BERSIH janjikan kejutan jika Najib tak muncul

BERSIH janjikan kejutan jika Najib tak muncul

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu.

Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.

Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini.


ANWAR DI MANJOI


Ini Kalilah Balik Mengundi PRU13


KEADILAN desak Umno henti fitnah seks, debat dengan Anwar malam esok

KEADILAN desak Umno henti fitnah seks, debat dengan Anwar malam esok

(Kenyataan oleh Naib Presiden KEADILAN yang juga calon Parlimen Batu, Tian Chua)
Pilihan raya umum semakin dekat, blogger pro Umno menyebarkan video seks yang melibatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk menyerang Pakatan Rakyat (Pakatan).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas Umno menggunakan helah jijik lagi untuk serangan peribadi.

KEADILAN juga mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin terhadap insiden sebegini.

najib penakut-debatPakatan sudah beri amaran bahawa pemimpin Pakatan mungkin diserang dengan video seks buatan pihak musuh, agar disebarkan semasa pilihan raya umum akan datang.

Sasaran mereka termasuk pemimpin Pakatan yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak ambil sebarang tindakan untuk memantau atau menyiasat, sehingga kini tersebar video seks yang libatkan Mustafa Ali.

Oleh demikian, kami percaya semua ini adalah helah kotor pihak musuh, matlamat mereka adalah fitnah pemimpin Pakatan.

Isu video seks di arena politik Malaysia bermula pada pilihan raya 2008, iaitu video seks mantan Menteri Kesihatan MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Tian ChuaHelah kotor digunakan dalam anggota parti BN ini, sekarang sudah “dipertingkatkan” dan menjadi senjata politik. Mereka mencipta beberapa video atau gambar seks menyerang pemimpin Pakatan, sasaran banyak menuju kepada Anwar.

Namun begitu, pihak polis tidak pandang serius dan ambil tindakan terhadap gambar atau video rekaan ini, malah membisu apabila media pro Umno melaporkannya demi menjatuhkan imej Pakatan.

Contohnya semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011, insiden Datuk T dedahkan video seks serang Anwar, walaupun Anwar melaporkan perkara itu kepada polis, kes ini tidak ada apa-apa tindakan dan tidak ada orang dikenakan tindakan.

Pihak mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dalam kes Fitnah II pada Januari tahun ini. Anwar juga menang dalam kes saman terhadap Utusan Malaysia yang menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) awal tahun ini.

Kenapa Utusan Malaysia yang dikawal Umno dan juga blogger pro Umno, Papagomo masih boleh gunakan isu sama untuk serang Anwar lagi?

Mustafa Ali adalah mangsa baru helah kotor Umno. Beliau sudah menafikan terlibat dalam video seks, malah menuduh Umno cuba fitnah beliau.

Malaysia adalah negara di bawah pemerintahan undang-undang. Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan segera untuk mengelakkan orang berkenaan menggunakan helah kotor menyebar fitnah, mencemarkan arena politik negara kita.

KEADILAN mematuhi kedaulatan undang-undang, menghormati pilihan raya yang demokrasi, adil dan saksama.

Saya menyeru Barisan Nasional (BN) berhenti memainkan helah kotor, lantaran mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak hadir di forum manifesto pilihan raya anjuran Bersih pada Rabu (17 April), berdebat dengan Anwar di kalangan rakyat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50528

Johor, Sabah dan Sarawak akan tumbang


Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Sidiqin Omar
TERENGGANU 15 APRIL: Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.
Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.

“Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan,” katanya kepada Keadilan Daily.

asriIa menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.
Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.

Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.

Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.

Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.

Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.
(FZL)

Anwar perlu maklum kepada Agong segera lepas menang PRU- Aziz Bari

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan sidang media segera untuk memaklumkan kepada Yang Di Pertuan Agong selepas Pakatan Rakyat menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia bagi membolehkan Agong menintahkan Anwar segera ke istana bagi  proses pelantikan  perdana menteri baru.

