PRK Hulu S’ngor : Polis guna Seksyen 27 Akta Polis 1960

PRK Hulu S’ngor : Polis guna Seksyen 27 Akta Polis 1960

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Imej polis yang sehingga kini kekal dilihat sering menyebelahi BN gagal diambil iktibar oleh institusi itu apabila awal-awal lagi memberi amaran akan mengambil tindakan jika kempen pilihanraya diadakan sebelum penamaan calon.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, difahamkan ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat yang sejak semalam aktif memasang poster (gambar) dan bendera parti dari PAS, PKR dan DAP di kawasan itu.

Pakatan Rakyat juga sebelum ini ada mengadakan ceramah umum Selamatkan Malaysia Jumaat lalu yang mana ia telah dirancang sebelum kematian Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad lagi, iaitu penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk aktiviti ceramah dan kempen di kawasan Parlimen Hulu Selangor selagi proses penamaan calon belum berlangsung.

Oleh itu, katanya, jika ada pihak yang mengingkari arahan tersebut, tindakan tegas mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1960 kerana kesalahan melakukan perhimpunan haram akan diambil.

''Arahan ini adalah untuk semua pihak terutama parti politik sama ada yang akan bertanding atau tidak bertanding. Jika mereka ingkar, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

''Kita hanya akan mengeluarkan permit untuk ceramah dan kempen selepas proses penamaan calon selesai dengan syarat mereka membuat permohonan," katanya selepas menyampaikan hadiah pada Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.

Khalid menjelaskan, permohonan permit bagi ceramah perlulah dibuat lima hari sebelum program berkenaan diadakan.

''Namun sudah tentu kita akan menggunakan budi bicara (berhubung pengeluaran permit)," ujar beliau.

Mengenai persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Khalid berkata, pihaknya memang telah bersiap sedia dan kini hanya menunggu pengumuman tarikh penamaan calon dan pembuangan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau, menjangkakan lebih 1,000 anggota polis akan ditugaskan di kawasan Parlimen Hulu Selangor untuk menjaga keselamatan bagi memastikan PRK itu berjalan lancar.

''Tunggulah.. Bila tiba masanya anda akan lihat persiapan dan kehadiran kita di Hulu Selangor," katanya.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak di kediamannya di Kajang baru-baru ini.

SPR akan mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian hari ini.

Sejak kekosongan kerusi itu, pihak BN telah pun berkempen samada melalui media pro BN dan gerak saraf parti itu melalui pemimpin dan ah-ahlinya sehingga kini termasuklah dalam usaha melobi samada parti MIC atau Umno yang akan bertanding merebut kerusi itu.

Terdahulu, semasa sambutan ulang tahun Pakatan Rakyat di Kampung Baru, pihak polis bersama puluhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah rakyat yang berhimpun secara aman di situ yang menyaksikan pemimpin PR pada malam itu dikejar kedalam dewan selain beberapa petugas PR dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatn di hospital.

SOSIAL: ROTI YANG ANDA KATA SEDAP???INILAH TEMPAT DIMANA IANYA DI BUAT....SEDAPPPPPPP
















BRAND APA TAK PAYAH CITE LA.....LIHAT DAN TENGOK SENDRI TAU LAH BRAND APA........

BERHENTI SEKETIKA UNTUK POLITIK.....KITA KE SUDUT SOSIAL YANG RASANYA PERLU SEMUA ORANG FAHAMI KENAPA PERLUNYA KEBERSIHAN....

DEMI DUIT RM 6000


Hahaha (gelak tak ikhlas). Lawak jugak kami dengan si Azwan Ali nie. Pelbagai alasan yang dikeluarkan untuk meng”cover” kejadian dia bertukar menjadi pondan ala-ala Ziana Zain di Johor Bahru baru-baru nie. Katanya takkan nak tolak rezeki RM6,000. Lagipun sekadar hiburan jer kan.
Memang saya kembali menjadi pondan tetapi in-character dan persembahan saya sebagai Ziana Zain dengan lagu ‘Syurga Di Hati Kita’ telah dibayar sebanyak RM6 ribu. Saya tidak boleh menolak rezeki Allah dan satu ballroom itu tahu dan menerima karektor saya sebagai hiburan semata-mata.
Kami ingatkan sejak balik umrah hari tue dah insap betul-betul. Tapi bila kitorang tengok gambar-gambar pondan Azwan Ali nie, nampak gayanya tak la berapa nak insaf sangat. Sesungguhnya kesemua manusia di dunia nie kalau nampak duit memang gelap mata.

PRK Hulu S’ngor : Palanivel hampir pasti dicalonkan, Umno terus gigit jari?

