Kerajaan Harus Minta Maaf, Kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Majlis Peguam hari ini menolak penemuan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

Sehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Beng Hock dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.

"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan beng Hock mati akibat kecuaian mereka.

"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim.

Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim juga berkata penemuan suruhanjaya itu juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan.

Katanya, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semasa laporan itu diumumkan, pakar forensik psikiatrik Paul Edward Mullen tidak memberi keterangan kononnya beng Hock mempunyai “perwatakan yang lemah” sehingga menyebabkannya membunuh diri.

Diplomat : EU Timbang Hantar Pemantau Bebas, SPR Tidak Wibawa

KUALA LUMPUR 24 JULAI : Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

“(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang,” kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

Halau Bourdon : Najib Seangkatan Ben Ali

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia.

Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

“Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” kata beliau kepada yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Manakala Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Ketua Cabang Rembau itu.



KUALA LUMPUR 23 JULAI : Ratusan rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan aman dihadapan pintu masuk Bukit Aman petang SEMALAM bagi menghantar mesej jelas kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menuntut pembebasan enam anggota PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat(EO).

Mereka juga berkumpul untuk menyerahkan memorandum menuntut pembebasan mereka yang ditahan akhir bulan lalu apabila didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis serta melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'.

Memorandum itu juga turut mendesak keenam-enam tahanan EO itu dibebas serta merta kerana didakwa menjadi mangsa untuk hentikan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Memorandum itu disampaikan kepada pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, DSP Lai Lee Ching untuk diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Presidennya, Dr Nasir Hashim berkata, perhimpunan hari ini merupakan 'hari hitam' di mana ketidakadilan terus membelenggu rakyat Malaysia.

"Ini adalah pencabulan politik yang berlaku. Walau hari ini (himpunan) Bersih sudah habis, kami masih ditahan lagi. Ini ketidakadilan yang kita pertikaikan," kata beliau.

Pada 25 Jun lalu, 31 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dan direman di bawah Seksyen 122 kerana melancarkan Perang terhadap Yang Di Pertuan Agong, tetapi ia digugurkan.

Namun pada 2 Julai lalu, keenam-enam mereka termasuk ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan habeas corpus terhadap mereka kepada 9 Ogos lagi yang memaksudkan keenam mereka bakal meringkuk selama dua minggu lagi.

Mereka yang ditahan ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM iaitu M. Sukumaran, AP Letchumanan, Choo Chon Kai, M Sarasvathy dan R Sarat Babu.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua yang ditemui berkata, perhimpunan seperti Bersih dan himpunan aman hari ini jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah muak dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Himpunan ini beri amaran kepada Kerajaan kalau Undang-undang tidak relevan masih dipakai ia bermaksud pimpinan negara ini tidak lagi relevan.

"Rakyat akan jatuhkan hukuman pada pilihan raya akan datang. Anggota polis biasa jangan biar diri diperkudakan," tegas Tian.

Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, bantahan terhadap kesemua tahanan EO itu telah dipersetujui oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Berapa tahun sudah kita Merdeka? Tapi ikut Polis dan Menteri (kata) kita masih dalam keadaan darurat. Adakah kita lihat darurat di Malaysia? Adakah kita lihat komunis di Malaysia?, " soal beliau disambut laungan "hidup rakyat" oleh hadirin.

Himpunan yang diketuai oleh S Arutchelvan, kompleks mahkamah ini bergema apabila mereka melaungkan "Bebas Tahanan" dan "Hidup Rakyat" beberapa kali.

Turut hadir adalah ahli parlimen Subang R. Sivarasa, ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefli Ahmad, ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, dan ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

PASTIKAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL:MAT SABU

EKU

Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene

EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pemimpin kanan Malaysia, mungkin dapat menyingkap kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

NONEBourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

altantuya razak baginda mongolian murder 020707 short hairPemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.

Ku Li : Bersihkan Negara Sebelum Terlambat

KUALA LUMPUR 22 JULAI : Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menggesa rakyat untuk sama-sama turun padang dan menamatkan gejala politik perkauman, rasuah dan kronisme yang semakin deras memusnahkan segala kejayaan negara yang didirikan sebelum ini.

“Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama..jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif.. terhadap buruk laku dan keadaan dashyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita,” kata beliau.

“Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral budaya, undang-undang dan perlembagaan ..akan hancur dan musnah,” tambah beliau.

Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata demikian ketika melancarkan Angkatan Amanah Merdeka, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk memupuk “Semangat Malaysia Baru” demi menghapuskan kepincangan dalam sistem politik negara.

Dalam ucapan setengah jam, Ku Li selaku Presiden Amanah, mengimbau masalah-masalah yang melanda negara ini, khususnya hubungan kaum yang semakin rapuh akibat tindakan pihak yang mempunyai agenda politik peribadi lagi sempit.

“Saya memerhatikan dengan hati amat gusar..perhubungan kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan dan barangkali dengan sengaja, merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa “kehilangan” semangat perpaduan yang mewarnai kehidupan rakyat sebelum ini adalah petanda jelas bahawa “tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbir negara ini.”