Aziz bari“Secara formal kuasa pemerintahan negara berada di tangan Agong tetapi ia hanya boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang mempunyai mandat rakyat; sesuatu yang dilaksanakan melalui konsep bertanggungjawab kepada parlimen, khususnya Dewan Rakyat.
“Jadi strategi yang perlu dilakukan Anwar sebaik sahaja PR menang 112 kerusi nanti ialah membuat sidang media dan menyatakan beliau menunggu titah  Agong untuk menjemput beliau ke istana bagi dilantik sebagai PM baru.Pelantikan kabinet akan dibuat selepas itu,” katanya dalam satu kiriman email kepada Keadilandaily.

Menurut Aziz, tindakan itu bagi mengelakkan pihak tertentu menceroboh ke istana dan memaksa pelantikan sebagaimana dilakukan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun selepas parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1985.

Katanya, istana juga perlu segera melantik sebuah kerajaan dan tidak mengulangi kelewatan seperti PRU 1999 apabila kerajaan baru  Dr Mahathir Mohamad hanya dilantik 11 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
Kelambatan ini, katanya menyebabkan kekecohan berlaku dalam sidang pertama Dewan Rakyat ketika itu.

Agong perlu proaktif

Aziz berkata demikian ekoran timbul pertanyaan mengenai senario yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU kali ini.
Beliau berkata, hal ini tidak pernah berlaku di peringkat persekutuan, dan kemungkinan BN akan membuat huru-hara dan kekecohan jika Pakatan memperolehi majoriti di dewan rakyat.
“Siapa yang berkuasa ketika itu? Jawabnya tidak ada; yang ada kerajaan sementara yang kerjanya setakat melaksanakan pentadbiran rutin sahaja.
“Kerajaan ini tidak boleh meneruskan kerjanya sebaik sahaja ada parti yang menang majoriti mudah dalam Dewan Rakyat; ertinya dalam PRU yang baru saja tamat,” ujar calon KEADILAN bagi Parlimen Sabak Bernam ini.

Kata Aziz, perlembagaan tidak memberi sebarang panduan bagaimana senario itu hendak ditangani, namun ia mempunyai semangat tertentu berasaskan demokrasi yang perlu diteliti.
“Senario itu menyebabkan Agong kena proaktif; perlembagaan meletakkan tanggungjawab melantik kerajaan kepada baginda dengan secepat mungkin.

“Ini kerana baginda perlu ada kerajaan yang menasihati baginda sepanjang masa. Dalam bahasa yang mudah perlu ada kerajaan yang menjalankan pentadbiran dan kerajaan ini perlu ada mandat; yakni kerajaan ini boleh bertanggungjawab kepada parlimen iaitu Dewan Rakyat,” ujarnya
Bagaimanapun, beliau yakin  kekecohan sedemikian dapat dielakkan ekoran jaminan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan peralihan kuasa secara aman ketika mengumumkan pembubaran dewan rakyat, 3 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50321

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Aedi Asri
KUALA PILAH 14 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.
“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.
IMG_7836Beliau berkata demikian ketika berucap kepada ribuan hadirin di program ‘Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Anwar juga meminta agar semua penyokong Pakatan menjaga kekuatan jemaah dan tidak melupakan matlamat perjuangan.
“Saya tuntut penyokong KEADILAN dan Pakatan, jaga jemaah ini. Kita dengar cadangan ranting, dengar cadangan cabang, dengar cadangan negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan terlalu ramai yang berkhidmat dengan baik dan layak untuk menjadi calon dalam PRu ke 13.
IMG_7854“Orang yang kerja (ada) beribu, yang layak jadi calon ratus, yang akhirnya jadi calon seorang.
“Sebaik sahaja kita ada penyakit, anggap aku (sahaja) berkhidmat, aku (sahaja) kerja. Ini penyakit yang boleh lunturkan semangat dan musnahkan jemaah.
“Apa juga keputusan, saya rayu kepada rakyat, saya rayu kepada pengundi, supaya pastikan calon Pakatan – PAS, DAP dan KEADILAN diberi sokongan padu untuk menang,” katanya.
Turut berucap, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani.
(FZL)

Sah, Bekas MB Selangor sertai PAS April 14, 2013 admin Reply

Sah, Bekas MB Selangor sertai PAS

MatTaibBekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti.
Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. – Ajijoi
Pengesahannya juga telah dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Rujuk