PRK Hulu S’ngor : Palanivel hampir pasti dicalonkan, Umno terus gigit jari?

Oleh Masdar Wahid Emel penulis ini

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel mengesahkan hanya namanya dicalonkan parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor untuk pertimbangan Perdana Menteri.

"Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di sini.

Difahamkan MIC sebelum ini menyenarai beberapa nama kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 25 April ini.

Palanivel, bekas wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum tewas pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, disebut-sebut mewakili BN di kawasan itu walaupun ada desakan supaya diketengahkan calon daripada Umno.

Ditanya adakah beliau bersedia memberikan laluan kepada calon Umno, pemimpin nombor dua MIC itu mengakui ada usaha melobi calon lain, namun perkara itu terpulang kepada keputusan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Penamaan calon ditetapkan 17 April ini.- BERNAMA

Majlis Raja-raja Perlu Campurtangan Penglibatan APCO

Majlis Raja-raja Perlu Campurtangan Penglibatan APCO

Monday, 05 April 2010 11:16 AM Oleh Erapakatan

KUALA LUMPUR : Majlis Raja-Raja Melayu diminta campur tangan terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding kepada komunikasi negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini penting kerana dengan penyertaan syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, boleh meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya.

“Selain menubuhkan Suruhanjaya Diraja, Majlis Raja-Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara dan Islam, selain keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, adalah mustahil maklumat negara tidak bocor kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.

“Sebelum ini, sebuah syarikat komunikasi antarabangsa pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara sedemikian berulang di Malaysia,” katanya.

Mahfuz berkata, kemungkinan kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik kepada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

“Kalau tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco dapat memberi nasihat. Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara terdedah kepada pihak luar,” katanya.

Menurutnya, keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia turut memperlihatkan UMNO sebagai tali barut Israel.

“UMNO tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat itu walaupun syarikat itu umumnya dikatakan sebagai pro Zionis Israel. Ini menyerlahkan UMNO adalah tali barut Yahudi kerana mereka tidak menyatakan pendiriannya,” katanya.

Mahfuz berkata, rakyat perlu diperjelas alasan kukuh kenapa syarikat itu yang menjadi pilihan, sedangkan masih banyak lagi syarikat perunding lain di dunia.

“Saya curiga kerana kerajaan melantik Apco secara tender eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin Zionis Israel antaranya bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman, Shimon Stein; bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat, Profesor Ittamar Rabinovich; anggota perisik di ISA, David Heral; serta proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, Elliott Abrams,” katanya.

Mahfuz turut mempertikai sama ada pelantikan Apco membabitkan individu tertentu di dalam kerajaan memandangkan ia bukan tender terbuka, tetapi dilantik khusus. -SH

Kongsi berita ini

NAK NAIK GAJI PERLU GULA-GULA

"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri” yang disiarkan Bernama TV.


"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.



He...He...He...NDAK GAJI?????????? SAPU DUIT RAKYAT BAGI PADA RAKYAT KEMBALI.DUIT PETRONAS KITA AMBIL BELI BARAG YANG BANYAK DAPAT KOMISYEN......

KATAK OH KATAK




Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
HE...HE...HE...ADA ORANG TAK MAHU KATAKKKKK

KENYATAAN PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP)

Coca-Cola: Pelaburan tidak baik untuk komuniti, kesihatan awam CAP



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.
Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.


Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.
Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.


Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.



Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.


Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.


Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.



Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.
Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.



Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.


SM Mohamed Idris,Presiden CAP


Reply to group Reply via web post Start a New TopicMessages in this topic (1)

UCAPAN TEKS PENUH PENJELASAN MENGENAI APCO....


MUKADIMAH

  • Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

  • Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

  • Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

  • Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

  • Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

    “Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”1

  • Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

    “APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”2

  • Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

  • Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

  • Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

  • Sebuah portal berita3 telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

  • Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

  • Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

  • Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

  • Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

  • APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

  • Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

  • Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

  • Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

  • Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

  • Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich4 untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

  • Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff5 hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

  • Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

  • Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

    “will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”6

  • Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.



APCO DAN MODUS OPERANDI

  • Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

  • Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

  • APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

  • Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

  • Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

  • Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

  • Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

  • Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

  • Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

  • Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

  • Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

  • Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

  • Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 20097 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

  • Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 19928. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera9 Negara Israel.

  • Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

  • Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

  • Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

  • Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide10 yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

  • Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

  • Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

  • Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

  • Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

  • Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

  • Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.


    REKOD APCO

  • Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

  • Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya11. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

    “Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

    Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

    This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links
    .”

  • Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

  • Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

  • Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

  • Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

  • Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s.12 Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

    Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

  • Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

  • Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

  • Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

  • Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

  • Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

  • Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

  • Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC13 General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

  • APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

  • Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

  • Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

  • Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

  • Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein14. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

  • Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

  • ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

  • Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.


RISIKO KEPADA NEGARA

  • Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

  • Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

  • Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.






*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan pihak tuan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:

    § 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

    § 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

    § Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

    § Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

    § Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

    § Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

    § Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

    § Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.

§ Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

TIDAK ADA PENCAPAIAN APA-APA OLEH DS NAJIB KATA TUN M........AHLI UMNO BAWAHAN NAK KATA APA?????

Abdul Aziz Mustapha
KUALA LUMPUR, 1 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tidak ada apa-apa pencapaian sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri."Bekas Perdana Menteri kata, sepanjang lima, enam tahun lalu, anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali."Ia bermakna, sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali," katanya.

Oleh kerana Umno sentiasa menisbahkan kejayaannya dengan pembangunan, kata Mahfuz, jika Dr Mahathir kata anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali sepanjang lima enam tahun lalu, ia bermakna tidak ada apa-apa pencapaian sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri. "Itu sahaja maknanya kerana Dr Mahathir tidak buat kenyataan yang berbelit-belit mengenai perkara itu. Sangat mudah difahami," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.Malaysian Insider 27 Mac memetik Dr Mahathir berkata: "Saya bimbang kerana sepanjang lima, enam tahun lalu, anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali."Pada masa yang sama anda boleh melihat tuduhan (satu sama lain) di kalangan pelbagai kaum.


Orang Melayu menuduh orang Cina, orang Cina menuduh orang India dan orang India menuduh orang Melayu".Bagi Mahfuz, Dr Mahathir bukan sahaja menyatakan tidak ada pertumbuhan negara sama sekali sepanjang Najib memerintah, malah beliau juga menggambarkan Najib tidak dipercayai oleh orang-orang Melayu.Menurut bekas Presiden Umno itu, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka."Apabila Dr Mahathir kata orang-orang Melayu tidak lagi mempercayai Umno, ia sekaligus bermakna orang-orang Melayu tidak mempercayai Najib dan para pemimpin Umno yang lain kerana Umno di bawah kepimpinan mereka," kata Mahfuz.

Beliau juga menyifatkan Najib membahayakan negara kerana beliau tidak mempunyai kebolehan untuk mempertimbangkan mana yang baik dan mana yang buruk untuk negara."Amat berbahaya kepada negara apabila Perdana Menterinya seperti dicucuk hidung dan menerima begitu sahaja cadangan supaya firma Zionis, Apco Worldwide bermaharajalela di dalam pentadbirannya," kata Mahfuz.Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat Yahudi itu sebagai perunding komunikasi itu.


TAPI LAIN DALAM BLOG PENYOKONG UMENO KATA....TENGOK DAN BACA DI BAWAH.....

DIPETIK DARI LAMAN WEB PEMUDA UMNO.SAMPAI TAK ADA SATU PUN CERITA ILMIAH YANG BOLEH MENYEDARKAN RAKYAT.PADA HAL RAKYAT DAH SAMPAI TAHAP CERDIK MENILAI SEMUA BERITA DAN KENYATAAN YANG ADA INI.PATUT LAH UMNO KALAH KERANA ADANYA ORANG SEPERTI INI.TAMBAHAN PULA YANG BERGELAR DOKTOR......KIAAAAQTUIIHHHHH...KALAU DI PULAU PINANG MEMANG TAK ADA APA-APA UNTUK KRONI DAN KETUA-KETUA AMK .MEMANG TAK SAMA DENGAN KETUA PEMUDA UMNO ATAU JAWATAN DALAM UMNO..TAPI KURANG-KURANGNYA BANTUAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT,MENGHARGAI WARGA EMAS WALAU SEDIKIT,ADA KETELUSAN DALAM PENTADBIRAN,TIDAK MENYALAHGUNAKAN DUIT MAJLIS AGAMA....ITU DIANGGAP SATU KEBAIKAN YANG RAKYAT DAH NAMPAK.

BILA KITA AJAK BERDEBAT, DIKOYAK KERTAS,TAK MAHU PULA PELAWA DIRI UNTUK HADIR BERDEBAT.INI MEMANG PERANGAI UMNO SEJAK DULU LAGI....KITA AKAN BAWA DR INI BERDEBAT DI PULAU PINANG.


Dr Novandri Hasan Basri- PECACAI UMNO BAYAN BARU.PATUT MELAYU PULAU PINANG MAJU-MAJU BELAKA KERANA ADANYA DOKTOR SEPERTI BELIAU....KAH...KAH...KAH.....PAKAT JUAI UMAH & TANAH BELI DI SEBERANG.........KERANA SEJAK 52 TAHUN DULU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH........



