VIDEO: Lawan Virus Corona, Cina Klaim Telah Temukan Obat Antivirus | tvOne

Vaksin cegah Covid19 Ditemui?


IBRAHIM MAT ISA

1. Usaha gigih China ini sewajarnya dipuji. Mereka bersungguh-sungguh ketika keadaan sulit dan teruk akibat serangan virus, berusaha mencari solusi terbaik rawatan untuk pemulihan demam dan kematian akibat covid19 ini. Anda juga boleh lihat sendiri bandar dan kota disembur microbes dan alkohol siang dan malam bagi membunuh covid19 dari merebak. Jelas kita lihat data mereka semakin positif berkurangan. Alhamdulillah..

2. Di rantau kita, hanya TV dari seberang begitu meriah menyiarkan banyak maklumat berkaitan Covid19. Dan istilah-istilah baru disebut berulang-ulang supaya rakyatnya dapat menyerap maklumat terbaru berkaitannya serta informasi dan panduan. Begitu juga TV di Singapura. PM Singapore Inchik Lee Hsien Loong, dua kali muncul dengan persembahan besar arahan dan panduan serta polisi negaranya melawan penularan mega Covid19.


3. Menteri Malaysia? TV di Malaysia? Semua kalut politik politik politik. Semalam saja Muhyidin baru terbit sekali dalam kekalutan memberikan taklimat. Dapat menteri Kesihatan pun macam katun gedik nak jadi model mask.. Ermmm..
Aim ðŸ˜Ž






KETUA PKR KELANTAN LEPASKAN JAWATAN LANTIKAN











15/03/2020 08:40 AM
KOTA BHARU, 15 Mac  -- Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor akan melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak Oktober 2018 lepas, berikutan peralihan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Mohamad Suparadi berkata, peletakan jawatan itu nanti bagi membolehkan kerajaan Pusat memilih penggantinya kerana ia adalah lantikan politik.
"Saya pegang prinsip dan saya akan letak jawatan (TEKUN) bagi membolehkan kerajaan baharu menamakan pengerusi baharu… tidak ada masalah bagi saya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama lebih 200 anggota PKR Kelantan di sini, Sabtu malam.
Beliau melahirkan rasa gembira kerana telah banyak membantu rakyat ketika berada bersama TEKUN sebelum ini.
Mengenai nasib lebih 200 anggota parti itu dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan, Mohamad Suparadi berkata keanggotaan mereka telah pun gugur apabila bertukar kerajaan dan beliau menafikan dakwaan lebih 10,000 anggota PKR di negeri ini akan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan situasi politik semasa.
Sebaliknya hasil perbincangan dengan 14 ketua cabang di negeri ini mendapati dakwaan itu tidak berasas dan hanya 300 ke 500 sahaja yang keluar parti kerana tidak lagi bersama kami sejak lama dan menunggu masa untuk berbuat demikian, katanya.
-- BERNAMA