Dr M ancaman kepada pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ dalam Wawasan 2010, kata Kit Siang


Bahasa

Dr M ancaman kepada pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ dalam Wawasan 2010, kata Kit Siang

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 12, 2013
Lim Kit Siang hari ini mengatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ancaman kepada pembentukan negara bangsa Malaysia. — Gambar failKUALA LUMPUR, 12 April — Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ancaman kepada pembentukan “Bangsa Malaysia” dalam Wawasan 2020, dan pembentukan negara bangsa Malaysia, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu menegaskan, kenyataan terbaru bekas perdana menteri itu dalam blog Chedet.cc miliknya semalam jelas membuktikan beliau tidak pernah meninggalkan arena politik, sebaliknya kini beliau merupakan individu yang “paling ditakuti” dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Amat menyedihkan dan tragik apabila ‘kebangkitan kedua’ Dr Mahathir dalam koridor kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan pengaruh yang buruk dan amat merosakkan bagi politik Malaysia dan pembinaan negara bangsa,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah veteran politik itu lagi, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga begitu takut dengan Dr Mahathir kerana beliau mampu menentukan siapa perdana menteri.

“Selain memuji Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang meruntuhkan pembentukan negara bangsa Malaysia, beliau juga mengeluarkan kenyataan di laman blognya bahawa saya bertanding di Gelang Patah akan mengakibatkan ‘konfrontasi kaum,’ katanya lagi.

“Ia kenyataan paling tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan bekas perdana menteri,” tambahnya.
Kit Siang juga menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak masuk akal memandangkan semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya sebelum ini mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Namakan sahaja, Kota Melaka, Petaling, Tanjong, Bukit Bendera dan Ipoh Timor mempunyai majoriti Cina ... berbanding Gelang Patah yang mempunyai 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus pengundi Melayu, dan 12 peratus pengundi India.

“Saya tidak menjangkakan pujian daripada Dr Mahathir kerana berani keluar dari kawasan selesa seperti Ipoh Timor yang mempunyai 80 peratus pengundi Cina,” katanya lagi.

Kit Siang juga turut mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang mengatakan beliau menggunakan sentimen perkauman dalam kempennya di Gelang Patah.

“Saya telah menemui semua pengundi perbagai bangsa untuk bekerjasama sebagai satu Malaysia, yang mana mempunyai keahlian parti dari pelbagai kaum seperti Pakatan Rakyat (PR).

“Dr Mahathir hanya meneruskan kempen kemusnahan oleh Umno yang memainkan sentimen DAP sebagai anti Melayu, anti Islam yang jelas satu penipuan,” tegasnya.

Tegasnya lagi, Gelang Patah adalah satu ujian sama ada penipuan Umno dan Dr Mahathir itu benar atau tidak.


“Beliau perlu berundur dan memohon maaf atas penipuan terhadap saya atau mengeluarkan bukti menyokong dakwaannya itu serta tidak lagi menyebar penipuan terhadap saya,” tambahnya.




BAGUS UNTUK MAKCIK FELDA DAN MAKCIK UMNO: Jika PR Perintah Malaysia DAP Perdana Menteri?? - Ustaz Suhaimi Md Saad


Pengarah Tanah Perompak Geran, Polis Tutup Mata?


VIDEO : Skandal Wakil Rakyat Semporna?

VIDEO : Skandal Wakil Rakyat Semporna?

WALAUPUN beragama Islam, namun pemimpin UMNO Semporna gagal mempertahankan Surau yang dibina di Jalan Kastam Semporna yang dirampas pemilik Seafest Hotel dengan persekongkolan wakil rakyat Semporna.

Saksikan videoklip ini untuk membolehkan anda mengetahui betapa agama rasmi tidak dilindungi di Semporna sehingga surau mahu diroboh sesuka hati tanpa pampasan dan surau gantian. Betapa malangnya nasib rakyat bumiputera Semporna yang merupakan 98% daripada jumlah pengundi Semporna.

Nasib nelayan juga terabai apabila tanah seluas 10 ekar dirampas oleh pemilik Seafest Hotel (Cina) yang merupakan 2 % daripada jumlah pengundi dengan subahat dan kerjasama wakil rakyat Semporna.