Tidak ada istimewanya parti Pakatan Rakyat walaupun sudah berumur dua tahun. Inilah ringkasan kepada perkahwinan songsang yang terdapat di dalam parti-pati politik yang bernaung di bawahnya.Akan tetapi, perkahwinan tersebut telah menyerlahkan kepincangan parti Pas yang tidur sekatil dengan seteru rapat mereka sejak dahulu lagi. Jika membuat perbandingan, parti Pas telah tewas di dalam menegakkan prinsip perjuangan mereka jika dibandingkan dengan parti DAP.Kepimpinan parti Pas telah mengecewakan ramai penyokong mereka dengan berganding bahu dengan satu parti yang tidak mungkin akan menyetujui perjuangan asas parti Pas. Pemimpin PAS selalu menggunakan ayat 'satu hari nanti hati mereka (DAP) akan terbuka' apabila ramai yang mempertingkaikan perkahwinan songsang tersebut……


Kamarulzaman Kamdias

CIFU Anwar. Mungkin gelaran ini lebih sopan dari Tagline “Can I F**k U”- Anwar. Memang layak pun Anwar digelar Cifu.

Dia adalah cifu dalam bidang :

1. Demonstrasi jalanan.

2. Pakar dalam melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang.

3. Pakar dalam kaedah menjatuhkan martabat saingan politiknya.

4. Pakar dalam kaedah menjatuhkan imej polis.

5. Pakar dalam mencacatkan institusi kehakiman pada pandangan rakyat.

6. Pakar dalam memindahkan bidang kuasa kehakiman kepada kehakiman rakyat.

7. Pakar dalam melakukan manipulasi hukum perundangan.

8. Pakar dalam mengalih pandangan rakyat terhadap kesalahan jenayah yang dilakukannya. Rakyat akan menyalahkan semua institusi kerajaan dan pihak yang membuat tuduhan apabila berlaku sebarang kepincangan pada batang tubuhnya.

9. Pakar dalam meraih simpati walaupun kali ni tak berapa menjadi seperti kes CIFU 1998.

10. Pakar dalam mendapatkan sokongan moral isteri dan anak-anak walaupun hati si isteri tak tahulah macam mana remuk redamnya.

11. Pakar dalam menimbulkan prasangka buruk rakyat terhadap sebarang langkah yang diambil kerajaan.

12. Pendek kata, kalau ada bau kentut dalam kelompok yang Anwar ada, bolehlah kita keluarkan dia awal-awal dari senarai mereka-mereka yang disyaki terkentut.. sebab semua orang akan kata mana mungkin kentut Anwar berbau..

CIFU memang layak jadi hak milik intelektual @Anwar. Siapa yang pandai-pandai guna perkataan CIFU, Anwar boleh saman.

Dipetik Dari Blog kkamdias.blogspot

SMS dan Video Lucah, apa kata menteri ?

Thursday, Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : “Hi, saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! sila hantar mesej HW ke **********(nombor penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan). Notice! Hanya untuk umur 18 ke atas sahaja.”

Itu merupakan kata-kata promosi agar pengguna telefon bimbit melanggan perkhidmatan lucah yang disediakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang kini berleluasa kembali.

Tindakan golongan tidak bertanggungjawab ini lebih berani apabila mereka mengirim SMS promosi menggunakan nombor telefon bimbit yang tertera dengan jelas.

Golongan tersebut ternyata hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata menerusi kegiatan yang tidak sihat sedemikian.

Jawapan Menteri

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata, tindakan tidak senonoh itu sememangnya bertentangan dengan undang-undang negara.

“Namun, tidak banyak yang dapat kita dilakukan untuk menandangi perkara yang kian berleluasa itu.

“Setiap penerima SMS seperti itu dinasihati untuk tidak mengendahkan SMS tersebut,” katanya

Beliau menasihati para penerima SMS berkenaan untuk membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mereka langgani.

Bagaimanapun, menurutnya untuk mengesan dalang di sebaliknya bukan semudah yang disangkakan.

“Lazimnya, agak susah untuk mengesan mereka kerana mereka berkemungkinan bukan berada di dalam negara,” katanya.

Berikut pula ialah kenyataan Pembantu Ketua Setiausaha Kepenggunaan berhubung fenomena itu di laman berita berbahasa inggeris.

Asked about the issue, Domestic Trade, Co-operative and Consumerism (Consumerism and Administration) deputy chief secretary Mahani Tan Abdullah said consumers who subscribe to the service do it of their own choice.