Tahun pertama ‘ujian’ buat Perikatan Nasional bertahan, kata penganalisis



PETALING JAYA: Dua penganalisis politik berkata, jika Perikatan Nasional mampu bertahan tahun pertamanya bersama, ia mungkin boleh mengharunginya sehingga pilihan raya umum akan datang.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, tahun pertama ialah “ujian” bagi gabungan baru Barisan Nasional, PPBM dan PAS.
“Jika mereka gagal, BN akan mencari jalan mengadakan pilihan raya mengejut.
“Ada dalam kalangan Umno yang merasakan mereka mendapat majoriti dan mereka mempunyai lebih banyak hak,” katanya kepada FMT merujuk BN dan PAS yang mempunyai 60 ahli Parlimen, manakala PPBM hanya 37 orang.
Awang Azman berkata, beberapa pemimpin Umno juga tidak berpuas hati kerana parti itu gagal mendapat beberapa jawatan penting dalam Kabinet baru.
Rabu lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam sidang media pertamanya berkata, menteri kanan Mohamed Azmin Ali akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet jika beliau tiada.
Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said menerusi Twitternya berkata, Kabinet Muhyiddin mempunyai perwakilan parti yang tidak adil, manakala Ketua Umno Johor Baru, Shahrir Samad mendakwa ia tidak mewakili semangat “en bloc” Perikatan Nasional.
Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin yang tidak dilantik sebagai menteri kesal Umno Sabah tiada wakil dalam Kabinet.
Naib Presiden Umno, Khaled Nordin turut mengingatkan Perikatan Nasional yang mereka bukan penumpang dalam kerajaan baru.
Komposisi Kabinet Muhyiddin terdiri daripada 31 menteri – 11 daripada PPBM, 9 daripada Umno dan setiap satu daripada MIC serta MCA.
Awang Azman berkata, pemimpin Umno merasakan parti itu dipergunakan untuk menubuhkan kerajaan baru dan “diketepikan” apabila pemimpin PPBM mencapai matlamat mereka meraih majoriti di Parlimen yang membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baru.
“Jika perasaan itu berterusan, mereka boleh mengadakan pilihan raya mengejut. Jika mereka dapat bertahan tahun pertama bersama, mereka akan berdepan satu sama lain ketika bersaing untuk kerusi pada pilihan raya umum.”
Seorang lagi penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff turut memberi masa kira-kira setahun kepada gabungan baru itu.
“Gabungan ini boleh bertahan sekurang-kurangnya setahun. Buat masa ini, mereka akan bersama kerana mereka mempunyai musuh sama, DAP, yang akan membuatkan Umno dan PPBM,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, kedua-dua parti itu mahu menyingkirkan DAP.
Katanya, runguntan pemimpin kanan Umno baru-baru ini tidak akan mempunyai sebarang akibat serius.
“Mereka yang merungut akan terus berbuat demikian. Ia tidak akan hilang, tetapi akan berkurangan kerana Muhyiddin tahu cara menangani mereka.”
Katanya, buat masa ini, hanya Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim daripada PKR, mungkin berhasrat mengusulkan undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang pada Mei ini.
“Tetapi, masih ada 2 bulan. Bila sampai masanya, Muhyiddin akan mendapat lebih banyak sokongan.
“PH akan mendapati sukar untuk memenangi undi tidak percaya. Muhyiddin sebagai perdana menteri akan mempunyai lebih banyak sumber.”
Pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Suffian Mansor berkata rasa tidak puas hati sedang meningkat dalam kalangan Umno, tetapi terlalu awal untuk mereka berpecah.
“Sekurang-kurangnya mereka akan bekerjasama sekarang. Umno akan lihat situasi dan menunggu.
“Jika tiada berhasil, BN mungkin mahu membentuk kerajaan mereka sendiri,” katanya sambil menambah buat masa ini, pemimpin Umno masih di tahap mengingatkan Muhyiddin yang partinya mungkin boleh menyebabkan gabungan baru itu berjaya atau gagal.
“Mereka mengingatkan Muhyiddin yang partinya tidak sekuat Umno.”