“Maka saya katakana masa sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan yang menurun dan merosot ini. Janganlah kita teruskan sindrom penafian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau reality sebenar,” tambahnya.

Beliau berkata orang Melayu dan juga kaum lain di negara ini tidak berjiwa perkauman atau rasis tetapi menjadi mangsa manipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

“Mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berpentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak secara komunalis, iaitu bersifat perkauman,” tegas beliau.

“Bagi orang Melayu, sikap seperti itu amat bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik, mereka cenderung ke arah bersikap rasis (dan) berbalik ke zaman Jahiliah,” kata beliau.

Ku Li yang juga mantan Menteri Kewangan selain ahli kerabat diraja Kelantan, berkata rakyat yang mewakili suara pertengahan tidak lagi boleh bersikap menyepi untuk mengelak risiko kontrantasi dengan pihak berkuasa.

Sikap sedemikian perlu di kikis kerana “kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa , padahnya amat buruk dan keadaan itu tidak dapat dipulihkan,” tambah beliau.

“Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang. Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan da ketika yang lebih mendesak daripada masa ini untuk kita bangkit menentang keadaan yang buruk ini,” tegas Ku Li.

Ku Li berkata rekod Malaysia sebagai kuasa ekonomi Asia pernah lebih baik daripada negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

Namun pada hari ini prestasi ekonomi Malaysia merudum dan Kuala Lumpur kini dibandingkan dengan negara-negara seperti Kemboja, Myanmar dan Filipina.

“Malaysia diberkati dengan sumber kekayaan ..tetapi malangnya disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot,” jelas beliau.

Ku Li menegaskan bahawa rakyat mahukan perubahan dan menggesa semua pihak untuk mendokong perjuangan AMANAH demi menyelamat negara daripada kehancuran.

“Kita boleh dan kita akan berikar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain,” kata Ku Li.

KITA SOKONG DEMOKRASI

SIAPA PEMILIK KAPAL MEWAH INI?


Milik siapakah ini...??

Bot yang di salut dengan 1 ton emas dan dikatakan yang termahal di dunia dengan kos sebanyak rm 14.5 billion ini lebih mahal dari yang dimiliki oleh jutawan Russia.

Dikatakan bahan platinum digunakan untuk membuat sauh,bilik rehat,kawasan tepinya dan juga dek depan .

Dikatakan bahan meteor, dan juga tulangT Rex dinasour digunakan sebagai perhiasan bagi kawasan tempat tidor,

Dikatakan dibina di Italy dan disiapkan di Malaysia sejak 3 minggu lalu.

Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab

SHAH ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

"Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu," katanya.

Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.

"Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini," tegasnya.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.

Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit.

Ia juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu.

Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah.

Bourdon semalam berada di Bayan baru, Pulau Pinang untuk membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum dan beliau sepatutnya dijadualkan berbuat demikian di Petaling Jaya malam ini.


Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat



SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.

" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.

" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.

Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.

Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.

Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.

" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.

Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.

" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.

" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.

SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.

Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit.

Peguam Perancis Bawa Isu Scorpene Di Tahan Di KLIA

SEPANG 22 JULAI : Pegawai Imegresen Malaysia dilaporkan menahan peguam hak asasi manusia Peranchis, William Bourdon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Beliau yang dijadualkan membuat lawatan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk mengumpul dana bagi membiayai kos guaman membawa kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorphene ke mahkamah Perancis, September ini.

Perkara ini disahkan melalui laman twitter peguam Latthefa Koya, Fadiah Nadwa serta Exco Selangor, Elizebeth Wong.

Transaksi pembelian kapal selam buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Bourdon menegaskan bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Malam tadi, peguam hak asasi itu berada di Bayan Baru, Pulau Pinang, bercakap mengenai dakwaan skandal 'Ops Scorpene'.

Bourdon yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan, Sherpa dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapal selam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Sherpa adalah badan yang membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Perjuangan Bourdon mendapat dokongan Suara Hak Asasi Manusia (SUARAM) yang giat membantu peguam itu dalam usaha mengumpul dana sekurang- kurangnya RM100,000 bagi menampung kos perundangan.
Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Atas Alasan Apa Tahan Ahli PSM Bawah Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR 22 JULAI : Enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat mempersoalkan apakah alasan mereka ditahan, sedangkan himpunan aman Bersih 2.0 sudah dua minggu berlalu.

Peguam yang mewakili mereka, Sulaiman Abdullah berkata kesemua mereka sebelum ini dituduh cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi himpunan aman tersebut 9 Julai lalu.

Mereka juga didakwa cuba melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sulaiman turut mempersoalkan tindakan polis yang masih menahan individu yang dikaitkan dengan Bersih 2.0 walhal himpunan itu telah selesai.

“Bagaimana anda boleh menjustifikasikan tahanan selepas 9 Julai ?.

