
Pesakit itu juga merupakan kes kritikal terakhir di wilayah Hubei.
Pesakit terakhir yang dibenarkan discaj dari Wuhan Chest Hospital itu merupakan seorang lelaki berusia 77 tahun dikenali sebagai Ding selepas dia 2 kali diuji negatif untuk Sars-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, dan dibenarkan keluar pada tengah hari Ahad.
”Saya sangat merindui keluarga saya!” Ding memberitahu Changjing Daily.
Seorang pesakit lain yang tidak dikenali ternyata lega ketika meninggalkan hospital: “Udara di luar sangat segar! Cuaca sangat baik hari ini!”
Wuhan menempuh perjalanan panjang dalam usaha menjadikan bandar itu tiada lagi pesakit Covid-19.
Bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itu juga merupakan pusat pengangkutan untuk bahagian tengah China, menjalani “lockdown” ketat pada 23 Januari lalu selama 76 hari sehingga secara rasmi dibuka semula pada 8 April.
“Tiada lagi pesakit di hospital pada 26 April menandakan pencapaian besar untuk rawatan Covid-19 di bandar ini,” kata Suruhanjaya Kesihatan Wuhan dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna semua pesakit yang dikeluarkan tidak memerlukan rawatan susulan kerana mereka mungkin masih memerlukan rawatan penjagaan lanjut.
”Menghapus semua kes yang teruk menandakan kemenangan bagi pertempuran untuk melindungi Wuhan,” kata Menteri Kesihatan Ma Xiaowei kepada China Central Television pada Sabtu.














VIDEO DAN DOKUMANTARI :Pentagon secara rasmi dedahkan video UFO


Pentagon secara rasmi mengeluarkan 3 video pendek yang menunjukkan “objek tidak dikenali di udara” bergerak pantas semasa dirakam oleh kamera inframerah. (Gambar YouTube)

Pentagon secara rasmi mengeluarkan 3 video pendek yang menunjukkan “objek tidak dikenali di udara” yang sebelum ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta.

Video itu menunjukkan apa yang kelihatan sebagai objek terbang yang tidak dikenali bergerak pantas semasa dirakam oleh kamera inframerah.

DUKUMANTARI PILOT 15 US NAVY
2 daripada video tersebut kedengaran suara anggota yang menyatakan kekagumannya apabila melihat objek itu bergerak dengan cepat.
Manakala satu lagi suara mengandaikan ia mungkin drone.
Sebelum ini tentera Laut mengakui kebenaran video tersebut iaitu pada September tahun lalu.


“Bagi menepis spekulasi dan tanggapan masyarakat terhadap rakaman video yang dikeluarkan sebelum ini sama ada ia realiti atau palsu dapat dilihat menerusi video ini.
“Setelah melakukan kajian menyeluruh, jabatan memutuskan pendedahan video ini tidak menyentuh sebarang sensitiviti kepada sistem atau kemampuan.
“Malah ia juga tidak mengganggu siasatan selanjutnya mengenai pencerobohan objek tidak dikenali di udara oleh tentera,” menurut jurucakap Pentagon, Sue Gough dalam satu kenyataan.
Tentera Laut kini mempunyai garis panduan bagaimana untuk melaporkan jika apa yang mereka lihat kemungkinan UFO.
Video pertama yang didedahkan tentera Laut sekitar Disember 2017 dan Mac 2018 kepada The Stars Academy of Arts & Sciences, iaitu sebuah syarikat yang diasaskan oleh bekas pemuzik Blink-182, Tom DeLonge yang mengkaji maklumat mengenai objek tidak dikenali di udara.
Pada 2017, salah seorang juruterbang yang melihat salah satu objek yang tidak dikenali pada 2004 memberitahu CNN ia bergerak dengan cara yang tidak dapat dijelaskan.

“Ia berlaku sangat pantas seperti bola ping pong, memantul dari dinding, ia melantun dan pergi ke arah bertentangan,” kata juruterbang Angkatan Laut AS yang sudah bersara, David Fravour.
Pentagon sebelum ini mengkaji rakaman objek yang tidak dikenali sebagai sebahagian daripada program rahsia sejak ia dilancarkan atas arahan bekas Senator Harry Reid dari Nevada.
Menurut Pentagon, program yang dilancarkan pada 2007 dan berakhir pada 2012 selepas mereka mendapati ada sektor lain yang perlu diberi keutamaan dan memerlukan dana yang lebih banyak.
Bagaimanapun menurut Luis Elizondo iaitu bekas ketua program rahsia, pada 2017 dia secara peribadi percaya “ada bukti yang sangat kuat kita mungkin tidak bersendirian.”
“Pesawat ini… kami gelarnya sebagai pesawat – menunjukkan ciri-ciri yang tidak ada dalam inventori AS dan juga inventori lain yang kami ketahui,” kata Elizondo mengenai objek yang mereka kaji.