Strategi penstrukturan semula Tabung Haji membuahkan hasil




Strategi penstrukturan semula Tabung Haji membuahkan hasil
AJK Pimpinan Nasional AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, strategi penstrukturan semula Tabung Haji (TH) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuahkan hasil.
Katanya, agihan keuntungan Tabung Haji kepada para pendeposit Muslim untuk tahun 2019 telah meningkat lebih daripada 133% atau RM1.2 bilion kepada RM2.1 bilion.
Jelas beliau, ia tercapai selepas strategi pelaburan TH telah ditambah baik dan kedudukan kewangan insititusi Islam tersebut telah dimantapkan.
“Bukan itu sahaja, Kerajaan PH melalui inisiatif penstrukturannya juga telah menampung defisit Tabung Haji sebanyak RM10 bilion menerusi suntikan dana RM10.3 bilion.
“Suntikan dana ini dibuat menerusi pengambilalihan aset-aset Tabung Haji bernilai RM9.63 bilion oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (entiti khas di bawah Kementerian Kewangan) tetapi telah dibayar RM19.9 bilion.
“Ini bermaksud Kerajaan PH telah membayar RM10.3 bilion melebihi nilai sebenar aset. Semua aset yang diambil alih ini adalah aset-aset yang nilai semasanya adalah di bawah kos pelaburan asal dan aset-aset yang tidak menjana keuntungan atau mempunyai margin keuntungan yang rendah termasuk perniagaan ladang kelapa sawit dan perhotelan,” kata Adun Permatang Pasir itu dalam satu kenyataan semalam.
Tambah beliau, walaupun ada yang mengkritik pengambilalihan aset ini, ramai tidak menyedari bahawa jumlah aset Tabung Haji setakat 31 Disember 2019 bernilai RM74.3 bilion berbanding RM70.3 bilion pada tahun 2017 di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun TH rugi dalam tahun 2017 dengan defisit RM4.1 bilion (liabiliti RM74.4 bilion berbanding aset RM70.3 bilion) sepertimana yang diumumkan syarikat audit bebas PriceWaterhouseCoopers(PWC), namun keuntungan masih dibayar ketika itu daripada sumber wang pendeposit dan bukan keuntungan perniagaan sebenar.
“Tindakan ini bagi mengekang kemarahan pendeposit sungguhpun ianya bertentangan dengan konsep kewangan, syarie dan Akta Lembaga Tabung Haji 1995.
“Walau bagaimanapun, setelah PH melakukan pelan pemulihan, TH pada hari ini berada dalam kedudukan kewangan yang jauh lebih mantap berbanding pada tahun 2017 dan membayar keuntungan berdasarkan keuntungan perniagaan sebenar.
“Agihan keuntungan TH akan terus meningkat sekiranya prinsip-prinsip urustadbir baik insititusi itu yang diperkenalkan dan dilaksanakan ketika pemerintahan PH diteruskan.
TH telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat (hibah) sebanyak 3.05% kepada semua pendepositnya.

REFORMASI PILIHAN RAYA TERGUGAT DI BAWAH PN?

SIBUK HAL PAKAIAN, 13,000 PEKERJA MAS TIADA GAJI MACAM MANA?

MENTERI NI NAK MERAPU GAMAKNYA..


W.Faudzin

Memang la mati tu bila-bila masa, penyakit tu hanya penyebab je. COVID-19 tu hanya salah satu penyebab, berapa peratusannya yang mengakibatkan kematian, itu perlu fakta dan kajian.  1% tu menteri ni dapat fakta dari mana?


Polis siasat pihak sebar berita palsu kaitkan pemimpin kanan PH



Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan berita palsu berkenaan anak seorang pemimpin kanan sebuah parti Pakatan Harapan (PH) ditahan di Singapura. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador seperti dilapor Bernama berkata, laporan berita berkenaan adalah untuk mengaib dan memburukkan seseorang.

“Kami akan siasat penyebar berita palsu itu dan ambil tindakan, manakala laporan berita berkenaan adalah tidak tepat sama sekali,” katanya.

Layan DIRTY MONEY di Netflix


Ibrahim Mat Isa

Layan DIRTY MONEY di Netflix

Dr Mahathir tak suka Najib, Shapie Apdal tak suka Najib, Sarawak Report pun tak suka Najib, malah ramai manusia berakal dalam Malaysia sangat benci manusia bernama Najib Razak.

Kini manusia durjana ini dijadikan suatu subjek penerbitan luar negara dengan tajuk yang mengaibkan. Dan siarannya terpancar ke seluruh dunia. Aib sungguh Malaysia kerana pernah menobatkan kleptokrat sebagai Perdana Menteri!



Tapi, jauh di ceruk rantau Malaysia, masih ramai orang Melayu totok termasuk Jawa, Bugis, Banjar dan segala suku masih cinta dan kasih kepada sosok wajah penyangak wang rakyat dan pengubah wang haram terkenal ini.

Hinggakan nama jolokannya juga sangat digilai mereka ~ MALU APA BOSSKU. Kedengaran laungan itu di mana-mana jika Najib lakukan kunjungan dan mendapat sambutan hangat.