“Tiada mana-mana afidavit menekankan fakta ini,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini," soalnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bersih : Demokrasi Dunia Perlu Sokong Hak Rakyat Malaysia



SHAH ALAM 22 JULAI : Bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha yang digerakkan rakyat bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dalam sesebuah negara.

Dalam tulisan terbaru Malott dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, beliau berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya.

“Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan n
egara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu,” kata Malott.

Sehubungan itu beliau berkata, negara-negara demokrasi dunia “perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia.”

“Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang,” katanya.

Malott yang berkhidmat sebagai duta AS ke Malaysia antara 1995 dan 1998 berkata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengecam respons dingin kerajaan Amerika Syarikat berhubung perhimpunan 9 Julai.

“Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara,” tulis beliau lagi.

Sehari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.

Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0.

Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa.

Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa.

Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Seri Paduka dengan meminta Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang.

Malott berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini.

Dalam tulisan terbaru Malott berkata, tekanan Najib dan pentadbirannya telah menarik kecaman antarabangsa dan mengebumikan gambaran sejak dua tahun lalu bahawa beliau seorang “pemimpin yang moden dan berfikiran liberal.”

“Lebih penting lagi dan menjadi lebih bimbang kepada Najib dan Umno ialah kebangkitan satu generasi baru rakyat Malaysia,” kata Malott.

Tambahnya lagi, dalam waktu terdekat ini akan wujud satu gerakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya sekali gus usaha mewujudkan demokrasi tulen di Malaysia akan berkekalan.

“Jika begitu, maka 9 Julai akan diperingati sebagai titik tolak kepada sejarah Malaysia,” katanya lagi.

Malott juga menulis mengapa sebuah kerajaan terlalu bimbang untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil.

“Sebagaimana penyandang jawatan sebelumnya, Najib (juga) mendakwa demonstrasi akan membawa kepada keadaan huru-hara, meskipun hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara dan ia perkara biasa dalam mana-mana demokrasi yang tulen,” katanya lagi dengan merujuk kepada pandangan diutarakan oleh Najib di London baru-baru ini.

Bagaimanapun Najib hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.

Najib berkata demikian ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara sekali gus terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.

“Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini.






SHAH ALAM 22 JULAI : Bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha yang digerakkan rakyat bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dalam sesebuah negara.

Dalam tulisan terbaru Malott dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, beliau berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya.

“Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu,” kata Malott.

Sehubungan itu beliau berkata, negara-negara demokrasi dunia “perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia.”

“Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang,” katanya.

Malott yang berkhidmat sebagai duta AS ke Malaysia antara 1995 dan 1998 berkata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengecam respons dingin kerajaan Amerika Syarikat berhubung perhimpunan 9 Julai.

“Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara,” tulis beliau lagi.

Sehari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.

Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0.

Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa.

Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa.

Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Seri Paduka dengan meminta Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang.

Malott berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini.

Dalam tulisan terbaru Malott berkata, tekanan Najib dan pentadbirannya telah menarik kecaman antarabangsa dan mengebumikan gambaran sejak dua tahun lalu bahawa beliau seorang “pemimpin yang moden dan berfikiran liberal.”

“Lebih penting lagi dan menjadi lebih bimbang kepada Najib dan Umno ialah kebangkitan satu generasi baru rakyat Malaysia,” kata Malott.

Tambahnya lagi, dalam waktu terdekat ini akan wujud satu gerakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya sekali gus usaha mewujudkan demokrasi tulen di Malaysia akan berkekalan.

“Jika begitu, maka 9 Julai akan diperingati sebagai titik tolak kepada sejarah Malaysia,” katanya lagi.

Malott juga menulis mengapa sebuah kerajaan terlalu bimbang untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil.

“Sebagaimana penyandang jawatan sebelumnya, Najib (juga) mendakwa demonstrasi akan membawa kepada keadaan huru-hara, meskipun hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara dan ia perkara biasa dalam mana-mana demokrasi yang tulen,” katanya lagi dengan merujuk kepada pandangan diutarakan oleh Najib di London baru-baru ini.

Bagaimanapun Najib hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.

Najib berkata demikian ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara sekali gus terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.

“Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini.

Perbicaraan 23 Aktivis PSM Ditetapkan Pada 10-14 Oktober




BUTTERWORTH 21 JULAI : Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 10 hingga 14 Oktober depan untuk perbicaraan 22 dewasa dan seorang juvana aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dituduh berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan sah.

