Anwar: Berapa cukai anak Dr M, 19 hartawan M'sia bayar?






Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf ribu jutawan atau bilionaire di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan berkenaan.


Amerika, Eropah mahu jatuhkan Hadi?


oleh : amirulmukminin
Puak UG PAS mungkin tidak lagi mampu berfikiran waras apabila mendakwa presiden parti itu mahu dijatuhkan oleh komplot Barat.

Komen Nik Abduh kononnya wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama kelihatan mengarut.

Lebih mengarut lagi, kata Nik Abduh komplot itu menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, agar PAS tidak menjadi parti yang kuat mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

Tuduhan komplot Barat tentu sahaja cuba mengaitkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai perancang utama memusnahkan PAS. Ini kerana Anwar rapat dengan pemimpin negara Barat dan baru-baru ini dihentam habis-habisan oleh Hadi Awang.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Nik Abduh. Nampaknya pemimpin UG PAS memang mahu PR memecat mereka daripada gabungan itu. Sekiranya mereka tidak dipecat maka akan lebih banyak lagi isu akan ditimbulkan terutama berkaitan Hudud apabila Umno mula memanaskan jawatankuasa Hudud Umno - PAS di Kelantan

Umno perguna UG 

Cuma yang menjadi  tanda tanya adakah puak UG ini tidak sedar permainan Umno atau pun mereka diberi ganjaran oleh puak Umno?

Mustahil mereka tidak faham Umno tidak mahu melaksanakan Hudud tetapi berpura-pura ingin bekerjasama dalam isu itu hanya untuk memecahkan PR. Melihat tindak tanduk Umno dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor lalu, jelas parti sekular itu sememangnya terus membuli PAS.

Umno tidak memberi royalti kepada kerajaan PAS Kelantan tetapi melakukannya melalui Majlis Agama Islam Kelantan. Untuk apakah memberi separuh royalti kepada MAIK dan bukannya kerajaan negeri sebagaimana yang terjandung dalam Akta Petroleum 1974?.

Bukan satu lawak jenaka sekiranya PR memecat PAS hari ini, sehari kemudian Umno akan menggantung jawatankuasa Hudud. Tiada lagi kekuatan PAS untuk mereka bekerjasama. Sebahagian ahli PAS menyertai PasMa dan hanya separuh sahaja yang akan terus bersama PAS.

Mustahil Umno akan melaksanakan Hudud sekiranya mereka mampu menawan semula Kelantan. Namun sekiranya puak UG ini tidak menyedari keadaan itu, apakah kuasa yang mendorong mereka melakukan sabotaj demi sabotaj ke atas PR?

Adakah kerana ego dan merasa hebat keanggotaan PAS yang mencecah 1 juta ahli? Mereka tidak lagi memerlukan kaum Cina dan India. Melayu sudah cukup untuk menyokong perjuangan PAS. Apatah lagi jika bergabung bersama Melayu Umno maka PAS dan BN akan menjadi kuasa dominan dan menentukan hukum Islam ditegakkan.

Tapi nanti dulu. Bagi puak UG yang ‘berpandangan luas’ itu mereka perlu ingat sudah 50 tahun PAS wujud namun adakah orang Melayu di Selangor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan menerima mereka? Sehingga sebelum Anwar Ibrahim dipenjarakan dan puak professional berduyun-duyun menyertai PAS parti itu hanya dipimpin oleh ustaz.

PAS sebelum hujung 1990an dilihat tidak mampu membawa pembangunan. Bukan orang Melayu tidak mahu mengundi alim ulama tetapi mereka tidak terfikir guru-guru agama itu mampu menarik pelabur asing, mentadbir dengan baik atau menjadi faktor penyatu antara Islam dan bukan Islam.

Semua faktor negatif itu beransur-ansur ditolak ke tepi apabila golongan professional menyertai PAS dan PAS bergabung pula dengan PKR dan DAP yang sememangnya mempunyai ramai pemimpin berkaliber. Rakyat akhirnya menaruh pengharapan, suatu hari nanti mereka akan dipimpin oleh gabungan PAS dan PR.

