Posted By: Redzuan WRLR Mediaon:
SYARAT WAJIB UNDI: MOU PH – KERAJAAN JUGA ADA SYARAT SAMA

Syarat wajib undi: MoU PH – Kerajaan juga ada syarat sama
on:
Syarat mewajibkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengundi menyokong usul Undi Percaya, Belanjawan dan seumpamanya dalam Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan dipolemikkan oleh PN kononnya negara menuju kediktatoran
Bagi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, sikap mempertikai PN itu amat pelik kerana syarat yang sama juga wujud dalam Memorandum Kerjasama (MoU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada September 2021 lalu.
Katanya PN harus mencabar MoU tersebut, membuat laporan polis atau mengisytiharkannya sebagai berunsur diktator kerana Ahli Parlimen PH ketika itu tiada pilihan lain dalam mengundi Belanjawan 2022.
Bagaimanapun, kata Fahmi, pada waktu itu PN berada dalam Kerajaan dan mereka mendapat keuntungan daripada MoU tersebut.
“Semalam mula lah siri serangan PN yang sering pertikai usaha Kerajaan Perpaduan Malaysia.
“Serangan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Mas Ermieyati.
“Kedua-duanya menabur hujah ‘diktator’ atau ‘tak sah’ terhadap memorandum persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Sedangkan pertikaian mereka ini adalah kemunafikan politik.
“Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila PH menandatangani MoU dengan Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob? Klausa 3a MoU berkata PH mesti sokong Bajet 2022 – bermaksud Ahli-Ahli Parlimen PH tiada pilihan. Itu tak dikira diktator?” tanyanya.
Dalam hal kestabilan negara, kata Fahmi, PH lebih matang berpolitik kerana mengenepikan politik kepartian demi mengelakkan Malaysia terus terumbang ambing.
Fahmi juga secara khusus mempersoalkan Mas Ermieyati yang ketika itu menjawat timbalan menteri tetapi tidak mengkritik tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenakan syarat kepada PH.
“Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu?
“Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin.
“Sebenarnya MoU Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani pada 16 Disember 2022 adalah langkah yang tepat lagi bijak dan menunjukkan pimpinan faham apa yang mesti diusahakan demi mewujudkan kestabilan.
“Bezanya kali ini, PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah – GRS, Warisan, dan parti-parti yang menjunjung kasih ke atas titah nasihat DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mahu perjanjian ini dibuat secara terbuka, dengan suci hati, dan di mana segala isi kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat,” katanya.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan adalah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan pasca Parlimen tergantung, supaya kerajaan boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama dalam isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.
Justeru, beliau menyeru agar pembangkang move on dan ketepikan politik kepartian untuk sama sama menabur khidmat bakti kepada rakyat yang masih tertekan dengan suasana ekonomi dan kos kehidupan.
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN JAMIN KESTABILAN NEGARA

Perjanjian persefahaman jamin kestabilan negara
Pembangkang yang baik tidak akan mempertikaikan semua perkara tetapi hanya mengkritik isu isu yang berkaitan kemaslahatan hidup rakyat.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tindakan PN yang mempertikaikan semua perkara termasuk Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang tiada kena mengena dengan mereka amatlah tidak wajar.
“Sejak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 kerja PN ialah pertikai semua perkara. Idea baru tak ada. Rancangan tangani kemunduran di negeri mereka menang tak ada. Rancangan ekonomi tak ada. Kerjanya pertikai.
“Yang di-Pertuan Agong titah bentuk Kerajaan Perpaduan mereka pertikai. Ahli Parlimen beri sokongan mencukupi kepada PH dalam Kerajaan Perpaduan mereka pertikai.
“Yang terbaru mereka pertikai bila ada perjanjian kerjasama antara parti membentuk Kerajaan Perpaduan. Kata mereka ini satu bentuk diktator,” kata Rafizi dalam satu siaran media.