Mereka terdiri R. Nalayani, 64, A. Shanmugam, 57, M. Ravindran, 20, G. Velaitham, 54, M. Sivoosamy, 56, S. Ramasamy, 35, Chan Mooi, 55, K.Kamaladevi, 57, Cheang Sew Yin, 60, K. Deeba, 22, K. Thanushia, 21, G.Packialetchumy, 40, R. Saroza, 51, M. Santhanadevi, 30, N.P. Indra, 54, P.Jody, 52, M. Kavitha, 35, K. Gana Santhanam, 45, J. Reveen Veerasenan,18, dan S. Thivya Kumar, 18, kesemuanya dari Perak, M. Aroklam, 62, dari Perlis dan Soh Sook Hwa, 29, dari Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan risalah haram.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.
Mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri [Akta 82] 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Pada 25 Jun lalu, kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bas di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan rayuan pihak pembelaan, yang diketuai Datuk C.V. Prabhakaran, untuk mengurangkan jaminan terhadap juvana berkenaan daripada RM4,000 kepada RM500 bagi setiap pertuduhan.
Manakala yang lain dikenakan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Bersih 2.0 Beri Momentum Baru Kepada PR, Kata Anwar

SHAH ALAM 21 JULAI : Kejayaan Bersih 2.0 menggembling suara rakyat dan kemarahan awam terhadap tindakan kuku besi pemerintah untuk membatalkan perhimpunan aman itu menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke 13, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sokongan untuk gagasan pembangkang itu makin meningkat susulan tindakan Umno-Barisan Nasional merestui penggunaan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan itu yang menuntut pilihanraya umum yang adil dan telus.

"Rejim pemerintah kini di tahap terakhir untuk mengekalkan kuasa dalam keadaan terdesak. Kami kini mendapat momentum baru. Ada kemungkinan besar kami akan berjaya (dan) kami akan memang," beliau dipetik berkata oleh agensi berita antarabangsa Associated Press.

Puluhan ribu orang awam pelbagai kaum menongkah tembakan gas pemedih mata dan air berkimia oleh polis untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Lebih 1,600 orang ditangkap, termasuk pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Seorang peserta mati manakala Anwar dan pengawal peribadinya adalah antara yang tercedera dalam asakan polis untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Enam penyokong perhimpunan itu ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihanraya dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihanraya berjalan secara adil dan telus.

Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.
Umno-BN bagaimanapun tidak melayan tuntutan itu dan mengishtiarkan Bersih sebagai pertubuhan haram dan sesiapa yang memakai baju dengan logo Bersih ditangkap oleh polis.

Anwar memberitah AP bahawa Perdana Menteri Najib Razak dijangka memanggil pilihanraya umum lebih awal daripada pertengahan 2013, apabila mandat lima tahun kerajaan berakhir.

Pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun depan dengan prestasi ekonomi negara menjadi paksi kepada kempen Najib untuk mendapatkan sokongan.

Anwar menegaskan bahawa pentadbiran Najib hanya berjaya mencipta pelbagai slogan.

"Selain dari slogan, tidak ada apa-apa perubahan," kata beliau.

Waran untuk Anwar, Samad Said, Husam

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.

NONESelain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)

Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.

Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman.

Daripada pihak Umno, ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilaporkan sudah memberikan keterangan.

Anwar Tidak Terima Notis Polis, Kata Peguam

SHAH ALAM 21 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lain tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak polis untuk memberi keterangan bersabit perhimpunan aman Bersih, kata peguam Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR, menafikan laporan Berita Harian kononnya polis memohon waran tangkap terhadap Anwar, anaknya Nurul Izzah dan 11 individu lain kerana tidak hadir memberi keterangan kepada polis sejak 11 Julai lalu.
Surendran menyifatkan laporan akhbar kawalan Umno itu sebagai berniat mencalar imej Pakatan Rakyat.
"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada apa-apa notis di bawah Kanun Acara Jenayah mahupun panggilan telefon yang diterima Datuk Seri Anwar meminta beliau agar hadirkan diri ke balai polis seperti yang dinyatakan dalam laporan Berita Harian," kata beliau.
Sehubungan dengan itu Surendren berkata, akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menuntut penjelasan terhadap laporan Berita Harian itu.
"Kita menganggap laporan ini berniat buruk dan sengaja untuk memburukkan pihak pembangkang. Saya percaya daripada senarai 13 orang itu saya boleh pastikan Sivarasa, Datuk Samad Said, Nurul Izzah dan Lathefah Koya tidak menerima notis," tambah beliau.
Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, bekas speaker Perak V Sivakumar, ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.
Antara lain laporan itu menyebut polis Kuala Lumpur telah menghantar laporan ke ibu pejabat polis Bukit Aman menamakan 13 individu yang gagal menghadirkan diri untuk membantu siasatan berkaitan perhimpunan Bersih 2.0.
Malah, polis turut membuat permohonan waran tangkap kepada kesemua individu terbabit.
Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu menyaksikan hampir 1,700 orang penyokong ditangkap.
Seorang meninggal dunia manakala Anwar, pegawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah antara mereka yang tercedera akibat asakan polis.

Kawasan desa penentu "Tsunami politik 2.0"

Meskipun perhimpunan BERSIH 2.0 belum membawa perubahan sistem pilihan raya dalam masa yang singkat, namun tetap memberi impak terhadap senario politik dan minda rakyat. Penganalisa menganggap gelombang kuning ini sekadar membadai di kawasan bandar. Oleh itu, kemampuan fenomena ini menembusi kawasan desa menjadi faktor penentu sama ada Tsunami Politik 2.0 bakal tercetus daripada gelombang ini.


Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 telah menarik penyertaan kira-kira 40,000 orang, ditafsir sebagai antara faktor tercetusnya tsunami politik pada 8 Mac 2008 - dengan kejayaan pembangkang menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen, dan menguasai lima kerajaan negeri.

Bagaimanapun, BERSIH kini kembali sebagai BERSIH 2.0, menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai 2011 - dengan kehadiran kira-kira 50,000 orang - meskipun diisytiharkan Kementerian Dalam Negeri sebagai pertubuhan haram, ditambah pula dengan penangkapan polis, ugutan, sekatan jalan dan sebagainya.

Jikalau dibandingkan, kehadiran peserta lebih ramai berbanding empat tahun lalu, di samping sekatan polis yang lebih mencengkam. Kini, walaupun sudah 10 hari berlalu, namun "impak" ini terus menular d laman internet, menjadi nostalgia sama ada pembangkang mahupun warga internet.

Impak "kuning" di luar jangkaan

Pengkaji politik, Ong Kian Ming mengakui bahawa dirinya menjangka fenomena 709 akan dilupai dalam masa yang singkat. Tapi beliau terpaksa mengubah fikirannya selepas tempoh seminggu. Beliau berkata, perhimpunan BERSIH 2.0 telah menggarap imaginasi golongan muda, sehingga mereka teruja dengannya.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian (gambar kiri) turut terperanjat dengan bagaimana impak BERSIH 2.0 ini dikekalkan, dan tidak hilang selepas tamatnya perhimpunan. Beliau berkata, ramai peserta yang memuat-naikkan gambar, klip video mahupun tulisan mereka untuk disebarkan secara meluas di ruang internet, sehingga impaknya menular, dan mengubah pemikiran rakyat.

Ibrahim Suffian menambah, ia memberi makna bahawa rakyat tidak takut, tetap memuat-naikkan dan menonton klip video ini, meskipun diisytiharkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram. Selain itu, tidak kurang parti politik dan pertubuhan yang menganjurkan aktiviti berkenaan BERSIH 2.0, menjurus kepada merebaknya impak BERSIH 2.0.

"Biarpun seminggu telah berlalu selepas 9 Julai, namun banyak lagi parti politik, pertubuhan, NGO yang menganjurkan kegiatan berkenaan. Dari emosinya, jelas ia amat memberangsangkan, dan dari psikologinya, ia positif," katanya.

Ibrahim Suffian menambah, perhimpunan BERSIH 2.0 menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia turun ke jalan raya untuk menyatakan ketidakpuasan mereka, dan mereka juga di-"empower"kan dalam proses ini. Beliau menekankan, bahkan kaum bukan Melayu yang paling bimbang dengan huru-hara tampil ke depan untuk menyatakan protes, memperlihatkan kekhuatiran mereka terhadap tragedi 13 Mei 1969 semakin terhakis.

Kerajaan gagal mengendalikan perhimpunan

Sementara itu, pengkaji politik Ngeow Chow Bing menganggap kebangkitan rakyat pada 9 Julai sebagai kebangkitan masyarakat sivil. Beliau mempertikaikan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan kali ini, sama ada sebelum, semasa malah selepas perhimpunan berlangsung. "Masih tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya sehingga hari ini," katanya.

Ngeow Chow Bing (gambar kanan) mengambil contoh bagaimana sesetengah negara di Timur Tengah akan meneliti dan mengkaji tujuan, tuntutan perhimpunan, walaupun pada masa yang sama akan menekan pemimpin perhimpunan tersebut. Dengan kata lain, mereka cuba mencerminkan keadaan walaupun penindasan berlaku.

"Malah negara yang tidak demokratik ini mampu mengendalikannya. Sebaliknya, Malaysia langsung tidak maju dalam hal ini, teruskan dengan penindasan, penipuan dan penafian. Ini amat mengecewakan," kata Ngeow Chow Bing.

Kerajaan mengambil tindakan terhadap BERSIH 2.0 sejak Jun 2011, termasuk menggeledah pejabat sekretariat BERSIH 2.0, mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram, menangkap dan mendakwa mereka yang berpakaian kuning, membuat sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur, malah berdolak-dalih selepas menjanjikan stadium untuk perhimpunan BERSIH 2.0.

Tindakan ini menghalang kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 sebermulanya, disusuli pula dengan pelepasan gas pemedih mata menghala ke pemimpin pembangkang, malah ke dalam perkarangan hospital. Kritikan terhadap tindakan polis pula dinafikan, malah diberi pujian bahawa polis telah menjalankan tugas secara profesional.

Cabaran: Impak BERSIH ke dalam desa

Selepas 10 hari berlalu, adegan perhimpunan BERSIH 2.0 seolah-olah masih jelas di depan mata. Namun, pengaruh BERSIH 2.0 nyata lebih lemah di kawasan pedalaman, berbanding kawasan bandar yang lengkap dengan kemudahan internet.