Apa kejadah beberapa kerat warga Malaysia menjulang manusia sebegitu? Tidak malukah? Tidak fahamkah kronologi cerita sepanjang memerhati sosok manusia itu naik turun mahkamah kerana dakwaan jenayah berkaitan songlap dan rembat wang berbilion?

Memang menarik ulasan dan narration yang dipersembahkan dokumentari ini. Sepanjang ini, aku senada dengan penulisnya, bahawa ini merupakan dokumentari penyiasatan menarik.

Tune in together with me..
Abg Aim 😎

Kerajaan Perikatan Johor tidak cerdik




HATTA tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan dan Johor ialah ia tidak cerdik. Lebih-lebih tidak cerdik yang di Johor. Ialah antara kerajaan negeri PH yang tumbang.

Akan tetapi Perikatan Nasional Johor itu pun ada tidak cerdiknya.
Dalam agihan Exco, kerana cerdik yang berlebihan, diabainya peluang yang wajar diberi kepada PAS. Adun PAS bukanlah ramai di Johor. Terkonteng-konteng seorang diri. Menteri Besarnya yang berpelajaran jurutera patut boleh fikir seorang Adun PAS untuk menjadi Exco.
Tidak kira Adun PAS cerdik politiknya atau tidak, dia adalah satu-satunya dipilih rakyat. Ketika rakyat Johor menolak Umno/BN, Adun PAS itu antara yang lekat di Johor. Orang tolak BN, tapi ada rakyat Johor memuliakan PAS. Jadilah.
21 bulan Umno merempat termasuk di Johor. Tiada siapa peduli Umno. Melainkan mencercanya.
Maka PAS pun mengeluarkan Umno dari belukar pemencilan. Tan Sri Khalid Nordin, Naib Presiden Umno dari Johor, setiap ada peluang nescaya berunding dengan Ustas Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, mencari jalan bagaimana Umno dan PAS boleh mengembalikan kerajaan pemerintahan Melayu/Islam.
Asal ada peluang Datuk Zahid Hamidi akan berceramah sepentas di mana sahaja di negara ini. Ketika PRK Tanjung Piai TG Haji Hadi mengadakan ceramah paling besar untuk BN. Tujuannya tiada lain hendak memenangkan semula Melayu/Islam.
Di PRK itu terbela Umno. Zahid Hamidi dan Khalid Nordin tidak perlu bagi tahu apa Umno Johor patut buat demi harmoni ta’awun Muafakat Nasional di Johor. MB jurutera patut berfikir sendiri bagaimana muhibbah dua parti terbesar Melayu itu boleh dijalin terus hingga 100 tahun lagi.
Patut cerdik sikit, kaji apa kekuatan dan kelemahan Al-Marhum Tan Sri Othman Saad semasa muafakat PAS-Umno zaman Tun Razak 40 tahun lalu. Jika muafakat itu tidak rosak, BN tidak tumbang Mei 2018 dahulu.
Kerajaan Johor yang baharu cukup Exco untuk harungi hingga PRU15 nanti. Ajal kerajaan Pusat tidak diketahui, tetapi komposisi PN Johor adalah stabil. Jika diberi satu pada PAS, Umno akan terus kuat.
PAS tidak luak jika tidak diberi apa-apa. Dari kosong semasa BN berkuasa, ia pernah lebih dari sekali beroleh sokongan di Johor. PN Johor tidak beri apa-apa pun PAS akan sabar dan tahan uji bersama Perikatan Nasional Malaysia. Tetapi orang Melayu seluruh dunia akan bertanya bagaimana Umno Johor tidak cerdik, pada masa orang Melayu merayakan kejayaan berta’awunnya, ia pinggirkan PAS seperti kesombongannya dahulu juga.
Apa yang terjadi di Johor itu benda kecil dalam cabaran orang Melayu dan Islam untuk memperkasa semula kewujudannya. Cuma orang melihat bahawa MB Johr yang baharu ini berfikiran kecil dan kurang cerdik.
Usah pedulikan yang tidak cerdik itu. Keutamaan kita ia terhadap yang berfikiran besar. Bangsa Melayu tidak ditentukan oleh yang berfikiran kecil tetapi oleh yang panjang fikirannya.
Hal yang terjadi di Johor itu, MBnya boleh fikir sendiri, tidak perlu nasihat Sultan dan Majlis Tertinggi Umno.