Menurut Ahli Parlimen Pandan, perjanjian yang didraf antaranya oleh beliau dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen itu amat perlu diwujudkan untuk menyelamatkan negara daripada menjadi mangsa ‘katak politik’. Budaya menggunakan katak politik membentuk kerajaan, kata Rafizi, dimulakan Muhyiddin dan Hj Hadi semasa Langkah Sheraton pada 2020 lalu.
Katanya, akta anti lompat parti yang telah berkuatkuasa sejak Oktober 2022 juga tidak mengajar PN untuk bersikap wajar dan tetap cuba ‘membawa lari’ 10 Ahli Parlimen Umno sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan tanpa berunding dengan presiden parti tersebut.
“Jika ini berlaku maka negara akan terus menjadi kucar kacir kerana negara dibentuk atas sokongan peribadi Ahli Parlimen, bukannya dari persetujuan parti parti. Ini menyebabkan berlaku tawar menawar dan saling jatuh menjatuh untuk mendapat jawatan.
“Sebab itu kita mengambil pendirian untuk menstabilkan politik negara dan kita perlu kestabilan itu untuk membaiki keadaan ekonomi negara
“Sebarang pembentukan kerajaan mestilah di antara sesama parti parti, bukannya di antara Ahli Parlimen perseorangan seperti Azmin buat dahulu
“Bila ada perjanjian seperi ini maka penyertaan di dalam Kerajaan Perpaduan telah menjadi dasar dan pendirian parti tersebut,” katanya.
Jelas Rafizi lagi, matlamat utama perjanjian bukan soal lompat parti kerana pemimpin yang membentuk kerajaan yakin dengan penyertaan parti parti sehingga wujud sokongan 2/3 di Dewan Rakyat yang membayangkan tidak ada ancaman kepada keabsahan kerajaan.
“Tetapi yang lebih penting kita mahu menetapkan dasar dasar yang mengikat semua parti bergabung dalam kerajaan, sebab kita tahu kita datang dari parti berlainan. Latar belakang berlainan dan kumpulan sokongan berlainan untuk satu jangka masa yang panjang (dahulu), kami lawan politik,” katanya.
Rafizi juga tidak puas hati kerana PN telalu banyak membangkitkan isu isu negatif mengenai perjanjian itu sedangkan banyak perkara positif mengenainya tidak didedahkan.
“Sebenarnya dalam 18 perkara, bahagian 3 yang paling penting, iaitu matlamat yang memperincikan pendirian kerajaan yang menjadi landasan program.
“Bahagian menyentuh Raja Melayu, kedudukan Melayu/Bumiputera mengikut Perlembagaan, soal bahasa Melayu. Ada juga bahagian kebebasan dan hak, bentuk masyarakat yang kita mahukan, gambaran ekonomi mapan yang kita mahu bina, contoh upah sepadan dengan kelayakan dan pengalaman, bantuan diberi tanpa mengira latar belakang kaum dan tempat
“Ada komitmen kedudukan Sabah dan Sarawak dalam MA63, ada juga komitmen mengenai kumpulan khusus wanita anak muda, Orang Asli dan lain lain.
“Dengan adanya 18 perkara ini kami berlaku telus dan membentangkannya kepada rakyat,” kata Rafizi lagi.
PERJANJIAN KERAJAAN PERPADUAN BUKAN KEDIKTATORAN

Perjanjian Kerajaan Perpaduan bukan kediktatoran
Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam antara PH, BN, GPS, GRS dan Warisan tidak mempunyai unsur unsur kediktatoran.
Menurut mantan Senator Dewan Negara, Yusmadi Yusoff, pendapat bekas Menteri Undang undang, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bahawa perjanjian tersebut bersifat diktator adalah meleset sama sekali.
Katanya, kediktatoran lebih kepada upaya seseorang ketua menekan keputusannya kepada sesuatu kumpulan dan tidak membenarkan sebarang perundingan.