Ketiga-tiga orang penganalisa berkongsi pandangan yang sama, iaitu impak BERSIH lebih terbatas di kawasan bandar, golongan muda-mudi dan mereka yang memperolehi maklumat dari internet.

Ibrahim Suffian berkata, impak ini masih "dalam proses" merebak, namun lebih terbatas kepada kawasan bandar dan belum menembusi kawasan pedalaman. Untuk penduduk di kawasan pedalaman, maklumat yang diterima mereka masih berada pada tahap awal, yang disajikan media arus perdana, iaitu perhimpunan ini adalah haram, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga yang difitnah, perhimpunan yang didalangi pembangkang.

Ibrahim Suffian dan Ong Kian Ming bersetuju bahawa impak 709 boleh dibawa ke kawasan pedalaman, seandainya peserta perhimpunan dan bahan rakaman perhimpunan dibawa ke kawasan itu, dan bukan hanya bergantung kepada sebaran melalui internet.

"Sekarang, keadaan menjadi dua ekstrem. Penduduk bandar lebih memberi perhatian, berhasrat menyampaikan mesej kepada kerajaan. Pembangkang pula lebih aktif, untuk membawa 709 ke kawasan desa. Namun penduduk desa tidak mempunyai maklumat yang seimbang. Jadi, adalah satu cabaran untuk menjelaskan kepada golongan ini, tentang kepentingan sistem pilihan raya yang adil dan bersih."

Tsunami politik 2.0

Ngeow Chow Bing pula menganggap, impak BERSIH 2.0 hanya boleh mengekalkan prestasi PRU 12, yang tercetus kerana perhimpunan BERSIH tahun 2007. Beliau menjangkakan bahawa nisbah pemerintah-pembangkang tidak akan mengalami perubahan besar, kerana ia lebih kepada fenomena di bandar.

Ong Kian Ming (gambar kiri) juga menganggap 709 memberi impak di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur dan Selangor, sedangkan kebanyakan kerusi parlimen dan DUN telah menjadi milikan pembangkang. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya tsunami politik 2.0, bergantung kepada sejauh manakah impak 709 menembusi kawasan desa.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting daripada teks asal.

PEGUAM PERANCIS BAKAL DEDAH KES PEMBUNUHAN ALTANTUNYA

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.

Keganasan Polis : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan









KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.

" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.

Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.

Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.

Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.

Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

" Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak
tanpa memberi arahan,"kata beliau.

" Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.


Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0

SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.

Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.

Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.

Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.

“Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu,” kata beliau.
“Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
“Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat,” tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
“Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?,” ujar beliau.
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
“Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan,” jelas beliau.
“Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap,” tambahnya. .
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.
Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.
“Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap,” di dalam media, kata beliau.
“Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam,” kata Ku Li.
“Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya,” tegas beliau.

Pakatan Selesai Pembahagian Kerusi Hujung Bulan

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.

“Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri,” kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada portal itu.

Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ini berkata pemimpin Pakatan Rakyat semalam telah bersetuju peruntukan kerusi itu akan dibuat dengan elok bagi mengelakkan konflik yang berlaku dalam isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

“Jika kami mampu menyelesaikan rundingan kerusi, kami boleh elakkan situasi seperti di Sarawak,” kata Zairil.

Sebelum ini kelihatan PKR dan DAP cuba mendapatkan beberapa kerusi penting yang menyebabkan perbalahan antara kedua-dua pemimpin parti itu,

“Saya rasa dalam soal kerusi Parlimen ia tidak banyak masalah tapi kerusi negeri berbeza. Kepimpinan negeri sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang kawasan mana parti harus bertanding.

“Jadi jika pembahagian kerusi selesai, kemudian kami boleh putuskan siapa calon yang akan bertanding,” tambah Zairil.

Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen “lompat” yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Umno juga telah mengumumkan akan menawan kembali kerusi PKR yang dilihat lemah dalam Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen. PAS 23 kerusi Parlimen.

Tembakan Kanister Gas, Cubaan Untuk Bunuh Anwar, Surendran

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.
" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.

Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.

Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.

Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.

Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

" Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau.

" Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.

Selangor lancar slogan baru ‘Selangorku’ Ahad ini


July 20, 2011


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini - dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini.

“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Saring Maklumat Bukti Malaysia Masih Mundur, Terkebelakang-IDEAS

SHAH ALAM 20 JULAI : Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melakukan tapisan ke atas artikel dari majalah antarabangsa The Enonomist berhubung himpunan Bersih, 9 Julai lalu.

Menyifatkan ia sebagai tindakan terkebelakang dalam dunia moden pada hari ini, Wan Saiful berkata adalah tidak masuk akal sama sekali untuk KDN menghitamkan beberapa ayat dalam laporan itu meskipun KDN meminta kebenaran dari majalah itu sekali pun.

"Saya rasa sama ada The Economist setuju atau tidak bagi saya itu tak relevan. Saya rasa amat malang dalam keadaan dunia yang makin maju sekarang ini, kita masih lagi guna cara untuk sunting pandangan atau laporan yang disiarkan, lebih-lebih lagi dalam dunia internet sekarang,"kata beliau kepada Tv Selangor.