She said 'moral policing' is not possible and it is difficult to monitor the sales and purchase of such services via handphones, and, for that matter, also through the internet.

She said the matter comes under the purview of the Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC).

She added, however, that education from a young age and parental guidance is very important to prevent widespread viewing of such videos.

Asked if the Consumer Tribunal as well as the telcos and system providers are able to do anything about it, Mahani said there is nothing that the tribunal can do since the telcos have not committed any wrongdoing.

"They (the telcos) only provide the highway, they cannot be held responsible although they could bar users (content providers) who abuse the facility.

Pelajar Wanita Keragih

Beberapa minggu lalu, gara-gara gilakan koleksi klip video lucah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Jerteh sanggup menjadi dalang berpakat membenarkan rakan mereka untuk memecah rumah keluarga sendiri!

Puncanya kerana tidak mampu melunaskan hutang membeli klip video itu yang berjumlah kira-kira RM1,000.

Lebih mengejutkan, kedua-dua pembekal klip video lucah itu juga merupakan pelajar perempuan.

Pada 4 Mac lalu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap sebuah premis jualan telefon bimbit di Pulau Pinang yang didakwanya membenarkan kegiatan penjualan video lucah.

Anggota Lembaga UNGGAS Mohd Hafiz Nordin mendakwa lambakan video lucah tempatan dan luar negara semakin menjadi trend dan ia memberi kesan terutama masalah sosial kepada masyarakat khususnya remaja.

“Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah… video lucah dijual dengan harga berpatutan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual video pornografi termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka

Difahamkan, antara kaedah mereka ialah bekerjasama dengan kedai yang menjual isian semula dengan mengarahkan pembeli menulis nombor telefon mereka di kedai tersebut yang biasanya menjual antara RM3 hingga RM 10 melalui Sistem

PERNAHKAH ANDA MENDENGAR UNIVERSITI LAIN DI SAMAN SEBEGINI?????

Syarikat IT saman UiTM RM32.4 juta

01/04/2010 6:41pm

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat yang mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM32.4 juta kerana perlanggaran kontrak oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung perkhidmatan sistem permohonan kemasukan penuntut secara dalam talian, hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu.

Trius Computers Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Trius Computer mendakwa pihaknya telah dilantik oleh UiTM bagi membangunkan satu sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian bertarikh 15 Jan 2004.

Plaintif mendakwa sistem itu bertujuan memproses sistem permohonan kemasukan penuntut di peringkat Sijil, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ph.D serta kursus-kursus profesional yang ditawarkan oleh defendan.

Trius Computer mendakwa rentetan daripada perjanjian itu pihaknya telah bersetuju untuk menjadi perunding dan membangun serta mengendalikan sistem permohonan kemasukan secara dalam talian itu bagi pihak UiTM selama 15 tahun bermula 21 Ogos 2001 sehingga 20 Ogos 2016.

Bagaimanapun plaintif mendakwa, pada 7 Mac lepas, UiTM didapati telah mengiklankan dalam akhbar Mingguan Malaysia berkaitan Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Sesi Julai 2010 melalui alamat laman web http://www.online.uitm.edu.my dan tindakan universiti itu didakwa telah melanggar perjanjian mereka kerana alamat laman web yang diiklankan bukanlah seperti yang dikendalikan oleh plaintif iaitu http://www.uitmonline.edu.my.

Trius Computer mendakwa tindakan UiTM mengiklankan alamat laman web yang lain selain daripada apa yang dijalankan oleh plaintif telah secara tersiratnya menunjukkan bahawa universiti itu telah menamatkan perjanjian mereka. - Bernama

INI BERMAKNA BERLAKU KETIDAKCEKAPAN DALAM PENGURUSANNYA.

BERCAKAPLAH KEPADA KU

Pada March 11 yang lalu , beliau ditangkap di apartmennya di tempat letak kenderaan Segambut. Polis membawanya ke apartemen yang disewa di Kepong, dan setelah masuk, mendakwa bahawa di tempat tinggal, ia mempunyai 800grams kokain, dan 140grams Methamphetamine, dan menuduhnya memroses dan perdagangan, menempatkan dia di bawah risiko dibebankan dalam akta dadah merbahaya 39b, yang membawa hukuman mati. Pada 12 Mac dia reman selama 7 hari.