“Kediktatoran apabila seorang itu membuat keputusan dengan sendiriannya tanpa melalui proses musyawarah atau perbincangan, dan keputusan tersebut ditekan terhadap pengikutnya, atau mereka yang merupakan subjek dalam konteks yang luas ialah rakyat
“Apa yang berlaku dalam MoU ini saya lihat hal itu dibuat secara terbuka di antara ketua ketua parti dan juga mewakili gabungan masing masing yang mana ia dibincang secara terbuka dan akhirnya dimeterai melalui satu perjanjian bertulis.
“Malah perjanjian itu diedarkan secara terbuka dan tular di media sosial. Apa yang berlaku ini bagi saya satu contoh amalan demokrasi yang mana ianya dibuat dengan cara yang amat teratur,” katanya dalam satu siaran media.
Malah ulas Yusmadi, beliau difahamkan perjanjian tersebut disusun dan didraf dengan nasihat undang undang yang tepat dan berwibawa.
“Saya percaya pimpinan kanan, baik gabungan PH, BN, GPS dan GRS mereka juga mendapat nasihat guaman yang tepat untuk menandatangani perjanjian.
“Yang menariknya Datuk Seri Anwar memberi peluang kepada ketua koalisi menyatakan pandangan mereka secara terbuka,” katanya
Menjawab tuduhan perjanjian tersebut mengandungi unsur jenayah sebagaimana didakwa oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Yusmadi tidak melihat mana mana peruntukan undang undang boleh disesuaikan dengan dakwaan berkenaan.
Katanya jenayah bermula dengan niat. Jika dilihat niat perjanjian tersebut adalah untuk melaksanakan satu titah Yang di-Pertuan Agong agar merencanakan satu perkara membentuk kerajaan yang stabil dan dapat membawa Malaysia ke tahap lebih baik. Hal itu tidak boleh dinisbahkan kepada jenayah.
Beliau juga tidak melihat seksyen 124 yang mengadaikan jika terdapat sesiapa yang punyai niat jahat melakukan satu keadaan yang boleh memaksa Ahli Parlimen atau ADUN atau Exco, dilakukan secara yang bertentangan undang undang telah terwujud dalam perjalanan melaksanakan perjanjian tersebut.
“Andainya ia boleh terjumlah ke seksyen 124, bagi saya ia andaian yang meleset.
“Malah rakyat perlu bebangga dengan panduan yang telah ditunjukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar bermulalah satu pendekatan demokrasi sangat telus dan tidak menggunakan pendekatan mencurigakan, dan saya percaya ini sesuatu yang perlu diraikan,” katanya.
Beliau juga mengingatkan demokrasi di Malaysia adalah secara berperwakilan dan bukannya demokrasi langsung yang boleh memilih presiden di peti undi. Demokrasi berperwakilan membenarkan parti politik yang dianggotai wakil wakil rakyat melakukan sebarang perjanjian untuk membentuk kerajaan.
AMARAN KERAS KEPADA PN – JANGAN GANGGU ANWAR TADBIR NEGARA SEHINGGA 2027!!
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenangi usul undi percaya di Parlimen melalui undian suara yang jelas lebih nyaring kedengaran bersetuju berbanding tidak setuju.
Dengan keadaan tersebut, kerajaan perpaduan pimpinan Pengerusi PH itu kini sah mempunyai sokongan majoriti yang mutlak, bukan setakat disokong oleh dua pertiga daripada Ahli-Ahli Parlimen, malah lebih daripada itu lagi.
Ini kerana, tidak mustahil ada daripada kalangan 74 Ahli Parlimen PN yang dikenali sebagai blok pembangkang turut sama bersuara bersetuju memberi sokongan dalam undian suara yang dijalankan itu.