Pengunjung 2 pasar di PJ digesa jalani ujian Covid-19


Kerja nyahjangkitan dilakukan di Pasar Taman Megah SS24 selepas seorang peniaga sayur disahkan positif Covid-19.
PETALING JAYA: Pihak berkuasa menggesa sesiapa saja yang pernah ke 2 pasar basah di Petaling Jaya baru-baru ini untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, mereka yang pernah mengunjungi Pasar Jalan Othman antara 5 hingga 18 April lalu dan membeli makanan laut di sana perlu menjalani ujian saringan di klinik kesihatan Taman Medan atau Kelana Jaya.
Begitu juga individu yang pernah berjumpa dengan peniaga sayur di Pasar Taman Megah SS24 antara 11 hingga 25 April lalu untuk menjalani ujian saringan di 2 klinik kerajaan itu.
“Mereka yang ada simptom boleh pergi (menjalani ujian saringan) pada bila-bila masa.”
Dua peniaga, masing-masing seorang di pasar basah di Jalan Othman dan Taman Megah sedang menerima rawatan Covid-19.
Sementara itu, ujian saringan bagi peniaga akan diadakan di 2 pasar itu hari ini dan esok.
Terdapat 578 peniaga di Pasar Jalan Othman dan 60 peniaga di Pasar Taman Megah.
Semalam, pihak berkuasa menutup Pasar Jalan Othman yang lebih dikenali sebagai “Pasar Old Town”, selepas seorang peniaga berusia 51 tahun di bahagian makanan laut dikesan positif Covid-19 hujung minggu lalu.
Peniaga itu dipercayai sebahagian daripada kluster Covid-19 Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang.
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menutup Pasar Taman Megah untuk nyahjangkitan selepas seorang peniaga sayur disahkan positif Covid-19.
“Kedua-dua pasar ini akan ditutup sekurang-kurangnya 5 hari,” kata Johary.

BILA LEBAI MENULIS....JOM RENUNGKAN


Mat Jarum

Pada mulanya aku tak kisah pun takat lebai ni. Cara hantar penulisan pada Ebit Liew pun pada mulanya aku bersangka buruk kelaku sahaja atau pun setakat busuk perut ..perut Melayu kadang tak semua elok bersih sangat pun. Lebih sikit pun payah, kurang lagi suka malah kalau boleh nak pijak.Tambah -tambah kalau lah ada sikit kuasa , wah bukan main lagi la akan ditindasnya, malah kalau boleh biarlah nampak bila ditindas tu, orang yang ditindas  tu nampak susah dari dia.Macam dia punya kuasa tentukan itu ini.

Tapi bila pendedahan demi pendedahan, cakap demi cakap, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Kaji wajah, mata, pertuturan, aku rasa ada yang tak kena.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Dari segi cakap ... NAMPAK .....

Manfaatkan kepesatan teknologi dengan adakan sidang Parlimen dalam talian


Oleh Langgak
Kepesatan teknologi ketika ini terutama dalam bidang IT membawa 1001 kebaikan kepada kehidupan seharian kita.
Ia mempertingkatkan keupayaan dalam mendepani permasalahan terutama pada masa krisis.
Sehubungan itu, kepesatan teknologi tersebut perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya terutama ketika dunia kini sedang menghadapi pandemik Covid-19. Parlimen Malaysia perlu perlu memainkan peranannya.
Sepertimana disebutkan sebelum ini, institusi itu perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk meneliti usaha kerajaan dalam menangani  impak kesihatan awam dan ekonomi disebabkan wabak itu. 
Sebab itu wujud gesaan agar Dewan Rakyat meneroka kemungkinan mengadakan sidang Parlimen kecemasan secara dalam maya atau atas talian bagi membincangkan cara membendung penularan pandemik berkenaan dan kesannya ke atas ekonomi.
Maldives, walaupun antara negara terkecil di dunia, telah beralih kepada teknologi persidangan video untuk meneruskan sesi parlimennya ketika pandemik Covid-19, lapor Bernama.
Dikenali sebagai Majlis Rakyat, Parlimen Maldives yang terdiri 87 ahli parlimen, mengadakan sesi secara maya dengan bantuan Microsoft 365 termasuk Microsoft Teams.
Parlimen itu pertama kali menggunakan teknologi berkenaan pada Januari 2019. Susulan wabak Covid-19, Parlimen memutuskan menggunakan sepenuhnya Microsoft Teams untuk sesi bermula pada 30 Mac.
Malaysia juga perlu mengadakan sidang Parlimen dalam talian bagi menjayakan misi serampang dua mata untuk memerangi wabak Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara pasca pandemik tersebut.
Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dicadangkan proaktif dalam memastikan sidang Parlimen atas talian ini menjadi kenyataan.
Dengan adanya persidangan seumpama ini, sidang Parlimen dapat diadakan dengan lebih lama serta lebih banyak isu-isu penting dapat diketengahkan. Demi kehidupan rakyat, ekonomi negara dan masa depan Malaysia.