BERSATU BAKAL DIPINGGIRKAN .BERTANDING SENDIRIAN PADA PRU 15?



Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa perasaan tidak puas hati UMNO terhadap Muhyiddin Yassin, khususnya berkaitan perlantikan anggota kabinet yang disifatkan tidak adil terhadap parti itu, jelas makin merata ketika ini.

Semua pimpinan kanan UMNO, termasuk Presiden, Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad Hassan; Naib Presiden, Khaled Nordin; bekas Presiden, Najib Razak dan beberapa ahli MT sudah pun meluahkan perasaan tidak senang hati mereka secara terbuka terhadap Muhyiddin.

Tetapi, sejauh mana UMNO sedia meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini sebagai tindak balas paling wajar berikutan perasaan tidak puas hati itu nampaknya masih lagi menjadi tanda tanya.
Terlihat kecenderungan untuk UMNO terus kekal dalam kerajaan PN ini sehingga PRU15 akan datang, walaupun diselubungi perasaan tidak gembira yang kian nyata.
Zahid Hamidi misalnya berkata, UMNO komited untuk terus memberikan sokongan dan mempertahankan kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin Yassin ini sehingga PRU15 akan datang.

Beliau berkata, sokongan UMNO kepada Muhyiddin sehingga terbentuknya kerajaan baharu pada 1 Mac lepas adalah semata-mata sebagai tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus terbelenggu dengan krisis politik lantaran terbubarnya kerajaan PH susulan peletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, UMNO akan meneruskan agenda utama memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan-rakan PAS selain memperkukuhkan Barisan Nasional bersama rakan-rakan komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat BN pula berkata,
sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada batasannya.

“Ramai yang mungkin tak faham bahawa kerajaan PN hari ini bukan kerajaan Muafakat Nasional ataupun kerajaan BN.

“Sebab itu, sokongan kita kepada kerajaan PN ada hadnya,” kata beliau.

Najib seterusnya menegaskan, “Kita hanya pertahankan kerajaan PN ini sehingga PRU15 saja.”

Berdasarkan rasa tidak puas hati ramai pemimpin UMNO terhadap susunan kabinet Muhyiddin yang dilihat memingkirkan parti itu serta kenyataan Zahid Hamidi dan Najib bahawa sokongan UMNO kepada PN hanya sehingga PRU15 saja dan mereka komited untuk terus memperkukuhkaj Muafakat Nasional bersama Pas, jelas bahawa Muhyiddin dan Bersatu akan ditinggalkan sebaik saja Parlimen dibubarkan.

Dalam erti kata lain, PN ini hanya wujud sehingga PRU15 saja dan ia

tidak akan bertanding sebagai gabungan baru untuk berlawan dengan PH dalam PRU15 akan datang.

Sebaliknya, UMNO, BN dan Pas akan terus komited bersama dalam Muafakat Nasional untuk bertanding sebagai gabungan baru dalam PRU15 akan datang.

Untuk itu, Bersatu yang didalamnya ada Tun Mahathir dan Muhyiddin yang sedang berbalah ketika ini serta kumpulan Azmin Ali dan bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti, mereka akan bertanding bersama siapa dalam PRU15 nanti?

Sementara PH ternampak selesa dianggotai PKR, DAP dan Amanah, manakala Muafakat Nasional merangkumi UMNO, BN dan Pas, adakah Bersatu nanti akan bertanding bersendirian saja?

Apa agaknya nasib Bersatu, Muhyiddin, Azmin dan lain-lain pemimpinnya? 