Malah, undi secara undian suara yang langsung tidak dibantah oleh blok pembangkang yang bukan saja memberi petunjuk mereka tidak yakin menang jika undi belah bahagi atau undi sulit dijalanlan, malah turut memberi gambaran Anwar sebagai Perdana Menteri memang memiliki sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada parti-parti yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.
Kali terakhir kerajaan mempunyai sokongan dua pertiga di Parlimen ialah pada tahun 2004 di mana Tun Abdullah Badawi ketika itu berjaya memenangi PRU11 dengan jumlah kemenangan sebanyak 198 kerusi Parlimen.
Tetapi, apabila BN mula hilang majoriti dua pertiga pada PRU tahun 2008 kemudiannya dengan hanya memenangi 140 kerusi, sejak itu tiada mana-mana kerajaan lagi berjaya melepasi garisan tersebut.
Melalui undian suara yang tidak dibantah itu dan boleh ditafsirkan lebih besar daripada dua pertiga itu, keabsahan dan keraguan terhadap kerajaan diterajui Anwar kini tidak timbul lagi.
Dalam masa yang sama, dengan memilih bersetuju dengan undian suara dan sebelum itu Shahidan Kassim turut menyarankan agar PN tidak melibatkan diri dalam pengundian atas alasan kerajaan sudah pun terbentuk dengan perkenan Yang Dipertuan Agong, PN dengan sendirinya dapat menyelamatkan air mukanya daripada menerima malu buat kali kedua.
Dalam pemilihan Speaker Parlimen pada pagi tadi, Johari Abdul berjaya memenangi jawatan tersebut dengan memperolehi 147 undi berbanding Radzi Sheikh Ahmad sebanyak 74 undi.
Kalau undian sulit atau belah bahagi dijalankan dalam usul percaya, Anwar dijangka akan memperolehi 148 undi setelah pada sebelah pagi, Ahli Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib yang dipercayai kurang sihat telah terlewat sampai ke Parlimen, lalu terlepas untuk mengundi.
Jika tidak, dua kalilah jadinya PN tewas dalam pengundian yang kekalahan mereka itu bukan saja disaksikan manusia di bumi, tetapi juga malaikat di langit.
Dengan sokongan dan keabsahan majoriti yang dimiliki Anwar selaku Perdana Menteri melalui usul percaya itu, beliau kini berhak memimpin kerajaan perpaduan tanpa gangguan sehingga PRU16 pada tahun 2027 akan datang.
Blok pembangkang jangan lagi cuba-cuba mahu mempertikaikan sokongan yang dimilikinya, lebih terlarang jika ada niat mahu memanjat dinding untuk menebuk atap bagi meruntuhkan kerajaan.
Anwar bersama kerajaan dan barisan menteri yang dilantiknya hendaklah diberi ruang memimpin negara sebaik mungkin dengan fokus utama memulihkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Blok pembangkang dengan Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang haruslah fokus membina diri menjadi pembangkang yang berwibawa dengan tujuan melakukan semak dan imbang serta membawa suara suara rakyat ke pentas Parlimen untuk dibela melalui batas-batas sedia ada.
Bermain politik untuk jatuh menjatuh dan menukar kerajaan wajib disimpan dengan diikat ketat di dalam almari buat sementara waktu.
Kalau mahu menukar kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri selepas ini, medan yang tersedia ialah PRU16 pada tahun 2027 nanti.
Sebelum tahun 2027, adalah haram mengganggu dan menggugat kedudukan Anwar bersama kerajaannnya yang setelah diperkenankan pembentukannya oleh Yang Dipertuan Agong, kini secara rasmi telah dimutlakkan keabsahan majoritinya melebihi dua pertiga di Parlimen yang mulia. – ShahbudinHusin 19/12/2022.
Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke-10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini.
Usul undi percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan kemudian dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.
Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga ketua pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.
Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Ronald Kiandee (PN-Beluran), Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Rafizi Ramli (PH-Pandan), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Shahidan Kassim (PN-Arau), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).