Ketika orangtuaku bertanya apakah kita boleh mengupah seorang peguam, seorang pegawai penyiasat berkata kepada kami "Tidak perlu". Pada March 17, selepas keluarga kami menunggu lebih daripada satu jam, kami dibenarkan untuk melihat dia untuk pertama kalinya, di bawah penyeliaan. Kemudian ibuku bertanya apakah kita perlu mendapatkan dia seorang peguam, lnamun pegawai penyiasat berkata lagi bahawa ianya tidak perlu, kerana perkara ini tidak boleh di buat apa –apa kerana seorang peguam pun tidak akan dapat membantu dan membuang duit. cadangkan itu, mendakwa "Peguam tak boleh buat apa-apa sekarang. Buang duit je. (Peguam tidak boleh berbuat apa-apa sekarang. Ini hanya membuang-buang wang).


Pada March 18, dari penahanannya di lanjutkan lagi 7 hari. Hakim bertanya mengapa tidak ada peguam yang mewakili untuknya, dan adakah ia sedar ia mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat daripada pilihannya. Jawabnya "Tidak" Karenanya, ia meminta untuk satu pilihan iaitu seorang peguam , dan hanya sembilan jam kemudian, pegawai penyiasat tadi memberitahu ibuku, yang mana seorang peguam mewakili ku Hamzah Amer Arshad.


Tetapi pada hari berikutnya, polis menggunakan kuasa Eksekutif mereka di bawah Seksyen 28A yang mana haknya untuk meminta nasihat. Semua permintaan yang dilakukan oleh peguam kami untuk mengunjunginya ditolak. Hanya selepas kami mengeluh kepada Suhakam, apakah polis membenarkan peguam kami mengunjunginya ,itu pun selama 15 minit sahaja. Pasa March 25th, beliau dibawa ke mahkamah, dan didakwa dalam Bahagian 12 (2) untuk pemilikan 0.24grams daripada metaphetamin di Segambut l.


Tidak ada polis menyatakan bahawa mereka ditemui di Kepong tempat dimana kokain dan shabu yang "sudah dikemas menjadi diedarkan ", atau yang disebut" pengolahan kokain mini-lab "itu dibawa ke mahkamah. Beliau dibebaskan dengan jaminan. Satu tarikh sebut kes ditetapkan. Dia begitu gembira dengan itu dibebaskan, dan melihat anaknya yang berusia 4 tahun. Tetapi ketika ia menandatangani surat-surat pembebasannya,seorang yang berpakaian preman menunggu di luar . Baru dua langkah selepas dia keluar daripada jaminan jabatan, tanpa penjelasan, mereka kembali menangkapnya. Amer peguam yang mewakili beliau itu menahan daripada beliau di tangkap semula dan bertanyakan akan identity mereka yang menangkapnya .Selepas berulangkali mendesak akhirnya kad kuasa di tunjukkan



Namun, tidak ada penjelasan yang diberikan kepada keluarga. Kami hanya diperintahkan untuk pergi ke balai polis dan bercakap kepada Inspektor Kang.Orang Itu sama dengan orang yang mengaku dan menangkap saudara saya yang mempunyai kokain. . Dia tidak pernah melihat kami, ia "dalam mesyuarat." Dia tidak terlalu sibuk untuk memberi pernyataan , tetapi tidak sedia untuk melihat kami. Kami diberitahu oleh IO baru untuk kes ini, dan DSP (orang yang menolak menandatangani surat-surat adikku hak untuk nasihat) bahawa mereka yang menahan dia selama 60 hari di bawah Tindakan Pencegahan Terperinci Act (LPK), selepas itu, mereka boleh lebih lanjut menahannya selama 2 tahun jika dinyatakan bersalah. Bersalah mengikut MEREKA.


Untuk di bawah undang-undang ini, ini adalah penahanan tanpa mahkamah, seperti Internal Security Act. Setiap maklumat dikumpul daripada "saksi" dan "penyiasatan" akan pernah di perkatakan,diucapkan oleh peguamnya atau dimahkamah diungkapkan untuk dia atau pengacaranya, atau mahkamah. Dia juga tidak akan dapat mempertahankan diri terhadap tuduhan. Pada March 25th, saudaraku, Ben, adalah menafikan hak-hak berperlembagaan. Selama 2 minggu, keluarga kami seolah-olah berada dalam neraka. Tidur malami, Ben sudah mengalami serangan asma selepas polis terlambat dalam memperoleh ubat yang diminta selama 3 hari, mama menderita sakit dada dan kehilangan suaranya.