(ShahbudinHusin 14/03/2020)

Anwar Ibrahim: Friday Khutbah At Abu Bakar Mosque, Adelaide Australia


WAJIB BACA



Sejarah Karier Politik Tun Dr Mahathir membuktikan Anwar adalah talian hayat sokongan orang Melayu kepada beliau

Saya rasa terpanggil untuk menulis beberapa persoalan yang amat janggal kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mendakwa Dato’ Seri Anwar ditolak oleh orang Melayu. 

Pertama sekali, jika benar Tun mendakwa bahawa orang Melayu menolak Anwar, mengapa menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Tun beria-ria ingin bertemu dengan Anwar untuk meraih sokongan dari Anwar? Gerakan meraih simpati dan sokongan tersebut memang beria-ia hingga cuba masuk ke Wad Hospital Rehabilitasi Cheras dan akhirnya dapat bertemu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Jika benar Anwar ditolak oleh orang Melayu mengapa Tun beria ingin bertemu dan meraih sokongan dengan individu yang ditolak oleh orang Melayu? Bukankan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap orang Melayu sendiri?

Situasi ini bukan kali pertama malah sejarah telah merekodkan Tun sentiasa bergantung dengan Anwar – individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu sebagai talian hayat politik beliau. Tun tewas dalam pilihan raya di Parlimen Kota Setar Selatan dengan calon Pas Allahyargam Ust Yusuf Rawa pada tahun 1969 dan pada 26 September 1969 Tun telah dibuang dari UMNO. Pada saat karier politik Tun sedang malap ini, individu bernama Anwar telah mobilisasi sokongan mahasiswa Melayu untuk menyokong Tun. 

Ketika Anwar aktif bersama ABIM, PKPIM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Anwar telah berjaya mengangkat semula Tun hingga akhirnya pada 1972 Tun telah diterima semula masuk ke UMNO dan dilantik sebagai Senator pada tahun 1972 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. 

Selain itu, ketika Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau sekali lagi memerlukan bantuan Anwar untuk meraih sokongan sebilangan besar orang Melayu. Masakan tidak jemputan Tun kepada Anwar bukan dengan tangan kosong tetapi janji-janji untuk memberi ruang kepada Anwar untuk membawa agenda Islam dalam arus perdana. Ini jelas satu langkah politik untuk dapatkan sokongan Melayu yang Tun sendiri sedar beliau tidak mampu lakukan.

Seterusnya ketika Tun menjadi Perdana Menteri, Anwar telah membantu merancakkan agenda Islam dan Melayu dengan penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Institut Istac, Amanah Raya dan lain-lain agensi termasuk merapatkan hubungan dunia Islam terutama pelabur Arab dari latar gerakan Islam Ikhwan Muslimin (sahabat karib Anwar sejak zaman ABIM) dengan Malaysia. Sebagai kesan nama Tun dan Malaysia telah melonjak jauh hingga mendapat jolokan negara Islam contoh. 

Tidakkah manfaat yang dikecapi Tun ini datangnya dari Anwar – seorang individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu?

Sokongan orang Melayu kepada Anwar bukan hanya dalam kalangan penyokong UMNO tetapi juga dari Parti Pas. Ketika Anwar memimpin UMNO, sahabat karibnya arwah Ust Fadzil Noor (Timbalan Presiden ABIM ketika Anwar Presiden ABIM) menjadi Presiden Pas. Hubungan mereka amat akrab walau berbeza parti. Malah mereka saling bertasamuh sokong antara satu sama lain apabila berbincang sesuatu agenda yang baik untuk negara khususnya orang Melayu.

Selain itu, Anwar dalam sejarah karier politik beliau tidak pernah menghukum atau menggadai maruah orang Melayu. Berbeza dengan Tun sendiri yang dengan sengaja mendera orang Melayu Kelantan selama 20 tahun ketika Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kerana gagal menawan Kelantan pelbagai sekatan dilakukan termasuk hak Royalti minyak, hak untuk mendapatkan lebuh raya, hak pembangunan dan sebagainya telah dinafikan. Tidak cukup dengan itu, kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan sentiasa dinafikan untuk ditambah. Setiap kali persempadanan pilihanraya berlaku, negeri Kelantan yang majoriti besar rakyatnya orang Melayu telah dinafikan hak untuk mendapat kuasa undi yang seimbang untuk ditambah kerusi Parlimen dan DUN. Namun kerajaan Kelantan pimpinan Arwah Tuan Guru Nik Aziz tetap bertahan dengan izin Allah.