The Enonomist hari ini memberitahu pihaknya akan menyiasat tapisan yang dilakukan oleh KDN.

Kementerian itu telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antarabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners',menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal, namun keratan itu masih boleh didapati di internet.

Antara maklumat yang dipadamkan ialah mengenai kematian seorang peserta himpunan Bersih, Baharuddin Ahmad akibat sakit jantung.

Melihat kepada senario itu, Wan Saiful berkata, akta penapisan sudah tidak munasabah dan terpakai lagi memandangkan artikel berkenaan tidak mengandungi unsur yang memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat.

"Perbuatan penapisan, awal-awal lagi saya rasa memang satu perkara yang tak patut berlaku. Akta penapisan seperti ini perlu dihentikan.

"Dari segi moral dengan dunia sudah maju sekarang ini, walaupun undang-undang membolehkan perkara tersebut tetapi perkara itu (penapisan) tidak patut dipertahankan lagi dalam situasi ini,"tambah beliau lagi.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor sebelum ini mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan mengelirukan.

Namun ayat-ayat yang dihitamkan lebih menjurus ke arah salah laku dan keganasan polis pada hari kejadian.

Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:

* 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.

* 'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.

* 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.

Amizudin : Saya Tetap Lawan, Tak Terkejut Arah Bayar Rais RM400,00




KUALA LUMPUR 20 JULAI : Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan “terus lawan.”

“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin kepada The Malaysian Insider.

“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais),” kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

“Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailkan hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, “sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care.”

“‘Sharpshooter’ diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun ‘sharpshooter’ tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika ‘sharpshooter’ mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan ‘berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf’.”

“Walau bagaimanapun ‘sharpshooter’ akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan,” katanya.

Ambiga, Wan Ahmad Debat Di Pentas Terbuka

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan beliau akan tampil untuk berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada 26 Julai ini berhubung sistem pilihan raya di negara ini.

Utusan Malaysia melaporkan, Wan Ahmad telah bersetuju untuk berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadual berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Wan Ahmad yang dipetik dari portal The Malaysian Insider memberitahu, walau bagaimanapun, kehadirannya bukan untuk memulihkan imej mahupun reputasi SPR sebaliknya lebih kepada mahu memberi penjelasan kepada rakyat.

“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.

Ini merupakan pertemuan pertama di antara SPR dan Bersih selepas perhimpunan aman 9 Julai lalu.

Agenda Bersih : Rakyat Di Kampung Tak Akan Tertipu Lagi

SHAH ALAM 20 JULAI : Timbalan Presiden PAS yang dilanggar kenderaan polis sebelum menyertai Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu menyokong sepenuhnya agenda pembaharuan dalam sistem pilihan raya diperhebatkan di kawasan-kawasan luar bandar.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat itu tepat memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran media milikan Umno-Barisan Nasional untuk disogokkan dengan berita palsu.

“Memang kita akan teruskan penerangan di kampung sebab orang Melayu di kampung yang mereka lihat hanyalah TV dan surat khabar Umno,"kata beliau kepada Tv Selangor.

Pemimpin Pakatan Rakyat semalam berikrar untuk meneruskan momentum perhimpunan Bersih 2.0 dan bersetuju agenda itu perlu di bawa ke kawasan luar bandar juga.

Penolohg Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching yang dipetik portal Malaysiakini memberitahu, perkara itu menjadi agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu semalam.

"Kami sedar impak Bersih hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai Bersih,” kata beliau.

Diminta mengulas perkembangan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menayangkan video untuk menyanggah dakwaan polis melakukan keganasan terhadap rakyat ketika himpunan itu kepada media dan melalui RTM minggu ini, Mat Sabu menyifatkan ia satu pembohongan besar kerajaan dan PDRM kepada rakyat.

“Kenapa lambat sangat? Itu mesti direka. Video yang keluar internet semua, keluar 10 minit, 15 minit selepas kejadian. Orang tak percayalah pada polis semua.

“Boleh kita tengok, lakonan macam video Memali lah. Dia guna RTM, dia guna alat kerajaanlah. Semua pembohongan itu, sebelum ditayangkan saya (boleh) katakan ia bohong,"kata beliu lagi.

Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihan rayayang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini pada awal bulan lalu mendapat tentangan hebat polis dan
kerajaan.

Malah lensa-lensa kamera menjadi saksi bagaimana Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan gas pemedih mata secara langsung kepada peserta demontarasi dan ramai yang dikasari.

Dunia pada hari itu melihat 1,667 rakyat ditahan kerana berhimpun secara aman, puluhan mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dari asakan polis.

Hormat Penganut Agama Lain, Jangan Terpengaruh Politik Sempit Umno-BN




KUALA LUMPUR 19 JULAI : Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu-isu yang berkaitan agama lain harus diselesaikan dengan adil selain mengambil kira-kira lunas Islam.