Najib dianggap tidak berlaku adil kerana ‘singkir’ Presiden MCA bertanding PRU-13

Najib dianggap tidak berlaku adil kerana ‘singkir’ Presiden MCA bertanding PRU-13
11 April 2013
GELANG PATAH, 11 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak tidak berlaku adil apabila tidak menyenaraikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Katanya, beliau bersimpati dan kasihan dengan nasib Chua yang hari ini terpaksa mengaku dia tidak akan bertanding pada PRU-13 tidak lama nanti.
“Ini sangat memalukan dan dianggap menghina Chua yang terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk memberi laluan kepada pemimpin muda menggantikan beliau supaya parti itu terus kekal relevan,
“Hakikatnya Presiden MCA itu tidak dibenarkan bertanding oleh Najib kerana perjuangan MCA dikatakan menyimpang dalam landskap politik Malaysia yang baru selepas tsunami politik 2008.


“Najib bimbang mencalonkan Chua mungkin untuk mengelak beliau daripada menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO/BN mengikut ramalan RAHMAN,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Chua sebelum ini menuduh Kit Siang sebagai seorang “pelarian politik’ apabila memilih bertanding di Gelang Patah, Johor daripada kerusi Ipoh Timur yang dimenangi dua penggal dengan majoriti lebih 21,000 undi.
“Najib tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia bukan urusan UMNO sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Presiden MCA menentukan pemilihan calon MCA.


“Jika Chua tidak layak menjadi calon BN, bagaimana dia boleh cergas dan dipilih menjadi Presiden MCA,” katanya.
Kit Siang yang juga penyandang Ahli Parlimen Ipoh TImur berkata, kepimpinan MCA perlu berani bersuara menentang ketidakadilan Najib terhadap Chua kerana Najib tidak berhak menyingkirkan Chua menjadi calon BN pada PRU-13.


Katanya, belum ada Perdana Menteri sebelum ini termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir atau Tun Abdullah yang berani menggunakan kuasa veto untuk menyingkirkan Presiden MCA sezaman mereka seperti Tun Tan Siew Sin, Tun Dr Lim Chong Eu, Tan Sri Lee San Choon, Tan Koon Swan, Tun Dr Ling Liong Sik atau Tan Sri Ong Ka Ting daripada bertanding sebagai calon BN pada setiap kali pilihan raya.-Roketkini.com


Hindraf usah perlekeh DAP, PR bantu masyarakat India

Hindraf usah perlekeh DAP, PR bantu masyarakat India
11 April 2013
KLANG, 11 APRIL: Hindraf diminta menghentikan sikap kebudak-budakkan dalam semua tuntutan kerana mereka bukan satu-satunya organisasi yang mengetengah dan memperjuangkan nasib masyarakat India negara ini.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago menganggap dakwaan Hindraf yang menuduh Deklarasi Gelang Patah diplagiat daripada mereka sebagai tidak masuk akal dan tidak wajar.
“Kami akui Hindraf mengeluarkan manifesto mereka dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India.

“Tetapi ada lagi pertubuhan India yang lain seperti Badan Bertindak Hak Asasi Masyarakat India Kebangsaan (NIAT) yang mengeluarkan 68 muka surat pelan dan dasar pembaharuan untuk memperdaya masyarakat India,” jelas beliau.

Charles juga Penyandang Parlimen Klang mengingatkan semua pihak bahawa aspirasi untuk memperdayakan sosio-ekonomi masyarakat India negara ini tidak boleh di monopoli sesebuah pertubuhan semata-mata kerana setiap pihak mempunyai ruang untuk memberi sumbangan.
“Pada Pilihan Raya Umum 1999, sebuah NGO yang bergabung di bawah Kumpulan Warga Prihatin (GCC) menyediakan sebuah dokumen “Tuntutan Masyarakat India Malaysia: Demi masa depan yang lebih baik” (Demands of Indian Malaysians: For a Better Future).