Terus dibuli

Namun perkembangan dua bulan kebelakangan ini yang memperlihatkan kesombongan dan kedegilan ulama PAS membuat rakyat berfikir kembali adakah berbaloi meneruskan sokongan terhadap mereka?

PAS akan kembali menjadi parti ustaz yang jumud, tidak tahu perkembangan sains dan terknologi moden , lembab bertindak serta tidak mempunyai urus tadbir yang baik.

Imej ustaz yang tidak toleran ditunjukkan dalam Muktamar ke 60 telah menakutkan golongan bukan Islam dan mencemaskan orang Melayu bahawa negara akan dibawa ke kancah Taliban atau Isil.

Tiada siapa akan mengundi PAS jika perjuangan hanya untuk Islam dan Melayu. Malah orang Melayu yang waras tidak akan mengundi mereka dan kembali kepada BN sebagai faktor keseimbangan dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kalah dan dipresi

Apa yang diperjuangkan oleh Zuhdi, Tantawi, Nik Abduh terlalu bahaya untuk masa depan PAS. Parti itu akan kalah teruk pilihan raya dan terbelah dua sekiranya perjuangan sempit menjadi arus perdana PAS. Kekalahan pilihan raya dan depresi ahli yang taksub mungkin menyebabkan mereka melawan kerajaan secara yang tidak demokratik untuk menegakkan negara Islam.

Akibatnya mungkin boleh berulang kembali tragedi-tragedi ngeri yang dialami PAS pada 1960an hingga 1980an lalu akibat sikap yang kurang mahu berunding. Pemerintah akan mengambil peluang membantai parti itu lantaran tuduhan ekstremisme.

Pada tahap sekarang puak UG mungkin berkata jika PR membuang mereka maka Umno boleh dijadikan sekutu. Tetapi sejarah akan berulang. Umno akan memperdaya PAS ke arah ekstremisme sebagaimana yang dilakukan selepas berpisah dari BN pada 1978.

Umno memprovok PAS dan kemudian parti sekular itu bertindak ke atas Ibrahim Libya pada 1985. Kematian syuahda Memali memburukkan nama PAS sehingga parti agama itu hanya menang satu kerusi parlimen pada pilihan raya 1986.

Jika puak UG tidak percaya masa hadapan mereka akan lebih buruk, maka dipersilakan keluar dari PR dan teruskan dengan garis perjuangan Islam - Melayu.

Beberapa tahun daripada sekarang mungkin puak UG akan menulis sekali lagi mengenai usaha antarabangsa menjatuhkan presiden mereka yang tidak terkenal itu. Kali ini mereka tidak menyindir Anwar sebagai agen kejatuhan tetapi akan menyebut Umno telah menipu mereka pada 2014.

Ulama muda PAS tak kenang jasa Mat Sabu


oleh:  


Luahan veteran PAS:

Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Meng infaq kan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.

Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang-tukang baca Doa selamat.

Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jamaah.

Kini nama-nama mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dalam Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli-ahli PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu

Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama-sama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.

Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di daalm Jamaah.

Di Satu Majlis Hariraya di Konsulate Makaysia Jeddah,saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).

Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam daalm barisan muda PAS. Antara yang kerap di sebutnya, Husam Musa.

Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya joint semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus-kampus.

Memang zaman semesra sama-sama melepak di Pejabat PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai oanrg akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.

Para pemain politikus lebih cekap mengelecek kan bola-bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal.......

Hanya kpd Allah .

"Ya Allah.

Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.

Tiba-tiba di akhir-akhir ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak-anak muda yang yelah mendokong begitu lama. Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan-ucapan terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."

Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar........

"Tidak ada sapa-sapa berhak menghalau sapa-sapa dari Jamaah ini.

Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.

Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.

Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli-ahli bawahan menghormati Ulama.

Rasanya ada sesuatu yang Allah swt nak tegur ni.

Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta-pinta.

Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa.

Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak untuk berkata-kata.

Kepatuhan membuta tuli atas apa-apa nama yang agak rasmi boleh diminta.

Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa-paksa.

Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kepada Mad Sabu yang menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dengan menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.

Kami satu rombongan datang ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah.

Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.

Namun apabila Mad Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.

Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamah. Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali-kali kerana perjuangan.

Begitu hebat pengorbanannya daalm perjuangan. Saya cabar adik-adik baru dalam Pemuda yg duk kutuk Mad Sabu. Kamu yg hiduop dengan imej kehidupan mewah dengan kereta-kereta  mewah, sanggup kamu kutuk orang yang tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas-pentas ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk orang yang berceramah dibayar dengan harga ISA.

Silakah berMUHASABAH.

Antarabangsa jatuhkan Hadi mengarut - Hanipa

Oleh: aMIRULMUKMININ
Dakwaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama disangkal hari ini oleh dua rakan sejawatnya yang mengatakan ia mengarut dan tidak berasas.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Majlis Syura mengatakan gerakan untuk menekan kebangkitan Islam memang wujud di peringkat antarabangsa, dan PAS sebagai salah satu pertubuhan Islam tidak terlepas dari menjadi sasaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider, menepis dakwaan rakan sejawatnya Nik Abduh, dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi semata-mata.

"Bagi saya itu teori mengarut. Tidak ada konspirasi. Adakah dengan melantik Hadi sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu konspirasi antarabangsa?" kata ahli Parlimen Sepang itu.

Katanya, walaupun pihaknya mengakui sayap ulama parti itu sering menerima "serangan" dan kritikan sejak kebelakangan ini, itu tidak bermakna ia didalangi negara luar untuk menjatuhkan parti Islam itu dan negara Malaysia.

"Saya rasa kuasa besar dunia pun ada banyak benda lain hendak fikir daripada (rancang) konspirasi," katanya.

Nik Abduh dalam artikelnya "Islam tanpa syariat" yang disiarkan Harakahdaily semalam mendakwa kuasa besar dunia yang berjaya menjatuhkan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria dan Mesir kini mula mensasarkan serangannya di Malaysia.

Katanya, prinsip PAS yang konsisten berjuang menegakkan agama di dalam negara merimaskan musuh Islam antarabangsa.

Keadaan itu katanya menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, sekaligus tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Hadi dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, ya," kata anak Mursyidul Am PAS itu.

Pendapat Hanipa itu turut disokong seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang menganggap Nik Abduh membuat andaian tanpa asas kukuh.

Katanya, situasi konflik di negara Timur Tengah tidak boleh diramalkan akan sama terjadi di Malaysia

"Kena ada asas untuk buat andaian. Asas dia apa? Kalau kata usaha hendak jatuhkan ulama (PAS), siapa yang nak jatuhkan?" kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid berkata, teguran yang dibuat ahli PAS dan pihak luar terhadap Majlis Syura tidak bererti mahu menjatuhkan badan tertinggi PAS itu.

"Kepimpinan ulama dijamin dalam perlembagaan (parti), tetapi janganlah komen dan beri pandangan ada usaha nak jatuhkan... ini dah terlalu melampau," katanya.

Katanya, teguran terhadap Majlis Syura merupakan perkara biasa sejak kepimpinan dahulu.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menafikan wujudnya gerakan antarabangsa yang didalangi kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Israel dan Britain untuk menjatuhkan kepimpinan ulama secara global.

"Ya, memang salah satu daripada sasaran adalah PAS. Itu tidak boleh dinafikan. Mana-mana negara yang ada kebangkitan Islam dilihat sebagai ancaman oleh kuasa besar," katanya.

Katanya, mereka memulakan serangan ideologi dengan cuba mengasingkan isu ekonomi dan politik daripada dikaitkan dengan agama sehingga ada sesetengah alim ulama dan pemimpin agama termakan dengan agenda itu.

"Sesetengah alim ulama, bila jadi mufti, dia tidak berani bercakap benda yang benar," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengaitkan konspirasi itu dengan cubaan melemahkan kedudukan dalam PR, seperti yang didakwa Nik Abduh.

"Itu pandangan dia. Dia mungkin sedar perkara itu terjadi maka dia kena buktikan sendiri," katanya.