Beliau menegaskan ajaran Islam mengajar agar hak penganut agama lain juga harus dibela dengan seadil-adilnya.

Abdullah membuat komen itu dua hari selepas kerajaan pimpinan PAS di Kedah bersetuju membenarkan pusat-pusat hiburan di Kedah meneruskan operasi pada bulan Ramadhan dengan syarat orang Islam dilarang berkunjung ke premis itu.

Tindakan itu bertujuan memelihara kemuliaan Ramadhan di samping melindungi hak peniaga bukan Islam. Bagaimanapun keputusan itu dikecam oleh akhbar kawalan Umno.

Utusan Malaysia dan juak-juak parti itu serta MCA mendakwa langkah PAS itu menunjukkan ia tunduk kepada tekanan DAP.

Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini bercadang menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN pada tahun 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan.

Peraturan itu melarang sebarang konsert dan pertunjukan hiburan ala Barat pada bulan Ramadhan.

Bagaimanapun selepas perbincangan dengan pemilik premis berkenaan, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak bersetuju membenarkan premis berkenaan beroperasi namun penguatkuasaan melarang orang Islam mengunjunginya akan diperketatkan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata Islam menuntut hak penganut agama lain harus dibela dengan seadil-adilnya.

“Selain sifat muhibah yang dipupuk agama Islam, juga menjadi tanggungjawab dalam agama kita ini sifat dan amalan berpegang teguh kepada janji baik yang telah dimeterai termasuk dengan penganut-penganut agama yang lain.

“Sejarah umat Islam menjadi saksi akan kepentingan menunaikan amanah dan berpegang pada janji bukan hanya sesama umat Islam tetapi juga bukan Islam,” kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin menggesa rakyat di negara ini supaya tidak mudah diperkotak-katikkan oleh laporan media kawalan Umno-Barisan Nasional.

Malah nasihat beliau kepada pimpinan Pakatan Rakyat juga semoga tidak goyah dan termakan dek hasutan media yang mahu memecahbelahkan gagasan itu.

"Fitnah-fitnah itu sudah pastinya bukan bertujuan baik. Ianya dilaksana bagi menimbulkan rasa kebencian yang menebal, ketakutan supaya mereka boleh menangguk di air yang keruh untuk merialisasikan perpecahan," kata beliau.

"Jelas tujuan mereka adalah untuk melaga-lagakan, mempersenda dan menjadikan gagasan pakatan sebagai sasaran kebencian rakyat dengan tuduhan 'diperkuda' dan
'memperkuda', sedangkan kita sangat jelas siapa sebenarnya yang diperkuda, bagaimana media massa diperkuda?" soal Ghani.

Justeru menurut beliau, hal-hal seumpama itu tidak perlu dilayan dan menyeru rakyat mahupun parti politik yang teraniaya dengan pencaturan jahat kerajaan pemerintah, segera keluar dari perangkap mereka dan menumpukan kepada perjuangan dasar untuk membela nasib rakyat.

"Kejahatan, rasuah, salahguna kuasa dan penindasan terhadap rakyat yang masih belum terbela nasibnya, ini adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian daripada isu yang sengaja ditimbulkan oleh mereka sekarang walaupun ianya tidaklah satu perkara yang kecil untuk dihadapi," kata beliau.

Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka

Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka

Soh Sook Hwa | Jul 19, 2011 05:43:38 pm

Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur. Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya. Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur. Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen. Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar. Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri. Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.

Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman. Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand? Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi? Siapa yang rapat dengan saya dalam parti? Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?

Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama. Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya. Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.

"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai. Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia." Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"

Saya masih muda. Meruap-ruap kemarahan saya. Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang. "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional. "Betul tak kata saya? Betul tidak kata saya?" Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".

Dua penjara; dua neraka

Kadang-kala saya berpeluang juga. Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma. "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?" "17 ribu." "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?" "800 lebih." "Bukankah jauh bezanya? 10% pun tak sampai!"

Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti. "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"

Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan. Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam. Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam. Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.

Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin. Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa. Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup. Dua neraka sebenarnya. Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu. Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan. Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.

Ini sebahagian daripada rekaan. Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu. Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.

Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang

Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.

"Dari wajah Choo Chon Kai (gambar kiri), saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai. Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"

Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya. Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"

Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya. Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi. Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa. Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun. Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain. Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.

Saya masih muda. Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN. Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat. Mereka kehilangan kebebasan. Saya sangat marah.

Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini. Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.

Baca: Orang baik ancam ketenteraman awam? Choo Chon Kai yang aku kenal...

*Soh Sook Hwa (gambar kanan) adalah graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah mencabar Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) kerana menyanggah perlembagaan, namun gagal. Beliau adalah AJK PSM dan Setiausaha cawangan Bayan Baru. Beliau ditangkap bersama 30 aktivis PSM yang lain pada 26 Jun 2011, dan dibebaskan selepas 10 hari. Kini enam orang aktivis PSM masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Diterjemah dan disunting dari teks asal.