Kami merasa semua itu sia-sia. Tapi sekarang, mimpi buruk yang baru telah bermula. Adakah atau tidak Ben bersalah, tidak boleh untuk Polis untuk memutuskan. Jika mereka SUDAH punya bukti untuk mengukuhkan kembali surat perintah penangkapan, mengapa itu tidak diajukan kepada mahkamah? Mengapa Ben tidak diberikan kesempatan untuk membela diri? Bagaimanakah kita mengetahui ketulenan ini begitu memanggil saksi dan pernyataan mereka? Dalam tindakan ini, saya hanya bisa ditangkap untuk setiap kejahatan ubat pelanggaran polis menuduh saya, sebab mereka boleh mendakwa mereka maklumat yang cukup (bahkan jika mereka mempunyai apa-apa) dan menahan aku. Selama 60 hari, selama 2 tahun, dan bahkan memperpanjang selepas. Bekerja seperti ini dan ISA adalah ikeenaran untuk penahanan sewenang-wenangnya dan penahanan dimana sahaja dan sesiapa sahaja yang dikatakan melanggari dan mengamcam negara.


Amer, keluarga saya dan kami semua tidak akan berhenti di sini . Kami akan berjuang untuk Ben. Kita akan berbicara untuk semua orang-orang yang ditahan sebelum kita, yang selanjutnya akan dibungkam. Tapi kita memerlukan bantuan anda. Dengan cara apapun sama sekali, membantu kita memerangi hal ini. ini, menulis di blog anda, menulis surat kepada wakil tempatan anda, untuk kita surat khabar, dan bersama-sama kita akan menggunakan suara kita, seni kita, ruangan kita, untuk berdiri bukan hanya untuk Ben, tetapi untuk semua hak-hak kita. Kebebasan adalah hak Perlembagaan. Saatnya untuk mengambilnya kembali. -- Jika anda tidak dapat mengekspresikan diri anda sudah balik jeruji - Mbana Kaitako

TAKUTNYA UMNO PADA KAKITANGAN AWAM

TEKS DAN KENYATAAN OLEH: MAT SERBU





KUALA LUMPUR, 31 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa kakitangan kerajaan diwajibkan menyertai program Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan menjadi syarat kenaikan pangkat oleh kakitangan kerajaan.


Sedangkan, menurutnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, BTN merupakan alat doktrinisasi Umno yang sememangnya bertentangan dengan semangat 1Malaysia, yang mengiktiraf status semua kaum.


Disebabkan itu, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menjelaskan sebab musabab kerajaan menguatkuasa kewajipan tersebut.
Menjawab soal itu dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Dr Koh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun meneliti silibus BTN.


Daripada penelitian Najib, beliau yang juga Presiden Gerakan berkata, sekiranya terdapat kelemahan seperti yang didakwa oleh Lim, maka kerajaan akan memperbaiki silibus tersebut supaya selari dengan wawasan 1Malaysia.


BUKAN ITU SAHAJA.DI PULAU PINANG, TAKUTNYA UMNO HINGGA SEDANG MENGUMPULKAN KAUM PENDIDIK YANG DIKATAKAN MENYOKONG PAKATAN RAKYAT.SEMAKIN BANYAK YANG DI TUKARKAN SEMAKIN BANYAK JUGA CAWANGAN DAN KEMPEN YANG AKAN DI JALANKAN.

NAMUN YANG MEROSAKKAN DAN YANG KERAP PONTENG KERJA BUKAN AHLI PAKATAN.TETAPI KETUA PEMUDA YANG MENJADI GURU.ANTARANYA CIKGU HASBUL YANG DI KATAKAN KETUA PEMUDA UMNO TASEK GELUGOR.

DAN BENGONGNYA PEMUDA UMNO TASEK GELUGOR MEMILIH ORANG KELANTAN MENJADI KETUA PEMUDA. DI KELANTAN SEDNIRI PUN ORANG TOLAK UMNO, MACAMANA AMBIK ORANG KELANTAN JADI KETUA PEMUDA UMNO.

Ada wartawan sanggup ditiduri untuk dapat slot di televisyen


Ada wartawan sanggup ditiduri untuk dapat slot di televisyen

5:31 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Ada wartawan, pengamal media yang sanggup ditiduri pihak tertentu semata-mata mahu mendapatkan tempat di dalam slot rancangan televisyen, kata bekas wartawan penyiaran, Rosli Nordin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat umum sebelum ini yang menyatakan bahawa kumpulan wartawan penyiaran, media elektronik lebih popular berbanding kewartawanan akhbar dan media cetak.

"Ada kes-kes seperti itu berlaku. Dan, saya harap sikap-sikap seperti itu tidak perlu wujud hanya kerana mahu muncul di televisyen," kata beliau ketika menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar media Universiti Malaya, sempena Career Talk Minggu Media di sini, hari ini.