PENDEDAHAN VIDEO YANG WAJIB AHLI PAS TONTON - INILAH USTAZ SAMSENG YANG WARNING SAFWAN ANANG




Naik minyak: Laman sosial hentam kerajaan

oleh: amirulmukminin




KUALA LUMPUR: Sebaik pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh kerajaan yang berkuatkuasa tengah malam tadi, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh rakyat negara ini.

Masing-masing menggunakan medium media sosial untuk memberi respons terhadap kenaikan petrol dan diesel itu.

Di dalan laman Facebook, rata-rata penggunanya berlumba-lumba memuat naik status sebaik sahaja mengetahui kenaikan harga petrol.

Majoriti mereka menyatakan tidak puas hati dan lebih daripada itu menghentam tindakan kerajaan yang semakin menekan rakyat.

Tidak kurang juga ada yang memberi respons menyindir kerajaan dengan memuat naik status "terima kasih kerajaan", 'Nasib baik 20 sen bukannya 20 ringgit', "Syukur harga kangkung tak naik" dan bermacam-macam lagi.

Fadhil Saari; " kenaikan harga minyak hadiah malam ini"

Zaleha Said; Yeayy...BN menang rakyat senang. Naik jangan tak naik"

D' Mas Saima; "Naik 20 sen jah...kita patut bangga jadi rakyat kepada BN. Naik lagi lah..."

Abdul Latif; "Hadiah hari raya korban...rakyat terkorban. Terima Kasih BN".

Bukan sahaja status tidak puas hati bahkan gambar-gambar pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya dengan pelbagai caption bernada gurauan senda telah menjadi viral di facebook dan juga whatsApp.

Malahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut terkena tempias apabila akronim BR1M diterjemahkan kepada 'Beratur Ramai-ramai Isi Minyak'.

Ramai juga yang menyifatkan kenaikan harga petrol ini sebagai 'Tragedi Oktober' yang dikaitkan dengan sebuah lagu oleh kumpulan rock yang terkenal suatu ketika dahulu, sambil menggunakan gambar artis berkenaan.

Pada malam tadi juga ramai yang turut mengongsi Pantun Seloka Minyak Naik 20 sen saja, antaranya yang berbunyi ..."minyak naik 20 sen saja, tapi rakyat hidup menderita,nak jimatkan duit di mana, kalau barang semuanya naik belaka.
"minyak naik 20 sen saja,tapi kerajaan jangan lupa, elaun menteri kena potong juga, barulah adil sama-sama"

Namun, bagi mereka yang memberi komen menyokong tindakan kerajaan itu pula menerima kutukan di kalangan pengguna Facebook, apabila menyifatkan kenaikan 20 sen itu ibarat empat biji gula-gula atau dua batang aiskrim poli pong.
"20 sen pun hendak berkira. 20 sen pun beban ke?" muat naik salah seorang pengguna facebook.

Ekoran status itu beliau menerima kecaman hebat malah ada yang menyifatkan beliau masih tidak faham kesan kenaikan harga petrol walaupun nilainya 20 sen.

Statusnya telah menjadi viral di Facebook dan menerima lebih 400 komen dalam masa hampir satu jam.
 

FAEKAH...BAIK DOK DIAM DIAM...ORANG TINGGALKAN JAWATAN DENGAN NAMA BAIK....