Usul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar dari PH, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov, mendapat sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.
Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah seramai 148 orang.
Ia merangkumi daripada PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 2, PBM 1, dan Bebas 1 kerusi.
Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang merupakan blok pembangkang.
KEH..KEH...TAKIYUDDIN KENA KAW KAW : Macam mana jawab jika YB asyik berdiri? - Azalina
YB Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata hanya kerana YB adalah Ahli Parlimen pembangkang, tidak semestinya kerajaan tidak boleh mempertahankan diri.
Keabsahan Anwar sebagai PM terbukti
Keabsahan Anwar sebagai PM terbukti
NURUL HUDA HUSAIN
19 DEC 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama.
KUALA LUMPUR – Keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti apabila usul undi percaya terhadapnya diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat pada Isnin.
Keputusan itu juga membuktikan Ahli Parlimen Tambun itu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat.
ISYARAT KEMENANGAN ANWAR SEMAKIN JELAS LAGI NYATA
Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Parlimen yang baru menggantikan Azhar Azizan Harun.
Dalam undian sulit yang diadakan pagi ini, beliau memperolehi 147 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Radzi Sheikh Ahmad yang sekadar memperolehi 74 undi.
Undi 147 yang diperolehi Johari itu kurang 1 daripada 148 yang sepatutnya mengikut jumlah Ahli Parlimen parti-parti yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.
Kekurangan itu adalah disebabkan kelewatan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib daripada menghadiri majlis angkat sumpah, lalu terlepas peluang untuk mengundi.

Apa yang pasti, dengan kemenangan Johari terpilih sebagai Speaker Parlimen, ini adalah isyarat jelas bahawa Anwar Ibrahim juga bakal memperolehi laluan cerah untuk memenangi usul undi percaya pada sebelah petang nanti.
Jika sebelum ini masih ramai yang sangsi sama ada Anwar mampu melepasi undian usul percaya itu atau sebalknya, kemenangan Johari tadi setidak-tidaknya telah memadam segala keraguan tersebut.

Tidak diragukan lagi, kecuali jika ada Ahli Parlimen yang belot dan tidak setia kepada keputusan parti di saat-saat akhir, Anwar hampir pasti akan memperolehi 148 undi.
Dengan sokongan 148 undi itu nanti, bererti kerajaan perpaduan pimpinan beliau adalah cukup stabil kerana disokong oleh dua pertiga Ahli-Ahli Parlimen.
Semoga semuanya berjalan lancar petang nanti.- ShahbudinHusin 19/12/2022.
AKHIRNYA! YB RAFIZI JAWAB PEMIMPIN PN YANG MEROYAN SETIAP!
PN terus pertikai segala perkara. Mereka
tidak bentang idea baru atau rancangan ekonomi untuk membantu ekonomi rakyat di
negeri-negeri yang mereka menang yang lebih mundur. Terbaru, mereka pertikai
Perjanjian Kesefahaman Kerjasama (atau Coalition Agreement) yang membentuk
Kerajaan Perpaduan. Konon ini ke arah pemerintahan diktator yang mengekang
kebebasan ahli-ahli parlimen. Saya dan YB William Leong yang menyediakan draf
perjanjian ini. Ahli parlimen bebas mengundi mengikut kepakaran dan prinsip
mereka kecuali dalam undi-undi yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan.
Ahli parlimen bebas seperti biasa. Yang tidak bebas adalah geng tebuk atap yang
tidak lagi boleh tawar menawar mencuri ahli-ahli parlimen hingga
menghuru-harakan kestabilan politik negara. Yang faham makna diktator ni
hanyalah PN sebab mereka yang menggunakan darurat untuk memerintah walaupun
tidak cukup majoriti. Tak ubah seperti pepatah “mengata dulang paku serpih” 🤣
Sumber Video FB Rafizi Ramli
Subscribe to:
Posts (Atom)