Rosli yang pernah menggondol beberapa anugerah hasil laporannya sebelum ini berkata, apa yang penting adalah akal yang bijaksana untuk menyusun laporan-laporan yang menarik minat pembaca dan penonton.

"Memang ada kes sebegitu sehingga mereka sanggup tidur dengan pihak tertentu agar mendapatkan program televisyen. Ramai yang nak jadi wartawan penyiaran kerana kerjaya itu menyebabkan mereka lebih popular.

"Tapi, sebenarnya, kalau kita tiada akal, kewarasan, kredibiliti, maka hal itu tiada gunanya. Sekarang, pelajar media perlu buang sikap rendah diri itu. Ada yang rasa saya tak cantik, jadi tak sesuai jadi wartawan penyiaran," kata beliau lagi.

Dalam hal ini, Rosli berkata, pelajar media perlu mencontohi watak pengamal media seperti Oprah Winfrey yang popular melalui rancangan bual bicara yang beliau kendalikan.

"Adakah dia (Oprah Gail Winfrey) itu cantik? Dia pernah masuk ratu cantik di kawasannya, malah dia pernah dirogol, tetapi siapa dia sekarang?

"Berapa banyak duit yang dia buat sekarang? Oprah Winfrey juga pada asalnya adalah seorang wartawan. Tapi, beliau memiliki kepintaran dan akal. Dengan sebab itu, dia berjaya," kata beliau lagi.

SEHARI BERSAMA YB SALLEHMAN





SEHARI BERSAMA YB SALLEHMAN.

OLEH; Amiruddin Ahmad

Permatang Pasir-Baru-baru ini saya sempat bersama dengan YB Salleh Bin Man atau di kenali sebagai YB Salehman .Beliau membawa saya meninjau aktiviti seharian beliau dan kerja-kerja yang beliau laksanakan sebagai YB Permatang Pasir dan satu-satunya wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Di awal pagi, beliau bergegas ke pejabat Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di mana beliau membawa beberapa permohonan biasiswa dari pemohon yang berkelayakkan untuk memmohon bantuan pendidikan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan juga PUZ bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.Beliau juga sempat bertemu dengan beberapa orang pekerja dan juga beramah mesra dengan mereka.

Dari Jabatan Agama Islam negeri, beliau ke pejabat di Majlis agama Islam negeri , meneliti beberapa permohonan, kebetulan dalam lawatan beliau ke pejabat Majlis Agama di Tingkat 8 , Jalan Mc Alister Pualau Pinang, beliau dikunjungi oleh seorang pemuda dan juga bapa saudaranya untuk memohon derma dan kebenaran mengutuip derma bagi merawat sakit jantung yang beliau alami . Ini adalah kerana YB Sallehman terlibat secara langsung dangan hal ehwal masjid sebanyak 200 buah di Pulau Pinnag yang memerlukan pandangan dan perhatian beliau.Batuan dan kebenaran ini kemudiannya di bincangkan dengan YDP majlis Agama Islam Pulau Pinang .Beliau berjanji akan membantu dengan seberapa segera bagi hamba Allah yang memerlukan bagi mengubati jantungnya

.

Dari Majlis agama islam pula YB Salleh Man ke Taman Tun Saadon ,beliau melawat masjid Al Taqwa , dimana ada aduan mengenai tanah runtuh dan membahayakan masjid. Beliau bergegas ke sana untuk melihat perkembangan yang berlaku dan bagaimana tindakan segera yang dapat di laksanakan bagi mengatasi masaalah yang berkemungkinannya bakal di hadapi.

Di sebelah petang pula, selepas selesai beliau ke kawasan beliau di

kampong Pelet , dimana upacara menyerahkan jersi bolasepak dan juga jersi sepaktakrawa ,bola,dan juga bolasepaktakraw serta gelanggang yang di bina semula untuk kepentingan golongan muda dalam acara sukan. Majlis menyampaikan bantuan ini di berikan kepada pemuda Kampong Pelet dan juga pemuda kampong Kubang Semang. Majlis penyerahan ini di lakukan di gelanggang sepaktakraw di kampong Pelet.

Sesungguhnya peranan belliau dalam menjalankan aktiviti ketika saya mengikutinya amat memenatkan. Tahniah YB kerana dapat menjalankan tugas walau pun ada amat memenatkan , namun ketekunan itu amat penting sebagai seorang wakil rakyat yang mana dapat di laksanakan dengan sempurna. Menurut YB Sallehman.bukan setakat siang ini sahaja , namun ianya akan membawa sehigga ke malam jika ada pula berita kematian dari anak qaryiah atau kecemasan lain yang memerlukan khidmat Yang Berkhidmat.