Azmin enggan layan Faekah, tidak dendam Khalid

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendakwa beliau tidak berdendam dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendakwa beliau tidak berdendam dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan melayan lagi sebarang dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin yang menyerang cara pentadbirannya.
"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Faekah yang mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Azmin pada Rabu berkata jawatan Anwar masih kekal kerana keputusan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu hanya menutup Pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang, Shah Alam.Azmin berkata, fungsi dan peranan Anwar akan dibincang semula untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor dan beliau akan diberikan kemudahan sesuai termasuk pejabat.
Namun, Faekah dalam reaksinya ketika diminta mengesahkan semula perkara itu susulan kenyataan Azmin berkata, keputusan menutup pejabat bermakna menghentikan khidmat Anwar juga.
"Bukankah kita sudah ucap terima kasih (kepada Anwar di dalam kenyataan terdahulu)? Pada saya, ketika itu memang (dia) dipecat," katanya dipetik laporan Antarapos.
Azmin kemudian berkata, Faekah tidak ada hak menentukan jawatan Anwar kerana ia bukan keputusannya tetapi Khalid dan exco terdahulu.
"Dia (Faekah) siapa? Tanya dialah. Berdasarkan minit mesyuarat exco pada 22 September, yang mempengerusikannya ialah Khalid bukan Faekah," katanya selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa meminta pertikaian itu dihentikan dan enggan terlibat lagi dengan dakwaan pihaknya mengamalkan politik dendam terhadap Khalid.
"Saya tidak dendam kepada Khalid atau mana-mana personaliti sebab saya hendak maju ke depan," katanya. – 3 Oktober, 2014.

KISAH BUDAK JATUH DARI SYILING DEWAN SEKOLAH



INI AKU PETIK DARI FB..MUNGKIN GURU SEKOLAH BERKENAAN

sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek... kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik...masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu..jatuh dri 30kaki tu...

melampau betul gurauan budak2 skrg...

budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...

kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat...masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam.

Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.

MINYAK NAIK HASSAN MALIK SURUH BERSYUKUR

Kenyataan menteri ini agak kurang ilmiah sebagai seorang menteri,,,,,Ini sebahagian kecil komen untuk menteri yang kurang pandai mengambil hati rakyat......dan seperti biasa, rakyat marah hanya tahi tahi ayam...lama lama diam..kerana malaysia aman..rakyat redho....ini pula harga minyak negara lain.....Mahathir nyanyuk kata masih murah..aku bagi ruang la pada Mahathir supaya senyapsebab dulu dah banyak dah tibai dia..Anggap dia nyanyuk dah la..







 

  • Putra Kb ·  Top Commenter · Gali terowong at Gaza University
    Hassan, lebih baik awak diam sajalah..makin byk awak bercakap makin benci rakyat sebab makin merapu alasan yg diberi. Jgn tambahkan sakit hati dan marah rakyat dgn ucapan2 tak cerdik awak...jgn fikir rakyat skrg bodoh mcm zaman 70an dahulu, dan jgn fikir org yg jadi menteri tu cerdik. Diam lebih baik dr berkata2 yg sia2 dan merapu meraban entah apa2
    • Mohd Sirat Saadmdsom ·  ·  Top Commenter · Works at Kim Kardashian - My
      Hasan lbh baek brambos..jmt kpla hotak lu!nk hrmt hampa konon..pirah mabok
    • Azlan Azhar ·  Top Commenter
      Apakata pengundi2 UMNO/BN khususnya di Pengkalan Kubor & Teluk Intan dan majoriti di Sabah & Sarawak!.
    • kamrulbj6107 (signed in using yahoo)
      Mohd Sirat Saadmdsom ... dia kalau berambus pon dgn gaya BRABUS .... kita lak kalau berambus dgn gaya BERABUKS..... keh keh....
  • Raja Mohd Shahrim ·  · Cattle Feeder at NFC · 12,694 followers
    UMNO kata kenaikan harga minyak 20 sen dpt jimatkan wang negara dari bantu rakyat.. dlm masa yang sama kjaan masih tanggung RM21 billion subsidi minyak ...tu kata UMNO... tapi aku nak tanya.. RM42 billion yang lesap ditangan 1MDB apa ceta..?? RM52 billion ASNB yang lesap apa ceta..?? tu subsidi sapa..?? rakyat atau kroni..?? kenapa kalo kroni.. UMNO buat bodoh babi saja..?? kalo rakyat.. konon demi negara..??
    • Mnazrima Mdb ·  Top Commenter · UTM
      Plan penyelamatan MAS, brp billion bro RMS???..
    • Mnazrima Mdb ·  Top Commenter · UTM
      Pandai suh rkyat bersyukur.. Aku nk tanya hang tu, bersyukur x???..






Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.