“Dokumen itu disokong dan didokong parti politik seperti DAP, PAS, PRM, dan PKR ketika itu,” katanya.
Charles juga mahu Hindraf melihat semula dasar dan sumbangan yang diberi kepada masyarakat India di negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana MIC gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.


“Pemimpin Hindraf perlu sedar bahawa ramai pemimpin dalam PR telah lama bekerja keras bersama masyarakat India sebelum pertubuhan itu dibentuk.

“Setelah kerajaan PR dibentuk, kami telah buat banyak program dan memberi peruntukan untuk sekolah Tamil, kebajikan, keagamaan termasuk memulakan perniagaan kecil-kecilan,” jelas beliau.

Kor Risik ATM kini berkhidmat untuk BN? (LM)

Rakyat ingin tahu adakah  benar Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam kerja-kerja kotor politik Umno dan BN.

1. Parti Keadilan Rakyat  merakamkan pendirian kami ingin melihat Pilihanraya Umum ke 13 diadakan  dengan aman dan tenteram. Kita ingin mengajak lawan kita Barisan Nasional menyatakan komitmen yang sama dengan tidak menggunakan agensi-agensi keselamatan kerajaan untuk tujuan politik mereka. 

VIDEO PENGAKUAN OMAR ABU BAKAR MEMFITNAH ANWAR




07.04.2013 - Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Barisan Penceramah:
- Haniza Talha (mantan Adun Taman Medan, Penggal ke-12)
- Hee Loy Sian (mantan MP PJ Selatan Taman, Penggal ke-12)
- Ng Suee Lim (mantan Adun Sekinchan, Penggal ke-12)
- Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba

Penampilan Khas
Dato' Omar Abu Bakar (mantan Pegawai khas Tun Dr. Mahathir)

Taman Medan, Petaling Jaya.
07.04.2013

Secebis kisah tauladan tentang bahaya pertuduhan qazaf (melakukan zina) kepada seseorang tanpa mengemukakan 4 saksi:-

Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus .

Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya .

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

TERKINI DARI KUANTAN-PENGGUMUMAN CALON PKR PAHANG

CALON PARLIMEN

KUANTAN FAUZIAH SALLEH
INDERA MAHKOTA DATO FAUZI ABDUL RAHMAN
PAYA BESAR MURNIE
PEKAN FARIZ MUSA
BERA ZAKARIA ABDUL HAMID



CALON-CALON DUN

KEMAYAN-BOB MANOLAN
CHEKA ABAS AWANG
BENTA  RIZAL
TERUNTUM CHEN CHEONG


Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1


KUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat  pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
dato omar abu bakar“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.
“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.
Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.
Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
reformasi1Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.
Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.
Azlan
Azlan
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.
Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49758

ANWAR BERSAMA AL JAZEERA


PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan

PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.
“Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.
pilihan raya“Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa (yang buruk, ketika) peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak, selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.
“Kena ‘cool head’ untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
“Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri.
“Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya,” katanya.
Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya.
“Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk.
“Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi.
“Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang,” kata Musa. – SDQ

KATA DULANG PAKU SERPIH.

arakahdaily, 08 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.



LAPORAN BERKAITAN

Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara

KUMPULAN TEGAR MESYUARAT MERENCANAKAN SESUATU SIRI 4 -SILA BACA.APA RANCANGAN SIDEK BABA

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran

  1. Datuk Seri Alies Anor Abdul Pengerusi
  2. Datuk Dr Sidek Baba Timbalan Pengerusi
  3. Abdul Rahman Karimun
  4. Raja Arif Kamaruddin
  5. Osman Abdul Majid
  6. Rahiman Salleh
  7. Majid Hj Daud
  8. Syed Abul Hussin Syed Kismas
  9. Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

    1. Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan. Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog. Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

    1. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

    1. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

    1. Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

    1. En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

    1. En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

    1. En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukkan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

    1. En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas dinegeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.


Syed Abul Hussin Syed Kismas

    1. Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

    1. Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah: 1) Lawatan ke Palestin 2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan 3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand  4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

    1. YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar dimedia ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan keatas mereka.

    1. YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

    1. YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.






3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

    1. Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

    1. Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januaridan Februari 2013.

    1. Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim,keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

    1. Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

    1. Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk haling dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiketkapal terbang dari Zaleha setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.