Lebih memburukkan keadaan kerajaan pimpinan Tun telah menggadaikan kuasa undi Melayu apabila telah memulakan langkah membuat persempadanan pilihan raya untuk pilihan raya 2004 yang tidak pro kepada Melayu. Sejarah melihat tindakan ini sebagai hukuman Tun terhadap orang Melayu yang 60% telah menyokong Keadilan, Pas dan DAP bawah payung Barisan Alternatif pada tahun 1999.

Tun sebenarnya lupa beliau adalah punca mengapa wujudnya blok yang kuat dari pengundi bukan Melayu di Parlimen hingga hari ini. 

Persempadanan pilihan raya untuk PRU 2004 telah dibuat dengan menaikkan peratus pengundi Cina di setiap kawasan DUN & Parlimen supaya pembangkang kalah teruk kerana waktu itu sokongan padu pengundi Cina kepada Barisan Nasional begitu kuat dan BN waktu itu ditolak majoriti besar orang Melayu yang menyokong Anwar dan menolak Tun. Mengambil contoh statistik DUN Kajang, pada tahun 1999 peratus pengundi Melayu adalah sebanyak 57.4% dan kesannya calon Pas Dr Syafie Abu Bakar menang di kawasan berkenaan rentetan sokongan besar orang Melayu kepada pembangkang. 

Namun, pada PRU 2004 peratus Melayu telah dikurangkan oleh BN sehingga menjadi 43.9% sebagai strategi BN untuk merampas DUN Kajang dari PAS. Kesannya BN menang di kawasan berkenaan ekoran pengundi Cina & India yang menjadi undi majoriti iaitu 52.8% dan mereka menjadi kuasa penentu di DUN berkenaan. Maka, walaupun majoriti Melayu di DUN Kajang menyokong PAS, PAS tetap tewas di kawasan berkenaan kerana orang Melayu telah hilang kuasa penentu ekoran sikap tamakkan kuasa oleh BN. Namun, akhirnya strategi BN dan Tun Mahathir ini memakan diri apabila pada tahun 2008 pengundi Cina beralih menyokong pembangkang. Senario ini berlaku di Kajang dan majoriti besar di semua DUN & Parlimen lain di mana pengundi Cina telah menjadi kuasa penentu dan kesannya BN hilang majoriti 2/3 Parlimen. 

Apabila strategi Tun ini memakan diri bilamana orang cina mengundi pembangkang pimpinan Anwar, adilkah Anwar yang dipersalahkan hingga dilabel sebagai liberal dan tidak menjaga Melayu? Sedangkan ia berpunca dari Tun sendiri.

Dalam pada itu, sebagai rekod Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah mendapat sokongan padu orang Melayu khususnya di bandar pada PRU 2008 dan pada PRU 2013 ketika Tun bersama Dato Seri Najib. 

Dalam masa yang sama ketika Tun menentang Dato Seri Najib, parti Tun hanya berupaya memenangi 13 kerusi Parlimen dari keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan.

Terakhir sekali, Anwar dalam sejarah amat setia dengan UMNO – Parti yang digelar sebagai Parti Keramat Melayu dan tidak pernah bertindak keluar dari UMNO. Beliau berbeza dengan Tun yang dengan sengaja keluar dari UMNO beberapa kali. Tidak cukup dengan keluar beliau sendiri telah membubarkan UMNO.

Berdasarkan catatan-catatan ini, semoga rakyat sendiri membuka mata dan menilai kembali dakwaan Tun kononnya Anwar ditolak oleh orang Melayu. Molek juga kiranya Tun memuhasabah diri, boleh jadi beliau sendiri yang ditolak bukan saja orang Melayu, malah oleh partinya sendiri.

Rausyan Fikr 2020